Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Wednesday, September 3, 2008


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد


Muqqadimah

Allahhumma bariklana fi Sya’ban wa balighna fi Ramadhan. Itulah doa yang menghiasi sepanduk sengaja dipasang masyarakat disini sebagai tanda sambutan kehadiran Syahru Ramadhan. Kehadiran sekali setahun sudah cukup mengubat rindu dijiwa umat Islam yang cintakan ibadat berlipat kali ganda ganjarannya. Hiasan seakan tanglung ( Fanus ) berbentuk kubah masjid tidak ketinggalan digantung berderetan dijalan dan beranda rumah menambahkan lagi kilauan cahaya dimalam hari. Cukup terasa suasana sambutan Ramadhan dibumi ardul kinanah ini. Tanggal pada hari Isnin 1 September 2008 bersamaan 1 Ramadhan 1429H bermulalah madrasah Ramadhan pada tahun ini.

Sewaktu menyelusuri lorong-lorong bangunan kedapatan petugas sukarelawan memberikan sesuatu. Semakin dihampiri, lantas pemuda arab itu menghulurkan sekeping kertas bewarna biru tertera tulisan “Ramadhan Kareem”. Saya cuba membelek-belek isinya di dalam, rupanya kertas itu merupakan suatu manfaat berguna sepanjang Ramadhan. Sekeping taqwim. Sungguh, masyarakat arab mesir itu membesar-besarkan kelebihan Ramadhan. Terpancar kegembiraan diwajah-wajah mereka sambil mulut mengucapkan doa “Kullu Am Waantum Bkhair”  "Sanahtu Tayyib" dan “Sanah Helwa” ketika bertemu sua. Jarang berlaku ditanah airku.


Masjid Sidi Khattab sentiasa menjadi tumpuan Jema'ah
 

"Fanus" begemerlapan dimalam hari 


Suasana malam di lorong sunyi



Realitinya, disini tidak ada pasar-pasar Ramadhan muncul bak cendawan selepas hujan. Tidak ada kuih-muih setahun sekali, tidak ada aneka lauk pauk menghiasi, tidak ada juga bermacam-macam jenis nasi. Kerana bulan ini bukan bulan menjamah makanan, tetapi bulan mengabdi diri dalam mencari keredhaan. Ini hakikat perlu diperbetulkan. Bukan kita ingin menafikan golongan mencari pendapatan sampingan, mahupun menyalahkan pengunjung mencuba bermacam hidangan tetapi ingin mengelakkan berlaku pembaziran. Pembaziran waktu, wang ringgit, dan tenaga. Juga tidak terdengar bunyi das tembakan meriam buluh ( pengalaman diwaktu awal remaja mengajar erti hidup ) dan letupan mercun ketika solat terawikh berlangsung.






Ini kerana, bulan Ramadhan hadir hanya setahun sekali. Kiasannya bak seorang pengembara ilmu sekian lama tidak pulang ke tanah air, bila diberi peluang cuti dihabiskan sebaik mungkin bersama keluarga tercinta. Terasa masa itu berharga. Alangkah indahnya suasana sebegitu diaplikasikan dalam bulan ini. Lebih indah sekiranya rutin harian bulan Ramadhan ini diisi dengan pelbagai ibadat demi mengihya’kan kemuliaannya. Bulan Ramadhan tidak boleh disamakan dengan bulan-bulan Islam yang lain kerana ianya mempunyai kelebihan tersendiri. Sabda Rasulullah SAW :-


Maksudnya : “Apabila datangnya Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan.”
( Muttafaqun Alaihi )


Sabda Baginda lagi dalam suatu hadis yang lain berbunyi :-

Maksudnya : “Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan Ar-Rayyan, orang-orang yang berpuasa sahaja memasukinya manakala orang-orang lain selain mereka tidak dibenarkan masuk.”

Malah keistimewaan Ramadhan ini ditakkidkan lagi dengan munculnya sejarah penurunan kitab suci Al-Quran. Ini tergambar dengan hujjah dari firman Allah SWT :-

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil)…”
( Al-Baqarah : 185 )

Kesimpulannya

Justeru itu, marilah saudara-saudari seagamaku mengorak langkah pintar menghiasi Ramadhan kali ini dengan perbanyakkan ibadat kepadanya. Ibadat dalam erti kata merangkumi hablun minallah wa hablun minannas. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang mendapat keredhaan dariNYA. Dikesempatan ini juga, ingin saya memohon jutaan kemaafan dari saudara-saudari yang mengenali atau tidak, samaada jauh atau dekat seandai ada mengguris perasaan dengan perkataan atau perbuatan. Melakukan sesuatu diluar dugaan kawalan saya. Saya sekali lagi memohon kemaafan, semoga Allah SWT mengampuni kita semua. Ameen. Sebagai penutup entri, kepada saudara saudari yang kelapangan waktu bolehlah terus ke link entri dibawah untuk pembacaan selanjutnya. Hasil entri bicara Ramadhan yang lepas. Sekian, ilalliqa’. Wassalam.


Sila lawati :-

Karenah Manusia di Bulan Mulia 
Memahami Definasi Dan Memasyarakatkan Ibadah Puasa
Tingkatan Puasa ; Dimanakah Kita?
Hakikat Puasa Serta Hikmahnya
Antara Puasa Haq Dan Bathil
Perjalanan Sejarah Di Bulan Ramadhan ( 1 )
Perjalanan Sejarah Di Bulan Ramadhan ( 2 )
Perjalanan Sejarah Di Bulan Ramadhan ( 3 )
Perjalanan Sejarah Di Bulan Ramadhan ( 4 )



Ibnurashidi
12:00 AM, 31 OGOS 2008,
Siberbay, Tanta.


"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

9 komentar:

Whitetulip Tales said...

Salam. Masih belum terlambat utk mengucapkan salam ramadhan, kan??Saya suka sekali n3 ini. Mmg memberi keinsafan dan kesedaran buat saya, insan yang dhaif dan lemah ini. Sungguhpun demikian, semoga segala ibadah yang dilakukan, puasa yang 'memenjarakan' semua anggota dan fikiran kita ke arah sifat mazmumah, diredhai dan diterima Allah. Ramadhan dinanti dengan penuh rindu. Alangkah bahagianya anda di sana, dapat menyelami dan menghayati bulan ramadhan dengan penuh ketakwaan..mmg terlalu banyak kekurangan di negara sendiri. Terasa malu dan jahil. Wallahu a'lam..

Ibnurashidi said...

Salam juga Whitetulip..lama ndak nampak. Sibuk exam ya?

Sudah tentu. Ramadhankan selama sebulan. Biar diawal atau ditengah atau diakhir masih lagi didalam bulan Ramadhan. Tidak mengapa, sesalan begitu lebih baik dari mereka berilmu tetapi bongkak.

Ingat juga, biasanya kita sering merasa ibadah puasa kita sempurna. Namun keadaan sekeliling boleh menghapus pahala sedikit demi sedikit. Hati-hati.

Malulah didepan Rabbi..DIA punya segalanya. Hamba juga seperti anda, malah mungkin lebih teruk dosanya dari anda agaknya:(

Wallahua'alam..

cikgu_eya said...

ana sungguh2 teringin merasakan suasana Ramadhan di sana. Berbeza dengan Malaysia yang lebih ghairah bersiap utk syawal...

Belom pon mula Ramadhan, dah sebok tempah baju raya, dah sebok dgn sale..
Malah, ada yang dah menggumam2 lagu raya...

Pada anak kecil dikatakan,

'Kalo tak puasa, tak bole raya'

Satu indoktrin negatif yang ditanam dan menjadi darah daging sehingga dewasa. Lebih memandang Eidul-Fitri itu sendiri berbanding Ramadhan. Akibatnya, masa Ramadhan yang menjengah, dibiar berlalu dengan selamba. Malah lebih parah lagi apabila hari2 Ramadhan yang berlalu dihitung dgn gembira kerna dah tak sabar nak sambut raya...

Sedih dengan indoktrin songsang yang bercambah dalam masyarakat

Anonymous said...

selamat berpuasa di perantauan
tp mcm best je puasa kat sana kan..
lebih menghidupkan ramadhan berbanding di malaysia
la tahzan, be happy puasa kat sana..he3
ok salam. :p

Ibnurashidi said...

Salam Ciku_eya..


Benar. Pemikiran sebegitu sudah pun sebati dalam jiwa masyarakat. Sekali sekala menjenguk web Tv Malaysia kedapatan rancangan membuat kuih raya sudah pun disiarkan. Lagu-lagu raya menjadi identiti khas sepanjang zaman menandakan perlu dipercepatkan puasa sebagai tanda mahu menyambut raya. Sedangkan jika dilihat konsepnya, kita meraikan perayaan hari raya kerana gembira setelah berjaya melakukan ibadah bersungguh2. Ada juga yang merasa sedih apabila Ramadhan meninggalkan pergi.

Kita selaku yang memahami, apakata kita cuba perbetulkan sedikit demi sedikit. Hidupkan keindahan bertadarus dll:)

Ibnurashidi said...

Best memang best. Mengajar erti hidup, mengajar erti kesusahan dan berdikari. Tidak hanya disuap sepanjang masa.

Tanahairpun apa kurangnya, bagi saya berpuasa dimana-mana juga best jika pandai menghidupkan suasananya.

Anonymous said...

Salam.. Tiada ungkapn seindah nur ramadhan..sunggh menginsfkn.mga d ampunkn dosa silam..kt cna,rmadhan d smbt gemilg,tp m'sia ramdhan hnya sbgai sndrn utk menant lebaran..i2la hkikat kjdn.. :( ..skdr luahn

Ibnurashidi said...

Insya'Allah semoga keinsafan yang ditunjukkan memberi sinar harapan..
Demi kesinambungan kehambaan kepada yang MENCIPTAKAN..
Semoga Ramadhan menjadi medan tarbiyah buat insan..
Mencari Nur berjaga malam,
Mencari erti kelaparan,
Mencari erti pengorbanan,
Menuju puncak pengabdian,
Segalanya demi Allah pencipta Alam..

Sekian.

suara said...

Salam Ramadhan...
Kak su baru berpeluang nak meletakkan komen. Sibuk sikit bercampur dengan cuti balik kg. n3 yg ada tu pun dischedulekan sbnrnya. :)

Terkadang Kak su rasa Ramadhan di Malaysia meriah kerana pesta bazaar yg dinanti. Bukan saja dinanti oleh umat Islam, malah bangsa lain juga. Tapi kak su tahu, bukan semua org begitu.

Apapun, semoga Ramadhan tahun ini membuka lebih banyak ruang keinsafan di hati kita semua.

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP