Perjalanan Sejarah Di Bulan Ramadhan ( 4 )

Saturday, October 6, 2007



23. 21 Ramadhan : Sebelum Hijriah Ketika Rasulullah SAW mendekati umur 40 tahun beliau selalu berfikir dan merenung serta berkeinginan kuat untuk mengasingkan diri (uzlah), akhirnya dengan mempersiapkan bekal makanan dan minuman beliau menuju Gua Hira' yang terdapat padanya gunung Rahmah sebagai tempat beruzlah dalam jarak dua mil dari kota Mekah. Uzlah ini dilakukan tiga tahun sebelum masa kerasulan iaitu selama satu bulan Ramadhan. Tatkala datang Ramadhan pada tahun ketiga dari masa uzlah, bertepatan tanggal 10 Ogos 610 M dan usia beliau genap 40 tahun Qamariyah. Lebih 6 bulan 21 hari turun kepada beliau Malaikat Jibril AS mewahyukan surah Al-Alaq yang merupakan surat pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW.


24. 22 Ramadhan 942 H : Pada hari ini bertepatan dengan tanggal 15 Mac 1536 M, Khalifah Uthmaniyah bernama Ibrahim Basya meninggal dunia setelah bertugas selama 13 tahun. Selama masa kepemimpinan beliau telah banyak melakukan perluasan wilayah kekuasaan Islam. Suatu jasa yang besar kepada agama Islam.


25. 23 Ramadhan 1270 H : Pada hari ini kekuatan ketenteraan Rusia dibawah pimpinan Marsyal Bernes menghentikan kepungannya terhadap kota Selestriya yang terletak di wilayah Qorum. Pengepungan yang terjadi selama 35 hari ini tidak membawa impak langsung kepada kekuatan Khalifah Uthmaniyah, walaupun kekuatan ketenteraan Rusia mencapai 60 ribuan tentera berhadapan 15 ribu tentara Uthmaniyah yang kebanyakan berasal dari Mesir. Pengajaran yang dapat diambil dari peristiwa ini adalah kekuatan yang sedikit mampu mengalahkan kekuatan yang besar.



26. 26 Ramadhan 658 H : Diantara Khalifah Bani Umayyah yang paling memiliki peranan penting dalam perjalanan sejarah Islam adalah Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Beliau menjawat jawatan sebagai Khalifah pada tanggal 26 Ramadhan 658 H. Beliau memulakan pendidikan di Madinah Munawwarah dengan melakukan talaqi ilmu-ilmu keislaman bersama para Ulama Madinah pada masa itu sehingga menjadi salah seorang fuqaha diantara empat Fuqaha yang ternama. Dalam setiap permasalahan yang terjadi di dalam kehidupan masyarakat di waktu beliau memegang amanah kekhalifahan berjaya diselesaikan dengan cemerlang. Ibnu Khaldun berkata, “ Abdul Malik bin Marwan termasuk Khalifah yang berjaya dalam sejarah Islam dan Arab kerana beliau mengikuti jejak Amirul Mukminin Umar bin Khattab RA dalam pentadbiran Negara.” Diantara hasil kerja beliau adalah membangunkan Masjid Qubbatul Sokhro dengan kubah kuningnya yang terletak dikawasan Aqsa@al-Quds bersebelahan dengan masjid Al-Aqsa.






27. 27 Ramadhan 1223 H : Pada hari ini pasukan Inkisyariyah melakukan peperangan terhadap Sultan Uthmani Mahmud Khan II berdasarkan tuntutan mengembalikan kekuasaan Mustofa Khan IV. Dalam menghadapi situasi ini maka Sultan memutuskan untuk menghentikan peperangan tersebut. Kalaulah tidak terjadi pembakaran di ibukota yang hampir menghanguskan seluruh kota pasti Sultan mampu menguasai peperangan tersebut. Akhirnya Sultan Mahmud menghentikan perang secara terpaksa demi menyelamatkan ibukota dari kehancuran.


28. 8 Hijrah bulan Ramadhan : Khalid Al-Walid salah seorang panglima perang Islam telah menghancurkan berhala al-Uzza. Pada bulan Ramadhan tahun yang sama dengan pembukaan Kota Mekah, Baginda mengutus beberapa kumpulan sahabat untuk merobohkan berhala-berhala yang terkenal pada masa itu. Khalid bin al-Walid diutus merobohkan berhala al-'Uza, Amr bin al-'Ash merobohkan berhala Suwa' dan Sa'd bin Zaid al-Asyhali merobohkan berhala al-Manat.


29. 9 Hijrah bulan Ramadhan : Sebahagian daripada peristiwa peperangan Tabuk.


30. 9 Hijrah bulan Ramadhan : Islamnya Bani Tsaqif dan mereka menghancurkan berhala al-Laata yang mereka sembah dizaman Jahiliyah.


31. 10 Hijrah bulan Ramadhan : Tersebar luas Islam ke Yaman.


32. 15 Hijrah : Peristiwa Ain Jalut. Iaitu Tentera Monggol dikalahkan oleh Sultan Quthuz akan peperangan yang besar dalam sejarah Islam. Hal itu disebabkan Tartar mampu menguasai banyak daerah Islam dan menjatuhkan Khilafah Abbasiah , bahkan mereka juga berhasil membunuh Khalifah Mu’tashim Billah di Baghdad pada tahun 656 H / 1256 M. Ekspedisi Tartar meluas sampai wilayah Gazza dibawah pimpinan Hulagu. Kemudian Hulagu mengirim Kurir meminta kepada Sultan Mamluki “Quds” untuk tunduk dibawah kekuasaan Tartar. Namun begitu, permintaan ini ditolak oleh Sultan Quds kerana permintaan tersebut boleh mendatangkan kehinaan dan kelemahan. Lalu beliau memutuskan untuk menghadapi Tartar dalam peperangan. Maka pada hari Jum’at tanggal 25 Ramadhan 658 H bertepatan dengan 6 September 1260 M bertemulah dua pasukan besar di wilayah Ain Jalut. Dalam peperangan ini Sultan Quds mengumandangkan syiar “Wa Islama … Wahai Allah tolonglah hamba-Mu Quds dari kaum Tartar.” Peperangan ini berakhir dengan kemenangan kaum muslimin.


33. 28 Ramadhan tahun 92 Hijrah : Pembukaan Andalus di bawah pimpinan Thoriq Bin Ziyad. Kisah kemenangan kaum muslimin pada hari ini dimulai dengan persiapan Musa bin Nashir dengan pasukan dari Arab dan Barbar yang jumlahnya mencapai 7 ribu tentera dibawah kepemimpinan Thoriq bin Ziyad untuk menakluki wilayah Andalus. Maka berangkatlah Thoriq bersama pasukannya dengan menyeberangi laut pada hari isnin tanggal 5 Rejab 92 H. Mereka berjaya menewaskan musuh di dalam peperangan menghadapi sekumpulan pasukan Qouth dalam perjalanan menuju ibokata Andalus. Akan tetapi musuh kembali menghimpunkan kekuatan dibawah kepimpinan Rodrik Raja Qouth dengan pasukan sejumlah 100 ribu tentera. Lalu mereka berjalan menuju selatan untuk menundukkan kekuatan kaum muslimin. Bagi menghadapi kekuatan musuh yang besar maka dikirimkan pasukan tambahan sejumlah 5 ribu tentera sehingga jumlah pasukan Islam dibawah pimpinan Thoriq berjumlah 12 ribu tentara. Maka bertemulah dua pasukan yang tidak seimbang dari segi jumlah pasukan di tepi Sungai Wadilaka. Peperangan terjadi selama empat hari dan pada hari keempat pasukan Qouth mampu dikalahkan bahkan kerugian yang sangat besar dengan kehancuran kerajaan mereka. Selain itu kekalahan pasukan Qouth menimbulkan rasa takut dihati pengikut Qouth sehingga mereka melarikan diri kepergunungan atau bersembunyi di dalam benteng mereka. Tidak sampai satu tahun wilayah Andalus dapat ditaklukan hampir 100% sehingga terbentuklah sebuah wilayah yang maju dalam ilmu pengetahuan dan peradaban.


34. 29 Ramadhan 1368 H : Pada hari ini bertepatan dengan 25 Julai 1949 M dibubarkan pemerintahan Ibrahim Abdul Hadi. Mesir menjadi saksi akan kezaliman yang dilakukan pada masa pemerintahannya contahnya seperti penyiksaan, penangkapan, pengusiran yang belum pernah terjadi sebelumnya.


35. 30 Ramadhan 43 H : Pada hari ini bertepatan dengan 5 Januari 664 M sahabat Rasulullah SAW Amru bin Ash RA wafat.



Sumber Rujukan : Diterjemahkan oleh Mukmin ZA Lc dari buku “Ramadhaniyat” karangan Muhammad Sa’id Mursy dan Qosim Abdullah cetakan Darul Tauzi’ wa Nasr Al Islamiyah Cairo Mesir.



Ibnurashidi
Siberbay, 2007.

0 komentar:

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP