Karenah Manusia di Bulan Mulia

Friday, September 14, 2007

 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Muqaddimah

Selaut kesyukuran dilafazkan kehadrat Allah Rabbul Izzati, di atas limpah dan rahmat yang dikurniakan, selawat dan salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW serta para sahabat dan juga tabi'en, para pejuang agama Allah fi sabilillah yang terdahulu. Dan juga teman-teman samaada di Mesir ataupun yang berada di bumi Malaysia semoga istiqomah dalam berjuang. Syukur juga kepada Allah SWT kerana pada tahun ini sekali lagi kita berpeluang menyambut kedatangan Ramadhan El-Mubarak...Alhamdulillah. Kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini telah disambut oleh kaum muslimin dan muslimat pada setiap tahun. Pelbagai lapisan masyarakat diserata penjuru dunia menyambutnya dengan cara dan adab tradisi tersendiri. Amat berbahagialah bagi mereka-mereka yang pandai mengambil kesempatan dibulan yang mulia ini seandainya tentatif program selama sebulan dipenuhi dengan amalan ibadat yang bermanfaat. Dan teramat bahagialah bagi mereka-mereka yang dapat meneruskan amalan tersebut secara istiqomah ke bulan-bulan seterusnya.


Karenah Beberapa Golongan

Jika kita seringkali merenung serta melihat gelagat manusia ketika mana datangnya bulan Ramadhan terutamanya di tanah air sendiri, datangnya bulan Ramadhan seumpama datangnya sebuah bazar makanan dan minuman yang boleh dikatakan antara terbesar didunia. Apa tidaknya, di sana tersedia pelbagai juadah pembuka selera yang tidak pernah muncul sebelum ini pastinya akan muncul dibulan Ramadhan. Apabila muncul juadah istimewa seperti itu maka berduyun-duyunlah manusia membelinya. Walhal makanan dan minuman yang banyak-banyak dibeli itu seringkali menjadi tempat himpunan sampah sarap kerana tidak mampu menghabiskan dalam masa semalaman.


Ada lagi golongan yang apabila hadirnya Ramadhan ia akan segera menghiaskan segala macam perhiasan dalaman dan luaran rumah. Bahkan ada jua yang jenis suka menukar perhiasan tersebut setahun sekali kerana kononnya bulan Ramadhan harus disambut dengan hiasan yang indah-indah. Kebanyakkan golongan ini terdiri dari mak cik-makcik, kakak-kakak, mak long dan sebagainya. Bukanlah menjadi kesalahan besar untuk mencantikkan keadaan rumah akan tetapi yang lebih utama ialah mempercantikkan amalan ibadat itu sendiri. Seandainya tidak membazir serta berlebihan tidak mengapa. Apa yang penting bersyukurlah dengan apa yang ada, itu lebih afdhal.


Golongan yang seterusnya ialah mereka yang berada di dalam kategori belum mampu berfikir dengan akal yang sihat. Iaitu membakar mercun serta bunga api. Seandainya budak-budak belum baligh mungkin ada logiknya jika mahu membakar mercun kerana mereka masih belum matang, akan tetapi yang menjadi musykilahnya ialah golongan remaja tua yang beriya-iya lebih dari budak kecik bermain mercun. Sudahlah bermain mercun itu menjadi suatu pembaziran, dibakarnya pula mercun waktu jemaah sedang solat terawikh. Mahu pengsan jadinya andai ada jemaah yang menghidap sakit jantung. Takke jadi satu masalah?





Manakala golongan seterusnya ialah mereka yang menyambut Ramadhan dengan lagu-lagu, irama, rentak serta muzik berunsur maksiat. Islam tidak melarang akan hiburan, tetapi ada syariat yang membataskannya. Apalah salahnya, kita mendengar lagu-lagu berunsur nasihat, zikir, memuja memuji kebesaran Allah SWT, mendengar alunan bacaan Al-Quran. Sudah tentu kita akan mendapat pahala extra dari Allah SWT, Insyaallah.


Sesungguhnya di antara amalan yang dikasihi serta disuruh oleh Allah SWT terhadap hamba-hambanya ialah berpuasa. Bahkan ianya menjadi di antara rukun di dalam agama Islam itu sendiri yang wajib dilaksanakan. Sebagaimana disebut oleh Rasulullah SAW di dalam Kitab Hadis Empat Puluh yang dihimpunkan oleh Imam Nawawi (631H-676H) :-

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

Hikmah Berpuasa

Amalan berpuasa secara hikmahnya ia memainkan peranan di dalam pembentukan syakhsiyah yang mulia dan jiwa rohaninya betul-betul mempunyai keterikatan dengan Allah SWT. Ini kerana, dengan berpuasa seseorang individu itu dapat menahan serta mengekang nafsunya kerana dia telah menutup pintu besar kepada nafsu syahwat. Apabila nafsu makan dan minum secara berlebihan itu ditutup dan dijaga maka keinginan seksualnya sama sekali akan menurun. Itu di antara hikmah berpuasa. Bukan sekadar itu sahaja, malahan dengan berpuasa juga ianya dapat memberikan kesihatan tubuh samaada dari segi jasmani dan rohani serta memberikan ketenangan jiwa disamping mendapat pahala yang berlipat kali ganda, Insyaallah.

Namun apa yang lebih menjadi keutamaan kita sebagai si abid kepada Allah Ta'ala, seharusnya memandang madrasah Ramadhan itu sebagai salah satu cabang untuk kita mendapat keredhaan disisinya. Apalah gunanya berpuasa tetapi tidak ketahuan punca. Hanya taklid membuta tanpa tariq baginda.


Kesimpulannya

Jadilah golongan yang mencari Ramadhan, bukan membenci Ramadhan. Bimbang dengan mensia-siakan bulan Ramadhan ini menyebabkan kita rugi selama-lamanya. Tertarik dengan kata-kata seorang sahabat. Katanya "Ramadhan Kareem Sifar Maksiat, Double Ibadat, Triple Harapan".




Ibnurashidi
Siberbay, 2007.

4 komentar:

arsaili said...

Kita baru berada di permulaan puasa..harapnya tade la kes putus jari dan yg sewaktu dgn nya....sudah pasti ramai yg ligat membuat meriam buluh, main mercun dsb nya.

uMIe MieSYa said...

assalamualaikum.. salam kenal ibnu rusyd... Selamat menjalani ibadah puasa.. Semoga ramadhan kali ini membawa kita berhijrah ke jalannyNya yang lebih baik.. ameen.

Ibnurashidi said...

salam Arsaili..

Putus jari tu boleh tahan lagi, putus nyawa langung tak dapat apa:)

Saya juga dulu2 masa belum baligh pernah join main meriam tapi bukan buluh, batang paip JKR. Alhamdulillah skrg sudah sedar. Kadang-kadang sewaktu remaja pengaruh rakan lebih kuat dalam hidup.

Ibnurashidi said...

Wa'alaikumsalam Umie..

Kenal ya?dimana ya?satu sekolahke?satu Kolej?atau satu Universiti?

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP