Niat Puasa Kita Bagaimana?

Thursday, September 4, 2008


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد


Semua amalan adalah dengan niat. Sabda Rasulullah SAW :-
عن أمير المؤمنين أبى حفص عمر بن الخطاب رضى الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته الى الله ورسوله فهجرته الى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته الى ما هاجر إليه

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs, Umar bin Al-Khattab r.a katanya : “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat ( pahala ) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.”


Setiap ibadat yang hendak dilakukan bermula padanya adalah dengan niat. Tanpa niat tempanglah ibadat, ibarat kapal tanpa nakhoda belayar tanpa arah tujuan. Imam Abu Daud berkata :-

“Sesungguhnya hadis ini iaitu hadis bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat adalah separuh daripada Islam, kerana Ad-Deen itu dua perkara, sama ada ianya perkara zahir iaitu amalan ataupun yang batin iaitu niat.”




Oleh itu, pada kali ini ingin saya bicarakan soal niat. Umum niat dalam semua ibadat, dikhususkan untuk entri ini kepada niat berpuasa.

Persoalannya, bagaimana hukum puasa kita tanpa niat? Dan bagaimana pula ciri-ciri atau syarat niat di dalam ibadat puasa?

Jawapannya, jika tidak berniat dimalam hari maka batallah puasanya disiang hari. Itu jelas. Sebagaimana umum mengetahui, niat merupakan salah satu rukun berpuasa dibulan Ramadhan. Apa yang dimaksudkan dengan berniat puasa itu ialah kehendak ( Qasad ) melakukan puasa. Tempatnya terletak diqalbu yakni hati. Tidaklah cukup jikalau hanya mengucapkan dengan lidah semata kerana lafaz niat tidak disyaratkan. Dalil kepada suruhan niat ini boleh kembali rujuk hadis seperti diatas.

Ciri-ciri atau syarat niat di dalam puasa Ramadhan

Merujuk kepada mazhab Imam Syafi’e, ada beberapa syarat jika niat itu ialah pada puasa Ramadhan. Diantara syarat tersebut ialah :-


1. Hendaklah berniat pada malam hari

Maksudnya qasad pada hati itu hendaklah dilakukan pada sebelah malam sebelum terbitnya waktu fajar. Sekiranya seseorang itu tidak berniat untuk berpuasa sehingga terbit waktu fajar dan selepasnya maka batallah puasanya. Dalilnya sabda Baginda SAW :-

Maksudnya : “Barangsiapa yang tidak berniat puasa sebelum fajar maka tidak ada puasa baginya”. (ad-Daruqutni (2/172), kata beliau perawinya adalah tsiqah ; al-Baihaqi (4/202).

Jumhur Mazhab Ulama’ Salaf serta Khalaf terdiri dari Mazhab Maliki, Syafi’e, Ahmad, Ishaq, Daud dan lain-lain lagi mengatakan bahawa puasa Ramadhan tidak sah sekiranya tidak berniat di malam hari.


2. Penentuan

Penentuan dalam berniat ini hendaklah ditetapkan sebaik-baiknya. Seseorang itu hendaklah berazam didalam hatinya untuk berpuasa dibulan Ramadhan pada esok harinya. Ini kerana, seandainya dia hanya berniat berpuasa semata-mata tanpa ditentukan jenis puasa, samaada wajib atau sunat, maka hokum niatnya tidak sah. Merujuk kepada hadis diatas, perbuatan niat itu dilihat dari tujuannya. Sekiranya qasadnya kepada yang lain tetapi perbuatannya berlainan maka menyalahi apa yang diniatkan.

Dalam hal ini, Jumhur Fuqaha’ terdiri dari Imam Syafi’e, Malik, Ahmad, Ishaq, Daud mengatakan wajib membezakan niat puasa Ramadhan dengan puasa lainnya. Begitu juga sekiranya hendak berpuasa Qodo’ diniatkan Qodo’, Nazar diniatkan Nazar.


3. Berulang-ulang

Di dalam kitab Fikh Manhaji ada menyebutkan bahawa bagi mazhab Syafi’e seseorang iulah hendaklah berniat pada setiap malam bulan Ramadhan sebelum terbit fajar untuk berpuasa pada keesokannya. Tidaklah cukup hanya berniat dengan satu niat untuk berpuasa selama sebulan kerana setiap ibadat itu mestilah dikhususkan niatnya tersendiri.

Manakala di dalam kitab Mausu’ah Masail Al-Jumhuri fi Fiqhil Islami, Jumhur Ulama’ diantaranya Imam Abu Hanafiah, Imam Asy-Syafi’e, Ishaq bin Rahuwiyah, Daud dan Ibnu Munzir rahimahumullahhu ta’ala mengatakan bahawa tidak dapat tidak hendaklah berniat puasa pada bulan Ramadhan itu setiap hari iaitu pada sebelah malamnya. Dan berkata Imam Malik pula : Sekiranya berniat pada awal hari permulaan bulan Ramadhan ( Misalnya berniat “Aku niat puasa Ramadhan selama sebulan pada tahun ini”) kesemuanya selama sebulan maka dia tidaklah perlu berniat pada setiap hari lagi. Cukup hanya pada hari permulaan itu sahaja.


Kesimpulan

Maka tidak syak lagi, niat merupakan perkata utama dalam menentukan sesuatu ibadat dan matlamat pelaksanaannya. Pincang ibadah jika tidak skor niatnya sebaik mungkin. Salah niat, mengundang implikasi pelbagai kelak. Justeru, mari kita perbetulkan niat kita semula. Bukan sahaja dalam ibadat Puasa, bahkan lain-lain ibadat turut dititik beratkan. Semoga dengan sedikit info ini dapat terus menyubur semangat cintakan ilmu dikalangan kita. Sekian, Wallahhua’lam.



P/s : Mengikut pendapat Jumhur Ulama’ adalah lebih baik bagi masyarakat awam. Begitu juga bagi masyarakat Malaysia umum tahu bermazhab Syafi’e jadi disyorkan bertaklid kepadanya jika tidak tahu hujjah.




Rujukan :-

Mausu’ah Masail Al-Jumhuri fi Fiqhil Islami Mujallad Awwal, Dr. Muhammad Na’em Muhammad Hani Sa’ei, Ustaz Fikh wa Usulihi Jama’ah Amerika Maftuhah.
Fiqh Al-Manhaji, Oleh Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji.
Al-Wafi Arbae’in Nawawi, Dr. Mustofa Al-Bugho & Muhyiddin Misto.




Ibnurashidi
12:01AM, 5 Ogos 2008,
Siberbay, Tanta.



"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

29 komentar:

Anonymous said...

Salam..tme ksh utk info b'makna i2..nk tnye ckt..niat dlm erti kta sbnr spt yg d nyatnkn cthnye 'shj aku b'puasa esk hri d bln rmadhan krna Allah'..tp sahx niat kalo hnye lintasan dlm hati.cnthnye 'sok nk puasa'..lupa utk niat pnuh..

Ibnurashidi said...

Salam..

Trima Kasih atas soalan tersebut..
Pasal niat lintasan hati begitu tidak boleh kerana ianya mesti ditentukan puasanya. Puasa sunatkah atau puasa ramadhan. Kalau sekadar cakap "sok nak puasa" nampak tiada penentuan. Seperti yang ana jelaskan diatas, Jumhur mengatakan WAJIB menentukan niat puasanya. Semoga jelas dah faham..

Anonymous said...

Satu lg..nk bg cdangn..pe kta pnuls tlskn fadhilat trawkh..at least wt info b'sama..skdar cdgn :)

Ibnurashidi said...

Insya'allah, jika ada kelapangan. Kerana ana memang dalam perancangan untuk membincangkan hal kaitan solat Terawikh sedikit masa lagi..tunggulah kemunculan entrinya ya..teruskan membaca..banyak membaca bertambah ilmu pengetahuan Insya'Allah.

Anonymous said...

katalah kan... awal malam tu... kita niat nak puasa esok nya...

lepas tu... terniat pulak... tak jadi lah nak puasa esok...

kira batal tak niat yang mula-mula tu?

Ibnurashidi said...

Time Kasih Pa'chik..

Ehh,ade pulak niat begitu yer.
Bukan setakat batal, malah berdosa kerana tidak menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim. Kenapa ya dia tiba-tiba tak jadi nak puasa?:D

kawaii_desu said...

salam Ramadhan..
barangkali Pakchik tu bukan merujuk pada bulan Ramadhan, agaknya puasa2 lain, contohnya puasa ganti or puasa sunat yg lain..

Tirana said...

Alhamdulillah...informasi yang sangat2 berguna.. terimakasih kerana berkongsi..

Ibnurashidi said...

Salam Kawaii_desu..

Hurmm, Kalau puasa sunat tak niat dimalam hari pun takpa. Janji janganlah sampai tengahari. Jikalau puasa ganti, masa nak niat pasakkan dalam hati puasa ganti baru ada ketentuan disitu. Apa-apapun Selamat Menunaikan Ibadah Puasa:)

Ibnurashidi said...

Syukran selalu bertandang..Insya'Allah pengunjung tetap akan dihargai sedikit masa lagi. Allah Yu Khalliq..

Anonymous said...

Salam.. B'tandang lg..sernk m'bc tmbhkn ilmu :) ..em,kalo g2.pose sunt blhla sec tetbe ek.cthny mula2 xda niat nk pose ttbe be4 zhr xmkn br niat pose snt.blhla ek?

Pa'chik said...

macam ni...
masih pasal puasa ramadhan...
kata lah... [abaikan dulu pasal berdosa tinggal puasa tu..]
malam tu... niat nak puasa ramadhan la esoknya...
kemedian.. dia rasa eh.. tak jadi la nak puasa la esok...
pas tu.. tiba taim subuh.... dia rasa nak puasa...

kira batal ke tidak niat dia nak puasa yang memula tadi...

kes ni.. banyak jadik taim budak-budak la.. hahaha...

Ibnurashidi said...

Kepada Nur_Syahadah..

Benar, harus berniat puasa sunat selepas subuh sebagaimana dalil dari apa yang dilakukan Rasulullah SAW :-

Daripada Aisyah r.a berkata, "Adalah Nabi SAW apabila masuk ke dapur baginda bertanya : Adakah di sisi kamu makanan?Sekiranya Aisyah menjawab tidak ada, lalu Nabi berkata : Aku berpuasa." ( Riwayat Muslim )

Ini dikuatkan lagi dengan kata-kata dari Imam Nawawi di dalam Syarah Muhazzab menyatakan bahawa berkata Imam Syafi'e dan Ashabnya : Sah puasa sunat itu dengan niat pada siang hari sebelum matahari tergelincir.

Namun janganlah dah sarapan kenyang perut suka hati baru nak niat puasa sunat pulak:)tak nama puasa macam tu.

Ibnurashidi said...

Sebagai tambahan, di dalam kitab Bahru Mazi karangan Syeikh Muhammad Idris Abd Rauf Al-Marbawi Al-azhari ada menyebut bahawa niat puasa Ramadhan yang sempurna ialah ( beliau naqalkan dari Imam Nawawi ) : نويت صوم غد عن أداء فرض رمضان هذه السنة لله تعالى

( Nawaitu sauma ghadin an ada'i fardhu ramadhan hazihi sanati lillahhi ta'ala)

Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari daripada menunaikan fardhu ramadhan tahun ini kerana Allah ta'ala.

Ibnurashidi said...

Pak'chik..

Kita kembali dalil yg pertama. Setiap perkara dengan niat. Maka jika berniat tidak berpuasa, jadinya berpuasalah. Melainkan jika hampir subuh dia sempat berniat, sah kerana sebelum terbit fajar iaitu sebelum subuh. Pointnya, niat mengikut Qasad individu itu.Jelas saudara?

Manakala syarat puasa ialah Taklif. Ini termasuklah yang belum baligh. Tidak dituntut budak-budak belum baligh dan tidak berakal untuk berpuasa. Tetapi ibu bapa hendaklah mendidik sedari kecil untuk berpuasa supaya tidak "Liat Pedai" "Ketegaq" (loghat kedah) ketika besar.:)

Ibnurashidi said...

Maka jika berniat tidak berpuasa, jadinya berpuasalah.

Kesilapan teknikal ketika menaip.:-t Sepatutnya "jadinya tidak berpuasalah." "Bukan berpuasalah."

Harap Maklum:D

Yana Ismail said...

Salam ramadhan...

Selamat berpuasa:)

Anonymous said...

Time ksh daun keladi d ats jwpn d ats :)

Senjahati said...

Salam Ramadhan Ustaz Farid :)

Seronok baca tentang niat puasa ni. Ramai yang keliru termasuk saya sendiri..cuma kadang kita ni ada yang buat-buat tahu, dan ikut-ikutan saja.

Terima kasih untuk info yang berguna. Semoga senantiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah ;;)

Ibnurashidi said...

Salam Princess_Liyana..

Ramadhan Kareem..Selamat Menjalani Ibadat Puasa..

Ibnurashidi said...

Sama-sama pucuk ubi Nur_Syahadah..ada masa datang lagi:)

Semoga dapat input berguna..

Siapa-siapa ada pertanyaan, tambah tambahke, nak komenke, dipersilakan. Kaunter masih dibuka:)

Ibnurashidi said...

Salam Ramadhan juga buat Senjahati dan semua muslimin muslimat.

Kadang-kadang perkara remeh sengaja diremehkan lagi. Perkara besar juga diperbincangkan. Apakata diCombinekan keduanya..Kecil+Besar= Tahu.

P/S : Malam ni agak kurang sihat sikit.

Anonymous said...

salam
cthnya kita dah niat utk 1 bulan
pastu tiba2 ada satu hari tu mmg betul2 hilang ingatanlah..
siang ari tu baru teringat yg mlm tadi x niat nak puasa
so, mcm mn hukumya ek?

Anonymous said...

sambungan...
sbb ada seorg ustz bagi ceramah pendek mengatakan walaupun kita dah niat utk sebulan, puasa kita x sah jika ada satu hari tu kita x niat nak puasa..maksudnya, setipa hari kene niat.
so, keliru sikit kat sini. boleh xplain x?
TQ.

Anonymous said...

sambungan lagi..
itu mazhab maliki?
so, kita kene guna mazhab syafie kan..

Ibnurashidi said...

Baik, untuk masalah pengsan@hilang ingatan atau gila ada pendapat tersendiri dalam mazhabnya:-

Mazhab Syafi'e :

Seandainya orang yang mabuk dan pengsan itu hilang ingatan sepanjang sewaktu berpuasa, maka puasanya tidak sah. Tetapi kalau sebahagian sahaja waktu puasa maka puasanya sah. Namun bagi orang pengsan wajib mengqada' secara mutlaq, baik pengsannya disebabkan diri sendiri ataupun dipaksa. Tetapi bagi orang yang mabuk tidak wajib diqada' kecuali mabuk itu disebabkan oleh dirinya secara khusus.

Ibnurashidi said...

Mazhab Maliki

Orang yang mabuk dan pengsan mulai dari terbitnya fajar sampai terbenam matahari, atau tidak sedar dari sebahagian besar waktu puasanya maka puasanya tidak sah. Tetapi kalau tidak sedar setengah hari, atau lebih sedikit dan mereka sedar ketika waktu niat dan sempat berniat kemudian terus jatuh pengsan dan mabuk, maka tidak wajib mengqada'. Ini kerana waktu niat bagi Maliki ialah dari Maghrib sampai fajar ( Subuh ).

Ibnurashidi said...

Mazhab Hanafi

Orang pengsan adalah seperti orang gila, dan jika gilanya sehingga sebulan penuh Ramadhan maka dia tidak wajib mengqada'. Jikalau hanya setengah bulan, setengah bulan akhir tiba2 sedar pulak. Maka dia tetap harus puasa dan mengqada' puasa-puasa yg ditinggalkannya.

Mazhab Hanbali

Bagi orang mabuk dan pengsan wajib qada' walaupun kerana perbuatan sendiri atau dipaksa.

Ibnurashidi said...

Bab niat tiap-tiap hari atau sebulan telah saya jelaskan diatas. Bagi Jumhur Ulama' kena niat setiap hari pada waktu malamnya. Hanya Maliki sahaja dibolehkan setiap hari. Jadi kita bermazhab Syafi'e lebih elok terus ikut jika tidak belajar dan tidak mengamalkan Mazhab Maliki dalam lain2 perkara.

DiMalaysia umumnya bermazhab Syafi'e, lainlah diMesir mazhabnya pelbagai hasil percambahan ilmu-ilmunya dari kalangan Ulama' silam dan kini.

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP