Lamaran Diterima ( Episod 1 )

Saturday, September 6, 2008



Aku sekarang berada di Hentian Bas Jalan Duta. Keseorangan dalam surau. Bas akan bertolak pada jam 11.45 malam. Masih ada 1 jam 45 minit. Rasa bosan mula mencengkam walaupun aku baru tiba di sini lalu aku mengeluarkan laptop. Kumainkan lagu kegemaranku, Ghuraba’. Entah apa maknanya aku tidak pasti tapi ternyata lagu tersebut mempunyai irama yang sungguh mangasyikkan. Walaupun bait-baitnya dalam bahasa Arab namun ia cukup menusuk kalbu. Suasana di sini agak bising. Maklumlah berdekatan dengan medan selera. Sekali-sekala terdengar suara orang membuat pengumuman untuk mengingatkan para penumpang tentang jadual perjalanan masing-masing.

Bas yang aku naiki, Ekspress Mayang Sari bertolak agak lewat daripada waktu yang dijadualkan walaupun begitu aku barasa sedikit lega kerana tidak ketinggalan bas. Ketika aku menaiki bas telah ramai penumpang di dalamnya. Tempat duduk aku diambil orang. Aku bernasib baik kerana seorang perempuan mempelawa aku duduk sebuah kerusi di sebelahnya. Kulemparkan sekuntum senyuman tanda ucapan terima kesih. Dia turut membalas senyumanku. Bas meluncur laju menuju ke lebuh raya Utara-Selatan. Mataku terus terlelap. Kosong.

Aku sekarang berada di rumah. Ah..leganya hati. Hilang seketika masalah aku di Universiti. Pada mulanya Ummi agak terkejut dengan kepulanganku kerana aku tidak memberitahunya. Sengaja aku berbuat demikian kerana aku ingin membuat kejutan kepada Ummi dan Walid. Sebaik sahaja menyalami Ummi dan Walid aku terus melangkah masuk ke dalam bilik. Semuanya tersusun kemas dan rapi berbeza dengan keadaan semasa aku meninggalkannya dua bulan yang lalu. Agaknya Ummi yang mengemaskannya semasa ketiadaanku. Terima kasih Ummi. Aku merebahkan diri ke atas tilam empuk. Telah lama aku bermimpikan saat ini. Fikiran aku melayang-layang seketika. Ahmad Mujahid bin Abdul Rahman. Tiba-tiba nama itu terlintas dalam fikiranku.



*********


Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Kelas Psychologi habis awal hari ini. Entah mengapa aku tiada selera untuk makan pada tengah hari ini. Fatimah, teman sebilikku belum pulang lagi. Agaknya dia ke perpustakaan. Maklumlah peperiksaan pertengahan semester sudah dekat. Belum sempat aku merebahkan diri ke atas katil, terdengar pintu diketuk. Aku terus menapak dan membuka pintu.


“Assalamualaikum. Maaf jika mengganggu saudari. Tumpang tanya. Ini bilik Aisyah Solehah binti Mohd Fariz ke?.” Sapa seorang pelajar perempuan sebaik sahaja aku membuka daun pintu.

“ Waalaikumsalam. Ya, saya Aisyah Solehah. Ada apa yang boleh saya bantu?.” Jawab aku spontan.

“Saya, Wan Nor Sofeah. Panggil Kak Wan je. Malam ini ada mesyuarat tahunan Persatuan Sains Kemanusiaan di Dewan Al-Farabi pada pukul 9.00 malam. Diharap adik dapat menghadirkan diri. Ada sedikit jamuan.” Dia memperkenalkan diri sekaligus menyatakan tujuannya.

Orangnya agak tinggi dan kurus. Kulitnya putih kemerahan. Hidungnya agak manjung ala orang arab. Wajahnya yang bujur sirih menambahkan lagi keayuan. Subhanallah! Indahnya ciptaan-Mu.


“Syukran ya kak. InsyaAllah jika tiada halangan saya akan hadir,” aku melemparkan senyuman sebelum dia berlalu pergi.



Bersambung.....




"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

31 komentar:

Anonymous said...

salam...=)

Tirana said...

Tak sabar menanti sambungan... Tak sangka ibnurashidi ni berbakat dalam menulis cerita... Alhamdulillah..teruskan menulis

Ibnurashidi said...

Wa'alaikumsalam...Senyum itu sedekah:)

Ibnurashidi said...

Haa, untuk mengetahui siapa penulis sebenar nantikan kesudahan cerpen ni ya. Terima kasih banyak-banyak tirana kerana selalu datang dan mengomen.

Akak said...

Salam...

Maaf dah lamam tak menjengah kesini, hurmm maklumlah bulan Ramadahan nie, sedang cuba memperbaiki diri, lebihkan pembelajaran, betulkan kekurangan yg terlalu banyak dlm diri..
tu yg jarang sgt melawat blog kawan2 tu..

kin hashim said...

la...ingatkan empunya badan balik mesia ;;)

Ibnurashidi said...

Wa'alaikumsalam Akak..

Maaf diterima. Saja bertanya khabar. Mana tahu sakitkah atau apakah. Bagus. Ambil kesempatan yang ada dibulan yang mulia ni melakukan ibadah sedemikian. Semoga Akak terus tsabat dan istiqomah dalam menjalani ibadah. Manusia yang cerdik ialah apabila dia tidak tahu tetapi cuba mencari jalan untuk tahu. Nescaya beruntung dikemudian hari.

Ibnurashidi said...

Kin Hashim..

Sekali baca macam empunya diri sudah berada diMalaysia. Namun hakikatnya itu hanyalah cerpen sahaja. Tak ada kena mengena dengan penulis. Insya'allah dua kali baca akan mengerti. Sesekali rest minda dengan cerita santai:D

Anonymous said...

Salam..ingtkn pnuls tp xkn dh b'tkr jd pmpn.hehe.gurau je..jgn lme2 utk post kn smbgn.xsbr nk bc ksdhan..

Ibnurashidi said...

Salam kembali..

Nauzubillahiminzalik.. tak akan bertukaq jadi pompuan. Itu hanya imiginasi penulis. Tunggu hingga ke episod seterusnya. Segala pertanyaan akan terungkai.

cikMilah said...

Salam..
Llaaaa, cerpen rupanya. Ingatkan dah ada kat Baling dah! :)
Makcik suka sangat lagu Ghuraba' tu.Lagu lama lebih 20 tahun dulu - ada kasetnya tapi tak dak player nak dengar balik! Nostalgia masa belajar kat US dulu, kawan2 Arab kata ini nyanyian/rayuan perjuangan menawan kembali al-Aqsa dan Palestin. Makcik tak paham senikata, tapi hafal lagu ni..

Anonymous said...

salam...
menarik cita..tertunggu2 kesudhnnya..tahniah!teruskn tarian mta pena anda

Anonymous said...

salam...
menarik cita..tertunggu2 kesudhnnya..tahniah!teruskn tarian mta pena anda

Anonymous said...

Salam.. Cerpen yg da dh postg..ble lg ust nk post karya sndri lak.tn2 menarik..rmai pmint menunggu:D

naz ilyn said...

Salam Ramadhan

Menarik..ingat tadi dah balik malsia..
apa kesudahan citenye..??

Ibnurashidi said...

Salam MakCik Milah..

Belum balik Malaysia lagi. Masih disini. Nak balik sekali tiket saja dah 4ribu lebih.

Wahh, makcik ni graduan Universiti USA rupanya. Jauh tu. Mesti dah pengalaman ya. 20 tahun maknanya saya masa tu mungkin baru kenal erti dunia agaknya. Ok, memandangkan Makcik tau bahasa inggeris dan minat dengar juga dan takdak player nak dgr makcik blh ke link dibawah. Disitu ada lagunya dan lirik sekali. Ya, lagu tu sebenarnya berkisar ttg perjuangan hasil dari Hadis baginda SAW. Islam itu terasing, akhir zaman ianya datang dengan terasing jua.


http://ibnurashidi.blogspot.com/2007/12/lirik-lagu-ghuraba.html

Ibnurashidi said...

Salam wufi..

Sabaq ya wufi..bulan-bulan puasa ni kena banyak sabaq naa.:)

Nur Tasnim said...

Salam `alaik =)

singgah kejap hilang kn penat lepas bc buku pagi2..hehe ;)

bile bc.,tasnim rs tk sabar dh nk balek kedah hjg thn ni..hehe..2 bulan rs mcm 2 tahun..yaAllah.. :|

ape pn,.setia menanti smbungan nya.. ;;)

Ibnurashidi said...

Tula, ana pun tengah fikir juga tajuk dan cerpen yang sesuai untuk digarapkan. Buat masa sekarang belum sempat lagi nak karang cerpen sendiri. Insya'Allah gai.

Whitetulip Tales said...

masya Allah....ingatkan kamu. rupa2nyer cerpen...hehe...dah berbakat, watper sia2 kan bakat yang Allah beri, kan??bulan ramadhan mmg penuh berkat. tetiba idea mencurah2 keluar kan??teruskan berkarya. setia menanti....

suara said...

Alahai... masa baca rangkap pertama, betul-betul ingat farid dah balik M'sia. hehe

Anonymous said...

salam..
em ingatkan ust farid yg karang, tp rasanya mcm cerpen ust farid je..
em apa maksud di sebalik gambar tersebut ek??
last, nnti bagi semua je la episod..
penat dah tunggu..huhu..:P

Anonymous said...

Ramadhan kareem..

Naz..Belum lagi baliknye..ada setahun lagi Insya'Allah. Doakan kejayaan ya!

Ramai yang sangka cerita kisah ana ya. Sebenarnya bukan. "Aku" tu watak seorang perempuan.:)

Ibnurashidi said...

Nuranim..

"bile bc.,tasnim rs tk sabar dh nk balek kedah hjg thn ni..hehe..2 bulan rs mcm 2 tahun..yaAllah.."

Orang kedah rupanya. Apa habaq?2 bulan dah rasa 2 tahun. Hambe 2 tahun nak rasa berapa tahun pulak ya?:)

Ibnurashidi said...

Whitetulip..

Seperti yang diberitahu..sebenarnya..kalau nak tahu siapa penulisnya kena tunggulah ke episod terakhir ya. Harapnya begitu. Idea nak tulis sebenarnya memang banyak. Tapi kadang-kadang internet asyik putus menyebabkan tergendala idea nak menulis. Apapun, Rabbunayu sahhill..Kullu Am waantum bkhiar..

Ibnurashidi said...

Kak Su..

Haaii..dah ramai orang dok tanya pasal balik Malaysia ni..takpa-takpa boleh sabaq lagi..

Ibnurashidi said...

Insya'Allah, nanti pakat taula sapa karang kisah tu.

Kisah disebalik gambar ya..banyak kenangannya. Disitulah tempat ana berjalan-jalan suatu masa dahulu. Dinegeri itulah tempat ana menuntut ilmu selama 3 tahun. Dibandar itulah selalu ana pegi beli barang-barang kerana ada pasaraya Mydin yg murah:)

Anonymous said...

best jgk cite ni. ana suka baca cerpen ni.

Ibnurashidi said...

syukran..silakan baca..luahkan apa yg kurang dan apa yang tidak..

Anonymous said...

salam...wah best seh cite ni...

Ibnurashidi said...

Salam..

Biasa-biasa aja ceritanya..namun punya faedah yang boleh diambil..

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP