Lamaran Diterima ( Episod 2 )

Tuesday, September 9, 2008


Aku mengerling mata ke jam di tanganku. Jarum jam menunjukkan pukul 8.45 malam. Ini bererti tinggal lagi 15 minit mesyuarat akan bermula. Masih sempat untukku bersiap. Telekung dan sejadah kulipat dan diletakkan di dalam locker. Kuletakkan al-Quran di rak buku.

“Enti nak ke mana tergesa-gesa ni?,” tanpa disedari Fatimah berdiri di sebelahku. Entah dari mana dia munculaku tidak tahu.

“Oh, Ana ada ‘annual grand meeting’ Persatuan Sains Kemanusiaan pada pukul 9.00 nanti. Maaf ya ana tak sempat nak memberitahu enti tadi.”

“Tidak mngapa. Ana faham. Lagipun sejak akhir-akhir ini kita agak sibuk.” Ujar Fatimah.

Walaupun hanya beberapa bulan aku bersahabat dengan Fatimah namun kami sudah pun macam adik-baradik. Sikapnya yang sopan ,sentiasa merendah diri serta terbuka membuatkan aku senang dengannya. Dia sentiasa mengambil berat tentang diriku.

Suasana di dalam Dewan al-Farabi agak sesak. Aku mengambil tempat duduk di barisan yang agak hadapan. Aku ternampak Asiah rakan sekelasku melambai-lambaikan tangannya kearahku. Aku melemparkan senyuman sambil membalas lambaian tersebut.


“Assalamualaikum,” ucapku sebaik sahaja Asiah menghampiriku.

“Waalaikumsalam.,” sambutnya sambil mengambil tempat duduk di sebalahku yang kebetulan kosong. Sepuluh minit kemudian mesyuarat bermula. Tiba-tiba aku terasa ada sepasang mata memerhati ke arahku. Aku cuba mengamati wajah itu. Dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Hatiku tertanya-tanya siapakah dia. Adakah aku mengenalinya atau dia mengenaliku. Aku cepat-cepat beristiqfar kerana takut berzina mata dan menimbulkan fitnah antara kami. Suasana menjadi sedikit hingar-bingar apabila tiba proses mengundi dikalangan ahli untuk melantik ahli jawatan kuasa baru.



 
 Sekadar gambar hiasan
 
“Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan. Kita akan mendengar ucapan presiden persatuan kita Bro. Ahmad Mujahid bin Abdul Rahman. Dipersilakan dengan segala hormatnya.” Keadaan kembali tenang apabila pengerusi majlis menjemput Presiden Persatuan Sains Kemanusiaan untuk berucap. Tiba-tiba pelajar lelaki yang memerhatikan aku tadi bangun. Semua mata tertumpu kepadanya. Aku dapat mengagak bahawa dia adalah orang yang dimaksudkan.




**********



Aku dapati ada sepucuk sampul surat di atas meja tulisku. Namaku yang ditulis dengan tulisan tangan tertera di atas sampul putih tersebut. Aku tidak dapat mengecam tulisan tangan tersebut. Hati aku tertanya-tanya siapakah yang memberi surat tersebut.


“Aisyah, tadi ada seorang kakak senior mengirim surat kepada enti. Dia membahasakan dirinya Kak Wan.” Tiba-tiba Fatimah muncul dari bilik air. Persoalan yang bermain dalam benakku terjawab tapi aku masih lagi buntu.

Kak Wan?. Kenapa dia mengirim surat ini kepada aku?. Kalau ini surat rasmi mesti ditulis dengan menggunakan komputer. Surat tadi aku biarkan di atas meja. Aku bergegas ke bilik air kerana waktu zohor sudah lama masuk.


Selesai solat, aku duduk di birai katil. Aku teringatkan surat yang diberi oleh Kak Wan tadi. Hatiku tertanya-tanya apakah isi di dalamnya. Mengapa perlu diberitahu melalui surat. Mengapa tidak jumpa sahaja. Sampul surat itu ku buka perlahan-lahan. Ternyata lain benar tulisannya. Lain daripada tulisan Kak Wan kerana aku amat mengenali tulisan Kak Wan walaupun baru beberapa kali aku melihatnnya. Tanpa membuang masa aku membaca isi kandungannya.




.بســـــــــــم الله الرحمن الحيـــــــــــم

الســــــــــلام عليــــــكم ورحمة الله وبركاته

Kehadapan saudari Aisyah Solehah binti Muhammad Faris. Semoga enti barada dalam keadaan sihat dan sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayng Allah. Maaf jika enti terkejut menerima warkah ini. Mungkin enti tidak mengenali ana tapi ana telah lama mengenali enti walaupun kita tidak pernah bersemuka. Ana mengenali enti sejak hari pendaftaran dua bulan yang lalu. Entah kenapa kelibat enti menarik perhatian ana. Dengan bantuan sahabat-sahabat ana menyelidik tentang latar belakang enti. Maaf sekali lagi jika tidak meminta izin daripada enti terlebih dahulu. Tapi ternyata enti adalah muslimah yang ana cari-cari selama. Ana yakin enti dapat menjadi sayap kiri ana dalam meneruskan perjuangan ini. Semoga perhubungan ini dibina atas dasar cinta kepada Yang Maha Satu kerana Dialah yang mengatur segalanya. Dengan rasa rendah diri ana ingin menyunting mawar di taman firdausi agar ia terus menghiasi hati seorang anak adam yang hanya mengharapkan cinta Ilahi. Umpama nenek moyang kita, Adam a.s merindui Hawa begitu juga diri ini. Wallahua’lam. 

Wassalam Yang benar,
Ahmad Mujahid bin Abdul Rahman. 




Bersambung...



"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

22 komentar:

Anonymous said...

salam,...
menarik betul cite ni...dah lama x baca cerita2 zaman remaja yang mcm ni..sapa penulis nye..??x sabar menanti episod seterusnya...

Ibnurashidi said...

Baguslah..silakanlah baca lagi ya. Semoga memberi manfaat berguna. Penulisnya akan tahu dipenghujung cerita:) bagi suspen sikit:D

Tirana said...

Salam ibnurashidi..cerita ini mengingatkan saya pada kisah diri sendiri..bagaimana suami saya melamar saya dahulu..lebihkurang macam ni la ceritanya..Alhamdulillah..semuanya menjadi kenangan yang terpahat kuat di memori.

Teruskan penulisan.. Gaya penulisan sikit-sikit macam penulis Kang Abik (Habiburrahman). Di Malaysia, Kang Abik ni terkenal dgn novel ayat-ayat cinta dan ketika cinta bertasbih. Saya belum selesai membaca ayat-ayat cinta dan belum mula membaca ketika cinta bertasbih. Di Malaysia jarang ada penulis yang menulis kisah-kisah cinta yang berunsurkan islam sedangkan di Mesir, mungkin ramai agaknya. Mungkin itulah sebabnya mengapa Kang Abik ni famous di Malaysia. Saya tidak boleh memberi komen tentang novel-novel beliau sebab belum baca.. tapi kawan-kawan yang telah membaca berpendapat begitu.

Ibnurashidi said...

Salam Tirana...

Tak sangka ya ada persamaan kisah dengan yang masih hidup. Kalau begitu pertemuannya, sungguh baik sekali. Semoga kenangan anda dan suami membawa ke syurga abadi. Ingatlah, menjadi Isteri solehah bukan sahaja didunia sahaja bahkan terus menerus ke syurga kelak. Carilah keredhaan suami asal ianya menepati syara'.

Novel ayat-ayat cinta saya dah tengok filemnya. Memang seakan sama realiti hidup kami azharian disini. Novelnya saya belum habis membaca. Begitu juga cinta bertasbih, saya dah baca khulasahnya tetapi isi hanya muqaddimahnya sahaja. Semuanya digarap dengan baik penceritaannya. Semoga kisah islamik terus menerus mekar mewangi.

Anonymous said...

Salam..terus b'sbr menant smbgn nye lg..nk tau pe ksdahan nye..nvl kang Abik dh bce.ayt2 cnta best!cdh,lbh menyanyt hati kalo d bndgkn dgn flem.ketka cnta b'tsbh pn dh bce.skrg nk abskn utk epsd 2..pnuh dgn unsur cnta islmc..kpda rmja2 d luar ptt bce nvel2 habiburahman supya dpt d jdkn pnduan b'sma.. Insyallah :)

Ibnurashidi said...

Salam Nur_Syahadah..

Nampaknya begitu ramai yang telah mengkhatamkan novel2 kang Abik ya..Kenapa saya masih belum mampu menghabiskan?mungkin saya tidak minat dan baru cuba untuk meminati?atau mungkin...susah sekali untuk menjawabnya..satu pertanyaan yang saya saja mampu menjawabnya:)

Dari terus melayari kisah cinta berlandas nafsu semata lebihlah elok membaca kisah karangan spt kang Abik...tak begitu?

kin hashim said...

mmm...menarik... tak sabar nak tau kisah seteusnya...karya sendiri ke nih? atau mungkin pengalamn sendiri? hehhehe..

Ibnurashidi said...

Karya sendiri?tapi kalau pengalaman sendiri rasanya tak..tunggulah kesudahan ana akan bagitau sapa penulisnya ya..

Anonymous said...

salam...

cepat2la tulis smbungan dia...best seh...

Ibnurashidi said...

salam Azzahra..

Sambungannya tak perlu ditulis sebab memang dah ditulis:)

Ibnurashidi said...

Masyitah...

Memang situasinya masih dialam remaja. Remaja itu budak-budak. Lebih baik dari bercouple sehingga menjahanamkan maruah. Pokoknya, istifadhah yg boleh diambil ialah takdim menuju bait muslim itu lebih baik.

kawaii_desu said...

err ni cerita rekaan or cerita betul?? seems real...

nostalgic :P

Ibnurashidi said...

Cerita ini seakan real..mungkin kena tanya penulis cerita ni agaknya:)

MASYITAH MD.HASSAN said...

bukan maksud ana gaya penceritaan dan plot dia...bait al-muslim lebih baik menggunakan org tengah (ustaz/ah) daripada directly hantar surat

MASYITAH MD.HASSAN said...

To Admin, komentar yang xmenepati citarasa admin akan di delete ke??

Ibnurashidi said...

Memang lebih baik guna orang tengah. Tapi dia menghantar surat tandanya gentlemen. Ikhlas sebaik mungkin. Macam kawan ana baru ni kahwin, guna org tengah juga. Tapi dia call direct tanya nak kahwin ke tak..terus kahwin tanpa halangan. Surat n Call ada batasnya saudari.

Ibnurashidi said...

Komentar akan diteliti terlebih dahulu..penggunaan ayat yang kurang sesuai akan dinilai.

MASYITAH MD.HASSAN said...

owh mcm tu ke??ayat ana ada mslh ke sheikh??xpela...ana xsesuai disini...slm ukhuwwah bt semua student mesir...mga cepat blik ke Malaysia yang dah kronik ni dan sebarkan ilmu antum.assalamualaikum...
lepas ni admin boleh delete mana yg xsesuai ye..wslm...

Ibnurashidi said...

tak ada masalah pun. Ok je. Jangan kerana ana cakap camtu menyebabkan sesiapa berkecil hati. Itu protokol biasa, komentar akan dibaca dahulu. Ana harapkan student Universiti lain juga turut membantu menyebarkan ilmu. Mungkin kami beberapa kerat tidak mampu untuk melakukan jikalau tiada komitmen diberi.

Ada masa jemput datang lagi ya..ana sentiasa alu-alukan. Ada salah harap dimaafkan.

Nadia said...

cerita ini sangat menarik..sweet..
bestnya kalau ia terjadi pada diri sendiri..ermmm

Ibnurashidi said...

Semoga begitu..doa n berusahalah byk2 yer..Insya'allah dapt punye:)

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP