Showing posts with label Santai Minda. Show all posts
Showing posts with label Santai Minda. Show all posts

Senandung Kerinduan Kampung Halaman

Tuesday, January 27, 2009


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Memori itu masih tak luput dalam kotak minda. Biarpun hawa membahang di kota lama Siwa. Atau sesejuk lambaian puncak thur sina. Langsung tidak terkesan pada ingatan tempat kelahiran tanah tumpah darah tercinta. Terkadang tika memori itu menggamit tiba, terasa menyesakkan dada lantas menghempas gelora di relung jiwa. Segalanya tergambar ketika tujuh warna itu mula tersimbah di atas hamparan bebenang putih. Lalu mencorakkan ilustrasi nan berseri. Kerinduan sekelumit sehari-hari terus menerus bercambah tidak tertepis lagi.

Ingat lagi, sebidang tanah hijau itulah menjadi saksi saya berlari menerbangkan lelayang di awan impian. Jalur aliran sungai itulah tempat saya menyelami erti kehidupan. Titis-titis susu putih getah menakung secawan rezeki lewat fajar memancar tatkala ditoreh ibu tersayang telah mengajarkan saya erti sebuah perit pengorbanan. Jerih keringat seorang insan bernama ayah berpanas terik mentari dan terbias rembesan hujan mencari sesuap nasi tidak pernah sama sekali dilupa. Wajah-wajah riang saudara sedarah bersenandungkan keindahan berkeluarga. Pasti tak luput ditelan masa. Yakinlah, sepicing kenangan itu pasti berpadu kembali. Nantikan kepulangan anakmu.

Dengarkanlah sebuah dendangan yang membuatkan saya menulis dua perenggan di atas.

Kampungku

Kehijauan padi nan terbentang
Nun jauh mata yang memandang
Segarnya air di peringi
Segar lagi memoriku ini

Pohon kelapa melambai-lambai
Bagai menyambut ku pulang
Desaku yang tercinta
Rinduku tak terkata
Bertemu ayah dan bonda

Desir angin pun menyapa
Mengimbau kenangan kian lama
Atok nenek dan jua sanak saudara
Berkumpul bermesra bergurau senda

Bersyukurku pada yang Esa
Anugerah keluarga bahagia
Kampung yang indah dan permai
Terpanggilku bertafakur dengan segala ciptaannya
Kerana semua yang diciptakan Allah
Pastinya tiada yang sia-sia

Suasana inikan pasti kembali
Terlihat anak-anak kecil berlari
Atok dan nenek melihat sambil tersenyum
Girang terpandang cucunya sendiri

Bila suara azan bergema
Bersegera seluruh keluarga
Sembahyang berjemaah berwirid dan berzikir
serta berdoa menadah kehadrat-Nya
Di dalam lembayung iman dan rahmat dari-Nya
Kan dilimpahinya sentiasa

Tawa riang, terdengar memecah sunyi
Rumah atok, bayangkan ada kenduri
Nenek gembira, setelah sekian lama
Rumah yang sunyi kembali berseri.

Tajuk : Kampungku
Lagu dan Lirik : Zulfan




Ibnurashidi
8:12 PM, 27 Januari 2009,
Siberbay, Tanta.



"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

Read More......

Janji Allah Itu Pasti

Tuesday, October 21, 2008





 Kematian melanda
Tanpa dapat diduga
Kehilangan terasa menyentuh jiwa
Panggilan kepadanya
Tak mampu berdolak kata
Pasrahlah menerima
Ketentuan dari yang Esa

Gentarnya terasa
Bila teman meninggal kita
Terasa dekatnya pusingan takdir menjengah kita
Gerunnya mengocak jiwa
Bila menghitung bekalan didada
Miskin kedananya kita
Hanya dosa dan lumuran bebanan noda
Gentarnya menghadapmu dalam kepincangan
Sedang hanya serangkap cuma Izrailmu menanti tibanya masa

Oh Tuhan
Gentarnya tak layak rasa diri di Syurgamu
Begitu pula tak mampuku menghadap Nerakamu

Oo, Ya Allah..Ya Allahh..
Berilah kekuatan untukku tanpamu hilanglah arahku
Kurniakan ketenangan untukku
Moga utuh dikala kematian

Tajuk : Dikala
Lagu/Lirik : As-Shoff



"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

Read More......

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Wednesday, September 3, 2008


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد


Muqqadimah

Allahhumma bariklana fi Sya’ban wa balighna fi Ramadhan. Itulah doa yang menghiasi sepanduk sengaja dipasang masyarakat disini sebagai tanda sambutan kehadiran Syahru Ramadhan. Kehadiran sekali setahun sudah cukup mengubat rindu dijiwa umat Islam yang cintakan ibadat berlipat kali ganda ganjarannya. Hiasan seakan tanglung ( Fanus ) berbentuk kubah masjid tidak ketinggalan digantung berderetan dijalan dan beranda rumah menambahkan lagi kilauan cahaya dimalam hari. Cukup terasa suasana sambutan Ramadhan dibumi ardul kinanah ini. Tanggal pada hari Isnin 1 September 2008 bersamaan 1 Ramadhan 1429H bermulalah madrasah Ramadhan pada tahun ini.

Sewaktu menyelusuri lorong-lorong bangunan kedapatan petugas sukarelawan memberikan sesuatu. Semakin dihampiri, lantas pemuda arab itu menghulurkan sekeping kertas bewarna biru tertera tulisan “Ramadhan Kareem”. Saya cuba membelek-belek isinya di dalam, rupanya kertas itu merupakan suatu manfaat berguna sepanjang Ramadhan. Sekeping taqwim. Sungguh, masyarakat arab mesir itu membesar-besarkan kelebihan Ramadhan. Terpancar kegembiraan diwajah-wajah mereka sambil mulut mengucapkan doa “Kullu Am Waantum Bkhair”  "Sanahtu Tayyib" dan “Sanah Helwa” ketika bertemu sua. Jarang berlaku ditanah airku.


Masjid Sidi Khattab sentiasa menjadi tumpuan Jema'ah
 

"Fanus" begemerlapan dimalam hari 


Suasana malam di lorong sunyi



Realitinya, disini tidak ada pasar-pasar Ramadhan muncul bak cendawan selepas hujan. Tidak ada kuih-muih setahun sekali, tidak ada aneka lauk pauk menghiasi, tidak ada juga bermacam-macam jenis nasi. Kerana bulan ini bukan bulan menjamah makanan, tetapi bulan mengabdi diri dalam mencari keredhaan. Ini hakikat perlu diperbetulkan. Bukan kita ingin menafikan golongan mencari pendapatan sampingan, mahupun menyalahkan pengunjung mencuba bermacam hidangan tetapi ingin mengelakkan berlaku pembaziran. Pembaziran waktu, wang ringgit, dan tenaga. Juga tidak terdengar bunyi das tembakan meriam buluh ( pengalaman diwaktu awal remaja mengajar erti hidup ) dan letupan mercun ketika solat terawikh berlangsung.






Ini kerana, bulan Ramadhan hadir hanya setahun sekali. Kiasannya bak seorang pengembara ilmu sekian lama tidak pulang ke tanah air, bila diberi peluang cuti dihabiskan sebaik mungkin bersama keluarga tercinta. Terasa masa itu berharga. Alangkah indahnya suasana sebegitu diaplikasikan dalam bulan ini. Lebih indah sekiranya rutin harian bulan Ramadhan ini diisi dengan pelbagai ibadat demi mengihya’kan kemuliaannya. Bulan Ramadhan tidak boleh disamakan dengan bulan-bulan Islam yang lain kerana ianya mempunyai kelebihan tersendiri. Sabda Rasulullah SAW :-


Maksudnya : “Apabila datangnya Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan.”
( Muttafaqun Alaihi )


Sabda Baginda lagi dalam suatu hadis yang lain berbunyi :-

Maksudnya : “Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan Ar-Rayyan, orang-orang yang berpuasa sahaja memasukinya manakala orang-orang lain selain mereka tidak dibenarkan masuk.”

Malah keistimewaan Ramadhan ini ditakkidkan lagi dengan munculnya sejarah penurunan kitab suci Al-Quran. Ini tergambar dengan hujjah dari firman Allah SWT :-

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil)…”
( Al-Baqarah : 185 )

Kesimpulannya

Justeru itu, marilah saudara-saudari seagamaku mengorak langkah pintar menghiasi Ramadhan kali ini dengan perbanyakkan ibadat kepadanya. Ibadat dalam erti kata merangkumi hablun minallah wa hablun minannas. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang mendapat keredhaan dariNYA. Dikesempatan ini juga, ingin saya memohon jutaan kemaafan dari saudara-saudari yang mengenali atau tidak, samaada jauh atau dekat seandai ada mengguris perasaan dengan perkataan atau perbuatan. Melakukan sesuatu diluar dugaan kawalan saya. Saya sekali lagi memohon kemaafan, semoga Allah SWT mengampuni kita semua. Ameen. Sebagai penutup entri, kepada saudara saudari yang kelapangan waktu bolehlah terus ke link entri dibawah untuk pembacaan selanjutnya. Hasil entri bicara Ramadhan yang lepas. Sekian, ilalliqa’. Wassalam.


Sila lawati :-

Karenah Manusia di Bulan Mulia 
Memahami Definasi Dan Memasyarakatkan Ibadah Puasa
Tingkatan Puasa ; Dimanakah Kita?
Hakikat Puasa Serta Hikmahnya
Antara Puasa Haq Dan Bathil
Perjalanan Sejarah Di Bulan Ramadhan ( 1 )
Perjalanan Sejarah Di Bulan Ramadhan ( 2 )
Perjalanan Sejarah Di Bulan Ramadhan ( 3 )
Perjalanan Sejarah Di Bulan Ramadhan ( 4 )



Ibnurashidi
12:00 AM, 31 OGOS 2008,
Siberbay, Tanta.


"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

Read More......

Nostalgia Deklamasi Sajak

Monday, August 11, 2008

Layan, Layan..
Geleng, geleng..
Goyang semuanya mengikut rentak..
Seakan terbang tanpa sayap..
Air payau berbuih..
Pelbagai warna dan rasa..
Kencing syaitan menjadi gilaan mereka..
Hilang kawalan hilang pedoman tiada arah tujuan..
Merah hijau ungu menjadi taruhan..

Nyawa menjadi gadaian..
Apakah sudah hilang pertimbangan?
Demi membuktikan kejantanan atau nafsu perlu diturutkan..
Berani menempah celaka rela diri terdera..
Murahnya nyawa mereka..
Manusia sudah hilang nilai kemanusiaan..
Dendam geram, tak puas hati..
Mahu tunjuk jaguh walau diri masih rapuh..
Pukul, belasah, buli..
Persis banduan dalam uniform sekolah..
Gua jaguh!gua gangster!gua otai!

Madarasah hilang fungsi..
Generasi masa depan hilang jati diri..
Madhiah kian meraja dihati..
Ragut, ugut, pukau..
Wasilah mudah mencari kesenangan..

Pelbagai ragam manusia hari ini..
Halus licik..
Biar pecah diperut jangan pecah dimulut..
Bertambah buncit perut dengan sumber yang haram..
Hidup diselebungi pura-pura..
Kaya bertambah kaya..
Miskin kedana kian merempat..
Tiada ketulusan mengejar kemajuan..
Tiada siapa sanggup membela..

Perbalahan..
Penipuan atas kebenaran..
Bilakah akan datang menjelma..
Penawar akan kebejatan ini..
Penyembuh keinsanan manusia..
Supaya manusia benar menjadi manusia..

Hatiku membentak ganas!
Memberontak, berkecamuk!
Penuh kekecewaan menyelubungi..
Kekesalan tidak berkesudahan
Ahhhh,mengapa ini semua berlaku?!
Oh tidak..hatiku kembali sayu..
Aku bertekad..
Berazam jitu..
Aku harus berubah..aku harus berubah..
Sebelum suasana bertambah parah
Renungkanlah wahai diriku..
Wahai sahabatku..
Jangan sampai kiamat tiba..







Sajak Oleh : Ust.Kamaruzzaman
Penyajak : Ust.Ibrahim Mansur
Edit & Muzik latar : Ibnurashidi



"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

Read More......

Laa Tahzan Ma'aka ALLAH

Tuesday, June 24, 2008




Video Klip menceritakan suka duka umat Islam di Palestin. Lirik lagu yang didendangkan menceritakan supaya jangan bersedih diatas apa yang berlaku. Sesungguhnya Allah SWT bersama-sama dengan orang yang bersabar dan beriman..Insya'Allah. Kekejaman puak kafir terlalu melampau sehingga ke tahap lebih ganas dari binatang. Segalan kekejaman itu wajib dibalas kembali dengan penegakkan sebuah empayar Islam. Mari kita sama-sama mendoakan umat Islam seluruh dunia kembali bersatu dibawah satu kesatuan Khilafah dan kembali membela umat Islam tertindas. Allahumma inna nasaluka khilafatan ala' minhajji nubuwwah wa tuzullu bihal kufr wa ahlahu wa a'aizzal Islam wa ahlahu..
Wassalam..



Ibnurashidi
Siberbay


Read More......

Lagu Inspirasi Imtihan 2

Sunday, June 15, 2008



Seperti yang dijanji sebelum ini. Saya ingin siarkan lagu kedua versi arabic yang menceritakan tentang jihad di palestin. Semoga anda dengar, fahami maksudnya dan dapat memberikan sedikit perangsang dalam menempuh gelombang samudera perjuangan. Secara peribadinya memang saya sukakan lagu ini kerana ianya memberikan satu semangat. Kerapkali juga saya dengar ketika musim peperiksaan baru-baru ini. Mungkin ada sesetengah orang mengatakan imtihan tiba semua perkara perlu dihentikan serta merta tetapi bagi saya tanpa mendengar alunan muzik jiwa terasa sunyi sepi walau ketika study. Baiklah sila dengar mp3 dibawah.




Ibnurashidi
Siberbay.

Read More......

Lagu Inspirasi Imtihan 1

Friday, June 13, 2008



Track 1 - Unknown Artist



Merah Saga
Album : Tak Kenal Henti
Munsyid : Shoutul Harokah


Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir
Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu
Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah ditanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad palestina
Perjuangan telah kau bayar
Dengan jiwa, syahid dalam cinta-NYA



Sebuah lagu jihad menjadi sumber inspirasi semangatku ketika mana saat sedang menghafal kitab kuliah ketika imtihan baru-baru ini. Sambil dengar lagu sambil baca kitab. Ini merupakan lagu pertama saya dengar, lagu yang kedua versi Arabic. Insya’Allah akan saya postingkan kemudian.



Ibnurashidi
Siberbay.


Read More......

Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW

Friday, April 11, 2008


النبي صلوا عليه


اَلنَّبِي صَلُّوا عَلَيْهِ * صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْهِ


وَيَنَالُ الْبَرَكَاتِ * كُلُّ مَنْ صَلَى عَلَيْهِ


اَلنَّبِي يَاحَاضِرِيْنَ * اِعْلَمُوا عِلْمَ الْيَقِيْنِ


اَنَّ رَبَّ العَالمَِيْنَ * اَفْرَضَ الصَّلاَةَ عَلَيْهِ


اَلنَّبِي يَا مَنْ حَضَرْ * اَلنَّبِي خَيْرُ الْبَشَرْ


مَنْ دَنَالَهُ الْقَمَرْ * وَنَزَلْ سَلَّمْ عَلَيْهِ


اَلنَّبِي ذَاكَ الْعَرُوْسِ * ذِكْرُهُ يُحْيِى النُّفُوْسِ


اَلنَّصَارَى وَالْمَجُوْسِ * اَسْلَمُوْا عَلَى يَدَيْهِ


اَلنَّبِي ذَاكَ الْمَلِيْحَ * قَوْلُهُ قَوْلٌ صَحِيْهَ


وَالْقُرآنْ شَىْءٌ فَصِيْحَ * اَلَّذِى اُنْزِلْ عَلَيْهِ


اَلنَّبِي يَااهْلَ الْعَرَبْ * اَلنَّبِي مَدْحُهُ طَرَبْ


اَلْحَبِيْب عَالِى النَّسَب * صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْهِ


اَلْحَسَنْ ثُمَّ الحُسِيْنِ * لِلنَّبِي قُرَّةُ الْعِيْنِ


نُوْرُهُمْ كَالْكَوْكَبَيْنِ * جَدُّهُمْ صَلُّوْا عَلَيْهِ




Read More......

Dijiwa Terasing Namun Tidak Pada Ilahi

Sunday, December 30, 2007







Ghurabaa’ u wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa

Ghurabaa’ do not bow the foreheads to anyone besides Allah

Ghurabaa’ u war tadhainaa haa syi’aaran lil hayaa

Ghurabaa’ have chosen this to be the motto of life

Ghurabaa’ u wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa

Ghurabaa’ do not bow the foreheads to anyone besides Allah

Ghurabaa’ u war tadhainaa haa syi’aaran lil hayaa

Ghurabaa’ have chosen this to be the motto of life

Inta sal ‘anna fa inna laa nubaali biththughaa

If you ask about us, then we do not care about the tyrants

Nahnu jundullaahi dawman darbunaa darbul-ubaa

We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

Inta sal ‘anna fa inna laa nubaali biththughaa

If you ask about us, then we do not care about the tyrants

Nahnu jundullaahi dawman darbunaa darbul-ubaa

We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path

Lan nubaali bil quyuud, bal sanamdhii lil khuluud

We never care about the chains, rather we’ll continue forever

Lan nubaali bil quyuud, bal sanamdhii lil khuluud

We never care about the chains, rather we’ll continue forever

Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadiid

So let us make Jihad, and battle, and fight from the start

Ghurabaa’ un hakadzal ahraaru fii dunya-al ‘abiid

Ghurabaa’ this is how they are free in the enslaved world

Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadiid

So let us make Jihad, and battle, and fight from the start

Ghurabaa’ un hakadzal ahraaru fii dunya-al ‘abiid

Ghurabaa’ this is how they are free in the enslaved world


Kam tadzaakarnaa zamaanan yawma kunna su’adaa`

How many times when we remembered a time when we were happy

Bi kitaabillaahi nahnu-hu shabaahan wa masaa`

In the book of Allah, we recite in the morning and the evening

Kam tadzaakarnaa zamaanan yawma kunna su’adaa`

How many times when we remembered a time when we were happy

Bi kitaabillaahi nahnu-hu shabaahan wa masaa`

In the book of Allah, we recite in the morning and the evening




Read More......

Doa Buat Ibu Bapa..

Monday, December 24, 2007



Ya Allah,

Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka


Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka
padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan
padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.


Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang
mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana
perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab hilangnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan
berlipat ganda.


Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka
memberi syafa'at untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama
dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-
Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu


Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta
anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara
semua pengasih.


Amin Ya Rabbal Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.


Istighfarlah, Istighfarlah....



Read More......

Klip Live - Aeman

Wednesday, December 19, 2007



Lagu ini ditujukan khas untuk Ibu Bapaku tersayang di kampung serta ahli keluarga yang lain semoga dipanjangkan umur, murah rezeki, senantiasa berbahagia selalu..ameen.










Read More......

Klip Live..

Monday, December 10, 2007

Read More......

Santai-santai...

Friday, September 28, 2007

Satu hari, seorang pilot telah di tugaskan utk membawa 30 pesakit jiwa berpindah ke satu kawasan yg baru dgn menaiki kapal terbang yg akan dipandunya.

Pada keesokan hari, spt yg dijanjikan juruterbang itu pun membawa 30 pesakit jiwa tersebut. 29 pesakit tersebut terlalu gembira dapat menaiki kapal terbang itu. Mereka semua melompat2 di dlm kapal terbang itu. Bagaimanapun cuma seorang pesakit sahaja yg hanya mendiamkan diri.

Tiba2 kapal terbang yg mereka semua naiki bergegar akibat 29 pesakit yg melompat2 itu. Pilot menjadi geram akibat perbuatan 29 pesakit itu. Dia tidak dapat mengawal kapal terbang yg bergegar itu. Pilot tersebut memanggil pesakit jiwa yg pendiam itu dan menyuruh supaya dia memberitahu kawan2nya supaya berhenti bermain.

5 minit kemudian, pilot itu mendapati kapal terbang kembali stabil. Pilot memangggil sekali lagi pesakit jiwa yg pendiam itu dan bertanya, "Kenapa semuanya boleh menjadi senyap dlm sekelip mata..? Apa yg kau bagi tau sama kawan2 kau itu?".

Pesakit itu pun manjawab "Saya bagi tau kat kawan2 saya ..... kalau nak melompat2........... pergi main kat luar!!!!hehehe..



Read More......

Renungan Sejenak..

Wednesday, August 15, 2007






















Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya.
( An-Nahl : 12 )






Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju. ( An-Nahl : 15 )






















Dia lah yang
telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
( Al-Mulk : 3 )







































Dan Dia lah
yang memudahkan laut, supaya kamu
dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup, dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya; dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan supaya kamu bersyukur. ( An-Nahl : 14 )








Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ( An-Nahl : 18 )





BY : Ibnu Rusyd



Read More......

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP