Showing posts with label Karya Sastera. Show all posts
Showing posts with label Karya Sastera. Show all posts

Nukilan Buat Sang Pencinta

Monday, February 16, 2009

 


Syuhada’
Saat puing-puing minda kejatuhan berjujuran
Kau bersinar memacak panji keagungan
Menjadi perisai maruah bercahaya
Menjadi benteng jiwa bergemilap
Menjadi penyelamat umat keizzahan
Tak terdetik mencari sekelumit nama
Kerana medan sabil itu mulia
Semulia kalimah setinggi angkasa

Syuhada’
Terpancar sinaran putih kilauan pedang
Debu-debu Jihad menutupi ruang angkasa
Lalu berselubung awan gemawan nan memutih
Syahmura itu berputar
Merobek jiwa hina tersungkur
Rebah, tumbang bercempera
Dibelah bumi menjunam jatuh
Persis hikayat Fir’aun di lautan merah

Syuhada’
Saat manusia diulit bayangan durjana
Saat dunia melalak nyaring suaranya
Konon membantu tetapi membatu
Bersahut-sahutan tetapi lakonan
Kau nyahkan alunan janji indah itu
Lantas memaut erat segenggam azam
Segulung tekad tegar iltizam
Kerana kau tahu tanggungjawab tak seringan zarah

Syuhada’
Telah terakam janji setia
Pada lembaran firman Jalla Wa’ala
Pada helaian sunnah Habibi Mustofa
Membeli harga jiwa syuhada
Kau terima berakad cinta
Bermahar titis darah dan jiwa
Kerana luhur cinta-NYA tiada berdusta

Syuhada’
Lantas gugur bak helai daunan
Terbang tinggi dihembus pawana
Semerbak alam haruman kasturi
Jiwa putih terbang melayang
Terbentang hijab panorama ghaib
Merentas tujuh lapis langit
Biru, hijau, putih, hitam
Segalanya menyerlah sudah

Berbahagialah Wahai Pencinta
Mengadap kekasih selama-lamanya


Hasil “Nukilan Buat Sang Pencinta” ditujukan khas buat semua Para Syuhada’ yang syahid di jalan Allah terutama kepada mujahidin di Ghazzah, Palestin. Semoga Allah SWT memberi ganjaran hebat buat mereka. Al-Fatihah.


Ibnurashidi
10:02 AM, 16 Februari 2009,
Siberbay, Tanta.





"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

Read More......

Nasihat Harsan Bin Al-Haris

Tuesday, December 16, 2008


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Sebagaimana umum mengetahui sebelum kehadiran agama Islam, masyarakat Jahiliyyah begitu terkenal dalam industri keseniaan. Terutamanya melibatkan kesusasteraan arab. Ini dapat dibuktikan dengan deretan khazanah syair tinggalan mereka dan lahirnya ratusan penyair terkenal. Sehinggalah kedatangan agama Islam lantas cuba mewarnai keseniaan sastera itu dengan norma-norma yang menepati piawaian syariat serta jauh dari unsur lalai dan asyik.

Antara salah seorang penggiat seni tersebut ialah Harsan Bin Al-Harith. Beliau merupakan novelis dan penulis cerpen yang hidup di zaman jahiliyah. Bahkan tergolong dalam golongan pemikir serta mempunyai kata-kata hikmah. Ada riwayat mengatakan beliau digelar Zul asba’ (si tangan yang lebih) kerana beliau mempunyai jari lebih di kaki. Berikut merupakan salah satu nasihat beliau yang terlakar dalam khazanah syair dunia arab:-


يابنى! إن أباك قد فنى وهو حى وعاش حتى سئم العيش وإننى موصيك بما إن حفظته بلغت فى قومك ما بلغت فى قومك مابلغته فاحفظ عنى : ألن جانبك لقومك يحبوك وتواضع لهم يرفعوك، وأبسط لهم وجهك يطيعوك ولاتستأثرعليهم بشئ يسودوك وأكرم صغارهم كما تكرم كبارهم يكرمك كبارهم ويكبر على مودتك صغارهم واسمح بمالك واحم حريمك وأعزز جارك وأعن من استعان بك وأكرم ضيفك وأسرع النهضة فى الصريخ فإن لك أجلا لايعدوك وصن وجهك عن مسألة أحد شيئا فبذلك يتم سؤددك


Wahai anakku, sesungguhnya ayahmu sudah hampir mati tetapi masih hidup lagi.
Aku hidup sehingga jemu untuk hidup.
Aku ingin bagi nasihat kepadamu, kalau kamu jaga wasiat ini nescaya kamu akan sampai kepada kaummu sebagaimana aku sampai dalam kaum jikalau kamu amal betul-betul dengan baik.
Hendaklah kamu perlembutkan hatimu dengan kaummu nescaya kamu akan disukai.
Jikalau kamu merendah diri, mereka akan angkat kamu.
Hendaklah kamu bermaniskan muka untuk mereka.
Jangan kamu meminta-minta dalam sesuatu hal pun nescaya mereka akan memuliakan kamu.
Hormat pada yang kecil seperti mana kamu hormat pada mereka yang besar nescaya yang tua akan menghormati kamu dan yang kecil akan sayang pada kamu.
Hendaklah kamu mengunjukkan hartamu (jangan kedekut).
Hendaklah kamu Kasihan belas pada wanita-wanita.
Hendaklah kamu muliakan jiran-jiran.
Bersegeralah menolong kalau kamu dengar orang meminta tolong.
Ajal maut sudah ditetapkan dan tidak akan memintas kamu.
Hendaklah kamu jaga air muka kamu dengan tidak meminta-minta bantuan. Nescaya sempurnalah kemulianmu.


Rujukan:
Jaulah fi dauhah Al-Adab, Doktor Muhammad Ahmad Abu Lufa, Universiti Al-Azhar Tanta.


Ibnurashidi
15 Disember 2008,
Siberbay.



"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

Read More......

Imam As-Syafie r.a

Tuesday, November 25, 2008

 



Imam As-Syafie…
Hening malam di Kota Ghaza
Dalam gelap pekat keributan manusia
Tatkala 150H/767M melakar baru sirah semesta
Akhirnya terbit sebutir bintang dari beribu bintang di cakerawala
Menyinar terang persis permata lu’lu’ berharga
Menyeri zulmat di lorong-lorong kota
Menyental karat jahiliyyah yang meraja

Imam As-Syafie…
Benarlah takwilan ibumu bermimpi
Engkau laksana bintang Musytari
Melekat di geluk rahim suci
Lantas meluncur laju membelah langit angkasaraya
Akhirnya jatuh menghempas tanah seribu menara
Terpercik menempias puncak Piramid Giza

Imam As-Syafie…
Telah tercoret lembaran sejarah
Susur galur mulia berkuturunan Habibullah
Darah Quraish biasan Rasulullah
Abu Abdullah Muhammad bin Idris As-Syafie gelaran diberi
Sendi sunnah kekasih Allah utuh menghiasi
Hatta jolokan “Nashir As-Sunnah” kesan membela Nabi

Imam As-Syafie…
Lambaian kota suci Mekah Al-Mukarramah menyahut
Biar seusia 10 tahun engkau berani menyambut
Usai rukun erat memaut
Terpancar kekaguman, tersentuh sukma
Tatkala usia 15 tahun telah tersemat kemas Al-Muwattha’
Terpatri kukuh karya Imam Malik tiada tersalah bicara

Imam As-Syafie…
Tiada waktumu tanpa ilmu, tiada detikmu tanpa kalam ilahi
Berkelana merantau adat sang musafir saifi
Demi cinta agung, engkau sanggup bersendiri
Terus menapak ke Kota Baghdad era Abbasiyyah
Di hadapan Khalifah Harun Ar-Rasyid engkau petah berhujjah
Hancur luluh berderai hati Sang Khalifah

Imam As-Syafie…
Kembara ilmu terus terlaksana
Biar gersang si tanah dibakar membara
Namun tekad jiwa merindui cita-cita
Engkau rentasi debu pepasir Mekah Al-Mukarramah, Mandinah Al-Munawwarah
Demi mentaqreeb selisih lurah-lurah
Biar terpinggir, tersisih namun cekal tabah

Imam As-Syafie…
Berkat kekentalan yang dibajai
Mazhab engkau subur mekar mewangi bak haruman kasturi
Meluas empayar feqah Islami
Sehingga Ardul Kinanah direntasi
Akhirnya tepat tanggal 29 Rejab 204 Hijrah / 820 Masihi
Engkau bermusafir selamanya setelah memberi
Engkau tenang mengadap ilahi
Pusaka khazanah ilmu bernilai sedia diwarisi
Deretan kitab turath Ar-Risalah, Al-Umm kekal bergenerasi
Tinggal selidiki, hayati, pelajari
Semoga tegar sebati dalam diri

Hasil Nukilan:
Ibnurashidi
4:10PM, 22 November 2008,
Siberbay


"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

Read More......

Janji Allah Itu Pasti

Tuesday, October 21, 2008





 Kematian melanda
Tanpa dapat diduga
Kehilangan terasa menyentuh jiwa
Panggilan kepadanya
Tak mampu berdolak kata
Pasrahlah menerima
Ketentuan dari yang Esa

Gentarnya terasa
Bila teman meninggal kita
Terasa dekatnya pusingan takdir menjengah kita
Gerunnya mengocak jiwa
Bila menghitung bekalan didada
Miskin kedananya kita
Hanya dosa dan lumuran bebanan noda
Gentarnya menghadapmu dalam kepincangan
Sedang hanya serangkap cuma Izrailmu menanti tibanya masa

Oh Tuhan
Gentarnya tak layak rasa diri di Syurgamu
Begitu pula tak mampuku menghadap Nerakamu

Oo, Ya Allah..Ya Allahh..
Berilah kekuatan untukku tanpamu hilanglah arahku
Kurniakan ketenangan untukku
Moga utuh dikala kematian

Tajuk : Dikala
Lagu/Lirik : As-Shoff



"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

Read More......

Ayuh Bangkit!

Wednesday, October 8, 2008


Perjuangan
Penghujungnya menanti tiupan Israfil
Namun badai terus melanda
Megahnya tangan-tangan Yahudi, Nasara, Dahri dan Sobiin
Islam terus terhina di muka bumi
kerana
Umat Islam terpenjara kekerdilan
Jiwanya teransang memeluk dunia
Cintalah dunia
Takutlah mati
Umat Islam akan terus diganyang oleh anjing-anjing

Ya Rabbi
Hamba Mu perjuangkan keegoan
Hamba Mu terhina di bumi Mu
Hamba Mu tersasar diperkotak-katikkan
Ya Rabbi Baitil 'Atiq
Saksikanlah keinsafan umat Mu
Kembalikanlah kemuliaan umat Mu
Ajaran suci kekasih Mu mengisi kekosongan alam
Bangkitnya umat Mu dari lena
Al-Quran dan As-Sunnah tidak akan terlepas
Berkatilah hamba Mu sepanjang zaman


Nukilan : SKET '09










"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

Read More......

Nostalgia Deklamasi Sajak

Monday, August 11, 2008

Layan, Layan..
Geleng, geleng..
Goyang semuanya mengikut rentak..
Seakan terbang tanpa sayap..
Air payau berbuih..
Pelbagai warna dan rasa..
Kencing syaitan menjadi gilaan mereka..
Hilang kawalan hilang pedoman tiada arah tujuan..
Merah hijau ungu menjadi taruhan..

Nyawa menjadi gadaian..
Apakah sudah hilang pertimbangan?
Demi membuktikan kejantanan atau nafsu perlu diturutkan..
Berani menempah celaka rela diri terdera..
Murahnya nyawa mereka..
Manusia sudah hilang nilai kemanusiaan..
Dendam geram, tak puas hati..
Mahu tunjuk jaguh walau diri masih rapuh..
Pukul, belasah, buli..
Persis banduan dalam uniform sekolah..
Gua jaguh!gua gangster!gua otai!

Madarasah hilang fungsi..
Generasi masa depan hilang jati diri..
Madhiah kian meraja dihati..
Ragut, ugut, pukau..
Wasilah mudah mencari kesenangan..

Pelbagai ragam manusia hari ini..
Halus licik..
Biar pecah diperut jangan pecah dimulut..
Bertambah buncit perut dengan sumber yang haram..
Hidup diselebungi pura-pura..
Kaya bertambah kaya..
Miskin kedana kian merempat..
Tiada ketulusan mengejar kemajuan..
Tiada siapa sanggup membela..

Perbalahan..
Penipuan atas kebenaran..
Bilakah akan datang menjelma..
Penawar akan kebejatan ini..
Penyembuh keinsanan manusia..
Supaya manusia benar menjadi manusia..

Hatiku membentak ganas!
Memberontak, berkecamuk!
Penuh kekecewaan menyelubungi..
Kekesalan tidak berkesudahan
Ahhhh,mengapa ini semua berlaku?!
Oh tidak..hatiku kembali sayu..
Aku bertekad..
Berazam jitu..
Aku harus berubah..aku harus berubah..
Sebelum suasana bertambah parah
Renungkanlah wahai diriku..
Wahai sahabatku..
Jangan sampai kiamat tiba..







Sajak Oleh : Ust.Kamaruzzaman
Penyajak : Ust.Ibrahim Mansur
Edit & Muzik latar : Ibnurashidi



"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

Read More......

Ya Ummati Aina Shababi?

Sunday, April 27, 2008



Terkapai-kapai mencari cahaya..
Dalam kelam diselubungi hitam zulumat..
Tubuh-tubuh derita dihancur lumat..
Oleh tangan manusia durjana disegenap pelusuk..
Berpandukan Aqidah Syaitan direjam sebagai petunjuk..
Palestin, Iraq, Afghanistan, Kosovo, Indonesia masih dilema..
Pakistan, Mesir, Chechnya, Sudan, Malaysia senantiasa dihina..
Deretan daulah umat Islam menghiasi geografi..
Tetapi hakikat sebenar apa yang terjadi??
Mereka dibunuh, dicabuli, dirogol sesuka hati..
Malah Rasul SAW turut dicaci maki..
Tiada siapakah yang ambil peduli..
Tetapi kamu umat Islam senantiasa berpuas hati..
Hanya kutuk, boikot, demonstrasi sahaja mampu dibuat..
Itu tidak cukup bagi mengubati sengsara umat..
Dimana pemimpin Islam yang dikatakan hebat??
Dimanakah pemuda Islam seperti para sahabat??
Tunjukkanlah kegagahanmu seperti Umar Al-Khattab, Khalid Al-Walid, Salahuddin Al-Ayubi..
Tetapi sayang seribu kali sayang..
Pemuda harapan umat ini sedang senang lenang..
Terbang ke syurga dunia melayang-layang..
Gila kuasa, tamak harta, memikat wanita..
Itulah matlamat utama semata..
Bergelumang maksiat dosa dan noda..
Sungguh hiba hati ini,
Adakah diri tergolong sekali??
Marilah sama-sama muhasabah diri..
Bertaubat kembali di sejadah hiba..
Supaya mampu menjadi pemuda perkasa.. 
Martabatkan keagungan Islam di persada dunia..



Ibnurashidi
3:10AM
26 April 2008

Read More......

Perempuan Sejati?

Saturday, December 29, 2007



PEREMPUAN YANG KAMI SAYANGI...

Adalah pencinta TuhanNya
Yang mengalir cinta, takut dan harap
Yang menguasai perjalanan penghidupanNya
Dari waktu ke waktu
Dari hari ke hari
Sehingga perjalanan diantara
Jasad dan nyawanya berakhir


PEREMPUAN YANG KAMI RINDUI ...

Adalah perempuan yang dimata dan wajahnya
terpancar sinar Nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya
Sentiasa membesarkan Allah


PEREMPUAN YANG KAMI CINTAI...

Yang menutup auratnya
Dari pandangan mata ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Di sanjung tinggi
Penduduk langit dan bumi


PEREMPUAN YANG KAMI IMPIKAN...

Adalah yang mendekatkan
Hatinya yang telah jauh
Kepada AR-Rahman, AR-Rahim
Di saat orang lain dilamar kebendaan


PEREMPUAN YANG KAMI KASIHI...

Yang bersyukur dengan apa yang ada
Yang bersabar pada yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Yang tidak bermata benda


PEREMPUAN YANG KAMI SUKAI...

Menjadi dian pada dirinya sendiri
Menjadi pelita untuk putra-putrinya
Yang bakal dilahirkan......
untuk menyambung perjuangannya di belakang hari




Sekian, Wassalam..


Read More......

Jangan, Jangan dan Jangan!

Thursday, September 6, 2007



Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti
kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.






Read More......

Secebis Rasa..Secangkir Penyesalan..

Tuesday, August 14, 2007




Semalam, terasa bagai berlalu..
Laju dan pantas masa dilalui..
Bagaikan roda yang bergerak tanpa henti..
Dunia hari ini tidak seperti semalam..
Segalanya berubah..
Daripada Lama kepada Baru,
Daripada Jahat kepada Baik,
Daripada Jahil kepada Tahu,
Daripada Berilmu kepada Alim..
Begitulah rona kehidupan fana ini..
Penuh pancoraba bakal dimenanti..
Tetapi..
Aku masih disini..
Disaat semuanya berubah, bertukar silih ganti..
Aku masih disini..
Ahh, lemahnya diri ini!
Aku masih ditakuk lama..
Aku masih Jahil!
Aku masih mentah..
Seringkali hatiku memberontak..
Ingin mencari secebis cahaya..
Menunjuki ke jalan yang lurus..
Mengapa diriku begini?
Kenapa diriku tidak berubah?
Persoalan itu..perlu aku jawab segera..




Ya ALLAH Ya Tuhanku..
Ku merayu kepadamu..
Tunjukkanlah aku ke jalan lurus..
Sebagaimana mereka-mereka yang Kau redhai..
Ampunilah dosa-dosaku..sahabat-sahabatku..
Keluargaku..Muslimin Muslimat..Mukminin Mukminat..
Ya Rabb..berikanku taufiq hidayah..
Sesungguhnya aku amat lemah…








Nukilan : Ibnurashidi





Read More......

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP