Nasihat Harsan Bin Al-Haris
Tuesday, December 16, 2008
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
Sebagaimana umum mengetahui sebelum kehadiran agama Islam, masyarakat Jahiliyyah begitu terkenal dalam industri keseniaan. Terutamanya melibatkan kesusasteraan arab. Ini dapat dibuktikan dengan deretan khazanah syair tinggalan mereka dan lahirnya ratusan penyair terkenal. Sehinggalah kedatangan agama Islam lantas cuba mewarnai keseniaan sastera itu dengan norma-norma yang menepati piawaian syariat serta jauh dari unsur lalai dan asyik.
Antara salah seorang penggiat seni tersebut ialah Harsan Bin Al-Harith. Beliau merupakan novelis dan penulis cerpen yang hidup di zaman jahiliyah. Bahkan tergolong dalam golongan pemikir serta mempunyai kata-kata hikmah. Ada riwayat mengatakan beliau digelar Zul asba’ (si tangan yang lebih) kerana beliau mempunyai jari lebih di kaki. Berikut merupakan salah satu nasihat beliau yang terlakar dalam khazanah syair dunia arab:-
يابنى! إن أباك قد فنى وهو حى وعاش حتى سئم العيش وإننى موصيك بما إن حفظته بلغت فى قومك ما بلغت فى قومك مابلغته فاحفظ عنى : ألن جانبك لقومك يحبوك وتواضع لهم يرفعوك، وأبسط لهم وجهك يطيعوك ولاتستأثرعليهم بشئ يسودوك وأكرم صغارهم كما تكرم كبارهم يكرمك كبارهم ويكبر على مودتك صغارهم واسمح بمالك واحم حريمك وأعزز جارك وأعن من استعان بك وأكرم ضيفك وأسرع النهضة فى الصريخ فإن لك أجلا لايعدوك وصن وجهك عن مسألة أحد شيئا فبذلك يتم سؤددك
Wahai anakku, sesungguhnya ayahmu sudah hampir mati tetapi masih hidup lagi.
Aku hidup sehingga jemu untuk hidup.
Aku ingin bagi nasihat kepadamu, kalau kamu jaga wasiat ini nescaya kamu akan sampai kepada kaummu sebagaimana aku sampai dalam kaum jikalau kamu amal betul-betul dengan baik.
Hendaklah kamu perlembutkan hatimu dengan kaummu nescaya kamu akan disukai.
Jikalau kamu merendah diri, mereka akan angkat kamu.
Hendaklah kamu bermaniskan muka untuk mereka.
Jangan kamu meminta-minta dalam sesuatu hal pun nescaya mereka akan memuliakan kamu.
Hormat pada yang kecil seperti mana kamu hormat pada mereka yang besar nescaya yang tua akan menghormati kamu dan yang kecil akan sayang pada kamu.
Hendaklah kamu mengunjukkan hartamu (jangan kedekut).
Hendaklah kamu Kasihan belas pada wanita-wanita.
Hendaklah kamu muliakan jiran-jiran.
Bersegeralah menolong kalau kamu dengar orang meminta tolong.
Ajal maut sudah ditetapkan dan tidak akan memintas kamu.
Hendaklah kamu jaga air muka kamu dengan tidak meminta-minta bantuan. Nescaya sempurnalah kemulianmu.
Rujukan:
Jaulah fi dauhah Al-Adab, Doktor Muhammad Ahmad Abu Lufa, Universiti Al-Azhar Tanta.Ibnurashidi
15 Disember 2008,
Siberbay.
"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."
26 komentar:
Assalamualaikum wbt...
cubaan suara..ok mic dah ok..hihi
sebaigamana diketahui umum, bangsa arab memang terkenal dan kaya dengan hasil dan penulisan sastera mereka.
hal ini terbukti lagi sejak zaman masyarakat arab jahiliah iaitu sebelum lahirnya Nabi Muhammad SAW.
Secara ringkasnya, diturunkan Al-Quran sebagai mukjizat kepada Baginda SAW adalah untuk melemahkan karya2 sastera di kalangan arab jahiliyyah dan membenarkan serta mengagungkan apa yang tersurat dan tersirat di dalam Al-Quran itu.
Selanjutnya.. bolehlah dirujuk di dalam kitab Ulum Quran dan kitab2 yang berkaitan...
Berkaitan dengan hasil karya sastera adalah salah satu usaha ataupun medium penyampaian yang digunakan untuk menyalurkan luahan rasa yang terbuku di hati.
Kaedah tersebut masih lagi digunakan hingga kini.
Sama juga di web blog ini, yang terus memahat lagi karya2 berbentuk cerpen, catatan yang secara tidak langsung menyebarkan dakwah islamiah.
Tahniah kepada tuan tanah...:D
Setakat itu catatan saya yan dapat diconteng dan dimuralkan di sini.
p/s:Menjadi orang pertama yang memberi komen? berikan tepukan untukku..hihi
MyFahmi...
Cubaan untuk testing keyboard..ok, baik line clear.
Penambahan yang baik. Ini yang sepatutnya ditonjolkan. Bila pakar Usuluddin sudah bersuara:)
Kalau kita lihat kebanyakkan syair Jahiliyyah memang begitu. Lebih kepada pemujaan, unsur khayalan dan unsur-unsur lagha.
Silakan untuk terus menconteng..semoga contengan anda memberi makna buat semua.
P/S : Ya, tengah tepuk tangan gemuruh lagi:)
Salam Farid..
Terasa lama tak berkunjung ke sini..tapi insyaAllah tak pernah lupa pada Farid dan blog ni..
Setiap bangsa ada seni dan budaya masing-masing. Seni dan budaya bangsa Melayu pun belum habis diterokai apalagi seni dan budaya bangsa lain. Namun alhamdulillah dengan adanya orang yang macam Farid ni (suka bercerita..hehehe), sekurang-kurangnya kak tirana dapat kenal dan tahu tentang budaya syair orang-orang arab di zaman lampau..terimakasih kerana berkongsi ilmu.
Salam alaik. Nasihat yg sangat relevan utk kehidupan kita masa kini..utk menjaga maruah & bersosial...
Semoga tiada yg menggunakan nasihat 'hendaklah kamu kasihan belas pada wanita-wanita' utk tujuan peribadi, tolong-menolong kerana Allah SWT dan dlm batasan syariat..
Salam k.Tirana...
Alhamdulillah..
Benar, saya rasa khazanah alam melayu masih banyak belum diterokai. Memandangkan dulu tidak ada kesedaran yang timbul untuk cuba mengadaptasikannya.
Sebenarnya ramai lagi yang berkebolehan untuk bercerita. Mungkin faktor memendamkan bakat yang terpadam agaknya.
Afwan..
Orangbukit...
Salam. Nasihat yang baik itu sentiasa releven. Tinggal dengar dan ikut sahaja.
oh, ini yang dinamakan mengembangkan pemikiran. Seperti juga kitab, pada asalnya disebut matan, kemudian, syarah dan terus kepada hasyiah. Bagus. Harapannya begitu. Tidak mengambil kesempatan di atas belas kasihan. Masalah yang realiti bukan fantasi.
Semuanya kerana ALLAH SWT.
Salam.. Pelbagai khazanah melayu belum lg diterokai..tp dgn adanya weblog macm ni dptla kiranya diketahui sdkt dmi sdkit..
P/s: yg jauh ditunjukkan jalan yg dkat dilupakn jangan..
Assalamualaikum.
Sedikit cicipan ilmu seni di sini. Seni memang suatu hiasan buat kehidupan insan. Kerana fahamnya Tuhan akan kehendak setiap ciptaannya. Setiap cabang kehidupan manusia tentunya terdapat buruk baiknya, pro kontranya, yang baik itu sudah tentu punya cara garis panduannya, yang salah itu tidak lain tidak,tentu hasil kelemahan makhluk dalam mengaplikasinya di dalam kehidupan. Antara kehendak diri dan kehendak ILAHI, banyak yang kecundang dalam memahami.
Moga sedikit informasi di sini mampu membantu manusia menafsir tepat erti seni di dalam islam.
Anda semakin berani!
Maattaufiq wannajah
Salam dari jauh,
Alhamdulillah, bagus pesanannya ya. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah Taala jua dan yang tak baiknya itu adalah datangnya dari kelemahan iman kita sendiri...wallahua'lam
harsan sempat jumpa Rasulullah tak?
maaf tanya. alfun mubarak.
Harsan bin Al-Harith?
Oh saya benar-benar tidak tahu..
Nasihat yang baik..
typo..Al-Haris..
assalammualaikum w.b.t.
satu nasihat yang baik sekali. Islam sememangnya memandang tinggi pada kesenian. kalau baca syair-syair arab, sungguh halus bahasanya. tapi, bila dah di translate mungkin tak sama nilainya dengan yang asli. macam dalam buku 'la tahzan'. agaknya kalau baca versi pertama (yang original) pasti lagi menusuk kalbu.
Nur_Syahadah...
Salam..Terima kasih. Dengan adanya komentator yang bernas idea serta kritis menambahkan lagi penghasilan output ilmiah. Insya'Allah. Teruskan memberi setelah menerima.
p/s : Lebih baik hujan di negeri sendiri. Masih mengenal apa itu belacan.
Wa'alaikumsalam...
kerana kepelbagaian itulah menunjukkan kehebatan dan kekuasaan Allah SWT menciptakan sesuatu. Sedang Nabi Muhammad SAW itu sendiri masih mensyukuri nikmat ilahi walau sudah maksum. Ternyata yang kecundang itu adalah insan bernama manusia. Bukannya haiwan. Bukankah Allah SWT mengajar supaya kembali ke pangkal jalan jika sudah kecundang. Maha Suci Allah yang menciptakan makluk. Biar menggunung tinggi dosa dipikul namun tetap saja menerima taubatnya.
Berani ada pelbagai maksud. Sila spesifikkan supaya tidak salah tafsiran. Semoga berani itu kerana mempertahankan agama Allah SWT semata. Juga buat kamu.
Syukran. Najah fiddunya wal akhirah..
Whitetulip...
Semoga diambil dan diguna pakai apa-apa pedoman yang baik. Janganlah kerana kita membenci sesuatu langsung tertolak apa yang disampaikannya.
Khairi...
Terima kasih sudi bertanya. Maaf, dalam buku rujukan yang saya ambil tidak pula disebut secara detail biodatanya. Kemungkinan dia sempat, kemungkinan tidak. Wallahua'lam.
salam ziarah..
Syahidah...
Sekarang sudah tahu?kalau sudah baguslah. Teruskan membaca di lain waktu:)
e-leeyana...
Wa'alaikumsalam...saya dapat menerima pandangan saudari. Sememangnya karya asal tidak dinafikan mempunyai makna lebih halus. Kadangkala ketika hendak menterjemah terasa seperti kosa kata bahasa melayu tidak sampai maksud.
Ahmedkzaman...
Silakan Ziarah..kutiplah apa yang ada. Semoga ada manfaatnya.
Pesanan yang harus dipegang kalau nak hidup dalam suasana tenang, aman dan bahagia. InsyaAllah.
Salam Ibnurashidi,
Terima kasih berkongsi syair yang penuh dengan nasihat - sesuai sepanjang zaman.
Moga sihat ceria :)
Suara...
Benar Kaksu..pesanan yang baik jangan diabaikan..kita harus bersyukur masih ada orang mengingatkan kita. Bagaimana kalau sudah tidak ada orang menasihati kita?
Bunga Rampai...
Salam..sama-sama..alhamdulillah sihat dan ceria selalu..cuba agak busy dan risau dengan peperiksaan bakal menjelang.
Post a Comment