Diari Raya Haji

Friday, December 12, 2008

 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Satu

Usai solat raya berjemaah di Istad. Saya bersama beberapa teman terus menapak menyelusuri lautan manusia itu. Tidak terasa sesuatu yang menyukarkan lagi. Suhu sejuk bertambah walau tidak sesejuk ketika Aidiladha tahun lepas. Bayu atmosfera utara itu mula menyucuk liang kulit. Ustaz Firdaus mengepalai ziarah pertama saya. Beliau mengajak ke rumah tuan empunya rumah yang telah dijadikan restoran terletak di Ma’arad. Pada asalnya ia sebuah rumah biasa. Namun beliau telah menyewa dan dijadikan restoran pertama masakan Asia Tenggara terletak di Tanta.



“Boleh ja. Emm, tapi sekejap je kot kita gi.” Otak saya ligat mengatur jadual.

“Tula, ana pun nak gi kejap je. Nak bayar duit sewa rumahnya. Bolehla ziarah-ziarah sekejap ya.”


Dua
 
Saya segera ke Majlis Korban yang berlangsung di belakang Bait Izzah, Markaz DPMT. Ketika sampai, kelihatan segalanya sudah pun terlaksana. Saya sedikit kelewatan. Hanya sempat menolong memotong ketulan-ketulan daging kambing. Begitu berbisa dagingnya, terasa bahang panas naik ke wajah. Barangkali sesiapa yang mengidap darah tinggi boleh hilang kawalan darah dalam badan.


 Unta yang terkorban...

Upacara memotong kambing...

“Ayah jangan makan daging kambing banyak sangat..nanti takut Darah tinggi boleh naik pastu tengok pintu jadi double.”

Celoteh saya ketika menghubungi keluarga di kampung sehari sebelum Aidiladha. Deraian ketawa kedengaran di corong microfon hasil kata-kata saya. Talian internet menjadi perhubungan utama kami di sini sebagai pengerat silaturahim dan pencetus semangat meneruskan perjuangan.

Tiga

Rezeki yang datang jangan ditolak. Bukan senang merasa daging free. Sementelahan, harga daging di sini sekilo sahaja mencecah LE30. Cubalah anda kira jikalau RM1 diconvert menjadi LE1.60. Sesuatu yang sangat mewah bagi saya.

Tanpa berlengah saya terus saja mengikuti teman ke rumah Ammu Abdullah. Beliau sekali lagi mengadakan kenduri sempena Aidiladha. Alhamdulillah, enak sekali penangan daging lembu lembut rebus bersama nasi arab. Turut tersedia semangkuk kuah kacang dan acar timun.

Jam di telefon bimbit menunjukkan waktu menghampiri pukul 2 petang. Hati saya masih teragak-agak samaada mahu meneruskan perjalanan atau tidak. Lalu saya cuba tetapkan pendirian. Saya keseorangan.

Empat

Saya meneruskan perjalanan menuju kota Ramses. Nama kota itu diambil sempena nama Sang Firaun dilaknat Allah SWT. Tidak perlu saya berbicara panjang lebar hal ehwal Firaun kerana kemasyurannya sudah tersebar serata alam. Termasuk alam nusantara yang terbinanya candi-candi hindu lembah bujang , gahnya kota A.Farmosa Melaka atau puncak perbukitan hikayat Sang Puteri Gunung Ledang.

Jiwa saya kadangkala tercuit telatah masyarat Mesir. Lucu dan Kelakar. Namun ternyata saya perlu lebih berhati-hati ketika berinteraksi dengan mereka. Ada sesetengah mereka kaya dengan tipu helah. Biar sudah berjaga-jaga tetap saja ada perkara masih terlepas pandang. Teringat saya akan kaum Qibti keturunan Firaun itu.

Sesampai di kota Ramses. Saya terus ke Mahattah betul-betul terletak di belakang Stesen Kereta Api. Dengar khabar stesen itu sudah wujud ketika empayar Perancis dahulu. Saya terus mencari-cari ruang untuk menaiki van menuju ke seksyen 10. Atau lebih dikenali Hayyu Asyir. Tepat jam 4 petang saya sudah terpacak di bangunan Rumah Kediaman Majlis Kebajikan Keluarga Kedah.

“Sudah habis majlisnya?.” Saya menyapa salah seorang teman yang beristirehat di kaki lima bangunan. Kelihatan riak letih di wajahnya.

“Baru saja habis..makanan semua habis. Tapi enta cuba naik ke surau mungkin ada lagi makanan. Dekat bahagian VIP. Syafiq, bawa Ust.Farid naik ke atas!” Balas Saudara Fahmi.

Terasa keletaian menyelubungi diri. Kaki bergontaian melangkah naik ke surau. Rupa-rupanya ada akhwat menjadi pelayan di bahagian VIP. Sebenarnya saya tidaklah kisah kalau makanan sudah kehabisan, kerana niat awal hanya mahu beraya di Kaherah pula tahun ini.

“Ustaz amiklah nasi ni..penghabisan..” Jemput seorang Ustazah.

Saya terus menceduk hidangan yang dikatakan VIP itu. “Uih..banyak betul lauk. Bermata-mata.” Sebetulnya bukanlah kedudukan saya berada di ruangan itu, tetapi memandangkan bahagian bawah sudah tutup kaunter jadi terus naik atas.

“Lama tak nampak enta noo..sejak depa tau jalan ni dah tak berapa nak ingat kita kat sini dah..” sapa Ustaz Hassan.

“Ishh, kita ingat depa. Kita ingat lagi sapa yang mula-mula memperkenalkan roti hawasyi dulu. Kita ingat lagi aihh sapa yang bawa pi Hayyu Sabie’. Kita ingat lagi sapa yang masakkan Nasi Tomato..” Saya cuba imbau kenangan bersama beliau. Beliaulah antara musyrif yang menunjuk jalan ketika saya menjejakkan kaki ke bumi Anbiya’ ini. Alfu Syukran Ya Akhie.

Malam itu saya bermalam di kamarnya. Beliau juga salah seorang blogger Azharian.

Lima

“Hello..Assalamualaikumm..enta kat mana?dah balik Tanta belum ni?” Ustaz Zahran menghubungi saya keesokan paginya. Beliau salah seorang kenalan lama sewaktu berada di Sekolah Menengah dahulu. Kini, beliau telah melangkah jauh meninggalkan saya. Baru-baru ini Ustaz Zahran telah pun mendaftarkan diri menjadi salah seorang Mahasiswa Majister Al-Azhar.

“Ana belum balik lagi. Ada kat rumah kedah ni. Awat?”

“Maila rumah adik ana lani”

“Insya’Allah, ana pi lepas zohor ya. Haa.. jangan lupa sediakan apa-apa yang patut tu..hehe.” Saja bergurau.


 Daging Barbecue (Ust.Zahran sebut babyque) bersama tukang masak...
 
Petang itu kami berkenduri sakan daging korban. Masakan ala kebaratan dan tradisional menjadi taruhan. Daging bakar, sup daging, air asam, kentang goreng, nasi putih tersedia. Penangan gabungan daging unta dan lembu itu membuatkan saya tersandar di dinding. Mujur angin dingin luar menghembus mulus menyelinap masuk ke sirat benang baju tebal. Mata juga terasa berat mahu terlelap. Cuba tahan.


 Siap masak..makanlah pula...

“Zahran, jom pi Tanta. Malam ni ada Majlis sempena Aidiladha. Presiden PMRAM pun ada. Dia pi rasmi.”

“Boleh juga.” Pelawaan saya disambut baik.


 Pemandangan dari jendela rumah serta hidangan...

Enam

Sesampai di Imarah Darus Sa’adah itu waktu sudah melepasi solat Isya’. Perjalanan dari Kaherah ke Tanta saja sudah mengambil masa selama 2 jam.

“Program ada lagi?.” Saya cuba bertanya walaupun sudah tahu Majlisnya sudah tamat.

“Naik atas..ada lagi makanannya.” Pelawa seorang sahabat.

“Nasi dah habis..lauk je ada..enta amik lauk ni yer..”

Saya tersenyum. Mata melirik melihat gelagat Ustaz Nazri bergegas membungkus lauk di dapur. Beliau salah seorang tukang masak DPMT. Kelihatan Ustaz Shafiq dan beberapa pelajar perubatan di suatu jihat. “Eh takpe, ana dah kenyang sebenarnya. Petang tadi dah makan.”


 Banner majlis...

Pulang ke rumah. Jiran pula menghidangkan Mee sup tulang.


Kesimpulan

Alhamdulillah Wa Syukurillah. Rezeki Allah SWT itu ada dimana-mana. Besar sungguh nikmat kurnianya. Tidak terhitung dengan kiraan, tidak tergambar dengan penglihatan. Biar berjauhan dari keluarga tercinta, namun tidak mematahkan semangat kami berkelana di perantauan. Walaupun berkorban sedikit kerinduan. Semoga kami dipertemukan semula dengan ahli keluarga. Inginku tunjukkan segenggam kejayaan buat mereka!

” Succesfull is sacrified..that is value of the truly love..make a good choice whether u want to take it or not.” Kata seorang teman. 



Ibnurashidi
1:30AM, 13 Desember 2008,
Siberbay.



"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

36 komentar:

Anonymous said...

salam...

test mic... tambah eco sket ye..hihi..
dah lama tak mencoret dan menconteng kat sini...
rasa² orang terawal... tepuk tangan laa sket..:D

baik lah..tanak komen banyak²..
just nk ucap..selamat menanmbahkan KG anda...
semoga jgn pening dgn berat BADAN anda yang sentiasa berat..hihi

pepon syukur..coz tahun ni meriah aidiladha..
rezeki daging korban ada saja...
unta, kambing, kebau dan lombu dapat rasa...

cuma tak dapat rasa balik malaysia je..
hihi...

p/s: tq tuan tanah bg ruangan utk komen...
apapon..semoga bersama-sama kita najah dalam intihan yang bakal bertandang..

Anonymous said...

Salam.. Seronok bace kisah hidup org di perantauan.. Macam2 dapat rasa juadah kan..ada unta lagi.. Tak dpt beraya dgn keluarga tapi dpt beraya dgn kwn2 kan..meriah je rase.. Makan daging beringat ye ustaz :-)..

Anonymous said...

Oh ye.. Sometimes we always think that it is the good choice,but...

Unknown said...

Assalamualaikum.
Meriah nampaknya sambutan hari raya Ibnurashidi di Mesir. Seronok juga KakChik baca terutama yang bab 'babyque' tu. Orang bujang kalau masak sedap juga nampaknya. Masa suami di Mansourah dulu, dia pernah juga masak tapi sekarang ni harap makan yang KakChik masak je lah. Sibuk.

Balqis said...

Assalamualaikum,

Wah, boleh tahan juga ya sambutan Aidiladha di sana. Apa rasanya makan daging unta, ya?

Barbecue itu memang nampak sedap. =)

cikMilah said...

Gendang gendut tali kecapi
kenyang perut suka hati...
he he he...
Alhamdulillah rezeki jangan di tolak...

Anonymous said...

wah, selalu dapat rasa 'angin-angin Mesir' kalau baca post-post dekat sini...makin dibaca, makin menggunung pulak keinginan untuk menjejakkan kaki ni ke bumi anbiya' itu..huhu~

Ibnurashidi said...

Salam MyFahmi...

Itulah, bila nak menconteng baru datang ke sini. Datanglah selalu supaya sentiasa boleh tepukan gemuruh...hehe.

Berat sebab tulang besi..urat dawai. Besi kan mahal sekarang tu yang berat:)

Meriah-meriah pun tetap kurang. Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendirikan?

Mujur tak korban dhab yer?

P/S : Amin Ya Rabbal Alamin..

Ibnurashidi said...

Nur_Syahadah...

Unta kat Malaysia orang jarang korban ya?
Lain orang lain juadahnya.
Boleh tahanla juga meriahnya. Cuma saya berharap tahun depan dapat bersama keluarga pula.

Insya'Allah, makan kena beringat. Terima kasih ya kerana berpesan. Bukankah Nabi berpesan penyakit itu banyak datang dari perut.

Ermm..besides, fate of Allah is everything..as a human being,we only can pray..ke guane?:)

SNA said...

daging unta yang DPMT masak dr aritu p x abes lg, ade dlm peti..dah tak larat nak makan daging.. ni kene kuar pi pasar beli ikan la pulak..tension makan daging..huuu~

ust farid mmg makan banyak pn kan? haha [jgn cube sembunyi rhsia]

Salam Aidil Adha dari Ma'arad (^_^)

puas hati sy da bc blog ust.. haha

Ibnurashidi said...

kakchik...

Wa'alaikumsalam...hehe, saya dah agak. Biasalah orang bujang masak mesti ada kurangnya. Tak semacam yang dah berumahtangga. Motto masakan, janji ada rasa langsung disapu bersih.

Cuba sekali sekala suruh suami masak. Mesti Pro kan:)

Ibnurashidi said...

BaruKisu...

Wa'alaikumsalam...daging unta pun rasanya boleh tahan juga macam raya. Dagingnya perlu direbus selembut mungkin kerana bimbang yang ada gigi boleh tercabut. Rasanya enak sekali. Manis.

Apa yang pelik, dagingnya boleh bergerak-gerak walau sudah disembelih.

Ibnurashidi said...

cikMilah...

Gendang perut tali kecapi..
Nak makan daging kena hati-hati...
Sebab perut pun dah panas berapi...
Last kena cari ubat terapi..

Ya, Alhamdulillah..

Ibnurashidi said...

al-ikhsan...

Jangan dilengah lagi..teruskan merasa angin sepoi-sepoi bahasa dari sini. Nanti datang hirup udaranya pula ya.

Ibnurashidi said...

DR. ALIA...

Ha kalau belum habis apakata hulur-hulur jiran sebelah tanda pengorbanan:)

Adehh..makan sikit saja. Yang banyak tu meratah:)

P/S : Sungguh ilmiah entri terbaru:)

Nur said...

Subhanallah...best nyer...disini tak semeriah di sana...dan tak semriah eidul fitri...sekali sahaja sambutan nya....:D

makan sahaja, apalah sangat KG2 anda itu...hehehheh....insyaAllah senang nak turun balik kan...:D

Ibnurashidi said...

Fakhzan Marwan...

Di sini Aidiladha lebih meriah dari Aidilfitri. Macam-macam fesyen arab dressing.

KG tu kena fikir juga. Maklumlah musim sejuk susah nak turunkan berat badan. Insya'Allah turun:)

Tie said...

Sedap ke rasa daging unta tu?? Ada orang mcm berpasir...betul ke??

Ibnurashidi said...

Tie...

Belum pernah merasakah binatang yang dikatakan dinosour moden itu?

Sedapnya boleh tahan. Berpasir?sebab sembelih di atas pasir kot. Cuci bersih-bersih hilanglah pasir:)

MyFahmi said...

wat mr hj ibnu rashidi...

maap byk2..bkn xnak jln2 kt sini..
tu laa pasal..tambang dh naik..
tu yg payah nk dtg sni..hihi...

nti laa mari ke tonto..
lgpon kn...sem ni 1 paper je..
ley dtg masa exam karan..hihihi
[menambah kesebarutan yang membiakkan kecelaruan]

ok la..semoga berJAYA dan berGAYA dalam exam nti..

kita kan nak balik msia nanti..
tadak yang kena tinggal tau..
huhu...
insya ALLAH

MyFahmi said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam..
blh thn raya thn n?mkn kat tempat VIP lg tu..
gambr BBQ tu plg menarik..kalau blh zoom lg bgs..
Alhamdulillah murah rezeqi kat sna..xda risau sgt psl mknn..ada j rezeqi dtg..
:)
korbankan apa yg anda sayang~

nohas said...

Raya sakan noo...menjalin ukhwah di hari lebaran..restoran Asia Tenggara tu menyediakan juadah M'sia ke atau Indonesia? atau dua2 sekali?

Ibnurashidi said...

wat mr hj ibnu rashidi...

maap byk2..bkn xnak jln2 kt sini..
tu laa pasal..tambang dh naik..
tu yg payah nk dtg sni..hihi...

nti laa mari ke tonto..
lgpon kn...sem ni 1 paper je..
ley dtg masa exam karan..hihihi
[menambah kesebarutan yang membiakkan kecelaruan]

ok la..semoga berJAYA dan berGAYA dalam exam nti..

kita kan nak balik msia nanti..
tadak yang kena tinggal tau..
huhu...
insya ALLAH

MyFahmi...

Biasalah, bukan setakat tambang yang naik di Mesir. Seluruh dunia harga jualan semua naik.

Silakan bertandang. Mungkin ada ilmu maya baru saya bakal perolehi lagi.

Dengar khabar mahu ke tanah suci?atau sudah menukar master plan?

Insya'Allah, kita berjaya dulu kemudian bergaya. Amamcam boleh?:)

Semoga Allah SWT memperkenankan doa. Amin.

Ibnurashidi said...

Ultraiman...

Salam. Boleh tahan juga daging korbannya. Kebetulan saja makan tempat itu. Sebenarnya tiada apa yang membezakan antara VIP dan bukan VIP.

Menarik seperti rasanya. Alhamdulillah. Tak bolehlah zoom dekat-dekat. Bimbang ada yang terliur pula:).

Ibnurashidi said...

Orangbukit...

Sakanla juga:)
Restoran tu menyajikan makanan Malaysia. Tom yam dan spesis seangkatannya pun ada.

Kalau nak merasa masakan Indonesia. Ada juga Restorannya. Baru buka. Bakso menu pilihan saya:)

Whitetulip Tales said...

wah..bestnyer raya haji ante ya..macam2 pulak tue..errr...daging unta tue...sedap ker..tak pernah rasa lagilah...

Anonymous said...

Assalamualaikum,

ustaz, makan makan juga ya. Kesihatan jangan lupa di jaga. Prevention is better than cure. Bab daging korban ni, bagi yang ada penyakit darah tinggi dan sebagainya tu memang perlu berjaga, kerana daging segar ni boleh jadi punca penyakit kembali 'mengganas'. Wallahua'lam

Apapun, sama-sama kita menyingkap sirah pengorbanan rasulullah saw, para sahabat dan nabi ALLAH swt. Moga ia berjaya menambah rasa mahu dan terus berkorban demi agama NYA. Walau hari ini mungkin tidak semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna, pasti banyak yang perlu di korbankan, banyak juga yang terpaksa di lepaskan. Sesekali melangkah tersadung, rebah menyembah, sesekali langkah gagah tersenyum syukur, dan semua itu tetap perlu pengorbanan.

Wallahua'lam

Berkorbanlah, kerana kelak kita pasti sedar bertapa manisnya semua itu jika segalanya kerana ALLAH swt

Barakallahu fiik

Ibnurashidi said...

Whitetulip...

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah..dalam mensyukuri nikmat pemberiannya harapannya tidak juga dilupakan mereka-mereka yang kurang berada. Itulah antara ciri-ciri pengorbanan perlu dilihat bersama.

Ibnurashidi said...

Wa'alaikumsalam...

Syukran atas peringatan. Saya lebih suka pembaca tidak memfokuskan masalah makan. Tetapi ziarah Aidiladha dan suasana raya itu yang ingin ditonjolkan. Nampak saja majlis makannya banyak, tetapi kuantiti makanannya hanya sekadar perlu diambil.

Benar. Tidak kira apa jua makanan, jika lebih bahaya mendatang.

Bila menyingkap sejarah baginda, baginda mengesyorkan umatnya supaya meraikan bila tibanya Aidilfitri dan Aidiladha. Tidak ada salahnya untuk merayakan, bergembira yang ada batasnya. Disamping mensyukuri nikmat dan erti pengorbanan itu.

Apa yang pasti, kami sememang sedang berkorban.

Anonymous said...

ya saya tahu anda dan sahabat anda dan semua pelajar di luar negara sedang berkorban. Dan tentunya semua manusia sedang berkorban. Korban itu pelbagai caranya dan pelbagai medannya.

Tahniah dan teruskan usaha

As said...

seronok kesah2 nih
sharing is caring
:)

suara said...

Alhamdulillah... Sambutan Aidiladha kat sana tak kurang meriahnya. Kak su punya raya pun meriah jugak :D

Dalam komen yg di baca, Farid ada cakap pasal daging unta yg bergerak-gerak. Err... daging lembu pun bergerak jugak tau. Selalunya, acara korba lembu untuk keluarga kak su cuma dibelakang rumah saja. Bila lembu mula ditumbangkan, mak mertua kak su dan pembantu-pembantunya (anak menantunya termasuk kak su) akan sibuk menyiapkan rencah masakan kat dapur. Bila saja siap dilapah dan proses memotong daging bermula, ma akan meminta sebahagian kecil daging untuk dimasak sebagai hidangan untuk semua keluarga.

Daging yang masih lagi suam suhu badan dipotong kecil-kecil untuk dimasak gulai dan digoreng. Masa tu boleh rasa yg daging tu bergerak-gerak. Memula kak su menyertai keluarga abang dan potong daging yg masih bergerak, kak su menjerit terkejut. Sekarang dah tak heran lagi.

Pasal makan daging korban banyak pulak, kak su terbaca satu artikel dan kemudian berdiskusi dengan seorang sahabat. Dia mengatakan bahawa daging korban yang segar paling bagus untuk dimakan. Makan banyak pun tak pe sbb tak ada kolesterolnya. Yang banyak kolesterol ialah bila daging tu mula disejukkan. Atau lebih tepat lagi, bila dimasukkan ke dalam peti ais, dan keistimewaan tu hilang.

Patutlah keluarga belah mertua kak su suka buat BBQ dan makan daging bakar petangnya(cicah dgn kicap yg di hiris lada dan bawang serta diperah asam limau), sebaik saja kami berehat seketika slps siap 'mengerjakan' lembu tu. Masa tu makan berapa banyak sekalipun, insyaAllah yg ada darah tinggi pun, tak naik darahnya. :)

Ibnurashidi said...

Insan tanpa nama...

Tidak ternafi lagi setiap manusia masing-masing punya pengorbanannya tersendiri..saya yakin kamu juga punya pengorbanannya. Mungkin lebih besar lagi pengorbanan dari saya. Semoga ianya menuju mardhatillah.

Sebaik-baik pengorbanan ialah kibaran panji-panji Lailahaillah MuhammadurRasulullah..

Tahniah juga buat anda..

Ibnurashidi said...

As...

Saya juga seronok melaluinya..betul-betul..ada juga sharing yang tak caring kan?:)

Ibnurashidi said...

Suara...

Terima Kasih Kak Su kerana sudi meninggalkan jejak. Oh, begitukah?ingatkan daging unta saja yang bergerak-gerak begitu. Saya siap buat rakaman. Tapi tak adalah sampai menjerit ketakutan:)

Kiranya selepas saja berkorban terus saja memasak kawah ya?meriah kalau begitu.

Syukran di antas perkongsian info mengenai daging panas@tidak. Kiranya daging yang sejuk beku itu sudah hilang khasiat dan bertambah panas ya. Patutlah arab suka makan daging fresh.

Soalan cepu emas. Bagaimana mahu melembutkan daging?

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP