Pengorbanan yang Terkorban

Sunday, December 7, 2008

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Saban tahun apabila hadirnya bulan Zulhijjah pasti akan kedengaran di sana sini kisah pengorbanan teragung antara sang bapa dan anak iaitu Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Para pemikir Islam, ulama’, agamawan, ahli politik serta pelbagai lapisan masyarakat telah cuba mengupas kisah tersebut dalam pelbagai perspektif dan variasi. Hasilnya, terbit  bermacam pandangan untuk dijadikan pedoman dulu, kini dan selamanya.

Konsep Ibadah, Pengorbanan dan Penyatuan

Implikasi dari bulan Islam yang penuh terukir sejarah agung membawa pelbagai hikmah untuk direnung sepanjang zaman. Maha Suci Allah yang Maha agung, setiap detik dan kejadian pasti akan ada sesuatu untuk dikoreksi. Allah SWT menciptakan makhluk, menjadikan dunia, mewarnai pula dengan hari dan bulan Islam. Semuanya berkait antara satu sama lain. Apabila adanya hari, bulan dan tahun maka manusia hadir mencorakkan lembaran itu menjadi kepingan-kepingan sejarah pelbagai. Seterusnya dibina menjadi salah satu asas kukuh untuk beribadah kepada Al-Khaliq.

Dalam seharian beribadah, Allah SWT juga menghadirkan suatu sifat bernama pengorbanan. Ya, pengorbanan. Mudah untuk dilafaz, sukar untuk dilakukan. Ianya telah merentasi pelbagai zaman bermula era Adam Hawa, Habil Qabil, Anbiya’, Nabi Muhammad SAW dan umatnya. Jikalau mahu dikumpul kisah pengorbanan nescaya mampu mengalahkan berjilid-jilid buku termasyur di dunia.

Setelah hadirnya sifat pengorbanan, Allah SWT mengajarkan kita sikap penyatuan. Penyatuan di sini bukanlah berkonsepkan semangat ‘hangat-hangat tahi ayam’. Tetapi atas dasar ummah yang satu (ummatun wahidah), berpaksi atas satu aqidah. Tiada ikatan lain mampu bertahan melainkan ikatan Deen suci ini. Sabda Rasulullah SAW:

“Bukanlah dari kalangan kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah" [HR Abu Dawud].

Itulah antara motif yang sepatutnya difikirkan kita bila bertandang ke tanah kiblat utama umat Islam. Kehadiran hampir tiga juta umat Islam termasuk 26,0000 dari Malaysia ketika ini di Tanah Haram sudah mampu menggetarkan degupan jantung kuffar sebenarnya.


 Ini sudah cukup menyedarkan kita...


Terkorban Di Ambang Raya Korban

KUALA LUMPUR – Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang semalam yang mengorbankan empat mangsa dan seorang lagi dipercayai masih terperangkap semalam seakan-akan ‘ulangan’ kepada tragedi Highland Towers pada 1993 lalu. Sumber : kosmo

“MUAR: Sembilan maut, 19 cedera apabila bas ekspres terbalik di KM 146, Lebuh Raya Utara - Selatan arah selatan berhampiran Tangkak, kira-kira jam 2 pagi tadi.”


Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri Terengganu berkata sehingga pukul 8 pagi ini, jumlah keseluruhan mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 1,450 orang yang melibatkan enam daerah. Daerah itu ialah Dungun seramai 875 orang, Besut (200), Kuala Terengganu (282), Hulu Terengganu (19), Setiu (67) dan Marang (7).  


Beberapa hari yang lalu terpampang berita yang menyesakkan nafas untuk berbicara. Dalam damai Allah SWT telah menghadirkan salah satu pengorbanan untuk sama-sama fikirkan. Peristiwa yang berlaku di tanahair itu memberikan signal tajam dari Allah SWT. Allah SWT telah menghantar sekeping ‘kad raya’ pengajaran di ambang Aidiladha supaya manusia memahami yang dunia ini hampir kepada kiamat. Sudah pasti kita semakin melupai tragedi gelora Tsunami bukan?

Ada yang menyatakan itu merupakan bencana alam atau tragedi biasa. Tetapi saya lebih suka menyatakan ianya bala Allah SWT. Tika saat alpa, bala datang membawa khabar berita untuk kita sama-sama menganalisa.

Kesimpulan

Sebagai konklusinya, marilah kita sama-sama bermuhasabah beristighfar panjang kejadian-kejadian yang telah berlaku ini. Kembali memahami konsep IBADAH, PENGORBANAN dan PENYATUAN. Nescaya kita akan menjumpai kunci hakikat pengorbanan yang sebenar. Bahkan menjadi penawar Pengorbanan Yang Terkorban.


 Khas buat semua pengunjung blog...

Di kesempatan ini, saya Al-Faqir Ibnurashidi ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1429H/2008 kepada semua warga muslimin muslimat biar di mana anda berada. Huluran kemaafan andai tersalah segala.



Ibnurashidi
4:26PM, 7 Disember 2008,
Siberbay.




"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

39 komentar:

Tirana said...

Salam Farid, selamat hariraya aidiladha. Mudah-mudahan ceria selalu walaupun jauh di perantauan.

Subuh ini, bumi KL di simbahi hujan rahmat. Sebenarnya dari semalam lagi cuaca mendung. Mudah-mudahan kita dan seluruh umat Islam di muka bumi sentiasa menghayati makna ibadah, pengorbanan dan penyatuan dalam erti kata yang sebenar agar kita dapat hidup dalam keadaan yang aman dan tenang tanpa bercakaran sesama sendiri.

Terimakasih atas kad yang comel dan cantik itu.

Nafsah Dulajis said...

assalamualaikum wbt. syukran atas ziarah. syukran atas kad raya juga. psl link itu, x mengapa. sharing is caring :D salam aidiladha dari bumi zaqaziq!

Ibnurashidi said...

Tirana...

Salam juga buat Kak Tirana sekeluarga. Selamat Hari Raya Aidiladha 1429H.

Nampaknya beraya dalam simbahan air langit ya tahun ni. Walaubagaimanapun, harapanya agar tak membantutkan usaha ziarah menziarahi serta Majlis sembelihan korban.

Sama-sama. Dan ini saya dapat pantun dari warga YM :-

Unta berlari tak sedar diri
Dikejar pak arab separuh mati
Semoga raya korban kali ini
Mendapat berkat dari ilahi

SELAMAT HARI RAYA AIDULADHA pengganti diri..

Siapa yang nak jawab beli dipersilakan:)

Ibnurashidi said...

Khairaummah...

Wa'alaikumsalam. Rayakan kena banyakkan ziarah. Tak begitu?

Salam Aidiladha juga dari bumi Badawi..

Balqis said...

Lahaulawala quwwata illa billah..

Salam Ibnurashidi,

Terima kasih untuk kad raya tersebut.
Salam Aidiladha kembali, ampun dan maaf andai ada tersalah tersilap.
Wallahua'lam.

Wassalam.

arsaili said...

salam eid ul adha...hidup ini penuh pengorbanan

Anonymous said...

salam aidiladha!
muga pengorbanan yang dilakukan saban hari semakin mendekatkan diri kia kepada RABB.

manakala jikalau kita ditakdirkan berkorban, muga pengorbanan kita itu adalah atas redhaNYA..

=)

Anonymous said...

Salam aidiladha buat saudara diperantauan...

Ibnurashidi said...

BalQis...

Salam..sama-sama. Semoga Allah SWT memberkati!
Saya juga begitu.

Ibnurashidi said...

arsaili...

Salam Aidiladha kembali..ya, hidup tanpa pengorbanan ibarat makan nasi tanpa berlauk:)

Ibnurashidi said...

al-ikhsan...

Salam Aidiladha...Harapnya begitu. Tiada yang lebih utama dalam beribadah melainkan mendapat keredhaan Allah SWT.

kullu lillahhi ta'ala..

Ibnurashidi said...

Zam...

Syukran..terima kasih..salam Aidiladha juga buat anda..

cikgu_eya said...

sungguh.. bencana datang bertimap2 mengingatkan kita bahawa ia akan berambus pergi jika sekelompok manuasia yang mengumpul kekuatan di rumah Allah itu berpadu tenaga membanteras kekufuran. Betapa ramai yang menyahut panggilannya di sana namun, berapa ramai pula yang bangkit pabila perkara kufur melata seluruh dunia?

Itu sebab Allah hantar surat cintaNya buat kita, kan?

Teja Suraya said...

Assalamualaikum...

1st skali, salam Aidiladha..
2nd pasal tragedi yg dtg bertimpa2 di Malaysia, pasti ada sebab knapa ia berlaku..Wallahualam..maybe sebab sikap manusia sendiri..lalai..xigt Allah..xigt nak bantu org yg memerlukan..mungkinkan?siapa tau...

Nur said...

Salam,

Eid Mubarak, moga anda berada dalam perlindungan Allah sepanjang masa,

Sungguh benar, bencana dtg bertimpa2 tapi masih lagik alpa, duhai diri, masih tak sedar diri! Sama2 lah berdoa semoga kita semua selamat dan berkumpul di Jannah..

Anonymous said...

Cikgu_Eya...

Ibarat gergasi sedang tidur. Itulah orang Islam. Seandai bangun sudah tentu tercirit kuffar melarikan diri. Alangkah manisnya jika itu berlaku.

Hikmah, hikmah dan hikmah. Sungguh banyak hikmah perlu difikirkan kembali.

Surat cinta/kad raya haji itu tandanya sayang dariNYA. Kalau langsung tiada peringatan bagaimana?

Anonymous said...

Tun Teja...

1st Ahlan wasahlan.
2nd Selamat Hari Raya Korban.

Ia..mungkin, barangkali ataupun realitinya begitu. Tangan-tangan manusia itu juga boleh mengundang bala Allah SWT.

Anonymous said...

Fakhzan Marwan...

Amin....moga anda juga begitu.
Duhai diri...sedarkanlah diri:)
Ya, keselamatan dan kejayaan dunia akhirat.

P/S : Beraya dalam snow kah?

al-aman said...

selamat hari raya aidil adha

Anonymous said...

Al-aman...

Selamat Hari Raya korban....semoga kita semua bersatu dalam umat yang satu!

Mardihah said...

Salam aidiladha ya,,,moga keakraban diri kepada Tuhan memberi keinsafan diri.InsyaAllah...amin

Whitetulip Tales said...

salam syahadah..

maaf, dah lama tak jenguk umah indah nie..n3 ari nie, amat memberikan keinsafan buat ana. Sebenarnya, terlalu banyak 'signal' Allah beri, namun sedikit sekali bilangan yang menginsafi setiap kejadian yang tersembunyi. Malah, semakin ingkar akan menunaikan kewajipan yang telah dituntut. Hakikatnya, dunia semakin sampai kepenghujungnya, semakin tua usianya namun, saat itu juga manusia berlumba2 menunjukkan keeogan masing2. Malah, sesuatu yang ana tidak dapat terima adalah bilamana manusia berbangga menceritakan keaiban dan kemungkaran yang dilakukan. Na'uzubillah. Sebenarnya, manusia semakin kolot tahap pemikirannya. walau dunia semakin canggih dengan pelbagai kemodenan yang dicipta oleh tangan2 yang mungkar. Wallahua'lam.

nohas said...

Selamat Hari Raya Aidil Adha..

Semoga peristiwa yg berlaku mendekatkan lagi diri kita kepadaNya..Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu..Al-Qohhar Al-Jabbar

Terima kasih diatas kad raya..banyak makan daging unta?? Sedap ke daging unta tu??

Unta berlari tak sedar diri
Kerana fobia menjadi korban
Semoga hidup diberkati Ilahi
Amal soleh menjadi amalan..

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Akhie..

Salam aidil adhah..

Moga Allah sentiasa merahmati kita semua..aminn

Unikversiti said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salaam Adil Adha ya akhi Ibnu Rashidi. Maaf la terlambat ucap ni, masa ambe terlalu berbolok skrg huhu , ampun dan maaf dipinta yerr. Taqobbalallahu minkum , belajar rajin2 :)

Mak Su said...

Salam aidiladha, moga bahagia selalu

Anem Arnamee said...

Salam ziarah..

sme2 la kita memuhasabah dri..huhu

Anonymous said...

Salam.. Walaupn dh t'lewat nk jgk ucpkn salam aidiladha..bz sikit ry ni dgn b'ziarah,raikn sdara mara b'korbn..byk ke mkn dgg unta kt cna?.. A'a,btl2.dh mcm2 sgnal Allah tnjukkn..kt kg sy pn bnjir bsar. Menurt kata makck dlm 40thn ni plg bsar. Mak cik pn ckp ni adlh bala Allah trunkn.. Sbb plg ketara,da bebrapa kes buang byi.sblm ni xpnh pn b'laku..nauzubillah..t'kedu je bile dgr.. Semga pe yg b'laku dijdikan iktibr..wallahualam.. Tme ksh kad rye:-)

Ibnurashidi said...

~mardihah~

Syukran..Ya keakraban yang mencetuskan cinta agung. Kerana cinta dalam jiwa hanyalah pada yang Esa..jika ia disemai dengan baik nescaya buahnya juga mencetuskan rasa enak.

Ibnurashidi said...

whitetulip...

Tak mengapa..asal masih berjumpa jalan menuju ke sini ianya masih boleh diambil kira.

Bila jiwa hilang dari cahaya nur Agung sudah tentu jalannya juga kesamaran. Tercari-cari arah menuju kebahagiaan. Tidak jumpa kerana jalan yang dilalui itu sebenarnya bengkang lagi bengkok. Manakan ingin sampai ke tujuannya.

Inilah yang mencetus kegusaran hati berganda..bila mungkar diagungkan sehingga ke puncaknya tidak lain tidak bukan hanyalah menanti signal yang lebih dari Pencipta. Ya Allah...Tetapkanlah hati kami dari bolak balikkan..

Ibnurashidi said...

orangbukit...

Selamat Hari Raya juga...
Ohh..unta enak rasanya. Tetapi agak panas. Silap haribulan ada yang tercabut gigi makan daging unta liat (jangan pilih unta yang tua-tua).Mujurlah Allah menghadirkan musim dingin sebagai pengubat menstabilkan suhu badan.

Pantun yang membuatkan saya tersenyum:D

Ibnurashidi said...

nurhuda_cahayapetunjuk...

Wa'alaikumsalam.

Kerahmatan dan keredhaan itulah yang didambakan oleh insan bergelar Mukmin dan Mukminah..Amin..

Ibnurashidi said...

hikmatun...

Terlalu berbolok ya?hihi..bahasa pantai timur yang sudah lama saya lupakan. Terima kasih kerana mengingatkan.

Kerja elok2 juga ya..

Ibnurashidi said...

Mak Su...

Ya..moga selamat semuanya..

Ibnurashidi said...

arnamee...

Jangan lupa ya..setiap malam sebelum melelapkan mata silalah cuba muhasabah apa yang dilakukan seharian. Ingatkan saya tentang apa yang diperkatakan pakar motivasi.

Ibnurashidi said...

Salam Nur_Syahadah...baguslah, ziarah menziarahi di kalangan ahli keluarga itu amat dituntut dalam Islam. Merapatkan yang jauh menjadi dekat. Mengikat apa yang terungkai.

Biasa-biasa saja. Tetapi panaslah juga satu badan. Apa tidaknya selama 4 hari berturut-turut daging unta, lembu, kambing, biri-biri, ayam menjadi santapan.

Kes-kes buang manusia suci ini menambah sesak di dada. Memeningkan jiwa berfikir. Oh Allah..ku amat merindui hadirnya Khalifahmu menyelamatkan umat ini..

Simpanlah kad..mahu digantung di dinding juga boleh:)

Bunga Rampai said...

Salam Aidiladha Ibnu,

Setiap hari adalah hari untuk berkorban. Kita harus sentiasa siap siaga jiwa dan raga.

Moga sihat ceria :)

Ibnurashidi said...

Bunga Rampai...

Salam Aidiladha juga buat anda..
Benar..persediaan itu amatlah penting tidak kira bila dan di mana.

Alhamdulillah sihat dan ceria.

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP