Bicara Al-Quran

Thursday, December 4, 2008


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Al-Quran merupakan sebuah kitab agung mukjizat terbesar yang Allah SWT telah turunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Hasil dari kalam wahyu ini, telah terpancar berjuta-juta pecahan ilmu yang tidak terhitung dek mata kasar. Bermula era Jahiliyyah hatta dinasti moden umat manusia senantiasa mengkaji ayat-ayat suci Al-Quran. Bertambah banyak pengkajian dilakukan, berhasil pula penemuan baru lantas mencetuskan atom sinaran hidayah dan mampu menggelodak hati-hati golongan kafir. Hasilnya ia telah memecahkan zarah-zarah kekufuran dan berpadu mengikat erat dalam molekul kecintaan Ad-Deenul Islam.

Sebagaimana umum mengetahui, karya agung Al-Quran ini juga telah berjaya menewaskan ribuan syair-syair buatan akal manusia dengan pembawakan bahasa yang indah lagi puitis seiring makna tersurat dan tersirat. Ianya melaju mengharung zaman bersama pelbagai cabang ilmu tersedia untuk digali. Antara ilmu terbit dari kalam Rabbi ini ialah Al-Balaghah.

Baiklah, jikalau kita melihat dari perspektif ilmu Balaghah nescaya kita akan tahu hakikat keindahan bahasa Al-Quran itu. Tidak terucap dengan lafaz, tidak tergambar dek perasaan keasyikan zuqqnya.


Pembahagian Cabang Tujuan Balaghah Dalam Ayat Al-Quran

Untuk artikel kali ini, saya cuba bawakan sebahagian cabang-cabang bentuk penceritaan yang telah difirmankan Allah SWT dalam ayat Al-Quran. Antaranya ialah:

1. Perasaan Pilu (At-Tahasur) dan Sedih (At-Tahazun)

رب إنى وضعتها أنثى
Maka tatkala isteri 'Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: "Ya Tuhanku, sesunguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk." (Ali-Imran : 3)

Ayat Al-Quran ini telah menceritakan tentang hikayat kisah Isteri Imran melahirkan anak perempuan bernama Maryam. Justeru, ia menggambarkan kesedihan Isteri Imran kerana melahirkan anak perempuan (Maryam) sedangkan beliau ingin melahirkan anak lelaki. Lantas beliau berdoa kepada Allah SWT dengan perasaan pilu (At-Tahasur) dan sedih (At-Tahazun).


2. Menzahirkan Kelemahan Diri (Ad-Do’fu) Khusyu’( At-Takhasu’)

رب إنى وهن العظم منى واشتعل الرأس شيبا
Ia berkata "Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. (Maryam : 4)

Manakala dalam ayat ini menceritakan tentang hikayat Nabi Zakaria a.s dalam menzahirkan kelemahan diri (Ad-Do’fu). Beliau mengadu kepada Allah SWT dengan menggambarkan dirinya dalam keadaan sudah uzur, tulang sudah tidak kuat seperti zaman muda dan rambut di kepala telah ditumbuhi uban-uban putih. Namun, dalam pada masa yang sama beliau khusyu’( At-Takhasu’) berdoa kepada Allah SWT.




3. Meminta Kasihan Belas (Is-Ti’thaf)

رب إنى لما أنزلت إلى من خير فقير
Maka Musa memberi minum ternak itu untuk (menolong) keduanya, kemudian dia kembali ke tempat yang teduh lalu berdoa: "Ya Tuhanku sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku." (Al-Qasash : 24)

Ketika itu, telah tersebut kisah Nabi Musa a.s bilamana beliau sedang bersandar dipohon pokok disebuah negeri bernama Madyan. Kemudiannya beliau telah memohon kepada Allah SWT untuk mendapatkan pertolongan dengan perasaan meminta kasihan belas (Is-Ti’thaf).

4. Ayat Perintah (Al-Amr)

يأيها الذين آمنوا هل أدلكم على تجارة تنجيكم من عذاب أليم. تؤمنون بالله ورسوله وتجاهدون فى سبيل الله
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?
(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. (As-Shaff : 10&11)
Dalam ayat di atas, Allah SWT telah berfirman serta membawakan suatu ayat perintah (Al-Amr) ke atas umat Islam dengan disertai sighah mudari’. Selain ayat perintah, ia juga membawa dalil akan sifat Ar-Rahmah Allah SWT kepada umat Islam.

5. Ayat Larangan (An-Nahi)

الحج أشهر معلومات فمن فرض فيهن الحج فلا رفث ولافسوق ولاجدال فى الحج
(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh rafats (mengeluarkan perkataan yang menimbulkan berahi yang tidak senonoh atau bersetubuh) , berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa (ialah bekal yang cukup agar dapat memelihara diri dari perbuatan hina atau minta-minta selama perjalanan haji) dan bertakwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal. (Al-Baqarah : 197)

Allah SWT berfirman dan menyuruh umat Islam yang ingin mengerjakan haji di Baitullah supaya melaksanakan ibadah haji sebaik mungkin. Justeru, kaedah larangan (An-Nahi) terselit memberi peringatan agar tidak berkata-kata hal kelucahan, melakukan perkara fasiq serta jangan bergaduh. Sebagai suatu notis, benda yang dilarang itu diminta jauh. Jika berlaku boleh menghalang memperolehi pahala haji mabrur tetapi tidak membatalkan haji.

6. Ayat Menghiburkan (Tasliyyah)

إن يمسسكم قرح فقد مس القوم قرح مثله وتلك الأيام نداولها بين الناس
Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan diantara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada'. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim.. (Ali-Imran : 140)

Antara tujuan (aghrad fari’yyah) diturunkan ayat di atas adalah kerana untuk menghiburkan (Tasliyyah) dan menenangkan hati kaum muslimin yang turut serta dalam peperangan Uhud berlaku ketika zaman Rasulullah SAW.


Rujukan : Fusul fil Ilmu Ma’ani, Doktor Shakur Abu Yazid, Kuliah Al-Lughatul Arabiah Jamia’tul Al-Azhar.



Ibnurashidi
1:01AM, 5 Disember 2008,
Siberbay.



"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

22 komentar:

MAZEMIE MAZ said...

Aslmk,

Al-Quran karya paling agung. Membimbang manusia ke arah ilmuan dunia dan akhirat.

Anonymous said...

Subhanallah..
Klau cm ni, nak pilih kos lughah la nnt..
:D :D :D
Diats trsenarai antr cabang bentuk penceritaan dlm Al quran. Jd semuany ada brp?
Blh jelas kn skit pljrn Ilmu Ma’ani?

Ibnurashidi said...

MAZEMIE MAZ...

Na'am, karya agung. Tetapi persoalannya adakah kita telah pun mengagungkan Al-Quran?sesiapa juga boleh menjawabnya.

Ibnurashidi said...

Ultraiman...

Fikir semasak-masaknya sebelum pilih ya..kaji latarbelakang syu'bah, emosi, kemampuan dan semuanya. Dibimbangi sekerat jalan pula.

Ada banyak. Saya hanya menyenaraikan sebahagian saja.

Insya'Allah boleh, tetapi memerlukan perbahasan yang agak berjela-jela juga:)

Tirana said...

Quran dan sunnah menjadi petunjuk kepada manusia. Sesiapa yang berpegang kuat kepada dua sumber itu, insyaAllah tidak akan tersesat. Tapi yang sedihnya umat sekarang semakin jauh dari Quran dan Sunnah.

Humayra' said...

Quran.. loveletters dari Allah untuk hamba2 Nya..
Kalau explore memang best.. tapi skrg ni x ramai yg betul2 hayatinya.. mari kita kembali pada al-Quran. kembali memahami, menghayati, dan menggarap surat cinta dari Ilahi ini dalam setiap aspek hidup.

Quran, surat cinta dan manual untuk hidup. ayuh buka kembali manual ini. demi kejayaan hakiki di negeri abadi..

Ibnurashidi said...

Tirana...

Betul dan benar. Kerana itulah yang terakam dalam kata-kata Baginda Rasulullah SAW.

Al-Quran hanya dipertandingan sebagai acara tahunan saja. Tidak dijadikan syariat dalam perundangan negara.

Ibnurashidi said...

Humayra'...

Aiwah sah keda..la budda an satarjiu' ila kitabillah wa sunnata Rasululillah.

Surat cinta ini menjadi manual dalam hidup, bukan automatik. Kalau automatik sudah lama muncul manusia yang tamam.

Unknown said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN.

MEMAHAMI ERTI PENGORBANAN NABI IBRAHIM YANG SANGGUP MENGORBANKAN ANAKNYA KERNA CINTA PADA ALLAH

MARDHOTILLAH

:-)

Ibnurashidi said...

وعليكم الســلام ورحمة الله وبركاته

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha juga buat Pendekar dan semua muslimin muslimat seluruh dunia.

Jangan lupa ibadah korban bagi sesiapa yang mampu:D

nohas said...

Syukran diatas perkongsian ilmu. Semoga tidak lagi melihat Al-Quran seperti yg tersurat shj tapi juga yg tersirat. Rasulullah SAW tersenyum bila baca ayat2 tentang khabar gembira, menangis bila tiba ayat2 peringatan keras & siksaan neraka...membaca dgn jiwa..

Ibnurashidi said...

Orangbukit...

Afwan. Semoga dengan memberitahu sedikit perkara yang tahu ini Allah SWT ganjarkan pahala kepadaku dan semua muslimin muslimat. Mana tahu dengan sedikit usaha kita antara faktor Allah SWT anugerahkan syurga Abadi..Amin..

Membaca dengan jiwa berlainan sekali dengan membaca sambil lewa.

Anonymous said...

ok shukran..
erm byk tu brpe e?
berjela jela pun ape slh nye..
bahas skit pun blh..
byk pun blh..
:D

Ibnurashidi said...

Ultraiman...

Owh banyak itu banyak tidak pula sikit.
Berjela-jela ada yang suka baca dan ada yang tidak suka baca. Terlalu ilmiah kadang-kadang komentar pun kurang.

Iliana said...

salam...
manusia sering menjalani kehidupan secara membuta tuli.kadangkala sampai berlagak bijaksana walhal dalam agama dituntut untuk berguru.
saya pandang dari sudut yang sama dalam entri kamu ini. manusia sering membaca untuk memenuhi tuntutan yang wajib, sedangkan tidak memahami jauh sekali menghayati.

kak su ada bicara tentang ini juga,'fahamkah kita apa maksudnya?'

kadangkala saya pun begitu juga.terima kasih atas peringatan yang menyedarkan ini.

Anonymous said...

Salam.. Terima kasih m'berikan input yg b'guna.at least dpt gk tau ilmu yg saudara blaja.. Maklumla sy br nk ambk galah jolokkn buah cempdak d luar pgar..:-D

Ibnurashidi said...

e-leeyana...

Salamalaik...
Ohh masalah besar jika sudah berlagak tanpa berguru. Bimbang syaitan pula menjadi guru untuk terus dia berlagak.

Saya rasa sudah membaca entri SuaraMinda. Kesedaran itulah kita harapkan. Teruskan memotivasi diri untuk terus sedar dan sedar.

Ibnurashidi said...

Nur_Syahadah...

Sama-sama. Ohh, teruskanlah belajar. Nanti kalau salah mari kita tunjukkan. Saya lebih suka manusia yang tidak tahu tetapi sentiasa belajar untuk tahu dari manusia yang tahu tetapi sengaja membutakan mata hati untuk tidak ambil tahu.

Kalau dah dapat cempedaknya jangan lupa buat cempedak goreng ya:)

suara said...

Salam Farid...
Kak su baru berpeluang menjengah. Balik kampung untuk sambut Aidiladha, bila kembali bekerja, sibuk pulak dgn tugasan akhir tahun. Walaupun bukan tugas sendiri, tapi harus jugak membantu.

Membaca Al-Quran itu adalah penyembuh bagi segala penyakit hati. Tapi kesannya lebih cepat bila memahami apa yg dibaca.

Kali pertama menghabiskan bacaan terjemahan al-Quran ialah dua tahun lepas. Sebelum ni main baca je tanpa fahami maksudnya. :(

Sedih dan pilu bila mengingati kejahilan diri.

Leenoh said...

Assalamualaikum.

Ramai remaja Malaysia sekarang tidak pandai membaca al.Quran.

Majlis sah khatam al.quran pun telah tiada lagi, yang ada hanya majlis khatam al.Quran, Kebolehan membaca al.quran tidak disahkan oleh sesuatu majlis yang meyakinkan seperti dahulu, di mana beberapa orang guru mengesahkan bacaan melalui ujian bacaan di dalam Majlis Sah Khatam al.quran.

Wallahu aklam bissowab. Wassalam.

Ibnurashidi said...

Wa'alaikumsalam Kak Su...

Tidak mengapa. Selesaikan tugas yang mustahak dahulu. Rabbuna Yu Sahhil Kullu Hagah..

Betul lagi benar. Al-Quran itu penyembuh penyakit zahir dan batin. Bukan sahaja membaca dengan erti bahkan perlu kepada pengamalan dalam diri.

Kak Su..manusia yang merasa jahil lantas cuba mempelajari sehingga tahu adalah manusia yang cerdik.

Ibnurashidi said...

Leenoh...

Wa'alaikumsalam orang lama dari Malaysia. Terima kasih kerana sudi berkomentar.

Memang tidak dapat dinafikan lagi ramai remaja Islam tidak tahu membaca Al-Quran. Sedih...

Salah siapa?Ustazkah?Ibu bapa?Sekolah?atau apa?atau diri sendiri..

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP