Ilmu hitam : Kemuncak Dendam Kesumat Secara Halus (2)
Monday, December 1, 2008
Peristiwa 3
Pada tahun lepas, ayah salah seorang teman serumah saya kini telah meninggal dunia. Ketika itu Zaid (bukan nama sebenar) baru sahaja menghadapi peperiksaan kuliah Usuluddin, Universiti Al-Azhar Tanta. Kelihatan dari raut wajah Zaid begitu tenang walau kesedihan mengguris jiwa. Saya cuba mendekati, bertanyakan hal sebenar.
“Ayah saya lama dah kena penyakit tu. Dah berbelas tahun,” cerita Zaid.
“Penyakit apa tu?” soal saya.
“Biasalah, orang meniaga. Orang melayu ni takleh tengok orang senang. Nampak maju sikit siaplah. Mak dengan Ayah saya orang meniaga. Buat macam-macam kuih.” Beliau menceritakan kisah sebenar yang berlaku.
Saya terdiam. Fikiran menerawang mengimbau memori persamaan kisah ayah saya. Hanya sekalung doa mampuku titipkan buat pemergiaan ayah Zaid. Semoga arwah ayahnya ditempatkan bersama para solehin.
Peristiwa 4
Peristiwa ini berlaku lebih kurang 12 tahun yang lalu. Ianya dialami sendiri oleh keluarga saya. Sebenarnya cerita ini telah pun saya siarkan di artikel lepas. Namun ada baiknya saya ulang cerita dengan versi penceritaan yang lebih detail dan daqiq lagi.
Sepanjang 3 tahun kami sekeluarga berkelana mencari rezeki dan pengalaman di Negeri Bawah Bayu segalanya berjalan lancar. Tenang dan damai walau ada sedikit selisih. Ayah saya telah berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia Cawangan Sabah bahagian Hal Ehwal Islam merangkap Imam utama di Masjid UKMS. Selain menjadi Imam tetap, ayah juga sering diundang ke majlis-majlis rasmi untuk membacakan doa atau memberikan ceramah agama.
Penerimaan masyarakat perumahan teres di dalam kawasan UKMS itu buat kami sekeluarga pada mulanya menerima sambutan yang baik. Kebanyakkan penghuni ialah penduduk peribumi Sabah. Lebih meriah lagi ketika tibanya bulan Ramadhan. Ayah dan mak mendapat tender untuk menyediakan makanan buat berbuka puasa di Masjid. Alhamdulillah, biarpun letih dan penat namun terpancar rasa gembira di raut wajah ayah dan mak. Kami juga sering didatangi Mahasiswa/wi UKMS yang sanggup memberikan bantuan ketika menyediakan berkawah-kawah makanan.
Bertitik tolak dari situlah, timbul idea untuk terus berniaga makanan kepada Mahasiswa/wi UKMS. Sementelahan, sambutan yang diterima amat menggalakkan. Hampir setiap jualan habis terjual. Untungnya, Subhanallah! lumayan.
Entah mengapa, setelah kami sekeluarga merintis pernigaan itu membuatkan jiran-jiran teres bersebelahan turut sama menceburi. Bagi kami sekeluarga, itu bukanlah penghalang. Sesiapa sahaja berhak mencari rezeki di bumi Allah. Persaingan sihat itu tidak punya masalahnya.
Selang beberapa bulan, ayah saya telah mengalami sesuatu kepelikan.
“Waktu ayah nak baca khutbah, terasa seperti jarum mencucuk-cucuk kaki. Kemudian cucukan nyilu tu terus naik sehingga ke pinggang. Ayah cuba bertahan dari rebah. Rasa mencucuk itu akhirnya terhenti di pinggang. Mujur ayah sempat menghabiskan teks khutbah.” Cerita ayah suatu ketika dahulu.
Bermula peristiwa itu, ayah terus menerus terganggu tidur selama beberapa bulan. Hampir setiap malam kelibat makhluk bertubuh besar berbulu hitam mundar mandir di kaki lima rumah kami. Kemudiannya makhluk itu menganggu tidur ayah sehingga fajar terbit. Selain kehadiran makhluk bertubuh besar, badan ayah juga seringkali nyilu seakan dicucuk jarum tajam sebagaimana berlaku ketika berada di mimbar Masjid.
Semenjak peristiwa ‘pelik’ itu menghantui, ayah cuba membuat permohonan menukar khidmat ke semenanjung iaitu ke Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bangi. Alhamdulillah, permohonan itu diterima.
Ketika di semanjung Malaysia, ayah cuba merawat penyakit misteri yang dialami dengan berjumpa beberapa tokoh pengamal perubatan Islam terkenal. Antaranya ialah Al-Fadhil Ustaz Harun Din pengasas Pusat Darus Syifa’. Berkat kesabaran dan pertolongan Azza Wajalla, ayah kembali normal seperti sediakala.
Kesimpulan
Tatkala kemodenan mencakar langit, maklumat muncul di hujung jari, manusia berkomunikasi tanpa wayar namun masih lagi wujud golongan primitif yang tidak reseptif. Langsung tidak terinjeksi minda dengan pengamalan akhlak Islam sebenar dan arus kemodenan yang melanda. Merasa megah dapat mengamalkan kesyirikan kepada ilahi tinggalan Jahiliyyah demi memuaskan nafsu dendam meraja lantas menempias perbuatan durjana itu kepada manusia-manusia yang tidak bersalah. Ingatlah firman Allah berbunyi:-
Sesungguhnya orang yang mengerjakan dosa, kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat), disebabkan apa yang mereka telah kerjakan. (Al -An'am : 120)
Bersegeralah bertaubat nasuha. Pintu keampunan Allah SWT senantiasa terbuka sebelum nyawa dicabut dan sangkakala ditiup. Semoga ‘mereka’ mendapat hidayah serta kembali insaf daripada mengamalkan perbuatan terkutuk itu.
Ibnurashidi
9:55PM, 27 November 2008,
Siberbay.
"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."
26 komentar:
Salam Farid..
Golongan primitif masih menggunakan cara-cara halus untuk membalas dendam, perasaan sakit hati dan dengki. Disebabkan perasaan "sakit" yang tidak dapat dibendung itu, aqeedah diletakkan ke tepi..sanggup syirik walhal dosa syirik itu merupakan sebesar-besar dosa. Disebabkan perasaan "sakit" itu juga, mereka rela menjadi kuda tunggangan syaitan di mana kita tahu, syaitan ni memang pernah bersumpah di hadapan Allah untuk menyesatkan anak cucu Adam.
Ada lagi satu golongan, iaitu golongan modern. Golongan ini lebih advanced dan lebih berani. Mereka tidak berselindung di sebalik cara-cara halus. Perasaan sakit hati, dengki dan sebagainya dibalas secara terang-terangan. Golongan ini sanggup membunuh (contohnya meletupkan orang lain dengan bahan letupan)asalkan hatinya puas. Mungkin disebabkan "kecerdikan" dalam putar belit fakta, mereka dapat melepaskan diri dari hukuman di dunia tapi sudah tentu mereka tidak akan terlepas dari azab Allah kelak.
Dari sini kita dapat lihat, betapa bahayanya perasaan hasad dengki dan dendam kesumat. Mudah-mudahan kita dijauhkan oleh Allah dari sifat-sifat ini.
Salam Kak Tirana...
Ya, dosa syirik kepada Allah sebesar-besar dosa. Selama mana tidak bertaubat nasuha selagi itulah berkekalan dosanya. Nauzubillah.
Golongan modern yang akak sebutkan ni saya agak bingung sedikit. Meletupkan orang lain dengan bahan letupan? maksudnya pengebom berani matikah? atau apa maksudnya.
Salam Ibnurashidi,
Bercerita dan bercakap soal ilmu hitam ni, kalau dulu KakChik dah keluarga memang tak ambil kisah sangat sebab kami rasa kami tak bermusuh dengan sesiapa hinggalah beberapa bulan lalu (ada entri pasal Ummi KakChik yang sakit). Dalam zaman moden ini masih ada manusia yang berfikiran sempit, mentafsirkan kedengkian mereka dengan ilmu hitam sedangkan di luarnya mereka bertopeng dengan 'title' guru mengaji. Bila hati dirasuk mazmumah, ada yang sanggup ke sempadan Siam untuk mencari bomoh dan macam-macam asal orang yang didengki terseksa hidupnya. Alhamdulillah, bila hidup kita tak lekang dari al-Quran, gangguan itu lebih mudah kita tangkis.
Farid..maaf lah kerana kak tirana membuatkan Farid bingung seketika..hehehe..begitulah selalu terjadi bila berbicara secara sepi tanpa suara. Ok, senang kak tirana bagi contoh, kes altantuya. Disebabkan ada perasaan hasad dengki dan sakit hati, sanggup orang membunuh dengan meletupkan tubuhnya. Itu cara manusia golongan modern (diorang tak main dah dengan cara halus ni) tapi matlamatnya sama kan? Untuk melepaskan dendam dan sakit hati (samada cara halus atau kasar, matlamatnya sama dan kesannya jugak sama).
Salam KakChik...
Itulah, kadang-kadang kita merasakan bahawa kita sudah tidak bermusuh. Tetapi benda sebegini tak mengenal siapa..kadang-kadang nak disantau tuan kedai, yang makan juga kena. Tak gitu KakChik?
Sudah sembuhkah penyakit ummi kakchik tu?syafakillah..
Al-Quran penyembuh penyakit zahir dan batin Insya'Allah.
Mujur bingung itu secara seketika..kalau bertika-tika tentu lebih parah lagi..hehe. Tapi Kak Su boleh je bercakap sepi tanpa suara..menggunakan Suara Minda. Maaf Kak Su kalau baca..gurau aje.
Ohh, sama bangat. Ingatkan pengebom berani mati. Kalau dalam kes Altantuya hilanglah sudah kebingungan seketika itu. Biar apapun cara untuk mencapai matlamat keji, tetap tidak akan menghalalkan cara tersebut. Yang salah tetap salah.
Semoga keadilan Islam kembali menguasai dunia..
Assalamualaikum..
Akhie..
Benar manusia sekarang ini, banyak sangat hasad dengki di hati mereka, tidak boleh melihat kesenangan orang lain walhal bumi ini luas sesiapa saja boleh mencari rezeki dan kesenangan..
Moga Allah memberi petunjuk kepada mereka..
salam 'alaik..
satu artikel yang menarik.terima kasih kepada saudara ibnurashidi kerana menghidangkan kupasan ilmiah dan realiti dgn cukup baik.
Seperti yang telah kita sedia maklum bahawa
Sihir atau ilmu hitam ini adalah diantara 7dosa besar yang sabit dengan hadis nabi riwayat abu hurairah(riyadhus solihin Bab286)
Sihir atau ilmu hitam ini adalah perkara yang syirik yang memudhoratkan org lain dgn izin Allah.
Manusia melakukan sesuatu dengan izin Allah dan Redho Allah..
1.Bukan semua perkara yg Allah redho Allah izinkan..contohnya menunaikan haji..Allah redho kita untuk menunaikan haji tapi belum tentu Allah izinkan kita untuk pergi disebabkan maslah kewangan atau kesihatan.
2.Dan bukan semua perkara yang Allah izin Allah redho..Sihir berlaku dgn izin Allah tetapi tidak dgn redho Allah..
Dan sihir adalah diantara perbuatan dosa yang besar yang wajib dijauhi oleh org beriman.
Surah Al Baqarah[2]ayat 102 Allah menjelaskan
bahawa sihir itu memisahkan seseorng dengan pasangannya.
Sehingga dikenali sebgai sihru Attafriq.
Inilah sebahagian sihir yg berlaku dalam masyarakat seperti contoh yg diberikan oleh saudara ibnurashidi.Mudah mudahan kita dilindungi oleh Allah dari khianat dan sentuhan syaitan.
Allahumma jannibna mina syaiton..wajannibi syaitan 'ala ma razaqtana...
Salam Farid...
Cemburu menyucuk nafsu dan keinginan manusia terhadap dunia, lalu timbul keinginan untuk menjatuhkan. Semuanya terjadi kerana kurang syukur dengan apa yang ada....
Alhamdulillah... Ayah Farid dah pulih. Allah berikan kemudahan untuk pulih kerana dia orang yang beragama. Syukur....
Assalammualaikum..
Satu entry yg cukup sinonim dengan masyarakat Melayu. Bangsa lain di dunia pun ada juga ilmu hitam ni..termasuklah voodoo, black magic (sampai ada lagu Black Magic Woman), witchcraft, etc. Mungkin tak seserius mcm org Melayu..
Perasaan dengki & dendam kesumat ini telah berlaku sejak penciptaan Nabi Adam lagi dimana dengkinya Ifrit kpd Nabi Adam dan dendamnya pada anak cucu Nabi Adam sampai ke hari kiamat. Begitu juga kisah anak-anak Nabi Adam iaitu Habil dan Qabil, sehingga terjadinya pertumpahan darah pertama di dunia.
Allah s.w.t yang mencipta manusia telah memberi peringatan supaya berlindung kepadaNya dalam Surah Al-Falaq “Dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul (113:4) Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki” (113:5)
Pengamal ilmu hitam ni terdiri dari semua golongan, baik yg berpelajaran hinggalah peringkat bawahan, yg kaya, yg miskin… Selalunya informasi tentang bomoh ni melalui kaedah ‘word of mouth’. Semoga laknat Allah turun kpd mereka2 yg tolong-menolong dalam mengerjakan kejahatan ni..
Salam..cerita yg sinönim dgn masyarkt melayu.. Hasad dngki yg xpnh pdar..sntiasa b'kobar2 utk jathkan org lain.. Sedarlah wahai manusia.. Semga yg t'libt insaf..
nurhuda_cahayapetunjuk...
Wa'alaikumsalam Ya Ukhtie..agaknya mereka rasa bumi ini sempit itu yang mahu di kumpulkan kekayaan sebanyak mungkin.
Ingatlah, sempit atau luas yang penting dunia ini hanya sementara. Hanya persinggahan semata.
saya pernah mengalami hal2 primitif ini. Kerana tanah pusaka. Mula2 takmau percaya, tapi bila dilihat sendiri, mmg ya, ada.
Sedangkan Rasulullah boleh tersihir, inikan pula kita. Jazakallah ya akhi..
sahabat_islam...
Alfu syukran atas penerangan tambahan. Dengan penerangan tersebut sedikit sebanyak menyumbang kepada percambahan ilmu Islam. Teruskan berkarya akhi..
Salam Kaksu...
Manusia sanggup melakukan apa sahaja termasuk berbunuhan sesama sendiri. Semoga kita turut dilimpahi perasaan syukur kepada Allah SWT hendaknya.
Alhamdulillah, segalanya atas kehendak Allah SWT juga yang memberikan sakit dan menyembuhkan. Ada hikmah di sebalik sesuatu.
Orangbukit...
Biasanya bangsa lain gunakan black magic untuk pertunjukan dan menyesatkan manusia lain supaya mempercayai kuasa ghaib. Lebih tepat lagi ialah supaya menyembah Syaitan..Nauzubillah.
Suatu ketika dahulu, daerah Sungai Petani pernah gempar dengan isu Black metal. Mereka menyembah syaitan dengan meminum darah kambing dan sbgainya. Ini merupakan salah satu upacara sesat angkara Yahudi dan Nasrani untuk memesongkan aqidah umat Islam.
Terjebaknya golongan yang berpendidikan memberikan suatu efek malang yang teramat besar berbanding mereka yang jahil. Saya kecewa.
Lebih baik mereka bertaubat sebelum laknat Allah turun.
Nur_syahadah...
Benar ya Ukhti..saya juga mendoakan semoga mereka insaf dan memohon maaf jika sudah bersalah. Jika tidak, terpulanglah pada mizan Allah kelak.
Khairi...
Pertamanya, ahlan wasahlan diucapkan.
Bila membaca pelbagai kejadian yang menimpa pembaca membuatkan saya terfikir. Kadangkala bukanlah orang jauh yang terlibat melaksanakan perancangan. Manusia yang kadang-kadang kita sendiri kenali disekeliling kita. Entahlah...
Rumusannya Dengki+Iri hati+Tidak takut dosa+tamak = ??
Sebab itu dalam Islam adanya ilmu faraid atau ilmu pembahagian harta pusaka. Antara faktornya adalah menjaga keadilan sesama ahli keluarga.
Salam Ibnurashidi..
Banyak pengajaran yang boleh diambil dari kisah ni. Apa pun, sy sokong sahabat_islam. Semua yang berlaku dengan kehendakNya. Baik buruk itu, semuanya datang daripada Allah.
WaAllahualam..
p/s: sy link blog ni kt blog sy ek.
Salam Afida Anuar...
Pengajaran itulah yang saya harapkan untuk dikutip bersama.
P/S : Silakan link..Jazakallahhukhairankasira..
salam akh..
nampak sangat betapa lemahnya iman dan akidah orang islam zaman sekarang sehingga sanggup buat benda2 zalim dan kejam. Mereka kekadang tak fikir apa kesan disebaliknya perbuatan berasaskan ilmu hitam ini. teringat kat kawan saya yg kehilangan adik bongsunya sebab perbuatan "cuba-mencuba" oleh orang yg mengamalkan ilmu ini. yg tak berdosa dan kena-mengena dgn mereka, yg hnya dijadikan bahan ujian pun jadi mangsa.
apa2 pun, segala yg berlaku, adalah berlaku dgn kehendak Yang Maha Kuasa
=)
Salam Humairah..
Bukan setakat Iman lemah, minda pemikiran juga masih lemah dan primitif.
Ish..ish..saya menggeleng kehairanan. Bagaimana orang boleh bermain-main dengan sihir sehingga tergadai nyawa manusia tidak bersalah. Apakah sudah tidak ada permainan lain untuk dicuba mereka?
Saudaraku Ibnurashidi,
Mohon respons saudara tentang salawat Syifa. Sila rujuk blog berikut http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/11/078-syiriknya-selawat-syifa-selawat.html
Saya sering membaca salawat ini, tetiba ada insan (tanpa nama) yang menyatakan mengamalkan salwat ini adalah syirik.
Mintak beri pandangan, makaseh.
salam...
aduh, sama dengan isu kak su ya (sihir). komen saya pun sama, saya bisa hilang respect pada mana-mana pihak yang menggunakan helah ini untuk membalas dendam. untuk apa sebagai manusia biasa kita menghukum? dengan cara sekeji ini, apalah daya mereka untuk merawat? adilkah begitu?
apa pun, memandangkan perkara ini tidak mustahil untuk berlaku ke atas diri sendiri, maka beringatlah. dindingilah diri sendiri.
Brahimnyior...
Insya'Allah Encik, saya sudah cuba ke sana. Perkara itu tergolong dalam masalah furu'iyyah. Walaubagaimanapun, saya akan cuba bincangkan hal ini bersama rakan-rakan dan cuba bertanyakan perkara ini kepada guru saya.
Wallahua'lam
e-leeyana...
Bak kata Kak Su, sama tetapi tidak serupa.
Tidak adil sama sekali, itulah cara dari banyak cara untuk menzalimi manusia.
Nauzubillahhiminzalik..minta jauhkan. Ya, dindinglah dengan pendinding dari Allah SWT.
Post a Comment