Ilmu hitam : Kemuncak Dendam Kesumat Secara Halus (1)

Thursday, November 27, 2008


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Usai pengajian kelas tambahan tahun empat, salah seorang sahabat saya menerima panggilan dari seseorang. Seakan nada cemas. Masih menjadi tanda tanya di fikiran. Saya segera meneruni tangga Imarah Melayu untuk ke rumah sahabat saya di tingkat 2. Memandangkan kami belum menunaikan solat isyak. Adalah lebih elok untuk laksanakan kewajipan terlebih dahulu. Selepas itu barulah sahaja cuba bertanya apa sebenarnya berlaku. Panggilan kecemasan dari siapa.

“Ustaz Badar yang hantar mesej, dia suruh bagitahu Ustaz Yie segera,” jelas Ustaz Halim.

Saya mengerutkan dahi.

“Apahal pula?,” cuba menyoal.

“Ada seorang pelajar baru dia kena rasuk sekarang, ada dekat Imarah Maqabil. Jom pergi tengok!” ajak beliau sambil bersiap-siap untuk ke sana.

Saya terus bergegas ke sana bersama beberapa rakan yang lain. Apabila sampai sahaja, pelajar baru berasal dari negeri jelapang padi itu sudah pun pulih seperti sediakala. Mukanya agak pucat. Beberapa rakan sedang mengurut badannya. Ada juga yang berkesempatan membaca Surah Yassin. Alhamdulillah.

Pada mulanya berdebar-debar rasa bila mendengar. Apa tidaknya, sepanjang hayat saya belum pernah lagi berdepan manusia dirasuki syaitan. Manusia berfikiran syaitan mungkin ramai. Imarah Maqabil sebenarnya adalah sebuah rumah seperti apartment mempunyai 10 rumah sewa bertingkat. Rumah tersebut berhadapan kuburan Islam masyarakat Mesir. Sebab itulah dinamakan Maqabil. Imarah tersebut sebelum ini kosong tidak berpenghuni. Memandangkan kekurangan rumah sewa untuk penempatan pelajar baru, DPMT mengambil inisiatif menyewa 10 buah rumah tersebut.

Setelah kami menyelidiki latarbelakang pelajar tersebut. Barulah kami tahu perihal sebenar keadaannya. Penyakit ‘rasuk’ itu adalah bawaan dari Malaysia. Beliau sudah mengalaminya semenjak di Malaysia lagi. Walaubagaimanapun, saya mendoakan semoga beliau pulih seperti sediakala dan dapat kembali meneruskan perjuangan sebagai abid Jalla Wa’ala. Menurut sumber, beliau telah pun pulang semula ke tanah air baru-baru ini.


 Imarah di Sabie', Kaherah...

Dengkinya Si Pendendam

Alangkah busuknya sifat dengki dan dendam sebusuk Buhairah Qarun, sejijik najis menjijikkan. Kerana kejahilan dan kedangkalan dalam berfikir ‘mereka-mereka’ sanggup menggunakan nafsu bertunjangkan syaitan bagi memenuhi impian dengki yang jijik itu. Manusia-manusia yang tidak bersalah menjadi nafsu amarah. Sanggup berkiblatkan ilmu hitam, sihir, santau demi merealisasikan puncak kesyirikan pada Maha Pencipta.

Lazim kita dengar kes-kes sebegini terutamanya berlaku di tanah air Malaysia yang aman damai itu. Bunyi sahaja seorang umat telah naik pangkat, menjadi jutawan, maju berniaga, menjadi Imam yang tegas menegur, putus cinta, tunangan ditolak lantas jirannya tidak senang duduk. Seperti cacing kepanasan dibuatnya. Siang malam memikirkan usaha menjatuhkan dan mengaibkannya. Tidak cukup dengan umpatan dicanang, bantuan dukun dan bomoh belaan jin pula menjadi tempat rujukan. Itulah realiti kezaliman dalam bentuk dengki dan dendam kesumat umat Islam terhadap umat Islam. Sabda Rasulullah SAW:-

إن الظلم ظلمات يوم القيامة
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Omar r.a, daripada Rasulullah SAW baginda bersabda: “Sesungguhnya kezaliman itu merupakan kegelapan di hari akhirat. ” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

إن الله ليملى للظالم حتى إذا أخذه لم يفلته ثم قرأ ( وكذلك أخذ ربك إذا إخذ القرى وهي ظالمة إن أخذه أليم شديد )
Diriwayatkan daripada Abu Musa Al-Asy’ari daripada Rasulullah SAW baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah menangguhkan (azab) bagi orang yang zalim tetapi apabila Dia menyeksanya, maka Dia tidak akan melepaskannya. Kemudian baginda membaca firman Allah yang bermaksud; “Dan demikianlah azab Tuhanmu, apabila ia menimpa (penduduk) negeri-negeri yang berlaku zalim. Sesungguhnya azab-Nya itu tidak terperi sakitnya, lagi amat keras serangannya.” (Huud : 102) (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Peristiwa 1

Beberapa hari yang lalu, sempat saya berbual dengan salah seorang pelajar baru. Kebetulan beliau juga dari mukim yang sama dengan saya dan merupakan salah seorang anak murid ayah saya. Dalam rancak berbual, saya cuba bawakan kes yang berlaku diatas. Topik perbualan semakin rancak.

“Sebenarnya ayah saya juga pernah kena ‘buatan orang’,” beliau memulakan bicara.

“Oh camtu, kena macam mana ya?,” soal saya ingin tahu.

“Ayah saya sebelum ni pernah kena ‘pengasih’ dari orang. Entah macammana tiap malam tiap detik ayah saya seakan angau menyebut-menyebut nama perempuan itu. Kami sekeluarga pelik. Ayah seakan berkhayal keadaannya”
“Mak tak rasa apa-apakah?”

“Mak tahu dah yang ayah kena pengasih. Akhirnya ayah saya cuba berubat dengan salah seorang Ustaz di kampung. Alhamdulillah dah pulih seperti sediakala. Rupa-rupanya ada orang dengkikan ayah, dia cuba mengasihkan ayah terhadap isteri orang.”

Saya geleng kepala sukar untuk menerima. Jeda.

Peristiwa 2

Hampir setiap siang dan malam Pak Su saya sentiasa menerima pelanggan ke Restorannya. Tidak menang tangan melayan pelanggan berkunjung tiba. Masakan ala Thai beliau saya akui sememang lazat dan enak. Tambahan pula penangan hirupan panas Tom Yam Campur sudah pasti membuatkan pengunjung mahu mencuba lagi. Saya selaku ‘anak menakannya’ pernah beberapa kali berkhidmat sebagai pelayan dan tukang basuh pinggan sejak darjah 5 lagi. Namun pada suatu malam. Seingat saya ketika peristiwa itu berlaku saya masih di IPT. Cuma kisah tersebut diceritakan semula oleh abang saya berkebetulan abang saya menjadi pelayan direstoran beliau malam itu.

Seperti hari-hari biasa, restoran sesak dipenuhi pengunjung untuk menjamah makanan tersedia. Dalam celah kesibukan itu, abang saya memberitahu gelas minumannya tiba-tiba pecah. Ketika itu beliau sedang rehat sambil menjamah beberapa suap Nasi Goreng. Kemudiannya selera makan terus terhenti. Beliau bergegas mula kerumah. Perasaan tidak sedap hati menyelubungi diri.

Keesokan harinya, Mak Su saya memberitahu apa yang berlaku pada malam harinya. Anak beliau ketika itu mahu tidur, memandangkan di restoran tersebut sememangnya tersedia bilik rehat. Dalam waktu yang sama Pak Su dan Mak Su sibuk melayan pelanggan di luar. Secara tiba-tiba anak mereka berlari keluar dari bilik mengigil ketakutan. Kehairanan. Rupanya saat anaknya mahu tidur, datang satu lembaga hitam besar menarik kakinya.

Semenjak peristiwa itu, mereka sering diganggu dengan lembaga hitam ketika berniaga pada sebelah malam hari. Sehingga akhirnya memberhentikan operasi restoran selama 2 tahun lamanya. Fobia barangkali.


Bersambung...


"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

51 komentar:

Tirana said...

Salam Farid..

Tengah-tengah sedap baca...rupanya to be continued..:)) Kadang-kadang susah nak percaya manusia boleh "dirasuk". Ibu kak tirana (seingat kak tirana masa kecil dulu) selalu sangat dirasuk oleh "pelesit". Memang dia tak sedar siapa dirinya ketika dia dirasuk..meracau macam orang hilang akal. Ilmu hitam ini biasanya terkenal di kampung-kampung. Ilmu ini (contohnya yang membela pelesit) di turunkan dari satu generasi ke satu generasi. Kiranya ibu (biasanya perempuan yang membela pelesit) yang membela, maka dia kena pass kepada anak perempuan bila dia nak mati. Perempuan yang membela ini biasanya nazak sangat ketika nak mati kecuali anak perempuannya sanggup jadi pengganti untuk membela pelesit ibunya. Dan pelesit ini kononnya kena diberi makan. Jika tidak, dia akan merayau dan merasuk orang lain dan dalam kes-kes tertentu dia akan makan tuannya sendiri. Dan ada kepercayaan2 tertentu kononnya bela ikan puyu, penyapu disandarkan menyonsang di belakang pintu adalah cara untuk mengelakkan rumah dari dimasuki pelesit. Bila tuan pelesit dikenal pasti, satu kampung akan boikot dan apa saja pemberian dari tuan pelesit itu akan ditolak kerana bimbang pelesit itu akan bertukar menjadi hak milik kita melalui pemberian hadiah tadi. Itulah sedikit sebanyak cerita yang kak tirana dengar. Memang heboh sebab ibu kak tirana selalu sangat kena rasuk dengan pelesit ini dan ibu juga pernah diganggu oleh hantu raya. Pembela-pembela menggunakan "anak belaan" mereka (macam yang Farid cerita) untuk membalas dendam dan sebagainya. Jelek sungguh niat itu..

cikMilah said...

Nauzubillah...Makcik menderita 3 tahun kerana ini.Ada orang sanggup menjandakan diri untuk jadi isteri suami Makcik. Gagal; diriku pulak di kenakan...Alhamdulillah,rumahtangga Makcik utuh ; Ilmu syaitan tidak kekal. Kita berikhtiar dan istiqomah dalam amalan dan doa - ia pasti lupus. Dari pengalaman Makcik, mengubatnya lebih mudah dari memaafkan si pembuat.Alhamdulillah , Makcik di beri kekuatan oleh Allah memaafkan dia dan keluarga mereka; walaupun mereka tidak pernah meminta maaf.

Anonymous said...

salam..
betul, kenapa ek manusia ni tak reti nak bersyukur? asyik tak puas hati dgn kebahagiaan org lain...sepatutnya kita tumpang gembira dgn kesenangan org lain...Rahmat Allah melangit luas kan...

Anonymous said...

Salam Farid....
Eh... macam janji-janji pulak kita nak buat entry tentang topik yang sama. :)

Ini baru bahagian 1, maknanya n3 ni pun akan jadi panjang jugak.

Banyak yg nak ditulis dan diceritakan. Tapi sbb ini ruangan komen, tak boleh lah kak su bercerita panjang. Nanti kita kongsi cerita kat blog masing-masing lah ye!

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Akhie..

Berminat saya dengan entry ini..saya pernah melihat sendiri bagaimana orang yang kena rasuk, dan mula2 syaitan nak masuk ke dalam badannya..kami bacakan ayat kursi untuk dia ikut, mula2 dia akan ikut tapi apabila ayat terakhir dalam ayat kursi, dia taknak baca, maka kami pun tahu yang dia dah dirasuk..susah juga nak pulihkan..

Orang yang dirasuk biasanya dibacakan surah Yasin tapi kalau tak boleh pulih juga dibacakan surah Ar-Rahman..insyaAllah..

InsyaAllah bagi mereka yang dirasuk ilmu hitam, cubalah amalkan Manzil (Himpunan pilihan ayat-ayat Al-Quran yang telah diajar oleh Rasulullah S.A.W kepada para sahabat), pelindung daripada serangan sihir dan ilmu syaitan...insyaAllah dengan izin Allah, ayat-ayat Allah ini penyembuh penyakit daripada buatan syaitan ini..

Anonymous said...

salam..awwalan, shukran jazilan..
kalau bab2 sihir menyihir, saka menyaka, sakat menyakat ni rupa2nya masih byk lagi di malaysia..kdg2 x disangka sangka rupanya kat kg sndiri pun ada..risau jgk dibuatnya..

'petua2' yg dpt sy kongsi ialah mgamalkn al ma'tsurat, sllu istiqomah sbg slh satu pendiding diri..
jga blh lawati laman site yg tdk asing lg, http://www.darussyifa.org/index.php, pengasas darussyifa, prof dato dr harun din & alhamdulillah jga penaung maahad sy menuntut, byk terkandung amln @ doa2 yg brguna serta trdapat pmberitahuan caw2 rawatan kpd mrk yg memerlukn..

hrp info2 ini dpt manfaat kpd semua..allahua'lam..smga Allah memelihara kita dr gangguan makhluk yg tdk disangka sangka.. :|

Anonymous said...

salam....

sy penah alami semua ni,hmpr 5 bulan hilang ingatan.Smpi xkenal mak ayah & family,semua ni kerana lamaran di tolak.

Walaupun ditolak secara baik masih nk berdendam,pelik manusia ni.

alhamdulillah skg semua ok.

Anonymous said...

salam...
jika penah terkene mcm tu, cuba pergi darul syifa'. Insya'Allah, dengan izin Allah akan cepat sembuh..da pun pernah. juz my suggestion.

ok,salam.

Ibnurashidi said...

Salam Kak Tirana...

Alhamdulillah, kembali pantas melontar idea. Apapun semoga Allah SWT memudahkan urusan rumahtangga Kak ya.

Biasanya kalau tengok drama dalam TV time tengah sedap tulah yang akan jadi sambungkan. Jadi saya rasa blog pun kena macam itu jugalah:)

Baiklah, tentang cerita Kak tadi bunyinya agak tragis dan menakutkan. Sebelum itu, ingin saya lontarkan satu soalan. Akak tak pernah diganggu?tak diwarisi? kalau tak, syukur Alhamdulillah.

Style cerita Kak Tirana persis berlaku di Kampung saya. Biasanya kami panggil 'Hantu Raya Belaan' dan dibela oleh golongan veteran zaman dulu. Dengar kisahnya tujuan bela untuk tolong membina rumah, bersih dan membuka kampung baru, pengasih, ilmu kebal, susuk dan ada juga yang bertujuan khianat. Biasanya yang menjadi mangsa, anak-anak cucu sendiri bila ingin diwarisi.

Pokok pangkalnya, kena buang secepat mungkin. Gunakanlah ilmu Allah yang benar, carilah pakar dalam bidang perubatan Islam. Bukan karut marut jampi serapah.

Ibnurashidi said...

MakcikMilah...

AllahhuAkbar!!..Ini juga kes yang tragis dan sadis. Begitu cekal ya Makcik mengharungi hidup walau tersiksa selama 3 tahun lamanya?

Kesudahannya bagaimana? adakah Makcik sendiri ada mengamalkan sesuatu untuk membuang atau menghindarnya? Mungkin amalan tersebut boleh dikongsi bersama pembaca yang lain.

Biasanya manusia yang menzalimi susah untuk meminta maaf kecualilah Allah bukakan pintu hidayah kepadanya.

Ibnurashidi said...

Anonymous...

Manusia yang sengaja merosakkan serta menzalimi kebahagiaan orang lain ternyata mempunyai hati yang teramat busuk dan dendam kesumat tahap tinggi. Semoga Allah memberi sinar keinsafan kepada 'mereka-mereka' itu.

Ibnurashidi said...

Suara...

Terima kasih masih sudi bertandang ke teratak 'sekoda'. Harapannya Kak Su terus sudi melontarkan idea bernas dan berkongsi pengalaman yang pelbagai itu.

Semoga kisah-kisah yang dipaparkan memberi pengajaran berguna buat semua.

Ibnurashidi said...

nurhuda_cahayapetunjuk...

Wa'alaikumsalam..semoga minat itu memberikan input berguna. Pakat-pakat amik iktibaq noo..:)

Cuma saya berharap, kalau batin badan lemah seeloknya jangan hampiri pesakit dirasuk bimbang berjangkit. Kisah macamni pernah berlaku dekat Sekolah Menengah tempat abang saya belajar. Biasanya rasuk dipanggil 'Histeria'. Berjangkit dari seseorang ke seseorang. Kebanyakan yang alami ialah pelajar perempuan.

Syukran di atas perkongsian Ilmu.

Ibnurashidi said...

Awrapurnama...

Sememangnya selagi mana wujud manusia jahil agama selagi itulah kejahilan merajalela. Sebab itulah hadirnya Islam memberikan sinar keberkatan dan kedamaian dunia akhirat.

Selain itu, diharap para Muslimah dan Muslimin turut menjaga diri sebaik mungkin. Ada kes disihir menggunakan pakaian, makanan, najis, tanam benda di depan rumah, angin dan sebagainya. Apapun cuba rapatkan diri dengan yang Maha Pencipta berkuasa atas segala-galanya.

Syukran atas info berguna.

Ibnurashidi said...

Nudrah...

Alhamdulillah, kalau sudah pulih. Harapannya tambahkan pelindung diri. Amalkan ibadat secara sekeluarga contoh seperti solat hajat, bacaan yassin atau solat berjemaah.

Manusia seperti itu mencari kemurkaan Allah. Selagi hidup dimuka bumi, selagi mana Allah belum mencabut nyawa dia boleh merasa berbuat sesuka hati. Tetapi ingat, azab Allah lebih pedih dan pasti!

Ibnurashidi said...

Anonymous...

Terima kasih atas pemberitahuan. Semoga Allah SWT menyembuhkan kalian sekeluarga.

Kalau sesiapa yang berada di sekitar Kuala Terengganu, mungkin boleh berjumpa DR.Manan, Pensyarah Kuliah Usuluddin, UDM. Beliau memang terkenal dengan pengubatan kaedah Islam terutamanya makhlus halus.

Tirana said...

Salam Farid, ibu kak tirana TAK membela pelesit tapi sentiasa jadi mangsa rasuk pelesit orang lain. Entah apa motif pembela pelesit menyuruh "anak belaan" dia rasuk ibu kak tirana pun tak tahu lah.. Tapi sekarang ni gangguan itu dah berkurangan.. dan kak tirana sendiri tak pernah pula diganggu...alhamdulillah.

Anonymous said...

Salam.. Walaupn dunia makin maju tp rmai lg yg mundur pemikirannya.. B'fikr xb'landaskn syariat tp b'tnjangkan akal yg jhat..kt tmpat sy pn msh da kejdn2 spt kt ats2..plg poplr buatn org.xblh sng tau lbh ckt mst da la yg xpuas hati..ntahla,manusia! Ahli keluarga sy pn da b'hdpn mslh gngguan mkhluk hlus ni.dan skrg tgah usha b'ubt n nampknya dah mkin pulih.. Alhamdulilah..

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Betul tu akhie..kalau rasa kita tak mampu nak bantu, jauhkan diri daripada pesakit yang dirasuk sebab kemungkinan akan berjangkit..pernah juga saya saksikan bagaimana seorang dirasuk dan diikuti yang lain dan seolah-olah bersilat dan hendak berlawan..kecoh dibuatnya..lambat nak pulihkan..tapi alhamdulillah dalam kelam-kabut dan haru-biru, kesemuanya dapat dipulihkan...

Macam2 dengan manusia sekarang yang tidak boleh melihat kesengan orang lain dan dendam sentiasa di hati..moga2 kita dijauhkan oleh Allah perkara2 sebegini...

Anonymous said...

Urgh.. Aku pasti mengetap gigi bila membaca kisah sebegini. Kalau diikut amarah, memang dengan tangan aku berbahasa. Nasib baik kita diajar, membalas budi bila dibaling duri.

Kan bagus Bush yang dituju tu, kan?

Ibnurashidi said...

Tirana...

Ohh macam tu kisahnya. Ingatkan jenis warisan. Baguslah kalau dah tak diganggu makhluk halus lagi.

Ishh, amat pelik ya. Tiba-tiba passing 'anak belaan' kat ibu kak tirana tu apa kes. Agaknya dah habis modal nak sara kos hidup kot. Maklumlah harga makanan semakin naikkan:)

Ibnurashidi said...

Nur_Syahadah...

Dunia sahaja yang maju, tetapi minda masih berada di zaman batu.

Banyak betul kes melibatkan penyakit misteri dan makhluk halus ni ya. Kalaulah dihitung manusia yang baik-baik, tolak pembunuh, penzina, perompak, penyamun, perogol, ajaran sesat, hisap dadah, minum arak, kaki judi, pengamal ilmu hitam..yang tinggal berapa kerat manusia baik?

Kalau tidak keberatan, boleh tak Nur_Syahadah ceritakan serba sedikit kisah bagaimana adik 'terkena'.

Ibnurashidi said...

nurhuda_cahayapetunjuk...

Seingat saya peristiwa histeria ketika di IPT dulu berlaku time exam. Pelajar perempuan tertekan kemudian histeria malam-malam.

Kiranya enti kuat semangat jugalah ya mampu berdepan real dengan suasana macam tu. Apapun hati-hatilah.

Ya, semoga dijauhkan..Nauzubillahhiminzalik..

Ibnurashidi said...

SangPelangi...

Saya tidak boleh mengetap gigi kuat-kuat sekarang memandangkan baru selesai cabut gigi. Mampu menggeleng kepala saja:)

Manusia sebegini belum ketemu buku dan ruas..bila sudah terbentang dosa pahala ditimbangan kelak barulah dia tahu siapa lebih berkuasa ke atas siapa.

Sekarang ni dah tukar Obama..ke nak serang Obama pula?:)

Anonymous said...

terima kasih ustaz,

Anonymous said...

cerita2 sebegini selalu kita dengar..
dan seakan menjadi satu alternatif bagi si pendendam/pendengki untuk melaksanakan hajatnya..

tapi kadang2 terkena pada anak2 atau saudara2 terdekat walaupun sebenarnya ia ditujukan kepada si suami/si isteri..

haih~

Tie said...

Hmmm...ilmu hitam, ekk. Ada satu kisah yang kak tie ingat. Ini berlaku di sebuah restoran terkenal di JB. Ramai orang memuji restoran tu, sedap laa dan restoran tu sentiasa penuh dengan pelanggan.

Suatu hari, seorang ustaz diajak temannya utk mencuba makan di sana. Bila ustaz tu tiba je, dia terus berkata,"maaf, saya tak mahu makan di sini." Temannya heran la... lalu ustat tu ajaknya ke tempat lain.

Setelah jauh dari restoran tu baru ustaz tu terangkan. Dia nampak syaitan pelbagai rupa di restoran tu. Ada yang dok melambai2 dengan wajah hodohnya. Ada yang b*r*k dan k*nc*ng atas makanan tu... Eeee....takutnya...

Eh..pjg lak ceritanya...bukan komen ni..hihi...

Anonymous said...

Sama-sama Nudrah, semoga mendapat manfaat. Kullu haza min fadhli Rabbi...

Anonymous said...

NaiLoFar...

Memang selalu dan lazim. Seakan sudah menjadi hobi pula pada 'mereka-mereka'. Dengar khabar di bahagian Hulu Perak termasuk kroh dan Grik masih terdapat ilmu santau di premis makanan.

Pak Long saya pernah ceritakan tentang perkara tersebut suatu ketika dahulu. Nauzubillahhiminzalik..

Balqis said...

Astaghfirullahala'zim...

Inilah permainan syaitan, siapa yang ikut bermain, rugilah dia, leka dengan tipu daya, helah dan pujuk rayu nafsu serta iblis.

Hasad, dengki, khianat, iri hati, cemburu dll semua itu merupakan perasaan yang didorong hawa nafsu. Isk, isk, isk...('moh' lah kita sedar sama-sama)

Itulah orang kita. Bilalah nak maju jaya. Bila nampak orang lain lebih sedikit sahaja, mulalah dihantar jin itu, ditiup jin ini, disembur air itu, ditanam paku ini... apakah faedahnya? Sudah-sudahlah tu, tidak ke mananya. Akhirnya semua ke lubang kubur juga~

Kalau hendak berjaya dan berada di tahap yang sama, berusahalah! Pemalas! (Wah, wah... saya bukan marah, ya... geram sedikit sahaja)

Perasaan : sedih sangat :{

Nur said...

Astaqfirullah...

Ehmm...memang banyak berlaku...macam nak percaya..macam tak percaya...i mean, hebat betoi setan and jin tuh dapat buat physical kita jadi teruk...but then, kuasa Allah swt kan...

dan memang susah nak percaya jugak ada orang yang busuk hati dan khianat nih! tapi dah termakhtub dalam al-falaq, surely golongan busuk hati busuk segala2nya wujud..

InsyaAllah..minta2 dijauh kan...nauzubillah...

Anonymous said...

Bersambung rupanya..

Baru sahaja hari rabu yang lepas sedang asyik bersembang dengan rakan sebilik di tingkat dua ,tiba-tiba kami dikejutkan dengan jeritan kesakitan dari tingkat bawah.Apalagi satu aras kami keluar bilik melihat.Menakutkan.Seorang Ustaz dipanggil.Agak lama masa diperlukan untuk mengeluarkannya.Ada yang kata jika kita menangis apabila mendengar jeritan sebegitu 'benda' tu akan datang pada kita pula.

A t i Q a h said...

Salam. Perkara 'buatan' orang ni memang sangat lazim berlaku. Kadang-kadang, sekecil-kecil benda pun orang boleh dengki dan mencari perkara-perkara yang tak sepatutnya dicari untuk menyeksa si mangsa. Sigh.

arsaili said...

salam...jeda tu maksud apanya?

Ibnurashidi said...

Tie...

Kira hebat jugalah ya Ustaz tu. Siap boleh tengok syaitan buang air kecil dan besar lagi. Mungkin ada benar cerita begini, tidak mustahil jikalau Allah SWT ingin menampakkan mahkluk di alam ghaib kepada manusia biasa.

Antara yang boleh lihat sebegitu ialah Dr.Manan pensyarah yang saya sebutkan di komen atas. Banyak kisah melalui pengalaman beliau diceritakan ketika saya menjadi pelajar KUSZA dahulu.

Ibnurashidi said...

Balqis...

Banyak benar perasaan anda ya..geram, sedih. Mujur tak gembira:)

Benar, semua manusia akhir sekali akan mengadap ilahi kembali. Sedar-sedarlah dari melakukan perkara syirik. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

Ibnurashidi said...

Fakhzan Marwan...

Percaya atau tidak sememangnya kena percaya. Alam ghaib wajib kita percaya. Ini termasuklah alam para Malaikat dan Jin. Namun kepercayaan itu berlandaskan cahaya aqidah bukan atas dasar memuja pula. Nauzubillah...

Ibnurashidi said...

mulabelajarhentimimpi...

Ya, bersambung. Memandangkan ceritanya panjanglah juga kalau digabungkan. Semoga anda terus membaca kisah kedua.

Biasanya menangis melibatkan perasaan lemah..dibimbangi bila badan lemah semangat makhluk halus sebegitu mudah untuk masuk ke dalam badan.

Ibnurashidi said...

A t i Q a h...

Itulah yang menyedihkan saya. Perkara kecil sepatutnya tidak dibesar-besarkan. Sudah parah menambah barah.

Semoga kita yang sedar menyedarkan mereka yang tidak sedar pula.

Ibnurashidi said...

Arsaili...

Jeda lebih kurang maksudnya berhenti sebentar. Senyap. Tidak melakukan apa-apa tindakan hanya senyap semata.

Anonymous said...

salam 'alaik..

satu artikel yang menarik.terima kasih kepada saudara ibnurashidi kerana menghidangkan kupasan ilmiah dan realiti dgn cukup baik.
Seperti yang telah kita sedia maklum bahawa
Sihir atau ilmu hitam ini adalah diantara 7dosa besar yang sabit dengan hadis nabi riwayat abu hurairah(riyadhus solihin Bab286)

Sihir atau ilmu hitam ini adalah perkara yang syirik yang memudhoratkan org lain dgn izin Allah.
Manusia melakukan sesuatu dengan izin Allah dan Redho Allah..
1.Bukan semua perkara yg Allah redho Allah izinkan..contohnya menunaikan haji..Allah redho kita untuk menunaikan haji tapi belum tentu Allah izinkan kita untuk pergi disebabkan maslah kewangan atau kesihatan.
2.Dan bukan semua perkara yang Allah izin Allah redho..Sihir berlaku dgn izin Allah tetapi tidak dgn redho Allah..
Dan sihir adalah diantara perbuatan dosa yang besar yang wajib dijauhi oleh org beriman.
Surah Al Baqarah[2]ayat 102 Allah menjelaskan
bahawa sihir itu memisahkan seseorng dengan pasangannya.
Sehingga dikenali sebgai sihru Attafriq.
Inilah sebahagian sihir yg berlaku dalam masyarakat seperti contoh yg diberikan oleh saudara ibnurashidi.Mudah mudahan kita dilindungi oleh Allah dari khianat dan sentuhan syaitan.
Allahumma jannibna mina syaiton..wajannibi syaitan 'ala ma razaqtana...

Anonymous said...

Salam Alayk..

Asyakirin awii dan thank you very much for your information sahabat_islam. May Allah bless you..Barakallahhu fiq..Rabbuna najah..

Teja Suraya said...

Assalamualaikum...

1st impression, blog ni sgt baik..banyak perkara yang boleh dikongsi bersama.. :)

pasal dirasuk tu, teja berpengalaman lihat budak kelas teja dirasuk..dan bagaimana kami satu kelas terpaksa hadapi bila pada awalnya tiada org datang membantu..hanya tengok saja..mungkin kesilapan kami sendiri..datang tmpat orang..xbagi salam..

pasal buatan orang pula, arwah mak ngah teja telah di santau org...kesian..badan terus jadi kurus...sedih tgk...
manusia nie..sesetengahnya mmg xberhati perut..sanggup buat apa saja..untuk kepuasan diri sendiri...

Teja Suraya said...

Assalamualaikum...

1st impression, blog ni sgt baik..banyak perkara yang boleh dikongsi bersama.. :)

pasal dirasuk tu, teja berpengalaman lihat budak kelas teja dirasuk..dan bagaimana kami satu kelas terpaksa hadapi bila pada awalnya tiada org datang membantu..hanya tengok saja..mungkin kesilapan kami sendiri..datang tmpat orang..xbagi salam..

pasal buatan orang pula, arwah mak ngah teja telah di santau org...kesian..badan terus jadi kurus...sedih tgk...
manusia nie..sesetengahnya mmg xberhati perut..sanggup buat apa saja..untuk kepuasan diri sendiri...

Anonymous said...

Tun Teja...

Wa'alaikumsalam..Alhamdulillah. Tiada pujian melainkan kembali kepada Allah SWT jua. Kullu haza min fadli rabbi.

Sebenarnya tak perlu bagi salam. Yang penting amalkan pendinding diri kerana ilahi.

Innalillahhi wainnailahi rajiun..saya tumpang bersimpati dengan nasib keluarga anda..semoga Allah SWT menempatkan arwah di kalangan mereka2 yg beriman.

cLoVer4miza said...

Assalamualaikum..

Tumpang simpati kpd mereka yg terkena buatan orang.. Semoga Allah membantu mereka..

Sihir adalah salah satu dosa besar.. Jika puncanya bermula pd hasad dengki, maka jauhilah perasaan itu..

Kembali kpd Allah dan bersyukur dgn apa yang ada, InsyaAllah..

Ibnurashidi said...

cLoVeR4miza...

Wa'alaikumsalam...Mungkin kamu pengunjung baru ke sini?atau pertama kali komen?Apapun saya mengucapkan selamat datang.

Sihir bermakna mensyirikkan Allah SWT..nauzubillah..

Sebelum datangnya Hari ditiup sangkakala..pintu taubat sentiasa terbuka.

SNA said...

klu kt perak tu, teluk intan pn ade santau2 ni..
makcik sy prnh kena...abes smua family kne bkumpul..
tmbh2 pulak ustaz yang mengubat kata smua cucu2 ade mmbawa turun-tmurun saka..mujur sudah dibuang~!

ust farid...hehe sy da komen~ :D

Ibnurashidi said...

DR.ALIA...

Saya ingatkan di Grik atau Gopeng saja yang banyak santau kat Perak. Rupanya Teluk Intan juga banyak ya.

Ending kisahnya macammana boleh berubat?siapa ubatkan?

Anonymous said...

mmm muntah2 teruk makcik sy..
bkumpul smua sanak saudara...dlu atuk sy membela saka..
entah la..dia kata kami cucu-cucu ni pn ade yg bawa..jd dia bc ayat dan buang dlm bekas air..

tmbh pula sy cucu sulung...cuak lah~~~
patut sy pn rse semacam je di sekolah dlu.. (^_^)
yg ubatkn tu sy x kenal...lupa pulak bertaaruf~ hehe

[tp x prnh pula sy berinteraksi dgn saka]
mcm mne sy boleh ade saka klu sy x prnh jmpa pn dia...dia duk dlm bdn sy tu dimana? pelik kn..aih~~

Anonymous said...

Assalamualaikum….

Saya sedang mengalami masalah sekarang ini….masalah mengenai bakal tunang saya telah di ‘guna-guna’ @ ubat pengasih…Saya mendapat tahu dia terkena guna - guna melalui minuman melalui seorang ustaz….sekarang ni bakal tunang saya tergila - gilakan perempuan tu sampai dia nak kahwin dalam masa terdekat padahal dia baru kenal perempuan tu…Dia tidak mahu bersms…bercakap n berjumpa dengan saya…Dia sudah benci sangat dengan saya dan keluarga…sampai dia sanggup fitnah bapa saya pada keluarganya…Kali terakhir saya bercakap dengan dia..dia memberitahu ingin lari dari keluarganya kerana keluarganya tidak bersetuju tentang niatnya itu…Saya risau sangat akan keadaannya kerana dia seorang yatim piatu…Keluarga dia sekarang ini hanyalah keluarga angkat…Jika ada sesapa dapat membantu @ menghulurkan bantuan sila la balas comment ini….MAAF jika tersalah ruangan...

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP