Imam As-Syafie r.a

Tuesday, November 25, 2008

 



Imam As-Syafie…
Hening malam di Kota Ghaza
Dalam gelap pekat keributan manusia
Tatkala 150H/767M melakar baru sirah semesta
Akhirnya terbit sebutir bintang dari beribu bintang di cakerawala
Menyinar terang persis permata lu’lu’ berharga
Menyeri zulmat di lorong-lorong kota
Menyental karat jahiliyyah yang meraja

Imam As-Syafie…
Benarlah takwilan ibumu bermimpi
Engkau laksana bintang Musytari
Melekat di geluk rahim suci
Lantas meluncur laju membelah langit angkasaraya
Akhirnya jatuh menghempas tanah seribu menara
Terpercik menempias puncak Piramid Giza

Imam As-Syafie…
Telah tercoret lembaran sejarah
Susur galur mulia berkuturunan Habibullah
Darah Quraish biasan Rasulullah
Abu Abdullah Muhammad bin Idris As-Syafie gelaran diberi
Sendi sunnah kekasih Allah utuh menghiasi
Hatta jolokan “Nashir As-Sunnah” kesan membela Nabi

Imam As-Syafie…
Lambaian kota suci Mekah Al-Mukarramah menyahut
Biar seusia 10 tahun engkau berani menyambut
Usai rukun erat memaut
Terpancar kekaguman, tersentuh sukma
Tatkala usia 15 tahun telah tersemat kemas Al-Muwattha’
Terpatri kukuh karya Imam Malik tiada tersalah bicara

Imam As-Syafie…
Tiada waktumu tanpa ilmu, tiada detikmu tanpa kalam ilahi
Berkelana merantau adat sang musafir saifi
Demi cinta agung, engkau sanggup bersendiri
Terus menapak ke Kota Baghdad era Abbasiyyah
Di hadapan Khalifah Harun Ar-Rasyid engkau petah berhujjah
Hancur luluh berderai hati Sang Khalifah

Imam As-Syafie…
Kembara ilmu terus terlaksana
Biar gersang si tanah dibakar membara
Namun tekad jiwa merindui cita-cita
Engkau rentasi debu pepasir Mekah Al-Mukarramah, Mandinah Al-Munawwarah
Demi mentaqreeb selisih lurah-lurah
Biar terpinggir, tersisih namun cekal tabah

Imam As-Syafie…
Berkat kekentalan yang dibajai
Mazhab engkau subur mekar mewangi bak haruman kasturi
Meluas empayar feqah Islami
Sehingga Ardul Kinanah direntasi
Akhirnya tepat tanggal 29 Rejab 204 Hijrah / 820 Masihi
Engkau bermusafir selamanya setelah memberi
Engkau tenang mengadap ilahi
Pusaka khazanah ilmu bernilai sedia diwarisi
Deretan kitab turath Ar-Risalah, Al-Umm kekal bergenerasi
Tinggal selidiki, hayati, pelajari
Semoga tegar sebati dalam diri

Hasil Nukilan:
Ibnurashidi
4:10PM, 22 November 2008,
Siberbay


"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

27 komentar:

Unknown said...

sukanya baca sajak ni
rasa sayang kat imam syafie

Anonymous said...

Bagus!

cikMilah said...

MasyaAllah!
bagus bahasa sendat kalam ilmu.

Terimakasih singgah di blog Makcik, tolong doakan Makcik ya. Dalam sibuk mencari rezeki dan mengurusi rumahtangga, suami dan anak,Makcik menjaga ibu mertua yang sakit. Doakan Makcik kekal dalam sabar yang tinggi.

arsaili said...

salam..indah sekali puisi ini....sungguh!

Ibnurashidi said...

Kakchik...

Alhamdulillah, tahun lepas saya berpeluang bersama rakan-rakan pergi ziarah maqam Imam Syafie. Insya'Allah kalau ada peluang lagi ingin saya join lagi. Kita memang patut sayang keturunan Rasulullah SAW.

Ibnurashidi said...

mulabelajarhentimimpi...

Terima kasih ya!kalau ada komen membina dipersilakan.

Ibnurashidi said...

cikmilah...

Sama-sama..terima kasih juga masih mahu bertandang ke sini.

Semoga makcik sabar dan tabah dalam menempuh hidup sehari-hari serta diberi ganjaran pahala berkat kesabaran itu.

Ibnurashidi said...

arsaili...

Saya harapkan pengunjung dapat mengambil manfaat isi puisinya.

Balqis said...

salam~

Fuh, subhanallah!! Hampir seluruh sejarah beliau dinukilkan dalam sajak ini! Ternyata pinjaman kalimah Arab dalam sajak Melayu meninggalkan kesan amat! Bertuahnya kamu belajar di Ardhul An'biya'

MasyaAllah, masyaAllah~ (masih belum benar-benar hilang bait-bait sajak ini di dalam kepala)

Ibnurashidi said...

Balqis...

Biarkan ia melekat di memori. Semoga sedikit sebanyak dari puisi di atas memberikan sedikit pengetahuan berguna buat mengetahui biodata Imam Mazhab kita. Malang sekali kalau kita tidak tahu sedangkan kita sendiri bermazhab syafie..

P/S : Maqamnya terletak di Kaherah.

Tirana said...

Salam Farid..

Setelah ditegur baru menjengah ke sini..Tak sedar rupanya dah lama kak tirana tak datang ke blog Farid ni..Maaf ye..sejak anak-anak ada di rumah (sekolah cuti), sibuk sikit melayan mereka.

Puisi di atas memang menyentuh rasa..indahnya susunan kata bagai butir-butir mutiara yang dijalin. Dan yang lebih indah dari itu ialah akhlaq Imam asy Shafi'e yang patut kita jadikan contoh teladan. Teruskan menulis!

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Akhie..

Sungguh syahdu puisi di atas..semoga terus berkarya..

nohas said...

Salam. Pada zamannya, begitu jauh Imam As-Syafie merantau mencari ilmu & utk berguru, sampai ke Baghdad. Sangat besar jasanya dan sumbangannya kpd perkembangan ilmu2 Islam. Dia anak murid Imam Malik ye..Semoga semangatnya, kecintaannya kpd ilmu menjadi motivasi kepada kita semuanya..

Tie said...

Memang adek ni pandai bersajak. Lebih2 lagi ditambah dengan ilmu pula...Kak tie tumpang bangga, kerana kenal (walaupun tak pernah jumpa)..dan dapat sedikit ilmu tu...thanks..

Anonymous said...

salam...
em x tau nak ckp apa..hehe
gambatene...pandai buat sajak ek.

Anonymous said...

salam uztaz,

tahniah ustaz xpenah kering idea,baris2 puisi ni begitu menarik,penuh pengisian & ilmu..

penah blaja sastera ustaz?

ABU LUQMAN said...

السـَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ

Salam Ukhuwah dan Eid Mubarak
Tahniah, sajak yang cukup menarik dan bermaklumat
Jika ustaz ada kelapangan masa, singgah singgahlah sebentar ke blog ana yang tidak seberapa ini.

Anonymous said...

Salam.. Sungguh indah bait2 yg di karangi..t'sentuh di jiwa,t'kesan di hati..kagum pd Imam As-Syafie meninggi..tak lupe jg pd pengarang sndri.. Tahniah! :)

Ibnurashidi said...

Tirana...

Biasalah, ibu mana tak mahu mengambil tahu tentang anak.

Diriwayatkan bahawa ketika sedang mengandung, ibu Imam Syafie bermimpi melihat bintang Musytari keluar dari rahimnya lalu meluncur ke angkasa, kemudian jatuh ke bumi Mesir. Dari sana tiba-tiba bumi menjadi terang dan bersinar-sinar kesan daripada percikan cahaya yang memancar dari bumi Mesir. Apabila diceritakan mimpinya itu kepada orang alim, beliau mengatakan bahawa dia akan melahirkan seorang anak yang ilmunya kelak akan memenuhi muka bumi.

Ibnurashidi said...

nurhuda_cahayapetunjuk...

Syukran ya ukhti..

Imam Syafie berkata : "Dengan sebab kemiskinan, ibuku tidak mampu menyediakan peralatan pengajianku. Lalu aku mencari tulang belulang, daun tamar yang kering dan pelepahnya untuk mencatat dan menyimpan segala ilmu yang aku pelajari"

Ibnurashidi said...

orangbukit...

Setiap jihat yang punya sinaran ilmu, di situlah ia akan muncul. Ya, anak murid Imam Malik.

Mutiara Imam Syafie r.a :

Imam Syafie r.a tidak segan silu pergi ke majlis-majlis umum atau pejabat kerajaan untuk mengambil lembaran-lembaran kertas yang sudah dibuang ke dalam bakul sampah untuk tujuan penulisannya.

Ibnurashidi said...

Tie...

Biasa-biasa saja k.Tie. Adalah elok jika sekelumit ruang ini dicoretkan hal yang membantu diriku menuju ke syurga. Juga buat Muslimin Muslimat sekalian.

Ibnurashidi said...

Thank You buat insan tanpa nama...saya mengagak ianya bahasa Jepun.

Ibnurashidi said...

nudrah...

Salam juga..biasa-biasa saja. Segalanya kembali kepada Pencipta.

Ada juga belajar sastera Bahasa Melayu dahulu. Kini berpeluang mempelajari Kesusasteraan Arab pula.

Ibnurashidi said...

ABU LUQMAN...

وعليكم السلام...Insya'allah jika ada kelapangan ana cuba ke sana. Apapun syukran jazilan sudi bertandang ke teratak yang tidak seberapa ini.

Ibnurashidi said...
This comment has been removed by the author.
Ibnurashidi said...

Nur_syahadah...

Semoga Allah SWT menjauhkan diriku dari terbang tinggi di awanan tanpa melihat jejak di bumi. Terima Kasih ya.

Mutiara Imam Syafie :

Imam Syafie r.a berkata, "Aku pernah bermimpi berjumpa Rasulullah SAW sebelum aku baligh lagi. Baginda bersabda kepadaku, "Wahai anak!" Aku menjawab, "Labbaika ya Rasulullah!" Baginda bertanya, "Dari mana asal keturunanmu?" Aku menjawab, "Dari keturunanmu." Baginda menambah, "Mari dekatkan dirimu ke sini," Kemudian baginda mengambil air liur dan aku pun membuka mulutku. Lalu baginda menyapu air liur tadi di lidah, mulut dan kedua bibirku, lantas baginda bersabda, "Pergilah kamu, semoga Allah SWT memberkatimu." Setelah itu aku tidak pernah lagi terkeliru dalam membaca dan menghafal hadis mahupun syair atau sastera."

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP