SAK-T 2008 Kembali Muncul
Monday, November 17, 2008
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بع
“Insya’Allah bulan November kita akan terbitkan Suara Kampus Edisi Tanta (SAK-T) kembali,” ucap Ustaz Hisyam selaku ketua pengarang SAK-T dengan penuh semangat.
“Gerak kerja boleh dimulakan sekarang,” sambung beliau lagi.
Begitulah perancangan yang kami aturkan sebermula mesyuarat pertama lagi. Ustaz Hisyam Mahasiswa Kuliah Qira’at Tanta merangkap mutazawijin ditaklifkan menjadi ketua pengarang untuk menjayakan projek majalah Suara Kampus Edisi Tanta pada kali ini. Sudah hampir tujuh tahun berkubur lamanya. Tidak mampu bangun berdiri teguh. Sebagai inisiatif beliau telah mencadangkan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) untuk menerbitkan kembali wadah ilmiah ini sebagai salah satu sebaran sumber ilmu buat tatapan Mahasiswa/wi Ardul Kinanah khususnya.
“Ana harapkan enta boleh jadi designer untuk layout dan cover SAK-T kali ni.” Pinta beliau bersungguh.
“Insya’Allah ana cuba walau tak ada pengalaman.” Saya cuba memenuhi permintaannya. Dibantu oleh sahabat saya Ustaz Ansori juga selaku designer.
Pada hakikatnya, terasa berat untuk menceburi bidang penerbitan buku sebegini. Namun setelah difikirkan semasak-masaknya saya memberanikan diri untuk mencuba. Pengalaman selain ilmu umpama memetia berhamburan merata-rata. Beranikan diri mengutip sebelum debur ombak menghanyutkan segala. Sebelum merenung jauh ke dasar lautan dengan penuh kehampaan.
Tertubuhnya Team Keluarga SAK-T 2008
Sementelahan ketika itu masih dalam lingkungan cuti perkuliahan. Ada baiknya dipungut sebaiknya, juga dapat memenuhi waktu yang ada. Team keluarga SAK-T akhirnya ditubuhkan secara rasmi, bermulalah gerak kerja pelbagai lapangan baik editorial, layout, percetakan, penulisan dan pencarian sumber kewangan. Seusai pengumpulan maklumat, lantas disemak ketua pengarang. Barulah kerja-kerja melayout bermula dengan menyesuaikan susun atur kedudukannya. Peringkat seterusnya disemak pula oleh pembaca pruf bagi menepati piawaian kualiti yang ditetapkan. Peringkat akhir, penghantaran untuk semakan pihak DPMT, PMRAM. Setelah diluluskan barulah proses percetakan bermula.
Gerak Kerja Berkumpulan...
Ternyata saya teruja dengan kerja baru itu. Sekonyong-konyong berdebar jantung mahu menyelesaikan dateline. Berkali-kali meminta masa tambahan memandangkan lajunya detik seperti peluru. Mungkin faktor kedua barangkali saya masih setahun jagung dalam arena penerbitan. Namun begitu, berkat usaha gerak kerja kumpulan bersama akhirnya dapat juga menyiapkan majalah setebal 64 muka surat itu sebelum perkuliahan bermula baru-baru ini.
Pengalaman Dan Ilmu
Belum cuba belum tahu. Setelah cuba baru merasa. Biarpun saya masih merangkak dan baru belajar bertatih, itu tidak memberi impak negatif turut bersama mereka-mereka yang berpengalaman. Selain penerbitan dan layout saya juga mendapat ilmu baru dari Ustaz Hisyam itu sendiri. Saya dapat belajar menggunakan tatabahasa melayu dengan lebih betul. Sebetulnya saya akui kedhaifan menghasilkan artikel bermutu. Terima kasih ketua pengarang, anda banyak mengajar saya ilmu dan pengalaman baru!
Cover Depan...
Tempahan Dibuka
Memandangkan Suara Kampus Edisi Tanta ( SAK-T ) itu masih dalam proses percetakan. Kemungkinan besar akan siap dicetak sebelum akhir bulan ini. Saya membuka tempahan kepada mereka-mereka yang berminat untuk memiliki SAK-T 2008 terutama yang berada ditanah air. Insya’Allah wakil pengedar akan mengedarkan SAK-T yang telah ditempah. Selain itu, kepada mereka yang ingin membuat amal jariah juga boleh menyalurkan sumbangan berupa wang ringgit demi kelangsungan penerbitan edisi mendatang. Segala perkongsian sumbangan boleh disalurkan kepada :-
Anis Maisarah Binti Mohamad
Timbalan 2 ( Kewangan )
No Akaun HSBC : 032065609025
No K/P : 890422-11-5500
Jazakallahhu Khairan Kathira…
Ibnurashidi
10:43PM, 17 November 2008,
Siberbay.
"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."
28 komentar:
Mutazawwijin : Sudah berkahwin
Taklif : Dipertanggungjawabkan
P/S : Sesiapa yang ingin menempah (terutama Malaysia) boleh menghubungi saya. Sila serahkan maklumat detail.
mabruk...
dah siap..tggu masa utk menjengah psaran je..
pepon...tak sabar...
pandai tn hj farid mendesign..
nanti bley dptkn tunjuk ajar ye..
;;)
mabruk skali lagi kepada sume crew editorial...
MyFahmi...
Alahai...Tuan Guru Designku yang tidak dilupakan..Mabruk juga buat anda kerana sudah hampir berjaya menyelesaikan layout Al-Fityan. Pandainyeee..:D
Nanti jangan lupa ya beli. Kalau boleh Mansurah kena tempah lebih sikit memandangkan Ikhwah dan Akhawat sana ramai-ramaikan.
Mabruk juga atas tunjuk ajar diberikan..semoga Allah sahaja membalas saja anda...
Ala tuan haji...
mana ada sampai tuan guru pon..
dok mentah lagi bab² layout nie...
entah laa apa dah jadi ngan al-fityan...
just skadar yang termampu je..
letak je byk2 kat mansurah ni..
sama². lagipon just sampaikan apa yg kita tahu bab² yg kita tahu...
peace :)>-
Mentah-mentah pun dah 3 majalah dilayoutnya..agaknya kalau dah pangkat PRO maybe leh jadi pakar layout kot.
Insya'Allah nanti siap akan ada wakil ke sana..harinya ada sambutanlah ye..isu hangat tu:)
Semoga perkongsian TAHU itu membawa lebih manfaat untuk MENGETAHUI. Thank You Fahmi Sensei..
Salam.kalau wrga m'sia nk tgk cmne nk dptkn ek?terngn gk nk bce SAK-T
Nur_Syahadah...
Salam..boleh, Insya'Allah jikalau ingin buat tempahan boleh bagitau di sini atau emelkan saja kepada saya.
Salam. Tebalnya majalah sampai 64 pages, ini kira koleksi utk 7 tahun, agaknya:)Semoga byk ilmu dapat disampaikan..kutiplah ilmu & pengalaman secara formal n informal.
"Opportunity doesn't always knock twice on your door"..
salam, ust farid...
dah banyak entry rupanya..
tu sape yg lukis?
salam,
Wah, 64 pages....
majalah ini keluar sebulan sekali kah atau berupa majalah tahunan?
Cover depan juga sudah menarik...
Seronok kan buat majalah, tetapi letih juga, huhu
Ya, siapa yang melukis tu, cantik!!
salam..
barakallahu fik..
semoga berjaya...
allah najahtak..
Orangbukit...
Salam alaik..Oh, lebih kurang macam tulah. Tapi belum cukup lagi, 7 tahun tebal macam novel baru berbaloi. Apapun sebenarnya memang qarar penerbitan daripada PMRAM menghadkan 64 pages saja untuk Suara Kampus.
Thank You very much sis orgbukit.
Eureka...
Alhamdulillah, namun kebelakangan ni saya agak sukar untuk mengupdates kerana masalah sering terputus talian internet.
Agak-agak sapa yang lukis?
Balqis...
Salam alaik...majalah ni Insya'Allah akan keluar setahun 2-3 kali bergantung kepada komitmen yang diberi. Mungkin pelapis pula bakal mengganti team kami.
Ya, letih itu hilang serta merta setelah melihat hasilnya. Jangan lupa untuk menempahnya ya!
owh yeke?
da pun dh lama x jenguk blog ni..
erm da rasa bukan us farid yg lukis..hehe...us farid pandai lukis ke? :p
em nak baca jgk boleh? nak tgk hasil kerja us farid..
tp kene tempah ke? da x ada duit la nak beli..huhu
Faridmw...
Ala kulli hal, syukran jazilan di atas doa. Ku harapkan Jalla Waala mengabulkan doa kalian yang baik-baik itu. Semoga najah juga buat enta...
Eureka...
Ntahla, saya pun tak pasti siapa yang lukis. Apa yang pasti, lukisan itu sememangnya sudah siap. Mahu tahu pelukisnya dipersilakan menempahnya. Insya'Allah sedikit masa lagi bakal diedarkan. Biarpun siapa anda, boleh sahaja membacanya. Turut terselit komen dari entri Tragedi Berdarah Memali.
P/S : Saya pelik dengan identiti dan kehadiran anda..
Oh, bagai terimabas kenangan lama.
Dulu, ana bersama Suara Kampus Edisi Mansurah. Bermula sebagai wartawan dan akhirnya menjadi Sidang Editor. The good old times.
Suara Kampus Tanta. Lama sudah tidak ada kan. Namun ini anjakan baru. Semoga berhasil menyiapkan penerbitan yang berkualiti tentunya.
Zaman ana dulu, SUKEJ memang menjadi Suara Kampus yang konsisten dan mantap mutu penerbitannya dan isisnya. Suara Kampus Mansurah juga.
Bit-taufiq InshAllah buat semua ikhwah akhwat yang terlibat.
Aduh, bukan mempromote Suara Kampus sendiri. Maaf ya, andai dibaca begitu. Sekadar seloroh sahaja.
alQasam...
Kadangkala kitakan terasa rindu kenangan silam setelah lama meninggalkan. Itulah bila ukhuwah dalam pengalaman disemai baik kelak pasti kita teringatkan kembali memori silam itu.
Na'am, Tanta kalau tak silap ana kali terakhir 1999 last keluarkan Suara Kampusnya.
Sekarang yang nampak gah Suara Kampus dari Kelantan, Selangor, Shoubra, Zaqaziq dan Mansurah.
Eh, tak ada salahnya promote lagipun sudah menjadi kenangan silam bukan:)
salam..
mla2 buat kajian ttg peristiwa d mamali, kmdian nk siap2 buat layout, tup2 dah nk cetak..
tahniah2..
(ganjaran gula2 n ais krim)
teringat plk betapa sshnya buat mjlh sekolah..
ssh nk kumpul semua pljr smta mata amik gmbr..
risau btl kalau mjlh xmemuaskan..
ala kull hal,
slmt mnjd pel thn akhr..
Awrapurnama...
Dalam mengeluarkan sesuatu perkara seharusnya penyeledikan dan kajian menjadi perkara utama. Barulah hasilnya bernas.
Kalau majalah sekolah rasanya lebih senang berbanding Suara Kampus kerana bermuamalat dengan melayu sendiri. Di sini agak sukar jika bermuamalat dengan arab.
P/S : Majalah sudah pun siap dicetak dan sekarang dalam proses mengedarkannya. Alhamdulillah.
tahniah ats usaha anda & rakan2...
kalau mjlsh sek pun penin2 skit nak buat,
apatah lg suara kampus.. :D
P/S : majlh akan dbeli dan dlm proses urus niaga..Alhamdulillah..
nudrah...
Terima kasih, semoga Allah memberkati anda..
Awrapurnama...
Tak apa, yang susah tulah bakal menjadi pengalaman berharga. Bak kata orang tua-tua "berakit rakit kehulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian"
P/S : Silakan beli. Tempahla banyak sikit ya:)
askum ustaz,
brp harga majalah, ustaz x nyatakan pulakk
Wslm Nudrah...
Oh ya tak ya, harganya bagi penduduk Malaysia rm5 sahaja. Kalau hendak tempah Insya'Allah kita akan cuba tunaikan permintaan.
Post a Comment