Episod Perjuangan Kembali Bermula

Friday, November 14, 2008


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بع

Seperti hari-hari biasa. Saya memulakan langkah seawal fajar sidik mula memancarkan cahaya seakan putih sinarannya. Niat di hati sudah terpaut kemas. Hari ini mahu menyelesaikan tugas. Sudah seminggu rasanya menanti, namun tetap saja ada alasan yang menghalang dari selesai.

Saat hayunan langkah perjalanan selama 10 minit itu mata tidak diam memerhati setiap jihat. Sesekali memandang ke bawah, terkadang melihat panaroma sekeliling. Seawal pagi-pagi begini biasanya jalan-jalan utama masih sunyi sepi dari bunyi deruan motokar. Hanya jentera-jentera berat, lori kecil dan himar berkeliaran ke sana ke mari. Jentera-jentera berat itu biasanya akan turun ke kawasan pertanian seakan sawah bendang. Hasil muatannya bergantung kepada musim yang dilalui.

Sampai juga akhirnya ke gerbang indah berdebu. Di atasnya masih utuh tulisan khat Universiti Al-Azhar, Tanta. Setelah sekian lama, hampir 5 bulan sunyi sepi dari hiruk pikuk galau suara mahasiswa kini kembali menjalankan operasinya. Tanpa berlengah, saya terus ke matlamat yang dituju. Iaitu membayar yuran kuliah.

“Aduuhh, ingatkan tak payah beratur dah..” Rungut hati. Nampaknya beratur lagilah jawabnya.

Lazim dan sabar. Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan situasi. Menjadi kebiasaannya jika mahu berurusan kuliah atau apa-apa yang berkaitan, beratur panjang dan bersabar merupakan perkara asas. Setelah beratur panjang, belum memastikan kami selesai tugas. Bersabar pula melayan karenah ‘mereka-mereka’. Silap haribulan terpacul di bibir-bibir ‘mereka’ perkataan yang paling enak didengar.

“Itla’ barrah!!”

“Bukrah..Yallah Ya Gama’ah..Bukrahh!!”

Kesabaran berpanjangan...

Saat menunggu deretan panjang seakan ‘keretapi ayam’ (keretapi dari Tanta ke Kaherah atau ke daerah lain). Sempat saya beramah mesra dengan seorang kenalan dari Indonesia. Peramah orangnya walau baru dikenali sebentar cuma.

“Enta datang Mesir bila?,” soal saya mahu kepastian.

“Saya datang tahun 2007..saya datang dengan muadalah,” jawab beliau.

“Ohh begitu..muadalah mana ya?,” soal saya kembali.

“Dengan Ihsaniah, Pulau Pinang.” Jawabnya ringkas.

“Bagaimana natijah enta tahun lepas?.”

“Alhamdulillah, saya lulus semuanya. Saya hanya fikir mahu lulus naik tahun aja.” Sambung beliau.

Barulah saya tahu, rupanya ramai juga mahasiswa-mahasiswa Indonesia yang datang atas tiket Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Tujuannya untuk mendapatkan pelepasan lompat tahun. Seperti saya. Walauapapun caranya, itu tidak penting. Yang lebih penting, kehadiran saya dan rakan-rakan lain hanyalah semata-mata mahu menceduk ilmu Allah SWT. Biar ceruk benua mana kami muncul bukan bererti ianya menjadi penghalang penyebaran ilmu Islam khazanah Islam. Kita seagama.

Pawana sejuk berpuput lembut. Menerbangkan dedaun kering berserakan. Awan pula seakan payung besar menutupi sang mentari.


Ripuh Si Daris...

Sambil mengerling ke arah deretan panjang pemuda-pemuda arab bertubuh sasa tegap dan tinggi itu sempat anak mata memerhati gelagat mahasiswa Malaysia di celahannya. Kecil dan kerdil terasa. Tambahan bila dikelilingi manusia seakan gergasi. Lantas saya cuba ‘snap’ beberapa keping gambar kenangan.

“Enta tak leh bayar lagila nampaknya, sebab dia nak group 4 orang saja..” Beritahu seorang rakan.

“Alahaii, susahnyaa ..ingatkan dah boleh selesai harini.” Rungut saya dengan wajah mencuka. Benar-benar menguji kesabaran.

“Takpalah, saya join group dengan Ust.Tarimizi, Ust.Fauzi dan Ust.Mat jelah..kami bayar esok.”

Saya pulang kehampaan. Keesokannya saya hanya serahkan wang berjumlah LE102.40 itu bersama beberapa dokumen penting lain kepada Ust.Mat mewakili group kami. Memandangkan tahun akhir banyak dokumen berkaitan perlu diisi. Yurannya juga agak mahal berbanding tahun sebelumnya. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan usaha segalanya selesai.

Selepas siap urusan pembayaran, kami dikehendaki berjumpa ketua Syu’un pelajar Muafiddin pula. Mujurlah ketika itu mood Ustaz Mustafa agak baik. Terasa mudah berurusan dengannya. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Seusai urusan, maka bermulalah misi pembelajaran kuliah. Tertera di papan jadual perkuliahan subjek yang bakal saya harungi sepanjang fasal satu bermula.


Bahasa Inggeris
Bahasa Arab Sastera ( Adab dan Balaghah )
Qawaid Fiqhiyyah
Bahas Qawaid Fiqhiyyah
Tafsir Ayat Ahkam


Baki selebihnya akan bermula selepas cuti pertengahan semester kelak. Mungkin ada pembaca yang kurang tahu apakah itu madah Qawaid Fiqhiyyah. Baiklah, sebenarnya pembelajaran madah ini menyentuh hal ehwal kaedah dalam ilmu feqah. Pengertian Qawaid ialah kata jama’ daripada qaedah yang memberi erti asas rumah dan sebagainya. Sebagaimana firman Allah SWT:-

وإذ يرفع إبرهم القواعد من البيت وإسمعيل
“Dan (Ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama dengan anaknya Ismail meninggikan binaan asas (tapak) Baitillah (Ka’bah) itu.”
 (Al-Baqarah : 127)

Jikalau dalam Istilah pula fuqaha’ menyebut sebagai:-

حكم أغلبي ينطبق على معظم جزئياته
Hukum yang secara umumnya terpakai keatas kebanyakkan masalah-masalah terperinci

Selain Usul Fiqh, Qawaid Fiqhiyyah merupakan subjek yang perlu dihadam sebaik mungkin. Untuk mengetahui status sesuatu hukum secara terperinci dan bagaimana kaedah-kaedahnya perlu kepada pembelajaran madah tersebut. Manakala Bahasa Arab Sastera pula adalah antara madah killer bakal menggegarkan medulla oblagata dalam menterjemahnya. Bait-bait syair arab menjadi suku simpanan dalam memori minda.

Kesimpulan

Menyangka senang itu tanpa pengorbanan dan kesabaran seakan berkhayal menerawang di alam fantasi. Berpijak bumi yang nyata biar pun siapa anda sudah pasti bertemu pengorbanan dan kesabaran. Jerih payah, lelah membelah, suka duka, riang ria segalanya berpadu menuju kepuncak kejayaan. Usaha, doa, tawakkal. Doakan kami!


Ibnurashidi
8:18AM, 12 November 2008,
Siberbay


"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

38 komentar:

Ibnurashidi said...

“Itla’ barrah!!” : Arahan Keluar

“Bukrah..Yallah Ya Gama’ah..Bukrahh!!” : Esok, buat urusan esok.

Muadalah : Pengajian 3+1 separuh di Malaysia, tahun akhir di Al-Azhar

Natijah : Keputusan

Syu'un : Urusan

Muafidin : Pelajar selain Mesir

Jama' : Banyak

cikMilah said...

Assalamualaikum Ustaz Farid,
Makcik doakan perjalanan ilmu ini mendapat berkat dan di permudahkan segala urusannya.

Tirana said...

Salam Farid..

Selamat meneruskan perjuangan. Mudah-mudahan segala pengorbanan dan kesabaran akan membuahkan sesuatu yang boleh dimanfaatkan untuk kehidupan..InsyaAllah.

cikgu_eya said...

lain tempat, lain cabaran. Yang penting, jalan jihad tidak selalunya bersih dari duri, kan?

All da best.. ^^

Ibnurashidi said...

Wa'alaikumsalam MakCik Milah...

Syukran...terima kasih banyak2 atas doa..

P/S : Ada internet terus updates. Terputus 2 hari.

Unknown said...

Assalamualaikum Ibnurashidi,

Selamat menempuh cabaran yang lebih kuat dan semoga berjaya menempuhnya. Baru nak mula semester baru ya? KakChik pulak nak penghujung semester ni, tunggu nak exam saja lagi.

Ibnurashidi said...

Salam Kak Tirana...

Harapannya begitu. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Ibnurashidi said...

Cikgu_Eya...

Lain tempat lain cabaran. Biar berlainan geografi dan onak durinya. Sabar itu tetap sama jugakan?

Apapun, syukran:)

Ibnurashidi said...

Wa'alaikumsalam KakChik...

Ya, kami di sini baru sahaja orang kata panas enjin..tapi sistem belajarnya tak lama. Belajar dalam 2,3 bulan dah imtihan.

KakChik masih student rupanya, belaja di mana ya?ambil pengkhususan apa?kalau tak keberatan mungkin boleh bagitau.:)

Tie said...

Salam. Moga2 dapat terus menambah ilmu dan berkongsi sesama kita, ekk. Semoga berjaya.:)

Anonymous said...

Semoga terus istiqomah. Najjah bitaqdir jayyid aw jayyid jiddan. InshAllah.

Sudah lima tahun hampir meninggalkan bumi itu. Kangen bangat.

Walau menyambung pengajian Sarjana di UIA, dengan fasiliti yang luar biasa, Un Azhar yang masih trasidional dan konservatif juga yang ada di hati.

Anonymous said...

salam..
lissa madafaush rusum ashah nas kitir.. mush aiz bantazir uddam khaznah di ashan yakhud wakt.. ahsan akhush muhadrah.. mumkin hadfa' rusum usbu' gai..

maalaish... mumkin basalak hagah.. hadratak fi fir-at rab'ah sah? wa dirasah lailiah lissanah rab'ah eh zai , badaat? fen?

mecy.. tisbah ala kheir

Anonymous said...

salam..
sdh msk ke thn akhir y?
lps ni mesti lg sibuk.. :)
mg dapat menyusun waktu sebaiknya..
rs gerun2 kecut plk dgr bahasa arab sastera madah 'killer'..
almaklumla, thn dpn SMU ad subjek adab nusus..
sama2 doakn..
selamat brjuang, kelak pulang ke tanah air ad tggjawab yg lbh besr..
(baru thu pelajr indonesia jg dtg ke malaysia ambil muadalah..shukran..) :)
teruskan perjuangan~

arsaili said...

salam..moga terus berjaya

Ibnurashidi said...

Tie...

Terima kasih. Insya'Allah, sama-samalah menyebarluaskan ilmu Allah SWT seluas mungkin..Semoga manusia-manusia mendapat manfaat berguna..

Ibnurashidi said...

AlQasam...

Amin Ya Rabb...Semoga hajat dan impian termakbul hendaknya.

Biar berapa lama anda meninggalkan bumi anbiya' ini, ianya tetap mencurahkan ilmu seperti-seperti sebelum ini juga. Biar sistemnya manual, namun tetap berduyun-duyun manusia memenuhinya.

Zauj medic Mesir jugakah?

Ibnurashidi said...

Awrapurnama...

Alhamdulillah, walau tahun akhir menjengah namun terasa masih dhaif dan kerdil dalam dunia ilmu Islam..

Insya'Allah kalau di Malaysia Adab Nususnya tidaklah seKiller di sini. Moga Mumtaz dalam genggaman ya!

Ibnurashidi said...

Arsaili...

Salam...Amin, Amin, Aminn..Makbulkanlah doa mereka-mereka Ya Allah. Juga kejayaan Muslimin Muslimat sekaliannya.

Anonymous said...

Salam.. D doakan smga saudara dpt blik m'sia cpt utk tburkn ilmu pd wrga tanahair plak..slamat blaja kembli..all the best..gud luck!

suara said...

Salam Farid...
Kak su doakan agar kejayaan akan sentiasa mengiringi perjuangan Farid di sana. Perjuangan menuntut ilmu....

Ibnurashidi said...

Nur_Syahadah...

Terima kasih di atas doa yang diberikan..semoga Allah memberkati kita..barakallahufik..hendak menabur ilmu di Malaysia merasakan satu tugas yang agak berat. Semoga Allah SWT memudahkan urusan.

Ibnurashidi said...

Salam Kak Su...

Sememangnya itulah yang diharapkan seandai berada dalam situasi berjuang. Aiwah, na'am perjuangan menuntut ilmu itulah yang lebih aula'.

Anonymous said...

owh. ibnurashidi pelajar al-azhar ye? sy penah ada kwn belajar kat sana [lelaki]. tp dh lost contact :)

p/s-sori, komen takde kaitan ngan entri. huhu. thanks 4 drop by at CK :)

Anonymous said...

kenapa nak daftar yuran kene ber group?
kalau tempat da belajar bayar yuran secara online...penat ek beratur..xpe2, itulah erti sbg seorg pelajar..
nway, gambate!!

salam.

Anonymous said...

Salam Diya...

Mungkin anda masih baru menjejakikan tapak ke sini brangkali. Walaubagaimanapun, ahlan wasahlan diucapkan. Datanglah selalu mungkin ada manfaat boleh diambil..

Anonymous said...

Membayar yuran kadangkala bergroup namun boleh sahaja membyar seorang diri. Tujuan bergroup disebabkan terlalu ramai pelajar beratur dan sebagai memudahkan urusan. Mungkin Al-Azhar boleh menggunakan sistem pembyaran secara online dan berkomputer barangkali demi mudahkan urusan sehari-hari.

P/S : Saya mengharapkan supaya komentator turut menyertakan nama, tak kisah nama pjg@pndek.

Anonymous said...

Aduh.. kenapa aku baru sekarang jumpa blog ini? Menarik tulisannya. Oh begitukah orang Indonesia ke sana. Pelbagai cara, ya?

Ya, berpijak di bumi nyata.

Ibnurashidi said...

SangPelangi...

Jadi sekarang dah jumpa. Selamat datang diucapkan buat anda. ya, orang Indonesia guna kabel muadalah Ihsaniah. Tetapi tahun ni tak tahulah diorang datang dengan apa. Sebab muadalah sudah dihapuskan.

Anonymous said...

us farid kene ambik berapa jam kredit belajar kat sana? pasni dah abis belajar apa nak buat?
best jgk belajar balaghah kan?? da pernah bljr dulu time sek men tp yg us farid belajar ni mesti lagi detail kan.....

Ibnurashidi said...

Di sini tak pakai jam kredit. Hanya berdasarkan subjek apa yang diambil kemudian peperiksaan. Tiada carry mark macam Universiti dan kolej Malaysia.

Insya'Allah, pulang ke Malaysia ingin berkelana mencari sedikit rezeki buat diri dan keluarga. Balaghah memang best tetapi perlu usaha lebih memandangkan ianya perlu kefahaman yang tinggi.

Anonymous said...

owh mcm tu ek...
best jgk belajar mcm tu..hehe
semoga berjaya mencapai cita2

Ibnurashidi said...

Sini kehadiran ke kuliah tidak ditanda. Maknanya kalau seseorang pelajar itu tidak hadir pengajian, hanya datang tika waktu exam tidak ada masalah. Bagi saya, itu kurang elok diamalkan.

Aminn Ya Rabb..

Anonymous said...

la...gitu ek..mmg x elok, kat u sy belajar wajib hadir 80% baru blh dtg exam. setiap pelajar ada kad matrik, bila masuk dewan kuliah kene touch kad matrik tu, so automatik masuk dlm sistem...tp keburukannya dpt galakkan pelajar ponteng sbb boleh tipu2 suruh kwn tolong touch dgn bagi kad matrik kita tu..hehe..

satu lagi, kad matrik adalah segalanya2 sbb serbaguna...nak naik bas p kuliah n nak cucuk duit pun guna kad matrik..kalau hilang kad matrik mesti masalah besar la...

Ibnurashidi said...

Kalau pengalaman masa belajar di IPT tanahair kebanyakannya memang begitu. Kehadiran adalah wajib dan ditanda. Dah semakin canggih ya Universiti kat Malaysia sampai boleh touch kad semacam pekerja pula.

Macam pernah buat je?

Kalau kad matrik sini kegunaan hanya sebagai pengenalan diri dan untuk masuk peperiksaan saja. Kebanyakannya disini lebih kepada manual system.

Anonymous said...

A'ah mestilah dah semakin canggih tp universiti lain tak tahu la mcm mn.

Eh sy x pernah buat mcm tu la, tp klau student lelaki ramai je buat mcm tu..huhu..sy pentingkan keberkatan dlm menuntut ilmu ni...itulah yg lecturer selalu pesan. ye dok ustz?

Harap2, pd masa akan datang universiti al azhar akan lebih canggih gak pengurusannya...

Ibnurashidi said...

Rasanya semua Universiti kat Malaysia kot..sebab saya ada tengok abang saya punya kad matriks, lebih kurang macam kad bank. Boleh ambil duit lagi.

Tahniah dan Mabruklah kalau jadi graduan yang pentingkan ilmu serta keberkatan dalam pengajian. Semoga beroleh ganjaran pahala yang setimpal. Kadang-kadang saya sendiri pun pelik, kenapa kaum ada prestasi akademik sentiasa mudah dikalahkan golongan hawa. Malas?atau tak cerdik? saya fikir jawapannya Malas.

Saya harapkan bukan sahaja Universiti Al-Azhar, tetapi semua sistem pengurasan di Mesir itu sendiri bertambah canggih:)

Anonymous said...

Yup! kad matrik tu blh guna ambik duit, mcm2 lagi kegunaanya, kalau stay kat u ni, kad mtrik lagi penting dr I/C.

Emm tp sy rasa kaum adam lagi cepat nak pikat dlm menuntut ilmu ni. Mayb mereka bukan tak cerdik n malas tp lelaki ni diorg suka main2 terutama lelaki melayu, tak matang. kalau lelaki kaum cina mereka sgt rajin, presentation pun bagus..juz in my opinion. Eh tapi kan, ust farid boleh je buktikan kaum adam pun cemerlang dr segi akademik..x gitu?

k la, jika ada rzki da komen lagi. Gambatene!!!
wassalam.

Ibnurashidi said...

Apapun, biar secanggih mana dunia berputar jangan dilupa sesungguhnya adanya syariat Islam memagari. Yang paling penting bijak mengawal dan menggunakannya.

Mungkin betul juga teori lelaki cina lebih rajin. Sebab saya tengok cina walaupun kafir, mereka ada satu sikap bersungguh-sungguh. Dalam belajar hatta perniagaan sekali pun. Kalau kat Mesir ni, bayangkan cina real dari negeri China belajar bahasa arab ammiyah semata-mata ingin meniaga di Mesir. Berjalan dari rumah ke rumah siang malam. Lelaki dan perempuan. Memang berani betul!

Umat Islam sekarang asyik ditipu kafir saja. Tengoklah bila cina dah kuasai ekonomi, umat Islam mudah-mudah kena tipu bulat-bulat dan petak-petak.

Insya'Allah..mudah-mudahan.

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP