‘Fitnah’ Pelajar Pengajian Islam
Saturday, November 8, 2008
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
“Depa bukan pi belajaq, habis duit ja..mengaji pun tak setara mana," rungut seseorang.
“Belajar Universiti tinggi-tinggi, tapi takde kualiti." Kawannya pula berhujjah.
“Asyik dengan program, tidur, buang masa dengan internet..kuliah malas pergi," terus menyokong kawannya.
Saya merasa terpanggil untuk menulis entri pada kali ini bertajukkan seperti di atas. Bukan kerana ingin berhujjah mempertahankan golongan yang sememangnya sengaja mencemar nama baik institusi pengajian Islam. Tetapi saya merasa cemas dan terkesan kerana yang tidak mencemar juga tercemar dengan ‘fitnah’ tidak sepatutnya. Saya tidak menafikan memang wujud golongan seperti perbualan-perbualan di atas. Tetapi itu hanyalah sebahagian, bukan semua.
Salah Sistem Yang Mendidik
Ingin saya tegaskan, pokok utama kita perlu melihat sumbernya. Jangan dihujum ekornya. Lihat dahulu kepalanya bagaimana. Lihat ekor berbulu langsung disangka seekor musang, padahal hakikatnya seekor kambing. Tidakah ini menjadi kesalahan jenayah?. Bahkan ini merupakan persepsi yang bersalahan dengan Ad-Deen itu sendiri. Islam tidak mengajar umatnya menghukum tanpa bukti dan saksi yang konkrit.
Dalam masalah kelemahan menguasai bahasa serta lemahnya pencapaian akademik seharusnya kita melihat mengapa dan kenapa menjadi begitu? Salahkah universiti bertaraf islamik mendidik? Hakikatnya, sumber dan punca itu menjadi penyebab utama arah tuju pelajar dari segi kemantapan bi’ah solehah, penguasaan bahasa arab, serta ilmu islam baik turath dan mua’sarah. Pelajar itu sendiri merupakan produk sistem pendidikan yang cacamerba. Sistem pengajian berkiblatkan kapitalisme. Asal untung semuanya menjadi projek rasmi. Natijahnya, keluar graduan berfikrah kapitalis juga.
Lihat saja dalam isu pembelajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Sampai mana keberkesanannya? Di mana hasilnya? Adakah sudah wujud pakar-pakar bahasa dan professor bertaraf lima bintang mampu menggegar bumi Malaysia? Atau sekadar mewujudkan mahasiswa dan mahasiswi mampu ‘makan suap’?
Begitu juga dalam pengeluaran produk pelajar-pelajar islamik. Ilmu islam tidak diagungkan, bahasa tidak di ‘anak emas’ kan, kaedah belajar ditakuk lama. Bermula sekatan bantuan SAR, kurangnya bantuan biasiswa/pinjaman/zakat, hapuskan STA diganti STAM dan bermacam karenah birokrasi menimpa pelajar pengajian Islam. Disisihkan, disingkir, dianak tirikan. Jadi, bagaimana mahu mewujudkan graduan Islam yang kreatif, inovatif, tajdid, kritis, efektif?
“Sebenarnya, pihak Universiti Al-Azhar tidak senang dengan pelajar Malaysia kerana lemah bahasa Arab yang menyebabkan kualiti pelajar sangat rendah. Berikutan itu, saya memaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan menggariskan beberapa cadangan supaya perubahan drastik dilakukan oleh kerajaan kita.
Saya bersetuju dan sebenarnya kerajaan mengetepikan mereka. Sepatutnya, kita tak boleh menyalahkan pelajar agama menyertai parti pembangkang apabila mereka pulang ke tanah air. Kita membiarkan mereka seperti ayam kehilangan ibu dan kadang-kala nak makan susah terpaksa minta pada kawan-kawan.” Kata Tuan Yang Terutama Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Duta Besar Malaysia ke Kaherah.
Persoalannya mengapa pelajar Pengajian Islam semata menjadi mangsa hujuman panah-panah berapi? Sedangkan fakta dan bukti jelas menunjukkan graduan akademik subjek selain pengajian Islam juga masih tercari-cari identiti sendiri. Malah ada yang lebih advance lagi mengalahkan bohsia dan bohjan jalanan. Bahkan menjadi pelacur kelas atasan! Itu belum termasuk perkiraan pengangguran hasil graduan IPTA/IPTS. Bukan sahaja hasil duniawi, ukhrawi juga terus lari. Adakah kita mahu membina masyarakat Islam megah atas tiket Engineer, Doktor, Pakar Astronomi, Arkitek semata? Walhal dalaman kosong. Kosong dari nur Islam.
Suasana dalam kuliah...
Onak Duri Pelajar Pengajian Islam
“ehh, kamu tak payahlah belajar agama tinggi-tinggi…bukan boleh dapat gaji besar pun.” Nada larangan lazim didengar.
“tak payahla susah-susah terbang jauh belajar agama…pandai baca Al-Quran dahla.” Tegah seseorang pula.
“esok kamu habis belajar ijazah syariah nak kerja apa ya?..ada kerjake? Mak cik tak naklah hantar anak belajar agama tinggi-tinggi tak dak peluang cerah.” Respon seorang Mak Cik.
“tak maulah ngaji pengajian Islam, nanti kena jadi Ustaz atau Ustazah,” fikir seorang remaja.
Itulah hakikat sebenarnya. Sudah di ‘mind set’ begitu dari mula maka lahirnya golongan jumud. Semuanya menjadi serong, belok, bengkang bengkok. Tidak nampak jalan lurus walau mentari cerah benderang.
Betapa sukar dan beratnya bertitlekan pelajar agamawan. Sebermula mahu mengisi borang sudah ada mehnah mendatang sehinggalah sudah bergelar ‘Ustaz’ tribulasi itu menjengah bertubi-tubi. Ada yang mampu ditepis, kekadang terlepas jua. Hatta tidur, makan, lihat, dengar, membaca, menulis, belajar, tidak belajar, berniaga, berprogram, bernovel ataupun sekecil-kecil perkara semuanya menjadi fitnah. Tidak ada perkara lain yang lebih besarkah untuk difikirkan selain menyalahkan mana-mana pihak? Mahu menegur dipersilakan, tetapi mahu menghukum keseluruhan itu bukan caranya.
Manusia yang cerdik ialah melakukan sesuatu perkara dengan merancang. Bukan membabi buta! Mahu tidur, belajar, kuliah, talaqqi, hafaz, berprogram ada aturan dan times tablenya. Ada akal, ada fikiran waras sesiapa saja boleh menyusun jadual secara tertib.
Memang saya tidak menafikan wujud beberapa kerat pemalas yang suka bermalasan atau sekadar menghabiskan silibus tanpa memikirkan kualiti. Lalu pelajar bermasalah membuat onar, seterusnya menjejaskan kualiti pelajar Islam umumnya dan khususnya kepada pelajar Al-Azhar itu sendiri. Niat hanya kerana segulung ijazah semata bukan ilmu. Saya sendiri tidak menyatakan sokongan walau 0% kepada agamawan seperti ini. Sepatutnya ianya ditapis dan dihakis terlebih awal sebelum menjejakkan kaki ke medan penghasilan ulama’ berkaliber.
Namun, janganlah hanya nila setitik habis susu sebelanga mahu dicurahkan. Buanglah yang keruh ambillah jernih. Pisang setandan rosak sebiji itu biasa berlaku. Cuma apa yang diharapkan agar pisang sebiji itu mengambil inisiatif lain supaya tidak rosak sebelum dibuat ‘cekedok’ atau ‘kek pisang’. Rujuk kembali subtopik ‘Salah Sistem Yang Mendidik’.
Kesimpulan
Jangan kerana mahu menyalahkan sebahagian manusia, habis manusia lain terpalit sama. Bimbang kerana sedikit salah faham itu mengundang ‘fitnah’ yang lebih besar kepada masyarakat itu sendiri terhadap golongan agamawan lantas memandang enteng serta menjatuhkan kredibilitinya. Fikirlah, betapa besarnya kesan penangan ‘sistem’ walau terhadap sekecil masalah.
Ibnurashidi
11:32PM, 8 November 2008,
Siberbay
"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."
52 komentar:
Assalamualaikum Ibnurashidi.
Membaca artikel hari ni kakchik bersetuju dengan pandangan tersebut.
Pengajaran subjek math & sci dlm BI tu memang tak berkesan langsung. Yang menjadi mangsa ialah pelajar, seolah-olah masa depan mereka bahan eksperimen, kalau mereka berjaya - dibangga-banggakan di peringkat negara, kalau ramai yang gagal terutama kalau dari kampung2, mereka ubah lagi. Hakikatnya "orang2 besar" ini tidak pernah belajar mencari PUNCA sebenarnya.
Mengenai pelajar lepasan agama ini, dari pengamatan dan pengalaman kakchik (suami Azharian juga) sudah ramai yang tidak lagi fikir hanya menjadi Ustz/Ustzh sahaja. Kalau kreatif sedikit orang agama juga boleh jadi webmaster, kaunselor, pakar IT, bisnesman, dan macam2 lg.
Sungguh kurang asam pemimpin negara kita yg ketepikan pelajar agama. Ye lah kita tahu mereka tak pntg kan sangat agama dalam pembangunan negara.
Walaupun kakchik produk pendidikan sekular tapi kakchik berharap produk pendidikan Islam akan lebih kedepan dalam membuktikan AGAMA boleh mengubah segala-galanya. Allahu Akbar!
Ibnurashidi,
Bukan semua ibu bapa yang berfikiran tolol. Memang ada yang beranggapan belajar agama tiada nilai ekonomi, tapi itu adalah pandangan ibu bapa yang religous basic agak rendah.
Saya sendiri, andainya berpeluang, ingin sangat anak-anak menambah ilmu di dalam bidang agama.
Itulah yang akan membantu saya selepas mati nanti.
Tentang PPSMI, saya sendiri tak bersetuju. Sebagai guru, saya melihat kehancuran satu generasi akibat permainan politik yang melacurkan nilai bahasa Melayu di tahap yang rendah.Bahasa Inggeris akhirnya dimomokkan sebagai bahasa yang boleh mengangkat martabat negara. Akhirnya, anak bangsa kita di kampung, pedalaman, anak nelayan, petani dan pekebun sawit akan terpinggir, biarpun pandai dalam bahasa Melayu..
Wa'alaikumsalam Kakchik...
Alhamdulillah jika bersetuju. Kecerahan mengatasi kegelapan namanya.
Bila manusia menjadi bahan eksperimen dengan bahasa yang lebih mudah disebut bahan kezaliman. Perumpamaan "guruh berbunyi habis air tempayan dicurahkan"
Bukan setakat asam je kurang kak, garam, rempah pun lupa nak letak. Akibatnya, tak jadi gulailah.
"That's why the kuffar system is very stupid."
Brahimnyior...
Alhamdulillah, anda berhak menjadi seorang bapa yang baik jika itu yang anda fikirkan. Saya bersetuju. Semoga kecerdikan mengatasi ketololan.
Apakah reason lebih utama selain mengaut keuntungan hasil memartabatkan bahasa Inggeris? Saya hanya nampak kerana serapan idea kapitalisme sudah membarah dalam kepala mereka.
Salam Saudara Ibnurashidi..
Saya bukanlah pelajar pengajian Islam..Namun saya kira segalanya berbalik pada diri sendiri tidak kira apa bidang pun yang diceburi.Adakah mahu terus dipandang rendah?Adakah mahu terus diperkotak-katikkan oleh sistem.Jadikan itu cabaran untuk maju kehadapan.Saya setuju dengan kenyataan kakchik iaitu pelajar pengajian Islam tidak semestinya bergelar ustaz/ustazah pada akhirnya.
Walaupun ada kesukaran mempelajari Sains dalam Bahasa Inggeris ,saya jadikan ia sebagai cabaran buat diri saya untuk maju dalam bahasa lain selain bahasa ibunda~kesukaran itu membuatkan saya ingin berubah walaupun saya tidak begitu bersetuju pada mulanya ,tetapi adakah saya punya pilihan?...Sejak dari matrikulasi lagi..Kamus sentiasa dibelek kerana saya bukan bijak pandai dalam Bahasa Inggeris.
Isu kapitalisme memang takkan berhenti selagi sistem berpaksikan kapitalisme.Fikir ,fikir ,fikir dan terus fikir.Oh kapitalisme!
Menguasai pelbagai bahasa merupakan satu kelebihan sebenarnya. Bukan untuk mengatakan Bahasa Inggeris itu patut diletakkan di tempat no 1. Kita ada bahasa kita sendiri tapi tidak salah juga andainya kita mengusai bahasa kedua seperti bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain kerana bahasa juga merupakan satu cabang ilmu. Cuma yang kak tirana tidak setuju bila kerajaan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantaran untuk subjek science dan maths dengan alasan untuk menaikkan taraf bahasa itu di kalangan pelajar. Bagi kak tirana itu bukan caranya untuk mengajar bahasa dan sekarang yang menjadi mangsa ialah anak-anak orang kampung yang tinggal di pedalaman. Dah la lemah BI, science dan maths jugak terjejas prestasinya.
Niat belajar itu dari mula lagi sudah tidak betul. Belajar kerana ilmu atau belajar kerana sekeping ijazah atau belajar kerana nak dapat kerja yang bagus? Samada pelajar aliran akedemik atau pelajar aliran agama, niat itu kena dibetulkan terlebih dahulu. Kita mahu pelajar akedemik berkemampuan jugak dalam bidang agama dan pelajar agama berkemampuan jugak dalam bidang2 teknologi (seperti kata Kak Chik.)kerana mereka cintakan ilmu bukan kerana mereka cintakan ijazah atau kerja yang bagus.
Jika keadaan ini dapat dipupuk di kalangan pelajar kita, kak tirana rasa tidak ada sebab untuk kita memandang rendah kepada pelajar aliran agama dan memandang tinggi pada pelajar aliran akedemik. Masing-masing ada kekuatan dengan ilmu masing-masing dan masing-masing saling melengkapi.
Keadaan seperti sekarang ni terjadi disebabkan sistem pendidikan kita yang semakin pincang..menyimpang dari konsep mencari ilmu yang telah digariskan oleh islam. Berbalik kepada islam dan sunnah rasul, itu lah jalan penyelesaiannya.
betul juga
memang pelajar al azahar ramai camtue
salam
sahabat saya yang mengajar pengajian islam pernah bercerita,ramai pelajar yang tidak tahu membaca al-fatihah...masyaAllah! dan tidak terkira yang tidak tahu solat...masyaAllah!
hebat sungguh system pendidikan kita. mengheret ke neraka kah?
tambahan ~ saya setuju benar dengan saudara brahimnyior, ayah dan ibu saya marah benar dengan penukaran BM ke English untuk math and english.. dan jua, ayah dan ibu kepingin benar ada anak2 nya ke timur tengah belajar agama...alas....
paling penting sekali...........
ikhlas kerana ALLAH
pandangan segelintir masyarakat macam tu sebab atas dasar sistem negara juga, masalah sistem pentadbiran, sistem pendidikan, sistem penyelidikan dan paling teruk sumber manusia.
Memang betul mcm yg enta kata, bukan pelajar pengajian islam sahaja yang alami perkara ni, pelajar sains, dan jurusan lain pun mengalami masalah pegangguran, tapi biasa la, bila orang yang tak minat kpd islam, mereka akan nmpk kesalahan lebih kpd pelajar agama. Masalah jiwa gak mereka tu..
Bukan salah pelajar sebenarnya, tapi masalah pengurusan...bayangkan kerajaan mesasarkan 60% pelajar sains dan 40%pelajar sastara...kononnya untuk pembangunan teknologi, tapi byk pelajar sains yg bila keje bukan bidang mereka..malah byk yg tak ada kerja..masalah apa lagi??sistem la...
mereka tunding jari kpd pelajar agama, sebab mereka takut tu. Ana pelajar sains, tapi sebenarnya dulu ana cita-cita nak jadi ustazah, cuma ana tak dpt peluang...
Tahniah kpd pelajar agama, cemburu ana, kerana antum belajar duniawi dan ukhrawi dua2 antum dapat. Barakallahu fiq:)
sokong2.. dahla pelajar pgajian Islam banyak ditohmah memacam.. pulak tu disekat pulak gi ngaji.. elok2 ada pihak yang nak nganto anak gi ngaji agama.. dihalang2.. penin2..
Salam saudara di perantauan, sebagai bakal pendidik, terasa juga bahangnya apabila membaca tulisan ini. Psikologi menggariskan bahawa intelektual, emosi dan spiritual harus seiring untuk menjana insan cemerlang dunia dan akhirat (Ilmu ni dicedok dari program ESQ). Betapa besarnya tugas seorang pendidik untuk menggarap ketiga-tiga unsur itu ke dalam seorang anak didik agar kelak dia menyedari hakikat kewujudannya di dunia ini. Ana bersetujuh dengan pendapat saudara bahawa sistem pendidikan kita telah dicanangkan dengan pelbagai unsur termasuklah birokrasi, sekular dan banyak lagi sehinggakan bila adanya anjakan paradigma baru muncul umpamanya gelombang globalisasi, sistem pendidikan turut berubah, kita tak memandang bahawa perubahan itu salah tapi mestilah bertempat dan kaji kesediaan, kesesuaian, kebaikan, natijah dan jika bersedia, bagaimana pula modulnya, masa peruntukannya dan juga alatnya. Jangan semua dikendong, habis segalanya berciciran kerana tak mampu untuk menanggung beratnya. Ambil mana yang perlu dan relevan sahaja. Sedikit jika dimanfaatkan lebih baik berbanding banyak jika tidak digunakan. Pihak atas melihat dari sudut pentingnya kita untuk mengiringi setiap perubahan tapi mereka terlupa yang perlu melaksanakan arahan mereka adalah orang bawahan termasuklah guru dan pelajar. Falsafah pendidikan memang indah susunannya namun pelaksanaannya tak seindah mana bila seorang guru terpaksa mengejar silabus untuk melengkapkan laporan tahunan, bila seorang pelajar menerima suapan untuk dimuntah ketika peperiksaan, bila ibubapa sepenuhnya menyerahnya tugas membentuk peribadi anak kepada guru tapi tidak mahu tubuh anaknya diapa-apakan. Matlamat pendidikan adalah falsafah pendidikan namun pada pandangan peribadi ana, pelaksanaannya jauh menyimpang dari matlamat utama. Tak hairanlah pelajar di IPT pun masih mahu disuap, pengetahuan hanyalah menyinggah bukannya melekat. Inilah kesan sistem pendidikan dan yang lebih membimbangkan, kesan-kesan ini bakal menjadi lapisan masyarakat. Sebab itulah, ada di antara masyarakat yang berfikiran sempit, memandang perkara dari satu sudut sahaja, materialistik, individualistik dan banyak lagi yang di hujungnya berbunyi tik....duhai diriku si bakal pendidik, ingat kata-kata ini kerana kesedaran tidak cukup seandainya tiada kesungguhan pelaksanaan dan kesabaran dalam melaksanakan...Tiada Penolong bagiku melainkanMu ya Ilahi...
salam..
itulah hanya segelintir yg bt semua dituduh...
tpi satu ja yg kita perlu ingt.. bljr kerana ilmu dan ikhlas kerana allah dan bkn kerana periksa tau sijil...
~Mulabelajarhentimimpi~...
Salam kembali..soal berbalik kepada diri itu memang saya setuju. Tetapi persoalannya, itu bagi diri yang kuat. Bagaimana dengan diri yang tidak kuat? pengaruh masyarakat, kawan-kawan, negara, sistem? 'tok lebai' pun boleh hanyut.
Kapitalisme akan terus berjalan jika kita sendiri menyokongnya.
Tirana...
Gaya penulisan yang mutawasitah..sebab itu bila seseorang itu cerdik ke arah kebenaran, pemikirannya akan matang.
Benar, sememangnya saya sendiri sukakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Langsung tidak menolak pembelajaran bahasa inggeris, tetapi biarla ianya menjadi suatu subjek bahasa. Jangan mengkucarkacirkan subjek yang sememangnya memerlukan kerahan otak berganda.
Isu memandang rendah ini berlaku kerana pemikirannya sudah terserap dengan kekaburan. Sebagai penjelasan, saya cuba tulis artikel spt di atas. Semoga sama-sama memahami.
kriss...
Ramai itu dinisbahkan sebahagian atau sepenuhnya?
Jika keseluruhan...itu fakta yang bercelaru.
Fakhzan...
Cuba tanya pula, macammana nak mengucap syahadah?rukun islam?iman?..terkebil-kebil biji mata..
Sungguh hebat sistem pendidikan kita...tidak belajar mengenal syurga dan neraka.
muhammad afif...
Ikhlas kerana Allah jika tariqohnya betul..tariqohnya salah bagaimana nak ikhlas?
Boundaries...
Tertarik saya dengan kata-kata "bila orang yang tak minat kpd islam, mereka akan nmpk kesalahan lebih kpd pelajar agama. Masalah jiwa gak mereka tu.."
Semoga jiwa-jiwa mereka kembali jatuh cinta dan merindui Islam.
Masalah ini lagi pelik..belajar lain tapi disuruh kerja lain dari bidang belajar. Logikkah seorang pakar matematik disuruh mengajar Pendidikan Jasmani?
Ma yaan fa' shi keda!
Ibn Mohamed Amin...
Anda mampu menyokong sebab anda merasai apa yang saya rasa..tahniah!
Raudhatul Asrar...
Kerana bahang itulah menyebabkan saya kepanasan telinga lantas menulis artikel spt ini. Saya kurang gemar bila ada suara-suara menyindir perkara yang baik.
Di Malaysia ni sebenarnya banyak 'slogan indah'..umpama macam model...cantik jelita tapi habuk pun tak dak...semua cakap manis. Buat? belum tentu.
Saya risaukan nasib umat Islam bila sistem berterusan begini...
faridmw...
Tetapi sistem pendidikan sekarang pentingkan sijil..takdak sijil takleh keja..macammana tu?:)
assalamualaikum kpd semua...
tajuk kali ini agak menarik perhatian sehingga t'dpt sedikit p'canggahan p'dpt dikalngan pengomen2 blog ini...
sy juga turut t'pggil utk b'kongsi p'dpt..sy cube utk m'beri p'dpt yg tidak berat kemana2 pihak memandangkan bg sy setiap yg diperkatakan ada betulnya...
bg sy yg belajar dlm bidang sains dlm bhs inggeris sepenuhnya di USM ini...sy x nafikan yg belajar dlm bhs inggeris byk m'bntu dlm m'bina keyakinan x kira dlm p'gaulan mahupun jati diri..tiada yg sukar sebnrnya utk belajar subjek didlm bhs ini..bknlah apabila kita bljar dlm bhs inggeris, maka b'erti kita perlu melupakan bhs ibunda kite yg telah kita gunakan sejak sekian lama....Bhs Melayu tetap m'jd bhs utama...bkn b'erti apabila kita b'ckp dlm bhs inggeris,maka kita perlu meniru segala tatacara dn budaya mereka...maka itu m'jd hujah dn alasan sy bhw belajat subjek di dlm bhs inggeris mmg benar2 b'kesan utk m'perbaiki bhs inggeris kita yg nk x nk t'pksa kita gunakan juga suatu hari nnt utk m'hadapi dunia luar...
cuma....mgkinlah pengajaran dlm bhs inggeris utk subjek sains dn math bg pelajar2 bermula dr drjh 1 itu yg m'jd p'soalan dn p'bhsan...krn dikatakn tidak b'sesuaian dgn peringkat umur mereka...tp tetap...sy dgn p'dirian yg mngatakan itu bkn alsan utk mngatakan ianya tidak boleh dilaksanakan..sy m'beri contoh adik sy..dia didftrkan disekolah jenis keb cina..dgn sukatan yg lebih dr sek keb biasa..sy lihat p'bangunan pelajarannya boleh dikatakan m'berangsangkan..sy sndiri tidak sebijak dia ketika sebaya dgnnya..dia boleh mnguasai bhs inggeris dn cina dgn baik..walaupun bkn m'jd pelajar t'baik disekolah krn agak lemah dlm penulisan t'utama bhs cina..ttp masih juga sy ingin katakan dia seimbang..walaupun pnt krn sblh ptg akan ke sekolah agama..balik dr sekolah,lps solat dn sbgainya akan ke tuisyen pula krn takut ketinggalan dlm bhs cina..mlm masih sempat ke surau..malah t'kadang diberi peluang utk azan pula..mngaji dn buat kerja sekolah..kasihan krn sistem disekolah cina pastinya menekankan disiplin yg lbh ketat b'banding sek biasa..tp..asalkan mahu..pasti boleh...
tp..benar...sistem kapitalisme ini mmg berat sebelah krn seolah2 bidang agama seolah dianaktirikan...sy juga b'sekolah agama...ibu bkerja dgn JAIS sbg seorg guru di sek rendah agama...mmg nmpk benar berat sebelahnya..pengarah JAIS bkn lg dipegang oleh org yg mahir dlm selok belok agama..slps sy tamat SPM juga...byk SAM (sekolah Agama Menengah)yg ditukar kpd SMKA (sekolah Menengah kebangsaan agama..nmpk spt sama,ttp di SMKA tidak t'dpt pljran tafsir hadith dn sbgainya..yg dinamakan SMKA hanyalah krn m'punyai pelajaran bhs arab..maaf..hanya contoh di selngor saje yg mampu diberikan..
pnjgnye...huhu..maaf kpd pngarang..trus kpd kesimpulan..setiap sesuatu pastinya ada kebaikan dn pastinya keburukan..nk menentang,...jgn smpai hilang kebaikannya..maaf sekali lg..ingin m'beri kenyataan yg seperti tidak berat sblh..ttp diri sndiri juga merasa spt masih berat sebelah..huhu..
wallahu'alam...
kesimpulannya lg...kita sume sedar dasar yg dibangunkan dn digunakan oleh para kapitalis ini mmg m'jurus kearah duniawi dgn mngenepikan ukhrawi..dn kita harus dn benar2 ingin mngubah sistem dn dasar ini...cuma..p'dapat sy..sementara proses kite mngubah sistem ini...xsalah kiranya kita m'gunakan sehabis baik walau sekecil manapun kebaikan yg ada dlm sistem ini...krn sy yakin..sume pun pcaya bkn sumenye buruk kan...mngambil ape saje peluang yg blh m'beri kebaikan disamping b'usaha utk mngembalikan kebenaran...
akhir kata...setiap org m'punyai pndngan yg berbeza...b'dasarkan latar belakang dn pengalaman berbeza yg dialami..maka..terimalah seadanya..walau mungkin ilmu tidak seberapa..jgn disangkal tanpa mnyelidiki kebenarannya...wallahu'alam...
Salam..menjengah kembali..t'tarik ble pnulis menulis ttng PPSMI..sy sbgai slh sorg guru sains sgt2 sdh stiap kali reslt kuar.mane takny subjk sc plg krtkal pencapaian.stiap kali mengjr bdk2 byk t'cengang drp phm.2pn dh translte.rmai yg dtg jmp ckp xphm Bi..tu kels yg dpn,kalo kls blakg kecian lg.diorg pn dh set mind,time sc nk pntg cz kalo msk pn xgne.xtau pe2..so,logk akal blh cpai ke trget yg krjaan duk wt tu?jujr pd sy Bi mmg pntg utk kite tau tp jgnla smpai agungkn bhs penjajh tu smpai ank bngsa sndri merana..cube di wt wjbkn khatam Quran sblm msk sek men ke da jgk faedh dunia n akhrt..ni kdg2 bdk ckp Bi cair d mult,cube surh bce Quran,merangkak2,silap haribln meniarap pn blm tntu..xda makne jgk! Guru2 sc n math kt sek rsnye dh senget kpale pk kn altrntf nk jdkn ank mrd cmrlg,tp kalo sistm ni b'mharjalela jgk nampknye smpai t'lentg pn gru2 xlh wtpe2 jgk..
Respn pd pljr pengjian islam,sebnrny bg sy sejauh mane tgginya kcmerlgn dunia kite kalo akhrt jauh xda mkne jgk.kpda mrka yg blaja agma kire 1 bnus,dpt dunia dpt gk akhrt..wlaupn sy hasil prduk sekular tp terngn sgt nk tgk ank2 akn dtg m'dalami agma lbh.. B'dsarkn penglman kt sek,bdk2 yg basic agma kukh jrg wt mslh b'bndg bdk pndai tp basic agma rndh..so,kpd para plajr alirn agma wlaupn pelbgai tohmahn d lemparkn ingtlah xsmua begtu.rmai yg menerima.. Pemimpn yg bk mestlah b'agma.2 yg pntg.xkrela memimpn msyarkt or rmahtangga..
Hmm...Tie setuju dengan Kakchik dan Tirana..He he..memang selalu ngelat nih! Sebenarnya tie tak pandai nak menghuraikan. Sorry, ekk.
Mentaliti masyarakat Melayu yang masih menganggap pelajaran agama hanya untuk tujuan akhirat dan pelajaran akademik untuk kejayaan dunia adalah kesan dari sistem ‘pecah and perintah’ pihak penjajah. Pelajaran agama disempitkan pada hal-hal ritual spt solat, puasa, baca Al-Quran, hadis, nikah kahwin dan tidak kepada perkara yg lebih besar spt pemerintahan negara, pendidikan, ekonomi, perundangan, dll. Mata pelajaran Sejarah yang ada sekarang tidak menonjolkan peranan ulamak, ahli-ahli agama dalam sejarah menuntut kemerdekaan, menentang Malayan Union, menentang penjajah, dll.
Pembuat dasar pendidikan pula beranggapan aliran agama ini tidak menyumbang kepada pembangunan negara malah ada yang beranggapan sekolah2 agama ni menyebar ajaran membenci pemerintah. Golongan2 sempit fikiran ni beranggapan mengambil jurusan agama itu seperti mundur, tak moden, tiada future dan kerjaya cuma tertumpu pada pejabat agama, pejabat kadi, masjid & surau atau jadi ustaz/ustazah kat sekolah.
Ada juga ibubapa beranggapan sekolah2 agama/tahfiz (terutama sekolah2 agama persendirian) ni sebagai ‘last resort’ utk hantar anak2 mereka yang bermasalah moral supaya dapat menjadi ‘orang’. Budak2 ni pula kemudian membuat onar disekolah (memberontak) dan mencemar nama pelajar aliran agama.
Pada masa kini, tidak dapat dinafikan Bahasa Inggeris memang penting. Untuk bekerja, belajar, berdakwah, mengembara, Bahasa Inggeris adalah bahasa internasional. Diterimapakai diseluruh dunia. Tetapi nak mengimplentasikannya dalam pengajaran Matematik & Sains untuk budak sekolah rendah, bolehlah dianggap yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Mungkin ada yg sukses tapi mereka yg tidak mampu terus terpinggir dan tercicir. Apalah yang nak diwar-warkan tentang pembangunan modal insan, sekiranya ilmu yang nak disampaikan tidak dapat dicernakan oleh rakyatnya sendiri disebabkan oleh keghairahan pemimpin yang suka bereksprimentasi..
Kepada pelajar aliran agama, walaupun byk sekatan, tekanan, halangan, hambatan, teruskan perjuangan!!!!
salam singgah dari ana...
salam sejahtera..
tajuk yg menarik dan tertarik..
nmpaknya rmai yg memberikan pendapat2 yg bernas..mgkn smuanya terasa bahang tjk yg diutarakn oleh penulis kot..
setiap orang mempunyai pandangan dan pendpt yg berbeza2.. ada yg mementingkan akademik dan ada pula yg mementingkn agama..namun kt perlu lah pandai seimbangkan antara kedua2nya.. walaubagaimanapun afdalnya kt lebihkan lah agama krn ia lbh bermanfaat,bukan hnya duniawi malah ukhrawi.
bagi sy tidak sepatutnya ada org yg berpndangan sedemikan terhdap peljr pengajian islam..jika bkn kita..siapa lg yg akan mempelajari dan mendalaminya..kitalah muda mudi yg hrs bangkit memperjuangkn ilmu agama.. teringat ms sek dl,ustz ada ckp ilmu yg pertama akan hilang ialah ilmu usul fiqh..bg sesiapa yg pernh mempelajarinya..mrk lbh mengetahui kndungn ilmu tersbt..sgt menarik dan amat bermanfaat.
pembljrn math dan sc dlm BI,ada kebaikan dan kelemahannya.. tetapi untuk mendapatkan kebaikn dan kemanfaatan tersbt kt memerlukn jangka masa yg pnjg..pd ms skrg kt lbh nmpk kpada kelemhnnya lbh2 lg bg peljr2 pendalam..sdh tntu x dpt menguasainya..sdh la sbjk math dan sc diajar pl dlm BI..ini bkn setakat membebankan guru dan pelajar malah ibubapa jg trt terasa kesusahan bebanannya..yg mn menyebabkan prestasi dan minat pljr dlm sbjk tersebut smkn menurun..perkara tidak dinafikan!
'ala kulli hal..sesiapa yg belajar dalm bdg agama teruskn perjuangan,kutiplah sgl ilmu Allah di muka bumi ini..jgn mudah terasa,goyah ataupun mengalah dengan kata2 dan pndagn org lain..krn kt th kebaikan,kelebihn dan kemanfaatn yg ada pd ilmu Allah s.w.t, kita tlh ditakdirkn utk mempelajari dan mendalaminya.. maka teruskan usaha walau dimana kita berada.. ingtlah suatu hr nnti kt pula yg akan menyebrknnya..
"saat kekalahn itu bermula bl kt merasa lemah dlm perjuangn dan saat kemenangan itu bermula bila kt mlwn rs lmh tersbt - syed qutb- wallahu'alam...
Iffah...
Pertamanya, saya sebenarnya menulis artikel ini atas dasar 'fitnah' terhadap pelajar pengajian Islam. Dan Bahasa Inggeris itu hanyalah sekelumit contoh dari kerosakan sistem yang berlaku. Memandangkan ianya sudah menjadi topik nombor dua yang sering dibincangkan, maka saya terpaksa respon isu PPSMI.
Baiklah, contoh yang saya ambil adalah berdasarkan kebanyakan respon guru-guru, serta ibu bapa itu sendiri. Mereka kurang berpuas hati dengan pencapaian anak-anak. Natijahnya, hakikat orang melayu masih belum menguasai Bi dengan baik. Jadi ini memberi signal bahawa sistem itu kurang berkesan. Pembaziran yang berlaku. Tidak dinafikan ada yang sanggup menerima, tetapi dalam konteks umum dan kesulurahan ini bukan penyelesaian.
Seperti yang saya sebutkan, saya tidak membenci sama sekali bahasa inggeris. Malah saya sudah 'jatuh cinta'. Pendirian saya, bila sudah tidak berkesan kenapa membazir segala-galanya untuk diteruskan. Pernah dengar Rakan Muda? kemana menghilang?
Tidak dinafikan, Allah menganugerahkan IQ seseorang itu kadang2 berbeza-beza. Ada yang lebih pick-up. Sehingga muncul pakar matematik cilik. Bagaimana pula yang sememangnya lemah? adakah harus menggunakan cara pembelajaran berbelit-belit juga? berhikmahla. Mungkin dengan berhikmah, beliau pandai berusaha lantas mampu seiring dengan mereka ber-IQ tinggi.
Kerana masih MAHU mengambil faedah itulah sistem kapitalis masih mampu bertahan di benak muslim. Kalau benci katakan benci. Mahu melintas jalan tetapi teragak-agak tidak yakin, kemungkinan besar anda akan dilanggar!
Nur_Syahadah...
Bertemu kembali...anda seorang GURU, maka anda juga berhak memahami.
Sudah saya katakan, sememangnya jika kilangnya sudah uzur nescaya produk hasilnya juga tidak berkualiti. Agaknya kalaulah kelas depan juga sudah tercengang..kelas belakang melopong lantas tidur agaknya.
Cikgu sudah senget memikirkan, ibu bapa botak kepala mencari duit. Mereka-mereka di atas riang bersuka ria. Adakah ini dinamakan adil wahai manusia berfikiran waras?
Lihatlah, pelajar yang berlatarbelakang agama boleh kecundang bila berada dalam sistem perosak inikan pula yang tidak ada basic. Masih mahu mengambil faedah?
Pokok pangkalnya, saya bersetuju dengan pendapat anda Cikgu Nur Syahadah. Teruskan mendidik, bersabarlah jika mahu tersenget kepala.:)
Tie...
Waduh waduh kak tie ni..kok semuanya setuju:)
Sesekali tak setuju 'bahang' juga ya..apapun teruskan bertandang.
Salam ustaz Farid...
Banyak sekali kak su nak tulis... tapi kak su cuba ringkaskan ye.
Apa salahnya dgn jadi ustaz dan ustazah? Rezeki tu Allah yg tentukan. Ada dimana-mana asalkan berusaha. Tak semestinya ambil jurusan agama nak kena jd ustaz yg mengajar atau bekerja dgn jab agama. Kalau nak, boleh je jadi petani moden yg berjaya dan kaya raya. Skrg ni, engineer pun ada yg jadi petani tau.
Erm... isu bahasa. kak su nak salahkan siapa ye? (Teruknya... nak cari salah orang je!)
Salahkan pemimpin yg membentuk sistem pembelajaran yg sebegitu,
atau ibubapa yang lebih suka menyerahkan tugas mengajar pd guru,
atau salahkan guru yg tak mampu membuatkan pelajar meminati apa yg diajar (kalau guru pandai mengajar, pasti mrk tahu bgmana nak memupuk kemahuan belajar dlm diri anak murid)
atau nak salahkan murid itu sendiri yg tak berani nak explore sst yg baru, tak minat nak belajar.
Macam semuanya salah je.
Patut ke kita menuding jari pd org lain atas kelemahan diri? Kak su pernah menjadi tenaga pengajar di salah sebuah kolej swasta lama dulu. Tak mampu membuatkan pelajar meminati subjek yg diajar, buat kak su rasa kak su tak sesuai menjadi pengajar. Dan kak su berhenti.
Gagal menguasai bahasa Inggeris dgn baik di peringkat persekolahan memberi masalah pd kak su bila nak cari keje. Masa belajar tak pe lah sbb semuanya bertulis dan presentation diberi pilihan nak buat dlm BI atau BM. Masa nak cari keje, peritlah sikit. Heh... Padan muka! Itu semua pengalaman berharga. Kisah dulu-dulu, masa memula grad.
Bab agama lak... Pendidikan agama yg terawal seharusnya menjadi tugas ibubapa. Mendidik anak mengenal Al-Quran harus bermula dari rumah. Bagaimana? Biasakan diri membaca Quran setiap hari, sbb anak-anak mudah belajar melalui pemerhatian dan pendengaran.
Sekarang ni, kesedaran agama yg timbul membuatkan ibubapa menghantar anak-anak ke kelas agama, mengaji dan belajar fardhu ain. Alhamdulillah... Tapi cukup ke untuk melahirkan umat Islam yg berkualiti? Ramai yg sibuk dgn kerja, sampaikan masjid tu kosong sangat. Ada ketika, satu saf pun tak penuh untuk masjid sebesar Masjid negeri Shah Alam.
Erkkk... ini ada kaitan dgn tajuk ke? Maaf, terlebih melalut pulak kak su nih. Sbb tu lah komen jd panjang yg amat... huhu.
assalamualaikum..
asif ya..
tajuk yg amat kena dgn sy sbg penuntut ilmu agama di maahad.. :)
biasa j dgn kata2 cemuhan n suara2 sumbg dr pihak yg x berpuas hati n x berkenan ilmu agama ini trs trsan..takut2 kalau ilmu agama mula perkembang, nnt 'ssh nk dpt duit dr sumber yg x sepatutnya'..slh sitm yg mndidik? itu kena tgk wala' jg n individu..
bg sy, cbrn org yg belajar agama ini ALLAH beri lebih utk menguji mrka..maka ramai lah x thn dgn ujian ALLAH ni..smpai mrka mmburukkn imej pel agama lain..
sy percaya, beljr d sana @ d mana2 ceruk ngra bukn duduk dlm kuliah n mgharapkn ijazah semata utk mnjadi tercemerlang..tp latihn berprogram, mghadiri mjlis2 ilmu x formal etc jg byk mmberi sumbgn..
mgkn ini sj..krn skop pemikiran sy x seluas mn utk memahami sec keseluruhan entri pd kali ini..smg entri pd kali ini dpt mmbuka mata n mmberi ksedarn & mnfaat kpd org ramai..shukran bgt!
wallhua'lam..
Saudara Ibnurashidi..Persoalan jika seseorang itu x kuat dalam menghadapi
"pengaruh masyarakat, kawan-kawan, negara, sistem? 'tok lebai' pun boleh hanyut"
Semuanya saling bergantung .Dalam psikologi sosial proses mental dan tingkahlaku manusia dibentuk oleh kehadiran orang lain.Negara memerlukan graduan utk jadi pelapis dlm pelbagai sektor ,seseorang memerlukan kawan2 sbg tpt mengadu ,sistem diperlukan utk mengawal keadaan ,negara tanpa sistem x jadi apa.'Tok lebai' atau seseiapa sekalipun itu menjadi tanggungjawab kita yang sedar ini menyampaikan apa yang perlu kepada mereka.Mereka sahabat2 kita ,bukanlah orang lain.Saudara lebih tahu kerana itu persekitaran yang Saudara hadapi.Mereka mungkin tidak pernah kisah soal mencari keredhaan Allah.Menuntut ilmu sekadar utk mencari pekerjaan bukan niat mendapat Redha Allah.Telah saya katakan tidak kira siapa orang itu ,untuk membentuk jati diri mereka sahabat2 seperti Saudara yang perlu menghampiri mereka ,menyedarkan mereka.
Salam, Saya sokong 201% jalan untuk menambah ilmu bukan mudah..jangan peduli apa org nak kata, yang penting hati kita..memang bukan mudah nak menuju ke syurga, sebab itu tuhan ciptakan juga neraka.. maaf jika salah bicara..artikel ini menarik...
assalamualaikum
salam ziarah..
saya bersetuju dgn pandangan saudara, tetapi ada juga yang saya tidak bersetuju.
apa-apa pun, teruskan usaha saudara...
Orangbukit...
Orangbukit...
Muqaddimah komen yang bertetapan dengan tajuk. Tetapi saya meraikan kepada semua pengomen untuk mengembangkan perbincangan sesebuah tajuk. Syukran Jazilan!
Cara anda mengomen mempunyai point-point yang baik untuk berhujjah. Tertarik saya tentang masalah...
"‘last resort’ utk hantar anak2 mereka yang bermasalah moral supaya dapat menjadi ‘orang’"
Memang berlaku, realiti, hakikat dan bukan fantasi. Saya juga hasil produk SAR mengakuinya. Ada sesetengah datang belajar kerana keterpaksaan. Ibu bapa memaksa supaya menjadi 'orang'. Berkesankah? jika Allah SWT membukakan hati menerima cahaya ilmu Alhamdulillah. Kadang-kadang fe'el beginilah yang merosakkan susu sebelanga.
Insya'Allah, perjuangan belum selesai.
aqil mubashshir nuruddin baharudin...
Silakan singgah menyinggah..semoga Allah SWT memberkati..
Zidniilmi...
Keputusan UPSR dah keluar. Nampaknya di sana penilaian boleh dibuat ke atas murid-murid mengambil Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
Insya'Allah, selagi mana nyawa dikandung badan setiap manusia lelaki dan perempuan kena belajar.
"saat kekalahn itu bermula bl kt merasa lemah dlm perjuangn dan saat kemenangan itu bermula bila kt mlwn rs lmh tersbt - syed qutb-
Terima kasih di atas peringatan. Membawa maksud yang mendalam kata-kata tersebut.
Salam Kak Su...
Memang benar, rezeki itu datangnya dari Allah SWT. Saya tidak runsing hal mencari kerja, apa yang merunsingkan saya kata-kata sindiran terhadap pelajar agama itu sendiri. Efeknya besar kemudian hari. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.
Hal salah menyalah ini, fist sekali sememangnya bermula dari dalam diri individu. Kaitannya dari didikan ibu bapa dan masyarakat. Seterusnya ianya bertambah kukuh dengan peranan sistem. Bila elemen-elemen tersebut tidak terserap nescaya peluang terhakis nilai murni adalah tinggi.
Apa yang membimbangkan saya, bila mana sudah terdidik dengan baik namun bila di luar terkesan dengan persekitaran yang tidak baik. Ini memerlukan bantuan kepimpinan.
Rasanya, kalau ibubapa malas solat dan mengaji hanya sibuk bekerja siang malam. Walau dihantar ke sekolah agama mana sekalipun pasti anak terkesan psikologinya.
Awrapurnama..
Terima kerana sudi melontarkan buah fikiran. Teruskan sama-sama berkomentar lagi:)
Apapun, teruskan mencari ilmu agama. Jangan terus berhenti di bangku sekolah sahaja. Cakap-cakap manusia tidak akan berhenti selagi mana dia mempunyai 'suara'. Bukankah itu salah satu penyumbang pahala secara tidak langsung..
mulabelajarhentimimpi...
Untuk membentuk mereka sahabat-sahabat seperti 'kita'. Bukan menuding ke arah 'saudara' semata. Dalam Islam setiap umatnya mempunyai peranan tanggungjwab menyampaikan dakwah masing-masing.
Pokoknya, semua kena berdakwah. Biarpun siapa anda. Tuding menuding menyuruh itu dan ini tidak akan berjaya jika kita pula goyang kaki.
Eiba...
Benar, tetapi kadang-kadang perlu peduli apa orang kata untuk muhasabah diri. Mana tahu apa yang dikata memang bertepatan dengan kita. Jika tidak kena, mungkin kita pula perlu membetulkannya:)
khairul anuar...
Sedangkan Imam Syafei selaku anak murid Imam Maliki juga berbeza pendapat dengan gurunya inikan kita yang dhaif lagi naif. Apapun, jika tidak menyetujui sesuatu pendapat ada adabnya. Saling perbetul dan muhasabah.
Salam akhi wa Ustaz
Telah lama ana ingin berkongsi pendapat di sini.
Selaku Azhariyyah selama empat tahun dari 99-2003 ana terpanggil juga.
Namun, mungkin di entri laman blog ana sendiri. Khuatir panjang.
Mohon diizin link.
salam.
saya tak setuju pendapat ustaz, kita takleh nak salahkan sesiapa. apa pun kita bagi ta'azzur kepada yg buat hukuman macam tu kepada islamic studies student.
sy nyatakan di sini, semua muslim yang belajar ilmu-ilmu apa pun yg baik adalah belajar ilmu islam. bukan pelajar di fakulti pengajian islam sahaja yang belajar agama islam dan syariatnya. tiada beza.
last, apa yg ustaz nyatakan kepada student 'selain pengajian islam' saya tak setuju. kita perlu moderate.. jgn kita pulak yg menghujum pihak lain.
perbaiki keadaan..
AlQasam...
Wa'alaikumsalam Ya Ustazah..Alhamdulillah sudah tercapai hajat untuk bertandang ke sini barangkali. Apapun semoga terus menjengah dan berkongsi ilmu bersama.
Ana sudah ke sana dan turut berkomentar. Semoga ada manfaatnya. Silakan link.
Bezakan FAHAM AGAMA dan MENGAJI AGAMA.
Bukan semua yang mengaji agama itu faham agama. Kefahaman itu pemberian Allah.
Cumanya title 'Azhari' atau 'agamawan' itu menjadi beban kepada pemikulnya, lantas bila saja mereka ini tergelincir dan tersilap, fitnah begitu cepat tersebar lantaran ilmu yang mereka miliki.
Patutkah seorang doktor yang malas belajar tersilap memberikan rawatan, lantas semua doktor lain terpalit fitnahnya?
Sungguh-sungguh sistem yang memunahkan turut menyumbang dan merosakkan lagi keadaan ini.Sekular? Ya...itulah perkataannya.
BTW...saya keluaran sekolah sekular!
khairaummah...
Benar sekali. Saya setuju dengan kamu. Oleh itu, saya menyarankan supaya teliti dalam menilai sesuatu perkara bagi mengelakkan fitnah yang tidur menjadi bangun.
Doktor yang malas itu sepatutnya perlu muhasabah kembali. Kerana kemalasannya telah menjejaskan nama baik para doktor yang rajin.
Sekular...tetapi orang Islam banyak yang mempertahankan sistem sekular ini. Bertambah menularlah ia.
Post a Comment