Isyarat Menunjukkan Bahasa

Thursday, November 6, 2008


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Sesebuah masyarakat pasti ada keunikan tersendiri. Baik dari segi perlakuan, percakapan, budaya mahupun persekitaran sekeliling. Banyak faktor sebenarnya menyumbang perubahan gaya hidup sesebuah masyarakat. Baik secara berskala kecil ataupun besar perubahan yang dialami. Bergantung kepada reseptif dan kekentalan dalam menjaga tradisi asal. Justeru itu, integrasi kaum ini akan menghasilkan implikasi dalam pembentukan sesebuah masyarakat pelbagai aneka ragam.

Selama beberapa tahun saya berada di sini, setelah mata melihat, jiwa merasa, otak mentafsir akan gelagat masyarakat Mesir boleh saya rumuskan bahawa bukan sahaja bahasa percakapan sahaja menjadi komunikasi utama. Bahkan wujud komunikasi kedua di kalangan mereka. Iaitu bahasa isyarat melalui pancaindera pelbagai. Mungkin anda tertanya-tanya, apakah maksud yang ingin saya sampaikan untuk entri kali ini.

Jikalau anda membawa imaginasi kepada masyarakat Malaysia mungkin tidak dapat mengagak bahasa isyarat bagaimanakah yang digunakan. Adakah seperti orang pekak atau bisu berbicara?. Mungkin ya mungkin juga tidak. Mari terus berimaginasi tentang apa yang saya ceritakan.

Situasi pertama

Bila sekian lama seseorang tidak bertemu sahabatnya, isyarat berlaga pipi serta mencium pipi menjadi kebiasaan. Jikalau dalam bahasa arab ammiyah ia diistilahkan sebagai ‘buus’. Ketika di tahun-tahun pertama pengajian, terasa geli geleman juga untuk berlaga pipi sesama lelaki arab. Maklumlah, jarang dipraktik sebelum ini. Lagipun masyarakat melayu jarang mempraktikkan isyarat sebegini dikalangan lelaki.

Situasi kedua

Selalunya jikalau saya berjalan-jalan, mata akan melilau melihat gelagat manusia. Namun bukanlah bermaksud melihat perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Hanya sekadar memerhati apa yang dilakukan mereka sahaja. Antara yang sering diperhati, bilamana beberapa lelaki ataupun wanita mesir berbual sesama mereka. Sejurus selepas melawak atau bergurau senda, seorang rakannya akan menghulur tangan kemudiannya rakan yang lain menyambut dengan menepuk tangan rakannya. Apa relevennya?, mungkin menunjukkan keakraban dalam bersahabat barangkali.


 

Situasi ketiga

Perlakuan ini sukar ditemui di kalangan kita, mungkin kalau adapun hanya melibatkan sepasang kekasih suami isteri agaknya. Pada mulanya, saya juga agak kekok untuk berdempet begitu. Namun bila terbiasa, terasa serasi. Keadaannya begini, juga situasi ketika berjalan. Biasanya masyarakat arab Mesir tidak kira lelaki atau wanita, tua atau muda, kecil atau besar mereka akan menyilangkan lengan mereka di lengan rakan di sebelahnya. Jika ada 5 orang sekalipun ramai-ramai akan saling silang menyilang seperti ‘rantai basikal’ jadinya.

Situasi keempat

Seandai saya sedang berbicara dengan seseorang dari kalangan masyarakat Mesir. Kemudiannya saya menyebut sesuatu yang kurang jelas atau kurang didengari makhraj hurufnya. Nescaya beliau akan menggeleng laju secara automatic sambil menyebut “ehh??”. Kadang-kadang saya juga terpengaruh dengan kebiasaan itu.

Situasi kelima

Bilamana saya menjemput seseorang rakan mesir menjamah makanan ( biasanya ketika sedang menjamu selera, kemudian cuba ‘ajak-ajak ayam’ ) atau mempersilakan berbuat sesuatu. Jika beliau menolak ajakan itu, lantas beliau akan menepuk dada sambil tersenyum seraya berkata:

“Syukran..Allahyu Khallik..”
“Faddholl..” 

Situasi keenam

Jikalau berada di ibukota Mesir iaitu Kaherah, banyak sekali digunakan bahasa isyarat untuk menunjukkan nama sesuatu tempat. Misalan isyarat yang biasa digunakan ialah :

1. Ramses : Sebelah tangan akan digoyang-goyangkan seakan melambai.
2. Hayyu Asyir : kelima-lima jari akan dikembang tutupkan seakan isyarat lampu berkedip-kedip.
3. Hayyu Sabiek : Isyarat ‘Peace’ akan ditunjukkan.
4. Hayyu Samin : Isyara ‘Peace’ terbalik pula ditunjukkan.

Situasi ketujuh

Kebiasaannya, sikap arab mesir banyak bertanya. Kadangkala perkara yang sudah tahu juga menjadi pertanyaannya. Hatta jika tidak menjawab dikatakan aib bagi mereka. Oleh itu, jika mahu menunjukkan isyarat tidak mahu akan sesuatu atau tidak mahu untuk menjawab pelbagai pertanyaan boleh gunakan isyarat dengan menunjukkan menggenggam kesemua jari kemudiannya satu jari ke atas sambil dipusing-pusing seakan menggeleng kepala.

Situasi kelapan

Jangan terkejut, biarpun siapa anda itu bukan menjadi syaratnya. anda melintasi sahaja di hadapan mereka lantas mengangkat tangan. Bagai tindakan reflex, terus mereka akan menjawab salam walaupun anda tidak memberi salam. Isyarat angkat tangan ini kadang-kadang bila difikirkan balik terasa lucu. Lucu sendirian tanpa diterjemahkan ke perlakuan.

Situasi kesembilan

Hasil bunyi-bunyian terbit dari suara-suara wanita. Sukar untuk diterangkan secara bertaip. Mungkin anda pernah dengar, dan mungkin ada yang tidak tahu. Jikalau pernah menetap di negara-negara arab terutamanya Mesir pasti lazim mendengarnya. Biasanya ketika mereka mengadakan kenduri perkahwinan, rumah baru, kedai baru, atau menyambut apa-apa yang mengembirakan pasti akan terdengar bunyian seperti ini.

Situasi kesepuluh

Mungkin ini lebih melucukan. Bilamana seseorang khususnya lelaki dari kalangan mereka sedang marah di tahap kemuncak, ada cara bagi menenangkannya. Pertama sekali, jangan ditambah dengan kemarahan berapi-api juga. Hanya sekadar mengurut janggutnya sambil mengucapkan “sallu alan Nabi” nescaya beliau kembali reda.


 Isyarat blogger dari Tirana dan Whitetulip


Kesimpulan

Saya hanya menyenaraikan sepuluh kebiasaan isyarat menunjukkan bahasa yang ghalib digunakan oleh mereka. Mungkin masih ada isyarat yang di luar pengetahuan saya. Namun, yang pastinya banyak istifadhah yang boleh diambil dari bahasa isyarat digunakan.

Ingatlah, walau di mana bumi kita berpijak biar di hutan menebal Amazon, gunung Everest tinggi memuncak, lautan Pasifik luas saujana mata memandang, kepulauan kecil sekecil Sao Paolo atau gurun sahara seterik Ad-Dahna. Pokoknya, celik kamera digital mata seluasnya dan lihatlah, rakam guna MP4 telinga, simpan dalam memori kad otak, tafsir dan kaji menggunakan Ensiklopedia jiwa dan akal, gabungkan research itu dengan sumber Ad-Deen. Nescaya hasilnya memuaskan. Insya’Allah.



Ibnurashidi
10:13AM, 7 November 2008,
Siberbay





"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

24 komentar:

kin hashim said...

Lain padang, lain belalangnya... lain masyarakat, lain budayanya. Menarik juga budaya komunikasi org arab ni yer. Kat tempat akak nih, selain drp melayu muslim, ada juga dr golongan muslim afrika, arab dan pakistan. Tapi tak ramai yg dikenali. Yg semacam satu persamaan di kalangan diorg, bila terjumpa kat mana2 mesti mereka yg dulu bagi salam...

kin hashim said...

e'eh...jadi pengomen yg pertama plak kali nih?? hehehe...

Ibnurashidi said...

Kin Hashimm..

Assalamualaikum K.Kin..Tahniah di atas kelajuan menaip!mabruk berjaya menjadi pengomen pertama..:)

Yer, menarik dan unik. Inilah yang menjadi masalahnya. Masyarakat melayu jarang praktik salam. Kalau tak kenal, susahla nak bagi salam.Tak macam arab, kenal tak kenal angkat tangan terus jawab. Amacam boleh try?:D

Tirana said...

Di Malaysia pun ada jugak agaknya bahasa-bahasa isyarat seperti ini cuma kita ni kurang memerhati..tak ambil kisah...

Farid ni memang seorang yang prihatin pada keadaan sekeliling. Bagus..sekurang-kurangnya dapat bercerita di sini untuk pengetahuan kawan-kawan yang belum sampai ke Mesir.

Tirana said...

Terimakasih kerana sudi menerima isyarat blogger dari kak tirana...Mudah-mudahan Farid akan terus bersemangat menyebarkan ilmu menerusi penulisan yang hebat dan mantap.

Tie said...

Hi hi..suka cara utk meredakah kemarahan dgn mengurut janggut tuh! Lucu lak..tapi hubby tie tak ada janggut laa..tak boleh nak buat experiment!

Ibnurashidi said...

K.Tirana...

Mungkin wujud, barangkali kita ambil endah tak endah. Isyarat paling best di Malaysia ialah ketika ayah saya 'berdehem' kelam kabut jadi baik..hehe.

Harapannya, kepekaan itu membawa manfaat.

Ibnurashidi said...

K.Tirana & K.Kin...

Terima kasih di atas doa. Sebagai penghargaan sebab K.Kin berjaya menyandang tempat pertama kali ni, makanya Award isyarat blogger dari K.Tirana melalui wasilah saya terus saya sampaikan pada K.Kin pula.:)

Ibnurashidi said...

Tie...

Haa, takpa kalau takdak janggut. Try testing kat misai pulak. Apa jadi agaknya ya?

P/S : Walau sekadar isteri menyikat rambut suami pahalanya sudah berganda-ganda.

Anonymous said...

Bahasa jiwa bangsa...

salah satu daripada kata-kata yang menjadi slogan negara tika mana mendaulatkan bahasa kebangsaan. Dan secara tidak langsung juga, hal ini menunjukkan gambaran secara jelas, mana² bahasa di dunia ini adalah menunjukkan jiwa bangsa tersebut...

KREATIF dan UNIK.. itulah gambaran yg dpt diberikan kepada masyarakat mesir. Kerana mereka menggunakan "body language" dlm muamalat mereka setiap hari.

Bayangkan kalau bertekak sesama mereka, isyarat tangan, muka, badan dan lain-lain lagi digunakan bagi menghasilkan espresi jiwa mereka.

Bagi sesiapa yang tidak mengetahuinya, akan terasa lucu dan kelakar yg amat sangat. Tapi itulah apa yg dilafazkan mereka adalah jiwa mereka.

So... kita buleh mengambil input yang positif daripada mereka untuk memantapkan lagi komunikasi kita sesama masyarakat tambahan dalam menyampaikan mesej dakwah islamiah kepada madh'u kita...

Wallahu'Alam

p/s: kalau org arab masuk pidato atau pertandingan public speaking lain..comfirm menang..coz markah body language lebih...hehehe..

Ibnurashidi said...

MyFahmi...

Bila anda sebut tentang body languange for puclic speaking baru saya mula teringat.

Waktu berbual, bergaduh, semua gerak badan memainkan peranan penting. Saya kagum, kebanyakkan khatib membaca khutbah di sini tidak menggunakan sebarang teks. Spontan ala thul keda...

P/S : Nak berdebat dengan arab kena kuat bahasa dulula:)

nohas said...

Action speaks louder than words..mereka bangsa yang expressive, mungkin dengan adanya isyarat2 itu, lebih senang utk mengingati & menambah kemesraan. Sebab dari mata, turun ke hati dan hati tempat manusia menilai..

kat M'sia pun ada juga, tengok persidangan Parlimen, bila tak setuju, mula tepuk-tepuk meja, mcm bunyi2an keluar, bahasa isyarat khas utk YB-YB kot..

Anonymous said...

salam...
mmg dahsyat arab ni..
arab ni kadng ada kelebihan dia.. selain itu arab ni cukup taassub dgn kaum dia.. tu yang banyak cara dia.. bahasa isyrat bg kaum arab ni hanya untuk memudahkan mereka..

saya bljr syria... bkn jorden...

Unknown said...

telitinya pandangan ibnurashidi ya, sampai dapat menceritakan sepuluh situasi... ibnurashidi ni sesuai jadi pegawai pembangunan manusia...

Ibnurashidi said...

Orangbukit...

Bila sudah turun ke hati, perlu ditapis terlebih dahulu. Bimbang jika menerima tanpa mengkaji hati tercemar dengan toksid serta virus jahat.

Isyarat YB dalam parlimen ya?sungguh kelakar..ada iras macam budak-budak ketuk meja tak dapat coklat:)

Ibnurashidi said...

faridmw...

Tak dinafikan, ada yang taksub. Mungkin arab awam agaknya. Jikalau dia memahami apa itu Islam, apa itu sunnah yang dibawa Rasulullah SAW nescaya dia akan melupakan ketaksuban pada kaumnya.

Maaf, ingatkan Jordan. Syria rupanya.

Ibnurashidi said...

Kakchik...

Sekadar ketelitian secara rambang..selain geografi saya juga melihat dari sudut sains sosial.

P/S : Pegawai Pembangunan Manusia tu kerjanya mcmmana ya?

Bunga Rampai said...

Salam,

Ilmu ada di mana-mana. Jauh perjalanan, bertambah pengalaman. Manfaatkan - kehidupan akan lebih bermakna.

Moga damai dan tenang selalu :)

Ibnurashidi said...

Bunga Rampai..

Insya'Allah kita sama manfaatkan peluang yang ada..segalanya demi Allah SWT...

Anonymous said...

Salam.. Bestnye dpt kenali masyarakt arb..prihatin betul penulis kan..agknye dh besa dgn keadn sekeliling..teringn nye nk menjenguk ke sane..

aisyah_hanin said...

Salam..Hm,teringin nk tau bunyi yg wanita kt sna yg dimksudkn..ble bg hint x?
alangkah baiknya kalau org m'sia pn amlkn 10 situasi tu..antra smua kn,yg mana adlh sunnah?

aisyah_hanin said...

Hm..'Sallu alan nabi..'.ana tau ni lps tgk crita Ayt2 cinta..masa laki arab mrh Aisyah..
Hm..mmg amln ek..

Ibnurashidi said...

Nur_Syahadah...

Best juga tapi kadang-kadang terasa tak best:)
Silakan bertandang..Insya'Allah banyak manfaat boleh diambil nanti.

Ibnurashidi said...

Aisyah hanin...

Salam..oh susah juga hintnya..kalau enti perasan atau tengok filem-filem arab akan ada bunyi gitu. Dalam cerita P.Ramlee Ali Baba kalau tak silap saya ada.

Ya, biasa berlaku begitu kalau hendak menyuraikan keadaan.

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP