Azab Badan Berukir!

Sunday, November 2, 2008


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد


“Empat tahun lalu saya pernah menggunakan seterika panas untuk membuang tatu di bahu. Malangnya, bahu melecur tapi tatu tidak dapat dihilangkan sepenuhnya.

“Saya mahu badan saya bersih daripada tatu sebelum ajal dan mahu menunjukkan contoh baik kepada anak. Dulu masa buat tatu, sakit juga, tetapi sakitnya tidak seperti ketika membuangnya. Dulu saya bangga mempunyai tatu, tetapi hari ini saya tertekan kerana hidup dibelenggu dosa,” katanya.

Bila hembusan keinsafan mula bertiup ke dalam diri tiada lagi penghalang rasa cinta kepada Sang Pencipta Jalla wa ala’. Manusia tetap manusia, manusia bukan malaikat, manusia juga bukan syaitan. Kedudukan taraf makhluk bernama manusia sudah ditentukan Allah SWT. Namun, manusia punya kelebihan tersendiri kerana digelar Khalifah bumi. Bahkan tarafnya manusia melebihi syaitan tatkala diberi penghormatan ketika permulaan kejadian Adam dahulu.

Sudah lupakah kita wahai manusia?mengapa semestinya menjadi teruk lebih dari bintang tidak berakal. Mengapa kita lebih dihormati dari syaitan tetapi turut serta bersama syaitan? Jawabnya dalam diri manusia itu punya nafsu. Bila nafsu syaitan bermaharajalela, segalanya dirasakan miliknya. Tiada halal, tiada haram.

Saat saya membaca satu persatu tulisan perkhabaran berita itu pada mulanya merasa perkara itu sudah ‘lemau’. Tetapi, bila difikir kali kedua, perlu diambil pusing walau sebesar zarah masalah umat. Bila mana Islam sentiasa dijarah hari demi hari, sogokan budaya karat kuning ini seakan semakin bernanah, berdarah, berkudis, berkanser memakan segala sistem salur saraf merentasi otak dan jantung. Hampir nazak!. Di mana sang doktor untuk mengubati? atau umat Islam masih belum menemui doktornya? Ataukah kerana sakit kanser menyaluti diri tetapi tersesat masuk klinik pergigian untuk mengubati?

Sungguh berjaya Islam berkonsepkan Hadhari. Ya, perlu mendabik dada lantas menjerit ke dunia seluruhnya.

“Aku pemimpin berkarisma telah berjaya menerap unsur hadhari dalam minda masyarakat!” 

Ketika menjerit, harus kuat-kuat supaya ‘mata-mata dunia’ menjengil memandang kita. Bukan senang mahu mengubah manhaj pemikiran manusia sewenang-wenangnya. Biar sekecil rakyat hingga sebesar pemimpin. Jika mampu mengubahnya dari minda yang segar kepada kekalutan dan kekeliruan, ‘berterima kasihlah’ kepada pemimpin itu. Kerana dia sudah berjaya memesongkan umat Islam dari Akidah, Syariah dan Akhlak Islam.

Azab Itu Pedih

Saya bersimpati dengan azab yang menimpa mereka yang mahu memadam corak seni di badan itu. Namun tidak bermakna, dan jauh sekali saya meredhai perlakuan permulaan ketika mencacah dawai-dawai besi panas ke badan mereka. Bila ego menguasai diri, bila kepala meroyan ganas, bila diri dikuasai Ifrit semuanya terasa mahu dibangga-banggakan. Andai kuffar katakan tahi itu lazat nescaya berderu-deru umat mencium bahkan menjamah barangkali!

Itulah, nenek moyang kita pernah berkata “nasi sudah menjadi bubur”. Bila nasi sudah menjadi bubur, masuklah ke dalam oven atau bakarlah hangus sekalipun ianya tidak lagi menjadi sesedap nasi putih biasa. Melainkan anda memasak nasi itu menjadi nasi air ataupun bubur lambuk barulah berebut orang mahu menikmati.

Sedarlah, itu baru sahaja azab kesakitan di dunia sudah merasa pedih seakan disiat-siat kulit. Belum lagi dihenyak, dihentak, dihentam, diheret, dihempas di dalam neraka Jahannam. Nauzubillahhi min zalik. (Jauhilah kami dari azabmu yang pedih Ya Allah!).




Seputar Huraian Menurut Syariat

Sebelum mengetahui lebih lanjut, marilah kita fahami makna tatu ataupun dalam Bahasa Inggerisnya disebut tattoo. Tatu pada mulanya dilakukan oleh golongan wanita terutamanya bertujuan untuk perhiasan. Namun sejak dipopularkan kembali oleh barat, lelaki-lelaki muslim mula jatuh hati untuk mencacah tatu.

Dari segi bahasa : Bermakna tanda ataupun alamat.

Dari segi istilah : Satu proses menusuk atau mencucuk kulit dengan besi tajam atau jarum hingga mengeluarkan darah atau mengoyak kulit dan kemudiannya dihamburkan dengan nila atau celak supaya menjadi warna biru atau hijau dengan sebab percampuran nila, celak serta darah. Biasanya ia diukir dengan pelbagai corak binatang, hati dan nama kekasihnya ataupun berdasarkan simbol kumpulan tertentu.

Hukum Membuat Tatu

Kebanyakan fuqaha’ (jumhur fuqaha’) bersepakat (ijma’) haram hukumnya samaada membuat tatu bertujuan kecantikan baik bagi lelaki ataupun perempuan. Tidak kiralah yang mengukir atau yang minta diukir dengan keredhaan dan kehendaknya.

Fuqaha’ berhujah berdasarkan kepada dalil-dalil berikut :-

عن ابن عمر رضى الله عنهما قال، أن رسول الله لعن الواصلة والمستوصلة والواشمة والمستوشمة

Daripada Ibnu Umar r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : “Allah SWT melaknat orang yang menyambungkan rambutnya dengan rambut orang lain serta orang yang meminta supaya rambutnya disambungkan dengan rambut orang lain, demikian juga dilaknat kepada orang yang mencacah kulit (dengan gambar, tulisan dan lain-lain) serta orang yang meminta supaya dicacah kulitnya.” 

(Lihat Sahih Muslim Bi Syarah al-Nawawi m/s 647)


عن أبى هريرة رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : العين حق. ونهى عن الوشم

Daripada Abu Hurairah r.a katanya : Sabda Rasulullah SAW : “Sesuatu itu hak dan melarang seseorang membuat tatu.”

Hukum Menghilangkan Tatu

Saya hanya bawakan pendapat rajih dalam masalah menghilangkannya. Menurut pendapat rajih dari kalangan fuqaha’ tatu wajib ditanggalkan kerana ianya najis.

Disebut dalam Kitab Fathul Bari :-

“Sesuatu yang ditatu itu menjadi najis kerana darah terhenti padanya, maka wajib menghilangkannya jika mampu walaupun menyebabkan luka, kecuali jika ditakuti akan binasa atau hilangnya manfaat atau anggota maka harus membiarkannya dan memadai baginya dengan bertaubat untuk menggugurkan dosanya sama ada bagi lelaki ataupun wanita.”
(Al-Asqalani m/s 382)
Kesimpulan

Hukum sudah jelas, halal haram juga sudah diketahui. Jadi saya merasakan selain diri yang melakukan, pihak berwajib juga harus bertanggungjawab menyedarkan, menerapkan norma-norma murni syariat berpaksikan Al-Quran, Sunnah, Ijma’ Qias bukan landasan akal dhaif manusia. Supaya masyarakat tidak kering, gersang dan kehausan bak musafir di gurun membahang. Ingatlah, jika umat tidak diberi setitis kesegaran pola fikir sebenar nescaya ‘mereka-mereka’ turut bertanggungjawab! 




Rujukan :-
Pembedahan Kosmetik Menurut Perspektif Islam, Ahmad Dahlan Bin Salleh, B.A (Hons) Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar.


Ibnurashidi
12:30AM, 3 November 2008,
Siberbay




"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

38 komentar:

Unknown said...

tatoo... bila diri sudah insaf, penyesalan tak sudah-sudah, karatnya bukan mudah untuk disental walau guna asid, seterika panas mahupun laser.
maka kita kena sedarkan belia & remaja yang 'hip' agar tidak membuat tatoo.

Tie said...

Bagi Tie, Allah tu maha pengampun dan penyayang.Jika niat kita ikhlas untuk benar2 bertaubat dan kesal,tak kiralah samada yang sudah menjadi darah daging (arak ataupun makanan haram atau makanan dari duit haram), penyakit hati (yg kita tidak nampak)atau perbuatan yang kita nampak spt di atas....Moga2 tuhan akan ampunkan. Cuma golongan muda sekarang seharusnya diberi pendedahan tentang padahnya supaya tidak akan menyesal seumur hidup. (maaflah ayat tie ni berbelit2, lak. Tie memang tak pandai mengarang.)

Balqis said...

Aduhai, mengapalah terlalu amat jahil? Bukankah sakit membuat tatu itu, mengapa menyeksa diri untuk kelihatan cantik? Betullah, beauty is pain. Cantikkah? kalau badan diconteng-conteng, diukir-ukir? Seperti tidak meredhai kulit yang cantik anugerah Tuhan. (sebenarnya kepala saya dah pusing baca perkataan mengukir pada badan)

Benarlah, sebuah negara islam sebenar memerlukan adanya sang khalifah yang mu'min untuk mentadbir. Lalu bagaimana? tepuk dada tanyalah iman dalam diri.

Wallahua'lam~

Brahim Nyior said...

Ibnurashidi,

Syukur juga mereka yang mengukir tubuh ini, akhirnya kembali ke bumi nyata, kembali mengingati dan menyembah Allah.

Andaikan jika mereka langsung lupa dan lalai dalam dunianya sendiri, siapakah yang akan menolong di akhirat?

Kekadang, golongan ini sebenarnya tahu hukum, tapi ramai dalam kalangan mereka sebenarnya jahil muraqqab. Mereka perlukan bimbingan, bukan hinaan dan cercaan.

Moga kita jadi sebahagian daripada mereka yang boleh membimbing mereka. Insya Allah.

Ibnurashidi said...

KakChik..

Bila baca bab sental menyental ni saya teringat ketika nak memberus menyental lantai bilik air rumah saya. Kami di sini rumah mudah berdebu, maklumlah negara sememangnya iklim suci dalam debu. Bila debu bercampur air melekat di dinding bukan main susah nak menyental. Guna asid mozek barulah tertanggal sikit.

Ketika melekat mudah saja, bila mahu membuang perit tak terkata.

cikMilah said...

baca.. tapi tak tau nak komen apa:)
Terima kasih, dan terus menulis...

Ibnurashidi said...

Tie...

Allah SWT itu Maha Pengampun dan Penyayang..semoga Allah menerima taubat Muslimin Muslimat yang benar-benar insaf dari dosa-dosa lampau.

Bila sudah 'syok' dia lupa sementara sakit mencacah. Tambahan tak ada sapa melarang. Lagilah menjadi.

P/S : Jangan risau, diruangan komentar ni saya bukakan seluas perbincangan tidak kiralah guna bhsa rojak, Bi, BA dll.

Ibnurashidi said...

Balqis..

Kerana jahillah yang sakit menjadi lazat, yang berukir di badan menjadi seni.
Agaknya kalau pengukir tatu diberi pekerjaan mengukir corak berfaedah dan memahat rumah sudah tentu mendatangkan hasil lumayan.

Pusing yang bagaimana anda maksudkan? of course, Sang Khalifah itu perisai umat. Buktinya? 1400 lebih kurang Islam telah mentadbir dunia.

Ibnurashidi said...

Brahimnyior...

Na'am, point yang bagus untuk difikirkan. Bukan senang seseorang nak berubah. Hanya Taufiq dan Hidayah dari Allah bibit keinsafan itu muncul.

Kritikan dan cercaan dua perkara berbeza. Semoga dengan kritikan membina lebih memberi impak. Uslub penyampaian dakwah itu disesuaikan mengikut keadaan semasa. Manhaj tetap sama.

Aminn, moga kita dijauhkan azab dan bersama golongan yang sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain.

Ibnurashidi said...

MakcikMilah..

Waahh...agaknya terpandang corak tatu tu kot sampai terkesima sebentar:)

Apapun, saya pelik sebenarnya. Kalau mengikut cerita, dalam penjara tatu dicacah. Mana polis? mana undang-undang penjara ya?

Nur said...

salaams,

beautifully written, you possess a flair for words. well done.

Ibnurashidi said...

Fakhzan Marwan..

Thanks a lot..semuanya dari Allah SWT. Saya hanya mencuba sekadar termampu. Because literature is very beautiful..

Unknown said...

ibnurashidi - yang perit tak terkata itulah akibatnya... menjadi kesan sepanjang hayat. kesian, mereka jauh dari ilmu Allah semasa mencacah, lupa perit di esok hari.

Faranaqwiah said...

salam...
ana nk tny.. ada kwn tny klu org pakai tatoo ni xbley jdi imam n jdi wali...

Anonymous said...

tak sanggup nak tengok...
betul2 menakutkan...huhu

bumilangit said...

tak boleh buat pembedahan ke?

Anonymous said...

ada pembedahan laser skang ni if im not mistaken. tp kosnya..fuuhhh..sabo je dengar

Anonymous said...

bagi saya ada hikmahnya......di sini kita perlu bantu mereka yg insaf itu.

so bagi penyelidik, masa inilah patut mereka fikirkan salah satu method terbaik utk membantu golongan tersebut.

Beruntung mereka itu diberikan hidayah dan berazam bersungguh2 utk kembali ke jalan Allah SWT.

Tetapi jalan kita lalui ini, jalan yg kita pilih ini adakah jalan berdasarkan hidayah atau napsu atau sangkaan semata2?

hmmmmmm

Sharifah Natasha said...

Salam alayk..
hmm interesting articles ibnu. At last i am writing something in your blog. waiting for the mood and idea. Orang kata, bila kita menulis, tulislah sesuatu yang memberi manfaat dan perlulah berhati-hati ketika menulis sebab penulisan itu sampai ke hati.

Toib...back to the topic about the tattoo. Cantik gambar tu. Ana suka tgk tattoo dekat lengan manusia ataupun gambar apa2la di bahagian halal untuk dilihat. mungkin sebab ana suka seni.

Teringat masa ana belajar di Nottingham. Ana belajar di clarendon college. Sewaktu ana balik konvoi dengan pak-pak arab ke stesyen bas, tattoo ni mcm adat bagi penduduk-penduduk dekat sana. Kalau tak tattoo tu, maka plastic surgery. menjadi amalan biasa bagi mereka.

Tapi kita kena bersyukur, remaja dekat sana, berukir dan nampak seperti sebatang pokok sebab tattoo dia penuh dan gambar pokok kan, kalau di malaysia, kita risaukan remaja tersebut dan keluarga dia risau, jiran dia risau. tapi, di Nottingham, bukan budak tu je bertattoo..tapi termasuk ibu dan ayah, kakak , budak lelaki tu dan baby..rasa2 umur dalam 3 tahun. selain tattoo, keluarga tersebut rambut punk dan bertindik. it is fashion.

itu pada mat saleh. Di sunway pyramid tahun 2003, pada bulan puasa. Di food court, ana ni..lain sikit.mata tak boleh duduk diam..suka lihat dan analisa dan fikir untuk diri sendiri. ana ada terpandang pada 4 budak perempuan. 2 pakai tudung, dan dua tidak. dua perempuan yang tidak pakai tudung duduk menghadap meja ana, manakala, 2 org yang pakai tudung menghadap sebelah sana. Jadi, belakang badan mereka tu nampaklah. Cantik, montok. cuma, sakit sikit mata melihat apabila mereka duduk, nampak pinggang dan erk..kawasan punggung. itu tak kisah lagi..sebab ana nampak. nak tegur, takut kena penampar masa tu. tapi apa yang ana lihat, bukan sticker tattoo, tapi nampak lagi bengkak dan merah2..dan dakwat hitam gambar rama2 besar dekat kawasan pinggang dan punggung. dan perempuan tu pakai tudung. ana lihat. dalam hati, ada juga nak guna pisau di tangan, dan kikis atau siat kulit tu. tapi tu la, hanya doa sahaja yang boleh kita harapkan.

hmm berbalik pada cerita nak buang tattoo, cara paling selamat dan kurang sakit dari method lain ialah dengan menggunakan laser. tapi agak mahal sikit. tapi kurang sakit. doktor akan laser, dan ada tu dia akan buang kulit tu lepas laser, dan dia akan ambil kulit dari celah peha atau bahagian mana2 yang ada lemak lebih..tak salah ana, kemudian dia akan potong dan tampal dibahagian yang ada tattoo. dan ambil masa 2tahun nak hilang. (kata-kata dari abg ipar ana yang dulu gila buat tattoo di badan dia). dia ada tunjuk di tempat2 yang dia buat tattoo, tapi takde..seriusly takde, sebab dia buat..laser dan kikis kulit.

sekian. wassalam.

Ibnurashidi said...

KakChik..

Semoga mereka diberi hidayah oleh Allah SWT..

P/S : Nampaknya blog saya tiba-tiba ada masalah tak boleh nak komen..Saya cuba perbaiki..harap bersabar.

aisyah_hanin said...

Hmm..org nk buat tatu ni sbnrny pngaruh jgk..
skali tgk tatu tu btul2 mmpesonakn mata sbb seni itu indah..tp syg la seni yg cntik tu d trunkn kt kulit plak..mcm dh xde paper,dinding, kt dunia nih.ya,mmg kdg diorg tau bnda ni slh but nfsu n keinginan yg tnggi mmbuak2 smpai trlupa syariat..kesian jgk,mmg bnda prlu d bnteras sgera.rs siksa tgk org yg dh taubat n brusaha hilangkn tatu.btul kata org,mncegah lebi baik dr mngubati..

Tirana said...

Salam Farid,

Cuba komen hari ni...Semalam tak berjaya.

Bila nafsu mengawal diri, yang haram pun nampak indah di mata. Akal yang sepatutnya dikawal oleh iman telah ditawan oleh nafsu yang berajakan syaitan. Mudah-mudahan anak cucu kita terpelihara dari tipu daya syaitan ini.

Unknown said...

assalamualaikum syeikh - lama tak lawat.sibuk dengan perjuangan membetul apa yg sepatutnya betul...tapi semakin jauh penglibatan saya semakin kuat kepercayaan saya.sistem yg ada semakin tidak banyak membantu untuk mengembalikan apa yg patut di kembalikan......niat yg semakin bercelaru.tindakan semakin tidak sehaluan...akhirnya pelaksana sekadar boleh berkata: ...lantaklah janji masyuk......

Ibnurashidi said...

bumilangit...

Tatu memang boleh dibuang walaupun dengan cara pembedahan. Boleh menggunakan kaedah dengan membuang bahagian tersebut kemudian menggantikan dengan kulit sempurna berwarna asli lain. Namun, jikalau tatu jenis berwarna agak sukar dibuang kerana warnanya meresap dalam kulit. Mungkin kena tanggung risiko jugakla..nasib badan..

Ibnurashidi said...

Just wondering...

Sanggup tanggung risiko cacah tatu mula-mula dulu takkan nak buang tak berani tanggung risikokan.

Dan ada lagi satu cara menggunakan asid tertentu dan silver nitrate. Masukkan asid dan silver nitrate di bawah kulit spt kaedah membuat tatu juga.

Ibnurashidi said...

Maza...

Terima Kasih di atas komen yang diberikan.
Hal kaitan hidayah hanya Allah tentukan. Jalan mengikut nafsu dan sangkaan semata-mata takkan kemana-mana. Kita boleh lihat teori dan praktikalnya. Sudah banyak terjadi.

Haji Jim Nun al Urduni ( ABU LUQMAN ) said...

Salam Persahabatan.
Tahniah, info yang cukup menarik dan bermaklumat. Untuk mengetahui tentang diri saya, silalah berkunjung ke abubasyir.blogspot.com serta blog blog pilihan yang terdapat di dalamnya

Ibnurashidi said...

Sharifah Natasha...

Ala kullihal syukran di atas perkongsian cerita yang panjang lebar. Thanks a lot. Diharapkan mereka-mereka yang terlibat kembali ke pangkal jalan.

Ibnurashidi said...

aisyah_hanin...

Bagi saya tatu bukanlah satu seni yang indah dan boleh dibangga-banggakan, kerana keindahan seni sebenar mempunyai nilai estetika tersendiri disamping ada 'cop halal'.

Mencacah lukisan pada badan itu merosakkan seni. Bertindak luar batasan manusia normal dan yang paling menakutkan kemurkaan Allah. Nauzubillahhiminzalik..

Ibnurashidi said...

Tirana...

Salam Kak Tirana..terima kasih di atas usaha gigih untuk berkomentar. Sekalung penghargaan diberikan.

Agaknya komentar sebelum ni banyak cerita utk dikongsi barangkali.

Benar apa yang dikata. Apapun minta dijauhkan dari segala perbuatan yang sia-sia dan menyekutukan Allah.

Ibnurashidi said...

JINGGO...

Wa'alaikumsalam Encik Motivator..nampaknya dari sudut hati Encik bila semakin jauh bergelumang makin bercelaru sehingga berkata "lantaklah janji masyuk", begitu?..maafkan saya jika salah tanggapan.

Kalau begitu tanggapannya, bertambah rumit saya kira. Apapun, saya doakan Encik bertambah tabah menghadapi rona-rona kehidupan semasa. Kuatkan semangat demi Islam.

Ibnurashidi said...

Abu Basyir...

Salam persahabatan juga dihulurkan. Ukhuwahfillah abadan abada. Insya'Allah ada kelapangan saya lawati blog saudara.

kin hashim said...

nak dapatkan tatoo, kena sakitkan badan dulu...tak tau la kat mana yg syoknya??? geli tgk org yg badnnya penuh ngan tatoo...

Ibnurashidi said...

K.Kin...

Dia punya syok sebab badan dia berukir macam rumah tradisional melayu:)

Macammana perempuan melayu bertudung, tak rasa geli dan sakit pula ditatu ya? sudahlah dicacah pada tmpat aurat.

Anonymous said...

Salam..kalo tgk pd tato ni ngeri je.camanela si pembuat tu blh t'fikir nak buat.. Em,bile nafsu menguasai segala begitula jd nye.. Semga yg m'dpt hidayah akan membajai anugerah yg dikurniakan Ilahi itu

Anonymous said...

NUr_Syahadah...

Biasanya time buat orang tak fikir panjang..dah buat baru akan menyesal.

Semoga Taufiq dan Hidayah dibajai dan mewangi.

Anonymous said...

salam alaik ya ustaz.

maaf, lama x menjenguk blog akhi. agak sibuk dengan studi. esok xm. [doakan jua..]

perihal badan bertatu ni.. ana cukup x minat. apatah lagi andai yg bertatu itu dari umat Islam, saudara kita. sungguh menyedihkan.

moga kita semua diberi petunjuk dan kesedaran olehNya. kasihan Rasulullah, baginda cukup merisaukan kita umatnya, sedang kita, ramaikah yg menghargai betapa sayangnya Rasulullah pd kita?..

muhasabah diri kembali..

truskan menulis, ustaz. moga Allah memberkatimu.
ameen.

Ibnurashidi said...

Salam alaik ana...

Insya'Allah semoga Allah memudahkan urusan menjadi peperiksaan. Najah fi dunia wal akhirat.

Ana minat lukis-lukis..tapi bukan kat badanla. Kat Kertas:)

Itulah namanya tak kenang budi. Apapun, terima kasih sebab sempat bertandang ke sini. Insya'Allah berkat doa kalian dan kekuatan yang Allah berikan saya akan terus menulis Insya'Allah.

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP