Hikayat Egois Lelaki

Friday, October 31, 2008


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Seketika melalui lorong-lorong di sebalik rumah-rumah batu bertingkat itu seringkali mendengar perbalahan berlaku di kalangan masyarakat Mesir. Saamada sebesar-besar masalah ataupun sekecil-kecil masalah harus diperdebatkan. Baik lelaki mahupun perempuan. Kedua-duanya mempunyai persamaan sikap ‘hot temper’ nya. Mahu menang tidak mahu mengalah walau diri memang bersalah. Tegar dan tegas sekali pendiriannya.

Teringat lagi beberapa waktu yang lalu, sedang saya berbual bersama rakan di rumah. Kedengaran bunyi bising hiruk pikuk dengan suara volume tahap tinggi. Suara bergalau itu datangnya dari bawah rumah. Saya dapat mengagak, jika begitu bunyi sudah tentu ada perbalahannya. Kami cuba jenguk ke bawah memandangkan rumah kami di tingkat atas. Kalau gambaran kasarnya seperti rumah flat meninggi. Bagi kami, lebih ma’ruf dengan panggilan ‘Imarah Melayu’ di sini ( Imarah ialah sebuah bangunan ). Sangkaan saya tidak meleset, sememangnya berlaku pertengkaran. Masya’Allah, bukan sahaja lelaki wanita juga sama tinggi suaranya. Sekali pandang seperti peperangan dunia ketiga sudah hampir berlaku.

Jika tidak silap sumbernya, pergaduhan itu bukanlah kerana berebut wilayah, tanah atau juga berebut suami isteri tetapi hanyalah kerana sedikit salah faham yang tidak sampai hati untuk saya tulis di sini. Itu salah satu kes dalam seribu kes saya alami. Terimbau kembali keadaan semasa mula-mula menjejakkan kaki ke tanah anbia’ 2 tahun yang lalu. Saya tergegau dengan pertukaran budaya secara mendadak. Mendengar perbalahan suara-suara garau adalah terlalu asing buat diri. Sedikit cuak menyelubungi diri. Apa tidaknya, ketika mula-mula sampai di Mator ( Airport ) Kaherah, Mesir saya sudah dimarahi. Lelaki berpakaian putih penjaga tiket itu rupanya seorang Polis. Ketika sampai giliran saya, lantas saya dimarahnya bertubi-tubi. Terpinga-pinga diri tidak tahu untuk menjawab mahupun membalas. Dahi sudah berpeluh, mata-mata semuanya tertumpu memandang, jantung berdebar-debar.

“Aduhh, macammana ni..apa silap aku?,” bisik hati tidak mampu bersuara.

Terus saya mendapatkan Ustaz yang menjadi ketua kumpulan kami. Akhawat-akhawat di belakang sudah mula bising-bising. Kedengaran seperti takut nadanya.

“Ermm, patutlah enta silap isi borang..ambil isi balik guna nama sendiri”

Rupa-rupanya saya yang tersilap mengisi borang. Kelam kabut sampai tidak mampu concentrate. Maklumlah, hati masih sayu berpisah dengan keluarga 12 jam yang lepas. Fikiran masih menerawang ketika itu teringatkan kampung halaman. Masih tidak percaya sudah berada di persekitaran berbeza. Walaubagaimanapun, segalanya memori pahit berbaur manis itu membuatkan saya termenung dan tersenyum sendirian berulang kali.




Egois Lelaki

Sebenarnya mahu berbicara berkenaan ego, tetapi melalut ceritanya ke kisah dimarahi Polis arab pula. Apapun boleh juga dikaitkan dengan cerita sebenar. Antara marah, ego dan lelaki. Baiklah, sebagaimana umum tahu lelaki sememangnya mempunyai sifat berbeza dengan wanita. Samaada dari segi cara berfikir, emosi, pendirian, tingkah laku dan sebagainya. Sikap lelaki sememangnya dibekalkan dengan keegoan. Sikit atau banyak, berakhlak atau tidak itulah yang mampu menguasai keegoan seorang lelaki. Lihat sahaja dalam pemerintahan, lelaki dengan senang hatinya mahu menjadi ketua, mahu menguasai wilayah, mahu ada kuasa. Berbeza dengan wanita, mereka lebih gemar akan hal-hal yang berbeza dengan lelaki. Lebih tertumpu dan detail pekerjaannya sehingga sekecil-kecil perkara turut diambil pusing. Itu bukan kelemahan!jangan disalah anggap. Itulah kesempurnaan. Baiklah, cuba kita lihat perbualan di bawah ini.

Hiwar 1

“Budin, hang try tolong aku masak hari ni pulak.” 

“Arrgh, benda remeh ja tu..buatla sendiri. Suruh aku pulak. Banyak masalah Negara aku tengah fikir ni..” Bangkang rakannya.

Hiwar 2

“Demo tokleh wat gitu, buat supo kawe nih..berat demo.” Tegur seseorang.

“Biar arr, ikut kawe nak wak guano. Buke sabit ko demo pun.” Balas seseorang pula.

Hiwar 3

“Abang nii, suruh bancuh susu pun tak reti…itu belum suruh masak, basuh baju, kemas rumah, jaga anak..”

“Awak ni banyak membebal tengah-tengah malam ni apahal? Takda masa saya nak buat benda-benda gini!.” Jerkah Si Suami.

Perbualan lazim didengari melibatkan insan bergelar lelaki, samaada peringkat perkuliahan ataupun sudah berumah tangga. Dalam perbualan itu, jika tidak kena konsep hikmahnya saya yakin ia akan berpanjangan. Malahan boleh membawa kepada perbalahan dan keretakan serius keakraban dua insan. Bila bertemu api dan api jika tidak dibendung nescaya bertambah maraklah api itu menjadi sebesar-besarnya bahkan mampu membakar hutan-hutan simpan seperti di Sumatera dahulu. Api lawannya Air. Berhikmahlah dalam menangani.
 
Tauladan Mulia

Memang dan teramat susah untuk mengikuti tauladan junjungan mulia penghulu Nabi iaitu Rasulullah SAW. Ini kerana, isteri baginda Saidatina Aisyah r.a sendiri mengakui akhlak baginda ialah Al-Quran. Tinggi pekerti, luhur akhlaknya, hemah berbicara, lapang dada merupakan antara sifat seorang Nabi yang ma’sum. Namun kita dianjurkan untuk menjadi baginda SAW sebagai role model. Manusia tidak sempurna, menuju kesempurnaan itu sebaik-baiknya.

Tercatit di dalam sirah, ketika mana Nabi Muhammad SAW hendak membuka kota Mekah dalam peristiwa fathul Mekah beliau menyuruh sesiapa di antara penduduk Mekah yang ingin selamat boleh berlindung di rumah Abu Sufian. Kerana baginda tahu, Abu Sufian salah seorang pembesar Mekah yang sukakan kemegahan dan penghormatan sebelum itu. Akhirnya, Abu Sufian memeluk Islam. Lihatlah bagaimana hikmahnya Rasulullah SAW berdepan dengan keegoan seorang lelaki. Luntur, luluh, jatuh berderai ego menjadi debu-debu berterbangan ditiup angin gurun. Diriwayatkan dalam kitab adab, Hakim dan Baihaqi bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”

Antara contoh lain dikalangan sahabat ialah sikap Khalifah Umar Al-Khattab bila mana menjadi Khalifah Islam selepas Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Dalam suatu peristiwa, Saidina Umar ditegur kerana statement berkenaan penetapan mas kahwin yang dikeluarkannya mengundang ketidakpuasaan hati wanita. Lantas wanita tadi menegur pemimpin Islam itu. Adakah Saidina Umar marah? Tidak sama sekali. Bahkan beliau mengiyakan serta menerimanya. Subhanallah, sungguh! Tiada kalam pujian yang mampuku tuturkan lagi buat Rasulullah SAW dan para Sahabat.

Apa reaksi jika pemimpin kita ditegur? Isteri menegur suami? Saya fikir, anda boleh membayangkannya.

Kesimpulan

Konklusinya, dua hikmah yang berbeza dalam dua situasi. Egois bertemu Egoistik. Pertamanya dari penegur itu sendiri, keduanya dari yang ditegur. Kedua-duanya jika kena cara hikmahnya, saya yakin akan jarang berlaku perbalahan rakan taulan, konflik rumah tangga, krisis kepimpinan tidak berakhlak dan sebagainya. Nescaya akan wujud ‘Al-Ukhuwwah wasalamatu sadri’. 



Ibnurashidi
1:17PM, 31 Oktober 2008,
Siberbay.




"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

40 komentar:

Anonymous said...

assalamualaikum..
banyak dpt vocab baru entry kali ini..
berbelit belit lidah nak sebut..
hmm salah isi borang j, tp kena hantam mcm dah seludup brg larangn..:D

dr ap yg sy faham pd entry pd kali ini,
ap2 pun perbalahn, jurang, ect, kena kembali kpd Al Quran n Sunah..
Banyak cth sirah2 yg penulis beri..
Bak kata mudir sy,
alat sudah ada, cuma tinggal kita tahu guna atau tidak alat tersebut..
angkat hidung tinggi2 pun x guna sbb tiada siapa yg mahu melihat org sombong..
:D
jakallah..

"Kesenian itu Indah":p

TeacherNunu said...

"Manusia tidak sempurna, menuju kesempurnaan itu sebaik-baiknya." ---> saya suka ayat ni :)

Ibnurashidi said...

Wa'alaikumsalam awrapurnama..

Biar berbelit lidah jangan berbelit fikrah:)
Itulah, agaknya kalau seledup barangan bahaya gerenti kene bedil situ juga:D..nauzubillah.

Memang, terlalu banyak alat sehinggakan pening dan bingung untuk menggunakannya. Kadang-kadang bila ketiadaan alat, manusia mula merindui alat itu.

"Memang Indah"

Ibnurashidi said...

"Manusia tidak sempurna, menuju kesempurnaan itu sebaik-baiknya."

Memang kena begitu..ye tak?jangan menyalahkan kekurangan sambil menghentak kepala di dinding. Tapi belum berusaha untuk menyempurnakan.

cikMilah said...

Orang yang ego ni, sebenarnya lemah. Lemah mengaku kebenaran dan lemah menahan sabar. Lelaki perempuan tak terkecuali.... tak boleh ditegur, makin tinggi egonya nanti. Sabar saja lah kannnn...:)

Ibnurashidi said...

Betul jga ye MakcikMilah..org ego ni lemah.

Boleh nak menegurnya..saya rasa ada caranya. Cara halus lagi berhikmah.

faridmw said...

salam... ego bg sesorang tu biasa.. tpi orang yang pandai adalah orang yang cekap mengawal egonya...
polis mesir mmg ego kuat... hehehe..

Ibnurashidi said...

faridmw..

Salam..ye memang ada ego cuma sikit atau byk..
Boleh tahan jugala egonya..enta Jordan ke Syria?sana polis ego kuat ke tak?:)

azlishukri said...

ego perlu ada, cuma kena pandai kawal.

Ibnurashidi said...

Muhammad Azli Shukri...

Tentang 'kawal' itulah ramai lelaki yang failed..susah nak mengawal jika tidak ada protection yg kuat buat diri.

Ramai yang mampu berkata-kata, nampuk tidak mampu untuk buat. Muhasabah kembali sama-sama.

Anonymous said...

saya x berapa paham ngan cth yg diberikan.

Nur Tasnim said...

salam

anim link kn ke blog anim ya :)

Ibnurashidi said...

Husna..

Contoh yang bagaimana enti tak faham?cuba terangkan. Sebenarnya contoh itu perlu diteliti dan difahami betul2..Insya'Allah ada kecerahannya.

Ibnurashidi said...

Nuranim..

Salam..silakan Cik Anim linkkan..segala Ilmu Allah perlu disebar seluas-luasnya. Tiada Hakcipta Terpelihara.

Anonymous said...

Salam.. Manusia memg da ego,tp llaki lah yg plg byk..a'a,stju ble pnls ckp da cra blh mengtasi..tp kdg2 xnk d trime jgk.btl tak?em,pe2 pn tak t'jangkau indahnya akhlak,peribadi junjgan mulia kita.. Smga same2 m'jdkan nya pnduan..

Ibnurashidi said...

Nur_Syahadah...

Salam alaik..memang lelaki lebih banyak ego. Caranya ada, yang tak nak diterima tu maksudnya belum tahu caralah:)

Insya'Allah..panduan untuk semua.

Nur said...

Ibnu ~ salam, hahaha..I'm embarrassed, I already link your blog without your permission, the reason is, your blog is so nice and I hope lots of my students will visit yours and take more of your advices and apply it in their lives. Thanks for dropping by my blog, eventhough it poorly done.

Ehm, how true your post this time, susah kan nak tone ego masing-masing...

Tirana said...

Salam Farid,

Biasanya kak tirana menjadi di antara orang terawal memberi komen pada setiap entry Farid tapi untuk dua tiga entry kebelakangan ini menjadi yang terkebelakang pulak..hehehe..terlambat masuk dan terlambat baca..

Ego ada pada setiap orang, tak kira lelaki atau perempuan. Ia merupakan satu anugerah Allah kepada kita sebenarnya cuma kadang kala kita tidak pandai mengawal ego yang ada menyebabkan ia terarah kepada negatif. Biasanya kita cepat melenting apabila terasa ego kita dicabar dan tercabar. Di sini pentingnya skill komunikasi yang effective. Ego boleh dilentur dengan komunikasi yang berkesan. Jadi sebagai pendakwah, kita perlu menyediakan diri dengan skill ini agar ego para mad'u kita dapat dilentur dengan mudah dan mereka tidak terasa ego mereka tercabar. Contohilah cara Nabi kita berkomunikasi dengan para sahabat dan juga cara baginda berkomunikasi dengan para musuh.

A t i Q a h said...

Salam..
ego itu perlu, tapi harus diseimbangkan dengan akal dan hati.

Anonymous said...

dgn izin ALLAH xda la sampai berbelit fikrah..:)
merindui alat itu?

alat sudah ada, cuma tinggal kita tahu guna atau tidak alat tersebut, apabila ketiadaan alat, manusia mula merindui alat itu.

blh disinambungkan komen penulis ngn ayat tu..:)
shukran2..
blh la disebar2kan..

"Sdhlah indah, mlh menenangkan"

Ibnurashidi said...

Atiqah..

Sebagaimana yang saya sebutkan di atas..keperluan berlandaskan waqie' semasa.

Ibnurashidi said...

awrapurnama..

Boleh kita sebut dengan lebih tepat..alat itu ialah Islam itu sendiri. Ada kereta tapi tak pandai bawa@takda lesen tak jadi jugakkan..

"Seindah Akhlak Rasulullah SAW"

Anonymous said...

:) blh..

ALLAH sdh sediakn cara,
cuma manusia cari @ tdk..
guna @ tdk..

sama x jka sy kata

ego = 'izzah (ketinggian)

Nadia said...

susah nak cari lelaki zaman sekarang yang boleh menerima teguran perempuan sebaiknya. Mereka berpegang kpd prinsip "Perempuan perlu tunduk,patuh cakap suami tanpa ada sebarang bantahan". Segala prinsip lain di tolak tepi. Kalau nak bermadu pandai pulak amik contoh Rasullullah saw,tapi dalam hal lain takde pon..

ego kan lelaki macam ni.huhu

Ibnurashidi said...

Kak Tirana..

Itulah, kalau sebelum2 ni belum pun orang lain komen..tup..tup TIRANA dah ada. Takpa lakukan perkara penting terlebih dahulu.

Bagus..Kak Tirana dapat menangkap antara maksud entri yang ingin saya sampaikan. Kelmarin saya ada menonton filem Sang Murabbi Arwah Ustz Rahmat..dalam kisah yang dipaparkan memang sesuai dan kena sekali teknik dakwah. Antara yang menarik ialah beliau bukan sahaja seorang pendakwah di luar rumah, tetapi juga di dalam rumah. Menyapu sampah, buat kerja2 rumah menjadi rutinnya. Tidak ada perasaan ego lelaki meninggi dalam diri. Malah berlemah lembut dan berlapang dada pula. Musuh boleh 'jatuh cinta' dengan caranya.

Sesiapa yang belum menonton, saya syorkan beli DVDnya. Banyak input boleh diambil Insya'Allah.

Ibnurashidi said...

awrapurnama..

saya merasakan penggunaan ego : 'izzah tidak sesuai. Kerana jika difahami maksud ego ia membawa makna penting diri, tidak mahu dikritik.
Manakala 'izzah pula bermaksud kemuliaan atau ketinggian. Bukan ego tetapi ketinggian yang dimuliakan. Wallahua'lam

Unknown said...

:D

kadang2 ter'ego' jugak.....
Biler rase diri tercabar......heh

Ibnurashidi said...

Nadia-ady..

Kerana ego tu yang lelaki sesuka hati nak berpoligami tanpa rasa apa2. Ada caranya. Bukan boleh hentam membuta tuli.

Jarangkan melihat lelaki sama2 membantu kerja rumah. Tentang lelaki mahu beri arahan tu, saya rasa tak da masalah. Tetapi berbincang cara terbaik. Atau boleh gunakan cara berhikmah ketika memberi arahan. Nak hadapi lelaki macamtu, perempuan jangan lawan kasar balik. Bertambah parah.

Ibnurashidi said...

Pendekar...

Biasalah, namanya lelaki.
Rasanya sebagai lelaki..sesuai kita renungi kisah di mana Rasulullah SAW ketika awal Islam. Waktu itu, ada seorang wanita yahudi selalu buat onar. Ganggu Rasullullah SAW nak ke Masjid. Macam2 diletak dijalan. Namun, ada sehari tu dia tak buat macam tu. Rasulullah SAW ke rumahnya bertanya khabar kenapa dah tak buat macam biasa. Rupa-rupanya sakit. Berkat kemuliaan akhlak Rasulullah SAW, dia masuk Islam.

kin hashim said...

"Hikayat egois lelaki"...ingatkan satu cerpen tadi...heheh...lelaki dan ego mana boleh dipisahkan... perempuan juga ada egonya, tetapi secara umumnya ego lelaki mengatasi wanita. Keterlaluan ego memang la satu kelemahan, tetapi lelaki memang perlukan ego untuk mengendalikan sesetengah urusan wanita, kerana wanita dimaklumi akalnya 1, nafsunya 9 :). sebaliknya, wanita juga perlu berusaha untuk mengimbangi ego lelaki..bukan berterusan melawan egonya....

Ibnurashidi said...

Kin Hashim..

Nampak semacam cerpen ya K.Kin..belum ada waktu lagi nak tulis cerpen. Nantilah ada masa saya cuba ceburi.

Ermm, pendapat dari orang pengalaman berumahtangga lain bunyinya ya..:)

Anonymous said...

salam singgah
blog yg berinfomatif & banyak wacana. mohon izin, ana pautkan blog anta ke blog ana :)

Ibnurashidi said...

Asal..

Ala kullihal thank you very much. Moga sama-sama membincangkan wacana ilmiah demi mendapat kejernihan. Silakanlah link.

Anonymous said...

asal xleh letak nama saya plak ni. nak anta komen pun susah

Anonymous said...

yg sy x paham tu dah faham dah. cuma keliru sket sbb sy rasa perempuan skrg pun ego sama naik jer. Mcm kata encik, perempuan sekarang dah advanced. Saya rasa ramai juga perempuan cakap macam cth yg diberikan

nohas said...

Kita orang Timur berbeza dengan orang Barat yang lebih terbuka dalam hal tegur-menegur secara direct ni. Perasaan hormat & menjaga maruah/air muka tetap dijunjung tinggi. Sebab tu ada peribahasa Melayu, "pukul anak, sindir menantu". The physcological impact is much greater than the physical impact.

Sebab itu Islam sangat menganjurkan supaya selalu bermuhasabah diri dan bermusyawarah antara ahli keluarga supaya dapat saling ingat-mengingati & tegur-menegur dlm suasana yang santai, tidaklah 3D (Derita Dalam Diam). Kawallah ego, supaya tidak menjadi 'super ego'

Ibnurashidi said...

HUsna...

ALhamdulillah, komentar sudah beroperasi semula. Ada sedikit masalah teknikal baru-baru ni.

Lelaki ego menyebabkan perempuan turut ego?setuju dengan pendapat saya?

Ibnurashidi said...

Orangbukit...

Masyarakat melayu lebih kepada lemah lembut. Dalam diam tetapi nyilu terasa. Kalau masyarakat arab, tegur direct perkara biasa. Bagi saya ada pro dan kontra dalam masalah menegur begini.

Satu istilah yang menarik '3D'. Saya rasa jikalau menegur dengan direct boleh 3D dengan sinis juga rasanya boleh timbul rasa 3D. Terbaik seperti yang dikata, ialah bermesyuarah dan saling memahami.

Qurrata 'Ayun said...

semua org (lelaki & wanita)ada egonya. The way they control it make it different.I guess so. :)

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP