Konsert Apresiasi Penuh Berseni
Tuesday, October 28, 2008
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
Suasana malam dengan hawa menyegarkan terasa nyaman sekali. Pada malam itu saya agak kelewatan namun masih belum terlambat menghayati bait-bait indah lontaran padu insan bergelar seni. Mujurlah sahabat Exco Tanta tolong simpankan sekeping tiket untuk saya. Tertera tulisan di tiket berwarna kuning itu ‘KONSERT APRESIASI GRADUAN sempena FKAMC’o8’. Penjurunya tertulis angka nombor bertuah.
“Enta simpan tiket tu, nanti ada cabutan bertuah.” Penjaga tiket cuba mengingatkan saya.
“Insya’Allah”
“Tajuknya sudah bersastera harapnya isinya juga punya seni Islamnya,” monolog sendiri.
Permulaan persembahan dipersembahkan oleh group nasyeed dari Mansurah. Seterusnya persembahan dari Sufi Rhythm iaitu group campuran mahasiswa Al-Azhar dari serata furu’ Mesir. Paluan percussion menggetarkan kolong jiwa hasil dentuman sewaan speaker PA System. Kalau di tahun yang lalu, pentas itu juga turut berlangsungnya konsert undangan khas dari Malaysia. Kumpulan In-Team menjadi pilihan penganjur untuk mengadakan persembahan. Namun pada tahun ini, sekali lagi dengan kerjasama PMRAM dan Al-Azhar Media berjaya mengundang artis solo bekas anggota kumpulan Raihan iaitu saudara Nazrey Johani. Sebagai tambahan, maklumat biodatanya boleh klik di sini.
Selepas sahaja ajk penganjur menunjukkan tempat. Tiba-tiba seseorang melambai kepada saya. Cuba menoleh dalam kesamaran malam walau ada pancaran hasil sinaran sportlight. Terus saya menghampiri dan mengambil tempat di sebelahnya.
“Ohh, Ust.Baim dengan Ust.Muin rupanya. Ingatkan sapa tadi. Apa khabar?”
“Bila sampai?”
“Petang tadi, transit kat rumah seorang sahabat kita tadi…Fuhh, tadi lepas asar bukan main lagi hujan. Berketul dia turun, macam salji! Ketulan ais.” Cerita saya memulakan perbualan.“Hujan batu tu, kalau kena kepala mau benjol” sampuk Ust.Baim. Saya tersenyum.
Bunyi minus one lagu Salam damai dari Nazrey Johani memulakan persembahan. Kami terdiam sebentar sambil menghayati. Kemudian diteruskan dengan lagu Suara hidayah, Kekasih yang dirindui, Secerah pawana, Antara dua cinta, Isteri Solehah, Sekeping hati dan Perantau. Tersentuh hati bila beliau mendendangkan lagu Perantau memandangkan bertepatan kami selaku sang perantau. Antara nasihat lain beliau sampaikan ialah ketika selepas mendendangkan lagu Antara dua cinta. Pesan beliau :
“Letaklah cinta di tangan, kalau di hati letaklah separuh sahaja. Cinta Allah itu segalanya”
“Jadilah isteri cerdik yang solehah, suami yang soleh”
Nazrey Johani...
Pada malam itu bukan sahaja Nazrey Johani menghiburkan kami, akan tetapi sahabat dari Indonesia turut tidak melepaskan peluang bersama-sama. Kumpulan Da’i Nada yang terkenal dengan lagu mereka ‘Mali rabbun siwa’ turut mendendangkan 3 buah lagu variasi Bahasa arab, Bahasa melayu dan Bahasa Inggeris. Sedap dan lazat hidangannya.
Turut terselit dalam agenda program malam itu ialah pelancaran kamus Al-Miftah. Saudara Nazrey Johani sebagai dutanya menjadi perasmi julung kalinya. Jiwa sekali lagi terusik apabila diadakan slot tayangan slide memaparkan kasih sayang, pengorbanan seorang ibu bermula melahirkan sehingga anaknya mengenal erti dunia. Akhir persembahan, gabungan penasyid-penasyid berpadu suara mendendangkan beberapa lagu penutup.
Percussionist Sufi Rythm...
Apa itu FKAMC’08?
Bermula tahun lepas, FKAMC’08 anjuran PMRAM kembali meneruskan kesinambungannya. Jika istilah itu dileraikan maknanya satu persatu nescaya akan terpampanglah maksud sebenarnya. Festival Konvokesyen dan Anugerah Mahasiswa/wi Cemerlang ( FKAMC ). Maknanya, setiap graduan Jika edisi lepas, saya juga turut menyertai Konvokesyen itu. Jangan salah sangka, bukan kerana cemerlang bukan juga kerana sudah bergraduat tetapi hanya dilantik menjadi Ajk kecil persiapan. Ripuh bergelumang tugas. Alhamdulillah, secebis kenangan dan pengalaman itu memberi erti dalam mengawal sebesar majlis. Harapan saya, 2009 merupakan tahun untuk saya bergraduat pula. Amin Ya Rabbal Alamin.
Hadirin hadirat yang hadir...
Seni itu Mendamaikan
Jika mereka yang tidak meminati seni sudah tentu menafikan kedamaian itu. Bagi saya, nasyeed juga merupakan salah satu cabang daripada seribu cabang seni. Bait-bait indah memuji ketuhanan, di selang seli dengan kata-kata nasihat itu mengasyikkan. Damai telinga mendengar, sedap jiwa menghayati, mulus otak menafsir. Kadangkala membuatkan kita kesedihan mengingat dosa-dosa dilakukan. Kadang-kadang juga menceriakan suasana. Termanifestasi pada riak sang pencinta seni dalam penyampaiannya. Walau bicara tanpa suara sekalipun. Firman Allah SWT :-
“Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.”
( Az-Zariyaat : 55 )
Seharusnya tidak menjadi kesalahan jika pendakwah mahu mengalunkan syair-syair dan alunan nasyeed sebagai pemberi peringatan. Kerana di dalam jiwa manusia itu sememangnya dikurniakan oleh Allah Azzawajalla sekelumit rasa untuk berhibur. Manusia yang tidak punya perasaan itu rasanya sesuai tergolong golongan persis kurang normal.
Cuba anda imaginasi sebentar. Sedang duduk di kaki langit merenung segerombolan awan-awan berarak. Sebentar kemudian, desiran angin sepoi bahasa pula menghembus membelai manja. Nyaman. Kicauan burung-burung berkicau sebagai tanda kalam tasbih untuk ilahi. Lihat pula ke arah bukit-bukau dan gunung-ganang. Megahnya makluk Allah itu berdiri menahan bah di kala banjir. Pancaran cahaya mentari pula bersinar jingga menyuluh bumi menghasilkan kesempurnaan dalam penciptaanNya. Fikirkah anda bagaimana ia dilakukan? Bagaimana awan itu berarak? Siapa pula meniup angin tadi? Bagaimana burung itu terbang? Bagaimana pula hendak mendirikan sebesar gunung berbatu itu?. Hati dan jiwa yang berseni sahaja mampu memikirkan, menghayati dan mentafsirkan panorama alam itu. Firman Allah SWT :-
Dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan?
( Al-Ghashiyah : 19 )
Tidaklah engkau ( Muhammad ) tahu bahawa kepada Allahlah bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung yang mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) berdoa dan bertasbih. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.
( An-Nur : 41 )
Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menjadikan awan bergerak perlahan, kemudian mengumpulkannya, kemudian menjadikannya bertompok-tompok, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, (yaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) ais itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan.
( An-Nur : 43 )
Tertarik saya akan satu kisah ketika zaman Rasulullah SAW. Baginda telah bersabda kepada seorang sahabat bernama Handzalah. Ini kerana Handzalah merasakan dirinya telah munafiq setelah bergurau dengan isteri dan anak-anaknya. Juga kerana perubahan keimanannya antara di rumahnya dengan keadaannya bersama Rasulullah SAW. Sabda baginda SAW :-
يا حنظلة، ساعة وساعة“Wahai Handzalah! Sekali-sekali bolehlah.”
Berbicara soal seni hiburan, sebenarnya perkara ini ada sedikit khilaf di kalangan Ulama’ salafiyah dan khilafiyyah. Namun bukanlah menjadi penghalang untuk berhibur secara islami. Saidina Ali Abi Thalib r.a berkata :-
“Hiburlah hatimu sedikit demi sedikit, sesungguhnya hati itu apabila tidak suka, menjadi buta.”
Beliau berkata lagi :-
“Sesungguhnya hati itu boleh bosan sebagaimana fizik juga boleh bosan, maka carilah untuknya keindahan hikmah ( kebijaksanaan ).”
Kesimpulan
Lakarlah lakaran di jiwa-jiwamu tentang keindahan bertuhan. Designlah pemikiranmu mengikut method Syariat. Pasakkan dirimu dengan nilai-nilai akhlak Rasulullah SAW, para sahabat, Tabi’ Tabien serta Ulama’ dulu kini dan selamanya. Seni itu indah, jadilah seperti arkitek bukan sahaja tahu membina bahkan menghayati seni bina. Wallahhua’lam.
Ibnurashidi
12:07AM, 29 Oktober 2008,
Siberbay.
"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."
30 komentar:
Alhamdulillah, sebenarnya Islam tidak melarang seni, tetapi ia harus dibatasi dengan syariah, supaya tidak mendorong insan melupai hukum Allah.
Posting tuan terutama renungan membantu menyedarkan saya tentang kebesaran Ilahi.
Syukur, matlamat dan niat sudah tercapai. Harapannya agar dijadikan iktibar berguna.
Bagaimana pula mereka yang gemarkan muzik hiphop?rock?r&b?balada?pop?dangdut?heavymetal?blackmetal dan bermacam spesis muzik lagi. Perbincangan dibuka.
'Berhibur tiada salahnya...'
Ana memang gemarkan music, nasyid dan sebagainya. Tapi, masalah lah sikit. Ana juga suka dengar lagu2 english, yang agak rancak...
camna? hehe.. :D
Teringat zaman-zaman belajar di USM dulu... menganjurkan konsert amal islami, bekerja keras menghubungi, menjemput dan meng'konfirm'kan penyertaan ...
Semata-mata untuk hidangkan hiburan alternatif moga-moga ia menjadi hiburan pilihan.
Assalamualaikum,
sungguh ALLAH memahami jiwa hambaNYA yang mendamba sedikit hiburan di dalam sedikit relung hati kita. Sedikit celaru timbul bukan pada masalah pada hukumnya yang bagi saya sudah jelas (bagi yang sudah mengkaji dan mendalami), namun, kegugahan wujud pada kefahaman oleh sebilangan artis nasyid yang sekarang di lihat menjadi kan ia platform kepada budaya 'baik-baik' yang bertopengkan hedonisme. ini sedikit sebanyak mengundang kesalahfahaman kepada tatacara hiburan islam yang sebenar sehingga perkara yang batil di lihat sebagai haq dengan sedikit alas syariah, bukan sepenuhnya, budaya menghalalkan cara buat mencapai matlamat. Saya lebih selesa dan lebih tersengat dengan nasyid nostalgia seperti the zikr, nahwannur dan yang sezaman dengannya. Apapun, saya juga memilih untuk optimis kepada perkembangan semasa, namun amat memerlukan penelitian semula. Nasyid bukan suatu industri hiburan, tapi perlu meletakkan industri dakwah sebagai asas dan pegangan.
Mungkin saya juga boleh di golongkan kepada golongan yang suka pada lagu spesis bukan di gelar nasyid pada zahirnya. Saya pernah sukakan dangdut (lama dulu) namun hasil penangan ilmu ALLAH swt, insyaALLAH kali ni berhati-hati. Saya pernah dan masih meminati lagu 80/90an namun tidak semua, tapi sebahagiannya yang membawa mesej ketuhanan dan alam. Namun saya sangkal method menyampaikannya yang sememangnya menghalalkan penggunaan alat musik yang di tegah. Bila jiwa keruh, sesekali 'terdengar' juga lagu dari genre selain nasyid. Pernah sahabat bertanya kepada saya atas sedikit minat yang terkadang hadir untuk menjamah telinga dengan lagu zaman 80/90an, 'sudah tidak ada alunan musik yang lainkah buat melayan kerenah jiwa?'. Sungguh manusia suka beralasan, dan kadangkala mengada beralasan kan 'terpaksa'. Mujur ada sahabat untuk di ingatkan.
Lalu apa lagi pilihan terbaik kita?
~A'la bizikrallahi tat mainnal qulub~ Biarpun anak tekak kami kering kehausan air, tentu kami tidak akan jemu melagukan syair, rindu mendayu, ,merayu, hanya….kepadaMu Tuhan kami yang satu. Banyakkan lah berzikir moga hati kita sentiasa tenang dengan nikmat ‘bertuhan’. inilah hiburan terbaik saya kira sebenarnya
Wallahua'lam
Tie paling minat doa taubat (raihan). Tak tahulah , begitu syahdu dan insaf sekali.
subhanallah..seni itu indah..nk tnya ttg alat muzik yg boleh dan x dibolehkan dlm islam...betul ke alat muzik yg dipetik talinya tidak dibolehkan...? xpasti..cume pnh dgr..ape hukum sbnrnye, sbb byk je kump nasyid tnh air yg guna gitar sbg contoh..hrp m'dpt jwpn..wallahualam
Salam alaik...
Fuh... lama betul nak tunggu kelahiran artikel kali ni.
Kak su bukan tak suka kan muzik... suka juga sbnrnya. Tapi tak delah sampai kemaruk nak dgr lagu setiap hari. Dan kak su mmg memilih sgt lagu yg nak dihidangkan untuk halwa telinga.
Lagu-lagu 80/90an seperti lagu-lagu Sudirman dan bbrapa penyanyi lain menjadi pilihan satu ketika dulu. Suka dgr sbb ikut kekawan masa sekolah. Tapi makin lama ia makin hilang.
Lagu yang tak banyak campuran muziknya lebih mendamaikan. Sbb tu lah kecenderungan kak su lebih kpd lagu nasyid, terutama Raihan, yang gunakan alat muzik yg ringkas saja. Kumpulan nasyid yg lain, agak banyak campuran muziknya.
Pernah dgr satu ustaz cakap, terlalu banyak bunyi-bunyian akan lebih mudah melalaikan hati. Sebaiknya pilihlah alat muzik yang tidak bertali dan... (tak ingat apa jenis alatannya)kerana muzik (yg keterlauan) mmg melalaikan.
Sabtu dua minggu lepas, ada ceramah dari ustaz yg ada menyentuh serba sedikit ttg seni dlm Islam iaitu zikir berlagu. Katanya, salah seorang ulama terkenal (tak ingat la pulak sapa ulamak tu... ni yg rasa nak ketuk kepala sendiri ni) meminta supaya kitabnya di baca dalam nada berlagu. Sbb ia lebih memudahkan penghayatan dan meresap ke dlm jiwa.
Berzikir itu salah satu cara melembutkan hati. Dan zikir berlagu seperti dendangan kumpulan Hijjaz dan Akil Hayy mmg sesuai dan amat di galakkan utk didgri dari semasa ke semasa.
Salam. Fitrah manusia inginkan kedamaian, ketenangan, kecantikan dalam pelbagai bentuk, visual, audio & physical. Muzik yang sesuai ialah yang membawa manusia kembali kepada fitrah, mengenal penciptanya.
Mereka yang gemarkan genre muzik yang lain seperti hiphop, rock, heavymetal,dll bolehlah dianggap mengalami kekacauan/kecelaruan jiwa, yang inginkan satu 'escapism', berada didlm dunia ciptaan mereka sendiri. Seperti irama blues yang diilhamkan oleh kaum kulit hitam di USA yang menjadi hamba abdi, satu luahan perasaan sedih yang dimanifestasikan dalam alunan irama blues itu sendiri.
Satu pertanyaan, Handzalah itu bukankah sahabat yang syahid selepas akadnikah? Ada isteri, tapi tiada anak. Lagu dendangan Kumpulan Rabbani. Mungkin, Handzalah yang lain. Wallahhua'lam.
assalamualaikum
kagum dgn PMRAM..
nmpk sggh berjaya konsert trsbt..
mmg x dpt dinafikan,
setiap insan pasti ignkan hiburan..
tp di malaysia ni terlebih hiburan?
ap pendpt penulis?
pernah x ada golongn anti hiburan?
Cikgu_Eya...
Na'am, berhibur tiada salahnya jika kena cara.
misalnya begini. Enti nak makan satu makanan..cth Nasi Ayam. Ada dua pinggan, rasa sama, semua sama. Tapi bezanya satu dimasak oleh orang Islam. Satu lagi orang kafir. Enti nak makan Nasi Ayam yang mana?
Kakchik..
ermm, bekas mahasiswi yang aktif rupanya. Mesti banyak memori kenangan sebagai seorang pelajar nikan. Apapun, nanti boleh kongsi cucu cicit pula.
Respon to Anonymous..
Dalam hal nasyeed spt lagu dan lagu spt nasyeed saya berpandangan akan melihat terlebih dahulu group tersebut. Saya cuba kaji latar belakangnya untuk pengesahan sebelum menghujum tajam ke arah mereka. Tidak dinafikan, ada sesetengah group sudah terlalu advanced pada mata kasar. Jika terlebih, saya mengambil langkah undur. Konsep lari tidak perlu diikuti.
Berkenaan lagu nasyeed evergreen , saya suka menyatakan itulah kenangan saya. Itulah hiburan asal saya. Ternyata yang lama itu lebih menyentuh jiwa. Bagi Nazrey Johani saya berpandangan berbeza. Kerana beliau masih mengekalkan konsep lama semenjak The ZIkr, Raihan dulu lagi. Konsep segar dan damai dalam memuji ketuhanan serta tazkirah membuatkan saya masih respect.
Apapun, jika keruh carilah jernihnya. Bukan 'jernih' sebarang 'jernih'.
"Arif bihubillahhi nafsak..arif billahi nafsak warfa' bidinillahhi ra'sak.."
Kak Tie..
Alhamdulillah, baguslah jika minat begitu. Semoga kesyahduan itu mencengkam jiwa.
Iffah..
Masalah boleh atau tidak itu saya tidak mampu nyatakan secara tepat kerana ia berkaitan khilafiyyah. Namun sebagai jawapannya mungkin saudari boleh teliti kata-kata Imam Al-Ghazali dalam menjelaskan hukumnya. Kata beliau, antara faktor yang mengubah hukum mendengar nyanyian dari harus kepada haram meliputi 5 penyebab :-
1. Faktor yang ada pada penyanyi. Seperti wanita yang tidak halal untuk dipandang serta bimbang berlaku fitnah jika mendengarnya. ( Kebanyakkan penyanyi wanita tidak menutup aurat lebih dasyat tarian gelek dangdut )
2. Faktor yang ada pada alat muzik. Jika alat muzik yang digunakan termasuk simbol tukang peminum atau simbol lain2nya spt seruling, gitar dll adalah dilarang. Kerana permainan itu biasanya dimainkan ahli maksiat, jika menyerupai ia termasuk dalam kaum tersebut.
3. Faktor yang ada pada lagu. Lirik mencaci, melalaikan, menghina dan sbgainya adalah dilarang.
4. Faktor yang ada pada pendengar. Jika diliputi rasa nafsu dan syahwat maka haram mendengarnya.
5. Faktor keawaman. Jika pendengar dari golongan awam dan tidak diliputi rasa cinta kepada Allah. Contoh, bermain catur hukumnya harus. Namun jika bermain berterusan menjadi makruh sangat dibenci pula.
Rujuk kitab : Al-Islamu Wal Fannu
Kak Su..
Biasalah, sekarang waktu terpaksa kita kejar bukan lagi waktu mengejar kita.
Kiranya Kak Su ni peminat lagu irama lama-lamalah ya. Minat lagu sudirman mesti ada nostalgia dengan suami agaknya?:)
Sentuh tentang seni muzik ini, saya tertarik dengan apa yang disebut kak su menggunakan kaedah zikir berlagu. Sebenarnya perkara ini telah pun diamalkan oleh golongan sufi atau tasawuf. Kadangkala alunan zikir mereka nyanyikan sehingga tenggelam rasa zouq. Ini telah dikisahkan dalam buku-buku sejarah. Terutamanya kisah Hassan Al-Basri dan Rabi'atul Adawiyyah.
Sebenarnya jika hendak hafaz sesuatu dibuat dalam bentuk nyanyian lebih mudah diingati. Sepertim menghafaz matan-matan kitab, hadis, zikir, al-quran. Dituntut supaya menyedapkan bacaan al-quran dengan berlagu. Jelas bukan?
Orangbukit...
Kerana kekacauan jiwa itulah mengundang runtuhnya aqidah..nauzubillahhi minzalik. Saya kira penjelasan saya dari kata Imam Al-Ghazali di atas dapat menjernihkan keadaan. Salah satu kekacauan yang berlaku sbgaimana lagu-lagu dilaungkan oleh puak Blackmetal suatu ketika dahulu. Apa manfaat mendengar lagu berserabut otak?
Tentang Handzalah itu saya rasa ianya berlainan. Saya cuba rujuk kembali kitab, namun tidak disebut 'binnya'. Jikalau Handzalah yang syahid itu belum punya anak. Nama beliau ialah Abu Handzalah bin Ar-Rabie'. Beliau terkorban ketika peperangan Uhud. Ketika itu juga beliau dinikahkan. Namun semangat jihad lebih kuat dari semangat bersama isteri. Kagum sekali!benar-benar kagum.
Wa'alaikumsalam awrapurnama..
Saya fikir bukan saja di Malaysia yang terlebih hiburan, tetapi semua negara yang ada umat Islam jadi begitu. Penangan perancangan zionisme mmg berjaya!
Seni itu bukan sahaja muzik..saya saja selitkan begitu. Skop perbincangan topik ini saya cuba luaskan dengan seni berfikir dan bermacam seni lagi. Seni bersilat, beribadah, lukis, menulis juga adalah seni. Itu juga menghiburkan jiwa bukan?
Tidak arif untuk berkomentar ttg seni muzik. Minat muzik, tp, mungkin tidak terlalu taksub. Mungkin jiwa lebih berminat kpd cabang seni yg lain... :).
Alhamdulillah, sejuk hati makcik baca tulisan ini. Irama nasyid memang syahdu dan meninggalken kesan pada hati dan fikiran.
Kin Hashim...
Lama K.Kin menyepi ya. Ke sana masih raya lagi?
Mungkin seni masakan agaknya:)apapun gunakan seni yang ada ke arah kebaikan. Kreatif juga namanya cerdik.
MakcikMilah...
Sejuk hati itu tandanya makcik ada perasaan berseni. Mampu membaca dengan maknanya:)bagus.
Tambah2 lagu ghuraba' lagilah menyentuh perasaan kalau faham.
Memang manusia suka kepada hiburan..lagu dan muzik..tapi jaga jangan sampai keterlaluan dan melalaikan. Selagi tidak melalaikan kita dari amalan yang wajib, bagi kak tirana tak salah.. Apa2 pun kalau sampai melalaikan misalan melayari internet sampai melepasi waktu solat, itu sudah menjadi satu kesalahan. Wallahu'alam.
Kak Tirana...
Peringatan yang baik "Apa2 pun kalau sampai melalaikan misalan melayari internet sampai melepasi waktu solat, itu sudah menjadi satu kesalahan."
Semoga anak kak najah peksa ya..
salam..seni itu indah ya
Salam arsaili..
Ya, seni indah terlalu indah.
Hm..seni itu indah..prsoaln mngenai prbezaan pndpt salafiyah dan khilafiyah yg mmbuat ana runsing skg..smpai xtau nk pgg yg mna...
klu salafiyah,totally haram,khilafiyah bnrkn plak..Hm..
Aisyah hanin..
Ya Ukhti, sebenarnya salafiyah tak kata totally haram.
Ulama' khilafiyah sekrang yang lebih berhati2 pasal muzik. Sebab skrg terlalu dan pelik2 muzik yang muncul. Perlu kepada penelitian yang mendalam. Sebab itu Imam Ghazali memberi garis panduan. Mudah cerita, ambil yg harus tinggalkan yg haram dan syubhat.
Salam..a'a,seni memg indah..suke dgr nasyid..terasa syahdu lg menginsfkan..teringt kngan dlu yg sukekn muzik jiwg2 ln..tp alhmdulilah kerana seseorg telah menyedarkan.. Terima ksh Ya Allah krna menghantrnya utk menunjukkn kecerhan jln syurgaMU..
Nur_syahadah...
Baguslah jika nasyeed memberikan keinsafan dalam jiwa. Teramat bagus jika ada yang menegur kesalahan kita. Diharapkan yang menegur memperoleh pahala yang ditegur diredhai dan sama-sama memperolehi pahala. Amin.
Post a Comment