Janji Allah Itu Pasti
Tuesday, October 21, 2008
Kematian melanda
Tanpa dapat diduga
Kehilangan terasa menyentuh jiwa
Panggilan kepadanya
Tak mampu berdolak kata
Pasrahlah menerima
Ketentuan dari yang Esa
Gentarnya terasa
Bila teman meninggal kita
Terasa dekatnya pusingan takdir menjengah kita
Gerunnya mengocak jiwa
Bila menghitung bekalan didada
Miskin kedananya kita
Hanya dosa dan lumuran bebanan noda
Gentarnya menghadapmu dalam kepincangan
Sedang hanya serangkap cuma Izrailmu menanti tibanya masa
Oh Tuhan
Gentarnya tak layak rasa diri di Syurgamu
Begitu pula tak mampuku menghadap Nerakamu
Oo, Ya Allah..Ya Allahh..
Berilah kekuatan untukku tanpamu hilanglah arahku
Kurniakan ketenangan untukku
Moga utuh dikala kematian
Tajuk : Dikala
Lagu/Lirik : As-Shoff
"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."
52 komentar:
Innalillahi wa'inna ilaihi raaji'uun. Mudah-mudahan diampunkan semua dosanya dan dicucuri rahmat akan rohnya oleh Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beroleh keuntungan...
Ameen.
P/S Kak tirana tak berapa sihat sejak semalam. Tapi bila tengok ada entry baru di blog Farid ni..kak tirana datang menjenguk walaupun rasa tak bermaya...rupa2nya ada berita sedih di sini...
Innalillahi wa'inna ilaihi raaji'uun..semoga Allahyarham ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang soleh dan para anbia' dan dicucuri rahmat ke atas rohnya...aminn...
Kak Tirana..
Syafakallah, semoga Allah menyembuhkan kamu..ingatlah, dugaan umpama penyakit itu ibarat gugurnya dosa-dosa seperti dedaun dari pepohon.
Rabbuna Yu Sahhil..
Nurhuda_cahayapetunjuk...
Harapannya begitu..
Kullu nafsi zaiqatul maut..
"orang mengingat akan kematian adalah orang bijak.."
salam..
mgkin masih baru sy di sini..
smoga khadiran ini dpt menambahkan ilmu yg bermanfaat..
takziah pd yg telah menghadap Ilahi..smoga kte yg hdup mengambil iktibar serta sntse mngingati mati..jika ia dtg, tidak terlambat seminint atau terkurang seminit..jd, bersedialah dgn amal yg ckp..
Salam Nurul Syahadah...
Ahlan Wasahlan diucapkan..semoga kehadiran anda memberi nilai tambah dalam menjulang Thaqafah dan memasak keilmuan.
Na'am, itulah matlamat saya. Mahu dijadikan iktibar kepada yang masih hidup. Buat diri dan buat kalian.
Apa lagi cite menarik di bumi Anbia? Saya cukup seronok membaca kisah tuan di majlis kenduri kahwin rakan berbangsa Arab di sana.
Anyway, peringatan dan tazkirah lain pun baik juga untuk menyedarkan diri ini yang kekadang lupa pada nikmat Allah..
Banyak lagi cerita menarik..cuma kadangkala perlu rest pada jiwa untuk muhasabah disamping bercerita. Ceria, suka duka, sedih, gembira, geram kadangkala perlu ada. Tak begitu?
Na'am, setiap jiwa kena ditazkirah supaya tidak leka dengan kehidupan dunia.
P/S : Nantikan artikel perbincangan hal itu..
Dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali. Boleh tahu siapa pengomen itu? Jika tidak keberatan. Ingin sekali membaca komen2 nya dan menziarahi laman blognya (sekira ada). Mungkin ada ilmu2 yang boleh dimanfaat di laman blognya.
:p salam,
iman, hijrah, jihad..............
andai yakin denganNya kita hijrahkan diri memeluk, merangkul Islam secara kaffah, kita jihadkan dengan harta dan diri moga benar janjiNya beroleh kemenangan yang hampir... mardhotillah
Salam Pendekar...
Benar..yakinlah pada kebenaran kerana ianya pasti..
1.Senyap
2.Terbuka
3.Kuasai
kebelakangan nih,byk berita tentang 'kematian' sampai ke pengetahuan...yg takde kena mengena ngan kita tu sudah la tentu... ari2 mesti ada yg pergi mengadap Yg Esa. Ni berita tentang org yg dekat ngan kita, drp sekecil bayi, hingga lah yg berusia... sesungguhnya kematian itu begitu dekat ngan kita.... cuma kita yg tak tau bilalah pula giliran kita....
Salaam. Innalillah ..... saya tak faham cerita sangat, tetapi semoga roh org yang dimaksudkan oleh saudara Ibnu Rusyd ini dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan orang2 solihiin / solihaat, amiin .......
Salam Ibnurashidi,
Membaca berita kematian orang lain terasa seolah jauh saja lagi kematian itu dari diri kita. Tapi bila datangnya khabar, rupanya yang meninggalkan fana' ini rupanya kenalan dekat keluarga/rakan kita, tiba-tiba terasa dekatnya kematian itu dengan kita.
Apa pun belum sedia... Ya Allah.
sesungguhnya igt mati itu adalah orang yang paling bijaksana :D
sesungguhnya igt mati itu adalah orang yang paling bijaksana :D
Salam..takziah ats pemergian..sesungguhnya setiap yg hdp pasti kmbali pd Nya..em,jika xkbratn blh sy tau sape yg menggl?saudra dkt ke?tau yg special mungkn?..b'sbr ye ibnurashdi..
nasyid yang menemani usia remaja saya 11 tahun lalu..
a'kum. i've linked your blog in mine. :)
Salam dek...
Kematian... dekat tetapi jauh.
Ia dekat sangat dgn kita. Ibarat satu garis halus yg memisahkan antara hidup dgn mati. Garis yg tak nampak dipandangan mata. Tapi kerana sibuk dengan dunia, kita berkelakuan seolah ia masih jauh.
Spt kisah Ramadhan terakhir buat anak sepupu kak su yg sihat walafiat, ghairah dan gembira nak sambut raya, tapi tetiba saja ajal memanggil dengan sekelip mata.... :(
kematian itu pasti..
syukran atas hidangan kali ni..=)
Kak Kin Hashim..
Daripada Allah kita datang kepadaNya jua kita kembali..Kesemuanya itu bertujuan untuk memuhasabah hidup sehari-hari. Disamping sibuk urusan dunia, urusan akhirat jangan dilupakan.
Hikmatun..
Terima kasih..harapannya begitu hendaknya..Amin Ya Rabb..
Sibuk ya sekarang?busy nampak..
KakChik..
Sebab itu kena banyakkan memikir akannya..supaya diri sentiasa bersedia..dengan amalan berganda.
Mahsyar90..
Na'am..memang bijaksana...bijak,bijak..
Teringat iklan susu Nespray dulu2..:)
Betoi tu Khaleef..seakan sama dengan Mahsyar90..orang samakah?
Nur_Syahadah..
Salam..tidak perlu sedih berpanjangan kerana ianya PASTI..kita ibarat sang musafir di gurun sahara...menumpang sebentar untuk menjejaki destinasi seterusnya.
Cukuplah sebagai Al-Fatihah dihulurkan. Identitinya saya kurang mengenali hanya sekadar kenalan maya.
Maryam Abu Ahmad..
Benar..nasyid itulah saya kenali ketika diusia remaja juga. Membeli tape kaset dibuat koleksi. Hampir senja saya seringkali memutarkannya sebagai wadah hiburan pendengaran.
JHaZKiTaRo..
Thank You very much..May Allah bless you..
Kak Su..
ALhamdulillah, saya sudah pun membaca tulisan Kak Su berkenaan tajuk tu sebelum ni.
Perumpamaan yang baik untuk difikirkan. Marilah sama-sama muhasabah diri disamping sibuk duniawi.
Arnamee..
Afwan..semoga segala hidangan dijamah dengan dimulakan membaca bismillah..jamahlah perlahan-lahan semoga merasai nikmat hidangan:)
salam..a good reminder
salam.. semoga allah mengampuni dosa kita..
yallah engkau ampuni dosa kami.. engkau rahmatilah kami, engkau beri petunjuk dan hidayah mu.. amin.. setiap manusia akan menemuinya.. itu janjinya.. tpi kita tak tahu bila masanya.. bekerjalah seperti kamu akan hidup 1000 thn lagi.. beribadatlah sperti kamu akan mati esok harinya....
innalillahiwainnailaihirojiun. Al-fatihah buat yg dah pergi tu. Tinggal lagi kita yg masih menumpang di sini, renung diri. Janji kt entah bila. Esok, lusa? saat ini? bila? Masih mahu merenung tanpa ada langkah seterusnya? Kalau begitu hidup sia-sia belaka.
Katakanlah suatu yang hak dan benar. Moga semua punya manfaat dari setiap perkataan. Lillahita'ala. InsyaALLAH akan ada nilai di sisiNYA kelak. Nilaian ALLAH itu jua yg adil.
Tajuk dan isi yang tepat, di tambah komentar yang bernas dan bagus untuk muhasabah.
Wallahualam. *credit to all, Mabrook
Arsaili...
Tazkirah itu membina jiwa..jiwa gersang perlukan siraman..siraman penyegar dikala kerinduan. Kerinduan penuh kehambaan kepada Sang Pencipta cakerawala seisi semesta.
Faridmw..
Amin Ya Rabb..Allahumma Taqabbalminna du'aana...
"Secangkir penyesalan lebih bermakna dari megah penuh keduniaan"
Anonymous biduna Name..
Hidup ini penuh cabaran..rintangan dan dugaan Allah yang tentukan..sabar dan usaha kunci kejayaan..doa tawakkal jalan penyelesaian..
Segala janji Allah itu menjadi rahsia ilmuNYA..Maha Suci Allah..
ingatlah wahai manusia
jadi orang penting itu baik
jadi orang baik itu lebih penting
Ahlan Wasahlan cobalihat.com..
Thank you very much for your information..
assalamu'alaikum ustaz.
maaf, lama x menjenguk blog ustaz Farid ni.
ya, janji Allah itu pasti dan benar.
em, bicara pasal mati ni, teringat.. berapa banyak dosa berbanding pahala yg diperoleh.. berapa banyak kesedaran berbanding kealpaan.. berapa banyak amar maaruf berbanding kelalaian sendiri mengurus masa..
huu, tringat kata-kata saidina Ali r.a., betapa jauhnya perjalanan, sedang bekal masih sedikit.
syukran atas mesej dalam entri ustaz, moga diberkati Allah selalu. ameen.
"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya....." (Ali-,`Imran)
Wa'alaikumsalam...
Ya dah lama juga. Saya ada try jenguk blog tapi blognya mcm dah didelete?atau mungkin ada yang baru?
Kerana jauh perjalanan itulah bekal perlu disediakan. Ibarat sang pengembara di padang pasir. Jika bekalan airnya tidak dibawa nescaya boleh mati kehausan ditengahnya.
Salam 'alaik..
Syukran atas komen yg ditinggalkan di blog ana..Benar, kmatian suatu yg pasti..Cuma manusia yg kdg2 leka dgn kepastian itu.Sebaliknya manusia byk mengejar perkara2 yg tak pasti menjadi milik mereka.Bukanlah maksudnya kita tak boleh mengejar dunia, tetapi apapun haruslah besederhana..[42:20]
ya...inshaAllah boleh saja di'link'kan blog ana..Cumanya, akan kurang update buat sementara waktu memberi laluan kpd exam..
salam alaikum..
sy x pandai bermadah pujangga..
malahn sering ditertawa belagak pujangga..
TERJEMAHAN:
sebenrnya sy x berapa fhm sajak ni..
ataupun mungkin sekali sy mmg x memahami kesenian? :)
ape kate kalau setiap kali entry berbentuk sajak, puisi, pantun ect,penulis beri nota kesimpulan dan huraian..
mcm buku adab nusus..
huraian satu bait dah setengah muka surat..
:)
wallahua'lam..
asif tukang komen ni mmg byk komen..:)
salam..us farid,
sape yang meninggal?
Awrapurnama..
Satu pandangan dan idea yang bernas utk dipertimbangkan. Insya'Allah, saya cuba buat semacam nusus atau mahfuzah. Berbetulan saya juga ada amik madah adab nusus pada fasal ini.
Tidak mengapa jika komen itu bernas.
Yang meninggal ialah Ustaz sekolah saya. Iaitu Ustaz Yahya mengajar faraid baru-baru ni. Kemudian kawan ayah saya selaku guru usrah saya juga kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah. Semoga mereka ditempatkan bersama org2 beriman.
owh..
innalillah..
Al-Fatihah..
smga tabah mghadapi ujian ALLAH..
:)
Terima kasih di atas doa anda..
Semoga jasa dan pengorbanan mereka dalam mendidik kerana Allah memberi 'extra' mudah menuju syurga abadi.
Post a Comment