Bila Gadis Sudah "Advanced"
Sunday, October 19, 2008
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
“Mulanya, guru itu, Azahana Ibrahim, 27, yang mengajar subjek Fizik menegur seorang pelajar perempuan tingkatan dua di kelas kira-kira jam 10 pagi kerana dia bukan saja lewat menghantar tugasan sekolah, tetapi turut menulis tulisan ‘gila babi’ di belakang kertas folionya.”
“Berikutan itu, berlaku tarik menarik dan dia menolak saya menyebabkan saya membalas tolakannya. Dengan ditemani seorang rakan sekelas, pelajar itu terus menendang perut saya berulang kali.”
Saya terpanggil untuk turut memberi pandangan memandangkan saya juga masih lagi berstatus pelajar (belum berumahtangga). Betapa hilangnya rasa hormat seorang pelajar bertaraf menengah terhadap gurunya. Betapa rendahnya mentaliti pemikiran dan perlakuan remaja kini. Hilang pedoman, hilang punca, segalanya hilang. Yang tinggal budaya kasar lagi tegar, budaya samseng ala mafia, kebohsiaan dan kebohjanan yang melampau serta perlakuan ke arah kebaratan tiada berpenghujung. Mahu mendapat keberkatan dalam pengajian?. Jauh panggang dari api. Malah jauh api dari mancis.
Fenomena kebobrokan yang berlaku masa kini sehingga ke tahap luar batas norma Islami ini mencerminkan rosaknya sistem pencernaan pemikiran manusia. Bermula dari buaian sudah terimpak dengan segala macam kemunafikan sehinggalah menjengah ke usia senja separuh abad. Lali dan terabai. Ibu bapa hilang potensi sebagai pendidik hasil serapan pemikiran kapitalisme, guru-guru tidak mampu menjadi role-model sebenar tontonan murid-murid. Begitu juga dasar kerajaan berpaksi sekularisme menghasilkan seribu satu macam masalah dalam pelbagai aspek samaada sosio ekonomi, politik dan sebagainya. Konsep "Model Insan" yang terbaik pernah saya lihat. Semua terlibat. Anda setuju?
Hasilnya, murid bertambah tanpa bimbingan padu Ad-Deen tanpa juga taraf kualiti yang diharapkan. Itulah natijahnya, bila hilang keberkatan dalam konteks bernegara maka segalanya akan bermula sekecil perkara hatta sebesar-besarnya. Peri penting keberkatan tiada difikirkan lagi. Terlanjur membicarakan hal berkat, ayuh terus kita berkomentar tentangnya.
Syeikh Ibrahim Al-Kittani, Tokoh Hadis Iskandariah...
Tolabul Ilmi Dan Berkat
Berkat dalam pemahaman menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat membawa maksud rahmat, restu dan sempena. Dalam kata lain ia memberikan kefahaman kepada kita bahawa dengan adanya keberkatan maka aka nada restu dari Ilahi. Misalnya, jika seorang anak telah melakukan sesuatu perkara mengundang kemarahan ibu bapa. Sudah tentu ibu bapa itu berasa kecewa dengan tindakan Si Anak lantas di merestui perbuatannya lagi. Dalam masalah ini, bukan sahaja Si Anak tadi tidak direstui ibu bapa malah Allah SWT juga tidak menyukai manusia yang derhaka pada ibu bapa. Peringatan tersebut turut terselit di dalam kitabullah berbunyi :-
Katakanlah: "Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa..”
( Al-An’am : 151)
“Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapa..”
(An-Nisa’ : 36 )
Berkat dan restu suatu perkara yang ghaib tidak nampak pada penglihatan kasar tetapi merasa pada kendi jiwa. Manakala dalam bahasa arab perkataan berkat ( البركة )memberi maksud kebahagiaan, kelebihan. Semuanya membawa kepada satu makna saling kait mengait antara satu sama lain iaitu kerahmatan, restu izin, kebahagiaan dan kelebihan. Syeikh Ibrahim Al-Laqqani menyebut dalam kitabnya Matan Jauharah Tauhid mengatakan :-
فوز السعيد عنده في الأزل
Kebahagiaan orang yang berbahagia adalah disisiNya sejak azali lagi
Itu perlunya seorang anak mentaati ibu bapa, seorang murid menghormati gurunya, seorang abid tunduk kehambaan kepada Penciptanya demi mengaut selaut keberkatan. Pesanan pula Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Bidayah Al-hidayah dengan kata beliau :-
“Adab seorang murid bersama gurunya ialah dengan memulai salam, bangun bila gurunya bangun, tidak berkata-kata selagi ia tidak ditanya, tidak bertanya selagi tidak diizinkan, tidak melawan kata-kata gurunya, tidak meremehkan kata-katanya, tidak banyak berpaling dihadapannya, bahkan ia berada dalam keadaan tenang seolah-olah ia berada di dalam solat. Janganlah berburuk sangka kepadanya ( guru ) yang kelihatan bertentangan pada zahirnya, sesungguhnya ia lebih mengetahui dengan rahsianya”.
Malah para ulama’ terdahulu senantiasa merendahkan diri dan menghormati guru dalam semua keadaan walaupun gurunya lebih muda darinya. Manakala Imam Ahmad bin Hanbal pula berkata menguatkan lagi hujjah beradab dihadapan guru. Kata beliau :-
قال أحمد بن حنبل : أمرنا أن نتواضع لمن نتعلم منه
Imam Ahmad bin Hanbal berkata : “Kami diperintahkan supaya tawadhu’ kepada sesiapa yang kami pelajari ilmu daripadanya ( guru, ulama’ )
Sungguh, dengan sebab itulah keberkatan dalam menuntut ilmu ulama’-ulama’ terdahulu mencurah-curah bak air hujan membasahi tanaman menghijau. Tidak seperti sekarang, hujan yang sama mencurah namun keadaannya sama seperti curahan ke atas dedaun keladi. Tempias memercik tidak pada diri. Kering kontang, gersang!. Sabda Baginda Rasulullah SAW dalam memberikan peringatan :-
Rasulullah SAW telah bersabda : “Tidak termasuk dalam golongan umatku, mereka yang tidak menghormati orang tua, tidak merahmati (kasihan belas terhadap) kanak-kanak dan tidak mengetahui (kemulian) hak-hak para ulama’ kami.”
( Riwayat Ahmad dan Al-Hakim )
Teringat memori lalu, saya juga tidak terlepas dari dimarahi dan didenda oleh guru ketika di Sekolah Menengah dahulu. Kesalahannya seringkali saya lakukan ialah melipat lengan baju kemeja panjang ( Etika displin Sekolah wajib kancing lengan baju panjang ) dan tidak mampu menjawab soalan dengan tepat. Alhamdulillah, guru saya tidak pernah merasa tendangan saya namun saya yang seringkali merasa penangan tangannya.
Kesimpulan
Tidaklah dapat ditafsir dengan akal yang naïf ini bagaimana jiwa-jiwa mereka yang melanggari ketaatan, kehormatan dan kehambaan itu. Bagaimanakah tahap kewarasan mereka ketika melakukan perihal tersebut. Sementalahan yang melakukan aktiviti tendangan padu itu seorang gadis belasan tahun. Sungguh manis dan ayu sekali seorang gadis mengangkat kaki menendang gurunya. Tidak pula disepak Si Perogol dan Penzina bersiri ya? it is stupid to think about this case. She is the one who give to undeserve people!
Rujukan :-
Bidayatul Hidayah, Imam Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali ( 505H ), Pustaka Darus Salam, Kaherah.
Adab-adab Islam Dalam kehidupan Harian Jilid 1, Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, PMRAM Kaherah.
Ibnurashidi
9:52PM, 19 Oktober 2008,
Siberbay
"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."
55 komentar:
Salam Farid,
Kak Tirana (panggil kakak sebab Farid lebih muda, belum kawin pun lagi, hehehe) ada terdengar tentang murid perempuan tendang cikgu. Terkedu bila dengar melalui radio..tak tahu sebenarnya apa yang nak difikirkan.. Kak Tirana tanya anak kak tirana yang sebaya dengan budak perempuan tu..(dia pun dengar jugak news tersebut sbb dalam perjalanan menghantar dia ke sekolah) Apakah yang ada dalam fikiran remaja sampai tergamak menendang cikgu yang mendidik mereka. Terdiam anak kak tirana.. Kak Tirana berpendapat, didikan yang diberi ketika kecil (di bawah usia 6 tahun) oleh ibubapa sebenarnya amat penting kerana ketika ini anak-anak sedang berkembang. Melentur buluh biar dari rebung. Anak-anak di usia ni bersih fitrahnya. Jika ibubapa tidak peduli untuk memasukkan nilai-nilai murni (seperti menghormati guru dan orang yang lebih tua and so on) di waktu ini..tidak diendahkan pendidikan emosi dan spiritual..anak-anak akan membesar dengan mengutip apa-apa saja yang dia nampak seronok tanpa tahu samada ia betul atau tidak. Anak-anak perlu diberi foundation yang kukuh ketika masih kecil agar dia tidak mudah terikut dengan gejala-gejala yang bertentang dengan adab dan budaya islam. Kak tirana bagi pandangan dari kacamata seorang ibu...
Salam Kak Tirana..
Sememangnya saya sudah mengetahui perihal KAKAK..cuma tidak tahu bagaimana mahu dipanggil. Bimbang Tirana itu hanyalah sebuah nama Blog.
Baik, terima kasih memberikan komentar yang bernas selaku seorang ibu kepada anak. Ramai kadang-kadang ibu bapa hilang punca dalam mendidik anak..Nauzubillahhiminzalik. Acuan Al-Quran As-SUnnah itulah sepatutnya menjadi asas utama. Bagi seorang gadis, ibu bapa berhak menjaganya sehinggalah sudah bersuami barulah tanggngjwb itu menjadi milik suami pula. Manakala lelaki sebaliknya.
Tentang tahap umur dalam mendidik saya tidak mampu menghuraikan lebih panjang bimbang takut tersilap fakta pula:)
salam...
Saya mendapat berita ini apabila menonton siaran buletin utama menerusi web rasmi tv3.
Pada mulanya, perasaan terkejut dan sedih menyelubungi hati saya apabila salah seorang insan yang mulia dalam hidup setiap insan, yang bernama guru telah diberikan hadiah tendangan di perut. Sungguh agak kurang adabnya pelajar tersebut terhadap guru itu.
Lebih menyakitkan hati lagi, yang berkelakuan seperti itu adalah seorang perempuan. Sebelum ini hanya kecoh dan gempak dengan perlakuan pelajar lelaki. Namun kini, hampir sama taraf gejala yang dipamerkan oleh pelajar sekolah masa kini yang bakal menerajui negara pada masa depan.
Itulah yang dikatakan rahmat dan berkat seseorang guru tidak akan menjelma ke atas diri seorang pelajar andainya adab dan tertib tidak diutamakan ketika menuntut ilmu.
Oleh itu, pelbagai langkah yang syumul dengan tuntutan Islam adalah penyelesaian yang tepat kerana ianya adalah miftah kepada segala penyelesaian..
Sekian, Wassalam...
Assalamualaikum..
Akhie..
Pelaja-pelajar sekarang memang rasa kurang hormat pada guru. Bagaimana guru hendak mendidik mereka sedangkan mereka enggan..inilah cabaran dan dugaan kepada semua bakal guru mcm saya..kesabaran dan kekuatan harus mennyelubungi diri moga Allah memberi kekuatan untuk terus mendidik anak-anak bangsa..aduhai..cabaran untuk hari esok untuk saya..:)
Itu hanya sekelumit peristiwa yang 'berjaya' dihidu oleh media lantas menyiarkannya. Banyak lagi kes seumpama ini yang hanya didiamkan oleh pihak berkuasa, kerana ingin menjaga nama pelajar dan maruah mereka. Guru hanya makan hati berulam jantung sahajalah.
Salam MyFahmi..
Perasaan sedih, terkejut dan menyakitkan hati itu memang sepatutnya wujud jika seseorang itu peka dan sensitif isu-isu sebegini.
Teringat pesanan Syeikh Nuruddin sewaktu mengikuti pengajiannya dahulu. Jikalau berada di dalam Majlis Ilmunya bukan sahaja kata, malah hanset berbunyi turut dimarahinya. Sebab itu tidak ada yg berani membangkang lebih-lebih lagilah tertido. Jika berdegil disuruh keluar. Kenapa begitu?kerana inginkan keberkatan dalam pengajian.
Kesyumalan yang kaffah itu Insya'Allah mencakupi keseluruhannya.
Wa'alaikumsalam Nurhuda_Cahayapetunjuk...
Itulah ujian berat bakal dihadapi insan bergelar seorang guru. Terasa bertepatan dengan perumpaan lilin itu. Kerana lilin itu membakar dirinya demi kesejahteraan manusia lain. Sepatutnya dalam konteks menddik ini bukan tanggngjwb guru sepenuhnya. Seperti kata Puan Tirana, ibu bapa yang memainkan peranan penting dalam mendidik. Ibu bapa mesti menjadi guru terlebih dahulu!
Sebagai seseorang sudah pun bergelar guru atau baru berkecimpung dalam arena perguruan, bersabar..niatkan ikhlas kerana ALLAH disamping mencari setitis rezeki. Bacalah surah Al-Ikhlas dikala berhadapan saat genting begitu.
Brahimnyior..
Seperkara yang tidak saya puas hati ialah alasan tidak munasabah "ingin menjaga nama baik sekolah". Nama apakah yang dijaja sehingga mampu menyimpan kemas perkara mungkar?
Benar Akhi, itu baru sekelumit. Belum kes pelbagai. Kes gatal nak mengandung awl, Dadah, Zina, Gangster, Curi dan deretan entah bermacam kes pelik-pelik.
Bagaimana penyelesaian supaya guru tidak makan hati berulam jantung?soalan khusus untuk semua.
Salam,
Kita harus kembali kepada diri sendiri - kenali diri, kenali hakikat rohani. Ini agenda penting dalam proses penerapan nilai-nilai murni kehidupan.
Bermula dengan diri sendiri dan keluarga, tapi jangan pula berdiam diri - bantu manusia lain yang memerlukan bimbingan tak kira siapa mereka itu, termasuklah yang bukan Islam.
Kak tie setuju dengan komen tirana tu... hampir semua perlakuan anak2 bermula dari rumah walaupun ada sedikit pengaruh dari luar. Kak tie pun ada anak yang meningkat remaja. Tentulah berasa bimbang akan gejala kurang ajar ni.Kak tie simpati pada guru yang terlibat.
Bunga Rampai..
Salam Alaik..benar, bagi yang sudah berkeluarga..kembalilah kepada diri dan keluarga. Didiklah mereka. Jika belum, cuba untuk mempelajari buat bekal kemudian hari. Berdiam diri ertinya menyindiri, menyendiri bererti melari, melari ertinya tidak mahu ambil tahu masalah ummat duniawi..
Jika lari dari masyarakat bererti menyalahi Hadis baginda.
Kak Tie..
Benar. First perkara yang dirasakan perlu diambil perhatian ialah pengaruh Media. Especially television and Radio. Bermula dari Tvlah seorang kanak-kanak cuba terjun bangunan ala Superman, seorang remaja bertindak sebagai hero, seorang budak sanggup dimarahi ayahnya ketika bertegas mahu menonton rancangan kartun diwaktu Maghrib..kerana TV juga remaja terikut budaya kekuningan karat dari Artis-artis.
So, awasi dan kawal. Gusar diri tidak dibendung lagi.
Salam Farid, mengurut dada yang tak sebak, menggaru kepala yang tak gatal!!!
Nauzubillah.. minta di jauhkan Allah dari kejadian begini...
Terima kasih, tulisan ini banyak membantu emak-emak macama makcik ni...
Salam MakCikMilah...
Dibimbangi kelak mengurut dada tanda sebak, menggaru kepala kegatalan amat sangat pula:)
Disamping minta dijauhkan..cuba berusaha untuk menjauhkan.
Sama-sama Makcik..sekadar lontaran pandangan yang lemah.
Apabila mendengar cerita anak-anak kakak lebih laju menggeleng kepala
Lebih laju menggeleng?Akak atau Anak2 Akak yang menggeleng?
salam..inilah kerosakkan dan kepincangan sistem pendidikan yang ada.Teras pendidikan sekarang bukanlah akidah islam..jika terasnya adalah akidah islam maka generasi yang lahir adalah generasi yg semestinya memahami Al quran dan sunnah.kita begitu rindukan insan2 seperti imam as syafie..seperti yang ditulis oleh saudara farid..insan2 hebat seperti imam ahmad bin hanbal bukan hanya tinggi ilmunya tapi juga hebat syaksiahnya.pernahkah kita bertanya mengapa zaman kegemilangan islam dahulu lahir begitu ramai cerdik pandai yang faqih dalam ilmu dan agamanya jugak hebat peribadinya.bukankah kerana sistem pendidikan tika itu berteraskan akidah islam...sekarang pendidikan kita didasarkan kepada barat.Unesco sebagai penentu asas kokurikulum pendidikan negara..maka generasi yg lahir bukanlah dari acuan al quran.tetapi acuan produk akal manusia.ini adalah secebis dari sistem pendidikan yg terasnya bukan akidah islam.belum lagi kita melihat sistem sosial yang diterapkan ditgh masyarakat..
Teruslah berkarya wahai sahabat..semoga ruh islam meresap kedalam setiap inci tubuh kaum muslimin..
Salam alaik...
Kak su pun dapat tahu kisah ni dlm berita. Sedih dgn sikap pelajar tersebut. Sampai hati dia...
Tapi satu yg kak su terlintas ialah, pelajar tu kurang ajar.. adakah kerana 'terkurang ajar' sedari awal? Terasa ingin menuding jari pada ibubapa yg mungkin tak berikan ajaran hormat sedari awal. Tapi entahlah... mungkin patut diambil kira juga kata-kata lama... 'bukan salah ibu mengandung, bukan salah bapa mengendong (mendukung)'.
Semoga dicetuskan rasa kesedaran dihati pelajar itu...
salam..
teruskan bekarya...lazat sungguh hidangan2 di teratak bernama ibnurashidi ni...(^_^):D
salam...
oh, mahu baca yang lebih mengerikan? melambangkan keruntuhan moral masyarakat yang berpunca daripada kebrobrokan institusi kekeluargaan...
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=15&thread_id=6296&rowstart=0
dekat post 'An Nisa', budak darjah 3 tendang perut gurunya yang mengandung...huhu...
sadeeeesss.....
salam
:-0
begitulah manusia, kalau tidak dilakukan sesuatu bakal nanti ada yang bunuh guru...
Salam,
Terima kasih sudi ziarah ke blog saya. Semoga ukhuwah terus berkembang.
Agreed with you. Semua pihak terlibat, from pembuat dasar hinggalah kpd ibu-bapa. Tanyalah pada jari2 anda, siapakah yg anda pilih semasa 12x PRU? Make your bed n u have to lay down..speechless, lafaz tak terucap.
Salam..msti pekataan 'sampai hati' akn kuar dr mlt sape2 yg bce atau tgk brite p'kenaan ni. Tp buat pngthuan smua d luar cna,plajr skrg bkn stkat smpai hati,dan ke jntg,msk kidney,keluar rektum agknye.pndk kata nothing imposible for them..saya sbg guru,wlaupn br postg tp dh tgk cm2 kraneh stdnts. Jauh bza sgt ms zman sy dlu.skrg ble ckgu mrh bdk mrh blik.ble ckgu ckp dia ckp blik.2yg ble cikgu pkul dia pkul blik.kat sek saya pn dh rmai ckgu yg t'pkse wt lporn pls d sbbkn ancman stdnt..kalaula bdk2 ni dpt rase pngrbnan guru,alangkh bgusnye..kbrtan pn da.tp skrg,rmai yg m'pertikaikn guru,kbrkatn dh d tolak tepi..yg tinggl hnye jiwa2 yg mati..
:-O budak budak sekarang ni menakutkan... lebih tepat menyedihkan... dan semua perangai ni datang dari budak2 melayu yg mmg sah2 Islam.
sebenarnya budaya kurang ajaq tu patut dibendung dar rumah. Islamic way of life is necessary. kalau penghayatan Islam di rumah zero this is what we will get. sebab tu lah anak2 kita end up kat SERENTI dan tempat2 yg sewaktu dgnnya..
Buluh dilentur dari rebungnya, tapi kalau dari rebung dah camni??? bagaimana???
takut...
sekarang pendidikan kita didasarkan kepada barat.Unesco sebagai penentu asas kokurikulum pendidikan negara..maka generasi yg lahir bukanlah dari acuan al quran.tetapi acuan produk akal manusia.ini adalah secebis dari sistem pendidikan yg terasnya bukan akidah islam.
Tertarik dengan perenggan Sahabat_Islam tuliskan. Ini adalah merupakan salah satu punca terbesar dalam memberi kesan terhadap umat Islam dan gadis itu.
Begitulah, mahu mendapat keberkatan bukanlah perkara mudah. Sistem pengajian di Malaysia tidak mencermin penghasilan produk berkualiti lagi. Nak tahu bagaimana tidak ada berkat?semakin belajar tinggi..semakin punah akhlaknya.
Salam Kak SU..
Saat saya menonton rakaman pergaduhan tu, dengan keadaan pelajar yang tidak bertudung. Dan saya juga tidak pasti adakah muslimah atau tidak. Dari rupa nampak spt bukan muslim. Mungkin ada sapa2 tau?
Sebab itu bagi pendapat saya, sumanya bersalah. Kita tidak mahu menuding satu pihak..tetapi semua pihak yang terlibat.
Bukan salah ibu mengandung, tetapi mungkin tersalah didik. Bukan salah bapa mengendong tetapi mungkin tidak bertanggjwab sepenuhnya.
Arnamee..
Salam..semoga kelazatan itu memberi kecerahan. Mahu bertambah lazat silalah datang selalu:)
Salam Cikgu Eya..
Sekarang ni ramai sekali remaja menendang guru ya..agaknya kerap tengok kartun atau Kamen Rider kot:)
Saya dah cuba ke sana, tapi tak jumpa artikel pasal budak darjah 3 tendang guru. ke mcm mana?
Salam Pendekar..
Nampaknya kalau dah sampai nak bunuh cikgu kes berat. Apakata setiap guru belajar ilmu persilatan, sekurang2nya dapat "kunci mati sawa berendam" pun jadilah..:)
Fusarium Solani...
Salam..dipersilakan bertandang...diharap ada faedahnya..selalu berziarah ya:)
Tertarik dengan entri Ustaz Farid berkenaan insiden guru perempuan kena tendang ni.
Saya juga seorang cikgu, saya yakin dengan panggilan cikgu yang saya pegang, sayalah orangnya yang lebih amat kecewa dengan sikap pelajar-pelajar sekarang. Itu hanya satu kes yang mungkin sempat atau memang 'terdedah' tanpa sempat disekat pihak sekolah. Masih banyak lagi kes yang bukan lagi berstatus kes terpencil tapi sengaja dipencilkan atas alasan keselamatan cikgu & nak menjaga nama baik sekolah. Sejauh mana nama baik sekolah dijaga pun saya tidak pasti, sedangkan dalam masa yang sama maruah cikgu diperkotak-katikkan.
Itu belum lagi kes yang melibatkan anak-anak orang berjawatan, berharta, anak-anak yang punya ayah ibu berpengaruh besar untuk program sekolah, PIBG umpamanya. Kalau guru yang bersalah, wajar mereka ni dihadap dengan peguam & mahkamah. Saya tidak rasa perkataan 'patut' saya harus guna. Guru tetap seorang yang harus kita muliakan, salah tetap salah tetapi saluran yang betul digunakan, jangan sampai menjatuhkan kredibiliti guru hanya untuk memberitahu dunia kesalahan cikgu yang terlalu kecil. Salahkah cikgu menjentik & mencubit? Itu hak ibu dan ayah untuk memberikan jawapan. Saya sendiri sesekali menjentik & mencubit anak-anak didik kerana itu sahaja cara untuk 'mendiamkan' kenakalan mereka. Saya rasa tidak ada masalah selagi cikgu-cikgu faham setakat mana boleh menyentuh tubuh badan pelajar-pelajar mereka dan dengan alasan apa. Saya bercakap berdasarkan pengalaman mengajar sekolah-sekolah pinggir bandar di Kelantan. Mungkin hal seperti ini saya tidak boleh praktikkan di sekolah-sekolah bandar di negeri luar. Kerana apa? Kerana persepsi ibu bapa terhadap profesion keguruan tidak lagi seperti dulu. Kalau jentik dan cubit pun guru sudah diserang hebat, di mana kepuasan mengajar tu? Ibaratnya seolah-olah pergi sekolah hanya untuk bercakap pada dinding dan meja kerusi kelas, selebihnya memikul tanggungjawab sampingan, menguruskan filing contohnya. Bukanlah jentik dan cubit cara didikan yang saya mahu ketengahkan, tetapi persepsi ibu bapa terhadap hukuman kecil yang diberikan guru pada anak-anak mereka yang nakal di sekolah.
Satu hal yang saya berani perkatakan ialah peranan yang dimainkan ibu bapa di rumah. Itu yang paling utama, barulah media massa & elektronik, juga pengaruh rakan sebaya jatuh no.2.Bukankah didikan anak-anak tu bermula dari saat alam rahim lagi.Itu melalui pengamatan saya dan untuk mengulas lebih lanjut & terperinci, maaf saya belum lagi bergelar seorang ibu. Penekanan tanggungjawab ibu bapa ni patutnya dibincangkan sebelum semua ni terjadi, kalau diulas selepas semua keburukan anak jelas terlihat, seolah-olah kita menuding jari kepada ibu ayah. Memang tak salah ibu mengandung & tak juga silap ayah mengendong. Cumanya didikan jangka masa panjang bermula dari peranan ibu ayah. Tak dapat dinafikan. Moga-moga kita semua diberikan anak-anak soleh solehah.
OrangBukit..
Benar, pembuat dasar menggunakan akal manusia semata..menggunakan tradisi pembuat dasar penjajah..
Rumah sudah berpahat, berpaku, jadi Si Pembuat rumah duduk jela dalam rumah tu. Jatuh bangun tanggung sendiri.:)
Nur Syahadah..
Ya, "sampai hati" kerana sampai hati itu jugalah ianya dibiarkan. Ukhti, saya merasakan bukan sudah sampai hati tetapi sampai ke kepala lutut.
Sebab itulah Istilah jauh panggang dari mancis elok digunakan. Jenis ini bukan ada "maklumat awal" berkenaan tatacara dan adab menuntut ilmu. Hanya fikir datang sekolah ibu bapa suruh, atau hanya datang mahu lulus periksa untuk dapat kerja.
Sungguh, amat berbeza sekali pengajian dahulu dan kini. Kalau dahulu murid mencari guru, berkhidmat untuk guru, sanggup diketuk didenda dimarah demi setitis ilmu. Kini, guru mencari murid. Itupun masing2 atas dasar kepaksaan.
Saya cukup "Panas Telinga" kalau dengar ibu bapa datang sekolah semata-semata nak marah guru mencubit telinganya atau hanya dicuit sedikit. Lebih sakit hati, di depan pelajar itu sendiri. Bobrok sekali pemikiran mereka!
Kawaii_desu..
Lelaki di Pusat SERENTI, hisap ganja bawah TITI. Mati katak dijalanraya akibat diri sendiri. Last-last apa jadi?semuanya dayus tak kenal budi..
Wanita pula masuk pusat pemulihan Akhlak & Jatidiri, akibat perut membesar dari hari ke hari, silap haribulan dibuang ditepi-tepi, bapanya tidak tahu identiti. Kerana apa?kerana hilang MALU..
P/S : Rebung kalau dah jadi buluh alamatnya buat lemangla, takpun meriam buluh, pelita buluh pun boleh. Gulai rebung pun sedap:)
baguslah tu, hebat, bravo, bravo
Apa yang hebat? apa yang bravo Mak Su?
Assalamualaikum...
Apabila sy membaca entri ini tertarik sy utk sama-sama berkomentar skl..tidak dpt dinafikan lagi remaja skrg lbh bersikap agresif,terbuka. yg mana byk terdedah dengan persekitaran dan budaya- budaya barat..sgl yang mazmumah itu cpt shj untk diikuti tanpa perlu diajar..namun perkara mahmudah itu teraplah daripada kecil tapi mmg sukar untuk di amalkan melainkan dididik dan dijaga dgn betul2..
pelajar lelaki dan perempuan semuanya sama tiada beza, mahupun kecil atau pun besar..kebanyakannya sudah tidak pandai menghormati guru apatah lagi menyiapkan tugasan yang diberikan..jika kebiasaannya kita mendengar mslh remaja ini berlaku diluar sesi persekolahan tetapi hakikat sebenarnya ia jg berlaku di dalam kelas malah berlaku ketika guru mengajar, perkara ini bukan shj berlaku kpd guru2 baru malah guru yg sudah lama di alam perguruan pun menghadapi keadaan yg sama..sama2 lah kita fkrkan bagaimana hndak mendidik remaja2 skrg..smuanya terpaksa ditelan oleh guru2 walaupun ianya terasa pahit..
...ikhlaskan diri mendidik anak bangsa.... wallahua'lam
Senjahati..
Betul. Guru hanya sekadar profesyen semata. Pergi sekolah, mengajar, beri dan beri kemudian selesai. Anak murid terima atau tidak bukan menjadi tanggjwb sepenuhnya. Kerana jika diambil tahu berlebihan lain pula jadinya.
"MANJA" itulah istilah yang saya rasa sesuai digunakan kepada anak remaja sekarang. Manja dan terlalu dimanjakan sehingga segala-galanya mahu dibelai. Tidak pandai bergerak sendiri. Jangankan dicubit, ditengking sudah terasa. Report penjaga.
Selamat Menempuh Alam perguruan!
Zidniilmi..
Terima kasih kerana sudi berkomentar pertama kali. Semoga ianya menjadi titik tolak utk masa hadapan.
Bila pelajar semakin "Advanced" mereka tidak mengenal lagi intan atau permata, kecil atau besar, tua atau muda, lama atau baru. Hilang hormat bermakna terhakis berkat.
Ooo...diri ini selalu tertinggal ketapi jer... :(( menarik topik nih... topik yg evergreen.. saban ari ada je kisah baru tentang gejala remaja yg makin merudum akhlaknya... risau juga sbb kita juga punya anak2 yg semakin ari semakin membesar, yg tak mungkin akan selama2nya berada di sisi kita, lambat laun anak2 perlu juga terjun ke dlm masyarakat..
Kak Kin..
Tidak tertinggal samasekali..artikel baru dan lam tetap akan saya perhatikan satu persatu komennya sebagai timbalbalas respon pengunjung.
Insya'ALlah kak, pohonlah keselamatan banyak2 dunia dan akhirat disamping berikan didikan agama terbaik buat mereka. Selebihnya adalah jagaan Allah SWT. Tak gitu?
salam ukhuwah fillah...
erm...berbeza sungguh pelajar-pelajar zaman dulu dengan zaman sekarang ni.klu dlu cikgu tegur nan angkat muka pun takut,tp zaman sekarang,bukan aje angkat muka, tp sampai angkat kaki. bukan saja dalam soal menghormati guru, mereka juga lebih advance dari kita dalam soal cinta, sosial dan sebagainya...
sungguh sedih di atas ape yang berlaku ni.adakah orang-orang seperti ini yang akan membangunkan negara???
fikir-fikirkan...
Salam ukhuwwah....
Saya terpanggil untuk memberi sedikit komentar berkenaan topik yang diperbincangkan sekarang....
Saya pelajar tahun akhir dari Fakulti Pendidikan, UKM.. semester lepas saya menjalani praktikum di salah sebuah sekolah menengah kebangsaan. Apa yang nak dikongsikan bersama ialah berkenaan jati diri dan pegangan seseorang pelajar kepada agamanya.
Saya ditugaskan untuk mendidik(saya gunakan istilah mendidik, sebab mengajar nampak macam tak releven sangat) pelajar tingkatan empat. Yang sedihnya, bila ditanya soal berkenaan SOLAT... Dalam satu kelas tu, semua pelajarnya tidak solat....(pelajar tingkatan 4 tak solat... umur dah 16 tahun... masyaAllah)...
Saya merasa pelik dan hairan.... bagaimana mereka boleh tak solat... sedangkan solat adalah tiang agama ... kalau dah tiang mereka tak ada, macam mana dengan yang lain....
Maka, disebabkan masalah solat ini, maka saya dan sahabat saya yang juga praktikal di sekolah berkenaan mengambil beberapa pendekatan untuk mendekatkan diri pelajar-pelajar tersebut dengan solat (pernah saya buat muhasabah di surau sekolah dan meminta mereka mengqada' solat subuh mereka pada jam 12 tengahhari)... alhamdulillah mereka memberi kerjasama yang baik.....
Bila terbaca artikel berkenaan pelajar yang tendang guru ini, maka terlintas difikiran saya,; macam mana dengan solat mereka?? adakah mereka menjaga solat mereka... sebab kalau mereka menjaga solat mereka, mereka tidak akan bertindak sedemikiaan. solat itu akan menjadi benteng kepada mereka.
Harapan saya kepada guru-guru. tanyalah pelajar-pelajar anda berkenaan dengan solat. didiklah mereka untuk ingat Allah. bila diri mereka dekat dengan Allah, maka Allah akan menjaga mereka. (* peringatan buat diri saya juga)
Salwaasdaie...
Saat menatap beberapa rakaman dari youtube..hati langsung mengutuk keras!tidak sanggup melihat. Betapa rendah serendah kepala lutut moral pelajar sekolah kini. Bayangkan, sanggup terdedah aurat hanya semata-mata bergaduh dikhalayak ramai. Dimana sensitiviti penonton?kenapa merakam?apa sudah dungukah mereka itu?inikah bakal ibu kepada anak-anak nanti?
Memang betul apa yang saudari salwa sebutkan. Segalanya sudah advanced. Maju seiring punahnya sakhsiyyah. Sedihh..
Salam Ukhuwah Mohd Fadhil UKM wa marhabanbikum..
Tahniah kerana sudah berjaya menempatkan diri di tahun akhir. Tahniah juga kerana berjaya mengembalikan nostalgia pendidikan bukan kepada pengajaran. Mendidik dan Mengajar punya perbezaannya. Anda setuju jika saya mengatakan sekarang guru lebih mengajar dari mendidik?
Diantara pokok dan cabang pertahanan diri adalah solat. Namun suka saya nyatakan di sini, dalam soal masalah sosial meruncing kini bukan sahaja problemnya solat. Ada yang tahu bersolat tetapi masih di dalam kelompok itu. Dalam hal ini banyak faktor semasa menyumbang. Masakan seorang Imam boleh berkhalwat inikan pula pelajar sekolah. Faktor luaran byk merosakkan faktor dalaman. Betapa kuatnya seketul batu tetapi mampu dihakis oleh selembut sang air. Itulah Sistem. Sistem dicanangkan berwasilahkan perang saraf. Wallahhualam..
Sebagai tambahan, saya akui solat itu merupakan sistem pertahanan diri paling berkesan. Begitu juga saya akui ramai dikalangan pelajar sekolah itu sendiri tidak mengenal apa itu solat. Jauh sekali mengamalkannya. Bukan sahaja pelajar menengah, bahkan IPTA/IPTS itu sendiri mengambil endah tak endah ttg solat. Saya akui kebenaran itu. Dan saya menyokong pandangan saudara.
Akan tetapi, kebimbangan saya kini ialah kecelaruan dalam hal kepimpinan dan sistem digunapakai memberi impak besar kepada umat Islam. Besar sangat!
salam ziarah dari KL..
membaca post ni mengingatkan saya ttg discussion dgn seorang teman yg bakal bergelar guru. Katanya, semasa posting menjadi observer di salah sebuah sekolah rendah tempatan, beliau sangat sedih dgn masalah disiplin pelajar (sek.ren.) Tambahan pula, masalah mereka seolah-olah tidak dihiraukan oleh guru2.
Di rumah pun, ibu bapa cuma sibuk mencari duit. difikirkan bahawa, supply duit sahaja sudah cukup untuk menggembirakan anak2 di rumah. lantas anak2 kecil ini tidak dihiraukan. Jadi, tidak mustahil lah jika anak2 ini, bila besar nanti menimbulkan macam2 masalah.
hakikatnya, mereka ketandusan kasih sayang. kasih sayang ibu bapa dan guru2. Mereka juga tidak dididik dengan nur Islam. siapa yg nak beri sentuhan Islam pd mereka jika tiada siapa yg kisah?
in the end, it all boils down to the lack of Iman and understanding of the deen. Not only from the student,but also from the parents, teachers, and the community. this means that not only the parents nor teachers are at fault, but also ourselves.. if we, who are given a bit of understanding of Islam, don't try to reach out and help these youngsters and help them out.
**maaf, panjang pulak reply. mula2 nak ckp sikit je.. dan juga maaf sbb merojakkan bahasa..
Humayra'..
Teringat lagu Aisya Humaira:D
Ya, ini juga merupakan salah satu punca diantara seribu punca. KASIH SAYANG. Bila kasih sayang sudah mati dalam jiwa-jiwa manusia. Ia tidak mengenal Allah, tidak cintakan Rasul, tidak mengerti apa itu Islam. Lantas segalanya bagai angin lalu. Angin taufan datang dia pun mengikuti, angin tropika menghembus ianya terbang bersama. Tiada penderian sendiri.
That's I think that is why the system in Islam very important for ourlife and for our generation..
Salam ziarah dari negeri paling aman ( Kedah Darul Aman)....
Ucu Lina terpanggil untuk memberi komentar hari ini...
Apa yang dipaparkan didalam posting ini menunjukkan bahawa inilah krisis moral antara yang sering terjadi antara pengajar(guru)&pelajar(murid). Nawaitu antara pengajar&pelajar perlu diperbetulkan.Niat bukan semata-mata untuk mengejar dunia. Pencapaian bukan hanya dilihat berapa 'A' yang dapat dicapai dalam akademik tetapi yang paling penting berapa 'A' dalam akhlaknya...Itulah antaranya cabaran seorang pengajar&pelajar...
Untuk guru,
Apabila disebut profesion perguruan,seseorang yang ingin mendidik perlukan kesabaran & bukannya memilih profesion ini sebagai peluang terakhir slps lamanya menganggur...Persepsi ini perlu diperbetulkan. Apa jua bidang yang diceburi perlu disertakan dengan niat yang tulus untuk membantu masyarakat. Bukan semata-mata mengharapkan keselesaan untuk hidup tanpa minat yang mendalam untuk mendidik anak bangsa.. (JANGAN MARAH YA CIKGU)...
Untuk Pelajar,
Betapa garangnya cikgu itu, kamu perlu mentaatinya selagi mereka tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak...walaupun guru itu bukan muslim...
" YANG MUDA DISAYANGI& YANG TUA DIHORMATI"
Tima kasih kerana berziarah Ucu Lina..
Betulke Aman ye?kena semak balik ni.
Rasanya kena tukarlah, bukan mendidik tetapi mengajar. Memang lani pakat dok tengok A dalam akedemik, tapi A Islamik dalam diri lemah.
Pokoknya, saya sokong pendapat anda.:)
salaam.
tuan, saya lebih suka untuk tunggu dan mendengar apa kata pelajar itu pula. dari klip yang saya lihat, nampak semacam cikgu yang mulakan body contact.
saya cuma menjadi lelaki, tak mudah meluru membuat kesimpulan.
ngeee... :)
Salam bumilangit..
Saya juga lelaki..tidak meluru tetapi menganalisis kenyataan dan tindakan semasa.
Ada haknya seorang guru untuk memarahi jika berdegil. Jika saja-saja guru cari pasal saya juga tidak bersetuju.
Salam buat semua
"tuan, saya lebih suka untuk tunggu dan mendengar apa kata pelajar itu pula. dari klip yang saya lihat, nampak semacam cikgu yang mulakan body contact."
Kebanyakkan komen yang saya baca lebih cenderung untuk menyalahkan si pelaku(pelajar) dan membela guru. Saya suka persoalah yang ditimbulkan oleh bumilangit seperti di atas. Saya bukannya nak salahkan sesiapa tapi saya lebih kasihankan pelajar itu berbanding guru. Guru yang sudah pun matang dalam hal ini patut lebih bertoleransi. Sedangkan Rasulullah yang diseksa dalam dakwah beliau masih bertoleransi. Bertoleransi bukanlah bermaksud membiarkan diri dibelasah tapi bertoleransi dengan hikmah. Bagi saya, sepatutnya perbuatan pelajar menulis perkataan tak baik itu disiasat secara sembunyi. Mungkin guru boleh memanggil pelajar dan berkata dari hati ke hati mengapa mereka menulis perkataan tersebut. Dalam usia pelajar menengah yang masih tercari-cari identiti sebenar, pemahaman guru yang tinggilah amat diharapkan. Mungkin tulisan itu melambangkan ketidakpuasan hati mereka. Seandainya mereka memang sengaja bertindak kasar kepada guru, sejak pertama kali guru masuk, mereka telah pun menyerang tapi tindakan pelajar yang di luar batas kawalan adakalanya merupakan rentetan kepada episod-episod kejadian lalu. Kematangan dan kesabaran pelajar yang kurang berbanding guru menyebabkan pelajar akan bertindak melulu terlebih dahulu. Mereka cuba memberitahu isi hati dimana mereka yakin guru akan membaca tulisan itu secara berseorangan kerana gurulah yang akan memeriksa hasil kerja pelajar namun apabila perkara itu didedahkan maka pelajar mudah tersinggung dan rasa dimalukan di depan kawan-kawan. Dengan pertimbangan yang singkat dan kurang matang, adakalanya pelajar bertindak sesuatu yang di luar dugaan. Seandainya saya seorang pelajar membaca komen-komen ini, saya akan merasa diperkecilkan padahal pelajarlah yang paling mengharapkan bimbingan. Bimbing secara hikmah dan istiqamah. Jika seseorang guru itu melihat tugas tidak terbatas oleh pagar sekolah sahaja dan meninjau dunia sebenar pelajar, mereka akan tahu bahawa setiap tindakan pelajar sebenarnya bersebab. Ramai pelajar begitu terujah bila mendengar kehadiran guru baru di sekolah sebab mereka mengharapkan guru itu bakal memberi perhatian pada mereka biarpun kita sedar, seorang guru tidaklah mampu memandang semua anak muridnya sehingga ke tahap yang diharapkan oleh pelajar.
Tak usah saya panjangkan komen lagi kerana saya pasti kalian faham maksud saya cuma suka untuk saya mengemukakan satu persoalan;
"Berapa ramaikah di antara kita para guru termasuklah saya juga sanggup keluar pagar sekolah untuk memandang dunia sebenar pelajar kita?"
Saya yakin semua guru tahu apa itu empati. Adakah kita telah pun melakukan empati tersebut?
Moga diriku tidak hanya tahu berkata-kata...
saya juga pelajar nakal di sekolah dulu...
Post a Comment