Ukhuwah, Farah dan Ziarah Di Atash, Damanhur

Monday, October 13, 2008

 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Hembusan bayu petang Jumaat 3 Oktober yang lalu terasa semakin dingin. Itu tandanya musim panas bakal melabuhkan tirainya pada tahun ini. Seterusnya putaran alam ini pasti diganti pula musim sejuk. Begitulah kebiasaan apabila hadirnya penghujung bulan September setiap tahun. Pergantian musim setelah beranjaknya masa sejam ke belakang memberikan isyarat hawa dingin kembali menghuni atmosfera utara.

Selepas menunaikan solat jumaat lepas, seorang sahabat saya Ustaz Shahidudin mengajak berteman ke sebuah daerah bernama Atash. Bersungguh-sungguh sekali beliau mengajak saya menemaninya. Kata sahabatnya, Mithad juga rakan sekuliah syu'bah Usuluddin Universiti Al-Azhar Tanta menjemput untuk menghadiri majlis pernikahan abangnya. Fikir punya fikir, saya mengambil kata putus untuk menemaninya. Seorang lagi rakan iaitu Ustaz Fadhil ikut serta berziarah bersama kami. Kami terus bertolak ke Gumlah iaitu tempat perhentian transit van dan kereta. Dari sini kami biasanya boleh ke serata furu’ Mesir seperti ke Kaherah, Iskandariah, Syibin El-Kom dan Damanhur. Oleh kerana kami ingin ke Damanhur, maka transport utamanya ialah sebuah van besar yang dipanggil dengan pelbagai gelaran seperti “Van Penyamun” dan “Van Kepala Khinzir”. Terasa kelakar.


Van pelbagai gelaran...

 Perjalanan memakan masa selama hampir satu jam itu melalui beberapa kawasan pertanian antara Tanta dan Damanhur. Terasa tenang dan nyaman melihat kehijauan tumbuhan walau ianya diselaputi debu-debu halus. Menjadi keunikan tersendiri yang tidak mampu diungkap dengan bait kata, tidak mampu diterjemah ke warkah tulisan. Hanya sekadar coretan ringkas pengganti rasa.


 
Mawwaf Gadid Damanhur...


Setiba di Mawwaf Gadid Damanhur sudahpun masuk waktu asar. Sempat singgah bersolat di ‘surau kaki lima’ berdekatan. Sejurus kemudian, tiga rakan arab sekuliah Ustaz Shahidudin datang untuk bersama-sama ke kampung yang ingin dituju. Pada sangkaan saya tidaklah jauh dari Mawwaf tersebut, tetapi memakan masa hampir 20 minit juga perjalanannya. Selepas menaiki van penumpang, kami menyewa motor “Tuk-Tuk”. Jika anda pernah menonton filem-filem Hindustan, Indonesia mahupun Thailand pasti akan kenal rupa bentuk “Tuk-Tuk”. Sekali lagi muka ditampar hembusan bayu sejuk apabila kenderaan kami merentasi kawasan pertanian tanaman seperti gandum dan padi.


Kawasan pertanian Atash...


“Indah sekali kawasannya, damai dan tenang sayup mata memandang,” getus hati kecilku.


Bangau-bangau putih singgah hinggap diperbatasan sawah menambah penyeri panorama alam. Seingat saya suasana begini hanya dialami sewaktu usia saya masih kecil dahulu. Pernah mengikuti Atok, Nenek dan Emak ke sawah mengetam padi ketika musim menuai di Qariah Bendang Bechah. Selepas penat lelah bekerja mengetam dan memukul padi, kami akan berkelah ditepian kali sawah berteduhkan pepohon merimbun.


“ah, sungguh indah sekali kenangan itu walaupun hanya sekadar menjamah nasi putih berkuahkan ikan masak air, ulam-ulaman dan ikan kering” 


Namun segala kenangan itu hanya menjadi penghias memori sahaja. Sukar untuk mengembalikan suasana sebegitu semula. Kenangan itu kembali menjengah minda apabila melihat persamaan Kampung bernama Atash. Cuma budaya dan watak menafikan persamaan itu.


Diruang tamu...

Sesampai ke rumah Mithad, majlis perkahwinan sudah pun bermula. Kami disambut bak Perdana Menteri turun padang melihat perkembangan rakyat jelata. Sesekali malu dan segan menyelubungi diri apabila mata-mata asing merenung tajam. Terus dibawa ke sebuah bilik kecil. Pada fikiran saya mungkin bilik menyambut tetamu agaknya. Rumahnya bukanlah semewah banglo “Anggerik Villa” mahupun Kondominium di Putrajaya. Binaannya hanyalah dibuat dari batu bata berplasterkan pepasir berbumbungkan simen. Seakan petak bentuknya. Saya diperkenalkan dengan sahabat arabnya yang lain satu persatu. Tetapi hanya beberapa nama sahaja terlekat diingatan antaranya Akhi Mithad, Akhi Hamada, Akhi Sya’ban dan Akhi Abduh.


“Mumkin ana syuf surah fi kamera bita’ak,” soal Sya’ban.

“Tak ada masalah, silakan melihatnya..Tafaddhal.” Izin saya setelah beliau ingin melihat kamera saya. Mungkin beliau melihat saya asyik snap gambar sewaktu perjalanan ke sana agaknya.


Selepas itu kami dibawa menjamu selera ke sebuah khemah tersedia dipasang. Deretan hidangan makanan telah siap menanti untuk disantap. Antara menunya ialah daging rebus, kuah lemak daging, nasi, makarona, roti, ulam-ulaman, kuih manisan dan Jelly. Tidak seperti kebiasaannya, di sini kami menjamu selera berdiri dan makan secara pantas. Ini kerana masyarakat arab makan begitu cepat seakan mengejar sesuatu. Mungkin adat mereka barangkali.



Menjamah hidangan...

Sebelum kami ke Masjid berkedekatan untuk solat Maghrib, saya sempat menoleh kearah segerombolan wanita arab bersorak riang bertepuk tangan meraikan pengantin lelaki yang akan ke rumah pengantin perempuan. Biasanya “bunyi-bunyian” terhasil dari kalangan wanita arab seakan hon kereta pasti mengiringi pengantin. Segak bergaya sekali si jejaka mengenakan kot hitam. Sempat juga bergambar dengan kami sebagai tanda Ihtirom Duyyuf.






Pada sebelah malamnya, sambil menunggu pengantin lelaki sampai kami beramah mesra dengan penduduk kampung. Meriah sekali suasana rumah kenduri. Kerusi-kerusi diatur dihalaman rumah khusus buat tetamu yang hadir. Suasana malam semakin sejuk dengan hembusan angin sawah disekelilingnya membuatkan udara terasa nyaman. Cenggerik malam turut mengalunkan irama lagu indah. Pekikan riuh rendah anak-anak kecil menambah keceriaan malam.



Minuman teh tidak dapat dipisahkan dari penduduk Mesir...


“Enta aiz tasyrab syai?,” soal seorang Ammu.

“Sudah tentu saya ingin menikmati teh panas tu..” Saya menyambut pelawaannya. Lantas kami dihidangkan minuman teh panas mencukupkan tradisi menyambut tetamu mereka.

“Mumkin ehna taswir kullu?.” Pinta saya untuk bergambar beramai-ramai bersama mereka. Gembira bukan kepalang apabila saya mengajak mereka bergambar. Bertubi-tubi flash ditekan. Saya tersenyum melihat seorang Pak Cik yang begitu gembira mahu menggunakan kamera saya untuk mengambil gambar. Ini kerana saya telah ajarkan cara-cara menggunakan kamera digital Canon tersebut. Dari riak wajahnya terpancar rasa seronok sekali. Pelbagai persoalan mereka tanyakan dimana, berapa, bagaimana tentang kamera itu. Ini kerana setelah ditinjau menyeluruh, jarang didapati terjual kamera-kamera digital hatta Bandar besar seperti Kaherah sekalipun. Pada hemat saya, mungkin permintaan pembeli kurang atau mungkin agak mahal harganya. Tetapi penjualan Handphone latest pelbagai jenama teramatlah banyak terdapat dikedai-kedai kecil mahupun besar.


“Antum tidurlah kat sini, esok pagi baliklah..” Desak Mithad.

“Maaflah, kami tak boleh lama sebab malam ni terpaksa bertolak ke Kaherah, esok hari ada program di sana.” Jelas Shahidudin.

“Kalau begitu, tunggu dulu jangan balik lagi sekarang. Tunggu Abang saya balik membawa pengantin perempuan sekejap lagi”

“Baiklah, tapi tak boleh lama”

“Mari saya bawakan melihat rumah pengantin lelaki, ta’al ya Akhi!”

Cantik sekali rekabentuk hiasan dalaman rumah pengantin. Dilengkapi dengan perabot baru, siap dan lengkap segalanya. Saya jenguk pula ke ruang dapur, penuh alatan set pinggan mangkuk. Begitu juga di dalam kamar pengantin tersedia katil bercadar menutupi tilam empuk. Semoga kebahagiaan menjadi milik mereka!. Saya dan rakan-rakan yang lain dibawa ke atas sutuh ( bumbung rumah tersebut ) untuk berbual-bual sambil menunggu kedatangan pengantin. Sesuatu yang tidak dapat dilupakan bersama mereka.


Atas Sutuh...


Lebih kurang jam 10 malam, akhirnya ketibaan pengantin lelaki dan perempuan mengakhiri tentatif kami pada malam itu. Kemeriahannya jelas terpampang diwajah kedua belah keluarga mempelai pengantin. Kami bergambar kenangan bersama-sama pengantin lelaki dan kaum keluarga. Sekali lagi saya tersenyum sendirian.


“Nah dukung budak perempuan ni,” saya disuruh dukung seorang kanak-kanak perempuan berkain kembang seakan pengantin ketika bergambar beramai-ramai.

“Bolehlah bawa dia balik Malaysia!” Gurau Ammu diselangi gelak tawa hadirin.


Akhirnya kami meminta izin untuk pulang walau masih didesak untuk bermalam dirumahnya. Kami menumpang sebuah kenderaan seakan Proton Jumbuck@Arena di Malaysia.
Satu lagi pengalaman baru diperolehi. Berhimpit-himpit dalam sebuah trak seakan pelarian perang mahu lari dari Negara yang sedang berperang membuatkan diri menerawang ke Palestin, Iraq dan Afghanistan dibuatnya.


Ukhuwahfillah Itu Indah

‘Lafaz Tak Terucap’ itulah ungkapan yang layak untuk diucap hasil ukhuwah yang terjalin antara kami walaupun sebentar cuma. Terasa manisnya bak manisan halawah. Lebih tersentuh hati apabila rakan kami Ahmada, Sya’ban dan Abduh membantu merebut tempat duduk ketika bersesak-sesak menaiki van ke Kaherah. I am so appreaciate with this relationship..thanks to Allah for this gift. Alhamdulillah berkat pertolongan mereka, kami berjaya meloloskan diri. Kami bertiga terus bergerak ke Kaherah, manakala rakan arab pula bertolak pulang Kafru Syeikh, Tanta.





Kesimpulan

Begitulah sedikit coretan ringkas saya di Qariah Atash, Damanhur. Memori indah di Majlis ‘Farah’ akan disimpan erat sebagai kenangan berharga selama-lamanya Insya’Allah. Mungkin anda tertanya siapakah Farah dan apa maksudnya bukan? Ianya bukanlah nama seorang perempuan tetapi istilah ‘Kenduri Kahwin’ bagi masyarakat Mesir. Jikalau difahami dari sudut makna Bahasa Arabnya membawa erti ‘Kegembiraan’. Hubungkaitnya, apabila melangsungkan perkahwinan kegembiraan akan terhasil. Ukhuwah, Ziarah dan Farah. Itulah kesimpulan yang saya perolehi.



Ibnurashidi
5:31AM, 13 Oktober 2008,
Siberbay.




"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

53 komentar:

Salwaasdaie said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

:)) salam...

tak larat baca..
hg tolong baca utk aku laa
hihihi...

Ibnurashidi said...

Salam...

Waduhh..bagaimana boleh dua ID satu nama ni?:))
nama juga berlainan ya Pak?

"Membaca itu bukan segalanya tetapi dengan membaca dapat mengetahui apa yang tidak diketahui"

Tirana said...

Salam Farid..

Pengalaman yang sudah tentu indah kan? Mengenali budaya orang arab dalam majlis perkahwinan mereka. Sudah tentu berbeza dengan budaya kita, orang melayu Malaysia.Bila saya tengok tajuk "ukhuwwah Farah....", saya ingatkan Farid dah bertemu jodoh dengan farah (dalam hati dah ucapkan alhamdulillah) tapi farah tu rupa-rupanya majlis kawin orang arab..:D


Kawasan pertanian tu sekali tengok macam sawah padi di kampung saya aje :)

Ibnurashidi said...

Tirana..

Salam alaik..pengalaman manis sudah tentu menghasilkan yang indah belaka Insya'Allah. Berbeza sangat, dari lafaz akad nikah sehinggalah ke Majlis perkahwinannya. Sahabat saya pernah dinikahkan oleh Syeikh arab berketurunan Rasulullah SAW, namanya Syeikh Ibrahim Al-Kittani di Iskandariah. Alhamdulillah saya sempat mengikutinya dan merakamnya. Dari sebutan lafaznya berbeza, lebih mudah berbanding style Melayu.

Saya dah agak, saja cuba gempakkan tajuk:D. Yer, semacam sawah padi diMalaysia. Tanamannya berbeza sikit.

A t i Q a h said...

Seronok duduk di tempat orang ni kan. Selain menuntut ilmu, dapat belajar budaya mereka. Yang baik tu boleh dijadikan contoh. :)

Ibnurashidi said...

AtiQah..

Sebab itu kadang-kadang fikir ada baiknya juga peribahasa "sambil menyelam sambil minum air"..tapi jangan terlebih minum, lemas pula nanti.

"Ambillah yang jernih buang yang keruh"

Anonymous said...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...

pertemuan itu tidak terletak selama mana perkenalan dan sekerap mana pertemuan berlaku. tetapi ia akan jadi lebih indah atas penghargaan yang kita beri dalam acuan masa yang diberi. Dan sejauh mana ia bertakhta di hati, ia terletak kepada sejauh mana kita saling mengingati di dalam doa yang merupakan perutusan terus ke hati setiap manusia.

kerana ukhwah itu indah dan suci persih bunga yang mewangi di taman dunia dan mampu terus mewangi di taman syurga, atas ingatan kita kerana ALLAH swt, semuanya kerana ALLAH

wallahua'lam

*i just can't stop smiling reading the feedback from ukht Tirana above..*

siiru ala barakatillah...ALLAH yukhallik

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Wahh..bertuah akhi dapat merasai pengalaman di tempat org, di bumi anbia'...
Ukhwah itu indah..;)

Ibnurashidi said...

Wa'alaikumsalam Alkhadra'..

Sekian lama menyepi baru kini menjelma kembali..mungkin busy agaknya ye.

Bahasa yang agak mendalam untuk difahami. Saya terpaksa menggunakan pacaindera yang lima untuk cuba memahami. Apa yang pasti sememangnya ukhwah itu indah jika bersulamkan keimanan dijiwa. Saya berharap dapat bertemu lagi kawan arab bersikap begitu lagipun mereka sudah pun menamatkan pengajian masing-masing dikuliah Usuluddin.

Sahabat yang baik umpama untaian tasbih saling berkaitan antara satu sama lain. Punya kelebihan tersendiri.

i also smiling while i read her comment's because the smiling can give happiness and cheerful..

Barakallahhu fik..

Brahim Nyior said...

Menarik sekali perkongsian pengalaman, dengan ayat mudah dan gambaran cerita yang berturutan. Seolah saya juga sebahagian daripada tamu. Dengan adanya foto (tentunya melalui Canon digital yang canggih manggih tu), ia mengukuhkan lagi penceritaan.

Kesimpulannya, bahasa tuan baik, bakat penulisan memang ada. Teruskan paparan di bumi anbia, moga beroleh rahmat Allah..

Anonymous said...

:D

ana masih belum sempat nak kesana, teringin juga, melihat budaya yang berbeza

Whitetulip Tales said...

Indah sungguh pengalaman ante di sana. Seronok membaca. Ukhuwafillah itu memang indah, kan??syukur..

nohas said...

Menarik sungguh pengalaman sdr. Orang Arab nampaknya sangat meraikan tetamu walaupun baru kenal. Ihtirom Duyyuf tu apa maknanya? Ambil berkat kot?:D

cikMilah said...

Salam lewat Aidilfitri..menarik kisah ini.
Jika kita menuntut ilmu dinegara orang, yang kita perolehi bukan sahaja ilmunya, tapi juga bahasanya dan budayanya. Semua itu penajam akal dan penyemarak dewasa.

Rendah diri said...

wah....seronoknya...tapi bab makan cepat2 dengan berdiri tu..tak bolehla pulak saya nak komen lebih2 mungkin adat di sana memang macam tu...

tuan ibnurashidi kalau nak kahwin dengan orang sana nanti postla jugak kat blog ni ye...(hihi..pengaruh 'ayat-ayat cinta')

Suri suraya said...

salam,
teringin sekali berpijak di bumi anbiya..
novel ayat - ayat cinta pn byk ceritakan situasi disane. semoga hidupmu sentiasa diberkati oleh Nya.

suara said...

Salam...
Kak Su nak tengok gambar pengantin la. Agaknya bagaimanalah hiasan pengantin kat sana. Banyak persalinan macam kat Malaysia ke...?

Ibnurashidi said...

Wa'alaikumsalam cahayahuda_petunjuk..

Alhamdulillah ukhwah itu indah pengalaman itu bermakna, ilmu itu mutiara, iman itu kemanisan.

Ibnurashidi said...

Brahimnyior..

Syukur Alhamdulillah, itu matlamat saya. Bila sampai apa yg hendak disampaikan maka tercapai akan matlamatnya. Biar bahasa mudah digunakan asal pembaca faham, jangan berbelit tetapi tiada penghujungnya. Pohon sebarang pembetulan jika ada kesalahan. Insya'Allah. Barakallahhu fik..Rabbuna Yustur Alaik..

Ibnurashidi said...

Pendekar..

Rabbuna Yu Sahhil..niat yang baik semoga dimakbul Allah biiznillah..

Kamu dimana ya Pendekar?

Ibnurashidi said...

Whitetulip..

Perjalanan mengikut acuan betul, pengamatan yang teliti akan menghasilkan pengalaman bermakna. Jika bermusafir, bukalah minda, peka dengan sekeliling, lihat alam seluasnya, dengar sebaik-baiknya nescaya hasilnya lumayan. Firman Allah SWT :-

"..dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan [Yaitu mengadakan hubungan silaturahim dan tali persaudaraan], dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk."

(Ar-Ra'd : 21 )

Akak said...

Salam Ibnurashidi...

Seronoh dapat pengalaman mengenali adat dan budaya org lain, pengalaman yg sangat2 berharga dan tak mungkin dtg selalu..

Ibnurashidi said...

Orangbukit..

Semestinya..teringat saya akan kisah arab jahiliyyah. Mereka sentiasa menghormati tetamu yang hadir walau itu musuhnya.

'Ihtirom Duyyuf' yakni memuliakan tetamu.

Ibnurashidi said...

cikMilah..

Benar Makcik, sebab itu terasa rugi benar jikalau diperantauan hanya terterap dirumah sahaja. Jika tiada majlis ilmu sebaiknya cuba merantau beruzlah melihat suasana masyarakat. Permata tidak akan diperolehi jika tidak diselami.

Ibnurashidi said...

Rendah Diri..

Dalam hal berdiri ketika makan saya agak kurang bersetuju dengan adat begitu. Namun, saya cuba meraikan adat mereka.

Harapan tinggal harapan. Terasa jauh sekali mahu ke arah itu, berniat juga tak berani. Kahwin Arab risiko lebih tinggi..hehe. Biarlah bertemu yang sepadan dengan diri.

Ibnurashidi said...

Huda Huzaifah..

Waahh, famous sekali ya Novel tu di Malaysia. Dalam Ayat-Ayat Cinta Hanya sekelumit pengalaman ditulis. Banyak lagi keadaan yang belum digambarkan.

Semoga Allah merahmati kita semua. Amin Ya RAbbal Alamin..

Ibnurashidi said...

Suara..

Nak tengok gambar pengantin ya..hurrmm, mahal tu. Kena bayar lebih ni. Insya'Allah. Tapi kadang-kadang ada pengantin yang tidak bertudung. Mekapnya usah dikata. Ada yang lebih Islamik. Pelbagai jenis pengantinnya.

Untuk gambar pengantin kisah di atas, kami tak dapat nak ambil gmbr pengantin pmpn. Lelaki sahaja. Memandangkan ianya dilarang.

Ibnurashidi said...

Akak..

Betul, betul betul..adat kahwin di Malaysia pun sebenarnya saya belum tahu habis lagi. Tambah-tambah budaya minangkabau di Nogori 9.:)

Ibnurashidi said...

Sebagai tambahan nota kaki, saya sertakan makna kalimatnya :-

Syu'bah : Kursus

Furu’ : Cawangan

Mawwaf Gadid / Mauqaf Jadid : Stesen Baru

Qariah : Kampung

Mumkin ana syuf surah fi kamera bita’ak :
Saya nak tengok gambar di Kamera kamu

Tasyrab syai : Minum Teh

Halawah : Sejenis kuih manisan

nohas said...

Sambil berkongsi pengalaman, boleh belajar bahasa Arab sekali. Uni Al-Azhar ada brp cawangan?

Jazakallahukhairan khatira.

Ibnurashidi said...

Buat masa ni antara cawangan Al-Azhar ialah Kaherah, Tanta, Iskandariah, Mansurah, Damanhur, Zaqaziq, Dumyat, Shibin El-Kom, Shoubra,dan Tafahana. Yang lain-lainnya ialah cawangan perubatan Tibb.

Ada apa boleh dibantu lagi?:)

nohas said...

Thank you for the info. Just for general knowledge. Byknya cwgan, yelah antara universiti tertua di dunia. Tak lama lagi ada cwgan M'sia pulak. Entah on ke tidak project tu, wallahua'lam. Setakat ni, blm ada soalan2 lain:D

Ibnurashidi said...

Sama-sama..

فضل العالم على العابد كفضل على ادناكم

Ya, banyak cawangannya. Tu belum masuk yang bahagian Kesusasteraan, Medical or any course under University Of Al-Azhar..

Saya ada juga dengar cawangan di Malaysia...namun persekitarannya tetap takkan sama dengan yang asal. Tak gitu?

Tie said...

Wah! Beruntungnya dapat mengenali majlis perkahwinan dan budaya di sana. Tentu banyak yang dapat dipelajari.

Ibnurashidi said...

Tie..

Belum cukup lagi kalau bagi saya..rasa belum puas. Peluang yang ada mahu saja mengutipnya. Biar penuh berbakul-bakul, supaya kelak punya input untuk dioutputkan.

kin hashim said...

hhmmm...menarik dpt tengok sendiri dan turut serta dlm majlis perkawinan org arab. walaupun kita sama agama, tp budaya berbeza. mm...kalau diberi pilihan, agak2 tuan blog ni lebih suka kawen ikut budaya org arab ke ikut budaya org melayu? ehhehe..brapa lama lagi ibnurashidi kat sana? sekrg dah dapat berapa bakul kutip pengalaman? ;).

Ibnurashidi said...

Masuk ni kalau tak silap saya dah 2,3 kali saya join Majlis kenduri arab. Ingat lagi ada sekali saya pernah dijemput seorang kenalan arab. Dia tokei kedai CC. Abangnya kahwin, jadi jemput kami ke Majlisnya. Tidak semena-mena jadi penonton Tarian Gelek dan Main pukul-pukul kayu (ganti pedang). Boring asyik tengok orang dok berjoget terus pulang awal.

Gabungan budaya Arab dan Melayu. Mesti menarik bukan?:)Alhamdulillah skrg dah tahun akhir. Bukan setakat bakul, tapi kontena kargo:)

nohas said...

Agreed with you. Cwgan kat M'sia mana nak sama dgn yang asal. The sound, the smell, the environment, the people, the culture,etc and of course, the country, are all totally different. Enjoy your stay there..

Anonymous said...

salam...
sungguh menarik sekali pengalaman yang saudara perolehi...jadikan ia sebagai pengalaman dan pengajaran dalam hidup.saya pernah dijemput menghadiri majlis kahwin anak angkat ibu saya.yang menariknya kedua-dua mempelai budaya yang berbeza.cina dan arab jordan.walaupun majlis itu di buat dengan ringkas dan sederhana tetapi saya dapat melihat budaya dan adat orang arab jordan sangat berbeza dan menarik.itu baru d majlis di malaysia macam mana la pulak kalau di negeri sana jordan mesti lagi meriah agaknya...saya bersyukur dan gembira dapat melihat kedua mempelai berlainan agama di satukan.

Ibnurashidi said...

Orangbukit..

Of course here totally different, especially about there noise "mancung"..hehe.

Apapun, biasanya benda yang Original lebih elok qualitinya dari benda yang dicuplik.

Ibnurashidi said...

Eya..

Menurut cerita saudari, mereka berlainan agama berjaya disatukan. Bersatu di dalam Islamkah?

Namun, dalam melihat kepelbagaian budaya jangan lupa dicombine dengan agama kita. Bukan apa, dibimbangi Adat melebihi Ibadat..Jika tidak bertentangan, dipersilakan melangsungkannya.

Anonymous said...

yup cina masuk islam...

Ibnurashidi said...

oowhh, Alhamdulillah kalau cina yang masuk Islam..Semoga ramai lagi yang mengikuti jejak langkah begitu..

arsaili said...

salam..cam mana eid yg masih berbaki?

Ibnurashidi said...

Salam Arsaili..

Sambutan Aidilfitri di sini sudah pun sepi. Kembali normal spt hari-hari biasa. Cuma adalah sahabat sorang dua yg buat 'open house'. Di Malaysia rasanya pasti ada masih buat lagikan..

tintaHati said...

Baru-baru ini pakcik saya menikah dengan gadis arab dari morroco. Tertarik juga melihat video majlis mereka. Tetamu yang datang diberi minum susu n mkn kurma. Ada juga tarian. Pengantin pula diarak n diusung. :)

Ibnurashidi said...

TintaHati...

Hurmm, teringat kata-kata DR saya dahulu. Dia lulusan Universiti Morocco. Katanya gadis arab morocco orangnya kecil molek macam melayu kebanyakkannya.

Ada sesetengah yang lebih Islamik takkan adakan majlis tarian. Biasalah, bila adat melebihi ibadat apa-apapun boleh jadi.

Anonymous said...

Salam ziarah kembali.. Wah!byk btl pengalaman menark dpt d kngsi.sernk ek dpt tgk suasana bru.. Bestnye kalau dpt g sane.teringn!..pe2 pun cra menuls ibnurashdi yg mcm pnls nvel lg m'buatkn saya b'kobr2 nak g.. :)

Anonymous said...

Oh yee..bile stat kuliah?

Anonymous said...

Terima kasih kerana berziarah Nur Syahadah..

Macam aje penulis novel, tapi belum lagi. Baru mula berjinak-jinak dengan alam penulisan. Kalau dinisbahkan kepada bayi kecil, umpama baru nak tumbuh gigi agaknya:)

Setiap masyarakat ada keunikan, namun tetap ada pro dan kontra..ada positif dan negatif. Bak pepatah nenek moyang kita, buang keruh ambil yang jernih.

Alhamdlullah, kuliah baru memanaskan enjinnya. Saya baru saja menjenguk bangunan-bangunan berdebu itu.

kawaii_desu said...

Salam, terkedu sekejab melihat nama kita disebut2... lupa pulak nama saya ni nama arab :) I thought Farah means happiness??

anyway, u r lucky..
dulu ingat masa kita banyak berkawan dgn org2 jordan, ada jugak belajaq budaya mereka... kental dgn budaya...

Ibnurashidi said...

Salam..Kawaii_desu..

Mujur terkedu saja bukan terkejut:)
Ya, Farah ertinya gembira.

Arab kuat berbudaya. Budaya luar nak masuk n pengaruh agak susah.

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP