Ayuh Bangkit!

Wednesday, October 8, 2008


Perjuangan
Penghujungnya menanti tiupan Israfil
Namun badai terus melanda
Megahnya tangan-tangan Yahudi, Nasara, Dahri dan Sobiin
Islam terus terhina di muka bumi
kerana
Umat Islam terpenjara kekerdilan
Jiwanya teransang memeluk dunia
Cintalah dunia
Takutlah mati
Umat Islam akan terus diganyang oleh anjing-anjing

Ya Rabbi
Hamba Mu perjuangkan keegoan
Hamba Mu terhina di bumi Mu
Hamba Mu tersasar diperkotak-katikkan
Ya Rabbi Baitil 'Atiq
Saksikanlah keinsafan umat Mu
Kembalikanlah kemuliaan umat Mu
Ajaran suci kekasih Mu mengisi kekosongan alam
Bangkitnya umat Mu dari lena
Al-Quran dan As-Sunnah tidak akan terlepas
Berkatilah hamba Mu sepanjang zaman


Nukilan : SKET '09










"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

42 komentar:

Tirana said...

Salam Farid..

Bila baca sajak ni jadi bersemangat pulak..Harap2 semangat tidak patah di tengah jalan..atau menjadi seperti hangat2 tahi ayam..:D

Akak said...

Salam Ibnurashidi...

Sajak yg sungguh menginsafkan..

Ibnurashidi said...

Salam Tirana..

Harapnya begitu..seperti yang disebutkan, kita kena kuat semangat. Jadi sentiasa perlu ada 'self motivation' bak kata orang putih.

Cuba kita tukar jadi 'hangat-hangat tahi lembu' amacam?..siap boleh dibuat gas lagi. Jangan tak tau, tahi lembut juga disedut oleh Mat Gian dadah kalau kehabisan sumber bekalan dadah:)

Ibnurashidi said...

Salam Akak..

Semoga masing-masing merasai keinsafan itu. Selamat kembali berblogging Akak!mesti meriah raya ya?:D

Anonymous said...

gambatene

Whitetulip Tales said...

salam. bagus sajak nih. ante yang karang ker?

Ibnurashidi said...

Gambatene tu apa ya wahai Anonymous?:D

Ibnurashidi said...

Salam Whitetulip..

Oleh sebab ayatnya bagus, saya cuba letakkan di sini sebagai pengajaran.

Bukan saya karang tapi senior lama yang buat Majalah SKET di sini yang karang.

nohas said...

Umat Islam akhir zaman ibarat buih-buih di lautan, banyak dari segi kuantiti tapi lemah & kurang berkualiti. Dahri & Sobiin tu apa maksudnya?

Ibnurashidi said...

Umat Islam juga ibarat hidangan makanan yang dikerumuni ramai manusia. Kerana hilangnya kualiti itu suaranya selalu direject oleh masyarakat antarabangsa. Ramai tetapi masing-masing bertelagah sesama sendiri. Tiada guna.

Dahri yakni "Orang yang tidak percaya wujudnya Allah SWT seperti golongan Aties" manakala Sobiin ialah "Orang yang menukar Agama."

Tirana said...

Farid..

Baru hari ni saya tahu yang tahi lembu tu diguna oleh penagih dadah untuk lepaskan gian.. :D Bila dah gian tu..najis pun nampak sedap kot...

Anonymous said...

assalamualaikum..
ayuh bangkit!!
di saat ini pastilah ramai muda mudi dgn aktiviti msg2, yg amalan soleh alhamdulillah..kalau sebaliknya??maka berapa ramai yg melakukn aktiviti yg diredhai??
mgkn sekali saat ini rakyat2 malaysia asyk lg melayan hiburn2 sempena hari raya yg disediakn.malam ini mgkn sj ada yg menonton movie Qabil Kusyri Qabil Igham..:)
sedih btl bila mlht perjuangn muda mudi kini..
dr itu sy menyeru diri sy n siapa2 yg ignkan peringtn,
AYUH BANGKIT!! ;)
syukran buat penulis :)

-awrapurnama

Ibnurashidi said...

Wa'alaikumsalam..

Ya, ayuh bangkit!slogan yang baik untuk membangkitkan kita.

Budaya Hedonisme merebak deras bak air dimusim bah. Kadangkala pendakwah sendiri pening memikirkan cara terbaik untuk mengatasi masalah ini kesan terjahan bertalu-talu budaya kuning. Oleh itu perlunya motivasi. Bukan kepada orang yang hendak didakwah bahkan kepada pendakwah itu sendiri. Bak kata Tirana jangan jadi "hangat tahi ayam".

Tentu banyak TV Malaysia menyiarkan program Aidilfitri?

Anonymous said...

Teramatlah byk hingga mmpu melalaikn..
kalau siaran bicara mufti ect waktu pg2 buta..
siapalah mh tonton..
besar yer perann media nih..
~

awrapurnama

Ibnurashidi said...

Tirana..

Ya, apa yang saya tau tentang najis lembu tu boleh disedut gasnya oleh penagih dadah yang tak cukup modal beli dadah. Barangkali harga barang naik kot:)

Kalau di Jepun gas najis lembu dibuat gas dapur masakan. Pernah tengok dokumentari suatu ketika dahulu. Jimat mungkin:D

Ibnurashidi said...

awrapurnama..

Biasanya memang camtu, pagi2 tazkirah kemudian dekat maghrib letak rancangan best..terutamanya kartunla. Budak-budak jadi leka tengok kartun sampai tak sedar dah nak habis maghrib. Suatu fenomena kurang sihat.

Teringat ayah saya, kalau adik2 nampak ayah time maghrib cepat2 kelam kabut tutup TV. Terus mandi dan solat sama2..:)

Brahim Nyior said...

Ok sajak ni, ada mesej perjuangan.
Bahasa, mungkin kurang unsur personafikasi, tapi ada simile. Keep on try. Anda berbakat.

Ibnurashidi said...

Syukran saudara Izzuddin Ali..sebenarnya sajak di atas ditulis oleh senior pelajar Tanta ketika tahun 1999. Saya cuba postkan kerana tertarik dengan isinya. Apapun, terima kasih kerana prihatin dengan hasil karya seni. Barakallahhu fik..

A t i Q a h said...

Sajak ini saya suka. :)

Nice one. Tahniah.

Ibnurashidi said...

Terima Kasih kerana anda juga pandai memahami hasil seni..

Harapannya suka itu seiring Istifadhah berguna diambil:)

Anonymous said...

gambate tu selamat makan...hehe
dah tahu pun masih tanya..:p

Ibnurashidi said...

Oohh..selamat makan ya..tak pernah guna pulak bahasa tu..bahasa portugal agaknya:D

Anonymous said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"bangunlah, lalu berilah peringatan!"

namun musuh yang paling merbahaya ada dalam diri kita. ;-)

bukan salah mereka membenci umat Islam, namun perlu kita sebarkan tentang keindahan Islam tentang kecintaan pada Allah.

berbuat tanpa cinta, berbuat kerna terpaksa. dan ada perbezaan mencintai dan rasa ingin memiliki.

mardhotillah

Anonymous said...

Salam alaik...
Bila kak su fikirkan ttg erti perjuangan yang perlu diutamakan oleh umat Islam, kak su selalu rasa permulaan perjuangan adalah menentang nafsu sendiri. Nafsu melihat dunia lebih dari akhirat...
Seboleh mungkin tak mahu jadikan ianya tinggal sbg laungan yang bergema di minda tapi tak mampu mengeluarkan suara, tak mampu menggerakkan anggota...
Menyoal diri sendiri... 'sejauhmana aku telah berjuang?'

Ibnurashidi said...

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته..على كل حال شكران لجوابه

Peringatan sesama insan amat penting dalam kehidupan seharian..ada sesetengah kita merasa ego bila diberi tazkirah..harus dibuang jauh-jauh sifat begitu.

Benar Pendekar, musuh paling merbahaya ada dalam diri kita..Nafsu+Syaitan.

Kerana cinta juga manusia sanggup melakukan apa saja:X

Ibnurashidi said...

Salamalaik aidhan..

Itulah fokus utama yang ingin disampaikan penyajak..iaitu musuh utama dalam diri. Betul Kak Su, apabila Minda berputar memikir namun tersangkut dikerongkot tidak mampu dilontarkan oleh Suara maka natijahnya laungan itu menjadi mimpi. Mimpi fantasi tidak menjadi realiti. Itulah sebesar-besar penghalang..nauzubillahhi minzalik..

"soalan itu harus difikir oleh semua"

Anonymous said...

salam..
adik2 kelam kabut tutup tv abg dia join sekali x? :D
biasanya hujung minggu waktu pagi hingga tghhari sepanjang panjang siaran kartun..
bdk2 ni xbrgerak lgsg..dan kartun yg terutama dr jepun (anime) mmg xsesuai dgn bdk2..org dewasa plk yg tgk dan lg fhm..
bkn fenomena kurang sihat..tp fenomena xsihat lgsg.. :)
inovatif sggh penyajak ni..
Ayuh Bangkit~

Ibnurashidi said...

sAlam Awrapurnama..

Abangnya biasanya lebih cerdik lagi..tak tengok TV, tapi beli CD..takpun copy dari kawan-kawan. Fenomena begini biasanya banyak dilihat di IPT. Kalau kartun bermanfaat bertujuan memahami BI..takda masalah sangat:)

faridmw said...

salam... sedap sajak ni... ya allah engkau bantu pejuang2 agamamu... amin ya rob...

Anonymous said...

wsalam wbt..
owh..
mcm tu..
bijak2..
blh @ x tiru aksi ini??:D
maknanye tgk anime tu brdasar niat walaupun anime tersbt ada unsur2 kuning~?
:-/

Anonymous said...

saya setuju dengan pendapat saudara.. :D
ayuh bangkit!!
Takbirr!!

Anonymous said...

Salam.. Sjak b'makna..bangktla dr kegelpan,trgkn dunia dgn keiman

Ibnurashidi said...

Salam faridmw..

Alhamdulillah sesedap maknanya..Ammeen Ya Rabb!

Ibnurashidi said...

Awrapurnama..

Jangan tiru aksi sebegitu. Rasanya tak semua anime ada unsur-unsur kuning. Pandai-pandailah pilih. Apapun, matlamat tidak akan menghalalkan cara..maksudnya niat melakukan kebaikan atas jalan keburukan tidak boleh.

Ibnurashidi said...

Masyar90..

Pendapat yang mana satu?:)
Kalau ada pendapat berlainan boleh kemukakan je. Tidak ada masalah bagi saya.

Ibnurashidi said...

Nur Syahadah..

Na'am, bangkit dari kegelapan menuju ke sinar kegemilangan..teringat akan sejarah orang Eropah yang berada di zaman kegelapan. Akhirnya bangkit maju namun menceduk dan menciplak ilmu Islam juga.

Harapannya..Islam kembali menguasai dunia!

Nadia said...

kenapa rasa macam islam makin lama makin hilang serinya?? adakah kerana dunia nak sampai ke penghujung?

Ibnurashidi said...

Sememangnya banyak sudah tanda-tanda menunjukkan dunia semakin penghujung..semakin akhir zaman..dengan kata lain sudah dekat kiamat..

Insya'Allah, Islam kembali memegang tampuk dunia kembali sebelum ianya berakhir. Percayalah!

Anonymous said...

best lagu tu
mula2 dengar x best, lama2 dah faham maksudnya terus jadi best..hehe

salam.

Ibnurashidi said...

Sebab itu bila mendengar perlu memahami maksud..bukan setakat best tetapi akan menyentuh jiwa..

Anonymous said...

Bila dibaca dgn mata hati, barulah nmpk akan sinarnya.syukran for sharing.

Ibnurashidi said...

Bagus..gunakan mata hati kurnian ilahi..selami, hayati, nescaya akan nampak makna yang hakiki dan realiti.

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP