Ziarah Menziarahi Di Aidilfitri

Tuesday, October 7, 2008


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Adat kebiasaan berziarah dari rumah ke rumah apabila tibanya musim perayaan. Tidak kiralah samaada perayaan Aidilfitri mahupun Aidiladha. Budaya ini begitu sinonim dengan masyarakat melayu khususnya bahkan menepati pembawakan dari akhlak junjungan mulia SAW yang turut menganjurkan supaya menziarahi sanak saudara, rakan taulan untuk mengeratkan lagi ukhuwahfillah sedia terbina. Umumnya apabila ketibaan musim perayaan, kita seringkali akan mengadakan rumah terbuka ataupun open house sebagai tanda meraikan tetamu yang berziarah. Sudah pasti juadah istimewa akan terhidang bersama samaada resepi tradisional mahupun moden bakal menjadi santapan.

Biarpun jauh beribu batu, biarpun berjuta kilometer belayar dilautan, biarpun merentasi benua asia dan timur tengah, biar juga terpaksa terbang diawan yang biru namun budaya Malaysia itu masih menjadi identitinya. Menjadi identiti anak watan tanah air diperantauan. Kami juga di sini tidak ketinggalan memeriahkan Aidilfitri dengan mengadakan rumah terbuka buat Mahasiswa/si Tanta khususnya. Apalah salahnya diadakan sedikit sebanyak jamuan buat santapan tetamu yang hadir, disamping bersyukur kehadrat ilahi dengan kurniaan diberi kita juga dapat mencari pahala berbuat kebajikan tidak semena-mena. Betapa indahnya Islam!

Ziarah 1

Jiran saya, Ust.Kamal bersama ahli baitnya telah mengadakan majlis jamuan rumah terbuka pada hari raya kedua. Majlis tersebut tidak kurang meriahnya, boleh dikatakan ramai sahabat-sahabat yang diundang turut hadir. Majlis bertambah ceria dengan kehadiran beberapa pasang pasangan mutazawwijin bersama anak-anak kecil masing-masing. Menu yang disediakan ialah Nasi Kerabu Ala Siberbay.


Santapan Nasi Kerabu...


Ziarah 2

Tidak ketinggalan Ust.Shah atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Pok Su’ turut mengadakan majlis rumah terbuka juga pada hari yang sama. Jadi, oleh kerana bertembung dengan rumah terbuka Ust.Kamal maka terpaksalah saya membahagikan petisyen ruang perut supaya tidak mengalami tindak balas ‘pelik-pelik’. Alhamdulillah, julung-julung kali dibuat, tuan rumah telah menghidangkan Nasi Dagang Terengganu. Hampir 3 tahun juga saya tidak merasa penangan Nasi Dagang Terengganu semenjak tamat belajar di sana suatu ketika dahulu.


Tengah ceduk kuah Nasi Dagang...


Ziarah 3

Pada sebelah malamnya pula, saya diajak 2 orang sahabat untuk ke rumah saudara dari kalangan masyarakat Mesir. Sememangnya saya telah pun mengenali beliau sebelum ini dan pernah beberapa kali berbual dengannya. Rumah beliau terletak berdekatan Mahattah Siberbay, tidaklah jauh dari rumah saya hanya 2 minit berjalan kaki sahaja. Ustaz Aiman Ahmad merupakan salah seorang guru bahasa yang baru sahaja mendapat pekerjaan setelah menamatkan pengajiannya di Kuliyyah Adab dan Sastera Universiti Tanta. Sudah mendirikan rumah tangga.


“Kaifahalulukum?..”

“Alhamdulillah bikhair, kullu tamam..”

Kebiasaannya kami akan berbual dalam bahasa arab Fushah dengannya, hanya selang sekali sekala berbual dalam dialek Ammiyyah. Daya tarikan itu menyebabkan saya suka berbual dengannya, disamping beroleh vocabulary baru saya juga dapat menambah sedikit pengetahuan dengannya hal berkaitan isu semasa.


“Saya pernah lihat di Internet perihal pembunahan di Ambon Indonesia dan Tsunami Acheh. Kamu juga lihat juga Farid?”

“Na’am, saya juga melihatnya..” Jawab saya.

“Semua itu bala dari Allah SWT kerana ingkar suruhannya..” Sampuk seorang sahabat.

“Indonesia ramai umat Islam tetapi penghayatan agak kurang..” Balas Ustaz Aiman kembali serta menghuraikan peristiwa tersebut dengan dalil-dalil dari hadis Rasulullah SAW.


Sambil rancak berbual, kami dihidangkan dengan minuman oren dan jus buah-buahan. Barulah saya terfikir, rupanya sambutan Syawal simple sekali dikalangan mereka. Jikalau dirumah saya di Malaysia sudah tentu penuh terhidang kuih muih raya tertutup dalam bekas-bekas kemas. Tambahan jika ber‘title’kan open house beraneka makanan terhidang semestinya.


Ziarah 4

Hari ketujuh beraya, saya masih lagi menerima jemputan rumah terbuka oleh Pengerusi DPMT Ust.Faizol Endut. Beliau merupakan salah seorang rakan saya sekapal datang ketika mula menjejakkan kaki ke bumi kinanah ini. Juga merupakan bekas pelajar KUSZA suatu ketika dahulu. Majlis tersebut diadakan di Ma’arad bekas markaz lama DMPT. Alhamdulillah, ramai ahli yang turut sama hadir. Menu Makarona Ala Laksa Penang menjadi santapan kami pada hari itu.


Tudia pekena laksa Penang...


Laksa ready to eat...


Kesimpulan

Konsep ziarah menziarahi, tolong-menolong, memberi makan sesama muslim masih lagi dalam ruang lingkup bersedekah. Ditambah pula ianya dilakukan bersempena meraikan bulan Syawal yang tiba sudah tentu memberikan ganjaran berlipat kali ganda buat semua. Sebagai penutup, mari kita hayati serangkap sabda baginda SAW :-


أن الله كتب الإحســان على كل شىء
“Sesungguhnya Allah mewajibkan al-ihsan (berbuat baik) kepada semua perkara.”




Ibnurashidi
12:52AM, 7 Oktober 2008,
Siberbay



"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

16 komentar:

Anonymous said...

mesti sedap laksa penang ala mesir tu kan...:D

Tirana said...

Sedap nama Farid sesedap laksa penang yang menjadi makanan kegemaran saya. Kalau dapat laksa penang, saya tak makan nasi pun tak apa.

Hari ni baru nampak clear wajah jejaka berjubah biru.. Lihat dari raut wajah, ada potensi menjadi pemimpin..lihat dari gaya penulisan, ada potensi menjadi penulis terkenal... :D

Anonymous said...

Salam.. Byk opn house ktcna ek.. Kt tmpt saya hjg mggu br da cz hari besa org dh keje.. Cmne agknye ns krbu siberby?ulam2 da gk ek ktcna?.. Pe pun pnglman perantau plg mhal.. Xt'beli xt'jual :)..

Anonymous said...

em mcm tu kat sana ek...seronok makan ramai2

Ibnurashidi said...

Hamba Kerdil..

Laksa Penang tapi bukan laksa beras mcm kat Malaysia. Kami biasa masak guna Makarona mcm Mee tu. Kuah je rasa laksa:) Takleh lawan laksa beras kat Malaysia. Kalau nak rasa Mee bandung ke kuah apake buat kuahnya Mee tetap sama. Nak rasa dipersilakan ke sini:)

suara said...

Salam lebaran farid...
Teringin nak tahu apa beza nasi kerabu kelantan dgn nasi kerabu ala siberbay... kirim kat kak su sepinggan. ;)

Syukurlah sbb raya di sana tetap penuh dgn aktiviti ziarah yang rasanya sama meriah dgn Malaysia, walaupun ada yg tak sama...

Tahun ni, pagi raya pertama, sampai petang, kak su ziarah rumah sedara yg kematian... sedih... :(

Ibnurashidi said...

Tirana..

Segala pujian hanya bagi Allah SWT jua. Makhluknya hanyala insan yang lemah. Alhamdulillah nama yang diberikan Ayah punya maksudnya.

Nak sedap laksa tu kena ada daun kesum, bungan kantan baru 'clear'. Semangkuk tak cukup:)Mujur takda laksa nama 'Farid' ya. Kalau ada bertambah sedap agaknya:D

Semoga harapan pada lahiriyyah membentuk ruhaniyyah.

Ibnurashidi said...

Nur_Syahadah..

Alhamdulillah, tahun ni ramai yang 'terbuka' hati untuk membuat rumah terbuka:)dengan lapang dadanya saya turut terbuka selera sama.

Ulam-ulam banyak kat sini, tapi bukanlah ulam semacam pucuk putat, pucuk pegaga, pucuk mengkudu. Hanya ulam ala arab yg tak ada diMalaysia. Cuma kita boleh suaikan dengan masakan yang ada. Asal rupa sama rasa lain tak mengapakan?

Nasi Kerabu Siberbay ni spesial sbb tak cukup bahan:)

Ibnurashidi said...

Anonymous..

Macam tulah, tidak macam ini atau macam-macam. Lain orang lain macam ragamnya lain macam persekitarannya:D

Ibnurashidi said...

Suaraminda..

Salam lebaran juga. Seperti yang saya sebutkan diatas, bezanya tak cukup bahan:)beza lain ialah warnanya bertukar jadi kuning, makan berlaukkan daging rebus, tidak ada jeruk, tidak ada kelapa sumbat dalam lada. Hanya kelapa parut, ulam-ulam spt kacang panjang dan kuah.

Meriah yang pelbagai cuba diserapkan. Ada kelainan ada perbezaan. Oh, yakah!Innalillahhiwainnailaihirajiun..tak sempat arwah beraya ya..

nohas said...

Kat sana dah start open house dah..Kat KL ni, this weekend baru nak start kot. Boleh traffic jam satu KL, orang pergi beraya. The tagline is 'raya kan sebulan'. Last weekend, dah jam kat highways.

Orang Melayu ni memang pemurah hati, di bulan Ramadan buat majlis berbuka puasa, bulan Syawal buat open house.

Btw, sungguh kreatif n innovatif chef2 kat sana. Gunalah produk tempatan.

Ibnurashidi said...

Saya ada juga dapat berita dari kawan kat Malaysia katanya jalan jem highways pun sama. Satu persoalan, mengapa KL selalu jem tak kira waktu ya?apapun, hati-hatilah dijalanraya kepada pemandu diluar sana.

Melayukan terkenal dengan budi bicara baik sampaikan PM terpaksa buat kempen budi pekerti mulia satu ketika dulu:)masakan pulak macam2 jenis tak terhitung resepinya.

Terpaksa mengkreatifkan diri kak, kalau tak..tak merasalah masakan kemelayuan. Tak gitu?:D

Brahim Nyior said...

Bro ibnurashidi,
Salam lebaran. Suasana beraya di tempat sendiri dan di tempat orang memangjauh perbazaannya. Tapi perbezaan itulah yang menjadikannya unik.
Moga terus bersemangat meneruskan perjuangan.

Ibnurashidi said...

Izzuddin Ali..

Nama yang baik untuk manusia yang baik, Insya'Allah:)

Kerana pengalaman merantau itu Unik menyebabkan Ibnu Batuta Si Pengembara Islam membukukan kisahnya suatau ketika dahulu..

Anonymous said...

salam..
mmbaca entri kali ni,terasa mesir tu sama suasana di malaysia..:) (terutama di Tanta)
adat org arab lain ya? sgt100x meraikan tetamu..
tp xpernah rs lg mcm mn tahap nyer..:D
mengikut cikgu st, kalau sampai di rumah org arab, disuruhnye baring dulu..pernah akh lalui??:D
-awrapurnama

Ibnurashidi said...

Mesir terasa suasana Malaysia hanya di dalam rumah sahaja. Diluar rumah akan bertukar jadi suasana Mesir balik:)

Memang meraikan tetamu, adat turun temurun nenek moyang mereka begitu. Pernah dengar kisah bagaimana arab jahiliyyah dahulukala?

Eh, tak pernah lagi saya lalui peristiwa kena baring dulu. Kalau meraka ajak tidur dirumah adalah:D

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP