Kemeriahan SAMHARA Syawal 1429H
Sunday, October 5, 2008
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
Di pagi Syawal yang hening sayup-sayup kedengaran suara takbir raya mendayu-dayu versi Mesir. Sang fajar mula menampakkan diri dicelah jalur-jalur benang hitam. Burung-burung hamamah berkicauan menyeri indah seri pagi Syawal. Saya membuka jendela, melihat jauh ke dasar langit yang semakin bersilau-silau itu. Terus cepat-cepat bersiap untuk menunaikan solat Aidilfitri bimbang terlepas lagi. Saya terus ke rumah jiran saya yang juga mahasiswa Al-Azhar. Sarapan sedikit sebagai mengambil berkat sunnah Rasulullah SAW. Memandangkan saya dirumah keseorangan, rasa tiada mood untuk memasak walau seringkas sarapan pagi.
Kami terus bergerak ke Istad yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan menaiki van. Alhamdulillah, dalam keadaan kelam kabut dan gusar dihati bimbang tidak kenderaan ke sana, muncul sebuah van penumpang atau lebih dikenali dengan Tramco. Bergegas ke sana setelah diturunkan di Kubri Qahafah terus menapak ke Istad beramai-ramai bersama masyarakat Tanta lainnya. Sesampai ke Istad, solat raya sudah pun selesai dilakukan. Terasa hampa. Namun mujur ada sebilangan hadirin yang lewat turut sama menunaikan solat raya kembali. Bayangkan, bersolat di atas debu batu kerikil hanya beralaskan kain serban. Kalau di Suq Sayyarat beralaskan tar mungkin agak selesa.
Suasana di Istad seperti tahun-tahun sebelumnya, penuh sesak dengan masyarakat Tanta tidak kira kecil atau besar, lelaki atau wanita, muda atau tua semuanya berkumpul menjadi satu. Membuatkan diri tersepit dicelahan gelombang manusia. Manusia yang pelbagai rupa. Hakikatnya ciptaan Allah SWT itu cantik-cantik belaka. Saya cuba mendengar bait-bait khutbah raya, namun tidak jelas bunyinya. Sedar-sedar sudah selesai.
Bergerak ke Istad...
Beramai-ramai Solat bersama...
Khusyuk mendengat khutbah raya...
“Jom bergambar beramai-ramai,” ajak seorang teman.
“Panggil semua Maliziyyin lagi menarik..aiwah, ta’al Ya Maliziyyin!,” jerit seorang rakan.
Disangkakan kami sahaja ingin bergambar, rupanya masyarakat arab juga mahu mengambil kesempatan bergambar bersama kami. Ada yang kurang senang, namun saya tetap rasa gembira. Terasa diberi penghargaan. Selesai bergambar beramai-ramai. Terdengar pula jeritan Pak Cik Polis.
“Ya Shabab..Khallas Keda!Khallas Taswir!!Bisur'ah...”
“Alamak, Pak Cik Polis dah halau keluar..”
Gambar kenangan...
Memang begitu, kebiasaannya Polis akan menyuraikan sebarang bentuk perhimpunan walau hanya sekadar perjumpaan biasa. Ini kerana Mesir merupakan sebuah Negara mengamalkan sistem pemerintahan darurat. Sebarang bentuk demonstrasi, perjumpaan, perhimpunan berbentuk politik akan dikenakan tindakan undang-undang. Sesiapa yang terlibat akan disumbat ke penjara ‘bawah tanah’ tanpa bicara ( seperti ISA ).
Sempat lagi bermotosikal promosi iklan vodafone ...
Program Sambutan Hari Raya Aidilfiri ( SAMHARA ) Di Bait Izzah
Sepanjang perjalanan jalan kaki ke Markaz Bait Izzah, kami mengambil peluang bergambar suasana sekitar. Nampak meriah, namun sebentar sahaja kerana masyarakat arab tidak merayakan Aidilfitri seperti kita. Hanya sekadar ziarah tanpa lemang, ketupat, kuih raya dan sebagainya. Bagi kita, rumah terbuka berhari-hari dibuat selagi mana masih berada dibulan Syawal. Mereka hanya meraikan Ramadhan lebih dari Syawal.
Acara bagi hadiah...
Program bermula seawal jam 8 pagi memandangkan sambutan dari kalangan Mahasiswa/wi Tanta agak memberangsangkan. Dimulakan dengan ucapan aluan dari Pengerusi baru, Ustaz Faizul Endut dan Pengarah Program Ustaz Meor terus pula ke tayangan slide show serta ta’aruf barisan Exco baru. Kemudiannya, Majlis diserikan lagi dengan dengan upacara pemberian hadiah cabutan bertuah dan persembahan nasyid ringkas dari wakil AJKT. Saya dan Ustaz Firdaus diberi tanggungjawab untuk menjadi hos pada hari itu. Alhamdulillah, segalanya berjaya diselesaikan walau ada gangguan microfon rosak dan speaker yang ‘meletup’ berasap. Mungkin penangan pantun yang dicuplik dari Blog Suaraminda agaknya. Pantun tersebut saya bacakan ketika menjadi hos pada hari itu.
Salam Ramadhan penuh keberkatan,
Bulan Syawal sudah menjelang,
Andai salah kemaafan dipohonkan,
Moga rahmat Allah terus berkekalan.
Sebulan Ramadhan dah puasa sakan,
Tiba masa nak beraya dan makan,
Tapi jangan sampai semua benda nak telan,
Hanya pesanan, ingat-ingatlah tuhan.
Wakil AJKT bernasyid...
Seterusnya, pada kali ini ada sedikit kejutan dibuat dengan pemberian kek hari lahir buat Ustaz Baharom dan Ustaz Yuzairee. Sedikit ‘cuak’ terlihat diwajah mereka apabila kami memanggil ke hadapan pentas. Diakhir program, jamuan Aidilfitri disediakan buat hadirin hadirat yang hadir. Menu Nasi Himpit, Sate, Kuih Raya dan Kuah Kacang menjadi santapan kami pada hari tersebut. Terima Kasih kepada semua yang terlibat!. Sebelah malam harinya, saya ke rumah salah seorang sahabat di Imarah Melayu Haji Said. Beliau juga ada membuat sedikit jamuan secara kecilan sahaja. Alhamdulillah, rezeki Allah SWT mencurah-curah di Hari Raya mengubat rindu dijiwa.
Possing dengan pakaian raya masing-masing...
Kesimpulan
Sesungguhnya, Allah SWT hadirkan kesepian namun diganti kemeriahan. Kemeriahan menyambut bersama rakan-rakan diperantauan sedikit sebanyak mengubat rindu Ayah Bonda, sanak saudara juga kampung halaman. Datangnya Syawal seiring timbulnya rasa syukur lebih bererti untuk dihayati.
Ibnurashidi
8:17PM, 5 Oktober 2008,
Siberbay
"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."
29 komentar:
asalamualaikum - apa khbaq , duduk kat mesir ada kelupak pulut ke...terima kasih kerana lawat blog saya. begitulah lebih kurang dalam hidup. semalam melawat pak shukur ( mantan timbalan pengarah harakah ) - seronok kami bercerita tengtang perjuangan orang lama ( saya orang baru kut...baru 35 )- kegetiran dan kekusaran yg amat sangat melihat percaturan politik yg tidak akan memenangkan kita : dalam kontek kehidupan semasa. dan saya pun lebih semangat untuk memantapkan kemampuan diri ( tu kena baca ayat2 cinta ) - untuk berhadapan dengan realiti.....
Wa'alaikumsalam..
Habaq baik..cmna raya?lemang pulut habis bapa katang..org terengganu panggil katang tu cm kerat2 la. Kelupak pulut tu apa?tak ada lagi. Kalau teringin nak makan, beli beras arab makan. Sebab dia punya spesis mcm pulut, makan je gerenti lena pastu:)
Encik ni banyak kenalan rakan-rakan sastera ya. Bagus, semoga banyak berkongsi pengalaman bersama mereka. Saya melihat era kejatuhan kapitalis semakin hampir. Mungkin Malaysia akan terima efek sama..
Setelah mantap, ajar saya pula ya:D
Salam Ibnurashidi..
Saya tercari-cari jejaka yang berjubah biru.. Agaknya dalam gambar tak clear sangat jubah yang berwarna biru atau birunya cuma light blue yang tidak berapa ketara :D. Tapi bila disebut jadi host, so boleh agakla yang mana satu penulis blog ni..
Kadang-kadang beraya di rantauan tak kurang meriahnya dari di tempat sendiri. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Saya suka tengok budaya menyambut raya pelbagai umat Islam di dunia ini. Unik dan tersendiri. Ketika di Australia dulu, pelbagai masyarakat Islam menyambut raya mengikut budaya masing-masing. Bila duduk di oversea la baru tahu semua itu sebab di Malaysia, rata-rata rakyat Malaysia menyambut raya sama aje patern nya.
Salam Tirana..
Jangan mencari bimbang tersilap orang:)sengaja disebut biru, tak spesifikkan biru itu terang atau cerah atau blueblack. Kadang-kadang bersembunyi pun susah tak bersembunyi juga susah ya:D
Betul, bergantung kepada kita sendiri..Kalau terperap dirumah seorang diri rasanya menangis tak berlagu jawabnya. Cuba mencari ilham diluar, lihat masyarakat sekitar nescaya otak menjadi segar.
Agaknya kalau nak ubah pattern raya kat Malaysia macammana ya?mesti gosip panas nanti:)
Salam..terima kasih kerana lawat blog kak tie. Kak tie ni lagi laa.Tinggal di Malaysia pun langsung tak bergaul dgn jiran tetangga..bukan tak suka tapi rasa tak layak. Kak tie tak pandai berkawan, pendiam dan pemalu. Tapi kalau dalam blog rasa2nya kak tie boleh celoteh tanpa henti..
Kak tie ni cuma suri je, sibuk dgn hal rumahtangga dan kerenah anak2 (semakin besar anak semakin banyak dugaannya).Banyak menimba ilmu dari internet dan blogging.Sekurang2nya dapat pengetahuan dan belajar sesuatu yang baru terutama dari mereka2 yg tinggal di luar negara.
Sama-sama Kak Tie..saya rasa macam pernah melawat sebelum ni. Dan rasanya Kak Tie juga penah bagi komen kat blog saya. Apapun Thank You Very Much.
Saya rasa, masalah mcmni ramai yg alami terutamanya dibandar-bandar besar macam KL. KAdangkala ada yang tak kenal jiran tetangga. Insya'Allah saya yakin, kalau Kak Tie cuba join rasanya banyak manfaat bakal tiba. Cuba memasyarakatkan diri ya.
Bercakap hal surirumah, bagi saya ada baiknya juga seorang isteri jadi surirumah. Banyak masa boleh dihabiskan bersama anak-anak. Sekurang2nya dapat mengelakkan kes-kes spt anak lari rumah.
Teruskan menimba ilmu. Semoga Allah SWT memberkati keluarga anda!
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
salam hari raya,
rasa makin jauh bila dilafazkan 'aidilfitri'
pada hal manusia hari ini sudah tidak fitrah, tiada lagi yang benar-benar menghadapkan wajahnya pada fitrah allah, semua ikut kepala masing-masing.
moga suatu hari nanti dengan al-quran dapat mengembalikan manusia kepada cinta allah
salam. Terasa meriah walau seringkas mana. Sedey kerana kesunyian tapi meriah dilimpahi rezeki dan kunjungan teman2. Syukur...indah sungguh suasana syawal di sana ya??Semoga sentiasa gembira dan ceria di syawal mulia..insyallah..
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
Kembali kepada fitrah asal itu adalah sebaik-baiknya. Ikut kepala masing-masing sebab ada macam-macam jenis brand. Ada kepala batu, besi, kayu..semuanya keras belaka.
Semoga Al-quran As-sunnah mengembalikan sunnah Rasulullah SAW yg agung iaitu ad-Deen Kaffah.
Salam Whitetulip..
Lama tak nampak?sihat ya?camna raya di Sabah?
Itulah yg saya katakan, kemeriahan kita cuba lakukan supaya tidak terlindung dek kesepian.
Ya Indah, semuanya Indah belaka. Alhamdulillah wa syukurillah:)
Baguslah ada aktiviti seumpama itu dijalankan. Bila dah duduk ramai-ramai, tak de la terasa sangat kan sedihnya. Lagipun, boleh jugak dijadikan kenangan bila dah balik Malaysia nanti. Boleh cerita kat anak-anak lagi. Eheh.
Atiqah...
Kenangan Manis yang sukar dilupakan Insya'Allah..anak pun takda lagi ni:), apapun semoga menjadi satu doa..Aminn Ya Rabb..
Nak ubah pattern raya di Malaysia, kena jadi strong..semangat kena kuat..hati kena ikhlas. Sesuatu perubahan yang bakal dibuat, hendak-hendaknya biarlah menuju ke arah yang lebih baik..yang lebih menepati kehendak islam. Tunggu jejaka yang berjubah biru balik ke Malaysia untuk bawa perubahan :D. Macam mana? Boleh tak? Controversial? Nak ubah sesuatu yang sudah sebati dalam masyarakat tentu mengundang kontroversi..tentu jadi panas sebab tu la bukan calang-calang orang yang boleh buat perubahan besar dalam masyarakat. Setakat perubahan dalam diri sendiri..mungkin ramai yang boleh buat...
Salam Syawal. Macamana agaknya takbir raya versi Mesir tu ye? Takbir raya versi M'sia dah dengar sejak kecil lagi..Bila usia menginjak dewasa terasa diri ingin menyambut Syawal dlm suasana sebenar2 ibadah kepadaNya. Khutbah raya negeri PR sudah ada kelainannya..
Salam.. Walaupn beraya jauh dr fmily tp still meriah nampknye..hkmah d sblik xdpt rye kt kg,dpt merasai ry kt tmpt org:-) teringn nk tgk org arb smbt raya..
salam aidilfitri
Tersenyum sendirian bila baca jawapan dari Tirana..
Jejaka jubah biru Insan kerdil lagi hina, terasa jauh mahu ingin mengubah keseluruhan masyarakat umumnya. Namun belum cuba belum tahu bukan?Insya'Allah segalanya bergantung kepada Allah dan kerjasama masyarakat.
Bab kontroversi, teringat saya akan Dr Asri dengan konsep bid'ah yg dibawanya. Akhirnya ditentang oleh masyarakat Islam melayu. Saya melihat, orang melayu ni kebiaasaannya tidak boleh diubah terus melainkan dengan cara berlembut terlebih dahulu.
Cuba tengok pendakyah kristiaan, diorang buat camna?rasanya ramai anak muda terpengaruh dengan Kristian sekarang.
Salam Syawal juga buat OrangBukit...
Haa, kalau nak tau versi takbir Mesir tak macam kita. Kita lebih terkenal dengan alunan takbir raya mendayu-dayu. Tapi arab bukan, lagunya lebih tegas dan street bunyinya. Kalau dengar takla rasa sedih:D agaknya sebab kita dah terbiasa dengan alunan mendayu n lemah gemalai itu yg mudah tersentuh jiwa dihari raya.
Maksud khutbah PR ada kelainannya tu lain dari segi apa ya?
Salam Nur_Syahadah..
Rezeki dari Allah. Dimana-mana ada "kun fayakun". Silalah datang beraya mana-mana tanah arab sudah pasti akan terasa kelainannya. Mungkin sekarang ramai yang sudah masuk ke tempat kerja masing-masingkan?atau still ada rumah terbuka diMalaysia?
semoga kita berkesempatan utk bertemu kembali ramdhan yang telah berlalu dan syawal ini.mg diberi seribu rahmat buat kita semua.
Ammin Amiin Amiin Ya Rabb..
Diantara Ramadhan ke Ramadhan Allah akan mengampunkan dosa-dosa seandai kita memohonnya. Semoga rahmat itu keseluruh alam..
Khutbah raya kali ni ada peringatan jgn ikut pemimpin2 yang buat maksiat dan ulama' yg pentingkan dunia. Itu kat masjid utama di kpg akak, kat tmpat lain, wallahu'alam.
Masa raya ni tak ramai yg bercerita tntang khutbah raya, byk bercerita hal2 raya yang lain.
Bagus sekali isi khutbahnya ya. Buat pengetahuan, di sini jarang dibaca khutbah berunsur politik atau kritikan keras kerana undang-undang sini agak ketat. Maklumla negara undang-undang darurat.
Mungkin tak ramai bercerita sebab time khatib baca khutbah pakat tido kot:)
assalamualaikum..
sy trnampak seseorg brjubah biru, bersongkok johor dan bersampin keemasan..
ust ke tu? :D
posting kali ni agak berbunga bunga..intro je dah gah..xnk cuba buat novel? :)
hari raya di sana pun byk yer aktiviti? nmpk sgt2lah meriah suasana SANHARA..xnmpak speaker nyer meletup, tp satu bait izzah ya meletup dek kemeriahan SAMHARA.. :)
program SAMHARA ni anjuran siapa ya? :-?
Selamat berpuasa sunat syawal..
" Daripada Abi Hurairah r.a., Dari Nabi s.a.w. katanya : Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian di ikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka ia seperti berpuasa sepanjang tahun ".
( H.R.Muslim )
-awrapurnama
Wa'alaikumsalam Awrapurnama...
Nampaknya anda masih tidak dapat mengenali penulis. Bagus..semoga ianya tidak dikenali:)
Sekali sekala jadi bunga apasalahnya, asyik jadi tebuan saja:D
Belum ada idea menarik untuk dibukukan menjadi Novel. Insya'Allah gai ba'din.
Speaker meletup ada, saja tak nak tunjukkan. Bimbang terkejut pula. Anjuran Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta.
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa 6 DiBulan Syawal!
:)
bismillah..
yg nmpk smart2 tu penulisnya la tu..kenal2..
owh brjenaka yer..
yep..novel versi ibnurashidi..mg berjaya mghasilkan novel yg mmpu mmbagnkan jiwa2 yg ketandusn ilmu..
jgn xtahu sy mmg mnt mmbaca novel..jujur,bg sy, ayat2 tulisn akh ada gaya2 novel..cm byk lg perlu bljr, itupun lau akh mmg btl2 nk buat novel..pendek kata, kalau buat novel mmg beres lah (inshaALLAH).. :)
apa kata kalau prgkat awal ini buat cerpen..siapa th..walLAHUa'lam..
:)
-awrapurnama
Wahh, nampaknya tekaan anda belum tepat. Kerana saya bukanlah tergolong dalam golongan mereka-meraka yang Smart.
Insya'Allah, tercetus idea tu dah lama. Cuba jari jemari dan kerahan minda belum digerakkan. Banyak komitmen lain perlu diselesaikan sehingga tidak sempat utk menambah kerja. Lagipun sekarang kuliah sudah pun buka. Urusan perlu diselesaikan.
Saya akan cuba nanti:)
alah..apa susahnya..ust ni pkai speck
dia jd ajk samhara..bleh agak2kot sapa
Cuba susahkan supaya tidak dapat mengagak:)
Syukran..
Post a Comment