Ibu Susuan : Kaedah yang Dilupakan
Saturday, December 20, 2008
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
Halimatul Sa’diah. Jika dibuka lembaran sejarah sirah nabawiyyah sudah pasti nama beliau terpampang jelas ketika mana tumbesaran seorang kanak-kanak yatim piatu bernama Muhammad Rasulullah. Mengikut tulisan kitab Sirah Nabawiyyah Jilid 1 oleh Doktor Ali Muhammad Muhammad Salabi, beliau merupakan ibu susuan kepada junjungan besar Rasulullah SAW dan berketurunan Bani Sa’ad. Hasil penyusuan ke atas Habibi Mustafa, Allah SWT telah menganugerahkan keberkatan dalam setiap aspek kehidupan termasuklah kepada anak-anak, tempat tinggal dan binatang ternakan peliharaanya. Malah mempunyai kelebihan susuan yang begitu banyak dari wanita-wanita lain.
Ternyata, kaedah ibu susuan bukanlah suatu perkara yang ditegah syara’ untuk diaplikasikan di dalam kehidupan kini. Tambahan pula jika ditinjau dewasa ini ramai ibu-ibu kesibukan dengan kerja seharian sehingga terkadang lupa akan anak sendiri. Malah, susu lembu pula menjadi habuan dan kebiasaan. Natijahnya, keterikatan kasih sayang si ibu terhadap menjadi renggang. Walhal seantero dunia mengakui khasiat susu ibu biarpun sudah keluar pelbagai produk yang ingin menyamai susu ibu namun tidak dapat ditandingi. Maklumat lanjut klik di sini. Justeru, tidaklah menjadi kesalahan jika ibu susuan dijadikan amalan.
Firman Allah Azza Wajalla:
Menurut kitab Fikh Manhaji takrif penyusuan dari segi bahasa ialah nama perbuatan menghisap puting susu wanita dan meminum susunya.
Manakala dari segi istilah syarak pula ialah nama perbuatan yang dilakukan untuk mendapatkan susu seseorang perempuan atau susu yang masuk ke dalam perut atau dikesan otak seseorang kanak-kanak.
Dalil keharusan penyusuan ialah berdasarkan firman Allah SWT :-
Penyusuan juga mempunyai syaratnya tersendiri. Jikalau cukup syaratnya maka si anak susuan itu bolehlah dikategorikan sebagai ahli keluarga dan mahram yang haram dikahwini sebagaimana haram hukum seorang anak berkahwin ibunya serta adik beradik perempuannya. Antara syaratnya ialah :-
1. Anak yang disusukan itu hendaklah belum mencapai usia 2 tahun. Maknanya, lelaki yang lebih 2 tahun umurnya tidak dikira sebagai anak susuan lagi. Ini perlu difahami dengan jelas supaya tidak berlaku kesalahfahaman dikalangan masyarakat. Hukum ini berpandukan kepada firman Allah SWT berbunyi:-
2. Kanak-kanak itu telah disusukan sebanyak lima kali susuan yang berasingan. Misalan, sekiranya anak itu berhenti menyusu kerana kenyang ia telah dikira sekali susuan. Dalilnya berdasarkan hadis:-
Manakala dalam kitab Syarah Jalaluddin Al-Mahalli ala Minhajju Thalibin Imam Nawawi menyebut syarat tambahan bagi ibu susuan ialah:-
- Berumur 9 tahun
- Seorang perempuan bukan lelaki atau khunsa’
- Hidup bukan susu mayat
- Susu manusia bukan binatang
Adapun Imam Hanafi, Imam Maliki mengatakan keharaman terjadi dengan semata-mata mengalirnya susu seorang wanita ke perut anak yang disusuinya, baik sedikit mahupun banyak, bahkan setitis sekalipun.
Kesan anak susuan terhadap ibu susuan adalah sebagaimana hubungan antara ibu dan anak kandung sendiri. Si anak diharamkan berkahwin dengan ibu susuannya dan juga diharamkan berkahwin ke atas anak-anak ibu susuannya. Anak susuan itu juga dihalalkan berkhalwat dengan mahram serta melihat aurat biasa mahramnya bukan dengan syahwat. Jika bersyahwat maka diharamkan sama sekali walaupun seketurunan.
Wallahua’lam.
Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. (Al-Baqarah : 233)
Takrif Penyusuan
Menurut kitab Fikh Manhaji takrif penyusuan dari segi bahasa ialah nama perbuatan menghisap puting susu wanita dan meminum susunya.
Manakala dari segi istilah syarak pula ialah nama perbuatan yang dilakukan untuk mendapatkan susu seseorang perempuan atau susu yang masuk ke dalam perut atau dikesan otak seseorang kanak-kanak.
Dalil keharusan penyusuan ialah berdasarkan firman Allah SWT :-
“…kemudian jika mereka menyusukan (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya, dan musyawarahkanlah di antara kamu (segala sesuatu) dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” ( At-Thalaaq : 6 )
Syarat Penyusuan Dalam Mazhab Syafie
Penyusuan juga mempunyai syaratnya tersendiri. Jikalau cukup syaratnya maka si anak susuan itu bolehlah dikategorikan sebagai ahli keluarga dan mahram yang haram dikahwini sebagaimana haram hukum seorang anak berkahwin ibunya serta adik beradik perempuannya. Antara syaratnya ialah :-
1. Anak yang disusukan itu hendaklah belum mencapai usia 2 tahun. Maknanya, lelaki yang lebih 2 tahun umurnya tidak dikira sebagai anak susuan lagi. Ini perlu difahami dengan jelas supaya tidak berlaku kesalahfahaman dikalangan masyarakat. Hukum ini berpandukan kepada firman Allah SWT berbunyi:-
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”. ( Al-Baqarah : 233 )
“...ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun ( Maksudnya: Selambat-lambat waktu menyapih ialah setelah anak berumur dua tahun ) ”. ( Luqman : 14 )
2. Kanak-kanak itu telah disusukan sebanyak lima kali susuan yang berasingan. Misalan, sekiranya anak itu berhenti menyusu kerana kenyang ia telah dikira sekali susuan. Dalilnya berdasarkan hadis:-
Aishah r.a berkata : Ayat al-quran yang diturunkan mengenai penyusuan yang menjadikan anak susuan sebagai mahram ialah sepuluh kali susuan. Kemudian ia dinasakhkan (digantikan) menjadi lima kali susuan sahaja. Rasulullah SAW diwafatkan tetapi mereka masih membaca ayat lima kali susuan sebagai ayat al-Quran.
Manakala dalam kitab Syarah Jalaluddin Al-Mahalli ala Minhajju Thalibin Imam Nawawi menyebut syarat tambahan bagi ibu susuan ialah:-
- Berumur 9 tahun
- Seorang perempuan bukan lelaki atau khunsa’
- Hidup bukan susu mayat
- Susu manusia bukan binatang
Adapun Imam Hanafi, Imam Maliki mengatakan keharaman terjadi dengan semata-mata mengalirnya susu seorang wanita ke perut anak yang disusuinya, baik sedikit mahupun banyak, bahkan setitis sekalipun.
Abah tak marah ke Aisyah?hehe...
Kesan Hubungan?
Kesan anak susuan terhadap ibu susuan adalah sebagaimana hubungan antara ibu dan anak kandung sendiri. Si anak diharamkan berkahwin dengan ibu susuannya dan juga diharamkan berkahwin ke atas anak-anak ibu susuannya. Anak susuan itu juga dihalalkan berkhalwat dengan mahram serta melihat aurat biasa mahramnya bukan dengan syahwat. Jika bersyahwat maka diharamkan sama sekali walaupun seketurunan.
Wallahua’lam.
Rujukan:
1.Muhadharat fi Fiqh As-Sadah As-Syafi’eyyah, Doktor Khalifah Abdul Basit Shahain, Kuliah Tahun 3, Universiti Al-Azhar, Tanta.
2.Kitab Syarah Jalaluddin Al-Mahalli ala Minhajju Thalibin Imam Nawawi.
3.Fiqh Lima Mazhab, Oleh Muhammad Jawad Mughniyah.
4.Fiqh Al-Manhaji, Oleh Dr.Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji.
Ibnurashidi
12:00AM, 19 Disember 2008,
Siberbay
"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."
13 komentar:
Salam Farid..
Amboi comelnya gambar budak kat atas tu..hehehe..Adik ke?
Zaman sekarang ni orang lebih suka bagi anak minum susu lembu dari mencari ibu susuan. Mungkin kerana pengetahuan tentang ibu susuan ini kurang di kalangan masyarakat sekarang. Perbincangan tentangnya tidak famous macam perbincangan tentang poligami..hehehe..
Teringat kata-kata seorang kawan..anak minum susu lembu sebab itulah perangai macam lembu. Tapi kadang-kadang perangai lembu lebih baik dari perangai anak-anak kita. Sekurang-kurangnya lembu tak tahu merempit, menagih, jadi bohsia dan sebagainya. Lembu cuma lurus bendul...ikut aje ke mana tuannya tarik. Tapi anak-anak kita, sepatah kita bercakap, sepuluh patah mereka menjawab...
Salam K.Tirana...
Comel?hehe..itu anak kepada editor SAK-T..Ayahnya nama Ustaz Hisyam. Pinjam jadi model sekejap.
Agaknya sebab lembu terlalu banyak atau ibu semakin kurang?:) Poligami hukumnya masing-masing sudah tahu tetapi saja buat tak tahu.
Boleh diterima juga pendapat tu, tapi kurang elok juga kalau anak jadi lurus bendul. Mudah termakan kata-kata orang.
Salam Mr Haji Farid...
Selamat Menghadapi Imtihan...
Baiklah berkaitan dengan ibu susuan, adalah salah satu keistimewaan yang telah dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW di mana ibu susuan baginda adalah Halimatus Saadiah.
Dan di sebalik penyusuan dengan ibu susuan baginda yang tercinta ini, telah memberi implikasi kepada baginda seperti mana yang penulis sebutkan di atas.
Aplikasi ibu susuan dalam masyarakat kita pada hari ini memang tidak dinafikan semakin dipingirkan. Adakah persoalannya ianya semakin ditinggalkan ataupun wujudnyya unsur ketidaktahuan di dalam masyarakat...
Sama-samalah kita memberi jawapannya.
Berkaitan dengan hal ini juga, perlu dititikberatkan di sini adalah si isteri perlulah mendapat keizinan daripada suami perlulah ada sekiranya ingin si isteri inginkan anaknya disusukan dengan ibu susuan yang lain. Barangkali perbahasan ini boleh dipanjangkan oleh penulis blog ini memandangkan beliau adalah expert dalam bidang syariah.hihi...
apapun itu sahaja komentar yang ini dicoretkan di sini...
Sekian...Wassalam...
p/s: Tak dapat komentar pertama kali ini. Tapi tergolong dalam top 10 comentators... Berikan tepukan..huhuhu:P
Salam Ibnurashidi,
Betul, tepat sekali!!
Sewaktu belajar Paediatrics dahulu, guru saya berkali-kali mengingatkan, susu ibu amat penting, kalau ada ibu-ibu mengandung yang datang kpd kamu, kamu perlu beritahu dia, jangan abaikan penyusuan anak. Menurut guru saya, susu ibu telah dicipta khas untuk bayi dan mengandungi mineral serta zat-zat yang diperlukan. Daripada 200 elemen yang dikenal pasti dlm susu ibu ini, hanya 30 sahaja yang dpt dihasilkan dari susu formula. Malahan, dalam susu ibu juga mengandungi antibiotik yang diperlukan oleh bayi, juga dapat membantu pertumbuhan dengan baik. Penyususan bayi bukan sahaja baik untuk anak, malah untuk ibu juga kerana ia adalah kitaran fisiologikal yang norma. Wallahua'lam.
Terima kasih kerana berkongsi ilmu ini, dulu ada belajar juga tapi sudah lupa. Hehe..
Musykil lah, syarat tambahan bagi ibu susuan itu berumur 9 tahun. Benarkah? Atau bagaimana? harap dapat beri penjelasan. Terima kasih.
MyFahmi...
Selamat berimtihan juga..
Mungkin wujud ketidakketahuan adalah disebabkan adat penduduk melayu begitu. Jikalau tengok dari sudut arab Mesir jauh berbeza. Mungkin anda juga tahu kenapa..
Atau ada jawapan lain?Tetapi ada seorang sahabat saya katanya keluarganya juga punya kaum kerabat susuan. Ini menunjukkan masyarakat melayu ada segelintir yang mengamalkannya.
Benar, keizinan suami adalah mustahak. Tetapi saya tidaklah se'expert' yang MyFahmi ucapkan:)
P/S : Sikit lagi anda akan menduduki tempatnya.
BalQis...
Oh..nampaknya sudah diperakui oleh ahli bidangnya. Terima kasih kerana berkongsi pengetahuan.
Bila lupa perlu diingatkan supaya berkekalan ingatannya. Tak begitu?
Musykilah umur?Maksudnya di sini ialah budak perempuan umurnya sudah baligh. Maka bolehlah menyusu sekiranya budak itu sudah berkahwin. Jelas?
Mungkin masyarakat melayu agak janggal. Tetapi dalam masyarakat arab, umur 9 tahun sudah sebesar remaja belasan tahun.
ha'ah..comel sngt2...:)
nama pun cantk jgk..adik aisyah kan...:)
Salam.. Geeraammye tgk adik Aisyah..comeel!tlg cubitkan pipi ek.hehe.. Ibu susuan memg asing bagi masyarakat kite..byk sbb agaknya kenapa ibu susuan tidak dipraktikkan..pd pendapat saya,nak hantar anak utk disusukan adalah satu kebimbangan rasanya(walaupn bukan lg b'gelar ibu)..da ibu bimbang hubngan dgn anak jadi renggang bile anak menyusu dgn org lain..seperti yg kita tau bayi yg disusukan akan jd lbh akrb dgn ibunya,namun dr sdut postif,lbh baik minum susu ibu drpd susu lembu kan?apa2 pun tepuk dada tanya hati camane nak susukan anak..
P/s: prihatin ye ustaz dalam penyusuan ni..mungkin dpt jd ayah mithali nanti :-)
Na'am..aduh..model pula yang jadikan topik perbincangan..hehe.
Biasalah, terkena biasan budak-budak arab comel maka budak melayu pun jadi comel juga:)
Nur_Syahadah...
Salam..ohh, sampai jadi ruam dia kena cubit oleh kami:)
Mungkin juga ada benar pendapat anda. Namun, fokus tajuk di atas ialah tidak ada masalah sekiranya sesiapa ingin menyusukan dengan ibu susuan asalkan menepati syarat-syarat. Seperti kata Nur_Syahadah, faktor siapa ibu susuan sebaiknya hendaklah diambil kira. Mungkin ada saudara mara terdekat yang mampu menolong.
Ya, susu ibu lebih baik dari lembu. Kesian anak-anak lembu:D
P/S : Ohh, saya menulis berdasarkan apa yang telah saya pelajari tahun lepas. Sebagai perkongsian ilmu.
assalamualaikum wbt.
syukran atas perkongsian. berharap agar akan datang banyak lagi kupasan2 yang berkait rapat dengan bidang perubatan, sgt bermanfaat untuk pelajar seperti saya yang buta bahasa arab. mudah2an dapat sama2 berkongsi.dan dapat menegakkan hukum ilahi, dalam pekerjaan ini kelak insyaAllah.
Salam.. Ust,nk tnye ckit.. Blh tak menyusu ank org bkn islam @ blh tak ank disusukan oleh ibu bkn islam.. Untk pengthuan,mane tau da berlaku dlm masyarakat..takda yg mustahil kan skrg..
khairaummah...
wa'alaikumsalam...
Sama-sama. Insya'Allah, bila kelapangan saya cuba untuk kupaskan mana-mana yang dirasakan perlu. Sekadar termampu.
Post a Comment