Di Ambang Penentuan
Saturday, December 20, 2008
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
Dewan kuliah sunyi sepi seketika. Syeikh Doktor Muhammad Zain meneruskan pengajarannya.
“Contoh kaedah Masyaqah Tajlibu Taisir di bawah cabang masalah umum balwa. Harus seorang suami berkahwin empat wanita tidak boleh hadkannya seorang semata-mata. Ini kemudahan ke atas seorang lelaki dan juga memberi kemudahan ke atas seorang perempuan memandangkan perempuan ramai. Tetapi kahwin tidak melebihi empat kerana akan memberatkan suami isteri dalam pembahagaian dan sebagainya…”
Saya tersenyum. Mata melilau melihat gelagat teman yang lain. Tangan meraba-raba kitab 267 muka surat tidak termasuk kulit.
Mereka juga saling tersenyum mendengar penerangan beliau. Muncul riak bicara persis dengungan sekumpulan lebah. Desiran bayu luar terus menerus menyelinap ke bingkai jendela. Air-cond semulajadi.
Suara pensyarah kami itu kembali bergema memenuhi ruang-ruang inci kuliah. Usang berzaman namun punya sejarah keilmuan tersendiri. Entah berapa ramai bangunan kuliah itu telah menghasilkan ulama’-ulama’ faqeh ilmunya. Abaikan debu-debu yang menempek. Endahkan kesesakan menadah setitis permata. Jadikan pedoman persis onak duri mencucuk. Tidak dinamakan perjuangan jika tiada percaturan.
“Muqarar!”
“Takhluuff!!” Tiba-tiba suara garau lantunan seorang pemuda arab berbaju kemeja memekik kuat sambil berdiri. Kedudukannya berada di belakang saya. Situasinya saya berada di kerusi paling belakang manakala beliau serta beberapa rakannya berdiri kerana manusia-manusia telah memenuhi ruang duduk yang bertangga itu. Lumrah kuliah di sini, jika kelewatan berdirilah jawabnya.Beliau ingin meminta tajuk yang bakal tersenarai dalam kertas peperiksaan. Beberapa orang rakannya turut menyampuk.
“Muqarrar kullu safhah, kullu muqarar..” Balas Syeikh Doktor tenang.
Bertalun-talun gemuruh dewan. Masing-masing berebut mahu bertanya soalan kepada Sang Muallim. Ada yang bermisai, ada yang berjambang, ada juga bergaya kasual dan tidak berkopiah. Sikap mahasiswa arab sememangnya begitu. Belum pun Doktor membuka sesi soal jawab, beribu tangan sudah diangkat untuk bertanya. Keberanian yang mengatasi segan. Mahasiswa Malaysia menikus diam seribu bahasa. Mungkin membawa warisan sistem pembelajaran di Malaysia agaknya.
“Muqarrar khamsah qawaid kulliyyah..Insya’Allah fi wahid muhadhoroh qabla imtihan.” Beliau menambah menguatkan lagi suruhan. Satu kitab perlu dikhatam kerana setiap tajuk akan dipersoalkan.
“waduhh…banyak juga kaedah perlu dihadam, cabangnya juga boleh tahan..ada hikmahnya Insya’Allah.” Epilog diri.
Taman dalam Kuliah...
Itu Tandanya?
Itu tandanya kuliah fasal satu sudah ingin melabuhkan tirainya setelah selama 2 bulan bergantungan. Menjadi kebiasaan seandai hampir ke ambang peperiksaan semester, muqarrar ataupun dengan bahasa mudah disebut ‘ketetapan tajuk yang masuk peperiksaan’ akan diminta para Mahasiswa. Ini bertujuan supaya dapat memudahkan urusan pembelajaran sebelum terjun di medan perang.
Sebelum itu, prosuder biasa yang perlu dilalui Mahasiswa/wi Al-Azhar. Mendapatkan kerneh (kad matrik pas peperiksaan) serta raqam julus (nombor angka giliran). Jika tidak, mungkin tidak dapat menduduki peperiksaan.
Istareh minda...
Jadual peperiksaan juga sudah terpampang menunjukkan kami bakal berentap pada tarikh 10 Januari 2009 sehingga 24 Januari 2009. Terlalu pantas masa berlari. Tambahan pula siang pada musim sejuk lebih pendek dari malam. Bayangkan 11:54 AM sudah kedengaran azan waktu zohor dan pada jam 2:40 PM pula waktu asar mengambil alih tempat. Anggaran jaraknya berapa?
Saya menjadi sibuk. Lantas cuba mencuri sedikit masa ketika tension untuk menaip. Kerana saya beranggapan dengan meluahkan beberapa perkara di sini, mengurangkan sedikit tekanan yang dihadapi. Harapannya begitu. Lain padang lain permainannya bukan?
Cat semulajadi berwarna coklat...
Kesimpulan
Konklusinya mudah. Saya optimis setiap manusia bakal menempuh ‘peperiksaan’ masing-masing. Bukan sahaja di dunia malah akhirat juga tidak terlepas. Persoalannya, sudah bersediakah kita dengan jawapan tepat dan bernas untuk menjawab di hadapan Allah SWT kelak? Semoga timbangan kebaikan memenuhi keburukan. Amin. Kalam Allah SWT merakamkan peristiwa itu:
Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawipun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya. Dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan. (Al-Anbiya’ : 47)
Suka saya jika anda semua sanggup mendoakan kejayaan kami di sini di samping untaian doa dari ibu bapa sendiri. Mungkin doa antum lebih berkat dari doa saya. Wallahua’lam.
Ibnurashidi
11:09 PM, 18 Disember 2008,
Siberbay.
"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."
34 komentar:
Assalamualaikum.
Ooo... rupanya dah nak 'exam' ya... kalau macam tu KakChik nak doakan agar Ibnurashidi selamat mendudukinya dan boleh menjawab dengan penuh ketepatan.
Kakchik...
Wa'alaikumsalam...
Na'am..sudah hampir untuk exam..terima kasih sudi doakan. Harapannya bukan setakat tepat malah terus melekat dalam benak buat bekalan sepanjang zaman. Amin..
Salam...
Selamat menghadapi Imtihan...
Jangan Nakal² Masa Jawab Exam..
Hehehe...
p/s: Nanti kita balik sama2 ke msia.. Insya ALLAH..
MyFahmi...
Haa..ini baru medan sebenar untuk ucap selamat...Selamat Berimtihan ya sahabat!
Insya'Allah..tak nakal..skema ja.
P/S : Itu yang penting. Tempah tiket n konvokesyen sama-sama ya..
Assalamualaikum..
Akhie...semoga berjaya di dalam imtihan..insyaAllah jika ada usaha pasti berjaya...
Ma'a Taufiq Wannajah Fil Imtihan..:)
salam..
semoga us farid berjaya dgn cemerlang dlm imtihan..insya'Allah. for us baim jgk..
ok, gambatene!!
Salam.. Dah nak exam ek..kejap je masa berlalu..tirai ust dah nak berlabuh,tirai saya baru nak dibuke(musim baru persekolahan baru nak bermula).. Insyallah,di mana da usaha di situ ada kejayaan.. Semoga ust dan kwn2 dapat menjawab dgn baik,lulus cemerlang dan seterusnya dapat balik malaysia ek.. :)..amin..
Salam..baru nak exam?..kami di sini baru sahaja dapat keputusan semester lepas..semoga berjaya!..Insyaallah..
Assalamualaikum...
selamat berexam ye..
gud luck..
:)
salam perjuangan..
kata-kata hukama & seora ahli bijaksana
walaubagaimana alim seseorg itu, dia tidak akan dpt manfaat drpd ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kpd akal dan"sangkaan org berilmu itu lebih tepat drpd keyakinan org jahil"
smg najah fil imtihan..
Salam..
Harus ya. Hmm...yang paling penting pada saya, kedua2 pihak harus kuat. Lelaki dengan istiqamahnya untuk adil, dan perempuan harus kuat dalam hatinya.
Anda nak mula exam, saya baru nak mula semester.
Moga berjaya untuk anda. :)
Salam Ibnurashidi..saya suka baca tulisan anda yang penuh dengan pengertian dan ilmuan. Setiap kata ader yang tersirat, bahasa yang mendalam..dan kadang2 saya tak faham apa yang saudara tulis..hehehehehheheehe..kena baca slow2 baru ngerti...adddeeeiiii....
Apa pe pun saya doakan saudara mampu menempuh peperiksaan dunia..InsyaAllah...
Salam..
Teringat zaman belajar dulu. Masa exam ialah masa yang paling getir bagi seorang pelajar, antara gentar dan harap. Apa2pun berusaha, berdoa & bertawakkal. Didoakan semoga semuanya selamat & lancar. Turunlah ke gelanggang dengan persiapan mental, fizikal & spiritual yg rapi..
nurhuda_cahayapetunjuk...
Wa'alaikumsalam..Syukran..usaha itu tangga kejayaan. Man Jadda Wa Jada. Semoga anda juga berjaya!
Salam tanpa nama..thank you very much..
Ustaz Baim cakap dia doakan semoga berjaya dalam hidup. Terima Kasih katanya.
Salam.. Dah nak exam ek..kejap je masa berlalu..tirai ust dah nak berlabuh,tirai saya baru nak dibuke(musim baru persekolahan baru nak bermula).. Insyallah,di mana da usaha di situ ada kejayaan.. Semoga ust dan kwn2 dapat menjawab dgn baik,lulus cemerlang dan seterusnya dapat balik malaysia ek.. :)..amin..
Nur_Syahadah...
Salam alaik..kalau begitu, kena berganti tirailah ye. Nak memasang tirai jangan yang mahal-mahal ya, ala kadar pun sudah cukup:D
Insya'Allah biiznillah..amin..amin ya rabbal alamin.
Sekadar renungan:
"Orang akan tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia masih menuntut. Tetapi apabila pada suatu ketika dia berkata "Aku sudah pintar", maka sesungguhnya dia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya." -Luqman Hakim
Syahidah...
Ya saya, Universiti Al-Azhar baru nak memulakan peperiksaan. Bagaimana dengan keputusan?
Sekadar renungan:
"Hendaklah engkau bergaul dengan para ulama' dan dengarlah (renunglah) kata-kata hukama' kerana Allah SWT menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana ia suburkan bumi dengan hujan
yang lebat" - Al-Hukama'
TuN Teja...
Wa'alaikumsalam..yup, baru nak berimtihan.
Sekadar renungan:
"Buku adalah: Teman bicara yang tidak mendahuluimu. Teman bicara yang tidak memanggilmu ketika kamu bekerja. Teman bicara yang tidak memaksamu berdandan ketika menghadapinya. Teman hidup yang tidak menyanjungmu. Kawan yang tidak membosankan. Penasihat yang tidak mencari-cari kesalahan."
-Ahmad bin Ismail
Zidniilmi...
Salam perjuangan aidhan..Terima Kasih ya!Besar harapan saya untuk mendapat kejayaan yang cemerlang.
Sekadar renungan:
"Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya ilmu apa yang hanya dihafaz semata-mata" -Imam Syafi'e
AtiQah...
Salam..Benar, itulah sebaik-baik kemudahan yang dianjurkan oleh agama Islam. Saling bekerjasama antara satu sama lain. Persampahkan pendapat para Orientalis.
Mulakan awal semester dengan sebaik-baiknya semoga akhirnya juga berakhir dengan baik.
Sekadar renungan:
"Muliakanlah rakanmu dengan kemuliaan yang mampu engkau lakukannya secara berterusan. Jika tidak maka kemuliaanmu itu akan membawa kepada perkara yang memutuskan persahabatan." -Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini
Eiba..
Salam alaik..Apa-apa yang baik itu segalanya dari Allah SWT jua. Kullu haza min fadli Rabbi. Apapun teruskan membaca ya. Hanya sekadar termampu saya persembahkan buat kalian. Tegurlah andai tersalah bicara atau fakta.
Haa, ini yang saya tunggu-tunggukan selama ini. Jikalau sesiapa yang tak faham terus bagitau untuk saya terangkan. Kat mana dan di mana?
Sekadar renungan:
"Syaitan lebih suka untuk menyesatkan orang yang alim daripada orang jahil kerana orang alim apabila sesat maka dia akan turut menyesatkan orang lain dengan kejahilannya sedangkan orang jahil tidak begitu" -Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini
OrangBUkit...
Sesiapa yang pernah melalui zaman belajar sudah tentu akan tahu bagaimana halnya. Insya'Allah. Akanku kerahkan segala kudrat dan peralatan perang yang secukupnya untuk menempuh. Selebihnya doa dan tawakal ala Allah. Syukran.
Sekadar renungan:
"Gantunglah cita-citamu di tempat yang tinggi supaya ia tidak dapat dimusnahkan oleh orang lain kerana cita-cita itu adalah sumber kekuatan perjuangan yang tidak terhingga dari segi zahir dan batinnya" - Imam Abu Hanifah
Semoga berjaya ustaz farid ;)
Senjahati...
Terima kasih atas doa..Saya juga berharap saudari dapat meneruskan kerjaya dan mencapai kejayaan yang diharapkan..
Selamat Berjaya!!
Tenangkan diri dan berjuanglah demi Allah dan agama.
Tie...
Dalam ketenangan ada kedamaian..dalam damai ada kesepian..itulah pengorbanan..
Semoga tiap detik dan nafasku adalah kerana menegakkan agamaNYA!
Salams,
I hate exams, as usual, but then, I believe there is no other ways for lecturers to assess the students' depth of understanding.
But then, I love examination concept, as pressure will bring the best in you.
Dont worry Ust Farid, you will go through this, InsyaAllah, and pass with flying colour. I pretty sure you are more than familiar with the tawakal concept, but effort, for me, counts more than anything.
All the best, Go with Allah.
salam...
saya doakan semoga najah dalam imtihannya..
usaha sudah..doa dan tawakkal pula la..insyaAllah..Allah tak akan sia2kan usaha akhi..
Salam Farid...
Ermmm.... ngapa komen semalam yg kak su hantar tak keluar ye? bila hantar lagi sekali, dikatanya kak su dah hantar duplicate comment. heran sungguh. ingatkan dah pakai komen yg perlukan approval, tapi takde remark pun. letih menulis...
hari ni nak tulis apa yg ditulis semalam, dah tak ingat dah. huhu...
Apapun, kak su doakan agar Farid akan diberikan Allah segala kemudahan, kelapangan dan kejayaan dalam pelajaran, exam khususnya.
Salam alaik Fakhzan Marwan...
I'm also not interested with exam oriented when i was studied..but,now i really know the truly of exam
Each muslim should know the concept of 'tawakkal'. From that we get close with Allah. Because it is the way to depend on Allah after we attempt for something..
Thank you for your comment..may Allah bless you.
Izzah...
Terima ye kerana mendoakan kejayaan..saya doakan kamu juga berjaya dunia akhirat dan buat muslimin muslimat semua..yang penting kejayaan Islam itu sendiri.
Suara...
Aduhai kesian ya..saya pun tak tahu kenapa jadi macam tu. Kadang-kadang komen kat blogger ada problem. Mungkin lepas ni kak su kena langkah berhati-hati. Save dulu kemudian baru komen. Bimbang komen hilang saja.
Terima kasih atas doa..begitu juga kak su sekeluarga. Selamat dunia akhirat!
em lepas habis exam ni us farid boleh balik malaysia ke atau mcm mn?
Insya'Allah, mungkin perlu selesaikan semua perkara terlebih dahulu seperti urusan konvokesyen dan sijil. Doakan!
Post a Comment