Musafir Di Gurun Sepi
Monday, December 22, 2008
Dalam derita berteleku hiba
Mencelup setitis embun bak memetia
Memaut sepi meraut nestapa
Betapa luasnya gurun sahara
Betapa dalamnya lautan bergelora
Betapa tingginya kemuncak jaya
Cuba mengembara
Dalam gelita penuh sengsara
Terpancar satu cahaya
Terang menyuluh di bawah purnama
Adakah bintang tiada bernyala?
Bintang itu berpagar cuma
Jangan mengharap akan ia
Gahnya nur qamar menghilang duka
Dalam kelam terasa dihindari
Ohh..kaki tertusuk tajamnya sang duri
Ku sangkakan terang sudah memadai
Isyarat hidup perlu berhati-hati
Terus ku telesuri
Musafirku tidak seindah mimpi
Tetapi ia tafakur penuh berisi
Yang dikatakan nikmat itu rupanya berseni
Dalam lurus ada bengkok ke sana ke sini
Sungguh, puncak itu sayup meninggi
Sukarkah menggapai cita-cita di hati?
Nukilan:
Ibnurashidi
6:20PM, 21 Disember 2008,
Siberbay.
"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."
53 komentar:
salam mr hj farid..
wah..puitis sungguh puisi ni...
pepon hasil air tangan sendiri memberi makna yang cukup berharga...
biarlah orang kata..jiwang karat ke, sastera tangkap lentok ke..tp ekspresi rasa hati kita dapat dapat diungkap jua...
mabruk la...
sarat dengan nilai kahidupan hidup seorang pengembara ataupon perantau..
teringat lagu perantau dendangan kumpulan the zikr.. cukup sayu...
semoga tabah hadapi menhah dan onak yang sentiasa mengancam...
wasssalam..
p/s:orang terawal lagi ke yang memberikan komentar... kebetulan kot...hihihi...
Salam Mr Fahmi...
Puisi ni macam masakan juga..kalau kita buat sendiri rasa puas hati walau tak sesedap yang dibeli di kedai. Lama-lama masak sudah tentu boleh jadi chef nanti:)
Ohh, biarkan manusia-manusia berkata..saya suka:)setiap manusia ada pendapat dan pandangan masing-masing.
Puisi ini ditulis setelah membaca kitab adab dan balaghah yang penuh erti kehidupan itu. Lantas tercetus satu anjakan untuk mencoret.
Sabar ya..saya faham..
P/S : Ini bukan kebetulan..ini betul-betul:D
Salam.. Btl kata ust tls puisi ni mcm chef,blh diadun ditambh seenak rase..yg membce pun akan rasa kesedapannya :-).. Lagipun pengalman yg diperolehi blh dijadikan penambah rasa kan?
P/: nampaknya dah makin terserlah bkt sastera ust.tahniah!
Nur_Syahadah...
Salam alaik..benar, setiap pengalaman walau sesiapa pun boleh saja dijadikan pedoman hidup. Banyak pengalaman memasak, bertambah skill masakan. Haa, petua untuk sesiapa mahu belajar memasak tu:)
P/S : Bagi saya itu hanyalah luahan rasa yang rendah mutunya. Perlu dipelajari lagi dari semasa ke semasa. Mohon tunjuk ajar!
salam sdr apa kabar..indah sungguh puisi itu..err cuma tak paham memetia tu maksud apa yer?
salam ziarah
untuk mendapats esuatu yang berharga, ujian akan datang berbagai cara. zabarlah mangharunginya, semoga sinar kejayaan akan menanti di depan sana..
Salam, sy tak berapa reti nak berpuisi...tapi blog ni ada ilmu yg boleh dikutip.
Salam ziarah..
Indahnya dan mendalam puisi ini.. kita umpama pengembara di dunia yang sementara.. Tercari-cari kebenaran walaupun jalannya lurus.. Namun itu bukanlah tanda kita boleh leka kerana banyak simpang tah ke mana.. sebab itulah Allah beri pentunjuk memudahkan perjalanan kita.. insyaAllah :)
Ooo... dah abis exam ke...boleh berpuisi lak ni..
Indah puisi ini mungkin lahir dari hati dan diri yang telah dan sedang melalui perjalanan menuju ke puncak ini.
Ada satu perkataan yang KakChik tak tahu, MEMETIA tu apa ya? Bahasa sastera ni bukan bidang KakChik hehehe...
Assalamualaikum,kembara musafir tu pahala besar..Sabar dan tabahkan kan hati..
assalamualaikum..
akhie..
Puisi ni cukup bagus sekali..teruskan usaha berkarya..:)
salam sahabat.. kalau enta kumpul2kan puisi enta pastu buat buku.. compem ana antara orang yang terawal membelinya.. hehe peace!!
Salam..
Anda bertuah dapat berada di bumi anbiya.
Adakalanya saya berasa sedikit cemburu dengan mereka yg dapat rezeki ke sana.
Tapi itu rezeki andakan...bermusafir.
Walau di manapun tanah anda pijak, memang gelora itu pasti ada.
Teruskan juang anda mengutip ilmu di sana.
Jadikan gelora itu bak garam dan gula pemanis dan pemberi rasa.
Salam..lupa nk tnye,nak tau jgk mksd memetia tu..tak pernah dgr sebelum ni..
puncak menara sayup meninggi,
membelah langit namun menyepi,
berkepak sayap terus mencari,
agar bertemu pelita diri,
gerimis datang menyapa derita,
tertusuk terus membuta mata,
datang angin menyelak hati,
kaki terpasak nyata di Bumi.
p/s : yang pahit itu yang manis.
pertama kali singgah di sini.
terima kasih singgah di sana.
moga pengalaman kamu di bumi anbiya bisa tambahkan tarikkan hajat ke sana!
Semoga berjaya dalam kembara musafir di padang sahara!
Bittaufik wannajah!
InsyaAllah...
salam..
puisi cm mskn?
blh diterima..
mmg kdg2 kita x puas hati dgn masakn yg kita masak..
kita cemburu dgn masakan org lain..
tp dari situ timbul rasa nk buat n masak yg lg baik, berperisa, lazat dan enak.. :)
slmt berpuisi..
Arsaili,
memetia tu, maksudnya melihat. Kalau tak salah la. Perkataan tu banyak digunakan oleh Ust Zaid Akhtar dalam novelnya, Salju Sakinah. :)
Ibnrashidi,
hujan emas di negeri orang...
Arsaili...
Alhamdulillah, khabar baik. Semoga En.Arsaili juga begitu.
Kalau mengikut makna yang AtiQah bagi ia bermakna melihat. Tetapi yang saya maksudkan di atas ialah dengan makna Mutiara.
Zareda Norman...
Terima kasih kerana bertandang..Dalam apa jua lapangan pekerjaan mahupun pembelajaran semestinya kita punya dugaan dan cabaran harus ditempuhi. Bersusah sedikit itu biasa. Sanggup tempuhi itu luar biasa.
INTAN RH...
Jangan bimbang, komentator tidak dipaksa untuk berpuisi. Silakan membaca serta komen sahaja. Mana tahu ada komen membina boleh dipersembahkan. Saya mengalu-alukannya.
cLoVeR4miza...
Benar, setiap jalan yang lurus itu pasti ada persimpangannya. Jika tersilap membelok mungkin kita bakal terjun ke dalam kegelapan. Oleh itu, berfikir dahulu sebelum membelok adalah lebih baik dari terus melulu tanpa fikir.
Tie...
Kak Tie mesti tak baca entri Di Ambang Penentuan ni?..saya ada sebutkan tarikh exam saya.
kakchik...
Sesungguhnya kakchik memahami apa yang ingin sampaikan. Sememangnya mereka yang melalui akan merasai. Saya menulis berdasarkan apa yang terlakar dihati.
Walau bukan lapangan sastera tapi punya kedai sewa novelkan?:)
cikMilah...
Wa'alaikumsalam..Insya'Allah. Terima kasih atas dorongan.
nurhuda_cahayapetunjuk...
Wa'alaikumsalam ya Ukhtie..saya harapkan isi juga diambil manfaat oleh semua.
chocolate..
Ohh, saya belum terfikir untuk mengumpul koleksi lagi. Tapi mungkin suatu hari. Insya'Allah. Doakan saya berjaya dalam lapangan ilmu dahulu.
Az...
Saya bersyukur kerana mampu menjejakkan kaki ke sini. Tetapi janganlah cemburu kerana walau dimana kamu belajar, kutip saja ilmunya. Itu pasti. Satu hari jika punya kewangan kukuh, kemana saja kamu boleh jejakkan kaki.
Jangan terlebih garam@gula pula:)
Nur_syahadah...
Saya sudah jelaskannya. Maksud memetia dalam puisi di atas ialah Mutiara. Dalam erti kata lain ialah Ilmu. Saya ibaratkan mutiara itu ialah Ilmu. Semoga saudari memahami maksud yang ingin saya sampaikan.
e-leeyana...
Waah, anda juga berbakat besar. Nampaknya saya terpaksa balas dengan serangkap puisi juga:)
Menyapa derita terbias cahaya..
Putih, indah walau sedikit zulumat..
Disangkakan sudah asa..
Rupanya sebalik derita ada hikmat..
p/s : Kadangkala manis membawa derita pahit menjadi herba.
asuhara...
Terima kasih kerana di sana sudi menyinggah serta memberi komen di sini. Semoga di sana kerap ke sini memberi input berguna juga.
BalQis...
Aminn..Aminn..Aminn Ya Rabbal Alamin..biar Allah SWT tentukan segalanya di samping usaha. Kembara tidak akan terhenti selagi mana tidak sampai destinasi.
Awrapurnama...
Na'am..macam masakan juga. Campur sana, campur sini tiba-tiba jadi sedap dan enak:) Tapi kena ikut sukatannya jugalah. Campur lebih jadi pelik-pelik rasanya.
Selamat belajar memasak!
A t i Q a h...
Kadangkala satu-satu perkataan manusia mentafsirkan bermacam makna. Mungkin ada benar juga erti yang anda sebutkan. Apapun, teruskan menyelidiki.
Thank's bagi input.
kita semua adalah musafir hidup
bagaimana kita mengembara.. bagaimana kita menghadapi cabaran... itu yg berbeza...
semoga Allah memberi hidayah kpd hambaMu yg lemah ini dlm menempuhi hidup bermusafir ini...
kawaii_desu...
Musafir hidup yang berkelana mengembara mencari secarik kedamaian dalam menggapai mardhatillah..
Semoga pengembaraan yang berbeza itu mendapat keredhaan ilahi..itu yang paling utama.
terima kasih atas kesudian tuan hamba berkunjung ke teratak hamba. hamba link tuan hamba juga.
oh tidak! saya tak pandai madah bermadah apatah lg berpuisi. saya org matematik... org yg tiada perasaan????!!!alwiz straight forward!
hazlin...
Manusia diciptakan bukanlah semuanya sama..jadi tidak mustahil jika semua manusia punya minat berbeza. Cuma dari segi masalah tiada perasaan sesuatu yang tidak normal.
Terima kasih, silakanlah melinkkannya.
Puisi pengembara yang banyak dugaan dan cabaran..
Duri mesti tempuhi jika mahu menggapai cita-cita..
Insyaallah berkat sabar dan tidak mudah putus asa..walau sukar sekalipun liku-liku yang perlu dilalui pasti berjaya!
tersentuh..
terlalu sukar...
Salam Maal Hijrah, May Allah crown us with the best of iman, health, wealth and peace of mind in the New Year.
Syahidah...
Saya karang puisi tersebut sememangnya melalui isi hati saya sendiri.
Terima Kasih atas dorongan!Jazakallahhu khairan kasira.
asyima binti dollah..
tersentuh itu tandanya anda memahami..
arsaili..
Selamat menyambut Maal Hijrah juga buat tuan...thank you very much!
kata2 yang hebat...
teruskan bertinta...insyaAllah akan memberi manfaat buat yang membaca...^^
Damai...
Biasa-biasa aja..tiada yang lebih hebat melainkan keagungan Allah SWT semata.
Harapannya begitu.
mabruk ya akhi, nta juga sgt berbakat, puisinya puitis sekali, ana ptt lbh byk blaja dr nta
tulip putih...
aduhh...pujian ini terasa seperti batu menghempap saya..berdenyut-denyut dahi kesakitan..lantas meresap ke hati menjadi bergetar.
Maafkan saya, terasa diri tidak layak sama sekali. Mungkin tulip putih lebih mengetahui.
tahniah, kerana ante telah mengarang sebuah puisi yang puitis sekali. Tapi, sayang sekali ante tidak berkesempatan menyaksikan puisi karangan sasterawan negara, Lim Swee Tin di rancangan Malaysia Hari Ini, TV3. Bila ana fikirkan balik, ante dan sasterawan itu sama, melahirkan perasaan yang tulus, mengilhamkan suatu emosi yang tenang...syahdu sekali. Ana turut sama bermuhasabah menginsafi diri. Syukran jazillan.
whitetulip...
Saya menulis berdasarkan pengalaman sendiri. Mungkin kerana terkesan dengan ujian diri menyebabkan tercetus beberapa rangkap puisi.
Lim Swee Tin?wahh, cina berpuisi melayu ya?..benar kata teman, orang cina Malaysia bila menulis mengalahkan kata-kata mulutnya yang tunggang terbalik itu.
Post a Comment