Salam Maal Hijrah 1430H Dari Sempadan Ghazzah!

Sunday, December 28, 2008


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

 

Alhamdulillah, pada hari ini kita sudah pun berada di awal tahun baru Islam. Saban tahun kita diingatkan akan kedatangan tahun hijrah serta kedatangan bulan Muharam sebagai permulaan bulan Islam. Sementelahan, wujud aneka ragam acara turut diadakan. Meriah pada luarannya. Tidak pada batinnya. Itu yang berlaku di tanah air.

Hari ini berkebetulan majlis solat hajat dan bacaan yasin sempena peperikasaan fasal pertama di Bait Izzah, Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta berlangsung saya keluar rumah menyedut udara sejuk. Setelah mendengar sedikit ceramah dari penasihat DMPT saya terus ke sebuah kedai menggunting rambut. Entah mengapa selama berada di perlembahan Nil, inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke kedai gunting rambut masyarakat Mesir. Mahu mengubah penampilan barangkali.

“Assalamualaikum..”

“Wa’alaikumsalam..tafaddhal..” persila si tukang gunting sambil menggunting rambut seorang pemuda Mesir.

Saya melabuhkan diri di kerusi empuk sambil menyandar. Nyaman sekali. mata tertancap ke sebuah peti bersuara. Kelam kabut situasinya. Di suatu sudut peti tertulis channel Al-Jazeera secara mubasyir (live).

“Fi filestin..” beliau bersuara.

“Ghazzah?” Saya mengerut kening dan cuba bertanya mahu kepastian.

“Na’am..musykilah kabir baina falestin wa Israel..”

Saya terdiam tanpa bicara. Hanya suara televisyen berlagu sendu. Si tukang gunting meneruskan kerjanya.

Hati terasa sayu dan hiba melihat aksi anak-anak Palestin melontar peluru batu. Beberapa tank Yahudi menghala meriam ke perbandaran Ghazzah. Bedilan bertalu-talu menyebabkan runtuhan besar bak hentaman meteor daripada angkasa. Siri pembantaian itu terus menerus berlangsung. Gema ambulans sudah menjadi muzik biasa di dengari oleh mereka. Darah merah mengalir kembali menyimbah bumi yang sentiasa kering. Suatu penghijrahan yang terlalu pahit tetapi bersulam kemanisan.

Saya terus merenung khusyuk. Jam menunjukkan jam 7:18 PM. Sebaris tulisan telah tersiar di bawah siaran warta berita itu. Seramai 290 penduduk Palestin telah terkorban selama 2 hari serangan bom ke atas kedudukan Hamas di Ghazzah. Dalam erti kata sebenar mereka telah pun syahid. Insya’Allah.

Seorang muslimah manis berketurunan arab menjadi pembaca berita fasih menutur kata-kata. Turut terselit sessi wawancara khas dari Ghazzah, Tebing barat dan wakil dari Fatah.

“Aiwah, tafaddhal ya syeikh..” Suara si tukang gunting menyedarkan saya dari ralit menonton.

“Ismak eh?” tanya beliau.

“Ana Muhammad..”

Siaran Al-Jazeera yang berlangsung tiba-tiba terpadam. Channelnya berubah ke cerita arab. Si tukang gunting terus menekan-nekan remort control mencari siaran berita tadi.


 Parabola di atas bangunan...

“Hayawaan..Hayawaan kedaa!” Marah beliau sambil membebel. Saya ketawa kecil melihat gelagatnya. Ada benarnya beliau marah kerana siaran TV itu menyiarkan berita live dari Palestin. Saya juga turut mahu menonton. Kebiasaannya begitu, siaran langsung TV di Mesir menggunakan parabola ataupun melanggan saja siaran dari tuan parabola tersebut. Tuan parabola berhak mengubah secara tiba-tiba siaran tanpa pengetahuan si pelanggan.

Beliau terus menggunting rambut saya dengan skill tersendiri. Laju dan pantas.

Terhambur Darah Umat Islam di Tahun Baru

Membuka tirai tahun dengan suatu peristiwa sadis dan kejam adalah merupakan suatu perkara tidak dapat diterima akal. Isu pembantaian Palestin oleh Yahudi laknatullah tidak pernah terhenti walau beratus perjanjian damai telah dibuat. Nyata dan realiti berlaku. Saya sendiri seperti sudah bosan mahu menulis cerita Israel menjajah tanah Al-Aqsa. Tetapi atas dasar saudara seislam, saya merasakan penulisan kesedaran tidak boleh dihentikan serta merta. Harus menyedarkan umat Islam terleka. Inilah salah satu cara demi memberikan kesedaran masyarakat sejagat selain berdoa.

Dalam kesedihan dan kemarahan membuak itu, saya terbaca suatu kisah yang berlaku dalam bulan Muharam ketika era Nubuwwah dan para sahabat. Suatu peperangan bersejarah antara umat Islam dan Yahudi telah tercatit. Iaitu Perang Khaibar. Ada suatu riwayat hadis menyebut kisah bagaimana umat Islam berjaya merempuh masuk ke kubu kuat Yahudi ketika itu. Hadisnya bermaksud:

“Esok, aku akan serahkan panji ini kepada seorang lelaki yang kasihkan Allah dan RasulNya dan dikasihi Allah dan RasulNya, semoga Allah memberikan kemenangan kepadanya.” (Hadis sahih, riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Lelaki yang dikhabarkan oleh baginda SAW itu ialah Saidina Ali r.a. beliau dengan gagah beraninya bersama tentera Islam berjaya merempuh masuk lantas membunuh ketua Yahudi bernama Marhab. Akibat dari situlah, empayar khilafah Islam terus meluas ke tanah tempat kelahiran Nabi Isa a.s.

Itu dulu, tetapi kini? 

Tiada konklusi untuk entri ini...

SALAM MAAL HIJRAH 1430H buat semua muslimin muslimat! Dalam setitis bahagia ada secarik duka.


Ibnurashidi
10:31PM, 28 Disember 2008,
Siberbay.



"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

44 komentar:

Tirana said...

Salam Farid...Selamat Menyambut Maal Hijrah. Mudah-mudahan kehidupan kita di dunia ini sentiasa diberkati Allah hendaknya..Sempena tahun baru, penampilan rambut pun baru ye...hehehe..


Itu dulu, tetapi kini? Tetapi kini, orang-orang Islam ramai yang penakut dan cintakan dunia lebih dari mereka cintakan Allah dan rasul-Nya. Sanggup menjual agama dengan harga yang sedikit. Ada di antara yang dianggap berilmu agama di Malaysia ini sanggup bersekongkol dengan kebatilan semata-mata untuk menjaga periuk nasi, pangkat dan nama barangkali. Jadi tidak hairan lah kalau umat Islam sekarang menjadi bahan ejekan dan ditindas dan kita tidak berupaya melawan ejekan dan tindasan tersebut kerana kita lemah.

Sedih sungguh melihat nasib rakyat Palestine dan Iraq. Entah bila kesengsaraan mereka akan berakhir. Tahun demi tahun berlalu..keadaannya sama saja..malah semakin teruk kot..

Teja Suraya said...

Assalamualaikum...

Salam maal hijrah juga..smoga ada sinar harapan baru untuk umat Islam di Palestin..dan smoga mereka terus berjuang...

Ibnurashidi said...

Tirana...

Wa'alaikumsalam..Selamat Menyambut Maal Hijrah juga. Nampaknya macam dah sembuh migrainnya?
Oh..sudah mesti, penampilan juga kena baru:)

Pendapat yang baik dan bernas.

Nampaknya kena tunggu Khalifah memimpin dunia baru selesai.

Ibnurashidi said...

TuN TeJa...

Wa'alaikumsalam...

Ya..semoga ada sinar baru buat umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia.

P/S : Teruskan memberi pendapat bernas.

Unknown said...

Salam Maal Hijrah Ibnurashidi.
Semoga tahun baru ini semakin banyak Ibnurashidi mempunyai kekuatan untuk terus berdakwah melalui tulisan di samping bertambah amal kebajikan.

Kita gembira menyambut tahun baru tapi saudara kita di Palestin sedang terus dizalimi oleh zionis kejam. Ya Allah, turunkanlah bala kekuatan dan hapuskan mereka yang jahat ini serta bangkitkanlah umat Islam agar membina kekuatan iman, bersatu melawan musuh Islam di mana saja.

Emo sikit.

Ibnurashidi said...

Kakchik...

Salam aidhan..
Insya'Allah, saya sentiasa merindukan untuk menulis. Semoga ianya menjadi salah satu amalan kebajikan.

Bersemangat macam inilah yang kita inginkan..semoga Kakchik dan suami teguh mempertahankan Islam.

Emo untuk Islam tak mengapa asal kena cara.

Anonymous said...

Salam.. Selamat tahun Baru Hijrah ust.. Sedar tak sedar dah msuk thn baru.. Macam2 perkara yg bakal berlaku..semoga kita dapat menempuhinya.. Sedih btl tgk penderitaan umat islam palestin..bilela ianya akan berakhir.. Semga mereka tabah,hanya doa mampu kupanjatkan..

P/s: selamat blajaq ek.. Smoga b'jaya..

Ibnurashidi said...

Nur_syahadah...

Salam alaik..Selamat Tahun Baru Islam juga. Sempat baca doa akhir tahun ke tidak?:)

Insya'Allah segala pergantungan kepada Allah SWT sudah pasti akan selamat dan diberkati.

Banyakkan berdoa atau cuba menderma apa-apa bantuan buat mereka. Berikan kesedaran sesama kita.

P/S : Aminnnnnnn..

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Akhie..

Salam Hijrah 1430..
Teguhkanlah imanmu hanya kerana Allah..sama-samalah kita berdoa semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati umat Islam di seluruh dunia..aminn..

Ibnurashidi said...

nurhuda_cahayapetunjuk...

Wa'alaikumussalam Ya Ukhtie fil Islam..Salam 1430.
Semoga sama-sama meneguhkan Iman dan Takwa.

Palestina negeri yang tercinta,
Tempat suci kiblat pertama,
Palestina kini terluka,
Palestina tanah jihad kita..
Hancurkan segala kezaliman..

Binasakan, berantakkan Yahudi Laknatullah!!
Allahhu Akbar!!

Nur said...

Pembantaian

Pemilihan kata-kata ini sangat-sangat mengesan kan saya. Iya, pembantaian terhadap umat Islam di Ma'al Hijrah ini sungguh2 kurang masuk akal, semacam membantai anak ayam sahaja.

Hilang mood, hilang motivasi hari ini.

Ibnurashidi said...
This comment has been removed by the author.
Ibnurashidi said...

Fakhzan Marwan...

Saya bersyukur kamu punya deria sensitif dalam mengadaptasi isu ini. Sememangnya tidak ada perkataan layak lagi selain pembantaian ke atas mereka. Sadis sekali.

Membantai wanita-wanita, anak-anak, orang tua, bayi kecil itu adakah dikira manusia normal?saya merasakan mereka lebih dasyat dari khinzir!

Kawan saya sudah berapa kali menitiskan airmata kesedihan melihatkan siri serangan ghazzah secara live.

Mahu lihat blog seliaan beliau?ayuhke http://minipavilion.blogspot.com/

Iliana said...

assalammualaikum.

salam maal hjrah..

kwn sy pn ada YM dgn sy mengenai hal ini. dia ckp, "sebarkanlah berita ni". ramai yang membuat bantahan jalanan dan macam2 usaha lain. saya tanya dia balik, "rasanya cara macam ni akan buatkan Israel berhenti ke?"

yang berusaha untuk mengembalikan zaman pemerintahan khalifah itu terlalu sedikit - yang lain lebih suka membatu.

setiap kali musim perayaan, mercun, meriam berdentam dentum. mesti banyak kali terkena kejutan jantung. setiap kali itu juga saya terfikir, agaknya yang sedang berperang tu macam mana pula? nauzubillah min zalik..

terasa sungguh lemah secara tiba-tiba bila fikirkan kerdilnya kita..

p/s : maaf, terpanjang pula komen. al-maklum la, saya pun tak suka dengan peperangan (rasanya tiada siapa pun yang suka kan).

Ibnurashidi said...

e-leeyana...

Wa'alaikusalam..soal berdemonstari itu mungkin pada setengah pendapat ia bertujuan mahu menunjukkan protes. Kalau dari segi logik sememangnya agak susah cara tersebut.

Itu yang membatu, ada yang lebih lagi terus menentang pula. Sesama Islam bercakarn bagaimana mahu berjuang menentang musuh?

Saya pernah ke sempadan Israel..dan pernah mendengar dentuman bom dan bedilan mesingan.

Islam tidak sukakan peperangan tanpa sebab. Saya juga. Komen panjang-panjang adalah dibenarkan. Jangan risau.

Anonymous said...

Salaaam . Jika ada kesepakatan seluruh umat Islam, insyaALlah Islam akan kuat dan dapat mempertahankan saudara2 kita semua. tetapi sayang, kita dibuai oleh harta benda , pangkat dan dunia. Kerana itulah pentingnya daulah Islamiyyah dengan HUKUM ALLAH perlu ditegakkan, jika tidak sesama Islam akan saling bergaduh dan umat Islam juga akhirnya ditindas dan semakin lemah. Salah siapa?? Salah kita sendiri kerana mengkesampingkan HUKUM ALLAH …….

Salaam ma’al hijrah 1430, semoga Allah mengampuni segala dosa kita yang lampau dan menerima segala amal ibadah kita. Dan semoga di tahun2 mendatang kita diberkati, diredhai, dikasihi olehNya, amiin. Dan semoga ALlah membantu mereka2 yang dizalimi, amiin.

cLoVer4miza said...

Salam..

Cerita dulu memang indah dengan perjuangan, tetapi cerita sekarang sangat ironic dengan penindasan.. Perang dulu kini dan selamanya.. Islam itu keamanan, umatnya cintakan kesejahteraan.. InsyaAllah kemenangan untuk umat Islam kerana itu janji Allah.. Takbir!

Salam Ma'al Hijrah dan Salam Ukhuwah untuk semua umat Islam..

ps/: pasal email tu reply lambat pun xpe slow2.. lambat lg plan, cuma nk kumpulkan maklumat supaya perjalanan diredhai Allah..

Anem Arnamee said...

SALAM MAAL HIJRAH IBNU RASHIDI..=)

Tie said...

Salam maal hijrah, dek!

Afida Anuar said...

Salam maal hijrah buat Ibnu Rashidi...dan sahabat-sahabat di sana.

Memang tiap kali tengok berita berkaitan palestine israel ni, pasti rasa marah membuak-buak terhadap kafir laknatullah itu. Tapi hanya sekadar rasa marah itu yang mampu dizahirkan. Dan titisan air mata yang mampu dititiskan mengenangkan saudara seislam di sana yang menderita dek kekejaman israel.

Dan doa yang mampu dipohon... Moga Allah memberi kekuatan kepada pejuang-pejuang dan rakyat palestin dalam menghadapi ujianNya ini.

Allahu man'sur mujahiddin fii palestin
Allahu man'sur mujahiddin fii palestin
Allahu man'sur mujahiddin fii palestin..

Balqis said...

Salam Ibnurashidi,

Palestin tidak akan pernah sunyi dari jerit pekik dan basah darah... Entah bila semuanya akan berhenti, the least that we can do is make du'a, bukan sahaja pada waktu-waktu begini baru sibuk nak teringat, setiap kali pun harus berdoa juga, kalau pun tak pernah merasa penindasan yang dialami mereka, sekurangnya pun bayangkan kita di tempat mereka. Bagaimanakah?

Lantas untuk Tahun Baru yang disimbah darah merah rakyat palestin yang tidak bersalah, kanak-kanak kecil yang dibunuh tanpa sekelumit rasa belas, jangan sekadar melihat dan ternganga, kemudian memaling dan melupa (Ya, saya kadang2 seringkali juga terlupa). Ayuh, kita usaha belajar sebaik mungkin, nanti kira2 sudah cukup ilmu di dada, kita ke sana, bantu mereka. InsyaAllah... Moga2 Tuhan tunjuk jalan sebaiknya buat kita...

[Ingatan tulus ikhlas buat diri sendiri dan sesiapa juga yang mahu teringat =)]

Ibnurashidi said...

Hikmatun...

Salam, untuk mencari kesepakatan itulah yang perlu kepada penyatuan. Mana mungkin umat yang tercerai berai mahu bersatu. Kalau pun ada seperti OIC tetap saja berada dalam lingkungan assobiyyah menebal.

Terima kasih atas komentar.

Semoga Islam kembali tertegak bersama kesyumulannya.

Ibnurashidi said...

cLoVer4miza...

Ayuh mari selidiki mengapa dan kenapa cerita sekarang ironic dgn penindasan bukan perjuangan?
Muhasabah diri. Sebenarnya atas diri umat Islam itu sendiri. Kadangkala yang berjuang atas nama Islam juga masih tersasar pendirian.

Itu belum termasuk mereka-mereka yang bertopeng. Dalam daging ada duri. Kurniakan hidayah pada mereka Ya Allah!

P/S : Baiklah..

Anonymous said...

Selamat Tahun Baru saudara..

Ada tak lagi blog2 yang dikarang oleh ibu2 dan anak2 palestine?
Ingin saya membaca suara hati mereka....

Ibnurashidi said...

arnamee...

Selamat berhijrah buat anda!

nohas said...

Salam Maal Hijrah 1430..

Semoga kehidupan dan keimanan kita semua bertambah baik setiap tahun..menjana ummah gemilang..

Ibnurashidi said...

Tie...

Salam Maal Hijrah juga buat k.Tie!

Ibnurashidi said...

Afida Anuar...

Saya merasakan sesuatu yang luar biasa perlu dilakukan oleh semua bagi menangani masalah ini. Hari yang ketiga serangan sudah 345 penduduk Palestine terkorban.

Allahhu Mansurna Mujahideen fi kulli makan..Allahumma nas'aluka khilafatan ala minhajji nubuwwah..

Anonymous said...

Salam Maal Hijrah Farid...
Semoga Allah membantu umat Islam di Palestin.

Bahagia di nikmati, jangan sampai buat kita alpa dari bersyukur padaNya
Derita jika di alami, jangan sampai buat kita lupa bahawa Allah itu sentiasa ada.

Leenoh said...

Assalamualaikum.

Semoga anta kembali ke Malaysia dengan kejayaan yang cemerlang dan mengekalkan misi dakwah.

Wassalam.

Ibnurashidi said...

Az...

Salam..buat masa ini saya belum terjumpa blog yang ditulis sendiri oleh penduduk Palestin. Cumanya anda boleh membaca info Palestin di bawah blog saya. Klik sahaja. Atau terus ke blog http://minipavilion.blogspot.com/

Terima Kasih.

Ibnurashidi said...

BalQis...

Peringatan yang bagus. Seafdhalnya begitu, jangan kata hari ini. Selama-lamanya perlu sahaja menadah tangan meminta akan kesejahteraan umat Islam seluruh dunia. Lakukan sahaja sewaktu solat atau selepas solatmu disamping doa panjang umur dan murah rezeki.

Yang nyatanya, kita perlu peka isu semasa dalam menjadi pendakwah sejati.

Ibnurashidi said...

orangbukit...

Salam Hijrah..saya mohon dan idamkan semoga daulah Islamiyyah kembali tertegak.

Juga buat diri supaya menjadi muslim yang sejati lalu mampu memegang panji-panji ilahi. Keredhaan dariNya dalam setiap gerak geri. Amin..

Ibnurashidi said...

suara...

Salam bahagia k.su..ya, umat Islam seluruhnya. Terutama saat genting Ghazzah ketika ini.

Syukurlah jika hati terasa bahagia, tetapi jangan dilupa ada yang terluka.

Ibnurashidi said...

Leenoh...

Amin..semoga saya istiqomah. Tanggungjawab itulah yang membuatkan saya terlalu takut untuk memikul. Bimbang saya tidak termampu menunaikannya. Namun, harapnya ada sinar disebalik itu.

Ayuh sama-sama membantu untuk Islam!

Ibnurashidi said...

Kegagalan ataupun keberhasilan pada satu fase dakwah..

Seringkali melumpuhkan semangat kita untuk terus berjuang..

Kegagalan ataupun keberhasilan bukanlah syarat untuk berhenti berjuang..dan seharusnya terus berjuang..

Perjuangan untuk tegakkan keadilan harus terus melaju melawan buana menembus batas-batas geografis..

Bangsa Palestina mengajari kita bagaimana seharusnya kita berjuang..

Pengusiran, penangkapan, sampai pembantaian tak pernah mampu menahan laju menahan mereka untuk terus mengusir yahudi sang penjajah..

Kita tidak boleh berhenti berjuang..dan seharusnya kita tak kenal erti putus asa..

Anonymous said...

Ternyata, kekejaman ke atas saudara kita d sana sudah melampaui batas. Apakah kita harus terus berdiam diri. Semoga Islam terus tertegak di bumi palestin.

p/s Pertama kali saya sampai di sini, sangat tertarik untuk berkeliaran di sini.salam ziarah dari kaherah.

chinta said...

sedih tengok gambar2 kanak2 dan wanita yg terbunuh. mlm tadi akak ada melihat cerita TV berkisar tntang penindasan ke atas org yahudi ketika perang di amsterdam zaman hitler, rasa meluat sbb apa yg terjadi pada org Islam lebih kejam dr itu, tgok tak sampai stgah jam terus tutup TV. bnyk sgt cerita tntang penindasan kaum yahudi dsogokkan dlm tv, tapi apa motifnya?

Ibnurashidi said...

SangMentari...

Ya, semoga Islam tertegak di bumi Palestin dan semua yang berpenduduk Islam di dunia ini.

Diam diri dalam erti kata pengecut..betul atau tidak jika saya katakan penguasa dan umat Islam sekarang adalah pengecut?

p/s : Silakan ziarah saudara..Kaherah dan Tanta hanya 2 jam beza jauh perjalanan bukan?

Ibnurashidi said...

chinta...

Sebenarnya Yahudi menayangkan cerita begitu konon mahu menagih simpati dunia yang mereka pernah ditindas, dibunuh beramai-ramai. Sedar atau tidak, Yahudi sebenarnya tidak disukai oleh masyarakat dunia kerana kezaliman dan 'cakap tak serupa bikin'. Jadi dengan adanya dokumentari atau filem tersebut sekurang-kurangnya masyarakat dunia akan berkata "oohh, kesiannya yahudi." Lantas mengizinkan mereka membantai umat Islam pula. Hebat bukan taktik perang saraf mereka?

P/S : Pi Mai Pi Mai Tang Tu juga...

A t i Q a h said...

anak2 palestin, bersabarlah.

Ibnurashidi said...

AtiQah...

Mereka hanya mampu menggigil ketakutan dalam mimpi yang cukup ngeri. Tambahan cuaca juga diselubungi kesejukan.

Whitetulip Tales said...

salam.

Berjuang fisabilillah ni banyak kaedahnya. hanya dari kita hendak memilih, sama ada secara terang2an atau sembunyi. Jangan berhenti menulis selagi Allah memberikan kita akal dan fikiran untuk memberikan pedoman dan manfaat buat semua yang membacanya. Sesungguhnya usaha ante ini tidak akan disia2kan. Yang nyata, ana tidak akan malah tidak pernah merasa jemu tulisan pengalaman, penceritaan, info, tazkirah dan yang seumpamanya. Ana benar2 bersyukur kerana ante salah seorang hamba yang memiliki kekuatan daya fikiran untuk mencoretkan apa juga yang terbuku di hati. Akhir kata, bersama2lah kita menguatkan akidah kita agar tidak tersasar dari jalan yang benar. Insyallah. Salam di tahun baru, semoga kita semua diberi kekuatan, kesehatan, kerahmatan di samping kita menjalankan kewajipan sebagai hamba Allah yang kerdil dan daif. Semoga juga di lembaran tahun ini menjanjikan kebahagiaan buat kita semua. Insyallah..

Ibnurashidi said...

Whitetulip...

Salam alaik..terima kasih, syukran, thank you di atas sokongan dan dorongan. Insya'Allah saya tidak akan melupakan dunia penulisan kerana penulisan membuatkan saya mengenal erti onak duri dunia.

Harapannya anda juga begitu..segalanya demi Allah SWT.

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP