Nukilan Buat Sang Pencinta

Monday, February 16, 2009

 


Syuhada’
Saat puing-puing minda kejatuhan berjujuran
Kau bersinar memacak panji keagungan
Menjadi perisai maruah bercahaya
Menjadi benteng jiwa bergemilap
Menjadi penyelamat umat keizzahan
Tak terdetik mencari sekelumit nama
Kerana medan sabil itu mulia
Semulia kalimah setinggi angkasa

Syuhada’
Terpancar sinaran putih kilauan pedang
Debu-debu Jihad menutupi ruang angkasa
Lalu berselubung awan gemawan nan memutih
Syahmura itu berputar
Merobek jiwa hina tersungkur
Rebah, tumbang bercempera
Dibelah bumi menjunam jatuh
Persis hikayat Fir’aun di lautan merah

Syuhada’
Saat manusia diulit bayangan durjana
Saat dunia melalak nyaring suaranya
Konon membantu tetapi membatu
Bersahut-sahutan tetapi lakonan
Kau nyahkan alunan janji indah itu
Lantas memaut erat segenggam azam
Segulung tekad tegar iltizam
Kerana kau tahu tanggungjawab tak seringan zarah

Syuhada’
Telah terakam janji setia
Pada lembaran firman Jalla Wa’ala
Pada helaian sunnah Habibi Mustofa
Membeli harga jiwa syuhada
Kau terima berakad cinta
Bermahar titis darah dan jiwa
Kerana luhur cinta-NYA tiada berdusta

Syuhada’
Lantas gugur bak helai daunan
Terbang tinggi dihembus pawana
Semerbak alam haruman kasturi
Jiwa putih terbang melayang
Terbentang hijab panorama ghaib
Merentas tujuh lapis langit
Biru, hijau, putih, hitam
Segalanya menyerlah sudah

Berbahagialah Wahai Pencinta
Mengadap kekasih selama-lamanya


Hasil “Nukilan Buat Sang Pencinta” ditujukan khas buat semua Para Syuhada’ yang syahid di jalan Allah terutama kepada mujahidin di Ghazzah, Palestin. Semoga Allah SWT memberi ganjaran hebat buat mereka. Al-Fatihah.


Ibnurashidi
10:02 AM, 16 Februari 2009,
Siberbay, Tanta.





"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

44 komentar:

Anonymous said...

semoga kita juga mengikuti jejak mereka!!
insyaALLAH..

bila buka sempadan nanti,
mahukah saudara turut serta memerangi dan menegakkan agama ALLAH disana??

semoga ISLAM sentiasa dilindungi~!!

kujat el kutat said...

assalamualaikum...x sangka anta berkebolehan dlm mnulis sajak...hehe

Ibnurashidi said...

DrAlia...

Insya'Allah jika pembukaan sempadan oleh empayar Islam pasti daku turuti jejak mereka. Bukan saya sahaja, kamu dan kita semua turut bersama.

Aminn, semoga ISLAM dijunjung tinggi!

Ibnurashidi said...

Wa'alaikumsalam dan selamat datang kujat el kutat...

Nama kamu sangat unik ya, ada seni tersendiri:)
Biasa-biasa saja.

sonata anak kancil said...

satu puisi puitis...sebagai pembakar semangat juang!

Tirana said...

Salam Farid..

Cantik puisi di atas tu...Para syuhada' memang telah dijanjikan syurga oleh Allah..Berbahagialah mereka..

Annabuadiary said...

SALAM ...

SUNGGUH CANTIK BAIT PUISI ANDA

Brahim Nyior said...

Menyegarkan dan puitis.. Tahniah!

Ibnurashidi said...

Sonata anak kancil...

Elemen pembakar semangat sengaja dimasukkan supaya kita selalu mahu berdakwah demi Islam tercinta.

Ibnurashidi said...

Salam Kak Tirana...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang sukakan kecantikan.

Mohon juga dalam setiap kali berdoa supaya kelak dimatikan sebagai syahid. Agar sama-sama merasai nikmat bahagia di akhirat kelak.

Ibnurashidi said...

Salam thaliana_damia...

Bukan sahaja pujian cantik pada bait puisi sahaja yang saya harapkan. Tetapi isi yang terlakar itu tujuan asalnya.

Syukran ya...

Ibnurashidi said...

Brahimnyior...

Syukran...tahniah juga diucapkan buat para syuhada' kerana mereka telah berjaya dibeli Allah dengan harga yang tak terhitung nilainya.

Iliana said...

mereka syahid..tapi, kita masih bermain-main di sini..mati secara sia-sia..sungguh merugikan

Ibnurashidi said...

e-leeyana...

Perkataan main-main itulah yang menakutkan saya. Dan lebih menakutkan ada yang mati terkorban kerana merempit di jalan raya. Aduh, apakah cita-cita mereka sehingga sanggup terkorban di jalanan?

Jika betul-betul tertanam fikrah Islam, tentu saja boleh hantar mereka berjuang. Bukankah lebih baik. Tak begitu?

Anonymous said...

bahasa yang sungguh indah dan puitis.. tapi maksudnya mudah untuk difahami...tahniah!!!

sunguh besar sekali ganjaran Allah bagi mereka yang mati syahid.... mereka berjuang habis2an, tetapi kita disini melihat sahaja atau dlm erti kata lain, hanya membatu seperti tidak punya perasan.seolah2 mereka itu bukanlah saudara kite.sekurang2nya, ambillah peduli...

mmmm, sedih....

Anonymous said...

salam mujahid..

sangat cantik..dan mendalam maksudnya..
alangkah cantik dan merdunya jika penulis sendiri yg mendendangkan puisi tu...he..he..

Ibnurashidi said...

yEm ^^

Sengaja saya tak mahu menyusahkan pembaca dengan bahasa yang terlalu sukar difahami.

Alhamdulillah, kamu sudah mengerti apa yang disampaikan:)

Ibnurashidi said...

zidniilmi...

Salam...oh, pernah juga terfikir sebelum ini tetapi maaflah hari ni saya agak kurang sihat untuk berkata-kata dengan lidah:)

Mungkin lain kali penulis rakamkan bacaan puisinya Insya'Allah. Teruskan membaca di lain waktu ya!syukran.

Ibnurashidi said...

~PakKaramu~

Ya, silakan ziarah Tuan Pakkaramu..moga-moga ada manfaatnya.

SRISUFI said...

salam buat anda

sungguh saya kagumi seorang lelaki bisa menukilkan bait puisi seindah ini

subhanallah


semoga terus menulis


salam menjadi hebat!!!!

'Atiqah Jasni said...

assalamualaikum..
banyak benarnya dalam puisi anda itu seperti
"Saat dunia melalak nyaring suaranya
Konon membantu tetapi membatu
Bersahut-sahutan tetapi lakonan"
teruskan menulis
wassalam

Anonymous said...

Dari Kedah singgah Tasek Chini...
lama rasanya..tak komen di sini..:)

Assalamualaikum penyajak Sang Pencinta...
Apa Habaq...awat?marah lagi ka?

Dari lembah singgah ke pintu gua..
Tak baik marah2 tau..nanti cepat tua..
Hehehee..

kali ini ade pantun cikit buat yang sedang menanti..

Nukilan Buat Sang Pencinta..
Menjadi perisai lembaran bercahaya..
Saat dunia melalak waimma nyaring gempita..
Moga Pencinta berbahagia menghadap kekasihNya..

Ibnurashidi said...

-SRISUFI-

Salamalaik..tidak ada apa yang perlu dikagumi. Saya menulis sekadar nukilan biasa. Ramai lagi penulis lelaki hebat diluar sana seperti Ubaidillah Alias, Kang Abik dll.

Apapun, terima kasih banyak-banyak ya:)

Ibnurashidi said...

'Atiqah Jasni...

Wa'alaikumsalam..sememangnya isi begitulah yang saya harapkan untuk digaris serta difahami pointnya. Terima kasih ya.
Selamat memahami..

cikgu_eya said...

Dan kita... masih tertanya2, Perlu kah memboikt?

Aduhhh.. (tepuk dahi)

-itu adalah tajuk entry ana yang terbaru.

suara said...

Salam Farid...

Puisi gambaran hati
Puisi hadiah peribadi
Puisi bahasa jiwa
Puisi lukisan rasa

Berpuisilah untuk para syuhada... kerana doa kita terkandung di dalamnya

Anonymous said...

assalamualaikum...

maaf sekali kerana baru berkesempatan ke mari menghayati bait-bait puisi nukilan akhie ini..sibuk sedikit dgn tugasan yang masih banyak untuk dikupas..

alhamdulillah dan tahniah atas puisi ini..bagus sekali..mungkin ini jua luahan hati dan doa buat para syuhada'...insyaAllah mudah2han puisi ini mengingatkan kita kepada para syuhada' yang berjuang menegakkan Islam...semoga berjaya menghasilkan karya-karya yang bermutu di lain masa...:)

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

nice poem...x sgka blh menulis puisi..

Anonymous said...

SELAMAT BERJUANG... Semoga Islam terus tertegak di sana... ameen

Ibnurashidi said...

cikgu_eya...

Kenapa kita masih tertanya-tanya?kerana kita sendiri tidak tahu apa yang kita lakukan. Jika kita sudah yakin tentu saja persoalan itu sudah berjaya dirungkaikan. setuju?

Ibnurashidi said...

Salam kak Suara...

Respon komentator juga hebat-hebat belaka. Kak Su juga antara salah seorang penulis punya bakat untuk melukis gambaran rasa, lukisan minda. Saya pasti!

Ibnurashidi said...

nurhuda_cahayapetunjuk...

Tidak perlu minta maaf jika punya urusan yang penting untuk diselesaikan. Blog ini sentiasa boleh dikunjung bila-bila masa jika kelapangan.

Insya'Allah, saya akan cuba belajar menghasilkan karya yang lebih berkualiti walaupun pada hakikatnya masih merangkak.

Ibnurashidi said...

MaRdHatILLah(Fatahiyyah...

Biarlah sangkaan tidak pandai menulis itu menghuni rasa. Itu lebih layak bagi saya.

Ibnurashidi said...

singamaraja...

Alangkah indahnya jika 'Aumm' digantikan Assalamualaikum@Salam.

Silakan ziarah, terima kasih:)

Ibnurashidi said...

asyima binti dollah...

Salam perjuangan juga...tegakkan Khalifah dan Islam!Allahuakbar!!

Ibnurashidi said...

SangMentari...

Salam Perjuangan buat anda!

Oh Alangkah indah hidup ini..
bila Islam bersinar kembali..
cahaya Iman menyuluh tiap sanubari..
kebenaran mewarnai diri..

Ibnurashidi said...

srikandi kasih suci...

Wa'alaikumsalam...

Dari Johor ke Singapura,
Terima kasih atas komen anda..

Syukran.

DAMAI said...

salam buat kamu yang hebat berpuisi...

sememangnya seorang penulis itu perlu pandai memvariasikan tulisannya...

hebat puisi ini...bukan sahaja pada bahasanya malah pada isinya...terpulang pada kita untuk menginsafinya atau tidak...

teruskan menulis ya ibnurashidi...

~~tidak sihatkah ibnurashidi???~~

Anonymous said...

Salam..ramai yg memuji..anda layak utknya..puisi yg bgus!bukan semua org dapat menulisnya..saya mengaguminya..

Ibnurashidi said...

Salam DAMAI...

Tidak dapat tidak jika sudah terjun dalam lapangan penulisan skill variasi itu perlu dilakukan.

Benar katamu. Tetapi saya menyangka karya ini tidaklah hebat. Sekadar coretan biasa. Namun, harapan saya pulangannya kalian dapat menginsafi.

P/S : Alhamdulillah, sudah sihat seperti sediakala. Cuma agak busy dengan aneka program.

Ibnurashidi said...

Salam Nur_syahadah...

Saya hanya memandang pujian itu sebagai ujian seorang penulis. Hanya Allah sahaja layak dipuji.

Terima kasih atas kekaguman kamu. Barakallahhu fik.

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP