Mutiara Hadis: Makanan Jiwa Zahir dan Batin
Friday, February 13, 2009
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
عن أبى مالك الحارث بن عاصم الأشعرى رضى الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلمالطهور شطر الإيمان. والحمدلله تملأ الميزان، وسبحان الله والحمدلله تملآن أو تملأ مابين السماء والأرض. والصلاة نور، والصدقة برهان، والصبر ضياء، والقرأن حجة لك أو عليك، كل الناس يغدو فبائع نفسه: فمعتقها أو موبقهارواه مسلم فى صحيحه
Daripada Abi Malik Al-Haris bin Asim Al-Asya’ri r.a katanya: berkata Rasulullah SAW:Kebersihan sebahagian daripada Iman. Alhamdulillah memenuhi timbangan, dan Subhanallah Walhamdulillah keduanya memenuhi timbangan, atau kedua-duanya memenuhi antara langit dan bumi. Sembahyang itu nur, sedekah itu bukti, sabar itu cahaya, Al-Quran menjadi hujah bagi kamu ataupun ke atas kamu dan semua manusia keluar pagi-pagi serta menjual dirinya: bebas api neraka atau beroleh dosa.Diriwayatkan oleh Muslim.
Sedikit mengenai latar belakang perawi hadis. Beliau bernama Abi Malik Al-Haris dan telah meninggal dunia ketika zaman Khilafah Umar bin Khattab r.a pada tahun 18 Hijrah.
Suka saya membawakan hadis di atas untuk dipersembahkan dalam bentuk entri kerana ia merupakan salah satu daripada jutaan mutiara hadis yang mengandungi pengajaran berguna untuk semua. Dalam memahami kehendak nas hadis di atas maka terlebih dahulu kita cuba memahami maksud kalam yang dituturkan oleh junjungan besar Rasulullah SAW. Antaranya ialah:
الطهور (Kebersihan)
Jika dibaca dengan baris fathah yakni Toharah bermakna apa yang dibersihkan dengan air. Oleh itu makna umum Toharah ialah jauh dari kekotoran luaran dan maknawi. Misal seperti berwudhuk, mandi, samaada mandi sunat hari jumaat ataupun wajib dan sebagainya.
الميزان (Timbangan)
Ialah merupakan antara perkara-perkara ghaib yang disebutkan oleh Rasulullah SAW. Oleh itu sebagai umat Islam, kita wajib beriman akan kewujudan timbangan, hari kiamat dan lain-lain lagi.
Jika dilihat dari kacamata Mazhab Salaf, wazan atau timbangan itu merupakan hakikat dan kita wajib beriman akannya. Perihal bagaimana keadaan dan kafiat kita serahkan sahaja kepada Allah SWT.
Manakala Mazhab Khalaf pula berpendapat yang dimaksudkan kalimah timbangan itu ialah akan wujud keadilan setelah timbangan kebaikan yang kita lakukan dipenuhi dengan banyaknya pahala. Apa yang dimaksudkan banyaknya pahala itu ialah bilamana kita seringkali menyebut kalimah Alhamdulillah. Begitu juga, apabila menyebut Subhanallah Walhamdulillah pahala kita akan berlipat kali ganda lagi. Ini menunjukkan betapa kurniaan Allah SWT terhadap hamba-hambanya sangatlah luas melebihi lautan dunia. Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
“Demikianlah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah mempunyai karunia yang besar.” (Al-Jumu’ah: 4)
الصدقة برهان (Sedekah menunjukkan bukti, keterangan atau dalil)
Maksudnya ialah sedekah yang dilakukan merupakan dalil menunjukkan orang yang melakukan amalan tersebut mempunyai keimanan yang jelas kepada Allah dan hari kiamat. Ini kerana, bukanlah suatu perkara yang mudah manusia mahu memberikan harta miliknya kepada orang lain. Hanya mereka yang benar-benar ikhlas dan memiliki keimanan yang kukuh mampu melakukannya.
الصبر ضياء (Sabar itu seperti cahaya)
Ia membawa makna menahan diri daripada melakukan perkara yang dibenci. Misalnya berwudhuk sewaktu musim sejuk. Jika secara logik akal menafsir, mengapa perlu bersusah payah mengambil wudhuk hanya kerana ingin mendirikan solat beberapa rakaat. Begitu juga kita bersabar dari melakukan dosa-dosa dan bersabar di atas musibah melanda hidup sehari-hari. Justeru, jika kita berjaya melakukannya dengan penuh keikhlasan dan keimanan nescaya neon kesabaran akan menerangi dalam jiwa-jiwa kita. Insya’Allah.
القرأن حجة لك أو عليك (Menjadi hujjah bagimu dan ke atasmu)
Maksud لك itu ialah Al-Quran menjadi hujjah bagimu. Contohnya, bilamana seseorang yang sentiasa membaca, menghafaz, beramal dengan Al-Quran nescaya kelak Al-Quran itu menjadi hujjah, penolong di atas setiap perbuatan baik kita lakukan. Manakala عليك pula ialah Al-Quran akan menjadi hujjah (tidak membantu) ke atasmu jika tidak beramal dengannya.
كل الناس يغدو (Semua manusia keluar waktu pagi)
Ertinya semua manusia keluar awal-awal pagi (bekerja). Waktu Ghada’ ialah waktu di antara subuh dan keluar matahari. Lawan kepada perkataan يغدو ialah الرواح iaitu bermaksud pada waktu maghrib ketika mana matahari hampir tenggelam.
فبائع نفسه (Menjual dirinya)
Ia membawa maksud menjual dirinya lalu dibeli oleh Allah SWT. Yakni melakukan sesuatu pekerjaan yang baik serta tidaklah melanggar syariat Allah SWT dan senantiasa mengharapkan keredhaan Allah. Sebagaimana firman Allah SWT:
Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya. (Al-Baqarah : 207)
فمعتقها
Ialah membebaskan diri daripada keburukan maksiat dan dosa-dosa.
موبقها
Menjerumuskan dirinya dengan dosa-dosa besar. Seperti riba, zina, arak dan lain-lain lagi.Penjelasan Umum
Isi hadis memberikan helaian-helaian peringatan dan pengajaran yang berguna sehingga kiamat. Rasulullah SAW telah menuturkan butir mutiara dikhususkan kepada kita tentang bagaimana mendatangkan pahala besar tanpa ada rasa susah payah. Sabda baginda dari Abu Hurairah bermaksud:
Dua kalimah yang disukai oleh Allah Ta’ala, keduanya ringan pada lidah, dan memberatkan timbangan; Iaitu Subhanallah Wabihamdih, subhanallahhil Azim.
Rasullullah SAW juga mengingatkan kita sentiasa membersihkan diri daripada mensyirikkan Allah SWT dan sifat Riya’. Bersihkan diri bukan sahaja dari aspek luaran bahkan termasuk dalaman seseorang individu muslim. Segala perbuatan itu nescaya akan diganjari dengan pahala dari Allah SWT. Terbuktilah jika menjaga kebersihan dalaman dan luaran sahaja sudah mampu mendapat separuh dari Iman. Subhanallah!
Kecantikan Bahasa Hadis Nabawi
1.Keelokan pembahagian yang Rasulullah SAW sebutkan seperti solat, sedekah, sabar.
2.Kata yang ringkas tetapi padat seperti الصدقة برهان.
3.Suatu seruan yang jelas untuk bekerja kepada semua manusia pada kalimah كل الناس يغدو.
4.Sebagai satu deringan loceng yang membangkitkan manusia dari lena.
5.Hadis ini boleh mengenyangkan roh jiwa (batin) dan badan (Zahir).
Sumber:
Kitab Jaulah fi Dauhah Al-Adab, Dr. Muhammad Ahmad Abu Alufa, Jamiah Al-Azhar As-Syarif Tanta.Ibnurashidi
2:29 AM, 13 Februari 2009,
Siberbay, Tanta.
"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."
30 komentar:
Salam,
Wah, saya orang pertama kah yang memberi komentar? :D sangat penat mahu memaham kan theories yang kadangkalanya begitu 'contradict' dengan jurnal2 lain, yah! umpama perbezaan mazhab gitu....aduh...tapi ya, belajar itu jihad bukan...
terasa lembut hati membaca entry ini. Disaat saya sangat memerlukan kekuatan akal, dan lebih2 lagi kekuatan ruh, serasa Allah swt menurunkan nya melalui tulisan anda.
Syukran, moga2 anda diberi rahmah dan taqwa.
Salam..wah...salam ziarah..http://wirapendang.blogspot.com/
salam..
bagus sekali perkongsian kali ini. teruskan ya. mungkin komentar saya tidak berkait dengan entri. al-maklum la, saya nak komen bab ini pun, masih kurang ilmu di dada.
yang pastinya, nur di dalam diri setiap manusia itu semakin pudar. semoga kebangkitan entri seperti ini mampu mengembalikan sinarannya..insyaallah..
Info yang amat baik, usahalah berterusan, jangan jemu, ramai yang menunggu untuk membacanya.
Wassalam.
Salam...
hadis dan alquran adalah Nur yg boleh menerangkan hati kita yg mudah menjadi kelam akibat nafsu yang menjadi hijab antara kita dan Robbi...
Lagi banyak kita dengar kallamullah dan hadis serta beramal dengannya lagi tinggi kebarangkalian hati kita mendapat nur...
Harap ustaz dapat perbetul statement di atas jika ada salah..terima kasih...
Hadis di atas dan keterangan yg ustaz beri sangat memberi makna...syhkran...barakotillah hu lak...
Tenang jiwa membaca risalah begini.
Fakhzan Marwan...
Alhamdulillah, kamu orang pertama hari ini. Terima kasih.
sangat penat mahu memaham kan theories yang kadangkalanya begitu 'contradict' dengan jurnal2 lain, yah! umpama perbezaan mazhab gitu
Maksudnya berkenaan pengajian dan tesis kamukah?
Ada pendapat mengatakan jihad, ada yang kata tidak. Tetapi ia akan jadi ibadah sekiranya niat kita Lillahhita'ala..
Harapan saya, semoga setelah membaca entri ini kamu beroleh sesuatu yang bermanfaat dan yang paling penting terus mendekati Allah SWT.
Anak Pendang Sekeluarga...
Salamalaik..waaahh?
Saya sudah berziarah ke sana.
salam e-leeyana...
Tak mengapa, jikalau ada yang kurang faham tentang entri di atas boleh juga bertanya diruangan komen ini.
Kerana itu manusia perlukan Nur Ilahi dalam hidup sehari-harinya.
Leenoh...
Berdoalah semoga Allah memberikan kesempatan buat saya menulis lagi dan lagi. Syukran di atas pandangan Tuan.
Salam van qif...
Benar, umpama jalan gelap gelita. Alangkah bahagianya jika ada neon kalimantang menyinari jalan hidup sehari-hari.
Alhamdulillah, betullah apa yang kamu katakan. Kamu sudah faham apa itu Nur.
Barakallahhu fik...bil aks wana basy kurak..
Brahimnyior...
Semoga ketenangan itu mencengkam urat saraf sanubari..
Allahuyu Khallik
Terima kasih. Info yang amat bermanfaat buat semua.
K.Tie...
Il Afwu..teruskan membaca di lain waktu ye.
slm... teruskan berkongsi ilmu yer...
salam...
terima kasih atas perkongsian ilmu... rasa sejuk je hati bila baca entri ni... =)
saya sgt tertarik dgn kupasan2 nyer terutamanya mengenai sabar. saya ingatkan sabar tu menahan diri ketika marah je..hehe... nampaknye banyak lagi kena belajar ni...
Salam Farid..
Berkaitan pulak hadis ini dengan cerita tandas kotor diblog kak tirana ye. Jika kita berpegang dan beramal dengan hadis ini, tentu tak ada masalah dengan tandas kotor. Islam menggalak kebersihan.
wah pandai nye kamu ni..ateh ni bagaikan pelita ketika mentari sedang terik je.hihihihihi
salam...good sharing la bro
lilolurve...
Syukran, teruskan juga membaca ya:)
yEm ^^
Sama-sama, semoga kesejukan itu mengundang nyaman yang berpanjangan. Ya, sabar itu banyak dan pelbagai. Bermacam-macam cara kita boleh bersabar.
Tak mengapa, belajar perlahan-perlahan supaya kelak bertambah deras.
Salam Kak Tirana...
Iya, saya juga dapat idea untuk menulis entri ini dari pembacaan hal kaitan tandas itu.
Bilamana menjaga kebersihan, bukan sahaja tandas malah semua tempat juga perlu. Bermula diri sehingga ke negara. Cantik betul ajaran Islamkan.
ateh...
Bagai pelita ditengah matahari yang terik juga bagus. Sekurang-kurangnya dapat menyalakan unggun api untuk memasak. Di malam hari pelita itu mampu menerangi kamar kegelapan. Itu juga salah satu cabang daripada kepandaian:)
arsaili...
Thank You...
Sebagai tambahan, Hadis ini boleh juga dirujuk dari kitab Mukhtasar An-Nabrawi ala Arbaein Nawawi: Abdul Rahim Farag m/s: 74.
Salam..tq byk2 ats info b'guna..em,xdpt nk b'fkir bk utk tls komen coz kshtan tak mengizinkan..tp entri ini sgt b'guna utk semua..
Salam Nur_syahadah...
Afwan. Terima kasih juga kerana masih sudi menjenguk dan membaca entri ini. Syafakillah, semoga Allah menyembuhkan kamu. Bersabarlah, semoga dengan kesabaran itu terpancar cahaya menerangi jiwa..sakit juga menghapuskan dosa, Insya'Allah.
salam ibnurashidi yang sudi berkongsi makanan...
alhamdulillah,selesai baca entri ini...damai sudah kenyang....^^
~~ bagusnya kamu ibnurashidi...mampu menulis hal2 sebegini hebat...(malu pada kamu dan pada diri sendiri juga...)~~
Salam DAMAI yang sudah kenyang...
Kullu Haza Min Fadhli rabbi..syukranlillah..
Tiada apa yang perlu dimalukan, kerana saya juga manusia biasa dan hina di sisi Allah. Benar bukan?
Bersih lahir & batin...kebanyakkan org Barat & Jepun menjaga kebersihan negara mereka berbanding dgn orang Islam..
Berpagi-pagi itu banyak berkatnya...
orangbukit...
Benar sekali, itu yang menjadi tanda tanya. Mengapa orang Islam yang tahu apa itu Iman dan Kebersihan tidak tahu pula untuk mempraktikkannya. Lihat saja tandas awam, taman-taman, jalanraya, rumah kediaman semuanya seakan sarang tikus. Jijik sekali.
Pokok pangkalnya, sikap dan minda manusia itu sendiri. Berbakul-bakul nasihat diberi tapi jika minda ditahap terendah seperti bercakap dengan tunggul.
Oleh itu, bekerjalah ketika waktu pagi:)
Post a Comment