Sepetang di Bandar Tanta

Wednesday, February 11, 2009


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Jalan raya dua laluan menuju ke Bandar Tanta kelihatan sesak dengan kenderaan lalu lalang. Bunyian hon terus menerus membingitkan telinga memecah kesunyian. Corong telinga saya sudah mangli mendengarnya. Kereta kami menyusuluri jalan Said Nawi menuju terus ke Awal Bahr. Sesampai di persimpangan jalan Awal Bahr saya menyuruh Hassan memberhentikan kereta sekejap. Mahu ke Bank Ahli mengambil sedikit ongkos. Sebelum itu kami telah pun singgah di Sorofah Abu Dhabi. Pakcik Zaini menukar wang lebih kurang USD3+++ buat modal membeli peralatan.

Sebenarnya pada hari itu saya dibawa oleh seorang sahabat saya Hassan, dari Kaherah. Hassan sebagai pemandu kereta datang bersama Pakcik Zaini datang untuk menguruskan hal urusan pembelian alatan rumah untuk pelajar perubatan. Pakcik Zaini selaku wakil agen kendalian syarikat berpusat di Malaysia. Memandangkan Hassan mengajak untuk temankan beliau serta menjadi musyrif pada hari itu. Saya tidak keberatan ikut serta.

Kereta membelok ke kanan menuju betul-betul laluan ke Masjid Badawi. Pada hemat saya, di sana terdapat banyak kedai menjual alatan dan perabot khusus untuk keperluan rumah.

“Kat sini ada sederet kedai jual perabot..peti ais, mesin basuh dan almari pun ada.” Cerita saya.

“Dia lebih kurang macam kat Attaba lani..” Hassan mencelah.

“Ya, kita berhenti kat depan tu pun takpa..dekat depan Masjid.” 

Mujur parking kereta masih ada kekosongan satu ruang. Harga sewaan parking kereta LE5.

Muamalat  di Syarikat Misriyyin

“Enta ismak eh?” Saya cuba berta’aruf dengan pemilik kedai menjual perabot.

“Ana Yahya Bandari…Hassan ibni.” Jawab beliau. Saya mengagak lingkungan umurnya 50-an.

“Gamill, enta munawwar…” Saya langsung tersenyum. Ammu Yahya turut tersenyum. Dia kelihatan bergaya memakai kot dipadankan dengan kemeja.

Kebiasaannya begitu, umum masyarakat arab sukakan pujian. Percayalah, anda mampu mendapat tambang free jika pandai ‘mengayat’ pemandu teksi di sini. Hebat bukan. Sehingga kadangkala kita pula terpaksa memujuknya mengambil wang upah.

Permuafakatan bermula. Sebanyak lebih kurang 18 meja, almari dan kerusi dibeli. Pakcik Zaini membayar separuh harga buat bayaran permulaan.

“Bagitau dia, kalau kualiti bagus kami datang beli banyak lagi..” Bisik Pakcik Zaini kepada saya sejurus selesai sessi tawar menawar dan pembayaran. Memandangkan perabot dibeli secara borong maka harga berjayah diturunkan beberapa peratus. Almari pada asalnya LE6 ratus lebih Berjaya dikurangkan ke LE5 ratus lebih. Alhamdulillah.

Saya termenung sejenak berfikir. Geleng kepala.

“Selama beberapa tahun di sini, jangankan almari kayu. Almari plastik juga masih tak mampu untuk dimiliki…mewah kalau mampu memiliki.” Fikir saya.

“Kita makan dulu kat Restoran..boleh bincang-bincang.” Pelawa Pakcik Zaini.

“Jom, restoran depan tuu..” Cadang Hassan. Saya hanya mengangguk.

Usai urusan, kami terus menapak ke sebuah restoran. Berhadapan Masjid Badawi. Memandangkan Hassan dan Pakcik Zaini sudah melaksanakan solat jamak. Saya terus ke Masjid dahulu untuk bersolat asar.

Itulah Masjid Sidi Badawi

Petang yang indah mendamaikan. Biar hiruk pikuk bersuara namun tidak menghilangkan keindahan Masjid besar yang tersergam indah di hadapan saya. Kubah kuning cair itu membiaskan cahaya indah hasil pantulan fajar senja. Silauan awan bumi Badawi itu menderu rasa kedamaian. Beburung hamamah berlarian kejar ke sana sini. Ternyata kubah baru selesai dicat kuning itu cocok dengan ukiran seni binanya yang berkurun lama.

 Masjid Syeikh Syed Ahmad Badawi Al-Husaini r.a...

Saya terus melalui gerbang Masjid. Mata liar melihat gelagat penjual jalanan. Sekitar laluan ke Masjid sememangnya wujud sederet pasar menjual pelbagai barangan. Setiap kali melangkah masuk ke Masjid pasti kedengaran penjual kaset memasang lagu alunan padang pasir itu. Irami yenki dan duff tidak ketinggalan. Mujur lagunya terselit juga nasihat-nasihat berguna. Terkadang rasa mahu turut serta berjoget seperti mereka dibuatnya. Atma berbisik nakal sesekali. Senyum sendiri.

Sempat saya kerling sebelah kiri pintu gerbang. Kelihatan penjual menjual sesuatu yang pelik. Warna coklat terang, bentuk seakan-akan pasu. Entah, minda saya tak dapat menangkap apakah jenis kegunaan dan namanya. Mungkinkah perhiasan?atau makanan barangkali? Belum berkesempatan menemuramah.

Kaki melejit ke Restoran Zinah. Setiba di muka pintu, pelayan berbaju putih bersih menyambut tenang. Ternyata Restoran itu punya class tersendiri. Jika bukan kerana pelawaan mereka sudah tentu saya tidak berani untuk menjejakkan kaki ke Restoran begitu.

Kelihatan makanan penuh semeja. Set lengkap hidangan Roti Ei’sh, Nasi bakar, ayam panggang, Daging kambing bersos tomato, sup panas serta beberapa pelengkap hidangan. Hassan dan Pakcik Zaini sedang enak menjamu selera.

“Waah…banyaknya makanan” Mata berpinar-pinar kepeningan memilih. Mujur masih dapat mengawal nafsu makan. Itulah makanan yang paling mahal pernah saya jamah sepanjang berada diperlembahan Nil. Keseluruhan kos hidangan 3 orang lebih kurang LE180. Apa yang pasti, semuanya adalah percuma.

Pelajar Perubatan dan DPM

“Kita akan adakan kursus bahasa dulu selama seminggu buat mereka..kemudian selesai semua urusan kuliah bolehlah mereka nak join program dengan pelajar-pelajar Azhar dan Persatuan pun tak da masalah..” Terang Pakcik Zaini.

“Ermm, baguslah macam tu..” Saya mengangguk faham.

Empat tahun kebelakangan ini kehadiran pelajar perubatan ke Mesir kian bertambah. Sebagaimana umum mengetahui, sebelum ini hanya wujud golongan Azharian saja menghuni bumi Mesir. Namun, sejak perubahan dasar oleh kerajaan Malaysia kemasukan secara besar-besaran pelajar perubatan telah melakar satu demensi baru. Wujud pelbagai implikasi dan paradigma berbeza. Tahun-tahun pertama kehadiran mereka, riuh rendah juga suara-suara Azharian menyatakan pendapat masing-masing. Apapun pendapatnya ternyata ianya sudah pun menjadi realiti.

Insya’Allah, ada kesempatan saya akan ulaskan serba sedikit perkara ini di lain helaian.

Selesai.


Ibnurashidi
1:33 AM, 12 Februari 2009,
Siberbay, Tanta.







"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

26 komentar:

Tirana said...

Salam Farid..

Mahal ke harga barang-barang dan makanan di sana? Malaysia menghantar ramai pelajar perubatan ke sana sebab kos pengajian lebih murah berbanding dengan negara2 europe. Itulah yang kak tirana dengar. Tapi anak kak tirana yang sulong tu masuk medical course kat Malaysia aje..lagi murah..hehehe.. Sebenarnya mama yang tak sanggup nak berpisah jauh dengan anak..hehehe..

Iliana said...

salam..

oh, kemasukan beramai-ramai ke sana itu termasuklah seorang jiran dan sahabat lama saya hehehe..tapi, dia agak bermasalah di sana..mudah-mudahan dia tabah..

gaya hidup di perantauan, harus bijak mengurus diri. misi utama, objektif tercapai. yang lainnya, sekadar selingan.

p/s: berterima kasih kepada teman itu kerana sudi memberi rasa di sana. syukur kepada Allah juga (^_^)

nohas said...

Salam, seperti sireh pulang ke ganggang, zaman dahulu ramai cendikiawan Islam dalam bidang perubatan..

Sedapnya makanan Arab..kat KL, mahal harganya..byk restoran Arab & Lebanon kat area Bukit Bintang sbb ramai pelancong Arab shopping kat area tu...

Teja Suraya said...

wah..puji leh dpt nek teksi percuma??

herm..kat malaysia lain plak..sesetengah tu..kalo kita buat baik..makin dicekiknya kita...

Anonymous said...

salam ibnurrashidi
saya tertarik pada isu pelajar perubatan beramai2 ke mesir
Pada hemat saya,ada kebaikan dan keburukannya

p/s biarlah yang benar-benar layak untuk dipilih. saya terlalu bimbang doc lepasan mesir akan diperlekeh suatu masa nanti. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Ibnurashidi said...

Salam Kak Tirana...

Sebenarnya taklah mahal makanan. Cuma cerita di atas itu Restoran standart yang ada bintangnya. Kalau Restoran biasa-biasa dalam LE5 sudah kenyang dan memadai untuk saya seorang.

Peralatan perabot juga yang jenis agak berkualiti dan mahal. Kalau nak yang murah lagi pun ada, memandangkan agen memang menyediakan pakej begitu. Saya tak berani untuk komen panjang.

Betul, pada asalnya student perubatan banyak ke eropah. Tapi kini mereka dilambakkan ke Mesir pula dan dengar khabarnya lepas ini penghantaran ke Mesir akan diberhentikan sekejap kerana mereka akan dihantar ke India. Wallahua'lam.

Oh, baru tahu. Medic di USM kah?:) nampaknya anak kak tak dapat mewarisi ibunya yang belajar di Australia ya.

Ibnurashidi said...

Salam e-leeyana...

Jiran dan sahabat lama kamu itu sedang menuntut di cawangan negeri mana ya? mungkin boleh saya tahu. Sekadar tahu saja. Kalau bermasalah di sini agak merisaukan.

Benar, objektif harus dicapai sebelum menggapai bintang.

P/S : Teman yang manakah itu? kurang pasti.

Ibnurashidi said...

Salam orangbukit...

Benar, dan saya mengharapkan Ibnu Sina dll itu kembali mewarnai dunia Islam. Saya sangat respect pada mereka yang belajar perubatan tetapi sudah mahir tentang ilmu agama.

Ya, pernah sebelum ini saya lalu ke Bukit Bintang dan lihat ramai arab di sana bersama keluarga. Tetapi kebanyakannya saya lihat Arab bukan dari Mesir. Mungkin Saudi Arabiah atau Kuwait barangkali. Restoran di sana juga banyak.

Pakcik Zaini juga ada beritahu saya sekarang salah sebuah Restoran makanan segera dari Mesir iaitu Mo'men sudah membuka cawangan di Malaysia. Cubalah, boleh ganti KFC@MC Donalds.

Ibnurashidi said...

TuN TeJa...

Iya..saya pernah mencubanya beberapa kali.

Di Malaysia mungkin faktor sikap dan sifat agaknya.

Ibnurashidi said...

Salam SangMentari...

Sebenarnya itulah point yang ingin saya kongsikan dalam entri di atas. Tetapi terpaksa dipotong dan akan dijadikan entri lain kerana panjang.

Saya bersetuju, kerana pendirian saya juga begitu. Ada kebaikannya dan keburukan. Nanti kita bicangkan kembali.

P/S : Ramai yang berkelayakan sebenarnya, tetapi itulah yang tak berkelayakan pula mengambil tempat.

Anonymous said...

Salam Ibnurashidi,

Terima kasih kerana ziarah blog seorang tuan dan lelah. Dan kunjungan saudara dibalas.

Semoga selamat dan dapat perlindungan Allah.

Teruskan belajar supaya jadi pejuang Islam yang berilmu.

Tirana said...

Farid..

Anak kak tirana yang sulong tu dapat masuk Monash Universiti tapi cawangan Malaysia punya. InsyaAllah akhir February ni mula kuliah. Nanti tahun2 akhir mungkin akan dihantar juga ke Melbourne. Walaupun belajar di Malaysia tapi sistem kursus memang ikut Monash Uni, Melbourne. Soalan exam semua dari sana.

Balqis said...

Salam ustaz...

Saya tak tahu pula kursus perubatan baru-baru ini sahaja mengambil tempat di Mesir. Sangka saya, sudah lama seperti pelajar-pelajar Azharian yang dah alam di sana. Mereka baru masukkah? Untuk semester baru ini ya?

Apa pun moga-moga ada banyak kebaikan dari keburukannya, iya tak? Sains dan agama, kalau dilakarkan menjadi satu, lagi-lagi di bumi ardhul kinanah ini, wah alangkah hebatnya! Sambil belajar perubatan, sambil juga menceduk ilmu para ulama' di sana. Subhanallah, saya kadang-kadang cemburu dengan kawan-kawan yang dapat peluang belajar di sana...(walaupun saya selalu dengar susah sebab banyak yang kena belajar silibusnya, perlu hafal Quran dan juga membaca buku teks tebal-tebal). Wallahu'alam, semuanya terpulang kepada individu tersebut kan, ustaz?

Saya rasa saya dah pergi jauh dari topik entri ustaz ni, hehe...

Wassalam.

Ibnurashidi said...

Salam alaik Tuan Syeikh Teluk Intan...

Semoga Allah memberkati dan menyihatkan Tuan. Terima kasih di atas sokongan dan dorongan.

Ibnurashidi said...

Kak Tirana...

Oh, begitu. Nampaknya sangkaan saya meleset. Baguslah, tuntutlah ilmu biar dimana kedudukannya. Asalkan membawa manfaat untuk Agama. Semoga anak Kak berjaya dan mencapai matlamatnya.

Ibnurashidi said...

Salam Dr.BalQis...

Sebenarnya pelajar perubatan sudah lama bertapak kalau tak silap saya sejak tahun 70-an. Tapi diberhentikan sehinggalah beberapa tahun yang lalu. Menurut sumber pada tahun 2000. Cumanya sejak kebelakangan ini datang pula pelajar perubatan agent. Itu Istilah kami.

Tahun ini pelajar perubatan agent telah datang ke Tanta. Sebelum ini di cawangan lain. Dengar khabarnya mereka yang baru datang sudah pun mendaftar semester 1.

Pro dan Kontra itu biasa berlaku. Cuma harapannya dapat dikawal. Jika tidak memungkin kesukaran kelak. Benar, saya lihat ramai student medic kat sini yang menjadi hebat kerana mampu berjaya menguasai 2 ilmu dalam satu masa. Subhanallah! Semoga ramai lagi graduan Doktor Islamik muncul di Malaysia.

Oh tak mengapa. Medan komentar boleh diperluaskan lagi.

anumz sarah said...

Selain kursus medic,apa lagi kursus yg sering ditawarkan ke Mesir? Sdg mencari peluang meneruskan pengajian sbnrnya...Jika boleh ingin yg ada pengisian agama. UIA juga baguskah?

kin hashim said...

'Kemasukan besar2an pelajar perubatan ke mesir'..... bunyinya seperti 'lain macam' jer... :).

Anonymous said...

Salam.. Setiap kali ust bercerita keadaan di mesir.. Pe yg dpt saya lafazkn Hati saya meronta2 utk menjejak kaki ke sana..

Perokok Soleh said...

salam cik pendidik.....

mengikut cerita2x dongeng....
pelajar2x medic tanta yang paling baik...lallala

dan pada pandanganku...
semua sama...ada baik dan ada buruk,
depend kepada individu....

ps:aku suka berkawan dgn doktor dan jika mereka membuka hospital pasti aku diubat secara percuma,hehehe...

Ibnurashidi said...

anumz sarah...

Biasanya yang agak menonjol ialah Pengajian Islam dan Perubatan. Kalau yang lain-lain saya kurang pasti. Kursus bahasa juga ada ditawarkan di Markaz Nil.

UIA juga bagus saya kira, cuma dengar khabar UIA banyak menggunakan Bahasa Inggeris. Mungkin boleh rujuk mereka yang belajar di sana.

Ibnurashidi said...

'Kemasukan besar2an pelajar perubatan ke mesir'..... bunyinya seperti 'lain macam' jer... :)

Salam K.Kin Hashim..tak ada yang lain macam melainkan wujud positif dan negatif. Biasa berlaku walau di mana-mana pun bumi yang kita berpijak. Betulkan?

Ibnurashidi said...

Salam buat Nur_syahadah...

Insya'Allah, jika ada rezeki dan kelapangan kamu juga boleh ke sini nanti. Bukan sahaja Mesir, Syiria, Jordan, Turki, Arab Saudi juga berdekatan. Biasanya yang menjadi masalah utama ialah kekurangan ongkos.

Ibnurashidi said...

perokoksoleh...

Salam juga. Sedikit pembetulan ya. Saya bukan 'Cik'..:)

Benar, sehingga ke hari ini. Pelajar Medic Tanta antara pelajar yang baik dan sopan santun. Terima Kasih kepada Pelajar Medic Tanta kerana berupaya menjaga tatasusila. Juga buat pelajar-pelajar Medic yang baik di seluruh cawangan Mesir.

P/S : Carilah seorang Doktor untuk mengubat kamu perokoksoleh:)

Anonymous said...

Pelajar agent atau tidak, yang pasti mereka di terima oleh kerana kelayakan akedemik mereka dan telah mengikut syarat masuk ke universiti tersebut.

eMan said...

salam..hmmm..mmg pjg klo nak dihuraikan..sgt komplikated..ada pro n kontra..apa2 pn, baik buruk bergantung kpd individu yg menilai..maka nilailah sebaik mungkin..

medic tanta plg baik n sopan? hmmm.. rasanya sama saja semua..

maka sebaik2 penilai adalah DIA..inshaAllah tersembunyi 1001 hikmah..

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP