Respons : Budaya Politik Songsang

Sunday, February 8, 2009

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

“Sekadar bertanya, bagaimana pendapat kamu tentang isu Perak?” Seorang rakan menyoal saya.

“Ohh, isu Perak ye?panjang ceritanya..” Jawab saya.

Pada asalnya saya tidak mahu mengulas panjang isu ini. Namun, atas dasar kesedaran dan kepekaan saya cuba untuk mengulas serba sedikit perkembangan yang berlaku.

MUHASABAH kembali

Baiklah, saya cuba menginterpretasikan bicara mengikut kacamata saya. Dalam konteks fenomena politik yang hangat berlaku beberapa waktu yang lalu, saya melihat bahawa pendekatan MUHASABAH itu harus diletakkan di hadapan. Bukan bermaksud mahu menyalahkan sesiapa, tetapi realitinya begitu. Beberapa perkara perlu dilihat dengan mata hati selepas mata benar. Antaranya ialah:

MUHASABAH Pemimpin

Menurut riwayat Ibnu Hisyam daripada Ibnu Ishaq menceritakan bahawa suatu ketika dahulu seorang pembesar Quraisy bernama Utbah Bin Rabi’ah yang bijak dan berpandangan jauh telah menyatakan pendapatnya dikalangan kaum Quraisy yang lain. Beliau berkata:

“Wahai sekalian umat Quraisy, mahukah kamu sekiranya aku pergi bertemu Muhammad SAW untuk menawarkan beberapa tawaran semoga beliau menerimanya dan dengan demikian kita tidak lagi terancam dengan seruan agama baru itu.” Lalu mereka semua sebulat suara bersetuju.Tanpa membuang masa, Utbah segera ke kediaman Rasulullah SAW dan disambut baik oleh baginda. Utbah menyuarakan pendapatnya:

“Wahai anak saudaraku, sebagaimana kita ketahui bersama bahawa engkau adalah sedarah daging dengan kami, berasal dari keturunan dan baka yang mulia dan seperti diketahui ramai, engkau telah membawa ajaran baru, memecah belahkan kaum kita di samping engkau selalu mengolok-olokkan dan memperbodohkan penyembahan berhala. Mahukah sekiranya aku tawarkan beberapa perkara, semoga engkau dapat menerima sebahagian darinya.” Maka Rasulullah SAW berkata kepadanya, katakanlah Ya Abal Walid, saya cuba mendengarnya.

Selepas itu, Utbah telah menawarkan beberapa tawaran antaranya berupa kekayaan harta sehingga kaya melebihi mereka, mahu melantik menjadi ketua mereka, menjadi raja dan bermacam tawaran habuan dunia yang lain. Lalu Rasulullah SAW menjawab dengan membaca beberapa ayat-ayat Al-Quran dari Surah Fushilat:

“Haa Miim.. Diturunkan dari Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, yakni bacaan dalam bahasa Arab, untuk kaum yang mengetahui..yang membawa berita gembira dan yang membawa peringatan, tetapi kebanyakan mereka berpaling, tidak mau mendengarkan..Mereka berkata: "Hati kami berada dalam tutupan (yang menutupi) apa yang kamu seru kami kepadanya dan telinga kami ada sumbatan dan antara kami dan kamu ada dinding, maka bekerjalah kamu; sesungguhnya kami bekerja (pula)." Katakanlah: "Bahwasanya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahwasanya Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Esa, maka tetaplah pada jalan yang lurus menuju kepadaNya dan mohonlah ampun kepadaNya. Dan kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang mempersekutukan-Nya.” (Surah Fushilat : 1-6)

Utbah mendengar bacaan Rasulullah SAW sehinggalah ayat yang ke 13 bermaksud:

Jika mereka berpaling maka katakanlah: "Aku telah memperingatkan kamu dengan petir, seperti petir yang menimpa kaum 'Aad dan Tsamud." (Surah Fushilat : 13)

Bila mana mendengar bacaan baginda, Utbah pun menutup mulut Nabi Muhammad SAW dengan tangannya memohon supaya berhenti bercakap. Dia terpaku dengan ayat penuh ugatan itu.

Dalam riwayat lain daripada Al-Tabari dan Ibnu Kathir menyebut beberapa orang musyrikin termasuk Al-Walid bin Al-Mughirah dan Al-Ass bin Wail telah datang berjumpa Rasulullah SAW lalu menawarkan harta kekayaan dan gadis jelitawan Arab. Namun ditolak mentah-mentah oleh baginda tanpa kompromi.

Kisah sirah nabawiyyah di atas memberikan pengajaran yang JELAS kepada siapa yang mahu mengambil iktibar. Rasulullah SAW merupakan seorang pembawa agama dengan norma-norma yang menunjukkan kecerahan dalam kepimpinan. Perwatakan mandiri pemimpin yang tinggi luhur budi, akhlak, berpendirian teguh, jelas thariqahnya. Tidak tergugat walau segunung dunia di letakkan di hadapannya.

Pokoknya, marilah kita cuba toleh kembali melihat punca mengapa kecelaruan ini terjadi. Pada dasar sebuah organisasi mahupun jemaah mempunyai pemimpin dan orang yang dipimpin. Bila mana wujudnya pemimpin, maka sudah tentu ia akan memimpin orang yang dipimpin. Nah, inilah masalah utama. Kesilapan dalam memilih pemimpin mencetuskan haru biru dalam masyarakat.

Corak sebuah organisasi akan terlakar mengikut acuan pemimpin yang terpilih. Ketepatan dalam menilai serta mengangkat seorang pemimpin tidak ternafikan lagi. Tersilap pilih, padahnya berpanjangan. Mana mungkin akan wujud sebuah bangunan yang kukuh jika arkiteknya dipilih dari kalangan seorang pengembala lembu. Sudah tentu skop pengetahuannya agak terbatas.

Sengaja saya sertakan kisah sejarah di atas bertujuan untuk sama-sama menilai kembali betapa pentingnya seorang pemimpin tahu selok belok hukum agama, berakhlak, bersih peribadinya daripada sifat keji serta luas pengetahuan dalam bidang kepimpinan. Cukuplah Rasulullah SAW itu sebagai qudwatun hasanah. Sempurna menjadi seorang role model.

Seperkara lagi kita dapat melihat bahawa betapa pemimpin kini langsung tidak mengendahkan sesitiviti agama itu sendiri. Bahkan hanya melihat faedah yang diperolehi. Misalannya dalam kes Rasuah Seks. Dua dosa besar iaitu Rasuah dan Seks (Zina) yang jelas bertentangan dengan syarak langsung tidak diambil peduli. Akan tetapi masing-masing hanya berebut ADUN untuk memenuhi kuota majoriti memerintah negeri. Injeksi virus berbahaya inilah yang memporak perandakan sebuah organisasi dan menghilangkan kredibiliti kepimpinan. Lantas pemimpin itu pasti terjejas reputasi serta integritinya.

Dalam membicarakan konsep Al-Qiyadah ini, suka saya bawakan beberapa buah kisah berkisar mengenai Khilafah yang empat. Antaranya ialah Saidina Utsman bin Affan. Sifat beliau yang pemalu itu menyebabkan beliau sedikit berbicara. Diriwayatkan dalam sebuah kisah ketika mana Saidina Utsman bin Affan baru dilantik menjadi Khalifah Islam, beliau menyampaikan khutbah pertamanya berbunyi:

“Kamu sekalian lebih memerlukan seorang pemimpin yang adil dari pada seseorang pemimpin yang banyak berbicara.” (Dikutip dari buku al-Askary, hal : 147).

Selain itu, Ibnu Asakir meriwayatkan dari Nu’man bin Basyir bahawa Umar bin Al-Khattab r.a berkata dalam sebuah majlis yang dikelilingi kaum Muhajirin dan Ansar:

“Apa yang akan kalian lakukan jika kalian melihat aku memudahkan (memandang remeh) beberapa urusan?” Mereka terdiam, lalu Umar mengatakan perkataan itu dua atau tiga kali. Akhirnya Basyir bin Sa’ad berkata: “Jika engkau lakukan hal itu maka akan kami luruskan seperti meluruskan anak panah.” Lalu Umar berkata: “Jadi kalianlah yang benar…jadi kalianlah yang benar..” (Kanzul al-Ummal : 3/138) 

MUHASABAH Rakyat

Bukan sahaja pemimpin perlu bermuhasabah, akan tetapi rakyat umumnya yang menyokong pembangkang seharusnya menjadikan peristiwa ini sebagai episod sebuah pengajaran. Sebelum ini ketika kemenangan Pakatan Rakyat di PRK Kuala Terengganu dan PRK Permatang Pauh, kita alpa sebentar dengan kemenangan. Ada sesetengah pihak cuba mendabik dada akan kemenangan yang Allah SWT hadirkan sementara itu. Mujur masih wujud segelintir pemimpin mereka yang menasihati supaya dijauhkan dengan sifat riak dan cakap-cakap berbaur egois. Alhamdulillah. Tetapi kini, hanya selang beberapa ketika sahaja Allah SWT telah turunkan pula sebuah ujian. Kelihatan ramai yang tepuk dahi, sugul tak bermaya seakan lemah semangat.

Ketahuilah sesungguhnya ada hikmah di sebalik pengajaran berguna itu. Di antara hikmahnya ialah untuk melihat sejauh mana kekuatan, keimanan dan kesabaran kita dalam menempuh sebuah perjuangan. Mana mungkin mahu memiliki sebesar empayar jika sekecil ujian sudah kita kecundang di persimpangan jalan.


 Putrajaya, simbol kekuasaan negara Malaysia?

MUHASABAH Hal Hubung Kait

Hal hubung kait yang saya maksudkan ialah sistem Demokrasi yang dibanggakan oleh pemerintah sekian lama. Ternyata, sistem ciptaan akal manusia tinggalan British ini mereka berjaya robek-robekan setelah mendabik dada kononnya ia adalah sebuah sistem yang suci, bersih, bebas dan bertamadun. Lihat saja bagaimana mereka sesuka hati memperkotak-katikkan musuh menggunakan slogan ‘Kebebasan’ dan ‘Raja berperlembagaan’. Segalanya sudah terlondeh, telanjang bulat. Lalu diperkosa pula sehingga berlaku sebuah episod pembunuhan politik. Akhirnya yang menjadi mangsa ialah rakyat dan Islam itu sendiri. Halus, licik, kejam, busuk! Fikirlah.

Kesimpulan

Hipotesisnya, bermuhasabahlah. Cukuplah babak-babak lakonan sebuah filem rampasan kuasa di atas sebagai pengajaran berguna buat semua. Selidiki kembali, mungkin ada salah silapnya dalam memangkin sebuah episod perjuangan. Usah biar ia terus menjarah melebarkan empayar kebusukan sehingga kanser ganas itu menjahanamkan sistem-sistem saraf utama. Wallahu a’lam.


Rujukan
-Al-Qiyadah Al-Mua’sirah, Mewujudkan Kepimpinan Islam yang Berkesan dan Berpengaruh, oleh Jamal Hasan Sa’ad Madiy.
-Fiqhu Sirah, Said Ramadan Al-Buti.

Ibnurashidi
1:28 AM, 8 Februari 2009,
Siberbay, Tanta.



"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

43 komentar:

Anonymous said...

assalamualaikum..

Ibnurashidi..

Nampaknya...saya orang pertama berjaya mencoretkan sedikit komen di sini..;)

Saya amat kurang minat dunia politik tapi saya minat untuk ambil tahu perihal semasa...

Pada saya, semua ini berlaku bila mana emosi sudah berada di atas , bukan lagi akal didahulukan...maka jika emosi menguasai diri, inilah jadinya..nilai akhlak hilang.

Kenapa perlu berdemonsarsi, membaling batu? kenapa perlu begitu..cuba kita kaji, bagaimana pandangan orang asing terhadap kita, terhadap orang Islam...sehingga begitu perlakuannya..sudah lah orang Islam dikecam oleh kuasa-kuasa besar. Dengan perlakuan sebegini memburukkan lagi keadaan...

Semua pihak harus muhasabah diri, jgn terlalu taksub,fanatik yang melampau, jangan terlalu memikirkan kepentingan peribadi..berfikiranlah rasional..jangan kutuk-mengutuk antara satu sama lain, sedangkan kita sendiri tidak tahu adakah betul perilaku kita..hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui..ikhlas dalam memimpin adalah yang utama..

Melihat politik semasa, saya hanya mampu berdoa, agar seluruh umat Islam bersatu dan berpadu tenaga dalam menegakkan syiar Islam..Semoga Allah memelihara bumi tercinta, Malaysia ini...aminn...

Balqis said...

salam Ustaz Farid,

Well put, Ustaz!!

As expected from Islamic/Syaria'h studies student. Mabruk!

Saya tidak mahu komen panjang. Pendapat saya sudah saya nyatakan dalam entri terbaru saya sedikit, lantaran itu, ingin minta kebenaran ustaz untuk link kan entri ini di Barukisu, ya!

Terima kasih!

Anonymous said...

Salam.. I'm very agree with u ust.. Memg perlu muhasabah semua.. Put 'muhasabah' in a good side,so that we can get better effert from that.. Insyallah..

Anonymous said...

Pasti ramai yang akan beri komen isu panas ni..Cukup jelas penyampaian di atas supaya masyarakat perlu sedar akan kelemahan diri..sekali menang dijulang-julang ,sekali kalah terus mengalah.

Apakah msih ada sinar?

Tie said...

Benar....segala yang berlaku ada hikmahnya....

Sedang musahabah diri....

Iliana said...

owh...tepat sekali penulisan ini..masakan pemimpin itu sendiri ketandusan ilmu dan pelbagai pengetahuan..manakala kita pula hanya tahu menjadi lalang yang ditiup angin..katanya melantang, tapi isinya kosong..mahu bermain, tapi tiada peraturan..owhh~ permainan apakah ini..

selamat bermuhasabah

ASaL said...

salam perjuangan
pelaku politik (sasatul ibaad) kita, seperti menunjuk topeng diri. Mengambil apa yang elok untuk dipakai, jika sudah tidak relevan buang sahaja. Sama seperti Machiavelli, dan ia digunapakai di Perak. Hendak apakan rakyat? Rakyat telah memilih tetapi Sultan menafi. Jadi bagaimana kita ini. Tersepit ditengah-tengah. Betul kata pepatah, gajah sama gajah bergaduh, kancil tersepit ditengah-tengah.

Ibnurashidi said...

nurhuda_cahayapetunjuk

Wa’alaikumsalam…

Terima kasih. Teruskan berkomentar.
Bagi saya secara peribadi, saya minat tetapi dalam konteks politik yang benar jalannya dan tentu sekali politik Islam. Bukan politk merapu.

Point pertama. Ya, emosi! Gunakanlah akal, ilmu dan akhlak untuk seimbangkan emosi. Saya faham, mengawal emosi ketika marah adalah sangat sukar. Namun boleh kuasainya.

Point kedua. Sifat dan sikap fanatik sehingga mencetus perbuatan seperti orang yang tak berakhlak. Kutuk mengutuk, caci maki ke tahap melampau sudah menjadi mainan biasa. Rasulullah SAW pernah dicerdik, dikutuk, dan bermacam lagi. Tetapi baginda SABAR. Islam tetap juga tinggi tanpa kutuk makian.

Point ketiga. Doa yang baik. Sebuah penyatuan itulah sebaik-baiknya. Demi ISLAM.

Ibnurashidi said...

BalQis...

Jazakallahhu khairan kasira..

Patutlah tak mahu berkomentar panjang. Rupanya sudah panjang entri terbarunya. Bagus. Teruskan menulis. Silakan link. Tidak ada masalah dalam penyebaran sesuatu yang berguna.

Ibnurashidi said...

Syahidah...

Ayat yang menarik..

sekali menang dijulang sekali kalah terus mengalah..

Itulah sebabnya kita perlu bermuhasabah.

Sinarnya sentiasa ada, tetapi manusia seringkali berusaha untuk menutupi sinar itu menerangi!

Ibnurashidi said...

K.Tie...

Alhamdulillah kalau sedang bermuhasabah..teruskan mencari pointnya dalam memahami!

Ibnurashidi said...

e-leeyana...

Inilah dinamakan permainan dihutan rimba. Tiada peraturan, semuanya boleh menggunakan apa saja cara. Konsepnya Matlamat menghalalkan cara. Usahlah lihat halal atau haram. Hentam sajala buu!!

Lalang konsepnya suka ikut angin. Jadi mahu jadi lalang atau padi?

selamat bermuhasabah juga!

Ibnurashidi said...

ASAL...

Gajah sama gajah bergaduh, sang kancil kena guna kecerdikannya untuk melompat ke atas sang gajah. BUkankah sang kancil terkenal dengan kisah-kisah dogengan yang bijak akalnya?:)

Itulah masalahnya dalam konsep Raja Berperlembangaan. Islam hanya untuk majlis kahwin, khatan, tadarus, puasa...yang lain-lain sepak ke tepi.

kin hashim said...

Terkilan dgn apa yg berlaku. Negara kucar kacir akibat sikap pemimpin yg di atas sana. Perundangan Islam sudahlah dikesampingkan, kini perundangan manusia turut dipermainkan...lalu, undang2 apa mahu digunapakai mereka? Apa2 sahaja yg selari dgn kehendak nafsu mereka barangkali.

cLoVer4miza said...

Salam..

Rs sgt loya dgn politik.. but still kene ambik tahu.. kasihannya tanah airku.. bilakah lagi kita nk bersatu..

Ibnurashidi said...

kin hashim...

Begitulah senarionya. Mungkin undang-undang rimba agaknya.

Besarkan kesan negatifnya jika kita tersilap memilih pemimpin?

Ibnurashidi said...

cLoVer4miza...

Salam alaik...bila akan bersatu?bila bertemu pemimpin yang betul-betul memahami erti sebuah penyatuan.

Walau loya macam mana sekalipun, politik dan Islam mesti seiring. Jangan sama sekali mengasingkannya.

Irfan Jani said...

Perbincangan di komentar sini pun bagus juga.
Melihat semula sejarah, adalah cerminan dengan segala situasi yang berlaku sekarang. Dunia macam roda. Sebab itu kita tak usah khuatir, Allah pasti akan laksanakan janji-janjiNya.

JoJAr said...

salam..Alhamdulillah sy diberi peluang untuk membaca penulisan dari ust(mm..agaknye)..

sy mengikuti perkembangan politik di tanah air n sy setuju dgn pendapat ust n bagaimana ust mengaitkan politik kita sekarang dengan keadaan politik pada zaman Rasulullah dahulu..memang merupakan suatu sunnatullah bahawa kisah2 yang berlaku pada umat dahulu tidak mustahil untuk berulang kembali pada zaman kita sekarang ni..

n bagaimana musuh akan menggunakan pelbagai cara samada tersembunyi ataupun terbuka untuk memperoleh apa yg mereka idam2kan..'the end determine the mean'..tak kesah apa cara sekalipun, asalkan mereka dapat..

salam

Nur said...

Salam,

Berbicara mengenai Perak sentiasa membuatkan saya kurang rasional, ya, mungkin jua saya ini agak asobiyyah sedikit...:D ..bak kata sahabat baik saya, Asal, rakyat sudah memilih tapinya Sultan jua menggunakan kuasa veto...atas apa jua alasan, ia tidak wajar diguna pakai.. Saya tidak tahu cerita disebalik ini, tapi saya tetap yakin, kebenaran akan jua terselah, kebathilan pasti akan tenggelam...cuma saya berharap, saya masih hidup pada waktu dimana ISlam kembali gemilang!

Well-written, well done..

Anonymous said...

salam...

wah, isu politik di Perak memang hangat yer...walaupon tak minat politik, senario sekarang membuatkan saya rasa berminat untuk tahu tentang dunia politik...

bilakah agaknya semua huru-hara ini akan berakhir...
dan bilakah politik Islam itu akan terlaksana???
Mmmm...saya sgt bersetuju dengan komentar2 di atas yg mengatakan politik sekarang lebih mengutamakan emosi... akhirnya, agama dilupakan akibat terlalu leka melayan emosi.sesi kutuk-mengutuk sudah menjadi rencah berpolitik...

p/s: artikel yg sangat baik.. harap boleh dibaca oleh pemimpin2 kite di Malaysia dan diambil pengajaran... kebetulan, saya baru sahaja membaca surah Fushilat selepas maghrib td..^^,

Brahim Nyior said...

Saya ucap terima kasih entry yang terbaru ini. Benar, ia menuntut kita bermuhasabah, dan tindakan mengaibkan sultan sedikit sebanyak menjejaskan hubungan rakyat Perak- sultan.

Amarah rakyat tidak dapat dibendung apabila sultan dianggap mengambil hak mereka menentukan pemimpin, tapi dalam masa yang sama, sultan adalah simbol perpaduan.

Tanpa sultan, kita jadi seperti Tibet..

Biarpun saya tak setuju dengan tindakan sultan, saya masih beranggapan institusi kesultanan perlu dipertahankan.

Moga Perak negeriku kembali stabil, Insya Allah

Ibnurashidi said...

SangPelangi...

Semoga kebagusan itu berpanjangan.
Benar, sejarah peradaban manusia sentiasa berputar-putar..terkadang di atas, terkadang di bawah. Manusia yang bijak ialah selalu melihat perkara yang lepas untuk dijadikan pengajaran di masa hadapan.

Terima kasih kerana sudi berkomentar. Bukan senang orang Jepun nak bertandang ke sini:)

Ibnurashidi said...

JoJAr...

Salamalaik..Jangan lepaskan peluang:)

Sebagai muhasabah, kita perlu ingat kembali segala kesalahan kita supaya dengan mengingat, hati kita akan terbuka seterusnya dapat melaksana amanah di atas jalan yang lurus dan benar.

Soal matlamat menghalalkan cara sama sekali saya tidak menyokong. Berbicaralah mereka di hadapan Allah kelak selagi mana tidak bertaubat.

Dalam perlembagaan Demokrasi Sekularisme Matlamat menghalalkan cara adalah perkara biasa.

ASaL said...

salam perjuangan
rata-rata kita tidak minat politik, tetapi politik sendiri perlu untuk kemandirian Islam dan pelaksanaan secara tuntas.
Jika tidak, Rasulullah tidak akan mendirikan kerajaan Islam pertama di Madinah.
Syariat khatamnya Fekah. Dan Fekah bagaimana boleh dijalankan tanpa ada kuasa autoriti sebagai pemimpin.
Jika kita tidak peduli, maka seperti di tahun 1921 lah kita akan jadi. Bila Khalifah Uthmaniah berkubur, dan kita sebgai ummat Islam terpecah, di situlah mereka mengambil kesempatan atas kelemahan.
Bukankah antara tindakan pertama Rasulullah menubuhkan kerajaan, dengan mempersaudarakan Aus dan Khazraj menjadi orang Ansar. Kemudian Rasulullah mempersaudarakan orang Ansar (Madinah) dengan orang Muhajirin (Makkah). Disinilah letaknya tindakan strategik, bersaudara, bersatu sebagai satu ummat. Baru kita tidak akan diperkotak katik oleh orang yang dengki dan ingin melihat orang Melayu berpecah. Namun perlu diingat, Rasulullah mempersaudarakan mereka dengan Islam, maka dengan Islam yang sebenarlah harus kita dipersaudarakan. Subhanallah. Allahu Akbar. Wallahu a'lam.

Ibnurashidi said...

Salam alaik Fakhzan Marwan...

Kurang rasional?oh banyakkan bersabar ya. Saya rasa kamu tidak assobiyyah dan harapnya tak bersikap begitu kerana assobiyyah ini satu perkara yang dilarang oleh Baginda SAW.

Dalam soal Sultan itu saya melihat dengan pandangan sebelah mata. Kerana sememangnya sejak British datang ke tanah melayu kuasa Sultan sudah pun terhakis. Soal agama Islam hanya menjadi sebahagian saja. Bukan lagi keseluruhan. Kini? anda boleh menilainya sendiri.

Saya berharap Doa kamu termakbul. Saya juga ingin merasainya.

Ibnurashidi said...

salam yEm ^^...

Walaupun kita tidak berminat dengan politik, sebagai seorang pendakwah dan Muslim sewajarnya perlu mengambil tahu serba sedikit kerana selain ilmu, tsaqafah serta maklumat isu semasa juga penting..mabruk kerana kepekaan terhadap politik.

Insya'Allah perkara ini akan berakhir bila umat kembali kepada Islam dan melantik pemimpin yang memperjuangkan Islam yang tulen tanpa juzuk tertentu.

Mahu mengkritik boleh, tetapi ada adab dan akhlaknya. Biarlah akhlak itu menjadi bunga diri muslim sesuai dengan perilaku sunnah baginda.

P/S : Terima kasih...terpulang siapa mahu membacanya, apa yang penting ia dapat dijadikan pengajaran berguna. Alhamdulillah, teruskan membaca dan memahaminya.

Ibnurashidi said...

Brahimnyior...

Sama-sama Cikgu.

Dari satu sudut saya melihat wujud 2 golongan dalam isu Sultan. Pertama golongan yang sudah tidak respect terhadap institusi raja. Yang Kedua mereka masih mempertahankan Sultan dengan alasan Daulat dll.

Golongan pertama berasalan demikian kerana pada hemat saya kerana kecewa melihat suasana politik Perak khususnya. Terutamanya sultan berpihak kepada UMNO. Mungkin ada benar mereka beralasan begitu supaya sultan lebih sikap adil tanpa condong ke arah satu pihak. Saya rasa tak salah untuk menegur. Sedangkan Khalifah yang empat lebih tinggi martabatnya inikan pula Sultan melayu. Konsep Daulah yang menyebabkan minda melayu tersekat.

Golongan kedua pula, tetap menyokong sultan walau apa yang berlaku. Bagi saya, sikap begitu kurang bagus. Sepatutnya nasihat menasihati secara hikmah adalah menjadi budaya orang Islam. Di sisi Allah semua umat Islam sama. Tiada perbezaan antara darjat dan keturunan melainkan Iman dan Takwa.

Cukuplah bukti berpakaian Ihram putih ketika menunaikan ibadah haji sebagai tanda betapa semua manusia itu sama. Sedarlah, tanggungjawab terpundak sebagai pemimpin itu lebih besar kerana semua amanahnya akan diperbuatannya akan dihisab di padang masyar kelak.

Aman bersama Islam Insya'Allah.

Ibnurashidi said...

ASaL...

Benar katamu..kita memerlukan politik kerana Islam itu adalah politik dan politik adalah Islam. Jika mengabaikan salah satu daripadanya nescaya diri menjadi tempang. Tetapi perlu diingat, politik Islam bukan seperti politik celaru seperti di Malaysia kini.

Contoh peristiwa kejatuhan Daulah Islamiyyah Turki itu saya sangat bersetuju. Alhamdulillah, kamu mengerti apa itu kesatuan dan perpaduan. Semoga Allah membuka pintu ilmu kepadamu dan kepada hamba juga.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

kepolitikan tanah melayu sebenarnya memang di tahap meruncing. Dan sekali lagi saya tidak mahu menuding ke arah mana-mana pihak walau kepedihan hati akibat tersiat oleh keperihalan yang tidak beretika.

Ya benar, pucuk utama adalah muhasabah. Dan biar muhasabah itu bercambah mencakna mujahadah. Dan biar kita faham sebenarnya jalan menuju mardhatillah dan mahabbatullah. Bukan senang dan bukan mudah.

Sekali tersadong, tidak bermakna ALLAH murka tanpa ada ruang diberinya buat kita bangun kembali. Sekali di atas tidak bermakna jalan kita seterusnya benar dan tetap benar jika tidak kita kuat menjaga syariatNya.

Egois itu perangai sekalian yang tidak tahu bahawa dunia dan apa yang kita miliki ini sebenarnya tidak lebih daripada hanya nikmat dan anugerah ALLAH swt semata. Jika tidak kerana belas ihsan dan kasihNya, kita tidak punya apa2 sekalipun kita warak orangnya.

dan saya, hanya tetap yakin pada yang SATU itu! ALLAH al-qahhar.

Anonymous said...

Salam..Isu di perak atau di mana2 pun wajiblah dikembalikan kepada islam.Apalah yang ada dengan sistem yang ada pada hari untuk umat islam menumpang kerana sistem yang ada pada hari ini hanyalah sebuah mimpi ngeri yang merosakkan.tidakkah kita terfikir sebuah sistem yang mampu menjamin penerapan islam secara kaffah.Apakah islam tidak mempunyai sebuah sistem untuk diterapkan sehinggakan kita terpaksa menggunakan sistem dan politik barat yang serba kotor ini.Inilah natijah dari sistem yang kotor ini.Islam masih tidak mampu diterapkan..semangat asobiyah bertiup kencang dan umat islam semakin hari semakin terhina dengan sistem yang digunapakai pada hari ini.Isu di perak atau dimana sahaja mampu diselasaikan jika kita kembali menerapkan sistem islam dengan menolak sistem yang ada pada hari ini.Mungkin saudara ibn rashidi boleh menjelaskan lebih lanjut kerana beliau berpengetahuan luas.wallahua'lam

DAMAI said...

salam buat kamu ibnurashidi...

sudah lama tidak menjejakkan kaki di sini...

tahniah ibnurashidi...entri ini bagi damai amat berkesan...moga2 setelah habis membaca entri ini,kita semua akan lebih banyak berfikir tentang hikmah atau tarbiyyah yang cuba Allah bisikkan pada kita...insyaAllah...

sejujurnya,damai bukan seorang yang minat mengetahui hal2 politik...cukuplah ayah damai seorang yang begitu tinggi semangat politiknya...namun,kontroversi perak ini menarik sedikit sebanyak perhatian damai...

tidak perlu dicari siapa salah siapa benar....(hakikatnya ianya tidak perlu dicari kerana sudah jelas depan mata)....sebaliknya jadikan ini suatu teladan untuk kita semua...insyaAllah...

maaf...tidak pandai berbicara politik....

~~ wah,nampaknya ibnurashidi sudah mula menggunakan perkataan2 berunsur perubatan...bagus2...damai suka :) ~~

Ibnurashidi said...

Wa'alaikumsalam nahwanNUR...

Terima kasih di komen yang diberikan.
MUHASABAH bukan senang dan bukan mudah juga jika hidayah Allah SWT tidak menyelimuti hati-hatinya. Kerana hanya dengan Nur dariNYA sahaja bisa membuatkan hati-hati manusia terus menerus di jalan yang benar.

Kaki tersadong cepat-cepatlah menarik keluar bimbang nanti badan pula yang tersadong. Kerana bila sudah berMUHASABAH itu tandanya kita sedar apa tindakan kita. Justeru harus mengorak langkah ke arah Mardhatillah. Carilah keredhaan Allah dari keredhaan Penguasa, Manusia dan Sistem akal semata. Sesungguhnya bila hadir kemurkaan Allah sudah pasti keberkatan jua lenyap.

Jauhilah sikap egois, kerana adanya egois mengundang sukarnya MUHASABAH. La Takhaf wala Tahzan..Innallahha ma'ana!

Allah itu SATU..umat Islam juga SATU akidah, SATU matlamat..dan SATU sistem.

Anonymous said...

Salam Farid...

Kak su sedih melihatkan gelombang politik yang melanda negara kita sekarang.

Pasti rakyat yang mengundi lagi sedih.

Teringat kata seorang pengundi "Seharusnya kita pilih pemimpin, tapi sbb tak kenal, lalu pilihlah parti." Formula yang mudah, namun disitulah letaknya harapan. Tapi hati manusia mudah berubah. :(

Semoga Allah tetapkan hati dan iman kita....

Ibnurashidi said...

sahabat_islam...

Alfu syukran di atas sedikit penjelasan. Benar katamu sahabat. Tidak lain tidak bukan hanya dengan Islam sahajalah semua ini pasti terungkai. Kembalilah kepada Agama yang SATU. Kerana Islam itu sempurna.

Allah, saya tidaklah berpengetahuan luas sebagaimana yang dikatakan. Hamba kerdil hanya mengharap redha Allah ini tiada apa-apa. Mungkin akhie lebih layak barangkali.

Ibnurashidi said...

Salam buat DAMAI yang sudah lama tidak menjejakkan kaki ke sini...

Harapan saya begitulah. Apapun, kita hanya mampu berusaha dan bersuara..Allah SWT juga yang layak meniupkan roh kesedaran dalam jiwa-jiwa manusia.

Betul, tak sempat untuk mencari kesalahan kerana kesalahan itu datang berderet-deret sehingga jelek untuk berfikir tentangnya. Nauzubillahhiminzalik.

P/S : Cuba-cuba memasukkan unsur yang pelbagai..perasan juga ya kamu tentangnya:)

Ibnurashidi said...

Salam Kak Suara...

Bersabarlah, ada hikmah atas segala. Jangan bersedih ye:)..teruskan usaha supaya ISLAM tetap dijunjung.

Formula yang kurang elok diamalkan. Teringat kata-kata Ayah saya. "Kalaulah letak calon tunggul kayu atau monyet sekalipun..mesti penyokong akan mengundi"..hehehe. Benar bukan?

Oleh itu, carilah pemimpin dan sistem yang benar-benar ISLAMnya.

AyKay said...

Salam Ziarah.

Saudara, good writing.
Should be translated into the future voters' consideration.

Tapikan, berapa byk bantahan sekalipun, golongan yg memegang kuasa dipusat yg memegang button. Dimana sebenarnya kuasa rakyat? Yg mendatangkan habuan utk diri diikuti, yg tidak disisih...

nohas said...

Budaya 'kuasa' untuk kuasa kerana kuasa...benarlah bermuhasabah jalan terbaik utk menyusun strategi & bangkit semula..

Ibnurashidi said...

Salam AyKay...

Terima kasih kerana sudi menziarahi. Thank you very much, I think so..

Itulah efeknya bila suara majoriti mengambil tempat dalam urusan pentadbiran. Kerana apa, kerana ternyata rakyat Malaysia itu sendiri yang masih mahukan Umno memerintah. Salah kita sendiri yang memilih mereka terus berkuasa. Manusia bila sudah ada kuasa macam-macam boleh berlaku. Tambahan yang tak mengambil tatacara hidup Islam sebagai tujuan utama hidup.

Ayuh, kita sendiri tekan butang untuk menghentikan kuasa mereka.

Ibnurashidi said...

orangbukit...

Ya, budaya kuasa menjadi kuasa tiga. Itulah sebaik-baiknya.

Unknown said...

Salam..tuan kena baca artikel yang saya tulis,,baru paham mengenai politik nabi saw...http://wirapendang.blogspot.com/

Ibnurashidi said...

Anak Pendang Sekeluarga...

Salam Syeikh...saya dah ke sana. Nampak macam jemaah tabligh je?benarkah begitu?

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP