Sehari Di Ma'rad Kitab Kaherah

Friday, February 6, 2009


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Sang mentari memancar kilauannya. Terpacak betul-betul di atas kepala kami. Reka pintu gerbang persis payung itu tersergam indah. Seperti biasa, warna coklat adalah warna utama negara berdebu. Biarpun terik mentari membahang namun deruan angin sisa-sisa sejuk masih mendamaikan jiwa. Saya berehat sebentar di pepohon rendang bergayutan sambil melihat pengunjung berpusu-pusu masuk kaunter pendafataran. Kelihatan berseliwiran.


 Pintu gerbang utama...

Saya terus merakamkan video sepintas lalu suasana dihadapan pintu masuk. Cadangannnya mahu saja dijadikan dokumentari kembara Ardul Kinanah. Biar ia jadi sebuah bingkai kenangan yang indah tergantung di kamar kelak. Sempat bergambar kenangan walau sudah beberapa kali menjejakkan kaki ke sana.

Kepelbagaian manusia

Usah bertanya tujuan apa Pameran Kitab Sedunia Kaherah ini diadakan setiap tahun. Sudah tentu mahu syarikat-syarikat buku itu mahu menjual serta mempamerkan produk-produk ilmiah mereka. Tetapi boleh bertanya siapa yang datang dan kenapa pengunjung datang. Kerana kepelbagaian manusia yang datang itu bermacam-macam. Ada yang mahu membeli, ada yang datang melihat-lihat, ada yang suka-suka memeriahkan suasana persis model mahu memperagakan style pakaian. Ada juga yang santai bersama keluarga memenuhi percutiaan tahunan mereka. Sudah tentu lapisan masyarakat itu pelbagai.


 Sekitar pameran...


Sedang saya membelek kitab dipenjuru bilik pameran Pustaka Darus Salam. Tiba-tiba datang seorang lelaki berpakaian hitam. Biasa kepalanya pasti bertenggek cekup seakan topi komando berwarna hitam di kepalanya. Tetapi kali ini tidak. Tengkuknya digelungi rantai hitam besar. Simbol salib di depannya.

“Paderi Kristian..” Bisik saya sambil menjeling ke arahnya. Kelihatan dia memegang sebuah buku tebal.

“ermm, kitab sejarah Islam karangan cendiakawan Islam..” Saya terkilat sejenak. Sememangnya diakui, para orientalis dan para pendakyah kristian berusaha untuk mengkaji dan mendalami kitab serta ilmu Islam bertujuan sebagai hujjah balas kepada ulama’ Islam.

“Napoleon Bonaparte mencuba menyerang Mesir dengan mengirimkan dua buah kapal. Kapal pertama berisi pemikir-pemikir barat yang telah mengetahui selok-belok tentang Islam untuk menyerang umat Islam secara pemikiran. Kapal kedua berisi tentera perang untuk menyerang Umat Islam secara fizikal. Akhirnya Napoleon Bonaparte dapat menaklukkan Mesir, dan dapat memetakan pemikiran Umat Islam. Kejadian ini berakhir dengan pemisahan Mesir dari Kesatuan Daulah Khilafah Islamiyah.”

 Pintu belakang...

 Suasana Pameran

“Memang besar sungguh ma’rad kitab ni..kalah kat Malaysia..” Seorang rakan bersuara.

“Tula, kaki ana dah lenguh tak larat jalan..berapa kali round..bila tengok ma’rad sebesar ni rasa terlalu banyak ilmu para ulama’ Islam dan cendiakawan seluruh dunia. Itu belum masuk book fair kat Amerikake, kat United Kingdomke..” Sampuk saya.

“Agaknya ada tak manusia yang boleh khatam semua kitab sebesar ma’rad ni?” Soal saya pula. Masing-masing diam. Perjalanan dari Solah 6 diteruskan menuju ke pameran jualan Pustaka Darus Salam.


 Gambar kenangan...

Memang luas, besar dan banyak buku-buku yang dipamerkan. Lebih luas dari Book Fair PWTC di Kuala Lumpur. Terdetik minda memikir, betapa terlalu banyak ilmu sehingga tak terlangkau untuk meneliti satu persatu kitab. Ya, himpunan buku dari pelusuk dunia. Tetapi rasanya tidak semua. Tentu masih ada yang berbaki memandangkan ilmu Allah itu Maha luas seluas lautan Pasifik di timur Atlantik di barat merentasi sempadan-sempadan geografi benua .


 Sempat snap ammu tengah kelam kabut kira-kira...

Saya dikhabarkan seorang rakan tentang beberapa jilid Mausu’ah terbitan Majlis A’la Lisyu’un Al-Islamiyyah sebagai pengganti. Nawaitu asal mahu memborong sederet Jurnal terbitan Maktabah Kuwait. Namun sedikit hampa kerana sudah licin di sapu bersih. Agak kelewatan. Mungkin sudah diangkut berlori-lori oleh mahasiswa-mahasiswi yang berkunjung sebelum ini.

“Tahun depanlah nampaknya..” Rungut saya.

“Takpe, kirim je kawan kat sini kalau enta balik..” Cadang seorang rakan.


 Beberapa buah kitab yang dibeli...


Tengahari itu sempat saya berehat menjamu selera di café bersama rakan-rakan. Roti Shawarma menjadi pilihan. Harganya boleh tahan juga. Entah cukai apa yang dicaj tak tahulah. Bak kata orang tua-tua makan sekadar ‘lapik perut’.


Ammu tengah potong daging roti shawarma...


Pada sebelah malamnya sebelum berangkat pulang ke Tanta. Saya kemukakan cadangan untuk singgah menjamu selera di Restoran Sabie’ memandangkan seharian berjalan tanpa sebutir nasi. Alhamdulillah, cadangan diterima. Kebanyakan rakan-rakan masing tidak tahu kewujudan Restoran masakan asia tenggara tersedap di Kaherah itu. Andaian saya ianya sedap kerana dari beberapa buah restoran yang wujud di Kaherah, hanya restoran itulah saya berpuas hati dan kunjung berkali-kali.


 Syai, Tom Yam panas, Nasi Mutiara...


Masakan lazat ala-ala Thai itu berpatutan harganya dan layanannya juga cepat. Kami memesan Nasi Mutiara, Tom Yam, Kuew Teow Goreng Special, Mee Ratna. Akhirnya rakan-rakan saya juga turut mengakui kesedapan makanan hasil tukang masak dari Phattani itu setelah ‘kenyang perut suka hati’. Malahan seorang rakan saya dari Phattani yang ikut serta shopping kitab turut tersenyum lebar kerana kesadapan penangan Mee Ratna.

Selesai.

Ibnurashidi
4:26 PM, 6 Februari 2009,
Siberbay, Tanta.



"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

30 komentar:

nurhuda_cahayapetunjuk said...

Assalamualaikum..

Akhie..

Wahh jalan2 cari kitab sambil tu jalan2 cari makan ya :)
Tertarik saya dengan nasi mutiara, tom yam dan roti shawarma..roti tu ala2 kebab ker?..:)wahh bestnya nampak semua makanan tu..:)

Awrapurnama said...
This comment has been removed by the author.
Ibnurashidi said...

nurhuda_cahayapetunjuk...

Wa'alaikumsalam ukhtie...

Jalan-jalan cari kitab, makan itu sampingan. Tak makan mahunya pengsan tengah-tengah dataran:)

Kalau di Mesir ia dipanggil roti shawarma, kalau di Malaysia terkenal dengan nama kebab. Di sini kebab sejenis ketulan daging hancur, kemudian panggang. Itu namanya kebab. Rasa yang tersalah tafsir.

Memang best.

nurhuda_cahayapetunjuk said...

hehehe..

Betul-betul setuju..walau apapun makan yang utama tetapi jgn terlebih makan, sat lagi tak boleh jalan pula :)

oo..mcm tu..kebab memang best (kegemaran saya tu)..:)

Ibnurashidi said...

nurhuda_cahayapetunjuk...

Pembetulan *Rasa yang tersalah tafsir itu maksudnya "Rasanya kita di Malaysia tersalah tafsir."

Makanan arab cepat membesar, cukuplah sebiji roti:) Ya, kebab sangat best.

Nur said...

salam,

wah, best nya pameran buku, mau kesana lah insyaAllah tahun depan, mau memborong buku. Saya berapa kali diarahkan mewakili fakulti ke pwtc membeli buku. Beribu2 buku, tapi, cuma berpuluh2 cadangan yang saya kemukakan...kagum sejenak, masyaAllah, bagaimana ilmu ini boleh terlalu luas?

dan ya, bagaimana seorang manusia boleh mendebik dada mengatakan dia seorang yang 'expert'?

Anonymous said...

aduhh ustaz
sayang sekali saya kali ni tak berkesempatan utk ma'rad di sana

banyak beli buku?

Anonymous said...

Salam.. Wah,seronok betul dpt peluang melihat pameran besar cmtu ek.teringin nak g tgk! Jualan buku dr seluruh dunia ke? Pustaka darul salam tu dr m'sia ke? Bukan pe,dlu da smpt knl sorg kwn yg mane ayahnya pemilik syrkt bku darul salam.. Em,mknan plak sntsa membngkitkan selera ye..

cLoVer4miza said...

Salam~

wah hebatnye sambutan terhadap ilmu..
bagusnya kalo rakyat Malaysia juga suke membaca :D

Anonymous said...

salam ziarah...

pertama kali sy mendengar nama mee ratna. mee ladna ade la...^^

banyaknye kitab yg dibeli. kalau saye lah, pasti lama untuk dihabiskan...

buku2 perubatan di rak, jumlahnya saje sudah boleh membuka kedai buku agaknya.hehehe... itu baru buku ilmu perubatan, belum ilmu lain lagi...

alangkah luasnya ilmu yg ade di muka bumi ini...Subhanallah...

Tirana said...

Pesta buku...tentu best.. Tapi kalau buku yang dijual tu semua dalam bahasa Arab, ternganga la kak tirana..hehehe..

Dalam2 shopping buku tu pun, sempat lagi cari makan ye..tapi berselera jugak nampak masakan ala2 thai ni..

Hazlin Nazri said...

bagus tu. membaca jambatan ilmu

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Ewah-ewah..seronoknye org tu dengan Pesta Buku.jgn wat2 loper bingkisan di utus:), Rasa mcm nak pantun...sbb dah lama "org" tu menunggu...hehee

"Timur tengah tempat bertemu,
Pengunjung datang pelbagai karenah,
Tempat saudagar mencedok ilmu,
Itulah keistimewan Ardul Kinanah"

salam manis :)

Anonymous said...

Episod ke-2

Tersenyum lebar meleret ke pipi..
Nasi Mutiara pilihan hati..
Gendang perut tali kecapi..
Kenyang perut suka hati..

Berombak utus tanpa jemu..
Hembusan bayu warkahnya sakti..
Kembaranya sudah di gedung ilmu..
Kitab manakah pilihan hati..

p/s sambungan episod pertama..

Balqis said...

Assalamualaikum, ustaz.

Oh, oh, cemburunya saya di Mesir ada pesta buku seumpama itu. Menghabiskan seharian di kedai buku memang nikmat yang sukar dilafazkan bagi saya.

Hurm...

Wah, wah, pulang pula makan shaurma (di sini ada juga dijual shaurma, balut panjang-panjang. Di Mesir bagaimana ya rupa shaurmanya?)

Makan masakan Asia pula tu! Beruntungnya belajar di Mesir, ada restoran makanan Asia, malahan cara Thai pula, Tom Yam, Kuew Teow Goreng. Kenapa hari ini saya nampak makanan sahaja? (baru pulang singgah dari blog kak chik, hehe)

Ibnurashidi said...

Salam Fakhzan Marwan…

Itu satu idea yang bernas. Silakanlah datang ke sini. Pintu gerbang airport cairo sentiasa menanti pelancong ke sini.

Kamu pasti terpesona melihat betapa banyaknya buku-buku yang dipamerkan. Bukan sahaja buku, malah alatan komputer, barangan antik dan bermacam jenis lagi turut dijual.

Ilmu itu seluas lautan. Kita hanya peroleh setitis sahaja itupun kalau diizinkan oleh-NYA. Oleh itu, sesiapapun anda usahlah mendabik dada mengatakan ia sangat expert. Saya mengurut dada adalah

Ibnurashidi said...

Sang Mentari...

Begitukah, di mana kedudukan Sang Mentari ketika ini sehingga tak berkesempatan ke Ma'arad?bukankah berada di Kaherah?

Tidaklah banyak mana berbanding tahun-tahun lepas. Boleh tengok gambar di atas. Itulah buka yang dibeli.

Ibnurashidi said...

Salam Nur_syahadah...

Saya mengalu-alukan kedatangan kamu ke sini ya ukhtie. Na'am, seluruh dunia dan pelbagai jenis buku-bukunya.

Tentang Darus Salam itu sebenarnya bukan yang berpusat di Malaysia. Pustaka Darus Salam di Malaysia tuannya lain. Ini versi Mesir. Maktabah Darus Salam sini sangat popular di kalangan mahasiswa al-Azhar.

Makanan itu kalau dirasa sudah tentu dapat sejauh mana kelazatannya.

Ibnurashidi said...

cLoVer4miza...

Rakyat Malaysia masih kurang suka membaca ya?mungkin ada benarnya tekaan kamu. Membaca blog yang free juga ramai yang keberatan inikan pula membeli buku secara tunai.

Tetapi saya masih pelik, novel setebal 500 m/s terkadang sekali harung saja sudah mampu dihabiskan. Tidakkah kamu pelik seperti saya?hehe.

Ibnurashidi said...

Salam yEm^^...

Entah, saya juga tak pasti betul atau tidak ejaannya. Samaada Ratna atau Ladna. Kawan dari Phattani menyebut Ratna. Wallahhua'lam.

Kebanyakkan kitab yang tebal-tebal itu bukanlah semua mampu saya khatamkan. Tetapi saya jadikan bahan rujukan untuk pengajian. Ada masa free, boleh baca perlahan-lahan. Saya juga begitu, nampaknya kena pos berkotak-kotak kitab bawa pulang ke Malaysia nanti.

Ibnurashidi said...

Salam Kak Tirana...

Oh tidak. Pameran buku ini melibatkan pelbagai syarikat penerbitan dari seluruh dunia. Separuh buku-buku itu berbahasa Inggeris dan bahasa yang lain. Boleh saja dibuat pilihan untuk membelinya.

Biasalah kak, penat berjalan katakan. Luas bukan main lagi. Makan itu hanya selingan.

Ibnurashidi said...

hazlin...

Membaca jambatan ilmu. Ilmu itu penyuluh cahaya kebenaran. Jadi jika jambatan tiada cahaya sudah tentu ramai yang tersilap langkah terjun dalam sungai atau laut ketika melalui jambatan:).

Iliana said...

wahhh...buku...saya sangat suka buku..ya, banyak sekali ilmu..alangkan baru masuk kedai buku yang kecil pun, dah terasa sediitnya ilmu saya, inikan pula pameran..

oh ya, jika menarik, jangan lupa kongsikan ya..nampak macam bahasa arab je semua..masakan saya mampu memhaminya..hehe

Ibnurashidi said...

e-leeyana...

Bagus, hobi yang menarik. Teruskan usaha kamu membaca buku-buku itu.

Tidak mustahil jika lama belajar pasti akan memahaminya nanti. Insya'Allah jika kelapangan ya.

Ibnurashidi said...

BalQis...

Wa'alaikumsalam..kamu membaca sehingga tak untuk melafazkan ya..sungguh dasyhat penangan buku ke atas kamu.

Bukan waktu pulang makan shawarma, tapi waktu tengahari penat berjalan. Singgah sebentar menjamu selera makanan yang mahal itu. Rasa tak berbaloi. Rupanya sangat menarik seperti roti benjo di Malaysia..tetapi isinya berupa daging cincang bercampur sayuran. Tak mampu untuk melafazakan dengan kata-kata kesedapannya:)

Kuew teow buat sendiri saja. Uli tepung lalu bentukkan seperti kuew teow.

Ibnurashidi said...

Wa'alaikumsalam...wahh, nampaknya pesta pantun sudah bermula kembali. Tak mengapa, saya akan membalasnya:)

Zaman berzaman kitab ditadah...
Jutaan ilmuan sudah bertebaran...
Bagai hujan mencurah-curah...
Menghijau subur tumbuhan tanaman...

Suka hati si matahari...
memancar terang menembus awanan...
Tidaklah senyum kerana nasi...
Tetapi kerana kitab tertawan...

Penuh bertimbun melangit tinggi...
Tiada terperi berjuta rupa...
Biar lesap ada pengganti...
Buku ensklopedia pilihan hamba...

P/S : Berjaya juga hamba menjawab:)

Anonymous said...

Salam..oh header dah bertukar nampaknya

Hmm seronoknya banyak buku..rata-rata yang memberi komentar pun minat membaca buku..berbeza sebenarnya penulisan orang banyak membaca buku ilmiah berbanding buku picisan..

teruskan usaha ya!

Terima kasih kerana mengingatkan saya soal futur..

Ibnurashidi said...

Salam Syahidah...

Baru perasan ya?Apapun terima kasih. Bagaimana pendapat kamu tentang header baru? saya kekeringan idea untuk design sebenarnya.

Ada perbezaan ya. Mungkin juga.

Insya'Allah!

Sama-sama beringat.

kartini said...

salam ustaz. saya cukup cemburu melihat org duk sibuk shopping buku banyak2.. sangat cemburu. lebih2 lagi buku agama T_T

Ibnurashidi said...

Salam Srikandi...

Sabar ya..baguslah kalau cembura tentang ilmu. Tetapi kamu juga harus mengejar mereka yang kamu cemburu itu. Asalkan tak mendatangkan kemudharatan tak mengapa.

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP