Aplikasi Sebuah "Kun Fayakun"

Tuesday, February 3, 2009


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

“Kun Fayakun” serangkap ayat Al-Quran di akhir surah Yassin. Tempat letaknya pada ayat : 82. Penuh sarat makna yang berselirat walau kalamNYA sedikit tercatat. Jika diamati secara mendalam, kita boleh mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Dalam erti kata sebenar, memahami konsep firman Allah itu yang bermaksud “Jadilah!maka terjadilah ia”. Kefahaman bagaimana untuk kita mempraktikkannya? Ayuh mari kita baca lebih lanjut.

Jika dilihat pada penafsiran Dr.Wahbah Zuhaili dalam tafsirnya yang masyur Tafsir Munir, makna “yakun” itu bererti Allah SWT mengkhabarkan tentang kekuasaannya lalu melakukan sesuatu perkara dengan sendirinya tanpa memerlukan sebarang alatan mahupun bantuan. Tamsilan ayat menunjukkan akan kekuasaan Allah SWT menciptakan, melakukan, merubah sesuatu ke atas sesuatu merangkumi keseluruhan penciptaanNYA. Maha suci Allah SWT berkuasa atas segalanya. Firman Allah SWT:
“Dan tidaklah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yassin : 81)
“Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia.” (Surah Yassin : 82)
“Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” (Surah Yassin : 83)

Sebuah Drama “Kun Fayakun”

Permulaan plot ceritanya sudah mempunyai unsur nasihat yang baik. Saya mengambil sedikit masa untuk menontonnya sehingga selesai. Intro dimulai dengan alu-aluan sekapur sirih dari salah seorang pendakwah Indonesia bernama H.Yusuf Mansur. Kata-katanya mencetuskan figuratif abstrak untuk jiwa saya terus menyelami erti kehidupan yang tergambar. Ia membuatkan tempat duduk saya tak berganjak dek terpaku anak mata menghabisi sebuah kisah.

“Kalau kita sakit dimana kita cari?Doktor. Kalau kita lapar, apa yang kita cari?makanan..Allah Kareem. Hidup kita kalau punya masalah, punya hajat terus kita tak datang kepada Allah dengan sungguh-sungguh. Bererti kita tak mengenal Allah, tetapi kita mengenal Doktor ketika kita sakit..” Bicaranya membuatkan saya termenung sejenak.




Watak-watak kehidupan

Adegan pertama memaparkan sebuah episod perit perjuangan seorang suami yang menyara isteri dan dua anaknya. Menjadi penjual kaca dan bingkai. Biar panas membakar, biar dibasahi hujan menimpa dia mampu mencari setitis rezeki buat makanan ‘kais pagi makan pagi kais petang makan petang’. Beberapa ujian sehari-hari dipaparkan membuatkan fikiran saya melayang akan seorang lelaki bernama ayah. Tidak dilupai, babak suspen ketika kaca yang diharapkan untuk memberikan sedikit pulangan lumayan gugur menghempas bumi. Semalaman mengilap sebingkai cermin. Tetapi akhirnya pecah berderai. Luluh hati si miskin. Namun, konsep sabar dan faham erti takdir menepis segalanya.

“Ampuni hamba yang hampir bersangka buruk kepadamu Ya Allah..ampuni hamba yang hina yang tak mampu membayangkan rencanamu yang sempurna..” Rintih si suami bermuhasabah seketika.

Begitu juga watak seorang isteri membesarkan anak-anak dalam teratak usang seakan pondok menunggu durian. Setia membantu suami disisi. Juga tak mudah berputus asa dan mengharapkan kasihan belas manusia. Saya tertarik melihat seorang ibu yang sanggup berlapar kerana ingin mengenyangkan anak-anak serta suami. Itukah pengorbanan si ibu?

“Bapa sudah bekerja keras..yang penting jangan berputus asa.” Sayu menenangkan hati suami.

Mujur ada anak yang memahami situasi keluarga. Keluar mencari sekelumit harapan, lalu membawa tuah berkat kesabaran dan doa. Akhirnya bertemu seseorang lelaki kaya yang akhirnya termakbul doa mereka. Kecerahan selepas berusaha menunjukkan kekuasaan Allah SWT mampu menghadirkan kesenangan dalam kesusahan. Dari seorang penjaja mampu memiliki gudang niaga.

Ironisnya, adegan yang terlakar wujud peranan besar  dan watak masing-masing. Si suami sebagai ketua, isteri pembantu, anak-anak penghibur di kala duka. Sempurna melingkungi sebuah kalung perjalanan kehidupan. keterikatan memahami konsep ketuhanan, ketauhidan, kesabaran, kesungguhan dan kehambaan.

Pendek kata, filem ini memberikan suatu pengajaran berguna. Sesuai untuk tontonan umum.  Jalan cerita yang digarap dengan baik. Bahkan mempunyai modul yang menarik dalam aplikasi sebuah makna “Kun Fayakun”.

Kesimpulan

Jangan dirunsing bila kaki terperelus dalam lumpur keperitan. Kerana kita punya Pencipta yang tahu segala-gala perencanaan. Peranan selaku hamba, kebergantungan itu harus selalu kepada Ilahi. Kerana hamba dijadikan untuk menyembah Pemilik alam. Mana mungkin Allah SWT tidak mendengar rintihan kesusahan jiwa suci yang sentiasa mengharap pertolongan dariNYA. Itulah sebenar-benar konsep ketauhidan dalam mengesakan Allah SWT.  Namun pergantungan itu bukanlah bererti perlu mengoyangkan kaki menunggu rezeki turun menyimbah bumi. Usahalah, berdoa, lalu bertawakkal. Kita ada WATAK dan PERANAN kerana kita MANUSIA.



Ibnurashidi
8:56 AM, 3 Februari 2009,
Siberbay, Tanta.





"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

30 komentar:

Nur said...

Salam,

Kun Fayakun itu sangat powerful words, bukan? Anda yang belajar bahasa arab pasti dapat merasai getaran kehebatan perkataan itu. Kerana kita ini hamba, wajarlah berkelakuan seperti hamba, dan syukurnya, mempunyai Tuhan yang Sangat Pengasih itu! Dan ya, saya yakin, Perkataan itu jua melambangkan takdir kita ini, boleh berubah2 kerana ya, Tuhan itu mempunyai kekuasaan Kun Fayakun...

Najibah Ali ナジバ said...

salam..masyaAllah artikel yang sangat bermanfaat untuk di renungi bersama.. halalkan ana berkongsi artikel ini di blog ana ye.. ana sudahi dengan kalimah Jazakallahu khairan..

syukran..

Anonymous said...

Salam.. Terima ksh msh setia b'kongsi.. Manusia mudah lupa,apabila di ingtkan bru tersedar..Kun Fayakun.. Maha Suci Allah yg mengetahui apa yg telah direncana dan Dia Maha Mengetahui apa yg terbaik buat HambaNYA.. Kdg2 setiap ujian yg diturunkan terasa perit utk dihadapi,tp sesungguhnya kemanisan yg tak terperi pasti dijanjikanNYA.. InsyaALLAH.. DIA Maha Berkuasa..setiap yg berlaku ada 'reason' nya..btl tak ust? :-)

cikgu_eya said...

Bismillah....

Memetik kata2 Dr Fazilah Kamsah,kita nih sebagai hamba pun GAGAL. Bila Tuhan memanggil, tak segera untuk memenuhi panggilannya.
huhu..

Ana baru tengok sikit, filem ni. Memang tertarik dengan tajuknya... ^^

oh, yaa.. nta da tengok satu cerita yang mengikat persaudaraan adik beradik? Filem
'children of heaven'....

Cerita Arab... ^^

Khairi Mohd said...

Jazakallah syeikh, nice one.

One thing to share. 2 cents.

Kun fayakun milik Allah.

Sedang manusia mesti percaya dengan qada dan qadar serta ke'bergantungan' kita kepada qada dan qadar.

Seperti contoh, untuk menerbangkan kapal terbang, kena ada formula bendalir, materials, gas (fuel), pilot, etc. Ini usaha manusia menggunakan qadar Allah.

Tetapi Tuhan kun fayakun, Allah boleh ubah graviti kepada 12.3 m2/s, halaju cahaya kepada 0.5 m/s, butir elektron hidrogen kepada 15, tiada masalah. Tetapi mengikut perkiraan manusia, apabile parameter-parameter ini ditukar, stabiliti dunia akan terjejas. itu perkiraan manusia yang tertakluk pada hukum.

Sedang Allah boleh terbangkan sekeping besi tanpa perlu ada gas dan enjin.

Qadar dan Qada tertulis di Luh Mahfuz sebelum penciptaan, di mana konsep 'uncertainties' oleh fizik adalah terangkum dalam satu formula yang tetap (certain) termaktub di dalam satu kitab di Luh Mahfuz. Ini bermakna, di pengetahuan Pencipta ada kondisi alam dunia dari masa sifar sampai masa infiniti (dalam kiraan manusia) sempurna dengan perkembangannya, rezeki manusia, kelahiran dan kematian manusia, jodoh manusia, peperangan, peletupan bintang, peletusan atom hidrogen di matahari, atau sehelai daun yang gugur di musim luruh pada tahun 2345 (kalau pjg umur).

Tetapi bukan dalam pengetahuan otak manusia yang sangat lemah lagi daif. Sesungguhnya Allah maha cepat dan tepat pengiraanNya.

Sedang alam raya ini dicipta dalam beberapa masa (enam hari dalam as-sajadah) sebagai menyusun qadar seperti tertulis di Luh Mahfuz. Allah itu maha Adil dan Maha bijaksana. Sedang Dia boleh sebenarnya menjadikan keadaan alam sekarang di dalam sekelip mata. Tetapi dicipta manusia beserta aqal, maka Tuhan yang maha pengasih menyesuaikan pengiraan-pengiraan ini dengan kemampuan aqal supaya manusia boleh bergembira, belajar, mengumpul anak dan harta. Dan pada msa yang sama Allah meninggalkan jejak untuk kita mencariNya.

Palinglah ke arah mana saja wajah kita, kita akan nampak 'wajah' Pencipta. Nampaknya itu pastilah dengan ilmu.

Point saya, jangan cepat tawakkal. Berusahalah dengan apa yang ada di kepala dan tangan. Usah terlalu berserah kepada Tuhan yang memberi kita aqal dan jasad yang sempurna.

Rahman Allah untuk semua, sedang Rahimnya hanya untuk yang percaya akanNya. insyaAllah.

Iliana said...

ahhh...apakah kuasa entri ini sehinggakan saya kalah dalam menahan tangis..terkebetulan barangkali dengan rasa perit yang sedang menghimpit diri..

tapi, satu perkara yang saya kesalkan..mengapa tidak ramai orang seperti mereka..apabila ditimpa kesusahan, pasti disangka itu balasan Tuhan atas ketersilapan..ramai yang akan memaki hamun, menyumpah seranah jika ditimpa kesusahan..

itulah manusia~

nohas said...

Syukran diatas peringatan kerana kita sebagai hambaNya kekadang terlupa status kita di dunia ini..Kekadang merasakan rezeki, kejayaan, apa2 jua pun adalah hasil usaha kita semata-mata.. sedangkan semuanya bersangkut paut dgn firman Allah itu "Kun Fayakun".

suara said...

Salam Farid...
Kun fayakun... kalimah Allah dalam setiap kejadian dan takdir yang telah dilakarkan buat segala ciptaanNya.

Semoga Allah mempermudahkan usaha untuk mencapai impian, menjadikan segalanya satu kenyataan dengan hanya satu ungkapan dari Allah... Kun fayakun...

p/s : Kak su teringin nak tengok cerita ni...

Ibnurashidi said...

Salam Fakhzan Marwan selaku komentator pertama…

Ia, sudah tentu maksudnya sangat power. Masakan ayat Quran itu hadirnya tanpa makna yang baik. Insya’Allah, bukan saya saja tetapi semua yang belajar serta memahami apa itu ayat quran. Setiap muslim berhak untuk menghadam, membaca, mengalun, memahami Al-Quran secara total. Janji Allah SWT berupa pahala menanti kita semua.

Takdir itulah yang dinamakan Qada’ dan Qadar yang ditentukan Allah SWT.

Ibnurashidi said...

Najibah Ali…

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang menciptakan manusia dapat berkata-kata, menciptakan nafas dan udara atas hubungkait manfaat berguna. Silakanlah copy sebanyak mana yang kamu mahukan, kerana hakcipta dalam blog ini tidak terpelihara. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran istimewa untuk kita semua. Aminn.

P/S : Kreditkan link dibawahnya.

Ibnurashidi said...

Salam Nur_syahadah selaku komentator terbanyak…

Afwan, berkongsi itu suatu kewajipan setelah tahu. Kerana itulah kita disunatkan untuk berdoa sentiasa. Kerana dengan doa itulah senjata mukmin. Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya : Daripada Anas r.a, Rasulullah SAW telah bersabda: “Doa merupakan otak kepada ibadat.”

Sungguh, Allah SWT Maha mendengar setiap rintihan hambaNYA yang kesusahan. Bila hadirnya ‘kun fayakun’ tiada siapa dapat mampu menghalang lagi.

Benar, ada reason itu difikirkan.:)

Ibnurashidi said...

Cikgu_eya…

Kata-kata yang baik, Cuma bila kita GAGAL janganlah dianggap ianya berpanjangan. Kembalikan usaha dengan tekad yang jitu, tawajjuhkan diri buat Pencipta lalu mohonlah yang baik-baik buat keselamatan dunia dan akhirat.

Oh, sudah pun menonton filem ‘children of heaven’. Banyak kali menontonnya sebelum ni. Sebuah filem Iran kalau tak silap ana. Sarat unsur-unsur insani. Cikgu sudah menontonnya berapa kali ya?:)

Ibnurashidi said...

e-leeyana…

Entri ini biasa-biasa saja. Rasa seperti agak berat untuk dihadam pembaca barangkali. Sabar ya dengan ujian yang menghimpit. Mungkin juga kafarah dosa-dosa kita. Saya terkesan dengan filem ‘kun fayakun’ kerana realiti jalan cerita seakan-akan saya alami.

Sebab itulah konsep syukur pula harus ada. Bilamana ditimpa kesusahan, kita muhasabah lalu bersyukur kerana Allah SWT masih sayangkan kita. Cuba kita fikir sejenak, selama ini Allah SWT hadirkan kesenangan berpuluh tahun selama kita hidup tetapi bila dihadirkan perit sesaat langsung kita memaki hamun. Bukankah itu namanya tak mensyukuri nikmat?sedang dalam kesusahan itu Allah SWT masih lagi berikan kita pahala. Betapa sayangnya Allah SWT pada hamba-hambanya.

Semoga dijauhkan dari sifat-sifat mazmumah..

Ibnurashidi said...

Orangbukit…

Afwan, barakallahhu fik..semoga Allah SWT memberkati dan memberikan ilmu yang berguna kepadamu. Alhamdulillah, itu yang saya harapkan. Pembaca dapat fahami apa yang saya perkatakan langsung cuba mempraktik dalam kehidupan.

Ibnurashidi said...

Salam Kak Su…

Benar, setiap kejadian itu Allah telah tetapkan hikmahnya. Tinggal kita saja mahu berfikir tentangnya. Tak salah jika saya kaitkan keadaan politik semasa dengan ketentuan Allah SWT. Benar bukan kak su? Cuba kita renung sejenak. Kecelaruan politik semasa dan bermuhasabah kembali. Mengapa Allah SWT mampu menarik sekelip mata kuasa yang kita pegang. Tentu ada yang tak kena. Cantas saja pemimpin yang tak berakhlak, gantikan dengan yang lebih berkualiti.
Amin Ya Rabb..semoga Islam kembali memerintah dunia.

p/s : Boleh kalau teringin. Cuba cari dekat Youtube..ada.

Ibnurashidi said...

Akhie Khairi…

Jazakallahhukhairankasira..alfu syukran di atas perkongsian ilmiah. Terima kasih kerana komen begini yang membantu saya menambahkan pengetahuan juga buat para pembaca yang lain.
Sedikit tambahan berkenaan Qada’ dan Qadar.
Pengertian Qadar bererti ketetapan yang ditentukan Allah terhadap makhluk-Nya pada azali lagi, manakala Qada’ pula ialah perlaksanaan ketetapan Allah pada azali juga. Bila ia disatukan memberi erti “Suatu ketetapan yang dilaksanakan oleh Allah terhadap makhluk-Nya pada azali”.

Segala apa yang berlaku kepada makhluk sama ada baik atau jahat, untung atau rugi dll adalah mengikut Qada’ dan Qadar Allah belaka.
Firman Allah SWT:

Maksudnya: Dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk itu dengan ketentuan takdir-Nya yang sempurna.

Yakni segala peraturan dan undang-undang yang ditentukan itu adalah mengikut perancangan Allah yang Maha Berkuasa dan telah dilaksanakan sebelum wujud suatu apapun lagi. Misalnya seperti proses kejadian manusia atau peraturan dan tabiat yang ada pada api. Jika kita lihat misal api sebagai contoh, kebakaran akan berlaku jika api tersentuh benda kering atau tak berlaku kebakaran jika kita curahkan dengan air. Maka inilah dinamakan Qadar kemudian selepas itu sesuatu berlaku hasil daripada perkaitan satu sebab dnegan sebab yang lain itu dikatakan Qada’.

Saidina Umar al-Khattab pernah menjelaskan sikapnya di dalam membezakan antara Qada’ dan Qadar ketika menjawab pertanyaan Abu Ubaidah bin al-Jarrah mengenai wabak taun yang merebak di negeri Syam (syiria). Soalannya, apakah tuan hamba lari dari takdir Ilahi? Jawab Saidina Umar: Saya lari dari takdir Allah kepada takdirNYA yang lain, iaitu lari dari daripada penyakit dan wabak kepada takdir sihat dan afiat.

Pembahagian Qada’ dan Qadar terbahagi kepada dua:-

1. Mubram : Iaitu Qada’ dan Qadar yang telah ditetapkan Allah mengikut perancanganNYA sejak azali dan tidak terubah lagi. Misalan: seperti bangsa Melayu, Cina, India dll.

2. Muallak : Iaitu apa-apa yang berkaitan dengan usaha ikhtiar manusia. Seperti sebab-sebab yang membawa kecelakaan atau kebahagiaan, ketaatan atau kederhakaan kepada manusia dll.

Begitulah Nizhommullah fil Alami..Wallahua'lam.

Anonymous said...

salam...

Alhamdulillah... di saat diri ini sedang dilanda kerisauan dek kerana bebanan tugas yg terpikul dibahu, terbaca pula dengan artikel ini yg membuatkan saya bermuhasabah diri... mungkin ini adalah balasan Tuhan pada sy yg agak tidak bijak membahagikan masa... harap diberi kekuatan olehNya...

p/s: ini kunjungan kali ke2 sy ke blog ini. akhirnya digagahkan juga diri utk mencatat comment disini. maaf yer kerana menjadi pembaca senyap sahaja sblm ini... ^^

Ibnurashidi said...

Salam yEm^^

Terima Kasih kerana menjadi pembaca blog saya dan turut menurunkan komentar di sini. Alhamdulillah, semoga Allah meringankan bebanmu. Senyumlah bila kesusahan.

Masa itu penting, bahagikan sebaik mungkin.

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian...kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran." (Surah Al-Asr : 1-3)

Teruskan mengikuti perkembangan selanjutnya.

Balqis said...

Salam ust.

Eh, eh. Filem kun fayakun? hurm, harus ditontoni ni.

Kun fayakun. Dia lebih Maha mengerti mengapa terjadi. Aku selaku hamba, berserah sahaja. Oh, pasti ada hikmahnya untuk segala yang berlaku, kan?

Ibnurashidi said...

BalQis...

Salamalaik.Iya filem dari Indonesia. Harus ditonton kerana nilai pengajarannya banyak juga.

Sudah tentu ada hikmahnya. Tinggal kita saja yang perlu memikir, mentafsir dan bertindak.

van qif said...

Salam,

1st time ziarah sini,..saya pernah terbaca dalam artikel dalam paper utusan mengenai "kun fayakun" sememangnya ALLAH sang pencipta yg kholiq..tetapi dalam artikel tu turut disebutkan, segala sesuatu dijadikan dengan sunnatullah, contohnya tak mungkin seekor semut bertukar menjadi seekor gajah, wallahualam...ilmu tuan lagi tinggi..kongsilah dengan kami

Ibnurashidi said...

van qif...

Salamalaik..

Terima kasih kerana pertama kali ziarah sudah mampu berkomentar di sini.

Seperti yang saya sebutkan dalam komen balas kepada Khairi bagaimana kefahaman tentang Qada' dan Qadar itu berlaku. Seperti yang akhie sebutkan pula tentang contoh semut tak mungkin menjadi seekor gajah itu benar. Kerana Qadar Allah menetapkan begitu. Tetapi, itu tak bermakna Allah tidak mampu mengubah sesuatu kepada suatu. Allah berhak ke atas makhluknya.

Semoga Akhie faham contohnya.

van qif said...

Syukran jazillan,

ALLAH jua yg beri faham...dah baca komen pada khairi tu..

Semoga ustaz termasuk golongan yg menyebarkan ilmu..

Kalu balik malaysia nanti boleh ler kami semua menuntut ilmu ngan ustaz yer..

Ibnurashidi said...

van qif...

Afwan..barakallahhu fik. Akhie juga sudah faham erti 'kun fayakun' itu sebenarnya.

Amiinn, sangat berharap tergolong sama.

Insya'Allah..akhie tinggal di mana?

Khairi Mohd said...

salam syeikh,

alfun mubarok. jazakallah. sungguh tenang dapat bersahabat dengan satu hati yang penuh dengan ilmu. sungguh duka bila dikelilingi hati-hati yang busuk dengan maksiat.

cepat2 balik ke tanah air. muda mudi kita perlukan suara anta.

van qif said...

saya menetap di KL, kat Kl memang lah orang kata banyak benda tak elok...tapi pada saya kat KL ni la tempat menimba ilmu agama paling banyak..pergi je la ke mana2 surau dan masjid...insyallah ada kelas pengajian...sampai sorang ustaz tu cakap, dia dah tak cukup tangan..ada saja permintaan..ialah kami semua dahagakan ilmu...

DAMAI said...

salam buat kamu ibnurashidi...

maaf damai link entri ini di sejdahijau....terima kasih ya^^

Ibnurashidi said...

Khairi...

Salam Akhie. Benar sekali, kerana sahabat yang baik itu penawar jiwa. Manakala kawan jahat tentu sekali sedikit sebanyak akan mencalitkan kekotoran noda dan dosa. Berhati-hatilah memilih rakan.

Insya'Allah, tanggungjawab sebesar gunung inilah yang menggetarkan jiwa saya untuk memikul.

Ibnurashidi said...

van qif...

Oh, macam tu ya. Baguslah kalau kelas pengajian menjadi destinasi akhie setiap hari. Saya doakan semoga ditambahkan ilmu serta dikuatkan iman untuk menempuh hidup sehari-hari.

Ramai graduan Pengajian Islam yang dah pulang ke Malaysia sebenarnya. Mungkin mereka dapat membantu. Terkadang saya sendiri fikir, kemana menghilangnya graduan yang ramai-ramai itu.

Ibnurashidi said...

Salam buat kamu juga DAMAI...

Tafaddholi...dialu-alukan. Tiada hakcipta terpelihara untuk artikel saya. Hanya perlu letak link sahaja:)

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP