Perumpamaan itu 'Bagai Isi Dengan Kuku'

Friday, January 30, 2009


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Saya tertunduk membisu. Kesejukan. Jari jemari seakan membeku untuk menulis. Otak terus ligat berputar persis enjin sebuah motokar. Mengingatkan bait-bait kata masih berbaki melekat di benak minda. Secebis harapan agar hafalan itu tidak lupa supaya bebaris biru itu penuh dengan pena hitam saya. Biar sudah tiga lapis pakaian terlekat di badan namun hawa sejuk itu tetap menyelinap masuk ke rongga badan. Langsung membelai roma tengkuk. Asyik.

“Uuhhh, sejuk..sukarnyaa.” Hati seakan meronta-ronta.

“Ya Allah permudahkan urusanku…Allahumalthuf bina fitaisir kullu asir alaikayasir..Allahumma yasirlana fiumuri…” Sepotong doa kiriman ayah lewat SMS tempohari. Saya cuba praktikkan.

Dalam tercari-cari gambaran jawapan, terdengar beberapa suara garau menerjah kesunyian kaki lima. Ya, kaki lima kelas tempat peperiksaan itu berlangsung. Entah mengapa sebelum ini kedudukan peperiksaan di dalam kelas, tetapi tahun ini di kaki lima. Abaikan saja, asalkan peperiksaan mampu terlunas.

“Wallahii laa’a..Wallahhu azim!!” Jerit seorang pelajar Syria mempertahankan kedudukannya. Muka merah padam.

“Yaallah ta’al, ana syuf enta takallim!!Khalass..hatti wara’ keda..” Tengking penjaga peperiksaan. Beliau cuba menarik kertas pelajar Syria itu. Perbalahan kecil berlaku. Namun pelajar Syria itu tetap berdegil. Penjaga periksa ingin mengambil kertasnya kerana beliau melihat mereka berbincang sewaktu peperiksaan bermula.

Kornea melirik tajam ke arah mereka. Melihat apa yang berlaku. Setiap kali peperiksaan adegan ini turut muncul.

“Ahh…macam-macam karenah arab ni…kalau pelajar Malaysia atau Indonesia pasti sudah terlepas kertas jawapan ke tangan penjaga peperiksaan. Sama-sama arab seperti batu menghentam batu.” Fikir saya.

Saya sedikit terganggu. Namun mampu tersenyum melihat reaksi mereka. Sudahlah pening mahu menjawab. Dugaannya boleh tahan. Saya cuba tumpukan kembali ke sekeping helaian kertas putih itu. Beberapa baris soalan sudah mampu memeningkan kepala kami yang dhaif ini. Terasa sangat kagum dengan para pensyarah Al-Azhar bermain kosa kata. Mahu memahami soalannya sudah teruja minda, inikan mahu menjawab berjela-jela.


Peperiksaan di kaki lima...

Selesai menjawab di meja kayu berukuran 40cm×60cm itu. Saya semak kembali isi segala maklumat penting. 1269 angka giliran tertera di buku jawapan. Alhamdulillah. Terus melipat kemas lalu menyerahkan kepada Sang Murakib. Khalas. Moga ada rezekinya. Amin.

Aktiviti Pertama

Sistem pembelajaran di Universiti tertua di dunia ini hanya mengambil masa 7 bulan pengajian setahun. Selebihnya ialah cuti. Terpulanglah bagaimana mahu mencorakkannya supaya masa yang dikatakan emas itu sentiasa berharga nilainya.


 Sebelum dan selepas...

 Suatu petang…

“Malam ni ana nak bakar ayam dengan kawan ramai-ramai..bolehla nak join sekali..” Jemput Zul selaku teman serumah.

“Boleh ja..berapa ekoq semua?” Soal saya mahukan kepastian.

“5 ekoq ja, bajet panggil kawan dalam 11 orang termasuk ahli bet..”

 
 Bergambar kenangan...
 

Malam itu kami beserta 5 orang teman bertungkus lumus menyiapkan juadah Ayam Percik digandingkan dengan Nasi Minyak dan beberapa jenis makanan ringan yang lain. Turut tersedia strawberi segar sebagai pencuci mulut. Operasi membakar ayam itu dilakukan bermula selepas solat Isyak. Lokasinya terletak di atas Sutuh (bumbung bangunan).


 Strawberi di musim sejuk...

Desirin angin malam melancarkan operasi membakar kerana tenaga untuk mengipas tidak diperlukan. Indah sekali beratapkan kelam malam tiada berbintang. Mujur neon bersuluh mengganti purnama. Seri malam menerbitkan sebuah ikatan ukhuwah terpatri kemas.


 
 Ayam percik versi bujang...

Konklusinya, saya mengharapkan 1 bulan mendatang mampu terisi kegiatan dan program berharga. Kerana saya masih dahagakan ILMU dan PENGALAMAN buat modal PERNIAGAAN kelak. Kedua-duanya terikat antara satu sama lain. 'Bagai isi dengan kuku'.



Ibnurashidi
10:37 PM, 28 Januari 2009,
Siberbay, Tanta.



"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

47 komentar:

Tirana said...

Salam Farid..

Mata kak tirana tertumpu pada ayam percik tu saja..Tiba-tiba perut bergelodak terasa lapar. Melihat ayam yang telah dipanggang membuatkan kak tirana terpaksa menelan air liur..Tak sangka orang bujang pun pandai masak ayam percik. Buah strawberi tu pun tak kurang menggoda rasa. Kalau lah dapat barang sebiji dua..tentu makan sampai terpejam mata..hehehe..

Mudah-mudahan Farid lulus dengan cemerlang dalam setiap peperiksaan dan pulang ke Malaysia seberapa segera untuk berbakti pada keluarga dan masyarakat di sini.

sonata anak kancil said...

Semoga lulus dengan cemerlang...Saya pun sedang menyiapkan esei untuk peperiksaan PTK yang akan berlangsung +- 3 minggu dari sekarang...Ni macam open book test jugak. Aduhai, open book test ni, rasanya lebih sukar kalau banding jawab on the spot!Esei ni pun carry for the marks jugak + kursus + exam at the end of the course.

Unknown said...

Assalamualaikum.

1. Dah mula exam ye? Susah ke soalannya? Dah tu ada gangguan pulak dlm dewan exam. Bersabar ya, usahakan yg terbaik. Semoga lulus cemerlang.

2. Sungguh menggoda sekali BBQ nya.

nohas said...

Salam..

Ayam percik versi bujang pun nampak sgt menyelerakan, mkn lak dgn nasi minyak..hilang segala tension exam ye..nak berniaga apa ye?? Wishing you success in your future undertaking, InsyaAllah..

az said...

Salam..

Sedapnya ayam percik tu. Apa rempah ratusnya?
saudara, nak minta tolong sikit.
Out of topic ni.
Pernah tak terdengar nama Syeikh Yusuf Al-Hajj Ahmad?
Saya ada beli buku Ensiklopedia Kemukjizatan Sains dalam Al-Quran & As-sunnah.
Isi2nya menarik.
Saudara pernah terbaca buku tu tak?
Sesetengah orang berpendapat berhati2 dalam membeli buku yang ditakuti penulisnya orientalis.
Saya tak cukup ilmu untuk membezakan corak penyampaian seorang ilmuwan Islam dan orientalis ni.
saya tak tahu camane nak buat ayat dalam bentuk soalan.
Wajarkah saya terus membaca buku tersebut?

DAMAI said...

salam buat yang enak menjamu ayam percik...

amboi2...sedapnye makan....meh hantar sikit kat ukraine ni ^^

semoga impian dan harapan kamu tercapai ^^

Anonymous said...

Salam ziarah,

Moga kehidupan bertambah berkat dan sentiasa di permudahkan Allah,

Teruskan usaha menimba ilmu ^^

Ibnurashidi said...

Kak Tirana...

Jika mata sudah melirik ke arah ayam percik itu, saya syorkan jangan ditunggu lagi. Belilah ayam di kedai berdekatan lalu cuba bakar dan percikkan. Pasti tersenyum mereka yang menjamahnya:)

Buah strawberi itu sungguh manis kemasam-masaman, sehinggakan bukan saja mata terpejam tetapi berkerut kening. Baunya sangatlah harum.

Aminn Ya Rabb..makbulkanlah doa mereka Ya Allah..

Ibnurashidi said...

sonata anak kancil...(bunyi spt winter sonata ya)

Amin..harapannya kamu juga begitu. Teringat ketika belajar di IPT dahulu. 4 bulan 1 semester pasti busy dengan asignment, test, presenttion, quiz untuk mendapatkan carry mark yang tinggi. Bahkan markah kehadiran juga diambil kira. Paling memeritkan otak ketika menyiapkan sebuah tesis bertajuk "Pemikiran, Sejarah Ibnu Khaldun"

err...PTK itu apa ya?

Ibnurashidi said...

Kakchik...

Wa'alaikumsalam...

1.Sudah pun tamat examnya. Minggu lepas. Dalam bulan 6 ini bakal bertandang exam fasal 2 pula. Soalannya tidaklah sukar jika tahu caranya.

2.Nampaknya semua mata tertumpu pada BBQ itu ya..hehe. Silap hari bulan Kakchik juga pasti memercik ayam dan menyiarkan di blog barangkali:)

Ibnurashidi said...

orangbukit...

Salam..Sungguh menyelerakan. Apatah lagi semuanya free. Bak kata kedai yang diboikot "sedap hingga menjilat jari". Siapa bilang orang bujang tak pandai memercikkan ayam:)

Berniaga?..plan yang bagus. Insya'Allah nanti.

Wishing you success in your future undertaking, InsyaAllah..

Makbulkan doa ini Ya Allah...

Iliana said...

owh..minggu peperiksaan ya. semoga berjaya semuanya ya.

erm..apa pun, boleh tak sekiranya sebarang kata berbahasa arab itu diterjemahkan juga. agar semua mampu memahaminya. terutamanya orang seperti saya yang tak faham bahasa arab. hehe..

arsaili said...

salam..all d best untuk exam yer..waaa sedap sekali ayam percik tuh

Ibnurashidi said...

Az...

Salam..memandankang ada yang meminta rempah ratusnya. Saya buka sedikit peluang sesi masakan di sini..

Ramuannya:

Bawang putih
Bawah merah
Bawang besar
Halia
Serai
Cili kering

Semuanya diblander sehingga lumat. Sukatan kalau ikut orang bujang, sesedap rasa. Tak sedap maknanya silap sukatanlah tu.

Tumiskan semuanya sehingga kekuning kuningan..dan baunya semerbak satu rumah. Bukalah tingkap jika tak mahu kelemasan. Masukkan Pati sos tomato, air kiub ayam, garam, gula. Siaplah rempah percik.

Ayam boleh diperap dengan serbuk jintan manis/putih dan kulit kayu manis. Letak sedikit madu pasti rasanya amat lembut. Boleh juga diperah air asam limau nipis.

Bakar ayam tanpa rempah, kemudian celupkan ayam itu. Bakar sekali lagi. Renjis-renjislah santan@minyak menggunakan serai di atas ayam percik itu. Pasti satu kawasan kampung akan menyedut wangiannya.

Selesai.

Dan bagi persoalan yang kedua pula berkenaan buku itu. Saya belum pasti siapa penulisnya. Wallahhua'lam. Belum membacanya lagi.

Berkenaan kewajaran membaca, kamu boleh membacanya sebagai pengetahuan. Tak semestinya kamu akan menerima bulat-bulat. Cuba ambil masa untuk mengkaji penulisannya. Kemudian kaji siapa penulisnya.

Orientalis cukup banyak kini, kadang-kadang kita kepeningan mahu menentukan kesahihannya. Tetapi, jika kamu banyak membaca buku-buku dari kalangan ulama' muktabar pasti dapat membezakan siapa orientalis. Hati-hatilah. Dakyah Kristian amat berleluasa sekarang.

Ibnurashidi said...

DAMAI...

Salam bakal Dokturah...tunggulah sehingga saya mampu membuka sebuah Restoren Ayam Percik..pasti kamu boleh order melalui talian:)

Amiin....Ammminn.

Ibnurashidi said...

AsNiza...

"Moga kehidupan bertambah berkat dan sentiasa di permudahkan Allah.."

Doa ini juga saya mengharapkan Allah memakbulkan..Aminn.

Ibnurashidi said...

e-leeyana...

Nampaknya kamu juga tidak tahu yang sekarang saya sedang bercuti. Baru saja selesai peperiksaannya.

Ada permintaan lagi. Maafkan saya jika kamu tak memahami. Baiklah..saya sertakan sedikit maknanya.

“Wallahii laa’a..Wallahhu azim!!”

Demi Allah tidak, Allah Maha Hebat@Mulia dll..digunakan sebagai lafaz sumpah.

“Yaallah ta’al, ana syuf enta takallim!!Khalass..hatti wara’ keda..”

Sila beri, saya lihat kamu bercakap..sudah!berikan kertas itu..

Murakib : Penjaga peperiksaan.

Khalas : Selesai@Sudah.

P/S : Seperti menterjemah filem pula ya.

Ibnurashidi said...

arsaili...

Aminn..Aminn...sangat berharap pada mu Ya Allah..

Mahu mencuba?ada resepinya di atas:)

anumz sarah said...

salam ibnurashidi,

pengalaman menarik di Al Azhar. Seronok anum membaca. Hai kalau sdg merantau seperti anta,takkan anum lepaskan pengalaman dan pengisian ilmu yg sgt digemari. Bakar ayam percik lagi... bakal menjadi kenangan indah andai sudah pulang berkhidmat di sini.

Terus menulis ya ibnurashidi. Ada yg sdg berkongsi kemanisan pangalaman dan ilmu tetapi tak mampu seperti sy ini.

Salam
Anum yg kerdil

Ibnurashidi said...

anumz sarah...

Salam..sungguh menarik. Sehingga tertarik. Jika kelapangan, merantaulah bersama mahram jika wanita. Pasti memberikan sesuatu yang bermakna. Membakar ayam percik di atas sutuh sangatlah mendamaikan. Terlihat neon berkelip di malam hari.

Kamu juga mampu Insya'Allah. Setiap manusia ada kelebihan tersendiri.

Awrapurnama said...

maattaufiq wannajah..
:)

Anonymous said...

Salam.. Berbahgianya bila bce entri ni.. Walaupn di perantauan tp penuh dgn keindahan persahabatan.. Siap percik ayam,buat ns minyak segala ek.. Bukan sebrangan bujang ni:-).. Pepun wish u Semoga B'jaya dalam Semua Paper yg Diambil dan Cepat2la balik M'sia... Amiinn..

ateh... said...

wah sedap nye makan...dok mesir memang best pun...ramai kawan2..kat cni pun mcm tu jugak..moga najah tau

az said...

Terima kasih banyak2 resepi itu.
Macam nak carik ayam sekarang jugak.
Resepi kambing ada tak?
Hehehhe..melampau pulak permintaan tu.
Terima kasih juga ulasan tentang buku .
Az rasa suka baca buku tu.
Kalau saudara tentang penulisnya, bagitau ye.
Salam perantau!

Tie said...

Semoga terus berjaya...

Tu makan2 amatlah menggoda..hi hi..

Nanti senang mailah ke blog akak ambil award, ye..

sonata anak kancil said...

PTK maknanya Penilaian Tahap Kecekapan. Kalau dah kerja nanti, kena ambil periksa PTK, nak naik gaji ke tahap tinggi cara cepat / pangkat. Dulu2 gaji SSB ada melintang/menegak, sekarang dah tukar cara. Kalau lulus 4-4 ( ada 2 papers), dapat naik gaji / ada rezeki ditawarkan pangkat.Jika dapat 4 kebawah, gaji biasa aje lah naik setiap tahun.

Semua kakitangan kerajaan digalakkan ambik PTK, tak kena bayar pun, ambik aje lah, mana tahu: untung sabut timbul, untung batu tenggelam...

Nur said...

wah!

sejuk bukan? sini sudah sangat sejuk, hampir beku otak saya...strawberriesssssssssssssssssssss....sedap nya....kami sudah lama tidak nampak, tak tau la production kurang atau demand tiada di durham ini..apa2 pun...good luck for the exams (kalau masih ada exams!)

Anonymous said...

Awrapurnama...

Semoga doa itu termakbul..Rabunna yu naggah.

Anonymous said...

Salam Nur_syahadah...

Kamu mengerti apa yang saya maksud dalam makna 'Bagai isi dengan kuku itu'. Saya meletakkan tajuk itu kerana terdapat dua makna pertamanya tentang erti persahabatan dan yang kedua ialah Ilmu dan pengalaman.

Bujang senang:)..Insya'Allah semoga Allah memberikan rezeki serta memperkenankan doa hamba-hambanya.

Ibnurashidi said...

ateh...

Amin..semoga ateh juga najah dalam peperiksaan akan datang atau yang sudah lepas..

Ya, di sini pelajar Malaysia saja dah mencecah ribuan. Tambah pelajar medic lagilah ramai.

Ibnurashidi said...

Az...

Sama-sama. Skoda jah (bak kata ore kelate)..
Resepi kambing?mudah saja..karikan kambing mengikut citarasa kamu..saya yakin, ianya tidaklah terlalu sukar kerana masyarakat melayu sangat terkenal dengan kari dan gulai.

Insya'Allah..teruskan membaca. Selepas membaca cuba fikir dan fikir semasak-masaknya. Tak faham boleh bertanya kepada sesiapa yang arif.

Ibnurashidi said...

Tie...

Juga buat k.tie sekeluarga. Berjaya dunia dan akhirat. Tengok saja sudah menggoda, belum lagi menjamu selera:)

Insya'Allah..

Ibnurashidi said...

sonata anak kancil...

Oh begitu, maknanya sesiapa yang mahu kenaikan gaji atau pangkat perlu bertungkus lumus menjawab dengan cemerlang ya..semua sektorkah?kerani,guru,akauntan dll?

Maaf bertanya, kerana saya belum pernah menjadi kaki dan tangan kerajaan.

Banyak benar sistem peperiksaan diamalkan di Malaysia. Jujurnya saya kurang gemar peperiksaan yang banyak-banyak:)

Ibnurashidi said...

Fakhzan Marwan...

Sangat sejuk sehingga snow turun dengan lebatnya bukan?lalu perlu menggunakan duvet itu dengan jaya serta bijaksana.

Mungkin strawberi di sana sudah diprodukkan menjadi jem barangkali. Musim sejuk kali ini juga agak kekurangan strawberi. Mujur masih berbaki.

Insya'Allah exam fasal dua pada bulan 5 dan 6 nanti.

kawaii_desu said...

Salam ziarah...

Camna exam ok ke? semoga semuanya baik2 sahaja...

sedapnya ayam2 tu semua..
aktiviti spt inilah yg mengeratkan sillaturrahim..

camne blh amik gambaq time tgh exam, sempat lagi posing ye :)

Anonymous said...

assalamualaikum..

Drpd kaca mata, sungguh enak ayam percik tak lupa juga strawberry segar tu..pasti rasanya juga enak..:)

semoga perolehi keputusan cemerlang..jika ada usaha, doa dan tawakal..insyaAllah ada kejayaan untuk akhie..:)

Ibnurashidi said...

kawaii_desu...

Salam..lama tak nampak?baru muncul kembali.
Alhamdulillah, exam baru saja selesai. Sedang bercuti dan menanti perkuliahan semester kedua.

Benar, segala aktiviti jika dilakukan sebaik mungkin akan menghasilkan natijah yg baik.

Oh, itu saya yang ambil gambar rakan tengah menulis. Ambil curi-curi:)

Ibnurashidi said...

nurhuda_cahayapetunjuk...

Wa'alaikumsalam..melihat dari kaca mata sudah enak belum lagi mencuba dengan menjamahnya.

Benar, resepi kejayaan mesti berusaha, doa, tawakkal..

Anonymous said...

salam..

bitaufiq wannajah! benar kata enta ilmu n pengalaman adalah bagai isi dengan kuku. ilmu adalah teori n pengalaman adalah amali...

Ibnurashidi said...

chocolate...

Salam, macammana dengan imtihan baru-baru ni?harap sama-sama najah ya..

Benar sekali tekaan kamu Mr chocolate..

Leenoh said...

Memasak itu salah satu kemahiran hidup yang tinggi nilainya.
Setiap org purlu ada kemahiran ini, kalau bnyak lg baik.
Syabas, anda ada kemahiran tersebut.

Wassalam

Ibnurashidi said...

Leenoh...

Ohh, memandangkan saya seorang lelaki yang berjauhan dari keluarga juga masih bujang. Jadi itu sudah menjadi tanggungjawab untuk memasak buat diri sendiri dan rakan-rakan. Tiada apa yang istimewa:)

Brahim Nyior said...

Wah, anda bercita-cita tinggi sebenonya.

"...DAMAI...

Salam bakal Dokturah...tunggulah sehingga saya mampu membuka sebuah Restoren Ayam Percik..pasti kamu boleh order melalui talian:)"

Saya doakan.

Kata isteri saya, hampir semua siswa di Mesir sangat pandai memasak.. Betoi lah tu...

Balqis said...
This comment has been removed by the author.
Balqis said...

Wah, sudah habis examkah ustaz? sekarang bercuti rupanya, ya... begitu

(sempat lagi mengukur ukuran meja di kelas?)

Rajinnya berbarbeque... di atas sutuh? seperti novel AAC pulak adanya adengan itu. Apa-apa pun moga masa yang ada terisi sebaik mungkin, InsyaAllah. Pemuda pemudi dibunuh oleh masa lapangnya yang tidak digunakan.

wassalam.

Ibnurashidi said...

Brahimnyior...

Cita-cita nampak macam tinggi tapi entahlah mampu dicapai atau tidak. Harapnya semua yang dicita-citakan terlaksana kelak.

Isteri Cikgu bekas Mahasiswi Al-Azhar ye?..biasalah cikgu, mahu berdikari beginilah keadannya.

Ibnurashidi said...

BalQis...

Alhamdulillah examnya baru sahaja habis. Mengukur meja itu secara sambilan..hehe. Sedar juga kamu ye. Di sana belum exam ya?

Ya, ada seorang teman berkomentar begitu juga. Katanya seperti novel AAC. Tetapi bezanya kami makan di dalam rumah kerana atas sutuh gelap dan sejuk.

Benar sekali kata-katamu itu. Saya menyokong 100%.

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP