Download Percuma : Pengajian Minhajut Talibin Imam Nawawi (1)

Friday, January 30, 2009


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Buat pertama kalinya dalam entri saya, ingin saya kongsikan sesuatu buat kalian pembaca budiman. Semoga dengan perkongsian ini memberikan manfaat yang besar kepada kita semua dalam mempertingkatkan ilmu dan thaqafah. Untuk permulaan ini saya hanya menyediakan 10 rakaman berformat MP3 serta boleh didownload secara percuma. Rakaman Mp3 ini berkisar tentang pengajian ilmu fekah bermula dari asas (Bab Toharah) menggunakan kitab Minhajut Talibin. Sessi pengajian kitab ini telah dikepalai oleh Al-Fadhil Ustaz Aqli bin Ahmad. Beliau merupakan lulusan M.A Al-Azhar (Mumtaz) dan kini menjadi tenaga pengajar di Kolej Universiti Insaniah. Beliau juga salah seorang guru yang pernah mencurahkan ilmu kepada saya suatu ketika dahulu. Alhamdulillah. Semoga Allah SWT memberkati beliau.

Harapan saya, semoga kalian dapat mempelajari sebaik mungkin. Insya’Allah sedikit sebanyak membantu mempertingkatkan ilmu serta amal ibadat dalam kehidupan seharian. Rasulullah SAW sendiri pernah menuturkan kalamnya:-


عن أنس بن مالك رضى الله عنه، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : طلب العلم قريضة على كل مسلم (رواه إبن ماجه)

Maksudnya : Daripada Anas bin Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Menuntut ilmu diwajibkan kepada setiap muslim.” (Riwayat Ibnu Majah)

عن ابن عباس رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إذا مررتم برياض الجنة فارتعوا. قالوا : يارسول الله وما رياض الجنه؟ قال : مجالس العلم (رواه الطبرانى)

Maksudnya : Daripada Ibnu Abas r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila kamu melalui taman-taman syurga, maka duduklah kamu bersama (sama-sama menikmati, makan dan minum di dalamnya), lalu sahabat bertanya : Wahai Rasulullah SAW, apakah dia taman-taman syurga? Baginda bersabda : Majlis-majlis ilmu.” (Riwayat at-Tabrani)

Sebarkan ilmu biar berterbangan serata alam!


Anda boleh klik untuk mendownload :-




Ibnurashidi
2:48 PM, 30 Januari 2009,
Siberbay, Tanta.


"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

8 komentar:

Iliana said...

salam..terima kasih atas perkongsian ini. diharapkan semua dapat memanfaatkannya bersama-sama. (^_^)

Ibnurashidi said...

e-leeyana...

Salam..Sama-sama, itu yang kita harapkan. Kutiplah pahala sebanyak mungkin kerana kita tidak tahu status kita bagaimana di sana. Semoga Allah meredhai hidup para guru-guruku, ibu bapa, alim ulama', muslimin muslimat sekalian.

Tirana said...

Salam Farid..

Terimakasih kerana berkongsi..InsyaAllah nanti kak tirana download. Benda free memang sedap..hehehe

Ibnurashidi said...

Salam Kak Tirana...

Jarang nampak berkunjung ke sini sekarang..apapun terima kasih ya!
Ye, sungguh sedap...silakan mendapatkannya.

Ibnurashidi said...

Harap Maaf, ada sedikit masalah teknikal untuk mendownload.

Ibnurashidi said...

Rasanya dah boleh download. Kalau ada masalah lagi boleh bagitahu saya segera.

Anonymous said...

Salam.. Time ksh sudi berkongsi.. Kagum je rasa:-).. Semoga usha yg dibuat dibls dgn gnjaran yg hebat disisiNYA..

Anonymous said...

Nur_syahadah...

Salam alaik..Alhamdulillah segala puji milik Allah SWT yang menciptakan manusia dari setitis air yang hina.

Aminn..

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP