Senandung Kerinduan Kampung Halaman
Tuesday, January 27, 2009
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
Memori itu masih tak luput dalam kotak minda. Biarpun hawa membahang di kota lama Siwa. Atau sesejuk lambaian puncak thur sina. Langsung tidak terkesan pada ingatan tempat kelahiran tanah tumpah darah tercinta. Terkadang tika memori itu menggamit tiba, terasa menyesakkan dada lantas menghempas gelora di relung jiwa. Segalanya tergambar ketika tujuh warna itu mula tersimbah di atas hamparan bebenang putih. Lalu mencorakkan ilustrasi nan berseri. Kerinduan sekelumit sehari-hari terus menerus bercambah tidak tertepis lagi.
Ingat lagi, sebidang tanah hijau itulah menjadi saksi saya berlari menerbangkan lelayang di awan impian. Jalur aliran sungai itulah tempat saya menyelami erti kehidupan. Titis-titis susu putih getah menakung secawan rezeki lewat fajar memancar tatkala ditoreh ibu tersayang telah mengajarkan saya erti sebuah perit pengorbanan. Jerih keringat seorang insan bernama ayah berpanas terik mentari dan terbias rembesan hujan mencari sesuap nasi tidak pernah sama sekali dilupa. Wajah-wajah riang saudara sedarah bersenandungkan keindahan berkeluarga. Pasti tak luput ditelan masa. Yakinlah, sepicing kenangan itu pasti berpadu kembali. Nantikan kepulangan anakmu.
Dengarkanlah sebuah dendangan yang membuatkan saya menulis dua perenggan di atas.
Kampungku
Kehijauan padi nan terbentang
Nun jauh mata yang memandang
Segarnya air di peringi
Segar lagi memoriku ini
Pohon kelapa melambai-lambai
Bagai menyambut ku pulang
Desaku yang tercinta
Rinduku tak terkata
Bertemu ayah dan bonda
Desir angin pun menyapa
Mengimbau kenangan kian lama
Atok nenek dan jua sanak saudara
Berkumpul bermesra bergurau senda
Bersyukurku pada yang Esa
Anugerah keluarga bahagia
Kampung yang indah dan permai
Terpanggilku bertafakur dengan segala ciptaannya
Kerana semua yang diciptakan Allah
Pastinya tiada yang sia-sia
Suasana inikan pasti kembali
Terlihat anak-anak kecil berlari
Atok dan nenek melihat sambil tersenyum
Girang terpandang cucunya sendiri
Bila suara azan bergema
Bersegera seluruh keluarga
Sembahyang berjemaah berwirid dan berzikir
serta berdoa menadah kehadrat-Nya
Di dalam lembayung iman dan rahmat dari-Nya
Kan dilimpahinya sentiasa
Tawa riang, terdengar memecah sunyi
Rumah atok, bayangkan ada kenduri
Nenek gembira, setelah sekian lama
Rumah yang sunyi kembali berseri.
Tajuk : Kampungku
Lagu dan Lirik : Zulfan
Ibnurashidi
8:12 PM, 27 Januari 2009,
Siberbay, Tanta.
"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."
43 komentar:
Nanti dah balik M'sia, rindu pula kat Mesir...pengalaman & kenangan memeriahkan hidup..
orangbukit...
Hehe..biasalah bila dah bertahun berjauhan teringat juga kampung halaman. Tambahan sekarang tengah bercuti. Kerana adanya pengalaman di suatu tempat itulah membuatkan ingatan kita terus melekat.
Indah nukilan org yg kerinduan. Mcm kata org bukit,bila dh pulang rindu pd Mesir. Anta bertuah,dpt menimba ilmu dekat dgn tempat kelahiran Baginda. Andai punya kekuatan,ingin benar menjadi mujahid ilmu dekat dgn kota seribu menara. Allah punya ketentuanNya.
Salam perantauan,
Anum
Assalamualaikum wrwb,
Camar yang hilang terbang tinggi,
Jauh berkelana menuntut ilmu,
Buat yang sedang rindu menanti,
Sepicing kenangan pastu bertemu.
Mudah2an imtihan kali ini najah. Nanti leh balik malaysia.Doakan ana juga yer..kuar result akhir bulan Feb. Take care and peace love in Allah.
Salam Takzim..wassalam
salam...
Membaca bait demi bait puisi dan 2 perenggan tu..mmg indah sekali. Terbayang keindahan kampung yang dimaksudkan. Tentu tenang..indah pemandangan kan..Sedihnya ana, tidak pernah lagi merasai keindahan kampung yang sebenar..Namun bersyukur tak terhingga di atas nikmat yang Allah beri..msh boleh hidup dengan aman, tenang dan bahagia...Alhamdulillah..
Wa'alaikumsalam srikandi kasih suci..
Nampaknya ada pantun pula:)
Fajar menyingsing di ufuk barat..
Camar pulang hatinya girang..
Sarang asalnya kembali di darat..
Namun tak lupa pengalaman yang bersirat..
Amin Ya Rabbal Alamin...Semoga makbul doa tu. Insya'Allah, man jadda wa jada. Allah yubarik fik..
Assalamualaikum..tuan rumah
Ehem-ehem..menarik sungguh topik bual,
bicara di muara air di kali,
dari seberang ingin menjual,
jangan loper untuk membeli.
Bayu menghembus mengiwir sepi,
Mencantas mazmumah membenih sayang,
Kenangan, ilmu , khazanah dicedok sesipi,
Ceria sungguh camar kembali ke gerbang.
salam ceria kembali :)
Assalamualaikum ustaz,,
bunyi entri kali ini macam dah nak balik bercuti ke Malaysia saje..
Beberapa kenalan ana di Mesir pun ada yang nak balik bercuti tidak lama lagi. Apapun, semoga kerinduan itu membuahkan sebuah pertemuan yang baik nanti.
p/s Beruntung orang yang mengembara seperti ustaz ni.
Wa'alaikumsalam...
Ohh..nampaknya ada konsep jual beli pantun rupanya. Tak apa. Saya cuba selesaikan.
Topik bersenandung perihal kerinduan
Gemanya bertempik memekik berdesir
Lumrah perantau nan berjauhan
Hakikatnya manusia itu adalah sang musafir
Pawana Nil berhembus senja
Debur pantai Cleopatra beralun sepi
Walau sudah digali namun serasa sekelumit saja
Kerana luasnya lautan ilmu ilahi
Ceria camar sayap menari
terbang tinggi melihat angkasa
Namun jangan dilupa insan dibumi
Kerana merekahlah camar ceria
Sekian...
p/s : boleh setara tu?
anumz sarah
Tuah ayam nampak di kaki tuah kamu hanya Allah yang tahu. Biar di mana saja kaki berderap dan berkelana kutiplah sesuatu..kerana ianya pasti punya hikmah disebalik..Malaysia juga banyak tokoh ilmuan yang pasti kamu boleh rujuki dan pelajari.
whitetulip...
Itulah kampung tempat kelahiran saya. Dimana?cukuplah sekadar ianya sebuah kampung. Namanya pasti saya mahu merahsiakan dari khalayak.
Terduga dengan secebis ujian, itu lumrah alam. Namun kita boleh jadikan sebagai batu loncatan untuk menggapai cita-cita setinggi bintang di langit.
USTAZAH-ENGINEER...
Wa'alaikumsalam...Oh tidak..cuti ini hanya mampu saya coretkan bait begini saja. Sekadar teringat benua asia tenggara. Saya tak semampu teman yang lain untuk pulang bercuti.
Pada asalnya mode saya coretkan entri ini dalam keadaan sentimental. Tetapi sudah terbalik menjadi ceria. Allahu Rabbi..:)
p/s : Kamu juga beruntang kerana punya kelebihan mengendali program rakyat.
Salam ziarah
Perenggan kedua tu hampir sama dengan saya walaupun yang menoreh itu adalah ayah saya.
Rindunya pada kampung~
Salam.. Indahnyaa.. Terasa betapa hebatnya kerinduan saudara pd kampung.. Bersabarlah,semoga berjaya dan dpt balik m'sia tahun ni..amiin..
P/s: nanti dah blik m'sia jgn menangis plak nk blik mesir :)
aduh sedap nya ayat kamu ni..terleka seketika ateh..hihhihi.jgn takut waktu balik tu akan tiba..hihihi
Assalamu'alaikum..
Salam kerinduan buat mereka yang jauh di kampung halaman. Kembalilah ke laman ayah bonda :)
salam buat sangperindu...^^
amboi...ada sesi berbalas pantun pulak kat sini...rasa seperti ingin bersama2 berpantun tetapi lain kali sahajalah ya..( tidak pandai sangat untuk bermain kata hehe )
merindulah sepuas2nya sekarang kerana bila sudah habis belajar nanti,insyaAllah sudah boleh bersua muka setiap hari...sudah hilang ni'mat rindu itu ^^
~~ tak sangka lelaki pun boleh rindu macam ni...ingatkan perempuan je yang sentimental hehehe ~~
Salam Ibnu,
Wah, kamu pernah menoreh kah? beruntung nya kamu,...saya seumur hidup tidak pernah berpeluang menjadi penoreh, nelayan dan pesawah...malahan memungut kelapa sawit jua tidak pernah, anak bandar bukan, anak kampung jua bukan...cita2 saya , ya, sebelum pulang ke 'sana' , mau menjejak kan kaki ke sawah! :D
SobahulKheir..
Dari perigi hingga telaga,
beri dua berbalas tiga:)ana cuba jawab kembali..
Maaf kerana lama menanti pantun dibalas:),
dengar yer...
"Berkias bahasa madah pujangga,
Senandung kerinduan kampung halaman,
Agama budi perlu dijaga,
Moga penjadi pendae' idaman "
Kerinduan bersenandung di alam maya,
Menyerlah sekurun ingatan garisan,
Kembalinya musafir membawa cahaya,
Tasbih syukur dalam hembusan"
"Tasbih syukur hembusan nikmat
Saat disapa embun purnama
Jangan dilupa bingkisan azimat
Tamsilan pada diri seluruh atma"
p/s bole setara agaknya :)
salam alayk ya ustaz..
cuti dah mulakan??2 bulan tak salah ana..selamat bercuti kalau balik ke kampung halaman.
Salam Hana...
Tentu kamu memahami bagaimana peritnya seorang penoreh getah bila harga getah turun ke rm1 sekilo. Tambahan musim hujan lebat pula.
Apa yang lebih menyedihkan, bila hasil getah itu dicuri orang. Perkara ini biasa terjadi kepada penoreh getah di kampung saya. Betapa susah payahnya seorang penoreh keluar sewaktu lepas subuh, pagi juga masih kelam, mengharung pacat dan nyamuk, memanjat bukit yang tinggi, terkadang ular dan babi berkeliaran. Tiba-tiba senang lenang si pencuri mengutip hasil titik peluh orang. Aduhh, kejam sekali!..saya yakin ayah kamu tahu hal ini.
Nur_syahadah...
Tidaklah begitu hebat, hanya sekadar ingat mengingat. Naluri normal samaada lelaki mahupun perempuan akan terkenangkan keluarga dan kampung halaman.
Harapannya, doa kamu akan termakbul. Amiin!!
Menangis?oh..terlalu sukar bagi seorang lelaki..hehe:D
Salam Ateh...
Terima Kasih kerana sudi menjenguk lagi. Jangan leka ye Ateh, nanti kamu juga terasa mahu pulang ke kampung halaman:)
Saya lebih takut mahu pulang ke kampung kerana tanggungjawab menggunung pasti mengejar laju...
IbnuNafis...
Wa'alaikumsalam..Insya'Allah, saya pasti akan ketemui mereka. Doakan semoga saya mampu meraih kejayaan pada tahun ini ya!
Salam buat DAMAI dan permai...
Sudah tentu..bila ada yang menjual pasti pembeli mahu membelinya. Kamu juga boleh sertai, tidak perlu yuran pendaftaran, hanya taipkan saja:)
Begitukah?Jarak Ukraine dan Malaysia itu jauh jugakan?..hehe.
Lelaki sentimentalnya agak pelik dan lain. Tengah sentimental sempat tersenyum:)..saya rasa kaum hawa tak begitu barangkali.
Fakhzan Marwan...
Salam..oh tidak..saya belum pernah menoreh. Bimbang pokok tercalar susunya tersekat. Emak juga pasti menggeleng kurang senang. Hanya sekadar pembantu emak mengumpul getah sekerap bila penuh guninya. Nelayan juga tak pernah, tetapi menjala ikan atau memanah ikan itu sudah laluinya. Bersawah?sekadar penonton:)
Cubalah, pasti tak akan menyesal seumur hidup.
Kalau bandar bukan, kampung pun bukan..dimana ya kedudukannya?
"cuti dah mulakan??2 bulan tak salah ana..selamat bercuti kalau balik ke kampung halaman."
Salam alaik...
Na'am, cuti sudah bermula. Lebih kurang begitulah lamanya. Insya'Allah jika selesai segalanya. Cuti 2 bulan mungkin tak sempat untuk berfikir tentang percutian di kampung halaman..
Nampaknya pantun memantun sedang berlaku...
Dengarkan..
Pagi-pagi minum air telaga,
Saya juga membalas tiga..
Madah pujangga jelas menerang..
Tersimpul bersirat sarat maknanya..
Agama Islam wajib dijulang..
Bukankah ia warisan Baginda tercinta..
Alam maya tiada sempadan..
Garis lebar membelah buana..
Dalam kesamaran masih kebingungan..
Siapalah Sang Musafir berbanding Pendita..
Pantai Iskandariah berpuput sipi..
Berhembus riang Aswan di selatan..
Azimat suci terjaga rapi..
Bimbang tercemar noda syaitan..
Sambal tumis ikan pekasam,
Pantun sudah berjaya dijawab,amacam?:)
Nampaknye sesi berdebat tak habis lagi ni...
Panorama indah dikala senja,
Pantun dibeli macam tak kena je...
Duduk bersimpuh si anak raja,
Opptss..gurau jer :)
Dengar baik-baik naa....
"Sepasang camar di ranting dahan..
Pujangga betah hidup berteman..
Adakah masih teguh di jalan ke-izzahan..
Wadah menjadi muslim beriman.."
" Bayu menghembus dingin malam..
Terciptalah rimba perjuangan perutusan..
Musafir berkelana berutus salam..
Tiada garis dapat terkesan.."
"Rimba kehidupan perjuangan panji..
Doa diutus pawana seraya..
Azamnya berakar melunas janji..
Keyakinan terpasak kerana percaya.."
Salam dari kota Cerry Cleopatra..
Salam Farid...
Kak su suka segalanya tentang kampung. Kenangan kenakalan zaman kecil masih segar diingatan. Tiba-tiba terasa nak join pantun gak... Tapi pantun 2 kerat, boleh?
Ayam dan itik bergelak ketawa
Indahnya kenangan mengusik jiwa
Anak bebiri melompat tinggi
Sejuk menggigil nak mandi perigi
Kasut dipakai terasa ketat
Rupanya katak sedang berehat
(dulu masa nak pegi sekolah waktu pagi, selalu ada katak dalam kasut. Geli!!!.. huhu)
Sejuk gedi mengayuh basikal
Segar merempuh kabus yang tebal
(sampai bulu mata pun jadi tempat singgahan kabus. Bila pejam mata, sejukkkk... dan segar sangat)
Anak dara melayan lara
Memotong getah mengikut bonda
(Suka ikut mak, sebab boleh kutip getah lebihan, kumpul utk buat bola. Tak mampu nak beli bola, jadi buat sendiri je bola tu.)
Sambungan rangkaian pantun ni ada kat blog kak su... bukan pantun ilmiah, sekadar pantun merapu melepas rindu pada kenangan lalu. hehe...
errrr...adakah ini kelas berpantun?
rindukan kampung ke? sabar sabar la ye..saya baru habis bercuti di kampung. makan limau mandarin hehe..saya juga sangat suka ke kebun (^_^) dan bermain-main dengan kambing ternakan pakcik saya. seronok! manja-manja belaka (^_^)
alamak, jadi sesi lain pula. baik saya minta diri cepat, takut jadi entri cuti saya pula di sini nanti..uiii bahaya tu ;p
Salam, sedang bercuti? Tak pe jauh berjalan, banyak pengalaman...hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, sentiasa dirindui...
sonata anak kancil...
Salam..alhamdulillah sedang bercuti. Betul tu, tapi di sini pun ada hujan batu juga bebaru ni..turun berketul-ketul sebesar guli..pengalaman pertama tengok hujan batu.
e-leeyana...
Hahaha, inilah dinamakan kelas pantun jarak jauh. Mahu turut serta?silakan.
Oh, perihal buah limau di sini juga banyak. Manis-manis pula. Pertama kali saya mendengar ada orang bermain dengan kambing. Mungkin meriah juga ya?
Tak mengapa, mahu tulis berjela-jela juga tak ada masalah. Asalkan tak melampau batas.
Pantun dibalas harus dibaca,
Semoga selamat sejahtera.
Indah senja bersilau cahaya..
Duduk termenung melihat pemandangan..
Walau tak kena tetapi ada makna..
Semoga dapat sama-sama fikirkan..
Hamamah putih bertenggek di dahan
Berpaut erat si teratai pagi
Keizzahan teguh kukuh bertahan
Barulah menjadi muslim sejati
Salam berterbangan serata alam..
Memecah sunyi gempita buana..
Tiada tahu empunya kalam..
Biarlah alam senyap berahsia..
Cekalnya azam tiada bertepi..
Melunas janji mengikat setia..
Bak kukuhnya benteng Qitbi..
Sealiran mata air 12 Nabi Musa..
Kelana sang sufi bertasbih zikir
Sempat menyinggah di kota seribu menara
Jawab pantun kena berfikir
Dua hari hamba mengambil masa
P/S : hehehe..bertambah sengit pesta pantun ya..
sedapnya baca ayat2 ni
teringat Malaysia! :)
PrinCeSs NuR...
Salam..sedap?semoga anda kenyang menjamahnya:)
Kak Suara...
Maaf, terlewat membalas. Maklumlah agak kekalutan sedikit 2,3 hari ini. Oh, boleh..silakan sertai.
Ayam itik berlompat berlari
Cukup masa kita buat kari
(Mak selalu sembelih ayam kampung buat lauk..sedaapp!!)
Anak beberi warnanya putih
Anak lembu baru nak bertatih
Kasut dipakai terasa sakit
rupanya ada pacat sedang mengigit
maklumlah, kalau pergi kebun pacat suka masuk dalam kasut dan gigit sampai berdarah..kena guna tembakau baru dia lari..hehe)
Mengayuh basikal ke sekolah di pagi hari
Last sekali basikal kena curi
(adooii..pengalaman paling tak best..pastu kena jalan kaki gi sekolah pondok)
Bola dibuat dari getah
Pagi-pagi hantar emak ke kebun sebelum pergi sekolah
(Bila ayah dah bagi naik motorlah..)
P/S : Sebagai respon pantun dua kerat kak su saya juga ada cerita ringkas berkenaannya..
Subhanallah, subhanallah...
Kerinduan yang teramat, bisa memuncakkan sejumlah kata-kata nan indah terkarang, kan?
Semoga pulang nanti ke Malaysia, segala kerinduan bisa dilepaskan, malah terubat sehingga sembuh luka rindu yang menderu-deru itu. Oh, jangan lupa juga, sampaikan salam saya kepada Malaysia!
BalQis...
Subhanallah, Alhamdulillah wala Ilahaillallah wallahhu Akbar..
Tidaklah terlalu amat rindunya. Cuma terkesan sedikit. Lalu cuba menuturkan beberapa bait kata. Belum mahu pulangkah?atau masih lambat lagi?Insya'Allah kalau diizinkan pulang tahun ini.
Belum mahu pulangkah?atau masih lambat lagi?
Saya pulang ke Malaysia tiap-tiap tahun, ustaz. Hihihi...
Usai sahaja periksa semester akhir selesai, saya dan kawan2 terus mengemas beg dan pulang. Ada praktikal di hospital Malaysia tiap-tiap tahun. Jadi begitu pun memilih antara dua, praktikal di Ukraine kah atau di negara sendiri, tentulah hujan emas di negara sendiri, hehe. Ustaz jarang-jarang balikkah?
p/s : Maaf saya bertanya, saya tidak faham p/s ustaz dalam latest entri di blog saya. hehe... bagaimana maksudnya tu?
BalQis...
Saya dapat mengagak kamu sentiasa pulang ke kampung setiap tahun. Mungkin kerana biasiswa yang tinggi barangkali. Jauh berbeza kami di sini, mahu mendapatkan zakat juga bersusah payah inikan pula biasiswa ribuan ringgit. Sabar.
Saya belum pernah balik sejak menjejakkan kaki ke sini. Beruntunglah kamu ye dapat pulang setiap tahun.
p/s itu maksudnya pertanyaan kamu seorang Doktorkah? jadi saya rasa kamu memang seorang Doktor. Betulkan?
Begitu...
Entah, mungkin juga kerana saya seorang perempuan, antara sebab seringkali mahu pulang ke kampung halaman. Biasiswa saya RM 300 (tambah tolak) untuk sebulan. Tetapi saya belajar di Ukraine, mata wangnya 100 USD=825 UAH. Sangat rendah. Berjimat juga sedikit2. Di Ukraine, tiada apa yang seronok pun kalau tinggal. Mesir, bukankah boleh pergi talaqqi dengan para ulama' musim2 cuti begini. Apa pun, saya tumpang bersimpati. Tak apa, ustaz, itukan namanya perjuangan. Ganjarannya besar bukan, menuntut ilmu ni, lagi2 macam ustaz yang tak pernah pulang2 ke kampung halaman. Saya memang tabik sama ustaz. saya doakan ustaz semoga sukses selalu belajar di bumi An'biya', ya! Allah ma'ak...
(sabar, ustaz, sabar)
Post a Comment