Sesuci Seruan Syurgawi (3)

Sunday, January 25, 2009


Isterinya terbunuh dibedil helikopter Apache ketika menghadiri usrah muslimat di Masjid Abdul Rahman, Gaza. Berkecai jasad bersama runtuhan batu bata menindan. Darah yang berlanyau terhambur bak wangian kasturi. Cebisan daging 12 muslimah menjadi mangsa kekejaman Yahudi Laknatullah berselerakan merata.

Mahu saja dicantas kepala-kepala zionis durjana itu serta merta. Namun ia tidaklah semudah berkata-kata. Abi perlu mengumpul kekuatan. Dalam celah kekalutan itulah dia bangkit membawa panji Islam kepahlawanan. Abi punya kelebihan berkat pembelajaran dari Ahmad Najmudden. Salah seorang syuhada’ di bawah organisasi Kataib Izzuddin Al-Qassam (sayap tentera HAMAS). Abi perlu melatih sebanyak mungkin hasil kreatif mencipta roket dan bom itu kepada anak-anak muda. Mujurlah Along sudah mengerti. Sempat diwariskan ilmu keramat itu buat anak sulungnya. Itulah yang dilakukan abi sejak gema Intifadha berkumandang 6 tahun yang lalu. Selama 6 tahun itu jugalah abi telah kehilangan Ruqayyah. Ibu kedua orang anak lelakinya. Sepenuh harapan menggunung agar anaknya bakal mewarisi perjuangan ini.

Manik-manik mutiara menakung jernih dikelopak mata. Gugur lagi. Lantas dia teringat sepotong kalamullah penyejuk jiwa berbunyi:


“Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.” (Ali-Imran : 169)

TIGA

Kepadatan penduduk kota menjadikan setiap masjid pasti penuh. Penuh melimpah ruah kerana ramainya umat Muhammad SAW yang masih setia mempertahankan kota suci al-Quds. Biarpun setiap jihat tusukan-tusukan tombak musuh menghujum tajam langsung tak memaksa umat bertempiaran lari. Itulah simbol kekuatan yang tergambar dalam riwayat kata-kata azimat baginda.

Raya Aidiladha kali ini tetap saja sama seperti tahun sebelumnya. Abi membawa anak-anak ke Masjid berdekatan bersolat raya berjemaah tanpa seorang ibu. Sesak, ripuh bersuara. Takbir raya bersenandung merdu tiada bernoktah menandakan masih wujud insan-insan beriman di bumi berdarah ini.

Abi tiba di perkarangan masjid bersama kedua orang puteranya. Tepat tekaannya, seawal pagi begini memungkinkan mereka mendapat ruang di dalam masjid. Biarpun pihak berwajib ada menyediakan ruang halaman masjid sebagai tempat bersolat buat jemaah yang kelewatan tetapi Abi lebih selesa di dalam. Lebih dekat bersetentang mata Imam lebih menusuk kalbu lontaran khutbahnya.

Turut tersedia ruangan jemaah muslimat di sebelah belakangnya. Biasanya ibu mertuanya pasti turut hadir bersolat di masjid itu. Nenek kepada dua orang puteranya itu biarpun umur sudah mencecah 70 tahun namun masih kuat untuk menunaikan kewajipan Ilahi. Kuat juga memberikan kobaran semangat buat abi untuk terus berjuang menegakkan kalimah suci. Benarlah, jika jiwa islami sudah tersemat sedari kecil pasti jangkau umur tua bukan menjadi penghalang kepada bangunnya sebuah kebenaran.

Abi bersama kedua anaknya baru sahaja selesai mendengar khutbah Aidiladha. Bersemangat sekali khatib berpidato. “Hancurkan si kafir Laknatullah!! Jahanamkan mereka!!”. Gema suaranya masih terngiang-ngiang di corong telinga abi.

Sebaik sahaja melangkah keluar dari pintu masjid, terdengar suara memanggil mereka. Lantas abi memalingkan wajah ke arah terbit suara.

“Mustofaa!! Ya Mustofaa!!”

Abi terus mengajak along dan adik ke situ. Kelihatan seorang lelaki tua bertongkat memanggil mereka. Di sebelah lelaki tua itu terpacak tubuh nenek Maimunah. Senyum.

“Assalamualaikum ayah..Ibu..Selamat Hari Raya buat kalian.” Abi senyum lebar mendepakan tangan.

“Wa’alaikumsalam…Mustofa!”

Abi berpelukan dengan bapa dan ibu mertuanya. Along dan adik juga tidak melepaskan kesempatan itu. Pelukan erat tanda sebuah ikatan kasih sayang di antara atok dan nenek mereka.

“Selamat Hari Raya anakku…Oh, lama benar tak berjumpa ya..kamu apa khabar?” Bibir tua atok mengajukan persoalan. Terbit sinar gembira di wajahnya itu sambil menepuk bahu Abi.

“Alhamdulillah, sihat..macam biasa juga..ayah macammana?sakit pinggang dah hilangke?”

“Beginilah Mustofa..bila dah tua ni macam-macam penyakit tiba..hilang sakit pinggang muncul sakit belakang..” Atok mencekak pinggang lalu menumbuk manja kearah rusuk kirinya.

Along dan adik tergelak melihat telatah atoknya.

"Atok..nenek..Selamat Hari Raya ya!"

“Selamat hari raya cucuku.. hai, seorang ni nampak semakin tampan, yang seorang lagi bertambah gempal..” Nenek pula bersuara.

“Iyerlah tu nek..atok juga dulu tampan jugakkan nek?macam saya..hehe…” Sampuk Along.

Begitulah suasana mereka bila sudah bertemu. Ada saja gurau senda tergambar. Telatah cucu bersama atok dan nenek menghilangkan kerinduan abi pada ibu mereka.

“Haa Mustofa..alang-alang kamu dah bawa anak-anak kamu ni..apakata ajak mereka jenguk pusara Ruqayyah..” Getar suara atok di hujung bibir menyambung perbualan mereka.

“Boleh juga, kebetulan memang saya dah niatkan nak bawa mereka ke sana..ayah dan ibu jemputlah sama-sama kami kesana..” Pelawa abi.

Atok mengalihkan kedudukan tongkat. Anak matanya melirik ke arah nenek. Lalu menghela nafas panjang. “Tak apalah Mustofa, kamu jela bawa anak-anakmu ke sana..lagipun kami ada tetamu dirumah. Nanti jangan lupa datang juga ye..”

Abi mengangguk perlahan sambil menggenggam erat tangan atok. Seperti tidak mahu dilepaskan.

“Along dan adik jangan lupa atok dan nenek ye..jalan elok tu.” Sambung nenek Maimunah.

Mereka bersalaman. Along dan adik mencium tangan atok dan nenek.

“Insya’Allah nekk..mana boleh lupa atok tampan dan nenek ayu..hehe.” Along berseloroh.

Usai pertemuan ringkas itu, abi membawa kedua anaknya menyeberangi sebatang jalan menghala ke tanah perkuburan. Jaraknya tidaklah jauh dari Masjid Al-Fateh. Hanya beberapa buah imarah menghalang pandangan. Selang beberapa langkah meninggalkan atok dan nenek.

Tiba-tiba….


Bersambung...



"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

25 komentar:

Awrapurnama said...

tiba2 ape yeh..
;)
bru dpt gmbaran latar cerpen.bca cerpen ni dpt mmberi pembaca feel p'juangan mreka.mesti terasa sgt kehilangan org yg sgt disayangi.mati dbunuh.
lps ni blh di filemkan trs..
;)

Anonymous said...

Salam.. Saudara berbakat..buku kanlah.. Ada hasilnya nanti.. Insyallah

Ibnurashidi said...

Awrapurnama...

Baguslah...latar ceritanya saya cuba dapatkan kisah-kisah yang nampak real.

Sememangnya kehilangan seseorang dalam hidup merupakan suatu perkara yang sukar. Saya cuba gambarkan bagaimana situasi mereka yang kehilangan anggota keluarga selama berpuluh tahun penderitaan.

Filem?oh..jauh sangat cita-cita tu.

Ibnurashidi said...

Nu_syahadah...

Salam..terima kasih. Kalau ada rezeki dan kelapangan. Teruskan ye membaca:)

Uqbah Azam said...

salam.

saya belum baca lagi cerpen kamu.

hanya membaca maklumbalas dari orang ramai...

dan,
nampaknya kena baca sebab ramai yang memuji. heheh...

tapi, mungkin bukan sekarang.
lepas baca nanti, saya komen...

inshaALLAH,,,

Anem Arnamee said...

Salam ziarah..

indah2..menanti sambungan..;)

Ibnurashidi said...

nik uqbah...

Salam alaik ya Akhie..
Tak mengapa, blog saya bila-bila saja kamu boleh baca. Pujian itu bagi saya hanya satu perkara yang menakutkan..

Saya juga dah ke sana..Insya'Allah akan linkkan:)

Ibnurashidi said...

arnamee...

Salam..syukran..indah?pasti kamu akan merasai sesuatu selepas ini..

DAMAI said...

salam buat kamu yang tidak jemu2 menulis ^^

seakan geram dengan perkataan 'tiba2' itu...

pesan pada diri...bersabar menantikan sambungannya...

~~ keluarga itu sungguh bahagia...cemburu juga hati ini ^^ ~~

Uqbah Azam said...

ok. alhamdulillah.

saya sudah habis baca.

keseluruhan, memuaskan.

tapi,terasa macam cerita di tanah Melayu pula. latar masyarakat dan latar tempat macam perlu ditingkatkan pengaruhnya. barulah benar benar menjadi cerpen ni.

heheh. sekadar pandai mengomel. buat sendiri tidak reti. maaflah eh.

moga terus mantap. tidak sabar menunggu sambungan cerpen bersiri nii...

ouh ya, mabruk^_^

kin hashim said...

tiba2....agaknya ada watak yg bakal mengikut jejak allahyarhamah Ruqayyah... ? :). apa2 pun, menunggu2 kisah seterusnya.... selamat berkarya! :).

Iliana said...

tiba-tiba??? aduh..bersambung la pula..
sabar sabar..kalaulah ada di mana-mana web yang menceritakannya sampai tamat, dah lama saya download..nasib baik original di ibnurashidi..

Tirana said...

Salam Farid...

Ada sambungan lagi rupanya....boleh jadi novel barangkali..hehehe

Ibnurashidi said...

DAMAI...

Salamalaik..semoga dunia kembali aman damai.
Ohh..seakan geram tidak mengapa, jangan sudah geram itu menjadi suatu masalah.

Pesankan juga kepada yang lain kerana sabar itu sifat mulia.

Keluarga itu bahagianya sementara..pasti selepas ini kamu tidak cumburu lagi.

Ibnurashidi said...

Salam Akhi Nik...

Terima kasih kerana sudi membaca..Oh,tentang latar tempat itu cukuplah sekadar ala-ala kadar kerana bimbang menjadi sebuah novel pula. Maklumlah ini cerpen. Syukran, saya amat menghargai pandangan enta:) Teruskan memberi pandangan ya!

Sabar ya..seperti DAMAI.

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Tiba-tiba...

nampaknya saya kena tunggu sambngan seterusnya...:)

Ibnurashidi said...

Kak Kin Hashim...

Haii..sepertinya akak sudah tahu jalan ceritanya?waduh..sabar ya..

Ibnurashidi said...

e-leeyana...

Entri blog kamu juga punya unsur-unsur suspen:)
Insya'Allah selesai saya menulis cerpen ini, pasti kamu boleh mengcopy paste kannya..

Ibnurashidi said...

K.Tirana...

Nampaknya begitulah..sepatutnya ada laki beberapa part yang boleh diisi tetapi memandangkan bimbang menjadi novel maka saya terpaksa hazafkannya..

Ibnurashidi said...

nurhuda_cahayapetunjuk...

Tiba-tiba itu amat menggerunkan..nantikan selepas ini:)

Anonymous said...

tiba-tiba....

smua org bertepuk tangan...
dan cerita ini pun tamat..haha

teruskn menulis ya encik Farid..
slm dr ma'rad utk org seberbeyh~ (^_^)

Ibnurashidi said...

DrAlia...

Haa..tunggu episod akhir nanti kamu tepuklah tangan ya:)

Ma'arad kitab sedang berlangsung..ayuh segera ke sana!

nohas said...

Ooo..cerpen dari Semenanjung Gazzah...mati syahid cita-cita tertinggi..beruntunglah mereka yg dipilih olehNya..

Ibnurashidi said...

Orangbukit...

Yer, semoga keberuntungan itu kita jua merasainya. Kerana setiap muslim itu merindui akan indahnya menjadi syuhada'..syahid cita-citaku..

putera_ikhwan said...

Cerpan yang berkualiti....

InshaALLAH, banyak cara berdakwah dan berjuang...
semoga cerpen ini membangkitkan jiwa muda bakal syuhada yang masih tertidur.....

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP