Dua Situasi ‘Hebat’

Monday, January 19, 2009


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Situasi Pertama : Fenomena yang Menjadi-jadi

Sedar atau tidak kebelakangan ini kita telah dikhabarkan dengan beberapa laporan berita yang agak mengejutkan. Suatu fenomena yang menjadi-jadi. Fenomena apakah? Ya, seperti trend baru dikalangan masyarakat Malaysia.

Belum pun panas menghilang berita yang menggemparkan Kuala Terangganu baru-baru ini dimana seorang Juliet telah cuba mengorbankan dirinya untuk terjun dari bangunan tinggi. Menurut sumber menyebut bahawa Sang Romeo telah mengecewakan Juliet dengan mainan cintanya. Lalu mahu membunuh diri. Mujur kekasihnya datang memujuk kembali. Wah, asyik sungguh adegan romantis itu. Saya teruja!

Baru-baru ini, berlaku sekali lagi adegan terjun bangunan oleh seorang wanita. Laporannya tersiar di sini. Wanita itu juga bernasib baik kerana tidak ‘mati katak’ secara mengejut kerana berjaya diselamatkan oleh sepasukan bomba penyelamat.

“Dunia, dunia menggunung dugaan..
Dunia, dunia mengharung ujian..
Lantaran dosa, insan derhaka hukuman tuhan balas sentiasa,
zahirnya indah batin durjana tanpa panduan jiwa merana..”
(Al-Jawaher)

Situasi Kedua : Istisyhadiah yang Dikatakan Membunuh Diri

Situasi ini juga saya katakan hebat. Malah lebih hebat dari situasi pertama kerana ia bukan bermatlamatkan keduniaan semata, namun akhirat dijanjikan ganjaran berganda. Ianya juga mempunyai istilah ‘bunuh diri’ tetapi dalam ruang lingkup berbeza.




Takrif dan Hujah

Istisyhadiah berasal daripada kalimah Syahid. Dari segi maknanya ia membawa maksud perihal meminta syahid dengan mendedahkan dirinya untuk dibunuh atau terbunuh fi sabilillah. Dalam Bahasa Arab kaedah menyebut sekiranya ditambah huruf 'sin' dalam sesuatu kalimah membawa maksud permintaan ataupun kehendak.

Dalam masalah ini, di sana timbul perselisihan pendapat dan perdebatan di kalangan ulama dan juga ilmuan Islam. Terutamanya dalam masalah rakyat Palestin, Iraq atau sebagainya yang mana mereka telah mengorbankan diri dengan meletupkan bahan letupan di khalayak musuh Islam. Khususnya kepada Yahudi dan Amerika.

Sebahagian mereka mengatakan ia adalah istisyhadiah manakala sebahagian yang lain menyebut sebagai intihariah (bunuh diri). Justeru, marilah kita lihat hujah ilmiah berasaskan sumber wahyu dan sunnah bukan dari akal dhaif.

1. Islam sama sekali melarang seseorang membunuh diri atau bercita-cita melakukannya hanya kerana keduniaan samaada kecewa perniagaan, putus cinta dan sebagainya. Namun begitu, Islam menggesa umatnya untuk mati syahid serta berjihad di jalan Allah SWT.

2. Bahkan Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya mengkategorikan sebagai bunuh diri kecuali jihad melawan musuh-musuh Allah SWT.

3. Dalam peristiwa peperangan badar terdapat riwayat hadis membenarkannya. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

Dan demi diri Muhammad yang berada di tangannya, tiadalah seorang lelaki yang berperang pada hari ini mara tanpa berundur melainkan Allah akan memasukkannya ke dalam syurga.

Apabila salah seorang sahabat yang ketika itu sedang makan buah kurma mendengar hadis ini lantas berkata : Tiada yang menghalang aku daripada masuk syurga melainkan buah kurma yang masih ada di tanganku. Lalu dia mengambil senjata dan masuk ke dalam kumpulan musuh seorang diri sahaja dan akhirnya syahid.

Peristiwa ini disaksikan oleh Baginda SAW dan para sahabat yang lain tanpa seorang pun mengingkarinya. Ini menunjukkan perbuatan tersebut bukanlah perbuatan membunuh diri akan tetapi istisyhadiah yang Allah SWT bakal ganjari dengan syurga kelak.

4. Peristiwa ini juga pernah berlaku ketika zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq dalam memerangi golongan murtad. Khalifah telah mengarahkan Khalid al-Walid memerangi golongan murtad yang dipimpin oleh Musailamah al-Kazzab dalam sebuah kota.

Dalam peristiwa tersebut, muncul seorang pemuda bernama Thabit bin Qis bin Syamas membuat tawaran kepada Khalid bin al-Walid untuk mengorbankan dirinya. Dia berkata:

“Letakkan diri saya dalam manjanik (alat membidas dan melontar), untuk saya buka pintu dari dalam, lontarkan diri saya dan saya akan mengamuk di dalam kota sehingga saya membuka pintu kota.”

Akhirnya beliau berjaya membuka pintu kota dan memberi peluang tentera muslimin masuk menyerang. Beliau cedera parah dan mati syahid. Semoga Allah SWT merahmatinya.

5. Beberapa ilmuan Islam dan ulama’ telah memberikan pandangan dan fatwa mereka. Menurut Dr.Wahbah Zuhaili yang merupakan ketua Jabatan Fiqh dan Usulnya di Fakulti Syariah Universiti Damsyiq berkata ianya menjadi keharusan dengan izin Allah SWT dan menjadi keperluan syara’ hari ini.

Begitu juga pendapat Dr Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthi mengatakan bahawa kerja ini dibenarkan dalam Islam seratus peratus dengan syarat berniat untuk menghapuskan musuh.

Kesimpulannya

Melihatkan dua perbandingan peristiwa di atas, kita dapat simpulkan beberapa point penting untuk diambil faham. Bergantung kepada anda untuk menyimpulkan bagaimana. Bagi saya, situasi pertama ‘hebat’ kerana cuba menempah kediaman di neraka jahannam. Manakala yang kedua lebih ‘hebat’ kerana Allah SWT dan Islam menjadi cita-citanya. ‘Hebat’ dalam skop tersendiri tetapi makam dan ganjarannya jauh bagai langit dan bumi.


Rujukan : Suara Kampus Edisi Perak, Ogos 2002.


Ibnurashidi
11:00AM, 19 Januari 2009,
Siberbay.



"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

42 komentar:

Iliana said...

salam..

aduhai..bunuh diri itu sangatlah merugikan. apalah gunanya akal jika tidak dimanfaat. jika puncanya adalah 'cinta', musnahlah kesucian hubungan itu.

syahid fi sabilillah itu semakin kurang dalam jiwa setiap muslim dan muslimah juga kini. jika difikirkan, alang-alang berasa kecewa dan ingin pula membunuh diri, apa kata jika melakukan perkara bermanfaat di akhir hayat itu. iaitu, berjihad di medan perang. pengakhirannya sama sahaja kan. tapi, bab nawaitu tu, Allah s.w.t lebih mengetahui..

p/s: jangan pakai teori ni ya..hehe

Ibnurashidi said...

e-leeyana...

Tepat sekali bacaan kamu. Mengena pada sasarannya. Itulah yang saya risaukan, bimbang pemuda pemudi yang lemah imannya menjadikan bunuh diri sebagai perkara biasa. Kamu juga boleh lihat bagaimana jepun yang dikatakan maju itu menjadikan bunuh diri sebagai tempat melepaskan masalah. Angka kematian bunuh diri di negaranya amatlah tinggi sekali.

Pelik ya, bagaimana dia berani membunuh diri sedangkan umat Islam tidak berani untuk menyelamatkan Aqsa dengan Jihad..macam-macam.

Anonymous said...

Salam

Ahsanta ya akhi

InshAllah akan menyambung komentar ba'din.

Nafsah Dulajis said...

bunuh diri kerana dunia atau kerana akhirat...masing2 memilihnya...

Ibnurashidi said...

alqasam...

Salam..Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang menciptakan manusia dan alam. Tegurlah andai ada salah silap.

Ibnurashidi said...

khairaummah

Benar, kerana itu Islam hadir untuk menerangi kejahilan dari akar umbi sehingga ke pucuk.

cLoVer4miza said...

salam~

itulah dunia.. tak takut hilang nyawa krn hamba yg hina.. tp takut hilang nyawa di jalan Allah.. rugiiii~

Ibnurashidi said...

salam cLoVer4miza...

Kalaulah manusia tahu betapa dasyatnya siksaan mereka yang bunuh diri. Pasti akan rela menanggung susah hidup dari mati.

Anonymous said...

apa yang saya nampak dengan setiap yang ingin buat terjun tiruk gaya bebas ni ..sumenya masalah rumahtangga as second wife lah ..kekadang saya tertanya , adakah kerana perasaan insecure disebabkan dulu pandai melibas hak orang atau ketidakadilan dlm rumahtangga?? dan buat penerjun diri , saya rasa sewaktu ini , emosi menguasai logic akal dan kurang ilmu agama ..bukankah "tidak di duga manusia itu mengikut kemampuan dirinya"

DAMAI said...

salam buat kamu ibnurashidi,

satu kesimpulan dari damai yang dhaif ini...manusia sanggup melakukan apa sahaja demi sebuah makhluk yang bernama CINTA...

dengan cinta,nama kita disebut penghuni langit dan bumi.....dan dengannya juga,bisa sahaja kita menjadi makhluk yang dikeji...nauzubillah...

namun,jangan disalahkan cinta itu kerana buruk baiknya cinta terletak pada diri kita sendiri...Allahu a'lam.. ^^

Teja Suraya said...

salam...

org yang bunuh diri ni berfikiran cetek..hanya fikir kehidupan yg kononnya derita tu akan berakhir dgn cara ni..bukannya nak fikir cara nak selesaikan masalah...

jalan yg singkat selalunya hanya difikirkan oleh org yg cetek akalnya..

wallahualam...

cubalah dari bunuh diri dan mati sia2 tu, pergi berjuang ke jalan Allah..lagi bagus..mati yg Insyaallah akan mendapat balasan yang baik di akhirat sana..

Anonymous said...

Salam Farid...
Bila hati rasa derita, bila diri rasa keseorangan, bila penyelesaian tak muncul di minda, maka tak ada yg terlintas di fikiran, selain dari bunuh diri. Mudah, kan?

Orang yg tak rasa dirinya memiliki dan dimiliki Allah, memang mudah mengambil tindakan diluar kewarasan.

Mereka lupa Allah ada, Allah tempat bergantung. Meminta pada Allah, mmglah boleh dan Allah mmg suka. Tapi hanya tahu meminta dan tak tahu memberi apa gunanya. Ingat Allah tak cukup dgn begitu saja. Kena tunjukkan bukti dan kesungguhan.

Kalau masalah berpunca dari cinta, penyelesaiannya juga adalah dgn cinta. Tapi bukan cinta pada insan, tapi cinta pada Tuhan.

Ibnurashidi said...

thaliana_damia...

Maybe salah satu faktornya ialah pergolakan rumah tangga. Tetapi tidak dinafikan masalah muflis perniagaan, kecewa bersangatan atau putus cinta juga menyumbang faktor terbesar berlakunya tragedi ini.

Dalam masalah rumahtangga, apabila berlaku kejahilan ini yang memberi impak besar. Kalau dalam melibas hak orang lain kita tidak boleh salahkan satu pihak kerana pihak suami juga kadang-kadang sengaja wujudkan hal begitu. Pokok pangkalnya, jika tahu hukum hakam tak timbul masalah libas melibas dan kecewa lalu terjun bunuh diri. Bawalah bincang seelok mungkin, hargailah nyawa sendiri.

Ibnurashidi said...

salamalaik keDAMAIan..

Sudah terang lagi bersuluh..tetapi kerana tersilap pilih menjadikan CINTA itu terpesong ke jurang kedurjanaan..Nauzubillahhi minzalik..

Cinta tidak pernah sama sekali bersalah, hanya penggemar cinta saja merosakkan hakikat itu.

Bagaimana mahu mendapatkan cinta suci sekiranya diri masih tidak mengenal Jalla Wa’ala.

neem said...

assalamualaikum wbt..

itu tandanya lemahnya iman manusia. hidup adalah pinjaman dari Allah. kena jaga. manusia mempunyai akal maka perlulah dahulukan akal fikiran lebih daripada perasaan..

cinta itu buta..!!

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Hebat tu memang hebat. Hebat kita bertingkah kata, hebat mereka bermain rasa. Hebat sebenar milik DIA.
Saya tidak menyangkal sama sekali kebenaran setiap pandangan yang diutarakan. Pada kehebatan kedua saya sama sekali tidak menyangkal dan bersetuju sepenuhnya. Namun saya mahu mengupas ‘kehebatan pertama’ dan mengajak semua untuk sama-sama merasa sedikit kebenaran atas hal yang terjadi.
Pada kita tindakan golongan ini meranap kesucian sebenar sebuah perhubungan, namun kepada mereka itu bukti penuh ikhlasnya mereka membina hubungan. Mungkin ada yang menyatakan saya bersikap memandang enteng dan menafikan kerosakan akidah mereka. Tidak sama sekali. Namun pandangan saya, akidah mereka tidak rosak, Cuma tidak sebenarnya, akidah mereka tidak segar dan layu tanpa baja.
Memahami realiti ceteknya kefahaman agama mereka itulah yang penting. Saya acap kali di ajak sama menyingkap tragedi ‘suci’ golongan ini, malah sekarang saya memegang 2 kes secara rasmi. Dua mangsa ini benar memandang nyawa itu suatu pertaruhan dalam hubungan. Malah ada yang sanggup membunuh janin dan diri atas hal sedemikian. Namun, bila di kaji, hal sebenarnya adalah jiwa mereka tidak pernah ada yang menyuburkan dengan aspek sebenar sebuah kehidupan. Lahirnya mereka atas nama Islam (keluarga islam), namun membangun mereka dengan acuan selain Islam. Malah ada yang menyangkal golongan ini hanya layak di cemuh kata, lalu jadilah mereka terusan meneroka fahaman yang salah.
Golongan seperti ini jangan harus dipandang sebagai seorang-yang-patut-tahu tanpa kita sedikit pun masuk campur memberitahu. Anggaplah mereka seperti seorang yang masih belajar, dan perlu terus di ajar. Mungkin kepada kita, cinta itu suatu hakikat yang terang lagi bersuluh, namun bagi mereka cinta itu buta. Lalu harus kita memahami golongan ‘buta’ ini. Membimbing mereka dengan hemah dan ikhlas, supaya tongkat mereka mampu menghentam batu, lalu menarik si buta dari jatuh tersadung.
Ini yang sebenarnya manusia selalu lupa memandang. Melihat dangkalnya faham mereka tentang hidup beragama, tetapi lupa memain peran untuk bangun meniup seri Islam kepada mereka. Peranan kita, itu yang kita lupa. Bila perkara sudah terjadi, maka acapkali menuding tanpa sedikit mengkoreksi diri.
Teruskan perjuangan menulis, mungkin ini salah satu peranan manusiawi di dunia serba canggih. Namun bangunlah untuk sama mencermin diri. Keluar lah dari kepompong keselesaan sasaran dakwah. Ramai lagi di luar sana yang memerlukan mereka yang faham agama.
*peringatan untuk diri sendiri juga*

Wallahua’lam

Ibnurashidi said...

Salam TuN TeJa…

Oleh kerana fikirannya cetek, maka harus ada orang menunjukkan jalan supaya mereka tidak tersesat jauh. Islam itu hadir membawa kecerahan.

Cuma, saya berharap pemuda pemudi yang memahami tolonglah jangan melakukan begitu. Jika punya teman bermasalah, cuba tangani segera sebelum bertambah parah.

Jikalaulah manusia tahu syahid itu manis, bunuh diri itu pahit tentu saja tak berlaku kes begini.

Ibnurashidi said...

wa’alaikumsalam wbt Humairah…

Itu tandanya masalah sosial dalam masyarakat Malaysia sentiasa dan berkembang leluasanya..cinta buta jika tidak ada cahaya.

Ibnurashidi said...

Salam KakSu…

Ohh, teramat mudah jika tidak tahu. Saya sedang memikirkan kemana lari dan hilangnya para pendakwah di Malaysia khususnya..kerana bukankah gejala ini semakin parah?

Saya sedar perihal begitu..mana mungkin mahu mengenal Allah jika masih ada yang menganggap solat itu tidak wajib, puasa juga ‘yang yok pagi-pagi seluk periuk’..

Rasanya, adakah mereka ini tidak sedar?atau buat tak sedar?atau tidak ada orang menyedarkan?

Persoalan yang sukar..

Anonymous said...

Kita diberi pilihan.
situasi pertama atau kedua.
org yg berada di situasi pertama tiada jiwa dlm hidup!
senang2 je nak bunuh diri mati katak.
murahnya nilai harga nyawa mereka.
nauzubillah.

:)

Anonymous said...

Hal ini kadangkala berpunca dari kekuatan diri yang lemah..ambil jalan mudah..semua orang pun ada masalah..tapi cara penyelesaian masalah tu tak kena pada tempatnya...lagi-lagi soal cinta..kekuatan ROHANIAH!..

rasa bimbang dan gelisah atau tak bahagia sebab terlalu menganggap dunia ini segala-galanya.

Apabila putus harapan.Bunuh diri.

Walaupun Malaysia tidaklah seperti Jepun kes bunuh diri yang sangat tinggi ,mahukah kita biarkan saudara seagama kita terumbang-ambing?

"Namun, bila di kaji, hal sebenarnya adalah jiwa mereka tidak pernah ada yang menyuburkan dengan aspek sebenar sebuah kehidupan. Lahirnya mereka atas nama Islam (keluarga islam), namun membangun mereka dengan acuan selain Islam"

Saya menyokong kenyataan Al-Khadra.Mereka harus dibantu.Usah dicemuh kalau benar kita sayangkan mereka dan mahu selamatkan mereka.

Ibnurashidi said...
This comment has been removed by the author.
Ibnurashidi said...

Wa’alaikumsalam alkhadra’…

Lama tak berkomentar di sini ya alkhadra’...Apapun terima kasih sudi meluangkan sedikit masa untuk berkomentar. Komen sebegini yang membuatkan pemikiran berkembang.

“Namun pandangan saya, akidah mereka tidak rosak, Cuma tidak sebenarnya, akidah mereka tidak segar dan layu tanpa baja.”

Benar, aqidah mereka tidak rosak seandainya tidak mensyirikkan Allah atau beriktikad sesuatu yang memurtadkan agama. Tetapi, perlu berhati-hati kerana bila sering meringankan dosa-dosa besar saya bimbang generasi akan datang menganggap ini tidak apa-apa..dan langsung menafikan kewujudan hukum syariat. Terus pula mengiyakan hukum akal. Nah, ini memungkinkan kesan yang lebih besar di masa akan datang!

“Malah ada yang menyangkal golongan ini hanya layak di cemuh kata, lalu jadilah mereka terusan meneroka fahaman yang salah.”

Dalam hal ini, kita boleh bahagikan beberapa konsep dan cara. Kritikan, cemuhan, muhasabah, nasihat itu ada sedikit perbezaan. Memahami kaedah kritikan ada pelbagai bentuk pula, ada yang kritik menjahanam ada juga kritik membina. Manakala muhasabah, nasihat itu adalah berbentuk mengkoreksi diri dan semua menggunakan kata-kata hikmah atau menerapkan unsur-unsur nilai murni agama. Islam menggalakkan umatnya selalu bermuhasabah dan nasihat menasihati sesame kita. Bertujuan mengingatkan bila terlupa ataupun menguatkan lagi kefahaman dan pengamalan kita. Dalam konteks cemuhan, saya lebih berpendirian kepada sesuatu yang kurang enak didengar. Contoh memaki hamun, mengeji tanpa sebab, mencemuh tidak tentu hala tanpa ada faedah untuk diambil, hanya berdasarkan dendam dan tidak puas hati yang ditonjolkan.

Jadi, entri saya kebiasaannya lebih berbentuk muhasabah, tazkirah, nasihat, ataupun mahu memberitahu sesuatu berdasarkan peristiwa yang berlaku. Dalam pada yang sama, cuba memahamkan pembaca apakah rasional dan kesan negatif jika berlaku sekian dan sekian. Tidak sesekali mahu menolak ketepi golongan sebegini. Maaf seandainya tersalah bicara. Mungkin ada sesetengah pembaca menganggap saya seperti menghujum tanpa berbuat apa-apa. Percayalah, kefahaman itulah akan mencetus kesedaran. Kalau tidak ada mengingatkan, mahukah kita melihat perkara ini berterusan?

Saya faham, masyarakat melayu sukakan kelembutan..sehinggakan nasihat juga seperti mahu dibelai.

Saya kagum jika alkhadra’ mampu menyelesaikan masalah 2 kes secara rasmi itu.

”Ini yang sebenarnya manusia selalu lupa memandang. Melihat dangkalnya faham mereka tentang hidup beragama, tetapi lupa memain peran untuk bangun meniup seri Islam kepada mereka. Peranan kita, itu yang kita lupa. Bila perkara sudah terjadi, maka acapkali menuding tanpa sedikit mengkoreksi diri…. Namun bangunlah untuk sama mencermin diri. Keluar lah dari kepompong keselesaan sasaran dakwah. Ramai lagi di luar sana yang memerlukan mereka yang faham agama.”

Ya, manusia itu mudah lupa. Itulah tujuan saya sering menulis perkara berbentuk peringatan. Sekurang-kurangnya bukan saja saya yang tahu, malah pembaca dan mereka yang terlibat akan turut tahu. Buktinya, sebelum ini saya sering menerima emel bertanyakan pelbagai perkata tentang agama.
Seperkara lagi, sering kita meletakkan amanah berdakwah semata-mata di atas pundak mereka yang belajar agama, ustaz, ustazah, agamawan sahaja. Perlu sedar, tanggungjwab ini merupakan amanah Allah buat semua umat Islam bergelar muslimin muslimat. Tiada terkecuali, semuanya wajib terlibat. Tidak ada istilah selesa dalam perjuangan. Jika kamu seorang Doktor, gunakan ilmu kedoktoran itu tanpa sedikit pun mengabaikan syariat Islam. Begitu juga guru ataupun apa saja bidang. Saling lengkap melengkapi. Oh, alangkah indahnya Islam jika semuanya sama-sama berusaha membangunkan umat sebegitu tanpa menjatuhkan sesama sendiri.

Semoga sedikit penjelasan ini mampu membuka minda-minda kita kearah kehidupan Islam yang berkualiti. Ubah diri disamping mengubah masyarakat.

Wallahua’lam

Ibnurashidi said...

"Kita diberi pilihan.
situasi pertama atau kedua.
org yg berada di situasi pertama tiada jiwa dlm hidup!
senang2 je nak bunuh diri mati katak.
murahnya nilai harga nyawa mereka.
nauzubillah."


Doakan semoga kita semua dijauhkan dari malapetaka ini...semoga ianya tidak berulang kembali..

Ibnurashidi said...

Syahidah...

Ia soal Cinta..entahlah..kadang-kadang saya termenung sejenak cuba untuk memahamkan apa itu cinta..

Kerana bimbangkan perkara itu berlaku maka ayuhlah terus memberi kesedaran kepada umum. Semoga sekelumit usaha ini Allah nilai dengan ganjaran istimewanya kelak.

Saya juga ada bersetuju dengan alkhadra' dalam beberapa hal.

Anonymous said...

Penjelasan pada jam 21 22:39 itu sungguh bererti.Semoga terus memberi!..

Ibnurashidi said...

Syahidah...

Terima kasih, nampaknya saya terpaksa menggunakan penulisan street to the point..memandangkan jika berkias terlalu banyak ada saja yang tersilap faham. Atau bagaimana? Saya memerlukan pendapat kalian.

Anonymous said...

Cinta? Kalian sdg berbincang ttg soal yg paling subjektif sbnrnya.

Ingin sy kongsi sedikit pendapat ttg isu cinta ini.

Kami di kuliah pernah diberitahu cinta itu bukan perasaan. Curiosity menemukan sy dgn pendpt dr sbuah buku krngn R. Covey the 7 habits.

Love is a value that is actualized through loving actions.It is an adjective word. It is what we do example sacrifise,caring or any activity that produce the feeling of love.

Sy melihat pendpat ini realiti. Situasi kedua ialah cinta yg sebenar-benarnya,bukan krn ia berbeza lansung dr situasi pertama tetapi situasi kedua menepati erti kecintaan sepenuhnya.

Jika cinta ialah perasaan semata-mata x perlulah sy ingatkan bukankah kekasih paling agung di semesta alam ialah Allah dan Rasulnya?

Juliet? Fikir le sendiri...

Anonymous said...

Oh tidak semestinya tidak perlu berkias.Itu mengikut keselesaan dan kesesuaian blogger saya kira.

Pendapat yang diberikan pengunjung memberikan ruang diskusi yang sama-sama dapat kita ambil sebagai salah satu kayu ukur untuk menambah baik penulisan sendiri.

Anonymous said...

Salam.. Hanya diri sendiri yg tau erti cinta mengikut acuan yg dikehendaki.. Pada mereka yg pernah terfikir utk 'mematikan' diri, celik kan akal btl2,jgn matikan iman hanya kerana insan.. Kita masih mempunyai Dia yg amat menyanyangi,mengasihi..

Ibnurashidi said...

anum...

Saya baru tahu yang cinta itu bukan perasaan..pelbagai pendapat rupanya. Tetapi ia amat memeningkan kepala saya untuk mentafsirkan erti cinta sebegitu..

Jikalau cintakan Allah dan Rasul itu saya sedang dan tengah mencari untuk terus mencintainya.

Ibnurashidi said...

Syahidah...

Benar, saya amat menghargai dan mengalukan sebarang komentar pembaca buat penambahbaikan entri dari semasa ke semasa.

Terima kasih atas pandangan. Saya cuba suaikan keadaan.

Ibnurashidi said...

Nur_Syahadah...

Salamalaik..saya merasa untuk bersetuju dengan pendapat anda. Benarlah ianya di gelar subjektif kerana pelbagai persepsi timbul dari hanya satu perkataan.

Oleh itu, carilah keredhaan DIA sebelum mencari keredhaan insan bernama manusia.

anumz sarah said...

Boleh jadi definisi sbnr bukan perassan semat-mata. Sy bukan pakar,cuma seorg yg ada pendapat. Terpulang kpd pembaca dan tuan empunya diri utk terima atau tidak.

Ibnurashidi,

tentang cinta Allah dan Rasul,sy juga masih mencari. Semoga kita dipertemukan dgn kecintaan agung sebenar.

p/s: Siri Alexander bukan Zulkarnain, dokumentari di Astro Oasis menarik betul. Mari2 semua...kita tangok. ^^

Teja Suraya said...

susah bila da jadi -ve thinker...

bila otak negatif, so, everythg akn jadi -ve gak..but thne if kita jadi +ve thinker..Insyaallah everything will b fine..segala mslh boleh kita atasi...

AsNiza said...

Bismillah,

Kes bunuh dri paling byk kt Jepun if i am not mistaken-begitulah yg jadi bila hidup pada jalan yang salah as in tiada iman, tak tahu adanya hari pembalasan etc.

Sedihnya, jika mereka yg mengaku muslim tp sanggup membuat bnda terkutuk tu. iman senipis kulit bawang. rapuh dan tak kuat. bila syaitan membisik janji2 palsu mula terpengaruh..naauzubillah..

Kita tak berada di tempat mereka yg tertekan tu mungkin tak tahu and tak boleh nk judge itu ini sgt..esok apa yg terjadi tiada siapa yg tahu.

Tapi insyaAllah, jika rukun islam dan rukun iman tu kita pegang teguh, insyaAllah jauh dr menempah tempat di neraka jahanam nie..mudah-mudahan selamat dunia dan akhirat.

Amin..

Ibnurashidi said...

anumz sarah...

Bagi saya perasaan tidak dapat lari dari istilah cinta. Kerana ianya fitrah. Manusia sememangnya dibekalkan dengan secebis perasaan bertujuan untuk merasa, menghayati, mencetuskan sesuatu yang dialami lantas keluar sebagai output yang dinamakan cinta. Barangkali pendapat itu berdasarkan faktar tertentu.

P/S : Siri Alexander bukan Zulkarnain?oh..bunyinya amat menarik sekali. Silahlah tengok dan ceritakan kisahnya.

Ibnurashidi said...

TuN Teja..

Kesimpulannya, positifkan diri anda..ceriakan wajah dengan senyuman mesra pasti kamu bahagia:) BUnyi seperti iklanlah pula...

Ibnurashidi said...

AsNiza...

Benar, kita tidak tahu apa akan berlaku di masa hadapan..namun, sebagai muslim yang beriman. Kita harus selalu berdamping dengan Allah SWt supaya apa yang dilakukan tidak terpesong sepesong-pesongnya dari landasan yang benar. Usaha+Berdoa+Tawakal+Ilmu+Amal..

Rujuklah khutbah terakhir baginda pasti akan ketemui azimat berharga.

Ibnurashidi said...

Sebagai tambahan, kesamaran saya pada cinta hanya pada pemahaman manusia menyalahgunakan hakikat cinta seperti kes di atas..Apa yang pasti saya mengerti makna cinta.

Anonymous said...

Ya ana faham apa yang kamu cuba sampaikan untuk keseluruhan entri dan komen 2 22;39.

Komen ana hanya sebagai pencerahan. Wassalam dan terima kasih

Ibnurashidi said...

alkhadra'

Maafkan andai ada salah bicara. Segunung penghargaan dan sekalung ucapan terima kasih diucapkan buat kamu kerana sudi berkomentar di sini. Kalau kelapangan silakan memberi idea bernas lagi.

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP