Sesuci Seruan Syurgawi (2)
Saturday, January 17, 2009
DUA
Usai fardhu subuh Abi menjengah ke jendela. Kelihatan jalur-jalur cahaya putih sudah berserakan memenuhi ruang angkasa raya. Lalu menutupi jalur-jalur hitam. Kuning keemasan. Kicauan beburung menyambut hadirnya sang fajar. Fenomena segar. Tetapi entah mengapa hati Abi begitu sayu hari ini. Mahu dikatakan awan mendung menurunkan hujan bersabung petir, itu bukan alasannya.
Alunan takbir raya terus menerus beralun mengikut melodinya. Menembus kekotak gergasi berdebu tanah. Itu menandakan sekejap lagi akan berlangsung solat raya Aidiladha.
“Ayuh anak-anakku..bersiap segera kita ke Masjid. Sekejap lagi kita akan bersolat raya..” Panggil Abi.
“Along, mari salam dengan Abi. Ajak adik kamu sekali.” Abi melabuhkan punggung kental ke petak kerusi.
Along dan Adik tunduk bersimpuh penuh penghormatan.
“Abii, Along minta maaf segalanya ya. Halalkan semua makan minum selama ini..” Pinta kemaafan dari anak yang sulung.
“Adik pun sama macam Along..” Sengih menampakkan gigi susunya.
“Ehh, sama apa adik? Sama-samakah?” Gurau Abi sambil mengerutkan kening. Jelas kelihatan garisan menampakkan kedut di dahi.
“Errr, ye..ye sama-sama macam Along..hehe. Sama-sama nak minta maaf kat Abi le.” Senyumnya sekali lagi. Terserlah lebihan lemak di pipi.
Abi gelak kecil melihat kelibat anak bongsunya.
Diam membisu. Abi menarik nafas sedalam mungkin. Kornea mata melirik syahdu kedua-dua anaknya itu.
“Ishh, Abi ni. Jangan cakap macam tu..” Muncung Adik bak senapang patah.
Abi meletakkan tangan di atas kepala anaknya.
Hidangan sarapan pagi hanyalah beberapa keping roti kering bersama halawah. Halawah pemberian jiran mereka tempoh hari bersempena sambutan Aidiladha. Abi juga sempat menyediakan minuman Syai buat sarapan mereka. Namun mereka sentiasa bersyukur. Kerana itulah yang diajarkan oleh Abi sedari kecil lagi. Anak seorang pejuang. Hidup kesederhanaan. Bukanlah bererti kekurangan itu tiada nilai kebahagiaan. Kerana bahagia itu tidak dinilai pada material dunia semata. Tetapi kecintaan mendalam mengikat batiniyyah bahagia. Mengenal erti cinta Allah SWT itulah ramuan cinta sejati dalam hidup berkeluarga.
“Abi, dulu masa Umi ada. Halawah ni tak payah beli pun kan..Umi buat sendiri je.” Along mengungkit memori lama.
“Abi bukan tak nak buat. Kalau Abi buat jadi macam gaul simen pula…tangan lelaki lain,” jelas Abi disambut hilai gelak tawa mereka anak beranak.
“Agaknya jadi keras macam ketul bata ye Abi?..hehehe." Sampuk Adik kembali sambil mengunyah kepingan roti.
“Iyelah tu.” Abi lantas mencubit manja pipi tembam Adik.
“Ermm, Abi. Ibu kat mana sekarang?” Tersentak jatung Abi mendengar pertanyaan anak bongsunya. Soalan yang tidak disangka-sangka itu membuatkan Abi merenung jauh. Sukar. Debur ombak kepiluan deras menghempas sukma. Mujur pawana mulus berpuput lembut meleraikan sesak di dada.
“Ibumu…bersama beburung hijau..dia masih hidup.” Perlahan suara Abi menjawab.
“Burung hijau tu apa? Masih hidup?” Adik menggaru kepala tidak gatal. Sempat mencuit abangnya yang khusyuk menjamah makanan.
Abi mengeluh panjang. Sepanjang penderitaan yang dialami selama ini. Dia langsung merenung wajah belia anaknya itu.
“Nanti kamu faham ye nak…lekas, segera ke Masjid. Kalau terlewat, kena solat tepi tangga lagi macam tahun lepas.” Geletek Abi, cuba mengalihkan tubi soalan.
Bukan Abi tidak mahu menceritakan detik-detik perit berselubung nyilu itu kepada anak bongsunya. Bimbang emosi anak kesayangannya meracau nanti. Ya, kenangan pahit itu masih segar di ingatan. Sesegar hijau tumbuhan tersimbah hujan. Jiwanya menyimpan kemas peristiwa hitam itu.

“Kamu ni, ada-ada saja. Baiklah, Abi pun minta maaf juga ya..seandainya selama ni ada terlebih kurangnya. Manalah tahu, tak ada hari esok untuk kita.”
Diam membisu. Abi menarik nafas sedalam mungkin. Kornea mata melirik syahdu kedua-dua anaknya itu.
“Ishh, Abi ni. Jangan cakap macam tu..” Muncung Adik bak senapang patah.
Abi meletakkan tangan di atas kepala anaknya.
“…ye, sudah. Jom sarapan sikit buat alas perut.”
Hidangan sarapan pagi hanyalah beberapa keping roti kering bersama halawah. Halawah pemberian jiran mereka tempoh hari bersempena sambutan Aidiladha. Abi juga sempat menyediakan minuman Syai buat sarapan mereka. Namun mereka sentiasa bersyukur. Kerana itulah yang diajarkan oleh Abi sedari kecil lagi. Anak seorang pejuang. Hidup kesederhanaan. Bukanlah bererti kekurangan itu tiada nilai kebahagiaan. Kerana bahagia itu tidak dinilai pada material dunia semata. Tetapi kecintaan mendalam mengikat batiniyyah bahagia. Mengenal erti cinta Allah SWT itulah ramuan cinta sejati dalam hidup berkeluarga.
“Abi, dulu masa Umi ada. Halawah ni tak payah beli pun kan..Umi buat sendiri je.” Along mengungkit memori lama.
“Iyelah, Ibu kamu tu semuanya dia suka masak sendiri. Abi nak belikan dia cakap tak lalu makan. Tapi memang sedap masakan dia kan..”
“Adik tak ingatlah Umi macammana..errm, kenapa Abi tak belajar buat halawah ni dari Umi?
“Abi bukan tak nak buat. Kalau Abi buat jadi macam gaul simen pula…tangan lelaki lain,” jelas Abi disambut hilai gelak tawa mereka anak beranak.
“Agaknya jadi keras macam ketul bata ye Abi?..hehehe." Sampuk Adik kembali sambil mengunyah kepingan roti.
“Iyelah tu.” Abi lantas mencubit manja pipi tembam Adik.
“Ermm, Abi. Ibu kat mana sekarang?” Tersentak jatung Abi mendengar pertanyaan anak bongsunya. Soalan yang tidak disangka-sangka itu membuatkan Abi merenung jauh. Sukar. Debur ombak kepiluan deras menghempas sukma. Mujur pawana mulus berpuput lembut meleraikan sesak di dada.
“Ibumu…bersama beburung hijau..dia masih hidup.” Perlahan suara Abi menjawab.
“Burung hijau tu apa? Masih hidup?” Adik menggaru kepala tidak gatal. Sempat mencuit abangnya yang khusyuk menjamah makanan.
Abi mengeluh panjang. Sepanjang penderitaan yang dialami selama ini. Dia langsung merenung wajah belia anaknya itu.
“Nanti kamu faham ye nak…lekas, segera ke Masjid. Kalau terlewat, kena solat tepi tangga lagi macam tahun lepas.” Geletek Abi, cuba mengalihkan tubi soalan.
Bukan Abi tidak mahu menceritakan detik-detik perit berselubung nyilu itu kepada anak bongsunya. Bimbang emosi anak kesayangannya meracau nanti. Ya, kenangan pahit itu masih segar di ingatan. Sesegar hijau tumbuhan tersimbah hujan. Jiwanya menyimpan kemas peristiwa hitam itu.
Apakah peristiwa hitam itu? Di mana Umi mereka?bersambung...
"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."
17 komentar:
Terjemahan :
Halawah : Sejenis makanan manisan ; spt kuih manis.
Syai : Air Teh
Suka baca..
buat diri ini tertanya2..
truskan usaha! (^_^)
moga Allah merahmati kita semua. amin
Humayra'...
Jika tertanya-tanya perlu tunggu sehingga selesai..lalu jika masih tertanya-tanya lagi. Boleh bertanya:)
Syukran..
Muhammad Azli Shukri...
Insya'Allah..semoga Allah merahmati dan meredhai hidup kita..juga buat sekalin umat Islam.
Jangan lupa, teruskan berdoa untuk umat Islam yang tertindas!
Salam Farid...
Suka membuat kak tirana suspen ye...tengah sedap membaca..tiba-tiba..bersambung.. kadang-kadang hampa jugak rasanya..hehehe..tapi selebihnya mengajar erti bersabar.. Teruskan menulis..
Tirana..
Salam kak Tirana..wah sekali lawat terus berkunjung..pasti sudah hilang streesnya ya..
Suspen itu sesuatu yang perlu supaya manusia lebih semangat untuk tahu. Hampa?ooh, maafkan saya. Jangan risau, cerpen ini pasti mengajar erti kesabaran jika terus membaca dari semasa ke semasa.
Ilal liqa'
salam buat sang penglipurlara...
apakah yang akan terjadi seterusnya??....adakah si ayah akan membuka tabir2 rahsia kepada kesayangan2nya itu??....
eh,macam ini cerita damai yang punya pula hehehehe
~~ dalam bahasa rusia,teh disebut sebagai 'cai'...nak dekat dah bunyinya dengan bahasa arab ~~~
DAMAI...
Salam kedamaian buat anda...
Suatu soalan yang baik. Jangan risau, episod 3 akan muncul beberapa ketika nanti. Segala pertanyaan akan dijawab.
Cai??wah..kalo anda nak tahu..cai dalam bahasa ibunda saya ialah Atok.:)
Salam..kalau bace novel maunya tak tinggal sebelum tahu kesudahannya.. Tapi ini orang punya kena bersabarla nampaknya..:-)
Nur_syahadah...
Salam..novel tebal tu..macammana boleh tak tinggal?:)
Tak apa, sabarkan perkara terpuji. Sabrun Jamil..
Salam.....
Sambung cepat...hihi...
assalamualaikum..
akhie..
teruskan berkarya..saya tunggu sambungan seterusnya..;)
Tie...
Salam..sabar ya..baca entri lain dulu untuk rest:)
nurhuda_cahayapetunjuk...
Wa'alaikumsalam...
Insya'Allah karya akan diteruskan.
Jarang dpt baca cerpen kisah lelaki membesarkan anak2 sendirian..ni kira bapa mithali..kalau kisah benar alangkah bagusnya lelaki itu..
orangbukit...
Sebenarnya bukanlah dia membesarkan dari kecil. Cuma meneruskan kesinambungan didikan dari Uminya. Suasana tengah darurat jadi tak berkesempatan nak memikirkan hal pengganti..harapnya ada lelaki begitu ya:)
Post a Comment