Sesuci Seruan Syurgawi (1)
Thursday, January 15, 2009
Hening subuh berlagu sepi. Gemersik angin menyelinap masuk mencuri inci ruang. Udara nyaman menyegarkan itu terlalu asyik. Membuai leka, mengulit lena mampu melakarkan sebuah mimpi indah buat manusia jika tidak tersedar. Suhu waktu subuh biasanya boleh mencecah 3°C dalam musim kedinginan. Biar pun tidak dituruni butir salju gemawan, namun mampu menusuk dalam ke tulang hitam. Nun jauh di sana sayup-sayup kedengaran azan subuh bersahutan memanggil-manggil manusia dengan seruan kebesaran Allah SWT. Membawa seribu satu makna buat mereka yang mahu berfikir.
“Assolatu khairun minannaum!!…”
Seruan ini mengejutkan manusia-manusia yang terlena. Cukuplah dibuai mimpi indah. Cukuplah berada di alam fantasi. Berpijak kembali ke bumi realiti. Perjuangan sehari-hari masih memerlukan Si Abid selaku Khalifah bumi. Siapa lagi yang memegang amanah kalau bukan insan bernama manusia.
Abi yang sedari tadi sudah pun bangun dari bekas tidurnya. Sempat ia bermunajat. Dalam gerak perlahan dia cuba bangkit dari tempat khalwatnya. Memang tempat itu Abi telah sediakan khusus untuk bersujud hina mengadap Yang Maha Esa. Sudah menjadi kelaziman baginya.
Abi bingkas bangun lalu melipat kemas sejadah kusam. Dia berdiri sambil tangan meletakkan kitab suci Al-Quran di atas sebuah rak separas pinggang tingginya. Seutas tasbih yang diperbuat dari tulang unta pemberian temannya dahulu yang pernah menuntut di Ardul Kinanah sering tergenggam erat di jari jemari. Tatkala cintanya membuak-buak itulah menjadi penawar qalbunya. Kerinduan pada Sang Kekasihnya itu tiada tara lagi. Butir-butir kasih bersulam terjalin indah seindah untaian tasbihnya. Itulah rutin malam tiada berawan. Gelap zulmat persis hitamnya dosa-dosa manusia. Indah dan asyik sekali jika punya pelita cahaya menerangi.
Abi terus menapak ke kamar dua orang anak lelakinya. Abang yang sulung umurnya baru mencecah 16 tahun. Manakala adik pula berumur 12 tahun. Masih muda belia. Kelihatan mereka tidur begitu nyenyak sekali berselimutkan lihaf tebal. Tiada perabot mewah menghiasi.
“Maklumlah, musim sejuk begini sememangnya enak tidur berselimutkan lihaf tebal,” epilog Abi.
“Hurmm..bangun dik..Along..bangun, dah subuh ni..” Tangan Abi langsung mengoncangkan kedua badan anaknya.
“Uaarrghh..dah subuh ke Abi?” Along cuba menggosok mata kekaburan.
Geliat Si Adik.
“Yer dah subuh..bangun, kita solat jemaah sama-sama. Dah-dah, pergi mandi ye!”
“Haa, Abi ada sesuatu nak bagi ni. Ambil, ini baju raya untuk kamu berdua..hari ni kan Hari Raya Aidiladha.”
“Baju raya?..ye..ye baju raya..”
Adik bingkas bangun. Meloncat riang mendapatkan jubah putihnya. Along mencapai jubah coklat pemberian Abinya. Terpancar riak cahaya gembira di wajah mereka. Abi hanya tersenyum tawar menggeleng melihat gelagat anak-anaknya itu. Terselit sekelumit bahagia jauh di kamar hati.
“Abi..baju raya Abi mana?” Soal Along.
“Takpa, Abi pakai baju raya yang ini je..lagipun masih elok lagi ni..yang penting anak-anak Abi ada baju raya ye..”
Abi cuba berselindung di sebalik ceria wajah. Biarlah. Biarkanlah mereka tidak tahu. Itu firasat Abi.“Suatu hari nanti pasti mereka akan tahu sesuatu tersurat dan tersirat.” Abi selalu berbisik pada pada jiwanya.
“Terima kasih Abi..Terima kasih ye Abi.”
Kedua-dua anak kesayangannya terus memaut erat tubuh Abi. Itulah satu-satunya tempat bergantung kasih mengadu harap dari seorang insan bernama bapa.
“Sama-sama..”
“Ha, sudah. Pergi mandi cepat, takut terlewat pula. Abi tunggu kamu berdua..jangan berebut pula ya..” arah Abi tegas.“Baiklah Abi!”
Bersambung...
"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."
31 komentar:
assalamualaikum...
Akhie..
Bersambung ya..saya tunggu sambungan kisah ini..:)
wa'alaikumsalam...
yer, bersambung. Ikuti episod kedua nanti:)
Assalamu 'alaikum..
Saya menanti episod seterusnya..
sangat asyik membaca kisah ini..
Alhamdulillah :]
*speechless*
Salam,xsbr nk bce episod seterusnya.. Pandai ye karang cerpen..berbakat!tahniah!
Ah,
cerpen kah? wah, this is interesting!
Khaulah Al-Azwar...
Wa'alaikumsalam..silakan..maaf jika saya terlambat posting sambungannya nanti. Kerana saya ada komitmen lain sehingga 24 Januari. Barulah ada kelapangan.
Saya harapkan isinya juga boleh dikutip bersama.
Nur_Syahadah...
Salam alaik..ini merupakan cubaan pertama saya untuk terjun dalam bidang cerpen. Saya rasa masih banyak kekurangan diperingkat permulaan ini. Kalau ada salah silap atau tidak kena tempatnya silalah komen dan memberi pendapat bernas. Saya amat alu-alukannya..
Teruskan mengikuti sambungannya nanti..
Fakhzan Marwan...
Ini cubaan pertama saya..oh, ya. Siapakah Abi?siapakah anaknya?dimanakah mereka?semuanya bakal terjawab nanti:)
Semacam thriller filemlah pula rasa..
LIHAF : Sejenis selimut berbulu tebal digunakan ketika musim sejuk untuk memanaskan badan.
Salam Farid...
'Gelap zulmat'. Kosa kata itu memang wujud ye?
Org Kelantan selalu kata 'gelap gelemat', rupanya ia dari perkataan 'gelap zulmat'. Satu pelajaran baru buat kak su.
Tertarik sungguh kak su pada jalinan bahasanya. Indah sekali.
p/s : Kak su cuba buat 'baca lagi' tapi tak berapa menjadi la... huhuhu
Nak tahu macam mana nak masukkan twitter dlm blog? Nanti kak su bg tutorial ye... (hehe... macam le kak su ni bagus sgt. Entah ingat entah lupa... nanti kak su selongkar balik ye!)
Wah....dah pandai buat cerpen??
Kak tie sokong! Teruskan....hi hi...
Salam..bagusla. Boleh tambahkan koleksi penulis Islam.Selamat berjuang..:)
Saya tunggu sambungnnya.
suara...
Salam alaik..ye, kosa kata zulmat itu telah dicuplik dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu. Kalau bahasa arabnya disebut Zhulmat : yakni kegelapan yang bersangatan.
Orang kampung saya juga selalu guna perkataan tu. "Oh..gelap gelematnya malam ni.."
Kalau silap tunjuk ajarkanlah ya.
p/s : Baca lagi itu kena cuba buat berkali-kali baru menjadi..:). Ok, nanti saya rujuki.
Kak Tie...
Aduhh, belum pandai lagi. Baru merangkak..silakan sokong..:)
Idayu
Salam..semoga begitu dan istiqamah selalu.
Insya'Allah saya postingnya nanti..
Bersambung rupanya..Abi mesti seorang yang mementingkan keperluan anak-anaknya berbanding dirinya..tiba-tiba saya teringat pada ayah di kampung..
Abi ni memang buatkan saya dalam tanda tanya..
lihaf tu selimut ya..
Catatan ini telah dibuang oleh pentadbir blog.
Catatan ini telah disimpan oleh pentadbir blog.
Catatan ini telah dibaca oleh pentadbir blog.
Catatan ini telah dibuang dan disimpan dan dibaca oleh pentadbir blog.hahaha
(^_^) teruskn menulis la ya ust farid..boleh buat utk SAK-T nt..
eh, bersambung ke? baru bersemangat nak baca. tapi, satu perkataan yang saya perasan adalah 'berkhalwat'. ramai yang salah faham akannya.maksud yang sebenar adalah bersendirian, tapi penggunaan kini lebih menjurus kepada bersekedudukan. begitu juga dengan penggunaan 'affair'. humm..
terus terus terus...
Syahidah...
Watak yang digambarkan memang begitu. Abi seorang yang tabah dan kuat semangat. Kerana dia pernah melalui detik getir peristiwa silam. Mujur ada anak menemani.
Yer, di Malaysia mungkin agak pelik kalau gunakan selimut tebal.
DrAlia...
Catatan telah dibuang kerana menyimpang dari tajuk asal:)
Harap Maklum.
e-leeyana...
Perlu dibuat bersambung kerana jika panjang mungkin ada yang pening nak membacanya.
Khalwat dalam erti kata sebenar bersendiri. Oleh kerana di Malaysia umum memahami khalwat spt berbuat maksiat maka ianya menjadi pengunaan meluas. 'Tangkap khalwat'.
Bahawa melayu banyak menggunakan istilah yang dipinjam.
khairaummah...
Biiznillah..kita akan teruskan..
Salam Farid..
Lama rasanya tak tulis komen di blog ni..Datang sekadar membaca, tak sempat tinggal jejak..tapi malam ni ambil peluang tinggalkan jejak di sini..
Bila nak sambung cerpen ni? hehehe.. Tengah khusyu' membaca, tiba-tiba...bersambung... :)
Tirana...
Salam kak Tirana..itulah busy membaca buku barangkali. Saya ke sana pun dah tak tahu siapa tuan sebenar blog. Ada tiga tuan.
Ohh, tunggu esok selepas saya habis exam paper yang ke 4 (17 Januari). Insya'Allah akan saya postingkan.
salam buat yang sang pencerita,
wah...sudah mula berkarya..hebat..teruskan ^^
Salam alaik..
Tengah exam pun sempat karang cerpen, ini dah kira hebat..keep up a good work..
DAMAI...
Salam...secara kecil-kecilan dulu..macam berniaga juga, mula-mula kena kecil maklumlah perlukan modal besar:)
orangbukit...
Salamalaik..entah, secara tiba-tiba tengah tension idea buat cerpen datang. Tanpa lengahkan masa terus taip.
Salam...
Sila publishkan karya anda...Saya tunggu di kedai buku. :)
Az...
Salam..nampaknya master planning perlu dibuat ni:)saya baru merangkak..nantilah biarlah saya mengutip mutiara bertaburan dulu..sebelum saya berikan kepada manusia lain..
Post a Comment