Nostalgia Deklamasi Sajak
Monday, August 11, 2008
Layan, Layan..
Geleng, geleng..
Goyang semuanya mengikut rentak..
Seakan terbang tanpa sayap..
Air payau berbuih..
Pelbagai warna dan rasa..
Kencing syaitan menjadi gilaan mereka..
Hilang kawalan hilang pedoman tiada arah tujuan..
Merah hijau ungu menjadi taruhan..
Nyawa menjadi gadaian..
Apakah sudah hilang pertimbangan?
Demi membuktikan kejantanan atau nafsu perlu diturutkan..
Berani menempah celaka rela diri terdera..
Murahnya nyawa mereka..
Manusia sudah hilang nilai kemanusiaan..
Dendam geram, tak puas hati..
Mahu tunjuk jaguh walau diri masih rapuh..
Pukul, belasah, buli..
Persis banduan dalam uniform sekolah..
Gua jaguh!gua gangster!gua otai!
Madarasah hilang fungsi..
Generasi masa depan hilang jati diri..
Madhiah kian meraja dihati..
Ragut, ugut, pukau..
Wasilah mudah mencari kesenangan..
Pelbagai ragam manusia hari ini..
Halus licik..
Biar pecah diperut jangan pecah dimulut..
Bertambah buncit perut dengan sumber yang haram..
Hidup diselebungi pura-pura..
Kaya bertambah kaya..
Miskin kedana kian merempat..
Tiada ketulusan mengejar kemajuan..
Tiada siapa sanggup membela..
Perbalahan..
Penipuan atas kebenaran..
Bilakah akan datang menjelma..
Penawar akan kebejatan ini..
Penyembuh keinsanan manusia..
Supaya manusia benar menjadi manusia..
Hatiku membentak ganas!
Memberontak, berkecamuk!
Penuh kekecewaan menyelubungi..
Kekesalan tidak berkesudahan
Ahhhh,mengapa ini semua berlaku?!
Oh tidak..hatiku kembali sayu..
Aku bertekad..
Berazam jitu..
Aku harus berubah..aku harus berubah..
Sebelum suasana bertambah parah
Renungkanlah wahai diriku..
Wahai sahabatku..
Jangan sampai kiamat tiba..
Sajak Oleh : Ust.Kamaruzzaman
Penyajak : Ust.Ibrahim Mansur
Edit & Muzik latar : Ibnurashidi
"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."
14 komentar:
assalamualaikum..
Sebenarnya Sajak ini kami pentaskan bersama pentomen ketika berlangsung Konvokesyen Graduan Mahasiswa/Si Al-Azhar 2007..Alhamdulillah berjaya dipentaskan.
Minta maaf kerana kualiti MP3 kurang memuaskan kerana ana kecikkan fail sebab berat nak upload..dengar dan hayatii ya...
.......:)
oh..yeker..??Cantik sajak tuh. Memberi pengertian yang mendalam..
Nak tanya, tuh..sore saper yg berdialog tuh??
Salam Ibnurashidi..
Indahnya sajak ni...Lebih seronok kalau dapat tonton secara live pementasan tu kan?
Salam.
Umat akhir zaman... semakin lama semakin merisaukan. Dan kitalah umat itu.
Berubah? Pilihan ditangan kita.
Kak su teringat satu ungkapan dalam satu email... jika diizinkan Allah, kak su akan karangkan satu cerpen dan link kan dengan sajak ini satu hari nanti.
Salam Ibnurashidi...
kenapa akak tak boleh nak dengar sajak tu yea..
Whitetulip..
Memang mempunyai pengertiaan yg mendalam kerana itu ada pentomen dilakokan dibelakangnya..itu baru part pertama, ada dua part lagi. Yang part last ada smpai menangis dengar n tgk pentomen tu:)
Suara sajak tu ialah sahabat sy yg sama2 belajar kat sini. Dia jadi watak hero dalam cita ni:D..kalau perasaan ada dlm gmbr yg sy letak..sedang pegang kertas..
Wa'alaikummussalam Tirana..
Boleh tahan juga dalam pengertiaanya. Pasal video tu sy minta maaf banyak2 sebab masa time tu tak sempat nak rakam. Hanya gambar sahaja yg kami sempat ambil, lagipun sy kat belakang pentas masa tu ssh nak rakam. Apapun, semoga beroleh istifadhah dari sajak tu ya..:)
Wa'alaikumussalam Kak Su..
Betul tu, umat akhir zaman dalam dilema penuh tekanan dan tertekan. Kitalah umat akhir itu, kitalah yg sebagaimana hadis Nabi SAW sebutkan sebagai umat yg ramai namun spt buih dilautan..alangkah takutnyaa:|..
Silakan link apa2 artikel, ana benarkan..semoga masing-masing mendapat ganjaran dariNYA..
Wa'alaikummusalam Akak..
Yeke takleh buka Akak?mungkn line internt agak slow kot..sbb biasanya line tak laju dianya MP3 Imeem tu tak naik. Orang lain ok je..cuba cari time internet laju mungkin dapat dengar..apapun syukran jazilan atas award tu ya..:)..sy agak sibuk 2,3 hari ni. Banyak komitmen lain nak disetlekan..doakan dipermudah urusan ya Kak..
salam..hehe..sajak ni mmg mnarik..ana da save dlm lptop satu..ust ibrahim kasik,lg clear dpd dlm blog nih ;)) mla2 dgr nk ketawa..lama2 dgr dn hayati dalam pengetiaannya.
ana tertarik ngn nsyid lpas sjak ni..nsyid sape tu ye ust?kump apa..tjuk?
Salam..
Sememangnya yang asal lebih jelas, yang diatas ana kecilkan saiznya untuk memudahkan upload sebab tu bunyi kurang qualiti. Yang asal ana masih lagi simpan.
Dengar nak ketawa, belum tengok lakonannya lagi:)boleh tergelak sesorang dibuatnya.
Pasal nasyid, kalau tak silap ana kumpulan al-Wadi dgn Johor kot. Dah lupa dah, tapi lagu mantap dan sayu didengar.
Enta orang mana ya?:)
salam
ust baim mmg serba boleh kan..:p
tahniah...
salam..
Setiap manusia dikurniakan keistimewaan tersendiri..bergantung kepadanya bagaimana cara untuk mengaplikasikan suasana..saya yakinb anda juga punya kelebihan juga..
Post a Comment