Sepi Damietta Tetapi Berisi

Thursday, August 7, 2008


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Damietta ataupun lebih dikenali dengan nama Dumyat merupakan salah sebuah wilayah berada di dalam Negara Mesir. Ianya merupakan sebuah Bandar pelancongan terletak 210 km (131 miles) dari Ibu negara Kaherah. Kedudukannya berada diutara Mesir dan hanya 15 km dari laut Mediterranean. Sememangnya Dumyat mempunyai pantai menarik tempat pelancong ketika musim panas menjelma.

Kedudukan Dumyat@Damietta dalam peta Mesir...

Sebenarnya entri ini sepatutnya telah saya postingkan sebelum ini, memandangkan ketika itu saya terputus talian Internet selama 5 bulan jadi ada baiknya saya cuba postingkan kini. Akhir musim sejuk lalu, iaitu dalam bulan Februari-Mac 2008 saya bersama rakan-rakan telah mengadakan Jaulah ke Dumyat. Jaulah serampang dua mata itu mempunyai aktiviti tersendiri barangkali ketika berada di Malaysia saya tidak terfikir untuk melakukan aktiviti begini. Mungkin anda tertanya-tanya aktiviti apa yang saya maksudkan. Aktivitinya ialah menangkap “Kerang”. Negara arab padang pasir pun ada kerang ya?tidak mustahil kerana bumi Allah SWT ciptakan ini kaya dengan pelbagai hidupan darat dan laut. Mesir juga mempunyai laut, mempunyai pantai. Sudah tentu sumber makanan lautnya juga ada.


Kerang dalam kehidupan masyarakat Mesir

Tajuk yang saya letakkan mempunyai maksud, “Sepi Damietta Tetapi Berisi”. Apa yang sepi dan apa yang berisi?sepi yang saya maksudkan ialah kedudukan bandarnya masih sunyi dari hiruk-pikuk manusia sebagaimana bisingnya Bandar Ramses di Kaherah, Mansurah, Iskandariah, Tanta. Mungkin kerana perancangan Bandar itu masih diperingkat awal, tidak ramai masyarakat arab berhijrah ke Dumyat. Namun sepi itu akan hilang apabila tibanya musim panas. Chalet-chalet akan dipenuhi pelancong luar untuk menikmati bayu laut diperairan pantai Dumyat. Kepanasan cuaca musim saifi menyebabkan pantai-pantai menjadi tumpuan pelancong untuk berkelah, mandi manda dan sebagainya. Kehadiran kami ke pantai Dumyat ketika musim sejuk, ini bererti pantainya masih lengang dengan pelancong luar. Apa yang berisi?jawapannya guni kami berisi penuh dengan hasil kerang ‘gergasi’ yang kami kutip.



Operasi mengutip kerang sedang berlangsung...


Untuk pengetahuan anda, ‘kaukal’ atau kerang bukanlah menjadi sajian bagi masyarakat Mesir. Malah sewaktu membawa hasil kutipan pulang ke Tanta, mereka seakan-akan pelik kerana kami memakan benda asing seperti itu. Barangkali kerang tidak sesuai dimakan bersama roti fikir kami. Bagi masyarkat melayu, kerang menjadi salah satu sajian lazat dalam masakan. Kerang boleh dimasak sambal, dibuat gulai, rebus, bakar dan dicicah bersama air asam. Ikut kreativiti masing-masing. Bertambah sedap jika digoreng bersama Kuew Teow atau dibuat Char Kuew Teow.


Aktiviti kami

Kami bertolak selepas subuh dengan menyewa sebuah van milik Ammu Hamdi selama sehari dengan kadar bayaran LE200. Perjalanan kesana mengambil masa selama 2 jam lebih itu terasa mengasyikkan dengan panorama indah lading-ladang tanaman nan menghijau menambah seri sekitar tepi jalan. Kami tiba dibandar sepi itu lebih kurang jam 10 pagi terus mengambil seorang sahabat yang menuntut di Universiti Al-Azhar cawangan Dumyat sebagai Musyrif ( Ketua ) untuk menunjukkan jalan ke pantai Dumyat. Sejurus tiba dipantai, kami terus memulakan aktiviti mengutip kerang dipersisiran pantai tersebut. Terkejut juga pada mulanya melihat kerang gergasi sebesar itu ( ingatkan arab je yang besar, kerangnya juga besar..hehehe ). Berguni-guni juga hasil kami kutip, sehinggakan tidak sedar waktu zohor sudah menghampiri. Penat mengutip kami berehat sambil menjamu selera bekalan nasi yang dibawa.


Selesai mengutip membawa hasil ke Van...


Kerang hidup disebalik kerang yang mati...



Ammu Hamdi panjat bumbung tolong angkut kerang..baik hati dengan Pelajar Malizi...


Kenangan bersama diakhir aktiviti... 


Sebelum kami pulang kembali ke Tanta, sempat kami singgah di Pasar Tani Dumyat yang menjual pelbagai jenis hasil laut seperti ikan kerapu, ikan tongkol, ikan merah, kupang dan lain-lain lagi. Selepas itu, kami terus pulang dalam keadaan kepenatan sehingga dibuai mimpi dalam perjalanan.



Rumah-rumah di Bandar Dumyat lebih tersusun dan terancang..terdapat pohon kurma di tepi jalan menuju ke Dumyat...


Sungai Nil melalui Dumyat terus ke lautan...



Haa, nila kerang gergasi tu..nak makan bukan main liat lagi..comfirm gigi boleh tercabut..hehe...



Kesimpulan

“Jauh perjalanan luas pengalaman@pengetahuan”. Itu yang mampu saya ucapkan sebagai penutup entri kali ini. Mencari ilmu itu tidak semestinya secara formal, pelbagai cara boleh dilakukan. Alhamdulillah kami beroleh serba sedikit ilmu kehidupan sosial masyarakat seterusnya cuba mengaplikasikan di dalam kehidupan kami pula Insya’Allah. Sekian, Wassalam.




Ibnurashidi
3:00 AM, 8 Ogos 2008,
Siberbay.



"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

16 komentar:

Anonymous said...

Salam ust farid, rupanya pernah pergi dumyat ek..huhu..x ajak pun.
Banyaknya kerang ek, besar lak tu..boleh la bawak balik jual..pendapatan sampingan..hehe..gurau je.
InsyaAllah nanti kalau ada rezeki, nak pi jugk kat pantai Dumyat..huhu.:(

Anonymous said...

besarnya kerang...tak macam kerang kat malaysia kecik2 je.. orang kat sana pun besar2 jugak ke?

Akak said...

Salam Ibnurashidi...

Cantik pemandangan disini, rumah2nya mcm sofistikated sikit kan.

LE200 tu equal to berapa ek kalau ringgit malaysia..

teringin lerr nak pergi Mesir, bila ada bajet nanti lerr..

Ibnurashidi said...

Salam eureka..

Yer, ana aritu memang niat nak ke sana mencari kerang mujur ada sbb kerang ni biasanya akan naik ke pantai waktu sejuk. Kalau dah panas dia tak naik jadi susah nak tangkap. Silalah datang, Dumyat dengan Port Said dh tak jauh, jalan sikit lagi jumpa Suez, depan lagi nak masuk Gaza Palestine.:)


......

Ibnurashidi said...

Sebab tu ana panggil kerang gergasi tu, mmg saiznya besar. Kalau diMalaysia, masyarakat sana makan kerang dan selalu kutip jadi kerang pun tak sempatla nak membesarkan dirinya:) kat sini arab tak makan, jadi dia berjayala menjadi besar sebesarnya mungkin.

A'a, arab memang besar tinggi pulak tu. Walaupun badan besar tapi hati diorg kecil, maksudnya tak mudah terasa hati dan berdendam. Kita pulak bdan kecil tapi hati besarkan.



............

Ibnurashidi said...

Wa'alaikummussalam Akak..

Didumyat rumahnya agak cantik, tersusun, kemas dan bersih. Biasalah bandar baru diupgrade.

Kalau nilai duit LE200 diconvert menjadi RM122.787..ataupun nilai bagi LE1 ialah RM1.60199 / 1.62884.

Dipersilakan datang, murah je perbelanjaan sini cuma tiket kapal terbang je mahal sikit.


.........

Akak said...

Salam Ibnurashidi...

InsyaAllah kalau ada rezeki nanti sampai lerr..

Ibnurashidi said...

Insya'Allah biiznillah..nak mudah kak dtg time nak gi wat umrah atau haji..lagi senang n jimat. Kira datang singgah je dtg..:)

Whitetulip Tales said...

Tak teringin nak makan kerang masak lemak cili api kerrr???sodapnyer..

Ibnurashidi said...

Kerang masak lemak cili api adeke?tak penah plak buat gitu..bese org buat ayamkan. Tapi sedap gak tukan. Tambah2 pedas uihh lagila panas. Makan benda panas dimusim panas badan jadi letih..perut tak stabil:D

Anonymous said...

Salam.

Subhanallah, besawnyaa kerang tu.. Rezeki la kan, alhamdulillah.. fist time tgk kerang sebesar tu..

Ibnurashidi said...

Salam Ruhana...

Besarkan?hehe..jarang nampak diMalaysia besar gitu. Itu tak termasuk benda lain lagi cam sayuran, buah-buahan ada yang besar dan pelik juga:)

cikMilah said...

Assalamualaikum, ishhh,kalau makcikla dapat kerang tu, makcik buat rendang kerang...
Baca biografi tu.... parent masih duk kat S.Petani ka? Kalau gitu tak jauh la dr rumah makcik...

suara said...

Salam.

Ada yg dah patah gigi tak makan kerang gergasi tu? :D

Ibnurashidi said...

Waalaikummusslam Makcik Milah..

Rendang kerang pun buleh dibuat ya?ingatkn ayam dging ja leh dibuat rndang. Mesti sedap ni rendang Makcik ya..
Ooohh, yg biografi dok kat SP tu dulu. Sekarang Mak Ayah menetap dekat Kampung Bendang Bechah, Kupang, Baling Kedah. Kat taman Sri Wang tu rumah paksu adala. Mak Cik dok mana ya?


...........

Ibnurashidi said...

Waalaikumussalam Kak su..

Buat masa ni takdak lagila yang patah gigi:)tapi kalo gigi yg memang nyawa2 ingat tu disyorkan elakkan memakan..hehe. Musim panas biasanya ramai pelajr sakit gigi kat sini..

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP