Sinar Sya'ban Menyelusuri Sirah

Tuesday, August 5, 2008


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد

Bulan Sya’ban juga mempunyai rentetan sejarahnya tersendiri. Mungkin ada yang sudah mengetahuinya dan mungkin ada yang tidak tahu. Oleh itu, buat tazkirah diri dan sahabat sahabiah pada kali ini, saya coretkan beberapa perjalanan sirah didalam bulan Sya’ban hasil kutipan dari sumber kitab-kitab buat pengajaran dan pedoman kita.

Nisfu Sya’ban
 
Malam Nisfu Sya’ban ialah pada 14 Sya’ban. Setiap bulan masing-masing mempunyai kelebihannya sebagaimana Rejab dengan malam Isra’ Mikrajnya dan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadar. Menurut Kitab Fikh Manhaji disini wujudnya beberapa larangan yang sabit dalilnya dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud ( 2337 ) dan at-Tarmizi ( 738 ) dan disahihkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda :
اذا انتصف شعبان فلاتصوموا
“Apabila berlalu separuh Sya’ban maka janganlah kamu berpuasa”.

Walaubagaimanapun berpuasa diseparuh kedua bulan Sya’ban tidaklah diharamkan jika hari syak bertepatan dengan hari kebiasaan berpuasa, ataupun dia telahpun berpuasa separuh bulan yang pertama. Ini kerana untuk mengelak berpuasa pada hari syak iaitu hari akhir ( 30 Sya’ban ) dengan awal Ramadhan.


Bertukar Qiblat dari Al-Aqsa ke Ka’bah, Mekah

Sebelum ini saya telah menulis akan peristiwa pembebasan Baitul Maqdis berlaku pada bulan Rejab. Namun pada kali saya ingin menceritakan peristiwa pertukaran Qiblat yang berlaku di dalam bulan Sya’ban pula. Pertukaran Qiblat dari Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis ke Ka’abah di Masjidil Haram, Mekah berlaku pada 15 Sya’ban.


Menurut ilmu Usul Fikh di dalam kitab Dirasat Usuliyyah fi Al-Mujmal wa Mubaiyin wa Nasakh wa Sunnah, peristiwa ini terkandung dalam kaedah ( نسخ الحكم فقط دون التلاوة ) iaitu bermaksud Nasakh hukum sahaja bukan pada ayat Al-Quran. Maksudnya ayat Al-Quran tersebut masih ada di dalam masyaf manakala hukumnya sudah diganti dengan ayat kedua. Firman Allah SWT bermaksud :-

Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit ( Maksudnya ialah Nabi Muhammad s.a.w. sering melihat ke langit mendoa dan menunggu-nunggu turunnya wahyu yang memerintahkan beliau menghadap ke Baitullah ), maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.       ( Al-Baqarah : 144 )

Berkata Ibnu Abbas r.a sesungguhnya ayat pertama dimansukhkan hukumnya dengan ayat yang kedua kerana ayat yang pertama memberi keizinan mengadap selain Masjidil Haram ketika Solat. Manakala ayat kedua menyuruh supaya mengadap ke Masjidil Haram.


Banyak faktor kenapa pertukaran Qiblat ini berlaku menurut qaul para sahabat antaranya dari Ibnu Abbas r.a mengatakan pertukaran ini adalah kerana untuk mengelakkan persamaan dengan puak yahudi yang turut berqiblatkan Baitul Maqdis. Manakala menurut Ibnu Qatadah pertukaran itu memberikan pilihan kepada Rasulullah SAW dan para sahabat untuk mengadap Qiblat ketika solat.


Peperangan Bani Mustalik

Berlaku kekhilafan tahun sebenar ( keempat, kelima dan keenam ) peperangan ini dikalangan Ulama’ antaranya Ibnu Ishaq, Ibnu Jarir Thabri, Ibnu Hazam, Ibnu Khaldun dan lain-lain Ulama’ lagi. Menurut Kitab Sohih Sirah Nabawiyyah berlaku peperangan Bani Mustalik ialah pada bulan Sya’ban tahun keenam Hijrah. Tidak kiralah tahun berapa ianya berlaku apa yang pasti sememang di bulan Sya’ban. Diantara sebab berlakunya peperangan ini ialah kerana Rasulullah SAW ingin menguasai kabilah ini dan seterusnya mengelakkan berlakunya penghalang umat Islam ingin ke Mekah. Rasulullah SAW telah keluar pada hari Isnin dari Madinah bersama 700 tentera dan 30 penunggang kuda. Sepuluh orang terbunuh di dalam peperangan tersebut manakala yang lainnya menjadi tawanan perang termasuk seorang wanita bernama Barrah anak ketua Bani Mustalik itu sendiri. Kemudiannya Rasulullah SAW mengambil Barrah menjadi isteri dan ditukar namanya kepada Juwairiah Binti Haris Bin Dhirar. Dalam peperangan ini sesungguhnya memberikan keuntungan yang besar kepada Islam kerana kesan selepas berlakunya peperangan tersebut Bani Mustalik telah memeluk agama Islam serta memberikan sokongan padu kepada penyebaran Islam oleh junjungan mulia Rasulullah SAW.


Beberapa pengajaran boleh kita ambil ialah, perkahwinan adalah merupakan satu jalan dakwah untuk menyebarkan Islam. Kerana apabila berkahwin wujud ikatan kuat diantara kedua keluarga dan kaum maka disitu timbulnya ukhuwah dan ikatan silaturahim. Agak susah jika kedua pihak ingin berperang. Hebatnya cara dakwah baginda. Selain itu, dengan berlakunya penyebaran Islam ini memberikan sinar cahaya Islam untuk menyelamatkan mereka didunia mahupun akhirat.


Perang Badar yang terakhir (  غزوة بدر الآخرة )

Peperangan ini telah berlaku pada tahun keempat Hijrah. Ianya berlaku kerana untuk menunaikan janji berbentuk cabaran yang dilakukan oleh Abu Sufian ketika berakhirnya perang Uhud. Oleh kerana cabaran yang dibuat pihak musuh itu, Rasulullah SAW bersama 1,500 tentera Islam keluar untuk memerangi mereka. Namun tidak seorang pun pihak musuh ditemui kerana Abu Sufian telah pun mengarahkan tenteranya berpatah balik. Alasan mereka berpatah balik adalah disebabkan berlaku musim kemarau yang panjang, jadi tidak sesuai untuk berperang.


Kekuatan semangat jihad yang wujud didalam hati umat Islam hasil didikan Rasulullah SAW menyebabkan perasaan gerund dikalangan musuh sehingga tidak berani untuk bersua muka dengan barisan pejuang Islam. Ini hakikat perlu kita sedar, kuantiti tidak menjamin kemenangan jika kualitinya ditahap rendah. Lihat apa yang berlaku sekarang!kuantiti umat Islam begitu ramai seperti buih dilautan namun lemah diratah enak oleh kaum musyrikin dan munafikin.


Kesimpulannya

Sebagaimana biasa, perkataan yang sering saya ulangi ialah disebalik sesuatu peristiwa itu pasti ada hikmahnya. Malang bagi siapa berkata ilmu sejarah ini membosankan. Amat malang bagi mereka yang tidak mahu mempelajarinya atas alasan tidak memberikan peluang pekerjaan dan menggelapkan masa depan. Akibat alasan remeh ini, wujud golongan buta sejarah sehingga terus menerus melakukan perkara yang sama sehingga tidak menoleh sejarah silam. Semoga kita tidak tergolong di dalam golongan tersebut. Bagi yang masih ada kesempatan belajar sedikit demi sedikit selagi termampu Insya'Allah dengan niat yang ikhlas beroleh manfaatnya. Sekian, Wassalam.



Rujukan :-

1. Dirasat Usuliyyah fi Al-Mujmal wa Mubaiyin wa Nasakh wa Sunnah, Oleh Ustaz Doktor Muhammad Ibrahim Hafnawi, ketua bahagian Usul Fikh Kuliyyah Syariah Wal Qanun Bi Tanta.
2. Fikh Manhaji Mazhab Imam Syafe’I Jilid 1&2, Oleh Dr.Mustofa Al-Khin, Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji.
3. As-Sirah An-Nabawiyah Mujallid Thani, Oleh Doktor Ali Muhammad Muhammad As-Solabi.
4. Panduan Lengkap Kehidupan Muslim, Haji Nik Azran Muhamed.
5. Kamus At-Tullab, Ustaz Hussain Bin Unang.
6. Al-Quran.

Ibnurashidi
2:37 AM, 6 Ogos 2008,
Siberbay.



"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."

18 komentar:

Akak said...

Assalamualaikum...

Terima kasih berkongsi ilmu, sesungguhnya mmg tak pernah tahu yg peristiwa beralihnya Qiblat dari Al-Aqsa ke Ka’bah, Mekah berlaku dlm bulan Sya'ban..

Ibnurashidi said...

Wa'alaikummussalam...

Sama-sama akak, saya bagitau setakat mana yang saya tau..Kalau akak ada info lain boleh juga dikongsi atau ditambah mungkin ada pengurangan dlm artikel diatas.

Baguslah akak dah faham apa yang saya nak sampaikan, bukan apa bimbang juga ada yang tak memahami penyampaian saya.

Wallahua'lam..

...........

Whitetulip Tales said...

assalamualaikum..

Sejarah tidak pernah membosankan malah memberi manfaat yang berguna buat kita semua, mencari kebenaran dan hakikat. Berterima kasih di atas perjalanan sejarah yang banyak membangun umat bertamadun. Tak sabar rasanya nak menunggu ramadhan tiba. Suasana ramadhan dan bulan lain amat berbeza.

Ibnurashidi said...

Wa'alaikummussalam..

Manusia yang beruntung ialah manusia yang senantiasa mengingati dan melihat tamadun lepas demi mengelak sejarah kejatuhan kembali berulang. Namun kita masih ada waktu untuk bangkit gilang gemilang sbgaimana sejarah lalu. ye, ramadhan kat sini pun berbeza, pasti muncul lampu2 tanglung penghias rumah tanda ramadhan tiba kat sini:)


........

Ibnurashidi said...

You are welcome..Sama-sama Maksu..

chinta said...

bagaimana agaknya berpuasa di sana? mesti best kan..:)

Ibnurashidi said...

Kalau puasa bulan Rejab, Sya'ban dalam musim panas. Masuk Ramadhan dah awal2 musim sejuk kebiasaannya. Puasa waktu musim sejuk mmg best sikit, bukan apa waktu siang pendek. Malam panjang. Jam 5 Subuh, berbuka pulak juga jam 5 petang waktu maghrib. Rasa sekejap je. Takla lapar sangat. Time nak berbuka ada arab sediakan makanan untuk pelajar muafidin ( Malaysia, Thailand, Indonesia dll )..memang lumayan dan jimat duit. Kat sana pulak mcmna?:)


............

Anonymous said...

salam Sya'ban kepada admin :D...

sedar tak sedar..dah menghampiri nisfu sya'ban... mudah²an sama² kita berdoa supaya Allah mempertemukan kita dengan bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah.

Sya'ban merupakan salah 1 bulan dalam Islam di mana ianya merupakan salah satu bulan persediaan bagi umat Islam sebelum menghadapi bulan Ramadhan.

Tak sabar nak merasai berpuasa di bulan Ramadhan ini. Dan sama² kita merebut peluang untuk menghiasi segala amalan yang terpuji di bulan Sya'ban yang masih berbaki sebulan ini..

wassalam...:)

Ibnurashidi said...

Salam Sya'ban juga buat MyFahmi yg sntiasa berkunjung dan memberi sokongan..ana hargai sokongan enta:)

Semoga hadirnya sya'ban sebagai persiapan menanti ramadhan..Mungki bagi sesiapa yg merasakan bulan Islam tidak penting, silakanlah abai memperingati bulan tersebut..

Sebagaimana ana katakan, Orang lupa sejarah dia amat malang sekali..fikirkanlah..

Wassalam:)


..........

Anonymous said...

Salam Sya'ban too..:p
banyak info yg boleh share ek..
thanks a lot..
-eureka

Ibnurashidi said...

Salam Sya'ban juga..

Sekadar termampu, bak kata ore kelate "sekodar jah"..sama-sama juga..:)



.........

Anonymous said...

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Sya'aban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Sya'aban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.
-da

Anonymous said...

Syukran atas hadis tersebut..

Semoga niat kita sentiasa benar dan lurus hendaknya...:)

Anonymous said...

assalamualaikum...
sgt bermanfaat....syukran...

Ibnurashidi said...

Wa'alaikummussalam..

Semoga manfaat itu menghasilkan buah berguna dan salah satu sebab mengapa kita masuk syurga kelak..Insya'Allah

suara said...

Salam.

Kak su link kan entry terbaru kak su dengan artikel ni. :)

Ibnurashidi said...

salam kak su..


silakan link apa2 saja artikel ke blog kak su..sy benarkan. Semoga usaha kak su itu dibalas dengan ganjaran pahala oleh ALLAH SWT kelak..doakan sy juga ya kak su:)

Post a Comment

Blogger Muslimin

HarakahDaily.Net

Blogger Muslimat

Tranungkite Online V8

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP