Penantian Itu Ada Hikmahnya
Monday, August 4, 2008
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
Keluar rumah disiang hari pada musim panas bukanlah suatu perkara yang menyoronokkan terutamanya pada suhu 30o C – 42o C. Panasnya tidak seperti di tanahair, bahang panas disini teriknya bagai mahu membakar kulit. Tapi hari ini agak istimewa, saya gagahkan jua untuk melangkah kaki mengharungi panas dan debu berterbangan hinggap diliang roma kulit. Ketika mahu melangkah keluar dari rumah terlihat jam ditangan menunjukkan pukul 3 petang. “wahh, berdesing juga ni hawa panasnya” getus hati kecilku.
Dengan hayunan langkah sekejap laju sekejap perlahan namun tergesa-gesa seperti mengejar sesuatu. Saya terus menyelusuri lorong-lorong rumah masyarakat arab mesir yang binaannya batu bata berkotak bertingkat-tingkat pula. Melintasi dari Siberbay, terus ke Thaniah, masuk pula ke Kahraba' akhirnya tiba di Syariah. Pemandangannya seperti hari-hari biasa, dikaki-kaki lima rumah kedapatan mama arab sedang lepak berbual petang, deretan kedai menjual pelbagai barangan, himar-himar berkeliaran membawa buatan, budak-budak arab kejar-kejaran bermain ( Ikut nasib, kadang-kadang budak arab suka memanggil-manggil “honga-bonga” kepada pelajar Malaysia). Deruman suara motor “tut-tut” dan hon-hon pelbagai bunyi meriuh rendahkan lagi suasana masyarakat arab yang sememangnya sukakan bunyi bunyian bising.
Semua bunyi bunyian itu sudah saya lali untuk merasa rimas. Terus melangkah laju ke tanah lapang berdebu, sempat mengerling kenderaan lalu lalang dijalan raya terutamanya bas panjang yang sentiasa sesak dengan penumpang bagai ikan sardin didalam tin. Saya tidak mengendahkan suasana itu, matlamat saya untuk sampai kuliyyah semakin berjaya, terus memasuki gerbang kuliyyah Al-Azhar dengan perasaan berdebar-debar. Lutut terasa mahu tercabut. Turut terlihat beberapa mahasiswa Malaysia yang ingin bersama menuju ke kuliyyah. Nampaknya destinasinya semakin hampir. Tersergam indah bangunan kuliyyah syariah Islamiyyah yang selama ini menjadi tempat pengajianku bersama Doktor-Doktor Azhar. Disebalik tembok itu kelihatan beberapa orang mahasiswa Malaysia berkerumun melihat didinding. Sungguh mendebarkan!
Dengan langkah kemas, saya terus berusaha menyusup dicelahan mereka sambil bertanya dimanakah raqam julus ( angka giliran ) saya. Tersorok nun dibawah deretan nama pelajar yang lain, tertulisnya nama محمد فريد بن مد رشيدي , manakala raqam julusnya 2829. Diperhatikan satu persatu madah ( subjek ) yang diambil antaranya Al-Quran, Fikh Syafe'i, Qodoya Muasoroh, Fikh Muqaran, Mirath, Usul Fikh, Adab Wa Nusus, Ayat Ahkam, Manhaj Dakwah, Hadis Ahkam, Bahas, dan Bahasa Inggeris. Maklumlah khat tulisan tangan arab ini kadang-kadang susah untuk difahami. Hatiku menjerit riang! Wahh, najah imtihan rupanya!..alhamdulillah, saya lulus peperiksaan tahun 3 dan layak untuk meneruskan pengajian ditahun 4 ( Tahun Akhir ) hujung tahun ini. Kesyukuran tidak terhingga buatmu Ilahi Ya Rabbi. Ucapan mabruk oleh teman-teman bermain-main digegendang telinga. Senyumnya semakin lebar. Terbayang perasaan ibu bapa dikampung yang selama ini mengharapkan kejayaan untuk saya lulus ditahun 3. Syukur!!
Namun, dalam gembira ada duka. Tidak semuanya akan mendapat kejayaan kerana disebalik itu ada juga kesedihan menangisi natijah yang diperolehi. Terduduk seorang sahabat saya mengenangkan nasibnya sudah tiga tahun berada ditahun tiga. Muncul rasa simpati menyelubungi diri. Hanya ucapan sabar mampu diungkapkan bagi menyejukkan hati sedih menderita. Apa tidaknya, sudah tentu beliau tertekan juga melihat sahabat lain bergembira tatkala mendapat kejayaan.
Ruang peperiksaan...
Sedikit gambaran pembelajaran di Universiti Al-Azhar
Itulah serba sedikit perasaan yang dialami penulis ( Pada Jam 3 Petang, 3 Ogos 2008 ) ketika menuju ke kuliyyah melihat natijah peperiksaan baru-baru ini. Teramat gembira memandangkan bukan senang untuk lulus walaupun soalannya sememangnya senang. Pelik bukan?bagi mahasiswa/si Al-Azhar pasti memahami suasana belajar disini. Jauh berbeza sistemnya seperti universiti-universiti di Malaysia. Disini tahap kelulusan untuk naik tahun paling kurang tidak lulus 2 subjek. Sekiranya 3 subjek, maka bersiap sedialah dari segi mental dan fizikal untuk menanti tahun depan pula. Mungkin ramai bertanya kenapa pelajar Azhar belajar bertahun-tahun di Mesir. Jawapannya seperti yang saya katakan tadi. Kerana beberapa subjek tidak lulus kami dikehendaki menunggu tahun lain pula untuk menghabiskan baki. Jika masih tidak lulus, berjanggut jawabnya untuk mendapatkan segulung Ijazah.
Kesimpulan
Walauapapun keputusannya sahabat-sahabiah perolehi, ingatlah Allah SWT membuat sesuatu itu tidak sia-sia. Pasti ada hikmah disebaliknya. Mereka yang lulus diuji dengan kegembiraan, manakala yang gagal diuji pula dengan kesedihan. Kepada yang berjaya, bersyukurlah kepada Rabbul Izzati, yang gagal pula teruskan berusaha dan memohon nasruAllah. Firman Allah SWT :
“..Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: ‘Tuhanku telah memuliakanku.’..” ( Al-Fajr : 15 )
Ibnurashidi
1:30 AM, 4 Ogos 2008,
Siberbay.
"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."
24 komentar:
Assalamualaikum...
Alhamdulillah & syukur kehadrat Allah atas kejayaan yg dicapai dlm peperiksaan dan kerana berjaya menyambung ke thn yg ke 4, semuga ditahun yg akan datang keputusannya lebih cemerlang, insyaAllah.
Kepada yg kurang bernasib baik tu, akak cuma nak pesan (cam pandai jerk nak pesan2 kat org kan) gagal 1x, 2x atau 3x tak bermakna kita gagal sampai bila2, kejayaan ada selagi kita sanggup berusaha, insyaAllah!
Akak tumpang gembira dengan kejayaan Ibnurashidi, TAHNIAH!
Wa'alaikummussalam..:)
Segala puji hanya untuk Allah SWT yang menciptakan lagi dan bumi, menciptakan gunang ganang lautan terbentang luas.
Terima kasih akak atas ucapan tu. Semoga ujian kegembiraan ini tidak melalaikan daku. Betul, gagal skli boleh lgi cuba akan datang mmg pada hakikatnya nampak sukar. Itu pentingnya kesabaran dan kecekalan. Insyallah rezeki ada dimana2.
Alfu syukran ya akak..
blom pernah sampai ke timur tengah, mesti cantik kan...mcm mana la nak tahan panas di sana yek..
tahniah dpt naik ke tahun 4...bg yg gagal ini bukan bermakna tiada jln keluar..masih bnyk lagik ruang untuk diperbaiki..
btw, akak link ur blog yek..
Insya'allah ade duit leh je datang. Kos sara hidup sini murah je walaupun harga barang naik baru2 ni. Dia musim yg ketara nampak sejuk dan panas. Kalau musim panas ni panasnye berhaba. Kalau sejuk pulak betul2 sejuk smpai kaki kalo tak pakai stokin mmg sjuk. Sume bende yg berbesi jadi sejuk habis. Makanan pun susah basi..
Silakan link...yg gagal..la tahzan wala takhaf..
assalamualaikum
kadangkala kita menganggap suatu perkara itu merupakan tohmahan kepada hati. Contohnya, sepi itu suatu penyeksaan. Sedangkan sepi itu bagi yang betul-betul memahami dan merasa bertuhan, lalu sepi itu suatu masa yang ALLAH swt beri buat kita dan DIA untuk menyatu, menyatakan rindu, merasakan cinta dan mengadu.
Lalu sama juga dengan halnya penantian itu suatu penyeksaan. Sesungguhnya penantian itu bukanlah suatu penyeksaan, tetapi ujian penantian itu sebenarnya untuk menguji sejauh mana kita bersabar dengan ikhlas. Dan berkat kesabaran dengan ikhlas nta ana percaya, saat ini terasa amat manis apabila natijah penantian itu terlalu indah seperti pengharapan yang kita gantungkan kepadaNYA sebelum ini :) tahniah ustaz
Salam...
Alhamdulillah... Farid (boleh kak su panggil macam tu? Nama macam anak buah kak su je) berjaya naik ke tahun akhir. Tahniah!!!.. Kak su tumpang gembira dari jauh...
Masih teringat perasaan tu.. berdebar menunggu keputusan exam. Kak su dulu, bila nak pegi ambik result semester, mahu 2-3 kali masuk tandas. Bila berdebar, perut automatik jadi terlebih lawas.. hahaha...
amboi... ruang pereksa ker tu? cenonitnyer... dok kat tepi dinding2 jer ker....oh....
Saya nak ucapkan tahniah buat tuan rumah yg lulus exam...
bagi yg gagal tu teruskan usaha. Islam takkan tersebar dalam sehari je...eh? apa da aku mengarut.
p/s:harga minyak kat sana berapa seliter?
Wa'alaikummusalam Alkhadra'..
Tutur katamu menyebabkan ana tak tahu nak berkata apa2..
Penyeksaan dalam erti kata sbnr merasa tertekan..lumrah manusia awam mmg begitu, apabila ditimpa sesuatu dia akan merasa tertekan dan sbgainya. Mungkin jika martabatnya diangkat ALLAH ke tahap melebihi awam dirasakan dugaan itu spt manisan madu utk dihirup..smga kita dikurniakan begitu..
Begitu juga menunggu natijah keluar, normal seseorang merasa tertekan..maka jalan penyelesaiannnya kepada mengharap kembali kepada Allah serta tawakkaltu alallah..
Alla kullihal, syukran jazilan..semoga anda juga najah dunia akhirat..:)
salam...
mabruk kpd ustz farid...mga thn dpn dpt MUMTAZ...ala aqol....j.jiddan ye...hmm...sistem azhar smuanya sama,biasanya di kaherah(bhgian akhwt)ada periksa di tepi2 jalan,ada yg kt dalam kelas kecik...ada yang kt dewan mundarij(yg bertingkat2)..seronokla periksa di tepi jalan n mundarij,xkan dpt di msia punya...yg lg best pekse kt mundarij 2,tgh syok2 jwb pekse blh plak si abla nk mintak tukar tmpt duduk,kacau line btol la si abla,tp xpela..wafidat x campur pekse dgn budak arab,lajnah lain...budak arab memg pandai2,tp bile hbs je pekse,habis smua kitab bersepah kt tepi jln...mentang2 dh bis xam...walopn dorg mcm 2 pn,dorg tetap mantap hfz quran...bagi yg berjaya,mabruk...bg yg kurg berjaya,jgn sedih..tabahkan hati ye...sabar,ikhlas n redha...k...salam...
Wa'alaikummusalam Kak Su...
Boleh je nak panggil nama sbnrnya..mula2 hajat nak rahsia, tp camna leh terkantoi plak:D..Trima kasih atas ucapan n tumpang gembira tu. Semoga akak pun beroleh najah juga nanti..najah apa?semua halla..
Ana tak rasa nak masuk tandas. Kebetulan masa orang tengah makan masa kwn call kata kputusan dah keluar..mengigil tangan menyuap nasi..tak lalu rasa tpi still licin:)lutut ketaq semacam..perut lawas ek..hehe.
Wa'alaikummussalam Maksu..
A'a tula dewan peperiksaan kami kalau penuh dewan..kaki lima jadi mangsa..ada yg kat tangga. kalo musim panas takpela lgi, kalo musim sejuk fuss peksa diluar dewan dugaan. Sejuknya terketar2 dibuat. Dahla ketar2 nak jawab peksa, extra lagi ketar sejuk. Jadinya Terketar ketar seketar ketarnya..Mejanya kecik je muat2 kertas nak jawab:)
salam buat rendah diri..
Trima kasih atas ucpan diberi..betul Islam tak tersebar sehari, ttp bertahun2..belajar takkan dpt sehari..melainkan berhari juga.begitukan mksd anda?
Sini harga minyak ana tnya pemandu teksi dia ckp dlm 70sen 1 liter, tu harga sebelum naik..sekarang tak pasti berapa dah:)
salam arhuzza_run..ataupun nur azzuhra'..
Insyallah, berusaha kearah itu pasti mumtaz dalam genggaman..tapi nak dapatkan tu fuss berasap jugakla yer. Susah nak jumpa pelajar Malaysia Mumtaz, Jayid Jiddan adala.
Na'am, kaherahke, mansurahke, tantake samaje sistemnya. Dewan peperiksaan pun sama. Walaupun periksa tepi jalan, budaya "candik" "toyol" "tiru" susah nak berlaku. Tak rasa terdetik pun nak meniru. Itu kelebihan peperiksaan kat sini. Zuuqnya lebih. Mujurlah masa musim sejuk ana kena periksa dalam mudarij je.
Biasanya kami muafidin (pelajar bkn Mesir) kat Tanta akan bercampur dengan pelajar Syria, Indonesia, Thailand, Singapura dll. Dari segi hafalan quran..respek sgt2..kekuatan hafalan arab memang kuat dan laju bacaannya.
wassalam..
salam...
ada cerita bestnya...adalah seorg hamba Allah,wafidat...xpasti sama ada dari Russia atau mana ntah..time pekse meniru...dia guna bluetoothla...guna hp...kuliah sekian2...nasib baik ada sorg student msia yg berani ni report kt abla(kakak)org yg jaga periksa...habisla kantoi...baru dia rasa...padan muka dia...terus xblh amek pekse...besar kemungkinn kena hntr balik ngr...cari psl...berani buat,berani la tanggung...
Alhamdulillah, buat masa ni ana tengok pelajar Malaysia belum ada yg meniru lagi. Keberkatan tu penting. Serius ana cakap, memang tak berani nak tiru meniru ni..hope sahabat2 sahabiah lain pun begitu juga..biar ikhlas supaya keputusannya lumayan dan berbaloi..:)
salam ibn rashidi merangkap ibnu farid...
eh terbalik laa plak..
tak kesah laa kan..hope sehat laa di sampaing pening² lalat yg berwarna hijau..
hehehe ;))
ucapan TAHNIAH SECARA RASMI dari ku..
walaupon terpaksa berhempas pulas (bukn pulas telinga) dalam mengharungi tahun 3, itu sebenarnye bukan halngan yang utama.
MABRUK juga, kerana tak kenal erti putuih asa.. mana ada perjuangan yg manis.. pergi laa ke mana pun, orang yg berjuang pasti akan mereasai manisnya pabila usai menuai hasilnya..
CONGRATULATION.. coz bakal jadi designer secara tak rasmi..;)
takpe..rajin² belajar ye.. kita bukannya start dengan full tank..tp empty tank...
masa datang mesir dulu, kita ibarat membawa beg kargo yang kosong (walaupun beg dan makanan yang byk)..
namun hakikatnye, perlu diisi dengan ilmu yang semaksima mungkin...
sorilaa..tgh releks kejap daripada wat keje layout..pepon stay tuned...with iman, amal dan takwa kerana NYA..
insya ALLAH
Wa'alaikummussalam MyFahmi selaku exco Mansurah dan Designer Suara Kampus:)
Sakan dia lani noh..sibuk macam-macam. Apapun SYUKRAN JAZILAN..sebab datang dan bagi ucapan. Manis bicara indah tutur kata manis manis kalimah mengikat ukhuwah..hati yang manis bercahaya, kemanisan Iman terasa..
ALFU SYUKRAN..sebab pernah mengajar dan memperturunkan ilmu-ilmu berkaitan adobe walaupun beberapa hari. Insya'ALLAH kita gunakan sebaik mungkin (Jangan wat superimpose Supermen lagi..hehe).
SYAKIRIN AWII..ala syan daftarkan ambe join jaulah ke Fayyum nanti. Semoga dapat berjaulah demi mencari setitis pengalaman..
ni ada sedikit pantun..jawab ya!:)
Isteri Pak Mamat namanya Cik Tijah,
Bergaya sakan kalah anak dara,
Semua furu' dah tau natijah,
Ha, natijah MyFahmi pula macammana?
......
amboi...amboi..amboi...
sakan dia noo..
melebeyy laa plak..
tak payah laa wat iklan tak berbayar kat sini..
malu kawan...;;)
ala..hanya sekelumit jasa dan sumbangan yang dihulurkan..bukannya banyak pon kalu nak dibandingkan dengan nikmatNya yang mencurah tiada henti ni kan..
hidup kita perlu berpegang dengan hadis nabi yang bermaksud.."sampaikanlah daripadaku walaupun dengan 1 ayat". Hal ini kerana saya yakin dan percaya, di sebalik penyampaian ilmu kepada yang lain, Allah akan menambahkan lagi ilmu kita.
Tak percaya, tanyalah kepada sesiapa yang pernah terlibat dalam proses menyampaikan ilmu ini.
mesti ramai nk tgk hasil superimpose yang saya create khas utk ibnurashidi kan.. erm...idea yang best kan..barangkali saya akan paparkan hasilnya di blog saya..
insya ALLAH jika diizinkan..hehehe..tp tak kot..lagipon gambar tu dah lama..gambar dulu tak hensem..:))
tak payah laa rasanya..8-)
sebelum menjauhkan jari jemari dari papan kekunci yang seba indah ini, sedikit pembelian pantun utk ibnu rashidi...
Bukan semua furu' natijah sudah dipaparkan,
bila pergi tengok jawapan bukrah kedengaran,
natijah myFahmi Doktor duk simpan,
Penantian itu kan 1 kemanisan...
amacam???;)):D;)):D;)):D;)):D;))
Bukan senang orang nak bagi Iklan Free tau..jangan lepaskan peluang keemasan tu. Ya benar, ilmu dipelajari jangan dibuat pekasam sampaikanlah kepada siapapun semoga dengan niat yang baik itu antara faktor kita berhak masuk syurga. Biiznillah..
Biasalah bukrah sudah menjadi kebiasaan,
Kalau kat Malaysia bolehla nak cepat,
Ingatkan sudah tahu keputusan,
Rupanya masih ada yg belum dapat.
......;)
maaf jika ada yang terasa. ya ana tahu itu lumrah. Ana pun kadangkala begitu. ya betul, apapun kembali kepadaNYA dan bertawakkal juga kepadaNYA.
ya benar, penantian itu ada hikmahnya
Alkhadra',
Terima kasih dengan pandangan membina anda. Ana hargai dan tidak ada apa perlu dirasakan didalam hati. Atas pemahaman ana kepada komen anda, ana cuba tukar tajuk diatas mengikut kesesuaian. Memang benar "Penantian itu ada hikmahnya" lebih tepat maksudnya..
Apa2pun trima kasih banyak2 memberi pembetulan..dialu-alukan..
..........
salam
eh peliknya exam kat sana ek..
selesa tak exam dlm keadaan mcm tu?
salam..
Bagi kami disini sudah tidak menjadi kepelikan. Keselesaan tidak penting, yg menjadi ukuran qualiti. Betul tak?:)
Post a Comment