Warna-Warni Dunia Weblog
Saturday, August 2, 2008
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.. الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين. أما بعد
Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.
Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.
Istilah "blog" merupakan kata lakur untuk perkataan "web" dan "log" (Web log). "Blog" juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian "untuk memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog."
Takrifan blog diatas saya telah copy dari wikipedia bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pembaca apa itu sebenarnya yang dinamakan “BLOG”. Peningkatan pengguna blog dari hari kehari bertambah, menurut sumber pada bulan Nov 2007, Technorati, enjin carian blog, telah menjejaki melebihi 120 juta blog, dan telah meningkat dua kali ganda sejak awal Januari 2007.
Brad Fitzpatrick, merupakan seorang pengguna blog yang awal.
Blog Dari Perspektif Diri
Pelbagai takrifan wujud demi memberi makna apa itu blog. Bagi saya, saya juga mempunyai kefahaman makna blog itu sendiri. Mungkin juga anda sebagai pengguna blog ada makna tersendiri. Namun apa yang penting pengaplikasian penggunaan blog itu di dalam kehidupan lebih diutamakan. Terus terang saya katakana, sebelum ini ( awal tahun 2007 ) saya tidak memahami langsung penggunaan blog apatah lagi ingin menggunakannya. Bermula pengenalan blog sekitar awal tahun 2007 dari seorang sahabat saya terus tertarik dengan dunia blog. Mula menceburkan diri tanpa bantuan rakan blogger, tidak faham hanya bertanya bukan menyuruh buatkan. Kerana prinsip saya mahu belajar selok beloknya. Alhamdulillah, dengan tajuk blog “Tinta Permata” berasaskan penggunaan HTML seluruhnya tidak menggunakan templates XML saya berjaya menghasilkan walaupun seringkali dikritik pengunjung. Lagi dikritik lagi bertambah seronok untuk menceburkan diri. Pada hemat saya, blog adalah pengganti diari harian cuma dicorakkan pelbagai gaya bahasa.
Sebahagian kitab menjadi rujukan...
Faedah dari berblog
Semenjak 1 tahun lebih terjun dalam bidang blogger, pelbagai pengalaman warna-warni alam maya saya dapati. Baiklah, saya sudi berkongsi dengan anda apa yang saya dapat dari berblog :-
• Memahami Internet/IT
Sedikit sebanyak saya sudah faham penggunaan kod-kod seperti HTML, XML, widget dan mengerti sebalik tabir sebuah website walaupun sedikit.
• Ilmu dan Tsaqafah ( Pengetahuan )
Ini perkara yang menarik minat saya sebenarnya, disamping tahu mengguna pakai PC dan IT, saya dapat menambah ilmu pengetahuan seluas mungkin. Samaada saya dapat dari website/blog lain atau melalui buku, kitab-kitab ilmiah. Memandangkan untuk menulis suatu artikel terutamanya melibatkan hal keagamaan perlu kepada rujukan bagi mentashihkannya. Secara tidak langsung kita dapat ilmu pengetahuan berguna sehari-hari. Malah berita sehari-hari juga tidak mampu dikejar untuk dibaca.
• Ramai kenalan baru
Tidak dapat dinafikan lagi, setelah menceburkan diri dalam dunia blogger, saya mendapat ramai kenalan baru seluruh dunia bukan sahaja dalam skop di Malaysia sahaja, malah negara-negara jiran dan serta dari serata pelusuk dunia. Pelbagai perkongsian pengalaman menarik diperolehi untuk dijadikan pedoman.
• Diari hidup
Sebenarnya, sebelum saya menulis blog saya senantiasa setiap tahun akan membeli diari peribadi untuk menulis aktiviti harian. Namun, semenjak ada blog sendiri, rasa segan pula untuk menulis didiari dan dibaca diri sendiri. Ini kerana disini bukan sahaja saya malah dapat berkongsi aktiviti pula bersama rakan-rakan.
• Mengeluar pandangan serta kritikan
Kebanyakan blog saya lihat ( khususnya di Malaysia ) lebih berbentuk menyatakan pandangan, kritikan tidak kiralah berada dipihak mana sekalipun. Saya juga mempunyai pandangan peribadi untuk dinyatakan, saya juga berhak untuk mengkritik demi mencari secebis kebenaran.
Kesimpulan
Begitulah serba sedikit perkongsian yang ingin saya utarakan hasil penggunaan blog selama ini. Mungkin sahabat sahabiah mempunyai pandangan tersendiri mengapa berblog. Itu hak masing-masing asalkan penggunaannya memberi faedah kepada diri dan masyarakat Islam, jika begitu niat anda ayuh teruskan berblog. Dunia kini dihujung jari anda. Orang yang bijak itu pilihannya tepat.
Ibnurashidi
1:38 AM, 3 Ogos 2008,
Siberbay.
"Luangkan sedikit masa anda untuk berkomentar, semoga sama-sama mendapat Tsaqafah dan Ilmu berguna..."
10 komentar:
Salam.
Mengapa kak su berblog ya?
Melepaskan apa yang bersarang diminda. Agar jika ada kebaikan, mungkin ia boleh dimanfaatkan bersama.
Andai sebaliknya, andai keburukan yang mendatangi kehidupan, andai tak ada lagi sumbangan yang mampu dicetuskan, mungkin satu ketika nanti kak su akan berhenti.
saya berblog sebab nak kongsi ilmu dan pandangan. juga mahu mencari kawan-kawan terutamanya anda...
Wa'alaikummusalam Kak su..
Apa khabar?hujung-hujung minggu diMalaysia mesti keluar bersiar agaknya:)
Iya, sememangnya sesuai dengan nama blog kak su.."Suaraminda". Pembacaan saya terhadap penulisan blog kak su setakat ini ada manfaat boleh diambil. Luahkan apa yang dialami, semoga dengan luahan diminda menghasilkan idea yang bernas, tuntas, kreatif, menarik mampu membawa pembacaan ke destinasi diingini.
Begitu juga saya, seandainya ada kekurangan dalam penulisan entri salah tatabahasanya. Nah, jangan tunggu lama-lama silakan kritik kerana saya sentiasa memberi peluang anda berkata-kata.
Sebagai penambahan, berblog membuatkan saya seperti sedang menjalani sebuah peperiksaan bersubjek BM penulisan karangan. Anda sebagai guru saya untuk menegur kesalahan. Terima kasih semua!
Anda juga berhak berbuat demikian Syam. Sila teruskan memberi pandangan anda, ilmu anda, info anda demi kelangsungan memartabatkan budaya membaca dalam masyarakat.
Anda mencari kawan-kawan, saya juga begitu. Maka kita telah diketemukan untuk berkawan. Insya'Allah ukhuwahfillah:)
Betul, selain melepaskan apa yg terbuku di dadam blh mengembangkan ikatan ukhuwah... saya setuju... dan blog adalah pendekatan terkini untuk info sharing and ber dakwah juga...
Semestinya begitu kawaii_desu. Blog sememangnya banyak manfaat jika digunaka sebaik mungkin. Ada juga blog bertujuan digunakan kearah negatif. Itu kita tak setuju kerana boleh merosakkan masyarakat.
Salam...
Akak berblog nie hanya utk suka2 dan mengisi sedikit masa yg terluang & utk menambahkan kenalan (especially dikalangan blogger wanita khasnya, umum tu berkawan dgn semua).
Nak berkongsi ilmu, akak nie ilmu tak setinggi mana so akak sukalah singgah keblog2 antaranya blog Suarahati, Ibnurashidi, Nahwanur, islam terindah & many other blog yg memaparkan entri yg menarik, berinformasi dan banyak ilmu yg boleh diperolehi dari sana..
Wa'alaikummussalam Akak..
Tidak ada masalah, itu pendapat akak. Mungkin dengan berblog dapat menambah rakan terutamanya wanita mungkin menyebabkan akak seronok berkongsi suka dan duka. Asalkan tidak melanggar syara'.
Itulah tandanya org yg tidak bodoh sombong, bila kita tidak tahu kita mencari org yg lebih tahu:)..ana pun masih mencari ilmu, tak hebat mana pun akak.
Teruskan perjuangan Akak yer..
Salam...
Dari yang zidni perhatikan, blog yang berbentuk negatif lebih dikunjungi dari blog yang berbentuk thaqafah dan ilmiah... tak der ke kite terfikir care untuk atasi perkara ni yer? Sebab, hatta student U sendiri pun tak ramai yang nakkan ilmu ni, ramai nak enjoy jer.. dah dapat wireless percuma, surf internet 24 jam tapi tak dpat manfaat yang sepatutnya boleh dapat.. sedih la macam ni...
:((
Post a Comment